cadangan langkah memartabatkan bahasa melayu.docx

1
Cadangan Langkah Memartabatkan Bahasa Melayu Status atau kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan tamadun bangsa kini makin tercabar di negara kita kerana sikap sesetengah pihak yang memandang remeh terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekali gus meminggirkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam konteks negara bangsa. Kedudukan bahasa kini mula mengalami perubahan yang ketara apabila bahasa Inggeris mula digunakan dalam kehidupan seharian. Pelbagai usaha telah, sedang, dan akan dijalankan bagi mempertahankan dan memantapkan kedudukan penggunaan bahasa Melayu agar tidak lenyap di telan zaman. Antara cadangan yang boleh diambil dan dilakukan oleh semua pihak adalah seperti mempertahankan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran di sekolah rendah, menengah, dan menolak sebarang tuntutan untuk kembali kepada dasar PPSMI. Mengambil tindakan segera untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah sebagai pengalaman yang menarik, berkesan dan memikat dengan menggunakan pelbagai bahan kreatif dan inovatif. Selain itu pihak yang terlibat boleh menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada semua guru untuk membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan bahasa Melayu yang tinggi. Sistem pendidikan kebangsaan juga boleh menyusun strategi bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Peribahasa ada mengatakan bahawa ‘tak kenal maka tak cinta’. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa perlunya proses mengenali sebelum mencintai sesuatu. Begitu juga dengan bahasa kita. Apabila mengenali bahasa kebangsaan kita, kita akan sentiasa dapat menyemai sikap cintakan negara walau ke mana pun kita pergi. Sebagai contoh, jika kita berpeluang untuk ke negara luar, kita seharusnya memperkenalkan bahasa Melayu dan berbangga apabila bertutur dalam bahasa ini. Jika sudah terbiasa, maka semakin tinggilah penghargaan kita terhadap bahasa kebangsaan ini. Selain itu, Malaysia juga sedang berusaha untuk merealisasikan Wawasan 2020. Dalam menjayakan wawasan ini, kita seharusnya mempunyai identiti sendiri yang mampu menaikkan nama negara di mata dunia. Rakyat Malaysia yang memasuki pertandingan atau perlawanan sukan hingga ke peringkat antarabangsa seharusnya mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.

Upload: robert-wood

Post on 24-Sep-2015

70 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Cadangan Langkah Memartabatkan Bahasa MelayuStatus atau kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan tamadun bangsa kini makin tercabar di negara kita kerana sikap sesetengah pihak yang memandang remeh terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekali gus meminggirkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam konteks negara bangsa. Kedudukan bahasa kini mula mengalami perubahan yang ketara apabila bahasa Inggeris mula digunakan dalam kehidupan seharian. Pelbagai usaha telah, sedang, dan akan dijalankan bagi mempertahankan dan memantapkan kedudukan penggunaan bahasa Melayu agar tidak lenyap di telan zaman. Antara cadangan yang boleh diambil dan dilakukan oleh semua pihak adalah seperti mempertahankan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran di sekolah rendah, menengah, dan menolak sebarang tuntutan untuk kembali kepada dasar PPSMI. Mengambil tindakan segera untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah sebagai pengalaman yang menarik, berkesan dan memikat dengan menggunakan pelbagai bahan kreatif dan inovatif. Selain itu pihak yang terlibat boleh menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada semua guru untuk membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan bahasa Melayu yang tinggi. Sistem pendidikan kebangsaan juga boleh menyusun strategi bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Peribahasa ada mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa perlunya proses mengenali sebelum mencintai sesuatu. Begitu juga dengan bahasa kita. Apabila mengenali bahasa kebangsaan kita, kita akan sentiasa dapat menyemai sikap cintakan negara walau ke mana pun kita pergi. Sebagai contoh, jika kita berpeluang untuk ke negara luar, kita seharusnya memperkenalkan bahasa Melayu dan berbangga apabila bertutur dalam bahasa ini. Jika sudah terbiasa, maka semakin tinggilah penghargaan kita terhadap bahasa kebangsaan ini. Selain itu, Malaysia juga sedang berusaha untuk merealisasikan Wawasan 2020. Dalam menjayakan wawasan ini, kita seharusnya mempunyai identiti sendiri yang mampu menaikkan nama negara di mata dunia. Rakyat Malaysia yang memasuki pertandingan atau perlawanan sukan hingga ke peringkat antarabangsa seharusnya mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.