berita & makluman - science.utm.my · berita & makluman fm16.08 22 ogos 2016 jabatan sains...

2
Berita & Makluman FM16.08 22 Ogos 2016 JABATAN SAINS MATEMATIK, FAKULTI SAINS Shazirawati (Ketua Editor) Tok Itam Taufiq Khairi Anati Mohd Fauzi Zarina Sidang Redaksi Were on the web! hp://science.utm.my/ mathemacs/fm SIRI 20/97/726 Jika anda mempunyai sebarang berita atau heba- han yang ingin dikongsikan, sila emelkan kepada: [email protected] [email protected] Terima kasih. Cahaya mata. Tahniah diucapkan kepada Dr. Fong Wan Heng di atas kelahiran cahayamata lelaki yang merupakan anak pertama beliau pada 23 Julai 2016. Pelantikan Baru. Tahniah diucapkan kepada staf yang diberi mandat baru seperti berikut: Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pem- bangunan Pelajar: Dr. Farhana Johar dilantik sebagai Pengerusi baru JKPP manakala Pn. Halijah pula sebagai Tim- balan Pengerusi berkuatkuasa 1 Ogos 2016 sehingga 31 Dis- ember 2017 menggantikan mantan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi iaitu Tn. Hj. Hamisan Rahmat dan Dr. Syarifah Zyurina Nordin. Tahniah diucapkan kepada yang baru dilantik dan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj Hamisan dan Dr. Syarifah kerana menerajui JKPP dengan amat baik sebelum ini. Penasihat Akademik Baru: Tahniah diucapkan kepada Dr. Ariff Admon, Dr. Niki Anis Ab. Karim, En. Muhammad Fau- zee Hamdan, Dr. Zaitul Marlizawati Nordin, Dr. Norhaiza Ahmad dan En. Taufiq Khairi Ahmad Khairuddin di atas pelantikan PA baru bagi sesi 2016/2017 sehingga 2020/2021. Jadual waktu pensyarah bagi semester I 2016/2017 boleh dicapai di pautan http://science.utm.my/mathematics/forstaff/ Jadual penggunaan bilik mesyuarat dan makmal komputer di JSM kini boleh dilihat di pautan http://science.utm.my/mathematics/room-calendar/ UTMO2016. Semua pensyarah terutamanya Penasihat Aka- demik diminta menggalakkan pelajar untuk menyertai UTM Matematik Olimpiad 2016 yang akan diadakan pada 24 Septem- ber 2016. Untuk maklumat lanjut sila layari http://science.utm.my/utmo2016/. UTMO2016 dikendalikan oleh kumpulan Task Force JSM yang diketuai oleh Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin manakala ahli-ahli lain adalah: PM. Dr. Sharidan Shafie, PM. Dr. Munira Ismail, Dr. Amidora Idris, Dr. Farhana Johar, Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali, Dr. Rashidah Ah- mad, dan Dr. Shazirawati Mohd Puzi. Semua staf JSM digalakkan untuk menghadiri pembentangan TOWNHALL DCP (DIFFERENTIATED CAREER PATH- WAY) yang akan diadakan pada 29 Ogos 2016 (Isnin), jam 9.30 pagi di Dewan Kuliah 7, Blok N24, UTM JB. Pemben- tangan ini adalah berkaitan dengan syarat dan kriteria 4 laluan kerjaya yang akan diguna pakai tidak lama lagi. Majlis Perhimpunan Bulanan (September 2016) akan diada- kan pada 5 September 2016 (Isnin) , jam 8 pagi di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Pembentangan akan disampaikan oleh YBhg. Dato Timbalan Naib Canselor (HEMA). Assalamualaikum dan salam sejahtera... Cerita Hindustan Kuch Kuch Hota Hai mengisahkan seorang anak bernama Anjali berusaha menemukan ayahnya Rahul seorang duda dengan kawan lama, juga kekasih lama ANJALI. Isteri Rahul, Tina meninggal dunia tetapi meninggalkan wasiat supaya Anjali menyatukan bapanya Rahul dengan AN- JALI. Akhirnya mereka bertemu dan menyalakan api cinta yang terpadam. Tetapi sudah agak terlambat kerana ANJALI dan Aman akan melangsungkan perkahwinan walaupun ANJALI tidak mencintai Aman. Di hari Tok itam perkahwinan Rahul dan Anjali juga ada di majlis tersebut. Babak yang sungguh suspen di hujung cerita. ANJALI diiring turun tangga untuk ke tempat nikah. Aman sudah sedia berada di tempat nikah. ANJALI memandang Rahul. Menangis. Rahul memandang AN- JALI. Menangis. Anjali juga menangis. Aman memandang ANJALI. Aman me- mandang Rahul. Dia tahu cinta ANJALI bukan untuk dia tetapi untuk Rahul. AN- JALI enggan turun ke tempat nikah. Aman bangun dan memanjat tangga me- mimpin ANJALI bukan ke tempat nikah tetapi kepada Rahul. ANJALI jadi Mrs Rahul. Happy ending. Perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik. Lee Chong Wei ber- temu Chen Long. Dua pemain gergasi dunia badminton. Inilah cubaan ketiga LCW meraih emas Olimpik. Emas Olimpik pertama untuk Malaysia. Itulah harapan se- luruh rakyat Malaysia. Chen Long menang set pertama. Set kedua lebih mendebar- kan. LCW 13 – CL 16. Anjali merayu pada Aman supaya tidak mengahwini ANJALI. Tok Itam nak merayu kepada CL, janganlah kalahkan LCW. LCW 15 – CL 18. ANJALI dipimpin Aman turun tangga. Rahul menangis. AN- JALI menangis. Anjali menangis. Tok Itam tak duduk diam depan TV. Menggigit jari. LCW 15-CL 19. ANJALI dibawa duduk di tempat nikah. Rahul menangis. AN- JALI menangis. Anjali menangis. Tok Itam tepuk dahi. LCW 18-CL 20. Tangisan mereka lebih kuat. Tok Itam putus harap pada emas pertama Malaysia. LCW 18- CL 21. ANJALI bergelar Mrs Aman. Rahul dan Anjali tergamam. Tok Itam tergamam. Rakyat Malaysia tergamam. Tiada pingat emas untuk Malaysia. Tok Itam tutup TV. Alangkah manisnya cerita Kuch Kuch Hota Hai satu khayalan. Alangkah pilunya pertandingan akhir badminton lelaki Olimpik 2016. Juga 2012 dan 2008. Moga berjaya di Jepun 2020. Syabas Lee Chong Wei. Kami tetap bersamamu. Editor: Amboi Tok, minat Bollywood Nampak!

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita & Makluman - science.utm.my · Berita & Makluman FM16.08 22 Ogos 2016 JABATAN SAINS MATEMATIK, FAKULTI SAINS Shazirawati (Ketua Editor) Tok Itam Taufiq Khairi Anati Mohd Fauzi

Ber ita & Makluman

FM16.08

22 Ogos 2016

JABATAN SAINS MATEMATIK, FAKULTI SAINS

Shazirawati (Ketua Editor)

Tok Itam

Taufiq Khairi

Anati

Mohd Fauzi

Zarina

Sidang Redaksi

We’re on the web!

http://science.utm.my/mathematics/fm

SIRI 20/97/726

Jika anda mempunyai sebarang berita atau heba-han yang ingin dikongsikan,

sila emelkan kepada:

[email protected] [email protected]

Terima kasih.

Cahaya mata. Tahniah diucapkan kepada Dr . Fong Wan Heng di atas kelahiran cahayamata lelaki yang merupakan anak pertama beliau pada 23 Julai 2016. Pelantikan Baru. Tahniah diucapkan kepada staf yang diber i mandat baru seperti berikut:

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pem-

bangunan Pelajar: Dr. Farhana Johar dilantik sebagai Pengerusi baru JKPP manakala Pn. Halijah pula sebagai Tim-balan Pengerusi berkuatkuasa 1 Ogos 2016 sehingga 31 Dis-ember 2017 menggantikan mantan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi iaitu Tn. Hj. Hamisan Rahmat dan Dr. Syarifah Zyurina Nordin. Tahniah diucapkan kepada yang baru dilantik dan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj Hamisan dan Dr. Syarifah kerana menerajui JKPP dengan amat baik sebelum ini.

Penasihat Akademik Baru: Tahniah diucapkan kepada Dr.

Ariff Admon, Dr. Niki Anis Ab. Karim, En. Muhammad Fau-zee Hamdan, Dr. Zaitul Marlizawati Nordin, Dr. Norhaiza Ahmad dan En. Taufiq Khairi Ahmad Khairuddin di atas pelantikan PA baru bagi sesi 2016/2017 sehingga 2020/2021.

Jadual waktu pensyarah bagi semester I 2016/2017 boleh dicapai di pautan http://science.utm.my/mathematics/forstaff/

Jadual penggunaan bilik mesyuarat dan makmal komputer di JSM kini boleh dilihat di pautan http://science.utm.my/mathematics/room-calendar/ UTMO2016. Semua pensyarah terutamanya Penasihat Aka -demik diminta menggalakkan pelajar untuk menyertai UTM Matematik Olimpiad 2016 yang akan diadakan pada 24 Septem-ber 2016. Untuk maklumat lanjut sila layari http://science.utm.my/utmo2016/. UTMO2016 dikendalikan oleh kumpulan Task Force JSM yang diketuai oleh Dr. Shariffah Suhaila Syed Jamaludin manakala ahli-ahli lain adalah: PM. Dr. Sharidan Shafie, PM. Dr. Munira Ismail, Dr. Amidora Idris, Dr. Farhana Johar, Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali, Dr. Rashidah Ah-mad, dan Dr. Shazirawati Mohd Puzi. Semua staf JSM digalakkan untuk menghadiri pembentangan TOWNHALL DCP (DIFFERENTIATED CAREER PATH-WAY) yang akan diadakan pada 29 Ogos 2016 (Isnin), jam

9.30 pagi di Dewan Kuliah 7, Blok N24, UTM JB. Pemben-tangan ini adalah berkaitan dengan syarat dan kriteria 4 laluan kerjaya yang akan diguna pakai tidak lama lagi. Majlis Perhimpunan Bulanan (September 2016) akan diada-kan pada 5 September 2016 (Isnin) , jam 8 pagi di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Pembentangan akan disampaikan oleh YBhg. Dato Timbalan Naib Canselor (HEMA).

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cerita Hindustan Kuch Kuch Hota Hai mengisahkan seorang anak bernama Anjali berusaha menemukan ayahnya Rahul seorang duda dengan kawan lama, juga kekasih lama ANJALI. Isteri

Rahul, Tina meninggal dunia tetapi meninggalkan wasiat supaya Anjali menyatukan bapanya Rahul dengan AN-JALI. Akhirnya mereka bertemu dan menyalakan api cinta yang terpadam. Tetapi sudah agak terlambat kerana ANJALI dan Aman akan melangsungkan perkahwinan walaupun ANJALI tidak mencintai Aman. Di hari

Tok itam

perkahwinan Rahul dan Anjali juga ada di majlis tersebut. Babak yang sungguh suspen di hujung cerita.

ANJALI diiring turun tangga untuk ke tempat nikah. Aman sudah sedia berada di tempat nikah. ANJALI memandang Rahul. Menangis. Rahul memandang AN-JALI. Menangis. Anjali juga menangis. Aman memandang ANJALI. Aman me-mandang Rahul. Dia tahu cinta ANJALI bukan untuk dia tetapi untuk Rahul. AN-JALI enggan turun ke tempat nikah. Aman bangun dan memanjat tangga me-mimpin ANJALI bukan ke tempat nikah tetapi kepada Rahul. ANJALI jadi Mrs Rahul. Happy ending.

Perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik. Lee Chong Wei ber-temu Chen Long. Dua pemain gergasi dunia badminton. Inilah cubaan ketiga LCW meraih emas Olimpik. Emas Olimpik pertama untuk Malaysia. Itulah harapan se-luruh rakyat Malaysia. Chen Long menang set pertama. Set kedua lebih mendebar-kan.

LCW 13 – CL 16. Anjali merayu pada Aman supaya tidak mengahwini ANJALI. Tok Itam nak merayu kepada CL, janganlah kalahkan LCW. LCW 15 – CL 18. ANJALI dipimpin Aman turun tangga. Rahul menangis. AN-JALI menangis. Anjali menangis. Tok Itam tak duduk diam depan TV. Menggigit jari. LCW 15-CL 19. ANJALI dibawa duduk di tempat nikah. Rahul menangis. AN-JALI menangis. Anjali menangis. Tok Itam tepuk dahi. LCW 18-CL 20. Tangisan mereka lebih kuat. Tok Itam putus harap pada emas pertama Malaysia. LCW 18- CL 21. ANJALI bergelar Mrs Aman. Rahul dan Anjali tergamam. Tok Itam tergamam. Rakyat Malaysia tergamam. Tiada pingat emas untuk Malaysia. Tok Itam tutup TV.

Alangkah manisnya cerita Kuch Kuch Hota Hai satu khayalan. Alangkah pilunya

pertandingan akhir badminton lelaki Olimpik 2016. Juga 2012 dan 2008. Moga

berjaya di Jepun 2020. Syabas Lee Chong Wei. Kami tetap bersamamu.

Editor: Amboi Tok, minat Bollywood Nampak!

Page 2: Berita & Makluman - science.utm.my · Berita & Makluman FM16.08 22 Ogos 2016 JABATAN SAINS MATEMATIK, FAKULTI SAINS Shazirawati (Ketua Editor) Tok Itam Taufiq Khairi Anati Mohd Fauzi

F M 1 6 . 0 8 2 2 O G O S 2 0 1 6

AKt iv it i bergambar

Anugerah Penghargaan Staf

Prof. Madya Dr. K.K Viswanathan Prof. Madya Dr. Mukhiddin Muminov Prof. Madya Dr. Norma Binti Alias Prof. Madya Dr. Nor`Aini Binti Aris Dr. Zaitul Marlizawati Binti Zainuddin Encik Mohd Fauzi Bin Md Arif

Anugerah Pengajaran & Pembelajaran

Prof. Madya Dr. Robiah Binti Adnan

Anugerah Penyelidikan & Perundingan

Prof. Madya Dr. Ismail Bin Mohamad

Anugerah Penulisan & Penerbitan

Prof. Madya Dr. Fadhilah Binti Yusof

Anugerah Khidmat Masyarakat

Prof. Madya Dr. Khairil Anuar Bin Arshad

Anugerah Penasihat Akademik

Prof. Madya Dr. Normah Binti Maan

Anugerah Khas Dekan

Tuan Haji Ismail Bin Kamis

Anugerah Sukan

Encik Muhammad Fauzee Bin Hamdan Tuan Haji Ismail Bin Kamis Prof. Dr. Shaharuddin Bin Salleh Encik Muhammad Fauzee Bin Hamdan Encik Wan Rohaizad Bin Wan Ibrahim Dr. Mohd Ariff Bin Admon Encik Che Lokman Bin Jaafar

Anugerah Penghargaan Bersara Tahun 2016

Prof. Dr.Shaharuddin Salleh

Anugerah Staf Tamat Tempoh Lantikan Pen-tadbir

PM. Dr. Sharidan Shafie – Pengurus Akademik Penyelidikan (01.06.2016)

PM. Dr. Nor`Aini Aris – Pengurus Akademik Sains Matematik (30.06.2016)

Majlis Penghargaan Staf 2016/2016 & Jamuan Hari Raya Aidilfitri Fakulti Sains, 10 Ogos 2016, Blok T05 FS

Tahniah diucapkan kepada staf JSM yang menerima pelbagai anugerah di dalam majlis ini.

Majlis Jamuan Raya JSM, 3 Ogos 2016, Le Grandeur Palm Resort Johor Bahru

Seramai 33 orang staf JSM datang memeriahkan majlis ini bersama ahli keluarga masing-masing yang mana melibatkan seramai 112 orang secara kese-luruhannya. Majlis dikendalikan dengan kerjasama JK Kebajikan JSM dan kumpulan Task Force JSM yang diketuai oleh Dr. Ariff Admon bersama-sama ahli lainnya iaitu: PM. Dr. Sharidan, En. Fauzee, En. Wan Rohaizad, Pn. Rukaida, Dr. Nor Muhainiah, dan Dr. Shazirawati.