cadangan pbs

8
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Pentaksiran Berasaskan Sekolah mula dilaksanakan mulai 1 Februari 2012 melalui Pekeliling Perlaksanaan dari Lembaga Peperiksaan No. Rujukan KP/LP/005/08/06/01/(27). Pelaksanaan ini diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketika ini sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat lebih mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam aspek kokurikulum. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan dimana komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut. Selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah bagi mengatasi sistem pendidikan kini yang berorientasikan

Upload: nevin-vijay

Post on 28-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pbs

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan PBS

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Pentaksiran Berasaskan Sekolah mula dilaksanakan mulai 1 Februari 2012 melalui

Pekeliling Perlaksanaan dari Lembaga Peperiksaan No. Rujukan KP/LP/005/08/06/01/(27).

Pelaksanaan ini diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Ketika ini sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat lebih

mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam aspek

kokurikulum. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang

diperkenalkan dalam bidang pendidikan dimana komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak

sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang

mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi

menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan

untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut.

Selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kementerian

Pendidikan Malaysia telah merangka sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah bagi

mengatasi sistem pendidikan kini yang berorientasikan peperiksaan. Ianya bertujuan melahirkan

sekolah kelompok cemerlang yang mempunyai standard setaraf dengan sekolah cemerlang.

Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi

meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid. Dengan

pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran yang bersifat alternatif dan autentik seperti

pentaksiran kerja kursus, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi

pekerti dan pembinaan jati diri murid boleh dilaksanakan. Melalui pentaksiran ini bukan sahaja

penguasaan murid dapat dilaporkan, malahan proses pembinaan modal insan dapat juga

diteruskan.

Kajian – kajian lepas telah banyak melaporkan tentang kepentingan pentaksiran sekolah

dalam membantu proses pembelajaran (Rohaya 2009). Namun keberkesanannya bergantung

kepada faktor seperti sikap, orientasi dan falsafah guru terhadap pelajar dan proses pengajaran-

pembelajaran, serta latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran

Page 2: Cadangan PBS

pendidikan. Beberapa pengkaji seperti Black dan William (1998) dalam laporan mereka

mengesahkan bahawa pentaksiran guru merupakan kriteria penting ke arah memperkaya

pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti.

Walaupun sistem pentaksiran berasaskan sekolah memberi impak positif kepada

pendidikan di Malaysia, namun ia memerlukan penambahbaikan yang drastic. Hal ini kerana

ramai pihak membantah sistem pentaksiran berasaskan sekolah ini. Faktor utama bagi

pembantahan sistem ini adalah bebanan tugas yang melampau. Kebanyakkan guru di Malaysia

membantah sistem ini disebabkan ia membebankan.

Penggunaan Band (band 1-6) menggantikan gred peperiksaan (A-F) sebenarnya

mewujudkan grey area yang sangat besar bukan sahaja kepada ibubapa tetapi juga kepada murid

itu sendiri. Ini kerana cara penilaian pelajar tidak menggunakan satu kayu ukur standard seperti

peperiksaan. Walaupun sistem ini menekankan potensi semua murid, namun murid menjadi lebih

relaks apabila tiada peperiksaan awam. Murid tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya

terhadap pengajaran dan pembelajaran disebabkan tiada peperiksaan. Aspek peperiksaan perlu

diambil kira dimana peperiksaan awam harus dilaksanakan supaya motivasi murid untuk belajar

meningkat.

Selain itu, beban tugas guru seharusnya perlu dikurangkan. Dalam sistem ini, guru

terpaksa menyediakan satu sistem fail yang sistematik. Hal ini memerlukan tempoh masa yang

panjang dan kos penyediaan yang tinggi. Guru perlu menyediakan fail murid bagi setiap murid,

fail guru dan fail showcase. Hal ini telah membebankan tugas guru lagi selain daripada tugas

hakiki seseorang guru iaitu mengajar. Tambahan pula, guru juga dibebani dengan penyediaan

evidens bagi semua murid untuk semua topik setiap hari. Selain melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran, guru perlu menjalankan sesi latihan evidens sebagai bukti pengajaran. Evidens

yang diberi kena ditanda setiap hari. Hal ini semua meningkatkan bebanan tugas guru.

Selain daripada itu, guru tertekan dengan tugasan E-Sistem. Saban hari semakin banyak

e-sistem yang guru harus laksanakan. Keperluan pewujudan jawatan pembantu guru boleh

dijustifikasikan berdasarkan dapatan kajian norma perjawatan guru yang sedang dilaksanakan

dalam Kajian Unjuran, Keperluan dan Bekalan serta Dasar Penempatan guru dan Kumpulan

Page 3: Cadangan PBS

Pelaksana. Isu sering yang diperkatakan oleh pendidik dan masyarakat adalah sistem

pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah mendapat perhatian umum. Masalah

utama yang dihadapi oleh guru sanggup menjalankan tugas hakiki tetapi tertekan dengan

kelemahan E-Sistem, server dan jalur lebar yang sentiasa merungsingkan pengguna. Artikel

bulanan NUTP Oktober 2013 iaitu guru bangun 2.00 pagi untuk memasukkan prestasi PBS anak

didik mereka, namun yang menyedihkan sistem SPPBS masih tidak boleh diakses. Pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memaklumkan

kepada pengguna sistem SPPBS mengenai tarikh akhir mengemaskini prestasi sebelum 31

Disember 2013. Kebiasaanya Jabatan Pendidikan Negeri dihendaki 10 hari awal dari tarikh itu,

manakala Pejabat Pendidikan Daerah juga mahu pantauan 10 hari sebelum tarikh yang

dikehendaki oleh JPN. Justeru guru menghadapi kesulitan semasa mengakses sistem.

Bagi mengurangkan kesulitan guru mengisi markah dalam SPBS, Kementerian

Pendidikan Malaysia telah mengumumkan penilaian murid adalah secara offline. Dengan ini,

guru tidak perlu menyimpan rekod markah secara online. Rekod secara offline dan bebas

mengikut kesesuaian masa guru. Guru hanya perlu menyediakan pelaporan perkembangan

pembelajaran murid untuk makluman ibubapa. Tiada masalah untuk akses internet lagi bagi guru

dalam mengisi markah murid.

Tambahan pula, dengan wujudnya sistem pentaksiran berasaskan sekolah, pengajaran dan

pembelajaran tidak dijalankan dengan sepenuhnya oleh guru. Hal ini adalah kerana banyak masa

dibuang untuk menyediakan sistem fail dan juga dalam menyediakan evidens sebagai bukti

pembelajaran murid. Guru tidak dapat menyediakan bahan bantu mengajar untuk pengajaran

keesokan harinya. Perkara ini secara tidak langsung mengurangkan minat murid untuk belajar.

Kemudahan infrastruktur juga perlu dipertimbangkan dalam sistem pentaksiran

berasaskan sekolah ini. Hal ini adalah kerana tidak semua sekolah di Negara kita mempunyai

semua kemudahan asas yang sepatutnya ada. Boleh dikatakan semua sekolah di kawasan

pedalaman tidak ada kemudahan mencetak evidens dan juga kemudahan rangkaian internet

untuk mengisi markah murid mengikut band. Oleh yang demikian, guru-guru di sekolah

pedalaman menghadapi masalah dalam melaksanakan sistem ini. Oleh itu, kementerian

pendidikan Malaysia perlu mempertimbangkan kemudahan yang terdapat di sekolah pedalaman

dalam melaksanakan menjayakan sistem pendidikan ini.

Page 4: Cadangan PBS

Pihak kementerian juga boleh mewujudkan sebuah jawatankuasa khas di semua sekolah

bagi membantu dalam pengurusan fail dan sistem PBS. Jawatan itu mestilah bukan dari kalangan

guru-guru. Dengan wujudnya jawatan ini, maka beban guru dalam sistem PBS ini dapat

dikurangkan. Rungutan guru juga akan berkurangan. Dengan ini, guru dapat bekerja dengan

lebih tenang tanpa tekanan kerja.

Dokumen standard prestasi juga menjadi masalah dalam sistem pentaksiran berasaskan

sekolah ini. Dokumen standard bagi semua matapelajaran dikatakan terlalu rigid dan terikat. Hal

ini adalah kerana guru perlu mentafsir mengikut pernyataan evidens. Guru terbeban kerana

terpaksa mentaksir menggunakan kertas soalan bagi setiap pernyataan evidens. Dokumen

standard prestasi telah ditukarkan dan ditambahbaik kepada Panduan Perkembangan

Pembelajaran Murid lebih fleksibel. PPPM lebih membantu guru memberi fokus lebih kepada

pengajaran dan pembelajaran. Pernyataan evidens ditiadakan supaya guru tidak terikat dengan

pernyataan evidens. Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase dan Rekod Transit juga

ditiadakan.

Oleh yang demikian, kesemua masalah dalam sistem PBS perlu diberi perhatian yang

serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar sistem pendidikan di Negara kita mencapai

tahap yang setaraf dengan Negara lain.

Page 5: Cadangan PBS

Rujukan

Suzana Abd.Mutalib, Jamil Ahmad(2012). Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif Dalam

Subjek Bahasa Melayu Darjah Satu: Kajian Kes. Jurnal pendidikan bahasa melayu.

University kebangsaan Malaysia.

Mohamad Azhar Mat Ali & Shahrir Jamaluddin. (2007). Amalan pentaksiran untuk

pembelajaran di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya, 27 (1) 19-54.

Rosni Zamuddin Shah Bin Sidek & Siti Fatihah Bt Mohamed Salleh(2010). Kesediaan Guru

Sekolah Menengah Di Daerah Kota Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian

Prestasi Pelajar Berasaskan Sekolah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Tong Siu Yin Annie(2011). Exploring Students’ Perception Of And Reaction To

Feedback In School–Based Assessment. Malaysian Journal Of Elt Researchthe Hong

Kong Institute Of Education, Hong Kong

Faizah A Majid(2011). School-Based Assessment In Malaysian Schools: The Concerns Of The

English Teachers. Faculty Of Education, Universiti Teknologi MARA.