cara-cara mengatasi gengsterisme

Upload: anonymous-tsmgjjfswu

Post on 09-Jan-2016

969 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Cara-cara Mengatasi Gengsterisme

TRANSCRIPT

CARA-CARA MENGATASI GENGSTERISME

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu sekurang-kurangnya mengurangkan masalah gengtserisme walaupun tidak dapat menghapuskannya sama sekali.Antaranya peranan ibu bapa, sekolah, masyarakat, kerajaan dan media massa.Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam konteks pembangunan sahsiah dan proses sosialisasi anak mereka. Walaupun masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kerjaya mereka serta mengejar kekayaan, kepentingan anak juga mesti diberi tumpuan. Ibu bapa mesti belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak mereka dan pada waktu yang sama, mengenali individu yang menjadi rakan kepada anak remaja mereka. Usaha ini akan membolehkan tempat kunjungan mereka dikenal pasti serta apakah bentuk aktiviti atau kegiatan yang disertai oleh anak mereka. Ibu bapa yang mengambil inisiatif ini wajar mengadakan perbincangan atau diskusi dengan anak-anak mereka bukan setakat mengetahui kecenderungan mereka tetapi juga berbincang mengenai perkembangan remaja semasa supaya anak-anak mempunyai ruang untuk meluangkan pandangan dan pada waktu yang sama memahami pandangan orang tua mereka. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih besar iaitu menjalin hubungan dengan pihak sekolah termasuk mengambil berat mengenai perkembangan anak mereka di sekolah melalui komunikasi dengan guru besar, guru kelas, guru disiplin dan warden asrama. Di samping itu, sebagai satu tindak balas resiprokal, sumbangan ibu bapa boleh disalurkan melalui penglibatan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan terbabit secara aktif dalam aktiviti antara pelajar sekolah dan ibu bapa. Dengan ini, ibu bapa telah dengan secara langsung menjadi idola kepada anak-anak mereka, terbabit secara langsung di dalam aktiviti bukan sahaja di rumaha tetapi juga di sekolah.Sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengatasi kemelut gengsterisme dengan melentur masalah yang timbul dari peringkat awal lagi supaya dapat menyekat daripada mempengaruhi pelajar yang lain. Sekolah boleh mengadakan hubungan langsung dengan ibu bapa terutama pelajar yang dikesan bermasalah atau disyaki terlibat dengan kumpulan gengsterisme. Sekolah boleh menganjurkan kem atau program tertentu yang berterusan untuk memerhati atau memantau kegiatan pelajar berisiko ini. Kokurikulum di sekolah juga mampu memainkan peranan besar di dalam mengadun sahsiah seseorang pelajar. Aktiviti persatuan, kelab dan organisasi beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif dan mencuba sesuatu yang baru dan pada waktu yang sama mempertahankan pencapaian akademiknya.Gengsterisme mesti dilihat sebagai masalah berterusan yang melibatkan bukan hanya pemerhatian daripada pihak sekolah semata-mata. Masyarakat juga boleh memainkan peranan mereka jika isu ini mahu diatasi sepenuhnya. Badan-badan luar terutama badan sosial atau organisasi beruniform boleh melibatkan diri mereka dengan sepenuhnya sebagai agen luar yang bertanggungjawab. Mereka boleh menjadi pengantara di antara sekolah dan pelajar.Kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha menangani masalah gengsterisme ini. Tindakan keras perlu diambil supaya aktivitinya dapat dibendung. Langkah yang radikal boleh diambil oleh kerajaan dengan secara perlahan-lahan mengurangkan penyiaran filem berunsur ganas dan jenayah. Undang-undang yang ketat menerusi tindakan kerajaan akan mampu menyedarkan pelajar tentang bahaya pembabitan dalam aktiviti gengsterisme. Kesepaduan kementerian-kementerian termasuklah Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengubah persepsi atas pelajar yang sering dilayan secara negatif kebelakangan ini akibat tindakan atau kelakuan segelintir pelajar berisiko.Masalah gengsterisme juga boleh diatasi jika media memainkan peranan yang lebih proaktif. Walaupun untuk menghentikan siaran yang ganas dan bersifat jenayah kurang adil untuk industri media massa, media boleh mengurangkan siaran sebegini atau sekurang-kurangnya keprihatinan media ditunjukkan melalui penayangan program yang bersifat pembentukan keperibadian remaja yang unggul. Pembabitan pelajar yang berjaya mesti ditonjolkan supaya mereka menjadi idola kepada pelajar yang lain. Rancangan-rancangan sebegini yang harus diutamakan agar remaja menonton role model yang baik yang boleh menjadi ikutan mereka.Kesimpulannya, remaja adalah tulang belakang pembangunan ekonomi, sosial dan politik bagi sesebuah negara. Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan,ibu bapa, masyarakat, keluarga adalah tanggungjawab yang mesti digalas bersamademi memastikan remaja kini bebas daripada gejala gengsterisme.Semua pihak haruslah berganding bahu dalam usaha membanteras aktiviti negatif ini agar tidak berlarutan dan bertambah serius lagi.