cadangan penambahbaikan terhadap pengurusan … · 2020. 12. 7. · terhadap pengurusan hutan di...

19
SAHABAT ALAM MALAYSIA FRIENDS OF THE EARTH MALAYSIA Memorandum kepada Kerajaan Negeri Kelantan November 1, 2016 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam 10460 George Town Pulau Pinang. Tel/Fax: +604.2286930/2 Di Sarawak: Lot 129A, First Floor Jalan Tuanku Taha P.O.BOX 216 98058 Marudi Baram, Sarawak. Tel/Fax: +6085.756973 SAM[at]foe-malaysia.org sarawakoffice[at]gmail[dot]com

Upload: others

Post on 28-Jul-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

SAHABAT ALAM MALAYSIA

FRIENDS OF THE EARTH MALAYSIA

Memorandum kepada Kerajaan Negeri Kelantan

November 1, 2016

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN

Di Pulau Pinang:

258, Jalan Air Itam

10460 George Town

Pulau Pinang.

Tel/Fax: +604.2286930/2

Di Sarawak:

Lot 129A, First Floor

Jalan Tuanku Taha

P.O.BOX 216

98058 Marudi

Baram, Sarawak.

Tel/Fax: +6085.756973

SAM[at]foe-malaysia.org

sarawakoffice[at]gmail[dot]com

Page 2: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

1

Pendahuluan

Memorandum ini berhasrat untuk memberikan fokus terhadap beberapa aspek

pengurusan hutan di negeri Kelantan yang kami kira perlu diperbaiki.

Hutan asli adalah aset yang sangat penting buat kita kerana salah satu fungsi dirian

pokok dan tumbuhan ialah kemampuannya menadah curahan hujan, manakala

reputan di lantai hutan melindungi tanah dari impak secara terus curahan hujan.

Permukaan tanah yang terdedah kepada kadar curahan hujan yang tinggi akan

menyebabkan lebihan air larian permukaan, hakisan lereng bukit, kerosakan

struktur sungai dan kemerosotan kualiti air. Disamping itu proses penyejatan dan

paras wap air juga biasanya akan turut meningkat apabila hutan termusnah.

Pembangunan ladang monokultur di dalam Hutan Simpanan Kekal

Pada tahun 2008, Kelantan memiliki seluas 14,819 hektar ladang-ladang monokultur

di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK). Namun pada tahun 2013, keluasan ini telah

meningkat kepada 162,485 hektar. Malah seawal tahun 2010, 115 buah syarikat telah

diberi kebenaran untuk membangunkan ladang-ladang Latex Timber Clone Plantation

Zone (LTC) seluas 91,030 hektar atau 14.6 peratus dari HSK di Kelantan.

Hari ini, Kelantan memiliki keluasan terbesar kawasan HSK yang dikelaskan

sebagai zon pembangunan ladang monokultur di Semenanjung Malaysia. Pada

tahun 2013, zon ini meliputi lebih dari 26 peratus kawasan HSK yang seluas 623,849

hektar di Kelantan.

Selain itu, amalan mengkelaskan ladang monokultur sebagai HSK ini juga

merupakan suatu amalan yang mengelirukan dari segi pengurusan statistik. Frasa

‘ladang hutan’ itu sendiri sebenarnya bercanggah dari segi bahasa. Ladang

monokultur bukanlah hutan. Hutan terbentuk secara semulajadi oleh tumbuh-

tumbuhan dan kepelbagaian bio yang tinggi. Ianya melakukan pelbagai fungsi

ekologi, termasuklah sebagai sistem tadahan air. Ladang pula adalah kawasan

pertanian monokultur yang besar yang dipenuhi oleh tanaman, mendatangkan

bencana kepada kawasan tadahan air serta hidupan ekosistem hutan dan sungai.

Sekiranya sistem pembalakan secara mampan diamalkan dikeseluruhan HSK, tidak

timbul isu HSK menjadi hutan miskin dan perlu diubah guna tanahnya kepada

penanaman monokultur. Ini mengambarkan kemungkinan kadar pembalakan buat

beberapa waktu telah dilakukan melebihi kadar yang dapat ditampung ekosistem

hutan.

Page 3: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

2

Rancangan Fizikal Negara: Rangkaian Ekologi Central Forest Spine dan Kawasan

Sensitif Alam Sekitar

Rancangan Fizikal Negara (RFN) 2 telah mengenalpasti pelbagai ekosistem yang

perlu dilindungi demi kepentingan negara.

(i) Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

Dasar 22 RFN 2: Kawasan sensitif alam sekitar perlu diintegrasi ke dalam

perancangan dan pengurusan guna tanah dan sumber alam semula jadi.

Kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan kritikal dari segi pembekalan

sumber-sumber asas, perkhidmatan dan sistem sokongan hidup seperti penulenan

air, kawalan haiwan perosak dan kawalan hakisan tanah. KSAS juga merangkumi

kawasan-kawasan yang menampung sumber kekayaan biodiversiti negara. Oleh itu,

adalah amat penting untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan KSAS ini tidak

dibangunkan, serta dipulihara atau diurus secara mampan, bergantung kepada

jenis, ciri-ciri dan tahap kesensitifan atau kepentingan. KSAS dibahagikan kepada

Tahap 1, 2 atau 3 dengan kriteria pengurusan masing-masing.

KSAS Tahap 1:

Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti

pelancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.

Perlindungan biodiversiti Kawasan perlindungan sedia ada dan cadangan

baru.

Habitat kecil yang penting di luar sistem kawasan

perlindungan: kawasan pendaratan penyu, jenut,

kawasan penting tumbuh-tumbuhan, bukit batu

kapur dan tanah bencah semula jadi yang bernilai

pemuliharaan tinggi.

Sistem sokongan hidup

Kawasan tadahan empangan yang sedia ada dan

cadangan baru.

Kawasan Risiko Bencana

Kawasan melebihi kontur 1,000 m.

KSAS Tahap 2

Tiada pembangunan atau pertanian.

Pembalakan secara mampan dan pelancongan alam semula jadi berimpak rendah

dibenarkan bergantung kepada halangan setempat.

Page 4: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

3

Perlindungan biodiversiti

Lain-lain hutan dan tanah bencah di luar kawasan

perlindungan.

Kawasan Risiko Bencana

Kawasan antara kontur 300 m - 1,000 m.

KSAS Tahap 3:

Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal

bergantung kepada ciri-ciri halangan.

Perlindungan biodiversiti

Pulau-pulau taman laut.

Sistem sokongan hidup

Kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon

recharge air bawah tanah.

Kawasan Risiko Bencana

Kawasan antara kontur 150 m - 300 m.

Kawasan yang mempunyai risiko hakisan melebihi

150 tan/ hektar/tahun.

Kawasan yang mengalami hakisan pantai kritikal

atau yang signifikan.

(ii) Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS)

Dasar 22 RFN 2: Central Forest Spine akan diwujudkan bagi membentuk tulang

belakang rangkaian kawasan sensitif alam sekitar

Central Forest Spine (CFS) adalah satu unit bersepadu yang membentuk tulang

belakang rangkaian KSAS. Ia merupakan rangkaian ekologi yang menghubungkan

kesemua kompleks hutan yang penting di Semenanjung Malaysia. Ia merangkumi

kompleks hutan Banjaran Titiwangsa-Bintang-Nakawan, Banjaran Taman Negara-

Timur, Banjaran Tenggara Pahang, tanah bencah Chini dan Bera serta Taman

Negara Endau Rompin-Rizab Hidupan Liar Kluang.

Dasar 22 RFN 2 telah turut mengenalpasti yang berikut.

Langkah yang lebih terperinci perlu diambil untuk meminimakan pemecahan habitat, terutamanya bagi kawasan pembangunan di sekitar Raub-Kuala Lipis-Gua Musang, yang terletak di tengah-tengah CFS di antara Banjaran Titiwangsa dan Taman Negara.1

Walaupun pihak berkuasa negeri telah menerimapakai semua pelan perancangan

fizikal tetapi amat mendukacitakan sekali begitu banyak sekali KSAS di negeri

1 Rancangan Fizikal Negara 2, ms. 5-60.

Page 5: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

4

Kelantan telah dimusnah dan dieksploitasi dan gagal mematuhi kriteria pengurusan

KSAS seperti yang telah digariskan oleh RFN 2.

Hari ini, terdapat KSAS Tahap 1 yang sepatutnya dilindungi dan dikekalkan tetapi

telah dimusnah dan dieksploitasi oleh pembalakan. Sementara itu, terdapat juga

HSK yang dikategorikan sebagai KSAS Tahap 2 turut terlibat di dalam penukaran

hutan kepada ladang, yang melibatkan penebangan bersih hutan. Kegiatan

pengusahasilan pembalakan yang dibenarkan di KSAS Tahap 2 hanyalah yang

mengamalkan Sistem Pengurusan Memilih dan bukannya kegiatan tebang habis

berskala keluasan yang besar.

Ini berlaku terutamanya di kawasan-kawasan HSK yang terletak di Rangkaian CFS

Banjaran Titiwangsa dan lembangan Sungai Lebir di Banjaran Tahan.

Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan ladang di dalam HSK

di Jajahan Gua Musang telah mengambil tempat di dalam HSK Sungai Berok, HSK

Batu Papan, HSK Hulu Galas dan HSK Gunung Rabong. Manakala pembalakan

secara tebang habis berskala besar untuk tujuan perlombongan pula telah berlaku di

dalam HSK Sungai Betis dan HSK Nenggiri.

Pembalakan secara tebang habis berskala besar untuk tujuan tanaman monokultur

dan perlombongan dalam HSK dilakukan juga di beberapa jajahan lain.

Kelemahan urus tadbir agensi pelaksana dan penguatkuasaan

(i) Projek Pembangunan Kawasan Teroka Haram

Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 dengan jelas melarang pendudukan atau

kegiatan di dalam HSK tanpa permit penggunaan. Seksyen 81 pula menyenaraikan

perbuatan-perbuatan yang dilarang di dalam HSK.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) akan membangunkan sebuah projek

perintis, Projek Pembangunan Kawasan Teroka Haram, bagi memulihkan kawasan

yang sudah diterokai secara haram. Kenyataan media JPNK pada 29 September 2016

tentang hal ini adalah dirujuk.

Kewujudan kegiatan penerokaan haram HSK menunjukkan kelemahan di dalam

urus tadbir dan penguatkuasaan undang-undang. Penerokaan dan pembangunan

haram di dalam HSK bukannya mengambil waktu yang singkat, ia seharusnya

dapat ditangani di peringkat awal lagi sebelum ianya berlanjutan.

Page 6: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

5

Kawasan HSK yang telah diterokai secara haram ini seharusnya dipulihkan oleh

JPNK sendiri dan bukannya dilesenkan kepada syarikat-syarikat swasta untuk

membangunkan kawasan ladang. Ini memberikan isyarat perundangan yang salah,

seolah-olah penerokaan haram HSK adalah sesuatu yang akan menguntungkan buat

syarikat-syarikat yang berjaya memperolehi kelulusan Rancangan Penghutanan

Semula dari JPNK.

(ii) Pemeliharaan rizab sungai dan zon riparian dan pokok perlindungan

Kelihatannya telah wujud kegagalan dalam memastikan perlindungan terhadap

rizab sungai dan zon riparian selebar sungai dan maksimum 50 meter. Peraturan ini

diperjelaskan di dalam Manual Perhutanan, laporan-laporan Penilaian Kesan

terhadap Alam Sekeliling (EIA) dan syarat-syarat kelulusan lesen operasi

pembalakan, pembangunan ladang monokultur dan perlombongan di dalam

kawasan HSK.

Kami juga turut mengesan anak-anak sungai-sungai yang akhirnya kekeringan atau

sudah keruh akibat dari pembangunan ladang monokultur. Pencemaran dan

kerosakan sungai dan kesan-kesan buruknya kepada masyarakat tempatan dapat

disahkan oleh masyarakat-masyarakat Orang Asli di daerah Gua Musang.

Selain itu kami juga pernah menemui tag pokok perlindungan di sebuah kawasan

matau di luar HSK Sungai Durian pada awal tahun 2014.

(iii) Projek ladang monokultur tidak hanya melibatkan hutan miskin

Kawasan ladang monokultur di dalam HSK dikatakan hanya melibatkan hutan

miskin dan kurang dirian pokok bernilai dan bukannya hutan asli yang mempunyai

banyak spesies pokok yang bernilai yang melebihi 45 cm ukur llilit.

Namun peninjauan kami menunjukkan bahawa kayu-kayu balak yang dibawa

keluar dari hutan miskin masih ada yang kelihatannya melebihi 45 cm ukur lilitnya.

Kepentingan hutan dalam berhadapan dengan risiko perubahan cuaca

Kami ingin menarik perhatian terhadap sebuah artikel di dalam The Star bertarikh

Januari 19, 2015, hasil tulisan Martin Khor di dalam ruangan Global Trends yang

berjudul Lessons from the great floods – ‘new normal’.

Artikel ini memberi pencerahan bahawa banjir besar pada akhir tahun 2014 mesti

dilihat sebagai sebuah ‘keadaan lazim yang baru’. Kajian-kajian saintifik tentang

iklim dan cuaca berserta kejadian-kejadian keadaan cuaca yang ekstrem di seluruh

Page 7: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

6

dunia lewat beberapa tahun ini telah menggambarkan bahawa kemungkinan

besarnya banjir besar ini adalah merupakan sebahagian daripada corak perubahan

iklim yang sedang berlaku. Ianya bakal menjadi sebuah keadaan lazim yang baru,

dan bukanlah sebuah kejadian yang tidak boleh berulang lagi di dalam masa yang

terdekat ini. Kita malah seharusnya menjangkakan bencana yang lebih buruk lagi

pun boleh berlaku di masa hadapan.

Artikel ini juga merujuk kepada sebuah kertas kerja Malaysia Climate Change

Scenarios yang dihasilkan oleh Dr. Yap Kok Seng, bekas Ketua Pengarah Jabatan

Meteorologi Malaysia, dan rakan-rakan setugas beliau pada tahun 2012. Kajian ini

menunjukkan bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dari fenomena kenaikan corak

suhu dunia.

Menurut kertas kerja tersebut, pemantauan pengkaji cuaca Malaysia menunjukkan

bahawa kita sememangnya telah mengalami lebih banyak kejadian cuaca yang

melampau di dalam dekad-dekad terakhir ini.

Perubahan iklim dan kenaikan suhu dunia juga akan menyebabkan kenaikan suhu

permukaan laut (sea surface temperature - SST). SST yang tinggi secara lazimnya akan

menyebabkan peningkatan pemeluapan air di udara, yang akhirnya akan

meningkatkan lagi kejadian hujan lebat bersama ribut petir di kawasan tropika.

Selain itu, kertas kerja tersebut juga menunjukkan bahawa bilangan kejadian dan

keruncingan musim kemarau juga telah turut meningkat dari 1951 ke 2005.

Dengan ini, kesemua pihak berkuasa negeri di Malaysia ini wajar memberikan

penumpuan yang lebih tinggi terhadap kerja-kerja pemuliharaan hutan dan

ekosistem yang sensitif yang lainnya di dalam menghadapi masa hadapan yang

tidak menentu ini.

Hak tanah adat Orang Asli

Hak tanah adat Orang Asal/Asli merupakan hak-hak yang diperolehi dari amalan-

amalan resam dan undang-undang adat Orang Asal/Asli yang diiktiraf dan

dikuatkuasakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat itu, lazimnya secara lisan. Ianya

berbeza dengan hak ke atas tanah berdokumen, yang merupakan hak yang

diperolehi dari dokumen atau geran bertulis yang dikeluarkan oleh sesebuah

kerajaan di bawah bidangkuasa sesebuah undang-undang tergubal.

Lembaga kehakiman negara telah pun menolak sekumpulan tafsiran negeri-negeri

tentang hak tanah adat Orang Asal/Asli sebagai hanya sekadar hak kepenggunaan

atau hak penyewa atas ihsan. Persoalan-persoalan perundangan tentang status dan

Page 8: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

7

sifat-sifat hak tanah adat Orang Asal/Asli di atas telah pun diselesaikan dan dijawab

dengan panjang lebar oleh lembaga kehakiman seawal tahun 2007 lagi.

Berikut adalah antara prinsip-prinsip perundangan yang telah diputuskan oleh

mahkamah tentang sifat-sifat hak tanah adat Orang Asal/Asli itu:

(i) Hak tanah adat adalah sejenis hak kepemilikan ke atas tanah itu sendiri,

yang mendapat perlindungan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan,

seperti hak tanah berdokumen.2

Oleh itu, jika tanah berdokumen sebagai hak kepemilikan harta tidak dapat

diceroboh sesuka hati, lesen pengambilan atau pembangunan sumber-sumber

tidak boleh dikeluarkan di situ tanpa keizinan si empunya tanah dan proses

pengambilan tanah tersebut tidak boleh dilakukan tanpa mengikut lunas

undang-undang dan pembayaran pampasan yang memadai, prinsip yang

sama semestinya terpakai juga ke atas hak tanah adat.

(ii) Untuk mengesahkan sesebuah tuntutan hak tanah adat itu, yang wajib

dirujuk adalah undang-undang adat kaum itu sendiri, bukannya undang-

undang tergubal, atas sebab undang-undang adat itu sifatnya diperolehi dari

adat resam yang wujud lebih awal dari undang-undang tergubal.3

(iii) Atas sifatnya yang wujud lebih awal ini, penggubalan sebarang undang-

undang bertulis atau pengeluaran arahan-arahan eksekutif di zaman

penjajahan atau selepas kemerdekaan tidak menghapuskan sebarang hak

tanah adat begitu sahaja secara automatik.

Sebarang hasrat penghapusan hak ini wajib dilakukan dengan

menggunakan bahasa dan perkataan bertulis yang jelas dan tidak

mengandung sebarang kekaburan. Oleh itu, selagi notis penghapusan hak

tidak pernah dikeluarkan dan pampasan memadai tidak dibayar, sebarang

penafian hak mereka boleh dicabar dari segi perundangan. Undang-undang

tergubal hanya diperlukan untuk memastikan jika ada apa-apa notis

sedemikian rupa yang telah berjaya menghapuskan hak tanah adat secara sah

pada mana-mana waktu.4

2 Inilah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2002 dan Mahkamah Rayuan pada tahun 2005 di dalam kes

Sagong Tasi dari Selangor. Keputusan Sagong Tasi ini telah mengambil contoh antara lain dari kes Adong Kuwau di Johor

yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1997 dan Mahkamah Rayuan pada tahun 1998. Permohonan untuk

merayu Kerajaan Negeri Johor seterusnya telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. Keputusan kes Nor Nyawai dari

Sarawak di Mahkamah Tinggi pada tahun 2001 juga telah turut dirujuk. 3 ibid. 4 Ini pula adalah keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Madeli Salleh dari Sarawak pada tahun 2007. Rayuan

Kerajaan Negeri Sarawak untuk penyemakan semula keputusan ini telah turut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada

tahun 2009. Di sini, Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan prinsip-prinsip perundangan yang telah digunapakai

sebelumnya di dalam keputusan-keputusan Adong Kuwau, Sagong Tasi dan Nor Nyawai.

Page 9: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

8

Mengambil kira keputusan-keputusan mahkamah yang telah dibuat, makanya

adalah tidak sesuai lagi dari sisi undang-undang, bagi pihak berkuasa negeri untuk

meneruskan tindakan-tindakan dan amalan-amalan yang berikut:

(i) Tindakan menentukan keluasan dan sempadan-sempadan wilayah hak tanah

adat Orang Asli secara satu hala dan tanpa persetujuan para penduduk.

(ii) Tindakan penghapusan atau pengurangan hak-hak tanah adat masyarakat

Orang Asli tanpa mendapatkan persetujuan mereka dan pemberian

pampasan yang memadai kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas. Ini

berlaku samada untuk proses pengambilan tanah atau pewartaan wilayah-

wilayah hak tanah adat kepada HSK dan hutan-hutan atau kawasan-kawasan

perlindungan yang lain.

(iii) Pengeluaran lesen-lesen pembalakan, perladangan, perlombongan atau apa-

apa kegiatan mengeluarkan sumber-sumber asli, walaupun di dalam HSK,

dengan tafsiran bahawa sebarang hak-hak Orang Asli yang masih wujud

telah dihapuskan dengan pasti di bawah undang-undang, tanpa berbuat

demikian dengan bahasa bertulis yang jelas, jika hutan-hutan ini masih

dituntut sebagai wilayah hak tanah adat oleh masyarakat Orang Asli.

(iv) Pengeluaran lesen-lesen pembalakan, perladangan, perlombongan atau apa-

apa lesen untuk mengeluarkan sumber-sumber asli dari wilayah hak tanah

adat Orang Asli, tanpa mendapatkan persetujuan mereka, atau sekurang-

kurangnya memastikan proses penghapusan hak dan pembayaran pampasan

yang memadai telah dilakukan terlebih dahulu bagi sebarang kehilangan

hak-hak mereka.

(v) Keengganan untuk mewartakan Rizab Orang Asli menurut tafsiran keluasan

para penduduk.

Mahkamah: Hak tanah adat Orang Asal/Asli adalah hak yang wujud lebih awal

Hak yang wujud lebih awal

• Hak tanah adat adalah hak-hak yang diperolehi dari kuasa undang-

undang adat, yang diiktiraf dan dikuatkuasakan oleh ahli-ahli sesebuah

masyarakat. Ia meliputi:

• Ladang-ladang atau hutan hakmilik keluarga

• Hakmilik bersama – hutan, sungai, tasik, kubur, keramat dsb.

Page 10: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

9

• Berbeza tetapi sama taraf hak kepemilikannya dengan hak tanah

berdokumen, yang merupakan hak-hak yang diperolehi dari dokumen

yang dikeluarkan di bawah undang-undang tergubal.

Tidak bergantung kepada pengiktirafan pihak kerajaan, undang-undang

tergubal atau mahkamah untuk ia menjadi sah.

Jika tanah tidak terwarta atau tidak bergeran, hak masih lagi sah.

Untuk mengesahkan hak, yang wajib dirujuk adalah adat-istiadat kaum,

bukannya undang-undang tergubal. Undang-undang tergubal hanya

perlu disemak bagi memastikan samada hak pernah berjaya dihapuskan.

Kerajaan memiliki tanggungjawab fiduciary terhadap masyarakat Orang

Asal/Asli, yakni tanggungjawab yang didasari atas dasar kepercayaan di

antara pihak pemegang amanah (kerajaan) dan pihak penerima faedah

(masyarakat Orang Asal/Asli). Ini merangkumi tanggungjawab untuk

melindungi hak tanah adat dan kebajikan Orang Asal/Asli dengan tidak

bertindak dengan cara yang boleh menjejaskan hak dan kesejahteraan

mereka.

Mahkamah: Hak tanah adat Orang Asal/Asli adalah hak kepemilikan harta yang

dilindungi Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak kepemilikan harta

Merupakan hak kepemilikan harta yang dilindungi oleh Perkara 13

Perlembagaan Persekutuan.

Hak tanah adat hanya boleh dihapuskan dengan arahan tertulis yang jelas

dan tidak mengandung sebarang kekaburan, menurut lunas undang-

undang dan pampasan yang memadai.

Selagi notis penghapusan hak tanah adat tidak pernah dikeluarkan dan

pampasan memadai tidak dibayar, sebarang penafian hak boleh dicabar

dari segi perundangan.

Page 11: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

10

Pampasan yang memadai mesti merangkumi kehilangan tanah itu sendiri,

tanaman, harta benda dan pelbagai kepentingan lain:

Kehilangan tanah warisan turun-temurun.

Kehilangan kebebasan menduduki dan bergerak.

Kehilangan sumber-sumber hutan.

Kehilangan kehidupan di masa hadapan untuk diri dan keluarga.

Kehilangan kehidupan di masa hadapan untuk keturunan.

Pampasan yang memadai di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan

Akta Pengambilan Tanah 1960 dan bukannya Akta Orang Asli 1954.

Memasuki wilayah tanah adat tanpa kebenaran penduduk dan mengikut

lunas undang-undang (termasuklah melakukan sebarang kerosakan di situ)

adalah sebuah pencerobohan yang boleh dikenakan tindakan saman

mahkamah oleh penduduk terjejas.

Syor-syor

SAM mengemukakan syor-syor di bawah untuk mempertingkatkan mutu

pengurusan hutan di negeri Kelantan.

1. Menghentikan pengubahan HSK kepada ladang monokultur serta operasi

perlombongan dan pengambilan sumber-sumber asli, selain dari guna tanah

hutan di dalam HSK.

2. Mematuhi dan menggunapakai pelan-pelan Rancangan Fizikal Negara (RFN)

tentang Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan Central Forest Spine (CFS).

3. Tidak membenarkan lagi pembalakan di kawasan berhutan berketinggian

1,000 m dan lebih tinggi. Kawasan-kawasan ini sudah dikategorikan sebagai

KSAS Tahap 1.

4. Melakukan pewartaan-pewartaan hutan berikut sebagai hutan perlindungan:

(i) Kawasan sempadan negeri Kelantan dan Perak yang meliputi CFS

Banjaran Titiwangsa, di antara HSK Balah dan HSK Perias.

(ii) Pengkelasan fungsi keseluruhan HSK Lojing.

Page 12: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

11

Di dalam proses pewartaan ini, hak-hak tanah adat Orang Asli haruslah

dihormati dan wilayah tanah adat mereka wajib dikeluarkan dari kawasan

terwarta.

5. Memastikan hak tanah adat Orang Asli dihormati dan diambil kira di dalam

pengurusan perhutanan dan tanah, termasuklah:

(i) Menghentikan segala pemberian lesen operasi pembalakan,

pembangunan ladang, perlombongan dan pengambilan sumber-

sumber asli di wilayah-wilayah tanah adat Orang Asli.

(ii) Memastikan prosedur pemberian Izin Maklumat Awal, Bebas dan

Telus (IMABT) dari masyarakat Orang Asli digunapakai sepenuhnya

di dalam segala proses pewartaan tanah dan hutan serta pemberian

lesen-lesen pembalakan, perladangan, perlombongan dan

pengambilan sumber-sumber asli di negeri Kelantan.

(iii) Memperkenalkan proses pemetaan dan penandaan sempadan bersama

wilayah hak tanah adat Orang Asli berdasarkan keluasan yang

dipersetujui oleh anggota masyarakat, bagi tujuan pewartaan wilayah-

wilayah ini dan disertai dengan pemberian geran komunal.

Page 13: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

12

LAMPIRAN 1

Rancangan Fizikal Negara telah mengkategorikan HSK sebagai sekurang-

kurangnya KSAS Tahap 2. Pembalakan mampan dibenarkan di dalam KSAS

Tahap 2 tetapi tidak ladang monokultur dan pengubahan guna tanah.

Pembangunan ladang monokultur di HSK ini juga turut menjejaskan anak sungai

ini yang bertentangan dengan tuntutan perundangan bahawa kawasan rizab

sungai dan zon riparian harus dilindungi dengan baik.

Page 14: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

13

Pencemaran Sungai Belatop berhampiran dengan HSK Sungai Berok. Awal

2014.

Tag pokok perlindungan kami temui di matau berhampiran HSK Sungai

Durian, Kelantan Timur pada awal tahun 2014.

Page 15: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

14

Kedua-dua gambar di atas menunjukkan bahawa masih lagi terdapat kayu-

kayu dengan ukur lilit yang besar di dalam kawasan yang dikategorikan

sebagai hutan miskin yang sedang ditebang bersih bagi tujuan perladangan.

Page 16: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

15

LAMPIRAN 2

Global Trends by Martin Khor

The Star, 19 January 2015

Lessons from the great floods

The first half month of 2015 has seen Malaysians pre-occupied with the big clean-up

following the big floods that swamped many states, especially in the East Coast.

It will take some time to get the houses, schools, hospitals, offices, roads, drains,

railway tracks, back into pre-flood shape.

The costs of doing so are staggering, with each initial figure exceeded by new

estimates. The total will run into many billions of ringgit. The government will foot

the bill for repairing public facilities; and there is some government and spirited

public help for flood victims’ personal losses.

But the affected people will still bear immense suffering and losses, for example of

lost business and livelihood income on top of the lost household belongings.

It is time to learn the lessons and prepare for the future. Hopefully a high-powered

coordinating council will deal with all aspects of analysing the causes of the floods

and how severe we can expect future floods to be, of minimising the causative

factors, preparing better to mitigate future events, and preparing to manage them

more effectively when they inevitably happen again.

Recent events and climate science strongly indicate that the 2014-15 downpour and

floods are not one-off events but part of a national, regional and global pattern

linked to climate change and extreme weather events. And that we can expect the

situation to worsen, more and more, in future years and decades.

Malaysia has experienced increase in temperature, consistent with the global

warming trend, according to data in a 2012 paper by Yap Kok Seng, then the head of

the Malaysian Meteorological Department (MMD), and his colleagues.

The global temperature increase has led to changes in weather including major wind

patterns, amount and intensity of precipitation, and increased frequency of severe

storms and weather extremes, according to the paper, “Malaysia Climate Change

Scenarios”.

Page 17: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

16

Malaysia has experienced more extreme weather events over the past decades, as

well as an increase in weather extremes, says the paper, backed up by graphs and

statistics.

This increase could be associated with the natural variability in the sea surface

temperatures of the equatorial Pacific Ocean (El Niño/La Niña events) and the

Indian Ocean (Indian Ocean Dipole).

For example, the Northeast monsoon of 2006/2007 and 2007/2008 brought torrential

rain and floods to Malaysia, with the Northeast Monsoon rainfall in 2006/7 being the

worst ever recorded over the southern part of the Peninsula, especially in Johore,

causing the worst floods.

“Other extreme events such as severe thunderstorms, dry periods and haze have

become more prevalent over the recent years. Due to the complex interaction of the

atmosphere, ocean and biosphere, the global warming definitely has contributed to

these changes, with climate variability and global warming acting in the same

direction over the period.”

The paper points out that as the climate changes due to global warming, therefore,

sea surface temperatures (SSTs) also continue to increase. Higher SSTs are generally

accompanied by increased water vapour in the lower troposphere, thus the moist

static energy that fuels convection and thunderstorms is also increased. Most of

tropical rainfall, as experienced in Malaysia, is from the thunderstorm activities.

According to the MMD analysis, Malaysia has experienced the following changes:

Since 1980s there have been increasing number of days of extreme rainfall

events.

Number of days with extreme wind events have also increased at several

stations.

The Peninsula, Sabah and Sarawak have seen increase in the number of annual

thunderstorm days.

The paper indicates that the northeast monsoon and the southwest monsoon have

become more intense. Annual rainfall data for the period 2000-2009 compared to

1970-1999 show an increase in rainfall for most parts of the Peninsula (except the

central part) and Sabah and Sarawak, and the major increase has occurred in the past

5 year period of 2005-2009.

The regions with the most increase in rainfall are the northeast coast and northwest

coast parts of the Peninsula, central coast of Sarawak and north Sabah.

Page 18: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

17

Interestingly, the paper also finds that there are also more frequent and intense dry

years (in 1975-2005 period compared to 1951-75), which are only partly due to El

Nino events.

It thus appears that the new weather pattern in Malaysia includes both heavier

rainfall and dryer spells, even within the same year. This explains the co-existence

of no-rainfall months causing water shortages in various states, with high-rainfall

and flooding months in other states or even the same states.

The lesson from all this is that we have to pay much more attention to increasing

extremes and extreme events in the weather, counter-act their causes, and deal with

their effects. In climate change terms, this means having plans for mitigation,

adaptation and loss-and-damage.

While in the short term we can do little to alter weather patterns, we can certainly do

a lot to prevent making the situation worse.

Top on the list is to stop further deforestation. The widespread chopping of trees

especially in highland areas is a major reason why the intense rainfall causes so

much flooding.

The natural tree cover breaks the falling rain and allows the gentler drip of water to

seep into the ground, providing ground-water to flow into the reservoirs.

When trees are removed, the rain falls heavily onto the ground, removes the soil,

and the water plus the soil is swept into streams and rivers, which get clogged up

with soil and which are also filled quickly with the high volume of rain water.

The damage begins in the upper reaches of the river and is transformed into

devastation as the engorged rivers reach the town areas, breach their banks, and the

raging waters sweep along houses, cars and everything else in their way.

After each disaster, promises are made to stop deforestation and to disallow

highland development. But after a few months and years, the logging and

development works begin again, causing even more damage the next time there are

heavy rains.

This time, the situation has got so serious, the public expects firm and effective

action from all levels of government and all relevant agencies.

Besides conserving the forests, there are many other ways to mitigate and adapt

better. These include replanting of trees in deforested areas; soil conservation as a

strategy and major activity all over the country; de-silting of rivers and streams; the

Page 19: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PENGURUSAN … · 2020. 12. 7. · TERHADAP PENGURUSAN HUTAN DI NEGERI KELANTAN Di Pulau Pinang: 258, Jalan Air Itam ... air, kawalan haiwan perosak

18

vast improvement of drainage in urban and rural areas; climate-proofing of

buildings, including building new schools and houses on stilts or on pillars in flood-

prone areas; protecting coastal areas from storms, winds and high waves including

through conserving and replanting mangroves.

There is also the whole set of activities for better management of floods and other

disasters, including establishment of permanent evacuation centres; early warning

systems; earlier and better systems of evacuation; stocking and distribution of food,

clean water, medicines and other essentials to victims; plans for repair and

rehabilitation; and the up-front allocation of financing.

If we treat the “great floods” not as once-in-20 years or once-in-a-lifetime events, but

as part of the “new normal”, then the plans for a better eco-system and for managing

the disasters can be made more systematically, and a significant budget for regular

financing can also be set aside.

Let’s hope that we do learn the lessons of the recent great floods and prepare

comprehensively to prevent, mitigate and manage them effectively. We may not be

able to achieve “Never the floods again”, but we must achieve “Effectively manage

the heavy rains and floods that are sure to come.”