cadangan penubuhan kumpulan nasyid pendidikan khas

Upload: mohdewe

Post on 09-Jul-2015

776 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO KAMARUDDIN34500 BATU KURAU, PERAK

KERTAS KERJA PENUBUHAN KUMPULAN NASYID DAN KOMPANG PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK DATO KAMARUDDIN.DISEDIAKAN OLEH:

MOHD IRWAN BIN BAHARUDINAPRIL 2009

SEDAKA CEMERLANG

KERTAS KERJA PENUBUHAN KUMPULAN NASYID DAN KOMPANG PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO KAMARUDDIN BATU KURAU, TAIPING PERAK. 1.0 Pengenalan : Tilawah Pendidikan Khas adalah acara tahunan yang diadakan bagi memilih peserta-peserta ke peringkat kebangsaan saban tahun. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti nasyid, hafazan, bercerita, azan dan tilawah Al-Quran. Kumpulan nasyid program Pendidikan Khas Integrasi Sek.Men.Keb Dato Kamaruddin telah ditubuhkan sejak tahun 2007. Namum sejak 2 tahun ia ditubuhkan, kumpulan ini masih lagi tidak mempunyai peralatan muzik mahupun pakaian seragam semasa pertandingan diadakan. Alatan muzik dan pakaian terpaksa dipinjam daripada Program arus perdana dan ini mendatangkan masalah sekiranya kumpulan nasyid ingin mengadakan latihan dan juga semasa pertandingan. Disamping itu Program Pendidikan Khas Integrasi juga bercadang menubuhkan kumpulan Kompang. Wujudnya kumpulan ini kelak, dapatlah diperbanyakkan lagi aktiviti luar kelas untuk pelajar disamping proses pengajaran dan pembelajaran sedia ada sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Kelak setiap program yang dijalankan oleh unit Pendidikan Khas daerah Larut Matang dan Selama boleh melibatkan kumpulan kompang Program Pendidikan Khas SMK Dato Kamaruddin. 1.1 Kejayan yang telah dicapai. Tahun 2007 tempat ke 3 (tanpa peralatan muzik) Tahun 2008 tempat ke 3 (peralatan muzik dipinjam daripada arus perdana) 2.0 Objektif: 2.1. Menubuhkan kumpulan nasyid dan kompang untuk pelajar berkeperluan khas Sek.Men.Keb.Dato Kamaruddin. 2.2 . Menyediakan kumpulan nasyid dan kompang Program Pendidikan Khas Integrasi dengan peralatan muzik serta pakaian yang lengkap.

2.3. Menggalak dan mendedahkan pelajar berkeperluan khas dengan aktiviti yang boleh menampilkan bakat mereka. 2.4. Membina keyakinan diri untuk hidup berdikari dalam kelompok masyarakat. 3.0 Rasional : Pelajar-pelajar berkeperluan khas juga mempunyai bakat didalam bidang nyanyian dan permainan alatan muzik. Setiap tahun Program Tilawah yang merangkumi pertandingan tilawah al-quran,nasyid,hafazan,bercerita,azan dan lainlain akan diadakan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas.Kumpulan ini juga ingin mempunyai pakaian serta alatan muzik untuk kumpulan nasyid dan kompang sendiri dan ianya bagi memudahkan tugas guru-guru untuk menjalankan proses latihan. 4.0 Ahli Kumpulan/kumpulan sasaran: 4.1. 4.2. 4.3. atau pertandingan yang disertai. 4.4. Nama kumpulan nasyid dan kompang yang dicadangkan ialah Al-Qurawi Terbuka kepada semua pelajar yang berminat. Proses pemilihan akan dibuat oleh guru yang terlibat. Seramai 12 pelajar yang layak akan dipilih untuk setiap persembahan

5.0. Peralatan Muzik yang di perlukan: 5.1. Tambourine. 5.2. Metal Shaker 5.3. Conga 5.4. Djembe/Drabuka 5.5. Chimes Bar 5.6. Kompang 5.7. Bongo

6.0 Pakaian: 6.1 Baju Melayu (Kuning) 6.2 Samping 6.3 Songkok 6.4 Butang baju melayu 6.5 Capal 6.6 Baju kurung (kuning) 6.7 Tudung 6.8 Keronsang untuk tudung 6.9 Sandal pelajar perempuan

7.0 Anggaran Kos diperlukan: No. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. Barangan Conga Bongo Chimes Bar Drabuka/Djembe Kompang 10 inci Kompang 12 inci Tamborine Metal Shaker Baju Melayu Baju Kurung Songkok Capal Samping Butang baju Melayu Tudung Keronsang Sandal Pelajar perempuan Kuantiti 1 1 1 1 2 8 2 2 12 5 12 12 12 12 5 5 5 Harga seunit(RM) 1150.00 230.00 285.00 525.00 70.00 80.00 42.00 48.00 70.00 50.00 15.00 15.00 30.00 5.00 20.00 5.00 20.00 JUMLAH KOS Jumlah (RM) 1150.00 230.00 285.00 525.00 140.00 640.00 84.00 96.00 840.00 250.00 180.00 180.00 360.00 60.00 100.00 25.00 100.00 5245.00

8.0 Peruntukan Kewangan: - Wang Suwa Kantin/ Wang Suwa Pelbagai Sukan. 9.0 Penutup Bagi merealisasikan penubuhan kumpulan nasyid Pendidikan Khas, di harap warganya dapat memberikan komitmen sepenuhnya agar kumpulan ini dapat mengharum dan menaikkan nama sekolah diperingkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Warganya juga diharap tidak mensia-siakan kemudahan yang akan disediakan oleh pihak sekolah kelak. Justeru diharap dapat menjadikan kumpulan nasyid ini sebagai pemangkin serta pencetus semangat kepada pelajar-pelajar lain yang tidak berminat menyertai kumpulan nasyid sebelum ini. Wujudnya kumpulan ini kelak, diharap ianya dapat memenuhi ruang aktiviti sihat di masa lapang dan dapat mencungkil bakat yang ada pada pelajar berkeperluan khas. Penubuhan kumpulan ini juga diharap dapat menjadikan pelajar berkeperluan khas lebih yakin dan berani untuk berkomunikasi dan bergaul dalam masyarakat setempat sekiranya telah tamat tempoh persekolahan kelak.

Disediakan oleh:

(MOHD IRWAN BIN BAHARUDIN) Jurulatih Pasukan Nasyid, Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Dato Kamaruddin, 34500 Batu Kurau.

Disahkan Oleh:

(NOR MALA BT ABDUL) Penyelaras, Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Dato Kamaruddin, 34500 Batu Kurau.

Diluluskan oleh:

(KAMAL BIN MANSOR) Pengetua, SMK Dato Kamaruddin, 34500 Batu Kurau.