cabaran profesyen perguruan pada masa kini

12
Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan

Upload: fitri

Post on 10-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Nota EDU3093 Guru dan Cabaran Semasa

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini

Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini

Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya.

Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara ‘chalk and talk’ bukan lagi suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif. 

Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus

Page 2: Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini

penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksankan dengan baik.

Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak.

Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadang-kadang terdapat borang-borang yang terpaksa diisi secara ‘adhock’ dan perlu disegerakan. Tugas guru yang sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun seorang guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid. Pendapat ini bersesuaian dengan kajian yang telah dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam pembentangan kertas kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan di Akademi Sains Malaysia menyatakan bahawa cabaran guru kini ialah terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian di samping menyampaikan isi pengajaran ketika mengulas satu artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk menghadapi cabaran seseorang guru perlu memegang beberapa jawatan yang bukan ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Takwim persekolahan mesti dikemas kini. Kerangkaan kerja dan masa perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan seorang guru bergerak. Semua hal tersebut akan dapat membantu seorang guru melaksanakan tugasnya.

Page 3: Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini

Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun 2002.Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti suatu formula ‘tiga dalam satu’. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses ‘soft landing’. Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-uabh. Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut.

Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran program-program kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid. Kokurikulum yang terdiri daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu ‘Dasar 1 Murid 1 Sukan’.Dengan program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih kemas kini. Bilangan hari yang perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan sukan pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan seorang guru berada dari pagi hingga petang di sekolah selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan jadual yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru hanya perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu.

Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam

Page 4: Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini

bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.

Gangguan Emosi

Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan

oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi

sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui

pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan

menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti

yg berlaku ialah antisosial.

Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga

menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa

gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil.

Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan

emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan

emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.

 

Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam

kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah

persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan

guru dan lain-lain lagi.

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif.

Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang

boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan

pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti

Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang

mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur

rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada

suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan

menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini

Page 5: Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini

menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami

tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi.

Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam

kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri

atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian,

kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan

berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi

kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi

murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku

seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah

dan lain-lain lagi.

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat

terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan

emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in

berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan

lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang

tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu

bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih

tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan zaman

remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah

satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat

rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan

rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu,

bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik

dan menyeronokkan. Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati,

boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang

tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka

yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri

dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak.

Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah

terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan

emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.

 

Page 6: Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini

Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid

Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang dinyatakan oleh Hans Selye

(1956) dalam bukunya The Stress of Life “No one can liveWithout experiencing some degree of stress at

all.” Tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong

seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan

corak kehidupan yang sentiasa berubah (Iohnson, 1997).

Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin mendatangkan

kesan yang negatif Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak sihat untuk rnengatasi

gangguan tekanan yang akhimya cara sedemlklan mendatangkan kesan negatif kepada diri rnereka

sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan berlebihan atau menahan

lapar,

Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelajar mempunyai kaitan

dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari dan Enright, 1988; Youngs, Rathge, Mullis dan

Mullis, 1990), lokus kawalan yang lemah (Cole dan Sapp (1988), kemurungan (Toler dan Murphy, 1985),

tingkahlaku delinkuen (Vaux dan Ruggiero, 1983) dan masalah penyalahgunaan (Mates dan Allison

(1992). Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan yang tidak

terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar yang mengalaminya.

Justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan boleh membantu remaja berkenaan. Antara

simptom-sirnptom yang menunjukkan seseorang mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur.

Pelajar tersebut tidak dapat tidur dengan betul dan ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu

berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur.

Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadian-kejadian biasa. Apabila

seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan

berlebihan .

Contohnya marah dan maki hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di tangga. Kesan yang

seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira terhadap pencapalan diri.

Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum

tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan menghargainya pencapaian tersebut dan hanya

mengambilnya tanpa makna.

Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang melampau dan

kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-kelip dan menggeleng-

gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan

tingkahlaku untuk mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat

keputusan dan hilang sifat kelucuan. Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara

yang dinyatakan menunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan.

Pelajar yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami

gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan

golongan ibu bapa mernbantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari bahawa mereka

menunjukkan simptom-simptom tersebut boleh mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan negatif

yang mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri pelajar.

Page 7: Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini

 

Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid 

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami gangguan

emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini

kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya

secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-

langkah yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti berikut:

 

1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik 

Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua

hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-

muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan

murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan

pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu

sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan

Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama

lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk

membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz,

permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk

menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan.

Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri

mereka.

3. Menggunakan Percakapan Yang Sesuai 

Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi

guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini

bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan

guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka.

Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti

memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil

dan berseuaian.

Guru membantu murid yang bermasalah Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi

seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk

membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai

dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid

normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak

menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah

mengalami gangguan emosi.

4. Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling 

Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang

berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku. Program-program ini

Page 8: Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini

bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan

pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal

tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

5. Murid bersifat self-efficacy

Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh belajar daripada

kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana membaikinya demi

menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau menyedih kerana kekalahan. Murid

belajar untuk memandang segala perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang paling

berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini. Murid-murid yang mengalami gangguan emosi

perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan

kepada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan

ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor

dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan

dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk

menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama. Selain daripada itu, ibubapa juga

membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan

menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa

tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing.

Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang tidak diingini

seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu diberi peluang untuk

mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk

memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut

wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki

tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi. Murid-murid yang

mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya.

Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif. Langkah-langkah diatas

adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi ,mereka

dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan membantu seseorang individu yang mengalami

gangguan emosi untuk menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan

kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.

Page 9: Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini

BIBLIOGRAFIAminah Ayob Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam Pembentangan Kertas Kerja Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan, Kuala Lumpur : Akademi Sains Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Pena Cikgu (2011), Cabaran Seorang Guru dalam Blog Pena Cikgu, Malaysia.Rosiah Othman (2012), Cabaran Seorang Guru dalam Blog Rosiah Othman, Pedas Negeri Sembilan.