cadangan untuk prestasi semasa

2
Mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang perniagaan Untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan boleh dijalankan dengan meningkatkan kecekapan pengurusan stok. Dengan cara ini, saya dapat mengurangkan risiko stok dengan mengimbangkan stok yang sedia ada. Sekiranya, bilangan stok terlalu banyak, saya boleh mengurangkan tempahan stok sebaliknya jika stok berkurangan, saya boleh membuat tempahan stok dengan lebih kerap. Jika stok berkurangan, saya tidak dapat menepati permintaan pelanggan, saya mungkin akan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan. Tambahan pula, promosi jualan besar boleh dilancarkan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. Melalui promosi, dapat menarik lebih banyak pelanggan mengunjungi kedai dan membuat perbelanjaan. Mereka akan belanja lebih banyak dengan harga yang lebih lumayan. Selain itu, saya boleh meningkatkan tempoh pengutipan hutang daripada penghutang. Dengan cara ini, hutang lapuk boleh diminimumkan kerana penghutang membayar hutang dalam masa yang singkat. Diskaun boleh diberikan kepada mereka untuk mengalakkan mereka menjelaskan hutang dengan cepat. Sehubungan dengan itu, saya boleh mempercepatkan tempoh bayaran kepada pemiutang. Jika saya membuat bayaran kepada pemiutang dalam tempoh yang ditentukan, saya mungkin diberi diskaun yang banyak daripada pemiutang. Sekiranya saya tidak membuat bayaran kepada pemuitang, nama baik perniagaan saya mungkin akan terjejes dan mereka enggan berniaga dengan saya. Bagi meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang, saya boleh membuat kajian tehadap perniagaan saya dari masa ke masa. Sebagai contohnya, saya boleh membuka pasaran yang lebih luas supaya lebih ramai pelanggan mengunjungi kedai saya. Saya juga boleh membuka cawangan di daerah yang lain seperti di Kuching, Miri, Bintulu. Selain itu, saya boleh mengambil strategi panjang untuk membuka cawangan di negeri yang lain seperti di

Upload: ivy-ting

Post on 03-Jul-2015

4.056 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Untuk Prestasi Semasa

Mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang perniagaan

Untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan boleh dijalankan dengan meningkatkan kecekapan pengurusan stok. Dengan cara ini, saya dapat mengurangkan risiko stok dengan mengimbangkan stok yang sedia ada. Sekiranya, bilangan stok terlalu banyak, saya boleh mengurangkan tempahan stok sebaliknya jika stok berkurangan, saya boleh membuat tempahan stok dengan lebih kerap. Jika stok berkurangan, saya tidak dapat menepati permintaan pelanggan, saya mungkin akan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan. Tambahan pula, promosi jualan besar boleh dilancarkan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. Melalui promosi, dapat menarik lebih banyak pelanggan mengunjungi kedai dan membuat perbelanjaan. Mereka akan belanja lebih banyak dengan harga yang lebih lumayan. Selain itu, saya boleh meningkatkan tempoh pengutipan hutang daripada penghutang. Dengan cara ini, hutang lapuk boleh diminimumkan kerana penghutang membayar hutang dalam masa yang singkat. Diskaun boleh diberikan kepada mereka untuk mengalakkan mereka menjelaskan hutang dengan cepat. Sehubungan dengan itu, saya boleh mempercepatkan tempoh bayaran kepada pemiutang. Jika saya membuat bayaran kepada pemiutang dalam tempoh yang ditentukan, saya mungkin diberi diskaun yang banyak daripada pemiutang. Sekiranya saya tidak membuat bayaran kepada pemuitang, nama baik perniagaan saya mungkin akan terjejes dan mereka enggan berniaga dengan saya.

Bagi meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang, saya boleh membuat kajian tehadap perniagaan saya dari masa ke masa. Sebagai contohnya, saya boleh membuka pasaran yang lebih luas supaya lebih ramai pelanggan mengunjungi kedai saya. Saya juga boleh membuka cawangan di daerah yang lain seperti di Kuching, Miri, Bintulu. Selain itu, saya boleh mengambil strategi panjang untuk membuka cawangan di negeri yang lain seperti di Sabah, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Saya juga boleh meluaskan perniagaan saya dengan membuka cawangan di luar negara, contohnya China dan Singapura. Di samping itu, saya boleh mengadakan promosi lebih kerap untuk menarik lebih banyak pelanggan. Promosi boleh dilancarkan sebanyak empat kali setahun dengan jualan yang lebih murah terutamanya menjelang musim perayaan seperti perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan sebagainya. Pada musim perayaan, pelanggan lebih senang dan merek boleh bersiar-siar di pasar. Pelanggan boleh menjadi ahli untuk menikmati lebih banyak faedah. Pada hari keahlian, mereka boleh membuat perbelanjaan dan berpeluang untuk memenangi hadiah misteri. Sehubungan dengan itu, saya juga akan mengurangkan kos operasi untuk meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Saya boleh membuat kajian yang lebih jelas dan menentukan strategi yang boleh diambil untuk meningkatkan prestasi perniagaan saya.