cabaran politik gerakan islam

9
 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM CABARAN POLITIK GERAKAN ISLAM DALAM ERA ‘PENDEMOKRASIAN’ DI ALAF BARU 1 PENGENALAN Kertas ini membincangkan faktor-faktor ‘contemporary’ mengenai cabaran politik Gerakan Islam terutama nya pengl ibatan merek a dalam proses ‘ democratization’ atau ‘pendemokrasian’ menjelang alaf baru ini. Penglibatan politik gerakan Islam yang ada di Malaysia juga tidak dapat dipisahkan dengan gelombang ‘Islamic revival’ yang ada ini. Namun realitinya ge rakan Islam di ta hun- tahun kebelaka ng an ini se da ng menghadapi berbagai-bagai tragedi yang sambung-menyambung serta pelbagai suasana yang sukar lagi menyulitkan. Ini menyebabkan gerakan Islam di merata pelusuk dunia cuba menoleh kembali kepada ‘garis percubaan’ yang telah ditempuhi oleh mereka sejak  jatuhnya kerajaan Islam Othmaniah di Turki. REALITI CABARAN YANG ADA Kita kian hampir dengan realiti alaf baru yang akan menjadi mercu kepada ‘a strange new world of change and uncertainty’ . Ia mungkin amat menarik bagi sesetengah orang namun rea liti nya ada lah suatu yan g tidak menentu dan ber kemung kin an ama t menggerunkan. Penulis amat bersetuju dengan pandangan yang di utarakan oleh Hamish Mcrae 2 yang mengolah realiti alaf baru ini. Antara lain beliau menyatakan; “Few of us can easily imagine a future which is not, at best, insecure; many fear social breakdown, poverty, technological tyranny, environmental catastrophe, war, despair. Are they right ?” 3 Begitu juga dengan prospek serta masa depan gerakan Islam terutamanya selepas ‘kemenan gan demokr asi Bar at ke atas fah am ser ta ideolo gi Komuni s. Bag i pen ulis persoalan-persoalan berikut harus di jawab; Apakah gerakan Islam akan mampu ‘ survive’ dengan pelbagai cabaran yang lebih besar di dalam kerangka ‘demokrasi’ yang di‘iktiraf’ sebagai paling ‘ legitimate’ di abad mendatang ini? Apakah gerakan Islam juga akan mampu turut ‘bersaing’ dengan perkembangan teknologi yang lebih canggih berbentuk ‘boarderless world’ ini?  Atau apak ah kedud ukan gera kan Islam da ri sudut masa dep an sosio -polit ik di negara-negara umat Islam sendiri? Bagi penulis ‘era pendemokrasian’ yang sedang berjalan sekarang ini juga sedang menjadi ‘test case’ ke atas kebanyakan negara-negara umat Islam terutamanya di Timur Tengah – samada mereka terus menerus di lindungi oleh Barat tanpa sebarang usaha ke arah pen dem okr asi an yang leb ih bai k dan mer eka ter us kek al seb aga i negara yang bersifat autokratik ataupun ruang ‘demokrasi’ akan di buka untuk mereka. Penulis amat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Frank Comes dan Christoper Power ; “Global politics is aslo entering a new age. Constitutional democracy is sweeping through 1

Upload: adam

Post on 30-May-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/14/2019 Cabaran Politik Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-politik-gerakan-islam 1/9

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

CABARAN POLITIK GERAKAN ISLAMDALAM ERA ‘PENDEMOKRASIAN’ DI ALAF BARU1

PENGENALANKertas ini membincangkan faktor-faktor  ‘contemporary’  mengenai cabaran politik

Gerakan Islam terutamanya penglibatan mereka dalam proses ‘democratization’  atau‘pendemokrasian’ menjelang alaf baru ini. Penglibatan politik gerakan Islam yang ada diMalaysia juga tidak dapat dipisahkan dengan gelombang ‘Islamic revival’ yang ada ini.

Namun realitinya gerakan Islam di tahun-tahun kebelakangan ini sedangmenghadapi berbagai-bagai tragedi yang sambung-menyambung serta pelbagai suasanayang sukar lagi menyulitkan. Ini menyebabkan gerakan Islam di merata pelusuk duniacuba menoleh kembali kepada ‘garis percubaan’ yang telah ditempuhi oleh mereka sejak jatuhnya kerajaan Islam Othmaniah di Turki.

REALITI CABARAN YANG ADA

Kita kian hampir dengan realiti alaf baru yang akan menjadi mercu kepada ‘astrange new world of change and uncertainty’ . Ia mungkin amat menarik bagi sesetengahorang namun realitinya adalah suatu yang tidak menentu dan berkemungkinan amatmenggerunkan. Penulis amat bersetuju dengan pandangan yang di utarakan oleh HamishMcrae2 yang mengolah realiti alaf baru ini. Antara lain beliau menyatakan;

“Few of us can easily imagine a future which is not, at best, insecure; many fear social breakdown, poverty, technological tyranny, environmental catastrophe, war, despair. Are

they right ?” 3

Begitu juga dengan prospek serta masa depan gerakan Islam terutamanya selepas‘kemenangan’ demokrasi Barat ke atas faham serta ideologi Komunis. Bagi penulispersoalan-persoalan berikut harus di jawab;

Apakah gerakan Islam akan mampu ‘survive’ dengan pelbagai cabaran yang lebihbesar di dalam kerangka ‘demokrasi’ yang di‘iktiraf’ sebagai paling ‘ legitimate’ di abadmendatang ini?

Apakah gerakan Islam juga akan mampu turut ‘bersaing’ dengan perkembanganteknologi yang lebih canggih berbentuk ‘boarderless world’ ini? 

Atau apakah kedudukan gerakan Islam dari sudut masa depan sosio-politik dinegara-negara umat Islam sendiri?

Bagi penulis ‘era pendemokrasian’ yang sedang berjalan sekarang ini juga sedangmenjadi ‘test case’ ke atas kebanyakan negara-negara umat Islam terutamanya di Timur Tengah – samada mereka terus menerus di lindungi oleh Barat tanpa sebarang usaha kearah pendemokrasian yang lebih baik dan mereka terus kekal sebagai negara yangbersifat autokratik ataupun ruang ‘demokrasi’ akan di buka untuk mereka. Penulis amat

bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Frank Comes dan Christoper Power ;

“Global politics is aslo entering a ne age Constit tional democrac is s eeping thro gh

8/14/2019 Cabaran Politik Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-politik-gerakan-islam 2/9

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Central Europe, Rusia, Latin America, Korea and Taiwan. Ideas transmitted by satellitebroadcasts, fax machines, and Internet ports are praying open even authoritarianregimes”.4

Namun apa yang jelas, kemenangan demokrasi Barat ke atas ideologi Komunissering digembar-gemburkan sebagai kemenangan ‘prinsip keadilan dan persamaan’

sejagat ke atas sistem kuku besi yang menindas. Barat sering mencanangkan agar duniaIslam kembali melakukan perubahan ke arah wujudnya sistem bernegara yang lebihdemokratik dengan memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pilihan. NamunBarat juga menyedari bahawa ‘kepentingan mereka’ akan terancam dengan ‘democratic reform’  yang sedang berlaku di dunia Islam kerana ia akan memberi ruang yang luaskepada perkembangan ‘Muslim rule’.

Walaupun di kebanyakan negara-negara umat Islam terdapat percampuranpelbagai ideologi, namun gerakan Islam yang berjuang samada melalui proses demokrasiatau sebaliknya dilihat sebagai saingan terpenting golongan elit yang memerintah dalamproses mendapatkan kuasa. Sejarah awal serta kepentingan sosial dan politik arus

kebangkitan Islam yang sedang berlaku sekarang ini juga telah dikelirukan dengan labelgolongan ‘fundamentalis Islam’ atau ‘militan Islam’ yang begitu rakus mahukan kuasapolitik. Perkembangan ini menjadi suatu fenomena yang paling disalah faham oleh Baratsendiri.

Begitu juga dengan ‘salah faham’ Barat terhadap kebangkitan Islam yangmengenepikan langsung akar-umbi dan dan pemahaman terhadap gerakan Islam.Revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1979 adalah merupakan satu kejutan yang amatbesar bukan saja kepada Barat tetapi juga kepada golongan cendekiawan yang mengkajimengenai politik sejak tiga abad yang lalu. Mereka sendiri tidak langsung menjangkakanbahawa kerajaan Shah akan jatuh ke tangan golongan ulama yang diangggap sebagaigolongan fundamentalis.

Namun bagi penulis, realitinya tetap seperti gambaran yang ada sekarang ini. Kalaudi abad ini gerakan Islam dianggap sebagai suatu ‘ancaman’ maka begitulah juga denganabad yang mendatang ini. Malahan cabaran terhadap gerakan Islam adalah dijangkakanlebih hebat lagi.

Cuba kita sama-sama renungkan senario berikut; Pada bulan Ogos 1998 telahberlaku peristiwa pengeboman ke atas dua kedutaan Amerika di Afrika iaitu di Tanzaniadan Kenya yang mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban. Pada bulan yang sama

 juga beberapa bom telah diletupkan di Omagh, Ireland Utara yang juga mengorbankanbanyak nyawa. Seperti yang dijangkakan media-media utama dunia terus mengaitkanperistiwa di Afrika dengan serangan dari kelompok ‘Islamic terrorist’ dan ‘fundamentalists’manakala apa yang berlaku di Ireland hanya di kaitkan dengan kumpulan ‘the real IRA’.

Malahan Washinghton mengambil sikap untuk ‘retaliate’ peristiwa ini denganmenyerang dan mengebom Khartoum di Sudan dan Khost di Afghanistan yang dianggapsebagai sarang kepada ‘Islamic terrorist ’ ini.. Apa yang menariknya Setiausaha NegaraAmerika, Madeleine Albright telah menegaskan bahawa peristiwa Ogos yang berlaku diAfrika adalah merupakan “the war of the future”. 

Jika kita teliti pula era tamatnya ‘Cold War ’, banyak perkembangan serta peristiwapenting yang telah berlaku di dunia ini – perjanjian damai antara Palestin dan Israel, usahapengurangan penggunaan senjata nuklear kehancuran Bosnia serta peperangan di

8/14/2019 Cabaran Politik Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-politik-gerakan-islam 3/9

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Chechnya - yang kesemuanya ini menunjukkan perubahan yang menakjubkan selepaskehancurann Kesatuan Soviet.

ISU PENENTU UTAMA DI ALAF BARU

i. Perubahan kuasa dunia dari bentuk ‘Bi-polar’ kepada ‘Unipolar’

Kejatuhan Kuasa Besar Soviet Union serta tamatnya era ‘Cold War ’ kini telahmerubah ‘International System’ yang wujud sejak dari Perang Dunia Kedua lagi. Duniayang dahulunya berbentuk ‘bipolar’ di mana Kuasa Besar Soviet sentiasa bersaing denganAmerika Syarikat dalam segenap bidang kini sudah hancur. Ini menjadikan AmerikaSyarikat di anggap sebagai satu-satu Kuasa Besar, kini tidak lagi menghadapi sainganynag hebat dari kuasa-kuasa besar lain.

Namun peringatan yang diutarakan oleh Garry Wills5 perlu diberi perhatian olehkita. Beliau menyatakan bahawa;

“The United States considered itself not only a legitimate leader but actually morelegitimate than indigenous leaders who did not meet the U.S. definition of freedom-loving behavior. Washington ‘led’ people by removing inauthentic leaders-the enemies of freedom-even when the people has chosen them” 6 

 Inilah yang sedang di lakukan oleh kuasa besar Amerika dalam menentukan

penguasaan mereka terhadap kebanyakan negara di dunia ini terutamanya negera-negaraumat Islam. Banyak pemimpin dunia yang telah ‘diganti’ atas desakan Amerika yag lebihberbentuk ‘covert action, sabotage and threats’  

Sebagai contohnya penguasaan Washington di Timur Tengah yang dianggapbegitu penting bagi keutuhan politik serta ekonomi mereka. Sehingga kini mereka terusmenerus mengekalkan ‘hegemony ’ mereka kerana terlalu banyak kepentingan yang ada dirantau ini. Usaha untuk mengekalkan regim berbentuk ‘ puppet leadership’ dilakukan untukmenjamin penguasaan Amerika. Mereka tidak lagi menjajah secara ‘fizikal’ tetapimenguasai hampir keseluruhan sektor pentadbiran yang ada di sesebuah negara. Iniditegskan sendiri oleh Wills yang menyatakan bahawa; “It did not want to annex thecountries but to use them - call it ‘security imperialism’7 

Malahan menurut Robert Blackwill8 seorang pakar mengenai keselamatan di

Timur Tengah, beliau menyatakan bahawa Amerika Syarikat mempunyai 3 kepentinganutama di Timur Tengah;9

a. Mempastikan pejalanan ‘energy’  seperti minyak dan gas berjalan secarabaik.

b. Menyekat sebarang kemasukan senjata yang boleh memusnahkan.c. Mempertahankan keselamatan negara Israel.

Beliau menambah lagi, kini terdapat 6 ancaman utama terhadap kepentinganAmerika Syarikat di Timur Tengah. Cita-cita bersifat ‘hegemonic’  Iran dan Iraq di Teluk.Senjata berbentuk ‘mass destruction’ dan peluru berpandu yang di kendalikan oleh Iran.Kelemahan dalaman regim di negar-negara Arab. “Stalemate’  dalam perjanjian Israel-

Palestin. Fundamentalis Islam. Beliau turut menggaris dari sudut ‘operational objectives’ Amerika Syarikat di Timur Tengah. Antaranya;10

8/14/2019 Cabaran Politik Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-politik-gerakan-islam 4/9

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Mempertahankan perjalanan minyak – Amerika berjaya mencapai objektif ini “KeepSaddam in the box ” – berjaya. ‘Isolate’atau menyepikan Iran – gagal. Memperlambatkanrancangan senjata peluru berpandu Iran – kejayaan bercampur-campur. Mempertahankan‘  pro-status quo’ pemimpin-pemimpin negara Arab yang di anggap ‘moderate’  atau‘sederhana’ - berjaya. Inilah reliti yang perlu di fahami oleh gerakan Islam terutamanya diTimur tengah di dalam menghadapi cabaran-cabaran yang begitu besar ini. Kuasa besar 

Barat khususnya Amerika Syarikat tidak akan secara mudah ‘melepaskan’ kepentinganmereka di rantau tersebut kerana ‘stake’ nya adalah amat tinggi bagi masa depanpenguasaan sosio-politik mereka.

ii. Perlumbaan penguasaan ‘natural resources’ dunia terutamanya minyak dan gas.

Abad mendatang ini juga menjangkakan akan berlakunya suatu bentuk ‘perebutan’penguasaan pengunaan kuasa ‘energy ’ dunia yang lebih sengit. Melihat kepada jadual 1adalah jelas bahawa pengunaan minyak dan gas akan tetap merupakan bahan ‘natural resource’ terpenting di abad akan datang ini. Negara yang maju seperti Amerika Syarikat,

Perancis, Jerman, Jepun serta Britain akan terus bergantung kepada sumber asli ini untukmenggerakkan ekonomi serta pembangunan industri mereka meskipun telah adapeningkatan penggunaan kuasa nuklear sebagai sumber tenaga yang penting (sila rujuklampiran 1).

Namun apa yang menariknya jika kita teliti Jadual 2, adalah jelas bahawa ‘crude oil reserve’ yang akan masih tinggal di dunia ini akan tertumpu di negara-negara umat Islam.'Reserve' yang ada di Amerika Syarikat serta kebanyakan negara Eropah lain di jangkakan tidak akan kekal lama berbanding dengan di negara-negara umat Islam.

iii. Sikap ‘double standard’ Barat khususnya Amerika Syarikat terhadap kebangkitanIslam

Sikap ‘double standard’ polisi Amerika Syarikat terhadap negara umat Islam adalahamat jelas. Sekiranya kita perhatikan persoalan ‘hak asasi manusia dan demokrasi’ yangdi canangkan oleh mereka di kebanyakan negara di dunia ini, namum ianya tidak berlakudi kebanyakan negara-negara Islam terutamanya di Timur Tengah. Cuba kita perhatikandua ‘kes’ yang penting ini;

a. Perjanjian damai Israel-Palestin

Apa yang berlaku dalam perjanjian damai yang di 'brokered' oleh Amerika Syarikatyang membawa kepada kepada perjanjian ‘Wye Memorandum’ . Menurut RichardNorton11 perjanjian ini tidak sekali-kali menunjukkan bahawa Amerika (atau Israel) tidakmemberi sebarang perhatian terhadap persoalan ‘rule of law ’ di kalangan rakyat Palestin.Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah pendedahan Norton bahawa “so long as thePalestinian Authority corrals the alleged extremists, thereby satisfying Israeli demands, it is clearly permissible to dispense with legal niceties’ .12 

b. Documen National Security Council ((NSC)

Menurut Norton13

, dokumen bertajuk ‘A National Security Strategy for a Century’ yang di sediakan oleh NSC pada bulan Mei 1997 dengan jelas mengenepikan sebarangpandangan mengenai ‘demokrasi dan hak asasi manusia’ di Timur Tengah Walaupun

8/14/2019 Cabaran Politik Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-politik-gerakan-islam 5/9

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

dokumen tersebut menekankan persoalan kepentingan Amerika di wilayah itu, namun ‘it does not consider the promotion of democracy in the Middle East as a particular aim”.Sebaliknya matlamat mereka di Timur Tengah didefinasikan sebagai ‘peace and stability’ 14

Bagi penulis, polisi bagi mengenepikan persoalan ‘demokrasi dan hak asasimanusia’ di Timur Tengah ini dengan jelas bertentangan dengan sikap Amerika Syarikat di

wilayah-wilayah lain seperti Afrika, Asia serta Eropah Timur.

Malahan Edward Djerejian yang merupakan Timbalan Setiausaha Negaramengenai Hal Ehwal Timur Tengah apabila melihat kekuatan pergerakan Islam FIS yanghampir mencapai kemenangan melalui sistem demokrasi dan pilihanraya, beliaumenegaskan bahawa; ‘democratic’ system that permitted one man, one vote, one timewould find no support in Washington’ 

Sikap ‘double standard ’ berterusan Amerika ini terhadap keganasan rampasankuasa tentera Algeria pada tahun 1992 lebih menjelaskan lagi ‘pekung’ Amerika Syarikatterhadap gerakan Islam. Sehingga kini konflik peperangan di Algeria telah memakan

korban lebih dari 100,000 nyawa penduduk tempatan dan tidak ada tanda-tandapenyelesaian yang konkrit yang sedang diusahakan oleh mana-mana badanantarabangsa sehingga sekarang.

Dalam konfllik di Algeria ini, penulis amat bersetuju dengan satu pandangan yangdiberikan oleh akhbar pojok Asian Wall Street Journal . Antara lain ia menyatakan;

“It might be that the secular government was concerned that truly free elections would empower leaders who seek to shroud Algeria in a veil of intolerant religious fanaticism. If that is the case, its fear are unwarranted. In a truly open system, a radical, Islamic government would not stay in office long if it took its agenda too far, trampling on thelifestyles of those who elected it. By contrast, stifling Islamic voices only breedsdiscontent, the sustenance of all extremist groups” 15 

iv. Konsep ‘dual containment’ Amerika Syarikat

Amerika Syarikat serta sekutunya juga turut melaksanakan konsep ‘dual containment’ ini apabila berhadapan dengan konflik. Menurut Gary Sick,16 polisi Amerikadengan meletakkan Iran sebagai ‘ principal target’  di negara Teluk bermula pada awal1990an. Ini adalah akibat dari ‘penemuan’ Israel bahawa ‘Iran was the greatest existing 

and potential threat to world peace and regional stability’ 

17 

Namun menurut Gary Sick kedua-dua negara iaitu Israel dan Amerika Syarikatmempunyai ‘hidden agenda’  mereka tersendiri dengan meniupkan ‘anti-Iran rhetoric ’.Kerajaan Israel pada waktu itu sedang mencari jalan untuk berdamai dengan musuhtradisinya iaitu Palestin, manakala, Amerika Syarikat pula sentiasa memberikan ‘full and unquestioning support ’ kepada Israel yang mengambil risiko untuk ‘berdamai’ denganPalestin. Maka strategi mereka menjadikan Iran sebagai musuh utama lebih merupakansatu strategi untuk ‘divert attention’18

v. Pengunaan Information Technology (IT ) sebagai senjata ‘peperangan’

Perkembangan yang sedang berlaku dalam teknologi IT adalah amat penting bagi

8/14/2019 Cabaran Politik Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-politik-gerakan-islam 6/9

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

gerakan Islam memanfaatkannya. Ini adalah kerana senjata ‘internet’ sekarang sedangmenjadi satu-satu senjata berbentuk ‘publicity/propaganda’ yang begitu efektif. Ianyamurah dan mampu sampai kepada sasaran yang lebih luas dari bahan bercetak. Sepertikata Cathy Gormley;19 “The internet is just one of the new weapons used to plunge theworld’s conflict into other dimensions. The computerwizards and information Technology (IT) prodigies are now as important as the conventional warriors, with his gun and 

ammunition. These It experts are able to wage a war of words on their enemy, in an arenanever before more public ”20. Begitu juga dengan pandangan yang diutarakan oleh RichardNorton; “Pan-Islam also includes the new media of global communications. Scholars areonly beginning to explore the phenomenon of networks of Muslims communicating over the internet, where new versions of politics and the fundamentals of Islam are actively debated ”21.

GERAKAN ISLAM DAN ‘ERA PENDEMOKRASIAN’

Persoalan sekarang adalah apakah benar telahan awal Barat serta sekutunya

bahawa Islam dan gerakan Islam adalah tidak sesuai dengan proses demokrasi? Malahantuduhan bahawa gerakan Islam yang seringkali digembar-gemburkan sebagai anti-demokrasi kembali menjadi persoalan pokok. Ruang bernafas yang diberikan kepadagerakan Islam di kebanyakan dunia Islam untuk turut terlibat dalam proses demokrasisejak awal tahun 1980’an kini kembali dinafikan seperti mana yang sedang berlaku diMesir, Algeria, Tunisia, Turki dan Jordan.

Contoh kedudukan beberapa gerakan Islam dalam proses percaturan politik didunia Islam, (lihat Lampiran 3). Carta tersebut dengan jelas menunjukkan bahawadikebanyakan negara-negara umat Islam tidak wujud sebarang bentuk perjalanandemokrasi dalam ertikata yang boleh diterima oleh Barat ataupun pertubuhan hak asasimanusia. Tetapi kebanyakan kerajaan ini terus menerus ‘dipertahankan’ oleh Barat keranakepentingan geografi yang strategik bagi menjamin masa depan Israel serta ekonomiminyak dan gas yang menjadi sumber terpenting bagi perkembangan industri dunia.

Pada hakikatnya penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi adalah lebihmerupakan satu proses berorientasikan ‘safety valves’  di mana selagi gerakan Islamdilihat sebagai tidak menjadi ancaman kepada golongan ‘establishment’ yang berkuasamaka selagi itulah mereka akan dibenarkan turut terlibat dalam proses demokrasi. Garispemisah telah ditetapkan kepada gerakan Islam di dalam kerangka demokrasi itu sendiri.

Apa yang berlaku di Turki dan Algeria adalah contoh terbaik di mana penglibatangerakan Islam dalam proses demokrasi telah dianggap sebagai ‘ancaman’ kerana telahdianggap melampaui garis pemisah yang telah ditentukan oleh golongan establishment .Apabila dirasakan kepentingan mereka tergugat maka dengan mudah dilemparkantuduhan bahawa jika gerakan Islam dibenarkan terlibat dalam proses demokrasi merekasendiri akan menghancurkan demokrasi itu.

Banyak contoh-contoh yang membuktikan bahawa gerakan Islam sanggupbergerak di bawah bidang kuasa dan undang-undang yang ada, tetapi mereka telahdinafikan segala hak yang ada di dalam sistem demokrasi itu sendiri seperti yang berlakudi Tunisia, Moroko, Algeria dan baru-baru ini di Turki. Negara-negara seperti Yaman,

Pakistan dan Malaysia di mana gerakan Islam dibenarkan bergerak di dalam prosesdemokrasi dan pilihanraya, mereka telah dapat membuktikan suatu sikap dantanggungjawab yang amat tinggi serta menghormati prinsip-prinsip demokrasi itu sendiri

8/14/2019 Cabaran Politik Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-politik-gerakan-islam 7/9

 Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM 

Walaubagaimanapun, di tempat-tempat di mana gerakan Islam hampir-hampir dapat mengambil alih kuasa politik melalui proses pilihanraya, prinsip demokrasi pula telahdicabuli oleh golongan elit yang berkuasa. Ini menampakkan seolah-olah adaperancangan rapi supaya gerakan Islam hilang kepercayaan mereka terhadap sistemdemokrasi dan mengambil sikap konfrantasi dan keras terhadap pemerintah. Nampaknya

bagi gerakan Islam, apabila ianya mendapat sokongan yang ramai ianya akan menjadisatu dosa yang perlu dikenakan hukuman yang berat oleh golongan sekular dan Barat.Inilah yang telah berlaku di Algeria, Mesir dan Turki.

PENUTUP

Cabaran yang ada pada masa depan gerakan Islam adalah amat besar. Persoalansamada meneka akan diberikan peluang untuk ‘menyesuaikan diri’ dengan perubahan iniadalah suatu persoalan yang amat penting. Lebih-lebih lagi ‘era pendemokrasian’ yangada sekarang menjadi penentu bagi ‘survival’  dalam penglibatan mereka di alaf 

mendatang ini. 

Bagi penulis, apa saja polisi yang diambil oleh Barat serta sekutunya mengenaimasa depan gerakan Islam dalam proses ‘pendemokrasian’ - adalah amat penting bagimereka meneliti dan melihat dengan penuh tolenrasi bagi memahami kebangkitan Islamdan Islam itu sendiri, yang kedua-duanya di peringkat yang boleh diterima danpengkususan yang lebih mendalam. Setiap keputusan yang dibuat oleh rakyat dalamproses demokrasi sepatutnya diterima walaupun ia dianggap pahit oleh mereka yangberkuasa serta kuasa Barat yang berkepentingan.

Mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan oleh seorang tokoh sains politikAmerika Syarikat, Profesor Graham Fuller  yang menulis di dalam sebuah makalahmengenai sikap Barat terhadap gerakan Islam. Beliau berkata;

“Biarlah Islam dan gerakan Islam itu keluar dari bawah tanah dan belajar untuk hidup di dalam proses demokrasi sebagaimana ianya telah hidup di di dunia Islam. Berilah sedikit masa kepada mereka. Evolusi politik sentiasa ada masa-masa ketidakstabilannya, tetapi yakinilah bahawa politik Islam tidak akan menjadi suatu impian ngeri yang amat ditakuti oleh Barat" 22 .

Namun bagi penulis, sikap Barat yang jelas ‘inconsistence and double standards’ 

dalam menentukan ‘ position’ mereka terhadap penglibatan gerakan Islam dalam prosesdemokrasi bukan sahaja telah mencabul prinsip mereka sendiri tetapi ia juga akanmemberi kesan yang hebat kepada masa depan hubungan serta sikap toleransi antaragerakan Islam dengan Barat serta sekutu mereka dalam menuju ke alaf baru ini. Hanyadengan ‘membuka kembali’ ruang perbincangan serta hubungan antara Barat dengangerakan Islam agar mereka saling memahami antara satu sama lain, maka akanmenjamin keamanan serta kedamaian dunia di alaf baru ini.

Wassalam.Disediakan oleh:Dr. Syed Azman Syed Ahmad,

Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik,Universiti Malaya, Kuala Lumpur.E mail: abuaman@hotmail com

8/14/2019 Cabaran Politik Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-politik-gerakan-islam 8/9

1 Kertas pembentangan Konvensyen Gerakan Islam Agenda 2000, 16-17 Oktober, 1999 anjuran

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

2 Hamish Mcrae adalah pengarang akhbar The Independent Sunday, England. Beliau telah membuatsatu liputan tiga siri bertajuk " How to Survive the 21st Century" dalam majalah The Sunday Review,

26/3/95.3

Ibid.4 Sila rujuk, rencana Frank J. Comes & Christoper Power, 21st Century Capitalism, Business Week,

12/12/1994.

5 Garry Wills adalah pengarang buku terkenal Certain Trumpets: The Nature of Leadership. 6 Ibid

7 Ibid

8  Blackwell, R . Beliau adalah seorang pensyarah dari Harvard yang juga merupakan seorang pakar 

Polisi Luar Amerika Syarikat. Sila rujuk kertas kerja ‘Responding of Security Threats in the Midle

 East’ , Conference Report, Jaffee Center for Strategic Studies, Tel Aviv University, December 1998.

9 Ibid

10 Ibid

11  Augustus Richard Norton adalah merupakan seorang Profesor Antropologi dan Hubungan

Antarabangsa di Boston University, USA. Beliau pernah mengetuai Council on Foreign Relations

mengenai hal ehwal Amerika dan dunia Islam dari 1997-1998.

12 Norton, Richard, Rethinking United States Policy Toward the Muslim World , dalam Current

History, February 1999.

13 Sila rujuk, Richard Norton

14 Ibid

15 Sila rujuk rencana Algeria Stays the Same, dalam Asia Wall Street Journal, 23 March 1999.

16 Gary Sick adalah merupakan research scholar di Columbia University. Beliau pernah berkhidmat di

 National Security Council (NSC) di bawah Presiden Ford, Carter dan Reagan.

17 Sila rujuk rencana Gary Sick , The Ghost at the Table, dalam majalah The World Today, February

1999.

18 Ibid

19 Cathy Gormley adalah  Research Officer  bagi Conflict Data Service (CDS) di Institute on ConflictResolution and Ethnicity (INCORE), University of Ulster/United Nations University.

20 Sila rujuk rencana Cathy Gormley, Getting Wired for Peace, The World Today, March 1999.

8/14/2019 Cabaran Politik Gerakan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/cabaran-politik-gerakan-islam 9/9

21 Norton, Richard, Rethinking United States Policy Toward the Muslim World , dalam Current

History, February 1999.

22 Sila lihat penulisan Graham Fuller, Deterring Islam, Echo of Islam, 1995.