cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan

3
CADANGAN 1 Cadangan Untuk Meningkatkan Prestasi Semasa Perniagaan Untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan boleh dijalankan dengan meningkatkan kecekapan pengurusan stok. Dengan cara ini, saya dapat mengurangkan risiko stok dengan mengimbangkan stok yang sedia ada. Sekiranya, bilangan stok terlalu banyak, saya boleh mengurangkan tempahan stok sebaliknya jika stok berkurangan, saya boleh membuat tempahan stok dengan lebih kerap. Jika stok berkurangan, saya tidak dapat menepati permintaan pelanggan,saya mungkin akan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan. Tambahan pula, promosi jualan besar boleh dilancarkan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. Melalui promosi,dapat menarik lebih banyak pelanggan mengunjungi kedai dan membuat perbelanjaan. Mereka akan belanja lebih banyak dengan harga yang lebih lumayan. Selain itu, saya boleh meningkatkan tempoh pengutipan hutang daripada penghutang. Dengan cara ini, hutang lapuk boleh diminimumkan kerana penghutang membayar hutang dalam masa yang singkat. Diskaun boleh diberikan kepada mereka untuk mengalakkan mereka menjelaskan hutang dengan cepat.Sehubungan dengan itu, saya boleh mempercepatkan tempoh bayaran kepada pemiutang. Jika saya membuat bayaran kepada pemiutang dalam tempoh yang ditentukan, saya mungkin diberi diskaun yang banyak daripada pemiutang. Sekiranya saya tidak membuat bayaran kepada pemuitang, nama baik perniagaan saya mungkin akan terjejes dan mereka enggan berniaga dengan saya. Cadangan Untuk Meningkatkan Prestasi Jangka Panjang Perniagaan Bagi meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang, saya boleh membuatkajian tehadap perniagaan saya dari masa ke masa. Sebagai contohnya, saya boleh membuka pasaran yang lebih luas supaya lebih ramai pelanggan mengunjungi kedai saya. Saya juga boleh membuka cawangan di daerah-daerah yang mashur di Negara kita. Contohnya,Shah Alam, Ampang danBandaraya Kuala Lumpur . Selain itu,saya boleh mengambil strategi panjang untuk membuka cawangan di negeri yang lain seperti di Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Saya juga boleh meluaskan perniagaan saya dengan membuka cawangan di luar negara, contohnya China, Brunei danSingapura. Di samping itu, saya boleh mengadakan promosi lebih kerap untuk menarik lebih banyak pelanggan.

Upload: yuki-tan

Post on 16-Jan-2016

247 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Cadangan Untuk Meningkatkan Prestasi Semasa Perniagaan

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Untuk Meningkatkan Prestasi Semasa Perniagaan

CADANGAN 1

Cadangan Untuk Meningkatkan Prestasi Semasa Perniagaan

Untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan boleh dijalankan dengan meningkatkan kecekapan pengurusan stok. Dengan cara ini, saya dapat mengurangkan risiko stok dengan mengimbangkan stok yang sedia ada. Sekiranya, bilangan stok terlalu banyak, saya boleh mengurangkan tempahan stok sebaliknya jika stok berkurangan, saya boleh membuat tempahan stok dengan lebih kerap. Jika stok berkurangan, saya tidak dapat menepati permintaan pelanggan,saya mungkin akan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan. Tambahan pula, promosi jualan besar boleh dilancarkan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. Melalui promosi,dapat menarik lebih banyak pelanggan mengunjungi kedai dan membuat perbelanjaan. Mereka akan belanja lebih banyak dengan harga yang lebih lumayan. Selain itu, saya boleh meningkatkan tempoh pengutipan hutang daripada penghutang. Dengan cara ini, hutang lapuk boleh diminimumkan kerana penghutang membayar hutang dalam masa yang singkat. Diskaun boleh diberikan kepada mereka untuk mengalakkan mereka menjelaskan hutang dengan cepat.Sehubungan dengan itu, saya boleh mempercepatkan tempoh bayaran kepada pemiutang. Jika saya membuat bayaran kepada pemiutang dalam tempoh yang ditentukan, saya mungkin diberi diskaun yang banyak daripada pemiutang. Sekiranya saya tidak membuat bayaran kepada pemuitang, nama baik perniagaan saya mungkin akan terjejes dan mereka enggan berniaga dengan saya.

Cadangan Untuk Meningkatkan Prestasi Jangka Panjang Perniagaan

Bagi meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang, saya boleh membuatkajian tehadap perniagaan saya dari masa ke masa. Sebagai contohnya, saya boleh membuka pasaran yang lebih luas supaya lebih ramai pelanggan mengunjungi kedai saya. Saya juga boleh membuka cawangan di daerah-daerah yang mashur di Negara kita. Contohnya,Shah Alam, Ampang danBandaraya Kuala Lumpur . Selain itu,saya boleh mengambil strategi panjang untuk membuka cawangan di negeri yang lain seperti di Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Saya juga boleh meluaskan perniagaan saya dengan membuka cawangan di luar negara, contohnya China, Brunei danSingapura. Di samping itu, saya boleh mengadakan promosi lebih kerap untuk menarik lebih banyak pelanggan. Promosi boleh dilancarkan sebanyak empat kali setahun dengan jualan yang lebih murah terutamanya menjelang musim perayaan seperti perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri,Hari Gawaidan sebagainya. Pada musim perayaan, pelanggan lebih senang dan mereka boleh bersiar-siar di pasar. Pelanggan boleh menjadi ahli untuk menikmati lebih banyak faedah. Pada hari keahlian,mereka boleh membuat perbelanjaan dan berpeluang untuk memenangi hadiah misteri.Sehubungan dengan itu, saya juga akan mengurangkan kos operasi untuk meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Saya boleh membuat kajian yang lebih jelas dan menentukan strategi yang boleh diambil untuk meningkatkan prestasi perniagaan saya.

Page 2: Cadangan Untuk Meningkatkan Prestasi Semasa Perniagaan

CADANGAN 2

BAHAGIAN (n) - CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI SEMASA DAN JANGKA PANJANG PERNIAGAAN a) Dengan Merujuk Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah atau Penyata Pendapatan.

Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. i-Meningkatkan tahap jualan – pelbagai kaedah promosi boleh digunakan. Peniaga juga boleh memberi diskaun kepada pelanggan tetap yang mempunyai rekod pembayaran balik yang baik. ii-Mengubah stategi jualan - meningkatkan jualan tunai dan mengurangkan jualan kredit. Dapat meningkatkan aliran tunai perniagaan dan mengurangkan risiko hutang lapuk. iii-Mengurangkan perbelanjaan - mengurangkan pembelian inventori secara pukal - ini dapat mengurangkan kos penyimpanan inventori di gudang / setor, mengurangkan risiko kerosakan, kecurian dan keusangan stok. Mencari pembekal yang dapat memberikan harga dan kualiti barang yang terbaik. b) Dengan merujuk kepada belanjawan tunai.

Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan. **Jika Belanjawan Tunai menunjukkan Lebihan. 1 Mempebesarkan perniagaan - membuka cawangan di tempat lain sama ada di bandar yang sama atau di daerah lain. 2 Menukarkan bentuk perniagaan daripada milikan tunggal kepada perkongsian atau syarikat sdn. Bhd. 3 Melaburkan lebihan wang ke dalam skim pelaburan yang bersesuaian untuk mendapat pendapatan sampingan. 4 Membeli aset bukan semasa - membeli aset perniagaan yang dapat menjana ekonomi. **Jika Belanjawan Tunai menunjukkan Kurangan. 1 Memohon pinjaman daripada institusi kewangan atau memohon kemudahan overdraf untuk meningkatkan aliran tunai. 2 Mengetatkan polisi perniagaan dalam pemberian kredit kepada pelanggan. 3 Memasukkan modal tambahan ke dalam perniagaan.