cabang iman ke 73

3
Cabang Iman ke 73 : Berpaling dari perkara yang sia-sia. Firman Allah : Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, (1) Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya; (2)dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia;(3) ( Al-Mukminun ) Dan firmannya : 72. dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara Yang dilarang, dan apabila mereka bertembung Dengan sesuatu Yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya.(Al-Furqan ) 55. dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi Kami amal Kami dan bagi kamu pula amal kamu; Selamat Tinggalah kamu; Kami tidak ingin berdamping Dengan orang-orang Yang jahil". ( AL-Qasas ) Perkara lalai yang batil adalah perkara yang tidak mempunyai ikatan yang sahih. Percakapannya tidak mendatangkan faedah. Ia termasuklah berbangga-bangga denan hart, keturunan, penceritaan kisah-kisah karut dan seumpamanya. Nabi S.A.W menyeutkan :

Upload: kami05053950

Post on 06-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Nota cabang-cabang Iman

TRANSCRIPT

Page 1: Cabang Iman Ke 73

Cabang Iman ke 73 : Berpaling dari perkara yang sia-sia.

Firman Allah :

Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, (1) Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya; (2)dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia;(3) ( Al-Mukminun )

Dan firmannya :

72. dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara Yang dilarang, dan apabila mereka bertembung Dengan sesuatu Yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya.(Al-Furqan )

55. dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi Kami amal Kami dan bagi kamu pula amal kamu; Selamat Tinggalah kamu; Kami tidak ingin berdamping Dengan orang-orang Yang jahil".( AL-Qasas )

Perkara lalai yang batil adalah perkara yang tidak mempunyai ikatan yang sahih. Percakapannya tidak mendatangkan faedah. Ia termasuklah berbangga-bangga denan hart, keturunan, penceritaan kisah-kisah karut dan seumpamanya. Nabi S.A.W menyeutkan :

� المرء� �ه� من ح�سن� إسالم 1يعنيه� ال ما ترك

Di antara tanda Islam yang baik, meninggalkan segala yang tidak berkaitan dengan dirinya.

يت� ا ك�ف� أ�ل� ع�م س�ال� " ال� أ� ت�ك� ؟ ق� ك�م� ا ح� م�ان� : م� ق�يل� ل�ل�ق�

ا ال� ي�ع�ن�ين�ي �ت�ك�لف� م�  و�ال� أ

Dikatakan epada Luqman ( Al-Hakim ) : Apakah mutiara hikmahmu ?. Jawabnya : Aku tidak meminta apa yang telah dicukupkan untuk ku dan tidak membebankan diri dengan perkara yang tidak berkaitan dengan ku.

خالصة حكم 12/64 الصفحة أو الرقم: - تاريخ بغداد المصدر: -الخطيب البغدادي  المحدث: أبو هريرة الراوي: 1الصحيح مرسل المحدث:

Page 2: Cabang Iman Ke 73

Berpesan Al-Imam Al-Ghazali : “Berusahalah sedaya upaya mu supaya tidak bertengkar dengan seseorang pada apa jua masalah kerana pertengkaran itu mengandungi bermacam-macam penyakit. Dosanya jauh lebih besar daripada faedahya. Pertengkaran itu punca kepada segala perangai yang jahat seperti riak, hasad, takbur, dengki, permusuhan dan merasa bangga dengan kemampuan diri sendiri dan lain-lain lagi.” Pilihlah kawan berbicara :

i- Orang jahil yang bertanya dan menimbulkan masalah kerana di dorong oleh sifat hasad ataupun marah. Sewajarnya engkau meninggalkan dari menjawab persoalan-persoalannya.

ال�إاه�تالز�ي إرج� قد ت� العداوةل�كدس حن عاكاد عن مةاودع

Setiap permusuhan ada harapan menghindarinya

Melainkan permusuhan yang dilahirkan oleh perasaan hasad.

ii- Kejahilan itu berasal dari kebodohannya. Penyakit seperti ini pun tidak boleh dirawat. seperti sabda Nabi Isa a.s

�ةجالع� من ع�تزج عدقى و الموت�ياءح�ن إ ع�تزجا عي من�إ�قمحاأل

: "Aku tidak lemah daripada menghidupkan orang yang telah mati, tapi aku tidak akan berjaya mengubati orang yang bodoh".

iii- Orang yang bertanya itu memang mengkehendaki petunjuk dan hidayah. Tetapi dia bukanlah golonngan yang berkeupayaan memahami perbahasan para ulamak muktabar kerana kelemahan kefahamannya. Rasulullah SAW bersabda;

نحن معاشر األنبياء امرنا أن نكلم الناس على قدر عقولهم

"Kami para nabi disuruh berinteraksi kepada sekalian manusia mengikut kadar akal mereka"

iv- Dia merupakan seorang yang mencari kebenaran, cerdik, bijaksana dan berakal. Dia jauh dari kongkongan syahwat, kebencian, hasad dan cintakan harta dan jawatan. Bahkan sentiasa mencari jalan kebenaran. Penyakit ini boleh dirawat. Bahkan wajib merawatnya.