laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

27
KERTAS KERJA PERTANDINGAN NASYID & JANGAN LUPA LIRIK ( Perid & Perik 09 ) 1.0 PENDAHULUAN Islam bukanlah hanya sebagai satu agama anutan bahkan merupakan satu cara atau sistem kehidupan. Ia merangkumi segala aspek kehidupan manusia seharian. Segala yang dilakukan akan menjadi ibadah dengan syarat ia menepati syariat dan dilakukan kerana Allah S.W.T. Nasyid adalah salah satu cabang kesenian Islam. Nasyid juga merupakan sebahagian daripada proses pendidikan secara tidak langsung. Nasyid terbentuk daripada susunan senikata indah berunsur keislaman yang dimasukkan bersama alunan lirik untuk menghasilkan melodi yang menarik. Oleh kerana senikatanya lebih kepada unsur keislaman, ini menjadikannya medium untuk berdakwah. Nasyid mempunyai tema tersendiri seperti puji-pujian kepada Allah, percintaan, persahabatan, perjuangan dan kedamaian. Tema berunsur bebas lebih kepada kepuasan seni itu sendiri. Nasyid terbahagi kepada dua bahagian iaitu irama tradisi dan irama kontemporari. Justeru, Persatuan Pendidikan Islam akan menganjurkan pertandingan nasyid sebagai aktiviti tahunan. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang berminat. Penganjur mensasarkan lebih banyak penyertaan berikutan irama nasyid kini telah dikomersilkan. Lantaran itu, tidak hairanlah irama nasyid kini mendapat tempat dihati para peminat. Maka, kemunculan kumpulan nasyid kini boleh diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. 2.0 MATLAMAT Matlamat Pertandingan Nasyid & Jangan Lupa Lirik ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang mampu menyanyikan lagu-lagu nasyid kontemporari secara baik. Disamping itu, pertandingan nasyid ini memberikan pendedahan dan menarik minat pelajar untuk menghasilkan persembahan yang mampu menyampaikan mesej atau maklumat yang jelas dan menghiburkan. Malah, pertandingan ini mampu memupuk gabungan tenaga dan idea diantara peserta pertandingan dalm menghasilkan persembahan dan meningkatkan daya kreativiti mereka. 1

Upload: abang-isaifuddin-bin-abang-noran

Post on 10-Jun-2015

3.421 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirikkertas kerja ko-kurikulum dpli upsi pendidikan islam 09

TRANSCRIPT

Page 1: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

KERTAS KERJAPERTANDINGAN NASYID & JANGAN LUPA LIRIK

( Perid & Perik 09 )

1.0 PENDAHULUAN

Islam bukanlah hanya sebagai satu agama anutan bahkan merupakan satu cara atau sistem kehidupan. Ia merangkumi segala aspek kehidupan manusia seharian. Segala yang dilakukan akan menjadi ibadah dengan syarat ia menepati syariat dan dilakukan kerana Allah S.W.T.

Nasyid adalah salah satu cabang kesenian Islam. Nasyid juga merupakan sebahagian daripada proses pendidikan secara tidak langsung. Nasyid terbentuk daripada susunan senikata indah berunsur keislaman yang dimasukkan bersama alunan lirik untuk menghasilkan melodi yang menarik. Oleh kerana senikatanya lebih kepada unsur keislaman, ini menjadikannya medium untuk berdakwah. Nasyid mempunyai tema tersendiri seperti puji-pujian kepada Allah, percintaan, persahabatan, perjuangan dan kedamaian. Tema berunsur bebas lebih kepada kepuasan seni itu sendiri. Nasyid terbahagi kepada dua bahagian iaitu irama tradisi dan irama kontemporari.

Justeru, Persatuan Pendidikan Islam akan menganjurkan pertandingan nasyid sebagai aktiviti tahunan. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang berminat. Penganjur mensasarkan lebih banyak penyertaan berikutan irama nasyid kini telah dikomersilkan. Lantaran itu, tidak hairanlah irama nasyid kini mendapat tempat dihati para peminat. Maka, kemunculan kumpulan nasyid kini boleh diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat Pertandingan Nasyid & Jangan Lupa Lirik ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang mampu menyanyikan lagu-lagu nasyid kontemporari secara baik. Disamping itu, pertandingan nasyid ini memberikan pendedahan dan menarik minat pelajar untuk menghasilkan persembahan yang mampu menyampaikan mesej atau maklumat yang jelas dan menghiburkan. Malah, pertandingan ini mampu memupuk gabungan tenaga dan idea diantara peserta pertandingan dalm menghasilkan persembahan dan meningkatkan daya kreativiti mereka.

1

Page 2: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif Pertandingan Nasyid & Jangan Lupa Lirik ialah :

3.1 Mendedahkan teknik nyanyian yang betul dengan mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam kelas dan praktikal yang sebenar.

3.2 Memberi keinsafan kepada pelajar dan memahami peranan diri sebagai saudara seagama.

3.3 Melahirkan semangat kecintaan kepada irama nasyid di kalangan pelajar.

3.4 Mencungkil potensi dan kebolehan di kalangan pelajar.

3.5 Meningkatkan keyakinan diri di kalangan peserta.

3.6 Mengeratkan silaturrahim diantara peserta dan penganjur.

4.0 NAMA PROGRAM

Pertandingan Nasyid & Jangan Lupa Lirik ( Perid & Perik ‘09 )

5.0 TEMA

“TAUTAN UKHWAH MENJANA MASYARAKAT MADANI ”

6.0 ANJURAN

Persatuan Mahasisiwa Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris

7.0 BUTIRAN PERTANDINGAN

Tarikh : 29 Januari 2009

Tempat: Taman Bernam

Masa : 4.00 hingga 6.30 petang

2

Page 3: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

8.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN

Semua ahli kumpulan ko-kurikulum (QSS5012). Kumpulan yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan mengisi borang pertandingan. Penyertaan hanya dihadkan kepada dua pasukan untuk satu kumpulan. Hadiah akan diberikan kepada johan, naib johan dan tempat ketiga. Bagi peserta yang tidak mendapat tempat, sijil penyertaan akan diberikan.

9.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

9.1 Setiap kumpulan hendaklah diwakili oleh peserta lelaki dan perempuan.

9.2 Hanya dua buah lagu sahaja dibenarkan untuk setiap kumpulan (sebuah lagu mengikut tema & sebuah lagu bebas).

9.3 Panjang persembahan kumpulan hendaklah antara 15 minit ke 20 minit.

10.0 KRITERIA PEMARKAHAN

Setiap persembahan nasyid yang dipersembahkan akan di adili berdasarkan ciri-ciri yang berikut:

Kreatif Menghiburkan Gabungan suara yang menarik Kerjasama kumpulan Pakaian/ kostum

11.0 PENGISIAN / PROGRAM

11.1 Kursus Pemantapan vokal

11.2 Teori dan Praktikal nyanyian nasyid yang betul

11.3 Slot “Permainan jangan lupa lirik lagu”

12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA(Sila rujuk muka surat 6-7)

13.0 TENTATIF PROGRAM(Sila rujuk muka surat 11)

3

Page 4: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

14.0 ANGGARAN BELANJAWAN(Sila rujuk muka surat 13)

15.0 PENUTUP

Akhir kata, adalah diharapkan agar Pertandingan Nasyid & Jangan Lupa Lirik ini berupaya mencapai objektif yang telah digariskan demi melahirkan pelajar yang beriman, berilmu , beramal dan bertaqwa. Semoga usaha ini diberkati oleh Allah. Insya Allah.

Sekian, Wassalam.

“ TAUTAN UKHWAH MENJANA MASYARAKAT MADANI ”

Disediakan oleh,

.................................(Siti Nooraien binti Isa)SetiausahaPersatuan Mahasiswa Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris

Disahkan oleh,

..................................(Abang Isaifuddin bin Abang Noran)PengerusiPersatuan Mahasiswa Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris

4

Page 5: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

STRUKTUR AHLI JAWATANKUASA INDUKPERSATUAN MAHASISWA ISLAM 2009

5

PENAUNGEn Omar Bin Mat Salleh

PENGARAH PROGRAMAbang Isaifuddin Bin Abang Noran

TIMBALAN PENGARAHSuraini Bt Hashim

PENASIHATEn Ainuddin Bin Mohammad

BENDAHARIAsmerynee Binti Abdullah

SETIAUSAHASiti Nooraien Binti Isa

Page 6: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

AHLI JAWATANKUASA

Juruacara Majlis1. Suraini Bt Hashim (Nasyid)2.Nor Erman B. Sungep (Jangan Lupa Lirik)

Juri Pertandingan1. Noorli Binti Nizri2. Wan Nor Azila Bt Wan Min3. Asmerynee Bt Abdullah

Ajk Jamuan/Pendaftaran1. Rodziyah Bt Johari (Ketua)2. Wan Nor Azila Bt Wan Min3. Asmerynee Bt Abdullah4. Noorli Binti Nizri

Ajk Promosi Dan Hebahan 1. Siti Nooraien Bt Isa (Ketua)2. Abang Isaifuddin3. Suraini Binti Hashim

Ajk Cenderamata1. Asmerynee Bt Abdullah (Ketua)2. Hamim Masriah Bt Sairin3. Wan Nor Azila Bt Wan Min

Ajk Teknikal1. Nor Erman B. Sungep (Ketua)2. Hamim Masriah Bt Sairin3. Siti Nooraien Bt Isa

Ajk Persiapan Tempat, Disiplin & Protokol1. Zakiyati Bt Zakaria (Ketua)2. Hasliza Bt Abu Bakar3. Zaikhah Bt Sha’ari4. Noramalina Bt Amiruddin

6

Page 7: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

BIDANG KUASA BAGI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATAN BIDANG TUGAS

Pengarah Program 1. Mengadakan dan mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pelaksana

2. Mengawal dan memastikan gerak kerja, perancangan dan pelaksanaan program berjalan dengan lancer

3. Menyelesaikan sebarang masalah yang timbul bersama Timbalan Pengarah dan Setiausaha kerja

4. Menguruskan perbincangan bersama pihak-pihak berkenaan bagi melancarkan program

5. Bekerjasama dengan AJK yang lain6. Menyediakan laporan lengkap tugasan

Timbalan Pengarah 1. Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pelaksana2. Memangku tugas pengarah ketika diperlukan3. Turut bersama pengarah di dalam perbincangan bersama

pihak yang berkenaan4. Mengawasi dan memastikan keseluruhan gerak kerja

setiap AJK induk berjalan dengan lancar5. Bekerjasama dengan AJK yang lain6. Menyediakan laporan lengkap tugasan

Setiausaha 1. Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pelaksana2. Mengurus dan merekod sebarang urusan surat menyurat3. Mencatat minit mesyuarat dan laporan program4. Bekerjasama dengan AJK yang lain

Bendahari 1. Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pelaksana2. Mengendalikan urusan pendaftaran peserta3. Mengurus dan mencatat belanjawan program4. Bekerjasama dengan AJK lain5. Menyediakan laporan lengkap tugasan

AJK PersiapanTempat

1. Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pelaksana2. Memastikan lokasi pertandingan dibuka awal sebelum

pertandingan bermula3. Menguruskan persediaan dan persiapan tempat untuk

jemaah hakim, kaunter pendaftaran serta peserta-peserta pertandingan

4. Memantau kebersihan lokasi pertandingan sepanjang berlangsungnya pertandingan

5. Bekerjasama dengan AJK lain6. Menyediakan laporan lengkap tugasan

7

Page 8: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

AJK Jamuan/Pendaftaran

1. Menghadiri mesyuarat Ahli JAwatankuasa Pelaksana2. Membuat semakan pendaftaran peserta yang bertanding

serta mengutip yuran pertandingan3. Menyediakan jamuan untuk VIP, AJK pelaksana serta

peserta-peserta pertandingan4. Bekerjasama dengan Ajk lain5. Menyediakan laporan lengkap tugasan

AJK Kawalan Pelajar

1. Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pelaksana2. Memastikan peserta-peserta pertandingan duduk di tempat

yang disediakan3. Mengawal disiplin peserta semasa pertandingan dijalankan4. Bekerjasama dengan AJK lain5. Menyediakan laporan lengkap tugasan

AJK Teknikal 1. Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pelaksana2. Mengambil gambar semasa pertandingan berlangsung3. Bekerjasama dengan AJK yang lain4. Menyediakan laporan lengkap tugasan

AJK Cenderamata 1. Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pelaksana2. Membuat bajet untuk peruntukan hadiah kepada

pemenang-pemenang3. Membeli dan membungkus hadiah mengikut peruntukan

yang telah ditetapkan4. Membuat persiapan untuk majlis penyampaian hadiah5. Bekerjasama dengan AJK lain6. Menyediakan laporan lengkap tugasan

AJK Promosi Dan Hebahan

1. Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pelaksana2. Menyediakan iklan dan pamplet program 3. Bekerjasama dengan AJK yang lain4. Menyediakan laporan lengkap tugasan

Juri Pertandingan 1. Menghadiri mesyuarat Ahli JAwatankuasa Pelaksana2. Menyediakan borang pemarkahan pertandingan3. Membuat penilaian pertandingan melalui borang yang

telah disediakan4. Bekerjasama dengan AJK yang lain5. Menyediakan laporan lengkap tugasan

Juruacara Majlis 1. Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pelaksana2. Menyediakan skrip juruacara yang sesuai untuk

pertandingan3. Menjadi pengacara pertandingan nasyid dan jangan lupa

lirik

8

Page 9: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

4. Memastikan majlis berlangsung dengan teratur dan lancar5. Bekerjasama dengan AJK yang lain6. Menyediakan laporan lengkap tugasan

9

Page 10: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

TENTATIF PROGRAM PERID & PERIK 2009

KHAMIS29 JANUARI 2009

TAMAN BERNAM 1UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

4.00 p.m : Pendaftaran peserta

: Ketibaan para jemputan

4.10 p.m : Ucapan aluan jurucara majlis

: Ucapan aluan oleh pengerusi persatuan:

Saudara Abang Isaifuddin bin Abang Noran

Ucapan perasmian oleh penasihat persatuan:

En. Ainuddin bin Mohammad

: Pertandingan nasyid (Perid)

: Pertandingan jangan lupa lirik (Perik)

: Penyampaian hadiah

6.30 p.m : Penutup dan bersurai

10

Page 11: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

PELAN TINDAKAN

BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN

1Mesyuarat AJK Pelaksana Kali Pertama

15-1-2009 Semua AJK

2Mesyuarat AJK Pelaksanan Kali Kedua

18-1-2009 Semua AJK

3Perjumpaan AJK Pelaksana

22-1-2009 AJK yang terlibat

4Pembelian hadiah dan cenderamata

23-1-2009 AJK Pendaftaran

5Kutipan yuran peserta

28-1-2009 AJK Cenderamata

6Pertandingan Nasyid & Jangan Lupa Lirik (Perid & Perik 09) 29-1-2009 Semua AJK dan Peserta

7Muhasabah Program

30-1-2009 Semua AJK

11

Page 12: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

ANGGARAN BELANJAWAN

PERBELANJAAN

1. Pamplet Program

1 Rim kertas A4 X RM 7.00 RM 7.00

3. Jamuan VIP RM 15 x 2 orang RM 30.00

4. Peralatan Pertandingan Nasyid RM 40.00

5. Hadiah pemenang RM 50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 127.00

SUMBER PENDAPATAN

1. Wang Persatuan RM 130.00

2. Yuran peserta (RM2 x 25 orang) RM 50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 180.00

12

Page 13: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM 2009DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kepada:..............................................................................................................

Tuan / Puan,

PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM NASYID DAN JANGAN LUPA LIRIK (PERID & PERIK) 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Induk, Persatuan Mahasiswa Islam 2009 telah bersetuju melantik tuan/puan sebagai....................................................................................

3. Maklumat mengenai program tersebut adalah seperti berikut:

3.1 Tarikh : 29 Januari 20093.2 Tempat : Taman Bernam Satu3.3 Anjuran : Persatuan Mahasiswa Islam

4. Segala kerjasama dan komitmen tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“TAUTAN UKHWAH MENJANA MASYARAKAT MADANI ”

Yang menjalankan tugas,

..............................................(ABANG ISAIFUDDIN BIN ABANG NORAN)Pengerusi Persatuan Mahasiswa Islam

s.k : Fail

13

Page 14: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM 2009DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kepada:..............................................................................................................

Tuan / Puan,

JEMPUTAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM NASYID DAN JANGAN LUPA LIRIK (PERID & PERIK) 2009 KALI PERTAMA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untukmenghadiri mesyuarat tersebut.

3. Maklumat mengenai mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

3.1 Tarikh : 15 Januari 20093.2 Tempat : Padang Universiti Pendidikan Sultan Idris

4. Agenda mesyuarat seperti butiran berikut:

4.1 Ucapan Pengerusi4.2 Perkenalan ringkas dan pengesahan jawatan4.3 Perbincangan4.4 Hal-hal lain

5. Segala kerjasama dan komitmen tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

14

Page 15: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

“TAUTAN UKHWAH MENJANA MASYARAKAT MADANI ”

Yang menjalankan tugas,

..............................................(SITI NOORAIEN BINTI ISA)Setiausaha Persatuan Mahasiswa Islams.k : Pengarah ProgramFail

15

Page 16: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM 2009DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kepada:..............................................................................................................

Tuan / Puan,

JEMPUTAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM NASYID DAN JANGAN LUPA LIRIK (PERID & PERIK) 2009 KALI KEDUA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untukmenghadiri mesyuarat tersebut.

3. Maklumat mengenai mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

3.1 Tarikh : 15 Januari 20093.2 Tempat : Padang Universiti Pendidikan Sultan Idris

4. Agenda mesyuarat seperti butiran berikut:

4.1 Ucapan Pengerusi4.2 Perkenalan ringkas dan pengesahan jawatan4.3 Perbincangan4.4 Hal-hal lain

5. Segala kerjasama dan komitmen tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

16

Page 17: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

“TAUTAN UKHWAH MENJANA MASYARAKAT MADANI ”

Yang menjalankan tugas,

..............................................(SITI NOORAIEN BINTI ISA)Setiausaha Persatuan Mahasiswa Islams.k : Pengarah ProgramFail

17

Page 18: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

MINIT MESYUARAT PERSATUAN MAHASISWA ISLAM

BILANGAN : 1 / 2009

TARIKH : 15 Januari 2009

TEMPAT : Padang Universiti Pendidikan Sultan Idris

MASA : 4.30 – 6.00 p.m

KEHADIRAN:

1. Abang Isaifuddin bin Abang Noran - Pengarah Program Perid & Perik 2009

2. Suraini binti Hashim - Timbalan Pengarah Program Perid & Perik 2009

3. Siti Nooraien binti Isa - Setiausaha Program Perid & Perik 2009

4. Asmerynee Bt Abdullah - Bendahari Program Perid & Perik 2009

TIDAK HADIR:

Tiada

BIL PERKARA1 1) 1. Ucapan alu-aluan

2)1.1 Mesyuarat dimulakan dengan al-Fatihah. Saudara Abang Isaifuddin mengalukan kehadiran ajk program dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan program persatuan

Tindakan oleh: Saudara Abang Isaifuddin

2 2. Sesi perkenalan dan pengesahan jawatan.

2.2 Semua ajk program memperkenalkan diri masing-masing dan mengesahkan jawatan mereka.

Tindakan oleh: Semua ajk program

18

Page 19: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

3. 3. Cadangan aktiviti Program Nasyid dan Jangan Lupa Lirik (Perid & Perik)

3.3 Ahli mesyuarat bersetuju mengadakan Program Nasyid dan Jangan Lupa Lirik di Taman Bernam 1, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3.2 Butiran program: 3.2.1 Nama Program Nasyid dan Jangan Lupa Lirik (Perid & Perik) 3.2.2 Tarikh: 29 Januari 2009 3.2.3 Tempat: Taman Bernam 1

4 4. Penutup

4.1 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-Asr

Disediakan oleh:

..............................................(SITI NOORAIEN BINTI ISA)SetiausahaProgram Perid & Perik

MINIT MESYUARAT PERSATUAN MAHASISWA ISLAM

BILANGAN : 2 / 2009

19

Page 20: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

TARIKH : 18 Januari 2009

TEMPAT : Kafe KHAR

MASA : 9.30 – 10.30 a.m

KEHADIRAN:

1. Abang Isaifuddin bin Abang Noran - Pengarah Program Perid & Perik 2009

2. Suraini binti Hashim - Timbalan Pengarah Program Perid & Perik 2009

3. Siti Nooraien binti Isa - Setiausaha Program Perid & Perik 2009

TIDAK HADIR:

1. Asmerynee Bt Abdullah - Bendahari Program Perid & Perik 2009

BIL PERKARA1 3) 1. Ucapan alu-aluan

4)1.1 Mesyuarat dimulakan dengan al-Fatihah. Saudara Abang Isaifuddin mengalukan kehadiran ajk induk program dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan program persatuan

Tindakan oleh: Saudara Abang Isaifuddin

2 2. Pengesahan minit mesyuarat kali pertama dan pembentangan kertas kerja

2.1 Pengesahan minit mesyuarat kali pertama dicadangkan oleh Siti Nooraien binti Isa dan disokong oleh Abang Isaifuddin bin Abang Noran.

2.2 Perkara-perkara berbangkit

2.3 Tiada sebarang perkara berbangkit

2.4 Setiausaha membentangkan kertas kerja aktiviti Program Nasyid dan Jangan Lupa Lirik (Perid & Perik).

20

Page 21: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

Tindakan oleh: Siti Nooraien binti Isa3. 3. Pengesahan aktiviti Program Nasyid dan Jangan Lupa Lirik (Perid & Perik)

3.3 Ahli mesyuarat induk bersetuju mengadakan Program Nasyid dan Jangan Lupa Lirik di Taman Bernam 1, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3.2 Butiran program: 3.2.1 Nama Program Nasyid dan Jangan Lupa Lirik (Perid & Perik) 3.2.2 Tarikh: 29 Januari 2009 3.2.3 Tempat: Taman Bernam 1

4 4. Penutup

4.1 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-Asr

Disediakan oleh:

..............................................(SITI NOORAIEN BINTI ISA)SetiausahaProgram Perid & Perik

MINIT MESYUARAT PERSATUAN MAHASISWA ISLAM

BILANGAN : 3 / 2009

TARIKH : 19 Januari 2009

TEMPAT : Taman Bernam

MASA : 1.00 - 2.15 p.m

21

Page 22: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

KEHADIRAN:

1. Abang Isaifuddin bin Abang Noran - Pengarah Program Perid & Perik 2009

2. Suraini binti Hashim - Timbalan Pengarah Program Perid & Perik 2009

3. Siti Nooraien binti Isa - Setiausaha Program Perid & Perik 2009

4. Asmerynee Bt Abdullah - Bendahari Program Perid & Perik 2009

TIDAK HADIR:

Tiada

BIL PERKARA1 5) 1. Ucapan alu-aluan

6)1.1 Mesyuarat dimulakan dengan al-Fatihah. Saudara Abang Isaifuddin mengalukan kehadiran ajk induk program dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan program persatuan

Tindakan oleh: Saudara Abang Isaifuddin

2 2. Pembentangan gerak kerja daripada ajk program

2.1 Semua ajk program membentangkan gerak kerja masing-masing.

Tindakan oleh: Semua ajk program

3 3. Penutup

3.1 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-Asr

Disediakan oleh:

22

Page 23: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

..............................................(SITI NOORAIEN BINTI ISA)SetiausahaProgram Perid & Perik

KUMPULAN AKTIVITI PERSATUAN MAHASISWA ISLAM

KUMPULAN SATU: SAUTUL HILWAH

BIL NAMA PESERTA CATATAN1 Mohd Fadli2 Jamilah Binti Nor Ali3 Rosni Binti Salleh4 Noor Azilawati5 Rosemawati6 Habibah Binti Abdullah

KUMPULAN DUA: BITARA

BIL NAMA PESERTA CATATAN

23

Page 24: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

1 Norizasuzila Binti Ahmad2 Noraida Binti Abdullah3 Nik Rosnizawati Binti Nik Mat4 Siti Fadilah Binti Mohd Razdi5 Muhamad Faizol Bin Jali6 Abdul Karim Bin Aziz

KUMPULAN TIGA: SHOUTUL AMAL

BIL NAMA PESERTA CATATAN1 Ekhwan Johan Bin Mustafa2 Badariah Binti Sidek3 Najah Amiroh Binti Rohani4 Sahida Binti Mohamed Nasir5 Hasnida Binti Lah6 Siti Zulaikha Binti Abdul Gani7 Nor Naimag Binti Husin

KUMPULAN EMPAT: SAUTUN NAJAH

BIL NAMA PESERTA CATATAN1 Noraini Binti Osman2 Siti Hafsah Binti Yaacob3 Asma Binti Ishak4 Filzah Binti Omar5 Rosnaniza Binti Ismail6 Fariza Binti Abdul Ghaffar

BIL BIDANG MARKAH

1.Suara

– Kesepaduan, suara solo dan pitch (nada) suara ramai/25

2.Lagu

– irama nasyid kontemporari (mengikut tema)/10

3.Persembahan

– gaya persembahan, ekspresi, keceriaan (pakaian dan solekan) /30

4. Kerjasama kumpulan /10

5. Kreativiti /15

24

Page 25: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

6.Bonus

– (kepelbagaian irama/keseragaman lagu & irama) /10

JUMLAH /100

BORANG PENILAIAN AKTIVITI KUMPULAN AKTIVITI PERSATUAN MAHASISWA ISLAM

NAMA HAKIM :____________________________

TANDATANGAN :____________________________

BORANG PENYERTAANPERTANDINGAN NASYID DAN JANGAN LUPA LIRIK

( PERID & PERIK 09)

NAMA KUMPULAN:..............................................................

NAMA KETUA:.......................................................................

UNIT:........................................................................................

BAYARAN:..............................................................................

NAMANO.

PENDAFTARANNO

TELEFON

25

Page 26: laporan pertandingan nasyid dan jangan lupa lirik

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Setiap kumpulan hendaklah diwakili oleh peserta lelaki dan perempuan.

2. Hanya dua buah lagu sahaja dibenarkan untuk setiap kumpulan.

(sebuah lagu mengikut tema & sebuah lagu bebas).

3. Tempoh persembahan kumpulan hendaklah antara 15 minit ke 20 minit.

KRITERIA PEMARKAHAN

Setiap persembahan nasyid akan diadili berdasarkan ciri-ciri berikut:

1. Kreatif

2. Menghiburkan

3. Gabungan suara yang menarik

4. Kerjasama kumpulan

5. Pakaian/ kostum

26