burma

75
PENGENALAN Burma merupakan sebuah negeri yang bersempadanan dengan negeri Thai, China, dan Bangladesh dan menjadi tanah jajahan Inggeris pada tahun 1886. Ibu negara Burma dikenali sebagai Yangoon dan terkenal sebagai negera pengeluar beras utama di Asia Tenggara. Dari segi fizikal, Burma merupakan sebuah negera yang menarik kerana mempunyai ciri-ciri seperti banjaran gunung serta sistem sungai yang membujur dari utara ke selatan, kawasan tanah pamah yang luas, kolam air panas, gunung berapi, batu-batan, taburan pulau yang indah seperti kepulauan Mergui dan sebagainya. Terdapat tiga empayar utama di Burma pada abad ke 9 hingga 18 iaitu dimulai oleh empayar Pagan pada tahun (849-1287) dan Anawrahta adalah raja yang telah membangunkan Pagan dan memerintah selama hampir 35 tahun(1044-1077). Empayar yang seterusnya tubuh selepas keruntuhan empayar pagan ialah Taungoo bermula dari tahun 1531 hingga 1752 dan raja Tabishwehti adalah raja yang telah mengasaskan empayar ini dan memerintah dari tahun 1531 sehingga 1551. 1 1 Robert H. Taylor. 1987. The State in Burma. United Kingdom. C. Hurst & Co. hlm 13 1

Upload: harunzz-abdullah

Post on 03-Oct-2015

203 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

burma

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Burma merupakan sebuah negeri yang bersempadanan dengan negeri Thai, China, dan Bangladesh dan menjadi tanah jajahan Inggeris pada tahun 1886. Ibu negara Burma dikenali sebagai Yangoon dan terkenal sebagai negera pengeluar beras utama di Asia Tenggara. Dari segi fizikal, Burma merupakan sebuah negera yang menarik kerana mempunyai ciri-ciri seperti banjaran gunung serta sistem sungai yang membujur dari utara ke selatan, kawasan tanah pamah yang luas, kolam air panas, gunung berapi, batu-batan, taburan pulau yang indah seperti kepulauan Mergui dan sebagainya.

Terdapat tiga empayar utama di Burma pada abad ke 9 hingga 18 iaitu dimulai oleh empayar Pagan pada tahun (849-1287) dan Anawrahta adalah raja yang telah membangunkan Pagan dan memerintah selama hampir 35 tahun(1044-1077). Empayar yang seterusnya tubuh selepas keruntuhan empayar pagan ialah Taungoo bermula dari tahun 1531 hingga 1752 dan raja Tabishwehti adalah raja yang telah mengasaskan empayar ini dan memerintah dari tahun 1531 sehingga 1551. Seterusnya ialah empayar terahir dalam era kerajaan awal Burma sehingga abad ke 18 ialah empayar Konbaung yang muncul di sebuah perkampungan kecil dan di asaskan oleh dua bersaudara.

Sejarah tentang kebangkitan dan kemerosotan empayar di Burma amat rumit dan banyak peristiwa pergolakan etnik bermula dari kerajaan awal sehinggalah ke zaman moden hari ini. Proses kebangkitan empayar-empayar ini kebanyakkan adalah di sebabkan oleh faktor dari pemerintah yang memerintah atau di gelar sebagai raja. Pada zaman kebangkitan empayar di negara ini, pengaruh agama iaitu agama Hindu Buddha amat mendominasi sistem pemerintahan dan cara hidup masyarakat di dalam setiap empayar yang wujud. Namun demikian, pada era empayar Taungoo dan Konbaung, sistem politik, ekonomi dan sosial tidak hanya dipengaruhi oleh agama semata-mata tetapi juga pengaruh-pengaruh dari luar sebagai contohnya dari agama islam dan kemasukan budaya dari negara lain.

Walaubagaimanapun, proses kejatuhan empayar di Burma ini tidak hanya disebabkan oleh satu faktor sahaja tetapi melibatkan beberapa faktor lain sama ada disebabkan oleh raja yang memerintah, perebutan takhta, pemberontakan dalaman serta masalah politik yang berlaku dalam pentadbiran. Rentetan daripada masalah-masalah yang telah berlaku di setiap empayar ini menyebabkan empayar ini mengalami kemerosotan dan seterusnya mulai jatuh yang kemudian digantikan oleh empayar yang seterusnya kecuali empayar Konbaung telah di takluki oleh British dan juga mengalami peperangan dalam tempoh yang lama. Seterusnya pada abad ke-19, Burma atau Myanmar telah dijajah dan diperintah oleh British dan akhirnya mencapai kemerdekaan pada akhir abad ke-19.

SITI HASNAH IBRAHIM

PENGARUH INDIA DAN CHINA DI BURMA

Seperti yang sedia maklum, bentuk masyarakat dalam negara Burma ini sendiri telah dipengaruhi oleh dua pengaruh luar iaitu pengaruh dari India dan China. Pengaruh dari India lebih menjurus kepada unsur-unsur Hindu-Buddha yang telah dijadikan sebagai ideologi moral dan politik manakala unsur-unsur China pula lebih kepada aliran Confusiunis yang disokong oleh sistem birokrasi pusat yang kukuh. Namun, di Negara Burma dapat dilihat bahawa pengaruh Hindu-Buddha dilihat lebih menonjol daripada pengaruh China kerana masyarakat pada masa itu lebih percaya kepada adanaya unsur-unsur keagamaan dalam kehidupan seharian. Unsur-unsur Hindu-Buddha telah mempengaruhi masyarakat Burma bukan hanya dalam aspek sosial akan tetapi juga turut mempengaruhi aspek politik dan ekonomi.

Dalam aspek politik dan pentadbiran, Raja-raja Burma dianggap sebagai tunggak penting pentadbiran. Hal ini kerana, Raja mempunyai fungsi-fungsi tertentu iaitu sebagai penaung dan pengembang agama, penakluk negeri, serta sebagai tunggak kekuatan dan keupayaan negeri.Selain itu juga, Raja bukan hanya menjaga hal ehwal yang berkaitan dengan sistem politik dan sosial namun turut memainkan peranan dalam menjamin pengekalan adat resam tempatan dan perlu mempunyai nilai moral yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan rakyat di dunia ini serta dunia akan datang. Kegagahan dan kekuasaan Raja berasaskan kepada hponnya, hpon yang menyebabkan ramai rakyat yang berkaliber bersedia menjadi pengikutnya. Selain itu juga, Raja dianggap berdaulat dan akibat daripada pengaruh Hindu-Buddha tersebut , kawasan sekitar istana dianggap sebagai suci.Menurut adapt istiadat Burma, setiap rakyat yang memasuki kawasan istana perlu mematuhi beberapa adat seperti menundukkan kepala ketika menghampiri istana dan menanggalkan kasut. Selain itu juga, bentuk istana Raja juga jelas menunjukkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha. Hal ini kerana, kedudukan kerabat diraja dibahagiakan timur, selatan, barat dan berpusatkan mahligai singgahsana. Pembahagian berasaskan kosmologi ini telah menetapkan kuasa di kalangan pengikut-pengikut raja tetapi tidak menghalang kelompok-kelompok politik yang berpusatkan kepada seorang individu untuk muncul dan berkembang. Secara keseluruhannya dapat dilihat di sini bahawa pengaruh Hindu-Buddha memainkan peranan penting dalam sistem politik dan pentadbiran di Burma.

Bagi aspek sosial, masyarakat Theravada Burma mempunyai sekumpulan anggotanya yang terdiri daripada para rahib dan klien mereka yang menumpukan perhatian semata-mata kepada hal-hal keagamaan secara langsung atau sebaliknya. Amalan agama Buddha dari Mazhab Hina yang mengatur setiap aspek dari kehidupan masyarakat dan politik Burma. Susunan hidup sami ( Sangha) sangat dihormati oleh rakyat. Oleh yang demikian, kedudukan Sangha dianggap penting dalam sistem masyarakat Burma. Dalam amalan kehidupan, agama Buddha memainkan peranan penting dalam menentukan aturan-aturan kelakuan yang merupakan panduan hidup masyarakat Burma seharian. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika dikatakan pengaruh India terutamanya unsur-unsur Hindu-Buddha amat penting dalam mempengaruhi aspek politik,ekonomi dan sosial masyarakat Burma.

HISTORIOGRAFI

Perbincangan mengenai tajuk pengkaji iaitu kebangkitan dan kemerosotan kerajaan-kerajaan yang diasaskan oleh orang Burma banyak menggunakan rujukan yang berjudul Sejarah Myanmar yang ditulis oleh Abu Talib Ahmad pada tahun 2000 dan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini menceritakan tentang sejarah Burma, tentang kerajaan-kerajaan awal yang memerintah negara Burma atau Myanmar. Terdapat tiga kerajaan atau wangsa utama di Burma iaitu kerajaan Pagan, Tonguoo dan Konbaung. Selain itu, kerajaan Pagan juga telah terpecah pentadbirannya kepada kerajaan kecil seperti Pegu, Shan, dan Arakan. Selepas kejatuhan kerajaan Pagan, ia diikuti kerajaan Tonguoo yang juga mengalami perkembangan dan kejatuhan dan diakhiri oleh kerajaan Konbaung. Buku ini juga turut membincangkan aspek politik, ekonomi dan sosial disetiap kerajaan dalam negara Burma. Selain itu, buku ini juga turut membicangkan campur tangan kuasa-kuasa barat ke atas negara Burma dan penentangan rakyat tempatan terhadap kuasa penjajah.

Selain itu, buku Sejarah Asia Tenggara karya D.G.E HALL yang diterbitkan pada tahun 1987 juga turut digunakan dan buku ini membincangkan tentang kerajaan Burma secara terperinci. Buku ini menceritakan tentang sejarah negara Burma, keadaan geografi Burma yang kaya dengan hasil pertanian dan sumber bahan mentah. Selain itu, buku ini juga turut menceritakan tentang kerajaan awal di Burma serta pengasas yang berkaliber terdiri daripada raja-raja yang berfikiran jauh. Sebagai contoh, kerajaan Tonguoo iaitu Tabinshweti telah berjaya menakluk beberapa buah negeri bagi memperluaskan jajahan dan berjaya menyatukan seluruh Lembah Irrawaddy yang menjadi teras Empayar Tonguoo. Turut dibincangkan juga tentang perkembangan kerajaan Pagan dan dibawahnya adalah kerajaan Pegu, Shan, Ava dan Arakan serta kejatuhan kerajaan tersebut. Selepas Kerajaan Pagan, kerajaan Tonguoo pula bangkit kemudian diikuti oleh kerajaan Tonguoo. Buku ini juga turut membincangkan tentang sistem pemerintahan disetiap kerajaan, sistem politik, ekonomi dan sosial yang mengalami pelbagai pembaharuan. Kedatangan kuasa barat juga turut dimuatkan dalam buku ini dan perkembangan yang berlaku di Burma selepas kedatanga kuasa-kuasa barat seperti Belanda, Portugis, Inggeris dan China.

Selain itu, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara karya Abu Talib Ahmad pada tahun 1991 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka juga turut membincangkan tentang negara Burma. Ia turut menceritakan tentang sistem pentadbiran di Burma daripada pelbagai aspek sebagai contoh daripada aspek politik dan pentadbiran. Ini berkaitan pemerintahan yang dijalankan oleh raja-raja disetiap kerajaan di Burma. Selain itu, buku ini membincangkan secara terperinci tentang kerajaan Konbaung 1753 iaitu kerajaan yang terakhir di Burma sebelum Burma diambil oleh Inggeris pada tahun 1886. Wangsa konbaung mengalami perkembangan dan kemerosotan ekoran daripada faktor dalam iaitu kelemahan pemerintah serta pergaduhan sesame sendiri. Di samping itu, buku ini juga turut menyatakan bahawa terdapat pengaruh agama Hindu Buddha yang mempengaruhi aspek politik serta sosial. Buku ini juga turut membincangkan campur tangan kuasa-kuasa luar seperti buku-buku lain dan pembaharuan atau kemunduran yang berlaku selepas penjajahan kuasa-kuasa barat.

Buku Sejarah Asia Tenggara sejak tahun 1500 karya Gilbert Khoo, 1971 yang diterbitkan oleh Perpustakaan Universiti Malaya juga turut digunakan dalam perbincangan kerajaan Burma. Buku ini membincangkan tentang pengaruh Hindu Buddha terhadap masyarakat di Burma terutamanya dari aspek sosial. Ia membincangakan juga bagaimana agama berperanan dalam kehidupan masyarakat agar dapat melahirkan masyarakat yang bertamadun.

SITI ASIAH BT YUSOF

EMPAYAR PAGAN

ZAMAN PRA PAGAN

Zaman ini merupakan zaman yang akan membawa kepada rentetan sejarah perkembangan dan kemerosotan kerajaan Pagan di bawah pimpinan beberapa orang pemerintah. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa kewujudan zaman pra-Pagan ini adalah bermula daripada era Pyu pada tahun 638 SM.

MASYARAKAT PYU

Orang-orang Pyu ini telah tiba di Burma pada abad pertama SM atau lebih awal dan menubuhkan kerajaan-kerajaan di bandar Binnaka, Mongamo, Sri Ksetra, Peikthanomyo, Kutkhaing di utara, Halin Gyi Thanlwin garis pantai di sebelah timur. Semasa zaman ini, Burma menjadi jalan laluan bagi pedagang-pedagang yang berdagang daripada China ke India.

Selain itu, menurut D. G. E. Hall di dalam bukunya yang bertajuk Sejarah Asia Tenggara, beliau ada menulis bahawa orang-orang Pyu mendakwa mereka telah menguasai 18 daerah Burma yang kebanyakannya berada di kawasan Burma Hilir. Salah satu daripadanya adalah Mi-cen dimana rajanya telah mendapat pengiktirafan daripada China pada tahun 805 tetapi telah dibinasakan pada tahun 835 SM oleh Nancao.

Tambahan pula, orang Pyu juga menggambarkan mereka sebagai orang-orang yang berperikemanusiaan dan mementingkan kedamaian. Sebagai contoh, negeri tersebut termasuklah negeri-negeri Kun-Lun yang letaknya berhampiran sebuah pelabuhan yang bernama Mo-ti-po dimana pelabuhan ini dapat menghubungkan mereka dengan Palembang dan Jawa. Negeri ini sebenarnya adalah negeri Mon. Di Negara-negara Bandar, Pyu pernah bergabung menjadi sebuah kerajaan Pyu, tetapi telah menjadi kebiasaan dimana kerajaan yang lebih berkuasa akan mendominasi kerajaan-kerajaan yang lebih kecil.

Kerajaan yang paling kuat pada masa ini adalah kerajaan Sri Ksetra yang dijumpai melalui kajian arkeologi yang dilakukan dan menunjukkan bukti bahawa ianya merupakan sebuah kerajaan yang terbesar di Burma pada ketika itu. Terdapat sejarawan menyatakan bahawa itu adalah merupakan Halingyi yang mungkin berkaitan dengan Bandar purba Tagaung. Akhirnya pada pertengahan abad ke-9, kegemilangan zaman Pyu telah ditamatkan oleh kerajaan Nanzhao.

MASYARAKAT MON

Kerajaan Mon telah ditubuhkan pada abad ke-6 . Orang Mon di Burma kebanyakannya didapati di kawasan sebelah timur Sungai Irrawadi sehingga ke Tavoy di sebelah selatan. Manakala pusat politik dan kebudayaan mereka terletak di lembah Sungai Menam Chao Pya. Orang-orang Mon telah mengamalkan ajaran Budha Therravada dimana ianya telah berkembang seiring dengan pusat politik dan kebudayaan mereka itu.

Selain itu, orang Mon telah menjadi perintis kepada aktiviti penanaman padi dan kacang di Burma. Orang Mon ini juga telah berjaya mencapai satu kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding masyarakat lain apabila mereka telah berjaya membina sistem pengairan di Kyaukse yang merupakan satu kawasan yang kering di bahagian tengah Burma. Kesan daripada pembinaan terusan ini, kawasan tersebut telah menjadi satu kawasan yang sangat penting dalam sejarah Burma.

Disamping itu selepas berlakunya keruntuhan ibu kota Pyu, orang-orang Mon terpaksa menghadapi serangan daripada puak-puak Nancao. Selain itu juga, mereka terpaksa mempertahankan kawasan Kyaukse daripada serangan yang dilakukan oleh orang Burma pada abad yang ke-9. Kesan daripada peristiwa serangan ini, kerajaan Mon telah berjaya dilemahkan oleh orang-orang Burma dan seterusnya, telah bermulalah perkembangan wangsa Pagan yang bermula pada sekitar tahun 1044 M.

WANGSA PAGAN (1044-1287 Masihi)

Berdasarkan buku Sejarah Myanmar yang ditulis oleh Abu Talib Ahmad, beliau menyatakan bahawa menurut teori Than Tun, Pagan telah bermula dengan beberapa buah perkampungan dan setiap kampung diketuai oleh seorang yang dikenali sebagai man (raja). Than Tun mengatakan bahawa man dari Pagan adalah yang paling kuat dan telah berjaya menguasai man yang lain di sekitarnya untuk mencapai taraf man-kri (raja agung) dan setelah berjaya menguasai kawasan sekitarnya, raja agung ini telah berjaya pula mendapatkan kawasan takluk yang disebut sebagai nuiman dan peristiwa ini telah berlaku pada zaman Anawratha.

Kemunculan empayar Pagan di Burma telah bermula dengan pesat selepas abad ke-11 hingga penghujung abad yang ke-16. Pada masa ini, telah berlaku usaha untuk menyatukan pelbagai kelompok etnik yang terdapat dalam empayar Pagan terutamanya dari aspek budaya dan bahasa. Perkembangan empayar Pagan dapat dilihat dengan jelas melalui usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pemerintah pada dinasti tersebut. Empayar Pagan ini telah bermula pada tahun 1044 M dan diasakan oleh Anawratha iaitu seorang raja yang telah berjaya mewujudkan kesatuan Burma yang hebat.

RAJA ANAWRATHA (1044-1287 M)

Raja Anawratha telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada empayar Pagan di Burma dimana sumbangan beliau telah menjadi perintis kepada pemerintah yang seterusnya untuk terus membangunkan empayar Pagan.

Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau adalah dalam bidang politik iaitu dengan menyatukan kawasan utara Arakan dengan negeri Mon iaitu di kawasan hilir Burma. Dengan penyatuan ini, Burma telah dapat dibentuk dan diperkukuhkan kedudukannya menjadi sebuah empayar yang kuat pada masa tersebut. Raja Anawratha telah menghantar pasukan tenteranya ke bahagian Burma Timur untuk masuk ke dalam kawasan Syan dan kemudiannya telah membina 43 buah kawasan pertahanan di sepanjang kawasan kaki bukit pada bahagian timur tersebut. Semasa era pemerintahan beliau, ajaran Budha Hinayana telah dijadikan sebagai agama rasmi Pagan. Kemudian, beliau telah menakluk kerajaan Mon yang terletak di Thatom. Bagi menyebarkan ajaran Hianyana, beliau telah melantik seorang sami berbangsa Mon berkhidmat dengannya untuk memujuk dan menyebarkan ajaran ini kepada orang Burma. Rentetan daripada usaha ini, telah berlaku perselisihan dengan sami di kawasan Burma Hulu yang membawa ajaran Ari. Golongan sami ini adalah golongan yang mengamalkan ajaran Tantra.

Terdapat ramai orang-orang pelarian Mon yang telah masuk ke Pegu dan Thaton akibat daripada penaklukan di Lopburi oleh Suryavarman I. Walaubagaimanapun, negeri-negeri ini kemudiannya telah diserang oleh orang Khmer dan peristiwa ini telah menyebabkan campur tangan daripada Raja Anawratha untuk menakluk Phaton. Rentetan daripada peristiwa penaklukan ini, satu kesatuan Burma telah dapat dibentuk dengan tujuan untuk menentang pemerintahan raja yang dianggap merupakan jelmaan Siva. Peristiwa-peristiwa yang berlaku telah membawa kepada kemasyhuran kebudayaan Mon yang kemudiannya telah dapat menguasai istana Pagan. Sebagai contoh, bahasa Pali telah dijadikan sebagai bahasa agama manakala huruf Mon pula telah digunapakai untuk menulis bahasa Burma. Pada masa ini, pusat agama Budha telah bertukar dari Tathon ke Pagan dan telah membawa kepada kemunculan Pagan sebagai pusat agama Budha di Burma.

Dengan ini dapat dilihat bahawa semasa pemerintahan Raja Anawratha, beliau telah berjaya menyumbang kepada kemajuan dan kegemilangan empayar Pagan di Burma apabila telah berjaya menjadikan Thaton sebagai wilayah taklukannya dan telah menubuhkan satu kesatuan Burma yang disegani pada masa tersebut. Zaman pemerintahan Anawratha ini juga lebih menjurus kepada aspek keagamaan yang menjadi asas kepada perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah empayar atau kerajaan. Walaubagaimanapun, penaklukan Anawratha terhadap orang Mon juga telah mencetuskan perselisihan diantara orang Burma dengan orang Mon. Pada abad ke-19, perselisihan ini telah berakhir apabila orang Mon tidak lagi menjadi satu bangsa.

RAJA KYANZITTHA (1084-1112 M)

Pemberontakan yang dicetuskan oleh orang-orang Mon telah menyebabkan pengakhiran pemerintahan empayar Pagan oleh anak kepada Anawratha iaitu Sawlu yang telah memerintah empayar Pagan sejak daripada tahun 1077 hingga 1084 M. Tetapi, empayar Pagan telah dapat diselamatkan oleh seorang lagi anak kepada Anawratha iaitu Raja Kyanzittha yang menaiki takhta pada tahun 1084 sehingga 1112 M apabila telah berjaya mengalahkan orang Mon tersebut.

Raja Kyanzittha telah melakukan satu pembaharuan di dalam sistem pemerintahan di Burma iaitu dengan menaikkan taraf raja kepada peringkat yang lebih tinggi berbanding taraf raja yang sebelumnya. Sebagai contoh, beliau telah mangadakan istiadat kemahkotaan mengikut adat istiadat kemahkotaan agama Brahmin. Disamping itu, beliau juga telah membina sebuah istana yang baru untuknya sendiri.

Dengan ini dapat dilihat bahawa pembaharuan yang dilakukan oleh Raja Kyanzittha telah dapat menaikkan taraf raja ke tahap yang yang lenih dihormati. Sepanjang hayatnya, beliau telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyatukan orang Burma dengan orang Mon. Beliau adalah seorang pemerintah yang meminati kebudayaan Mon, maka dengan itu beliau telah merintis kepada pembinaan rumah berhala secara besar-besaran di Pagan dan diantara salah satunya ialah pembinaan rumah berhala Ananda.

RAJA ALAUNGSITHU (1112-1165 M)

Cucu kepada Raja Kyanzittha dan Raja Alaungsithu yang telah menaiki takhta kerajaan pada tahun 1112 hingga 1165 M telah menjalankan usaha untuk merekodkan pembahruan yang telah dilakukan oleh beliau di dalam sebuah prasasti yang didirikan di Pagoda Myazedi, berhampiran dengan Pegu pada tahun 1113 M. Prasasti tersebut telah dinamakan sebagai Batu Rosetta Burma kerana terdapat persamaan dari segi teks yang ditulis pada keempat-empat mukanya dalam bahasa Pyu, Mon, Burma dan Pali. Maklumat tersebut telah dijumpai pada tahun 1911 M dimana ianya juga telah mencatatkan maklumat mengenai bahasa Pyu dan tarikh-tarikh pemerintahan raja-raja awal di Pagan. Namun begitu, semasa era pemerintahan Raja Alaungsithu, pengaruh Mon di Pagan telah merosot.

RAJA NARAPATISITHU (1174-1211 M)

Dalam pada itu, Burma telah mengalami satu tempoh yang tidak mempunyai raja selama sembilan tahun sehingga Narapatisithu menaiki takhta pada tahun 1174 M. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku beberapa perubahan yang besar kepada sejarah Burma. Sebagai contoh, telah berlaku perubahan dalam bidang bahasa apabila bahasa Mon tidak lagi menjadi bahasa utama dalam prasasti-prasati di Burma sebaliknya berubah kepada bahasa Burma itu sendiri menjadi Bahasa utama. Selain itu, bahasa Mon sebagai bahasa tulisan telah lenyap sehinggalah berakhirnya zaman Pagan. Dapat disimpulkan bahawa tempoh ini telah menjadi pembahagi di dalam sejarah Burma secara keseluruhannya.

Dalam aspek senibina pula, terdapat perubahan cara pembinaan rumah-rumah berhala pada ketika itu. Hal ini jelas dapat dilihat pada rumah-rumah berhala seperti Sulamani, Htilominlo dan Gadawpalin dimana rumah-rumah berhala ini dibinina mengikut cara Burma yang tersendiri dari segi reka bentuk dalaman dan luarannya. Kesan daripada ini, telah berlaku perubahan terhadap agama Budha di Burma hasil perhubungan diantara Burma dengan Ceylon. Satu pergerakan agama yang bermula di Burma telah berlaku dan memberi impak kepada ajaran bercorak Theravada yang selama ini telah diamalkan di Burma sejak zaman pemerintahan Raja Anawratha kepada ajaran yang berbentuk Sinahala.

RAJA NATONMYA (1211- 1235 M )

Raja Narapatisithu merupakan seorang pemerintah yang paling lama memerintah di dalam zaman Pagan dan semasa zaman pemerintahannyalah telah berlaku perubahan kepada Burma dalam aspek keagamaan terutamanya. Pada tahun 1211, beliau telah digantikan oleh anaknya iaitu Natonmya. Semasa pemerintahannya, Natonmya telah membina dua buah rumah berhala iaitu rumah berhala Mahabodi dan rumah berhala Htilominlo yang dibina dengan seni yang indah dan unik dimana bangunan ini mempunyai persamaan dengan Hlutdaw iaitu sebuah bangunan yang berfungsi sebagai Tempat Pengumuman.

Hlutdaw yang wujud pada zaman tersebut mempunyai persamaan dengan Hlutdaw yang ada pada masa sekarang di Burma yang merupakan Majlis Diraja Tertinggi Burma yang dianggotai oleh empat orang menteri kanan dan diketuai oleh seorang menteri paling kanan dalam negeri yang dikenali sebagai Wung-Yi. Perkembangan yang berlaku di Burma semasa pemerintahan Natonmya ini telah diamalkan di Burma hingga masa kini.

RAJA KYAZWA (1235 1249 M)

Pada tahun 1231 M, Natonmya telah digantikan oleh anaknya iaitu Narathienkha yang kemudiannya telah dijatuhkan oleh adiknya iaitu Kyazwa pada tahun 1235 M. Kyazwa adalah seorang raja yang berkebolehan berbanding raja-raja dinasti Pagan yang sebelumnya. Hal yang demikian dapat dilihat apabila beliau telah mewujudkan undang-undang yang patut dikenakan terhadap pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan dan telah banyak mendatangkan masalah kepada kerajaan Burma apabila kerajaan pusat mulai lemah.

Namun demikian, beliau telah mengalami kekalahan kepada puak agama Budha berkaitan dengan hal tanah yang telah dirampasnya daripada mereka. Tindakan ini dilakukan kerana beliau bimbang akan fenomena yang berlaku pada masa tersebut apabila banyak harta yang diserahkan untuk membiayai biara-biara dan rumah berhala yang ada di sekitar empayar Burma. Zaman pemerintahan Kyazwa telah mencapai kegemilangannya apabila terdapat sekumpulan sami-sami Budha yang telah pergi ke Ceylon untuk menuntut dan kemudiannya telah kembali ke Burma untuk menyebarkan ajaran baru ini. Agama Budha Ceylon yang kuat pengaruhnya itu telah dapat mempengaruhi fikiran dan amalan golongan sami serta orang awam di Burma. Dengan ini, telah membawa perkembangan kepada ajaran Budha di Burma sehingga kini.

KEMEROSOTAN EMPAYAR PAGAN

Perjalanan pemerintahan dan pentadbiran di Burma sebelum memasuki zaman kemerosotan berlaku secara berterusan serta menampakkan satu corak pemerintahan yang baik melalui kepelbagaian dasar pentadbiran yang telah diguna pakai sama ada dalam meluaskan pengaruh, membangunkan kerajaan baik dari segi ekonomi, politik mahupun social. Keadaan seperti ini berlaku kerana adanya pemerintah-pemerintah Pagan yang cekap dalam menguruskan hal ehwal Negara serta dapat dilihat juga kebanyakkan raja-raja Burma yang telah memerintah empayar ini telah berjaya membangunkan empayar ini dengan baik walapun tidak di nafikan bahawa wujud juga penentangan dari kerajaan-kerajaan kecil di bawah naungan empayar ini, namun ianya dapat diselesaikan dengan baik bergantung kepada raja yang sedang memerintah pada waktu itu. Raja kyanzittha sebagai contohnya yang memerintah empayar Pagan ini bermula dari tahun 1084 sehingga 1112 iaitu memegang tampuk pemerintahan selepas Raja Sawlu (1077-1084), telah berjaya mematahkan pemberontakan yang dilakukan oleh orang Mon dan pemerintahan sebelumnya disamping melakukan beberapa pembaharuan dalam pentadbirannya.

Walaubagaimanapun, selepas melalui pelbagai kejayaan dalam pentadbiran raja-raja Burma,empayar ini akhirnya mengalami kemerosotan atau kejatuhan setelah di ambil alih oleh raja Narathihapate (1256-1287) yang mana telah berlaku beberapa peristiwa yang menampakkan berlakunya kepincangan dalam pentadbirannya .yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah sikap beliau sendiri sebagai raja, serangan dari Monggol, peristiwa pemberontakan dan pertumpahan darah di selatan Burma serta peluasan kuasa oleh Sangha(kependetaan).

Kemerosotan empayar ini ternyata menarik ramai pengkaji antaranya seperti yang disebut dalam buku Sejarah Myanmar karya abu talib ahmad ilah coedes yang berpendapat bahawa kejatuhan empayar ini adalah di sebabkan oleh pendekmorasian penagruh india, manakala Michael aung thwin pula menyebut tentang peranan sangha yang lebih berkuasa dari raja menyebabkan berlaku kemerosotan empayar ini. Namun begitu, hasil kajian yang telah di jalankan mendapati bahawa terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan berlakunya kemerosotan dalam empayar pagan di Burma antaranya sikap peribadi raja yang memerintah terutamanya raja Narathihapate yang merupakan raja yang jelas sekali telah menyebabkan kemerosotan empayar pagan, serangan dari Monggol, peristiwa pemberontakan dan pertumpahan darah di selatan Burma serta peluasan kuasa oleh Sangha(kependetaan).

Ekoran daripada masalah-masalah ini, empayar Pagan yang gemilang pada zaman tersebut terus tumbang dan telah menyebabkan kerajaan-kerajaan dibawah naungannya berpecah kepada beberapa kerajaan kecil antaranya ialah Pegu, Shan, Ava dan Arakan. Rentetan daripada zaman kemerosotan dalam empayar ini, sekitar abad ke 16 telah muncul sebuah empayar baru digelar Empayar Taungoo (1531-1752) dan seterusnya Empayar Konbaung (1752-1885) yang kemudiannya membawa kepada penguasaan Burma oleh pihak Barat.

(NOR LEYANA BT CHE ALI)

FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN

SIKAP PEMERINTAH

Narathihapate adalah raja Pagan (1256 -1287) di Myanmar utara yang memegang tampuk pemerintahan selepas pemerintahan raja Min Yin yang berakhir pada tahun 1254. Corak pemerintahan tidak terancang yang diamalkan serta sikap kurang berwibawa dalam menjalankan urusan pemerintahan telah membawa kepada berlakunya kemerosotan Empayar Pagan kira-kira pada akhir abad ke 13. Pembinaan sebuah Pagoda mewah iaitu Pagoda Mingalazedi pada tahun 1274-1280 telah menyebabkan kejatuhan ekonomi Pagan dan menyebabkan empayar ini mundur serta tidak lagi membangun kerana telah kekurangan sumber pendapatan dalam negara ekoran daripada penyaluran sejumlah besar pendapatan kepada pembinaan tersebut. Pagoda yang dibina tersebut dijadikan lambang keagungan dirinya sebagai pemerintah tertinggi bagi pasukan tentera seramai 36 juta askarserta memudahkan seseorang itu untuk mencapai Nirvana, raja yang memiliki gundik yang ramai, hal ini menunjukkan bahawa beliau mementingkan keperluan diri sendiri, boros dan gelojoh dalam perlakuannya sehingga mengabaikan keadaan serta kebajikan rakyat .

Selain itu, Narathihapate juga digambarkan sebagai seorang raja yang bersikap zalim terhadap rakyat mahupun pembesar, angkuh, gagal menghormati ajaran agama sepertimana yang terkandung dalam kitab-kitab Tripitaka dan Veda yang mana agama Hindu menjadi agama rasmi dalam empayar ini . Sikap yang di amalkan sepanjang era pemerintahannya telah membawa Pagan ke ambang kemerosotan baik dari segi ekonomi mahupun politik kerana Narathihapate tidak berusaha untuk meluaskan pengaruhnya tetapi sebaliknya berpuas hati dan menikmati kegemilangan yang sedia ada sahaja hasil pencapaian dari pemerintah-pemerintah yang terdahulu.

Tambahan itu pula, sikap sombong yang di pamerkan oleh Narathihapate semasa menerima utusan-utusan dari wakil pihak kerajaan Kublai khan iaitu Monggol di Yunnan untuk meminta pembayaran ufti sebagai tanda mengaku tunduk kepada kekuasaan Kublai khan kerana Pagan dikatakan menjadi salah sebuah negeri yang dicatitkan dalam arkib maharaja sebagai negeri-negeri di bawah kuasa Megara pusat telah menyebabkan timbul konflik antara dua kerajaan ini. Dua tahun kemudiannya, berlaku peristiwa pembunuhan duta maharaja yang membawa surat dari Kublai khan bagi membuat sekali lagi tuntutan tersebut akhirnya telah membawa kepada penaklukan oleh pihak Monggol pada tahun 1277 ke atas Pagan. Hal ini berlaku ekoran daripada sikap raja Pagan yang enggan berdiplomasi dan tidak mahu tunduk dengan kekuasaan kerajaan Monggol kerana menyangka bahawa kerajaannya cukup kuat untuk menolak dan menangkis sebarang campur tangan atau penaklukan daripada kuasa hebat yang lain. Permasalahan ini telah membawa kepada kemerosotan dan seterusnya kejatuhan Empayar Pagan pada tahun 1287. Impak daripada kelakuan raja yang memerintah sama ada bersikap positif dalam menjalankan pentadbiran atau sebaliknya akan menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan itu sama ada dari segi politik, sosial mahupun dari sudut ekonomi.

SERANGAN DINASTI MONGGOL

Ekoran daripada sikap raja Narathihapati yang enggan akur kepada kekuasaan kerajaan monggol yang pada waktu itu di bawah pemerintahan Kublai khan dan di tambah pula dengan tindakannya yang menyerang negeri kecil Kaungai di tepi sungai Taping kerana kerajaan ini tunduk kepada China, Kublai khan telah mengarahkan pemerintah-pemerintah tempatan supaya menyerang Pagan. Terdapat tiga siri pertempuran antar kerajaan Monggol dan Burma iaitu pertempuran Ngasaunggyan, Bhamo dan terakhir ialah pertempuran Pagan. Gabnor tali antaranya telah menghantar satu rombongan angkatan tentera Tartar untuk menyerang di bahagian selatan kerajaan Pagan di satu tempat bernama Ngasaunggyan dan di gelar sebagai pertempuran Ngasaunggyan pada tahun 1277. Tentera Pagan berjaya di kalahkan dan kedua-dua belah pihak telah berundur balik ke negeri masing-masing.

Walaubagaimanapun, pada tahun 1283, berlaku sekali lagi pertempuran antara kerajaan monggol dengan Pagan yang berlaku di daerah Bhamo antara angkatan Monggol pimpinan seorang Vizurai Yunnan iaitu Nasruddin dengan angkatan tentera Narathihapati. Pertempuran ini telah menyebabkan beberapa buah kubu pertahanan Burma musnah dan tentera Monggol ini telah berundur kerana cuaca panas di Burma. Namun serangan Monggol yang seterusnya ke atas Pagan telah berjaya menewaskan angkatan Burma di Kaugsin dan Monggol telah menempatkan tenteranya di hulu lembah sungai Irrawady, hal ini telah menyebabkan Narathihapate lari ke Bassein dan beliau akhirnya telah kehilangan kuasa kerajaan pusat. Pertempuran ini telah menyebabkan berlakunya kekacauan politik yang serius dalam pentadbiran kerajaan yang akhirnya membawa kepada kemerosotan empayar ini.

Serangan Monggol yang terakhir terhadap kerajaan pagan berlaku pada tahun 1287 yang mana berpunca daripada pihak Monggol yang dapat mengesan kepincangan dan masalah politik yang berlaku dalam kerajaan pagan akibat daripada pertempuran yang berlaku pada tahun 1283 dan seterusnya melancarkan serangan yang kesudahannya telah menyebabkan kekalahan di pihak pagan. Monggol akhirnya berjaya menduduki seluruh kerajaan pagan tidak terkecuali ibu kotanya dan sekitar tahun 1287 juga berlaku peristiwa pembunuhan Narathihapate yang menandakan berakhirnya empayar Pagan di Burma. Ekoran daripada peristiwa pertempuran-pertempuran yang berlaku selama hampir sepuluh tahun antara kerajaan Burma dan Monggol, kerajaan Pagan atau Burma telah mengalami kemerosotan yang berterusan dan seterusnya membawa kepada titik akhir empayar ini di Burma.

PELUASAN KUASA OLEH GOLONGAN SANGHA DAN PEMBESAR

Selain daripada faktor pemerintah dan serangan daripada kerajaan monggol yang membawa kepada berlakunya kemerosotan empayar ini, pengaruh golongan sangha (kependetaan) yang tidak mampu di kawal lagi oleh raja telah menyebabkan pengaruh dan kedaulatan raja semakin berkurang kerana terdapat raja yang memerintah tidak mengamalkan dengan baik ajaran agama Hindu Buddha pada waktu itu. Agama Hindu Buddha yang dominan diamalkan dalam empayar ini telah meliputi segenap sudut kehidupan masyarakat sama ada dalam aspek politik, sosial dan corak ekonomi yang menjadi amalan di pagan. Pegangan dan kepatuhan yang kuat teradap agama ini telah menyebabkan golonga sangha atau golongan pendeta lebih dipercayai dan sekiranya pemerintah sendiri tidak melaksanakan ajaran agama seperti yang sepatutnya, raja tersebut akan hilang kepercayaan daripada golongan diperintah secara perlahan-lahan. Pada akhir abad ke 13 sebagai contohnya, raja yang memerintah Pagan ialah Narathihapate telah mengetepikan para rahib dan gagal menghormati ajaran agama Hindu Buddha , hal ini telah menyebabkan berlaku penguasaan sangha terhadap sistem pemerintahan kerana golongan ini lebih mendapat kepercayaan daripada rakyat berbanding raja .

Selain daripada golongan sangha yang telah menguasai sebahagian besar pentadbiran di pagan, golongan lain yang turut sama bergerak bebas ialah pembesar-pembesar negeri yang juga terdiri daripada kalangan kerabat di raja yang memerintah. Golongan ini semakin bebas meluas pengaruh di tambah pula dengan kejayaan menguasai dan menambah sumber tenaga manusia atau tanah yang mana telah mengatasi kemampuan raja yang memerintah. Hal ini telah menyebabkan berlaku kemerosotan kuasa raja memerintah yang mana dapat membuktikan tahap kredibiliti dan keupayaan seseorang raja untuk memerintah sesebuah kerajaan. Tambahan itu juga, terdapat raja yang mengamalkan penindasan terhadap rakyat sendiri sehingga menyebabkan raja tersebut hilang kepercayaan daripada rakyat, rentetan daripada inilah yang membawa kepada penguasaan golongan bawahan raja yang akhirnya telah mencapai kejayaan mengatasi pencapaian raja yang memerintah. Kesannya raja semakin kehilangan kuasa dan kedudukan kerajaan mengalami kemerosotan sehingga membawa kepada kejatuhan empayar secara keseluruhannya.

KERAJAAN KECIL YANG WUJUD SELEPAS KEMEROSOTAN EMPAYAR PAGAN

1. HANTHAWADDY PEGU [1287-1539]

Kerajaan Hanthawaddy adalah antara kerajaan terawal yang wujud selepas kejatuhan empayar pagan yang juga merupakan kerajaan yang di asaskan oleh orang mon dan ibu kota bagi pentadbiran ini terletak di pegu pada tahun 1369 yang mana sebelum ini terletak di Martaban semasa di bawah pemerintahan Wareru pada akhir abad ke 13. Hikayat Slapat Rajawan ada menyebut tentang tiga orang raja yang berjaya memerintah kerajaan ini sama ada dari segi politik mahupun agama, antaranya ialah Binya Barow, Shin Saw Bu dan Dhammazedi. Pada sekitar tahun 1453 hingga 1472, kerajaan ini diperintah oleh oleh seorang ratu atau maharani iaitu maharani Shin Saw Bu dan beliau berjaya memerintah dan melaksanakantanggungjawab terhadap pentadbiran dan agam dengan baik yang pada masa itu di bantu oleh seorang penasihat dari golongan rahib bernama Dhammazedi. Dhammazedi yang dilantik menjadi raja selama 20 tahun bermula pada tahun 1472 dan beliau adalah seorang raja yang terkenal dalam sumbangan dalam mengukuhkan agama dan pentadbiran kerajaannya. Walaubagaimanapun terdapat seorang lagi raja yang berjaya memerintah kerajaan ini dengan baik, iaitu raja Razadirat yang mana beliau telah meningkatkan martabat bangsa melalui penyatuan kuasa mon di Hanthawaddy, membangunkan Hlaing sebagai sebuah Bandar pertahanan serta membina biara Denek. Kejayaan yang dicapai dalam pemerintahan kerajaan ini oleh raja Hanthawaddy dapat dinyatakan sebagai era kebangkitan kerajaan ini dan bertahan sehinggalah di takluki oleh British pada abad ke 19.

2. SHAN [1287-1557]

Selepas kejatuhan empayar pagan, telah muncul sebuah kerajan yang di asaskan oleh orang shan yang bermula di bahagian selatan Myanmar yang digelar sebagai kerajaan shan. Pada tahun 1388, pusat pentadbiran telah dipindahkan dari pinya ke ava dan apad amasa yang sama negeri-negeri shan seperti Hsenwi, Hsipaw, Momeik dan Mohnyin mula menonjol dari segi politik setelah para pembesarnya mendapat pengiktirafan dari China. pemerintah shan tetap menggunakan dan mengamalkan beberapa warisan daripada kerajaan pagan antaranya ialah masih mengekalkan sistem perajaan pagan, perkahwinan para pembesar dan kerabat diraja dengan puteri-puteri pagan, pengekalan dari segi gelaran raja dan pembesar dan yang paling utama ialah mengekalkan pagan sebagai pusat ilmu dan agar sehingga abad ke 15. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan ini meneruskan pentadbiran berlandaskan atau berpandukan kegemilangan empayar yang terdahulu dan ini membuktikan bahawa pagan telah mencapai taraf sebagai sebuah empayar yang berjaya.

3. ARAKAN [1287-1784]

Serangan kerajaan ava terhadap Arakan pada tahun 1404 telah menyebkan raja arakan pada waktu itu bernama Narameikhla telah melarika diri ke benggala, namun pada tahun 1430 beliau berjaya menguasai kembali arakan dan kemudiannya menubuhkan sebuah kerajaan di Mrauk-U (Mrohaung) terletak di antara sungai Lemro dan Sungai Kaladan dan ia mencapai kegemilangan antara abad ke 15 sehingga abad ke 17. Pada awal abad ke 15, Narameikhla telah mendapatkan bantuan-bantuan daripada pahlawan-pahlawan islam dan peristiwa ini telah menjadi tanda permulaan pengaruh islam ke dalam politik Burma dan seterusnya membawa kepada pengaruh yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan arakan. Arakan adalah salah satu kerajaan warisan pagan yang tidak di takluki oleh empayar Toungoo. Sepertimana kerajaan-kerajaan yang lain, arakan juga mengalami kebangkitan bergantung kepada kerajaan dan pemerintah yang memerintah.

Zaman kemerosotan yang di alami oleh empayar pagan ini tidak hanya dipengaruhi oleh satu faktor sahaja tetapi sebenarnya melibatkan beberapa faktor antaranya ialah sikap raja yang memerintah, serangan dari pihak monggol serta penguasaan dari golongan pembesar dan sangha yang melampui kuasa raja yang memerintah pada era ini. Ekoran daripada peristiwa kemerosotan ini, telah menyebabkan perpecahan semula kerajaan kecil di bawah taklukan pagan dan membentuk kerajaan sendiri yang beradapatasikan warisan pemerintahan Pagan dan ada juga kerajaan yang sebaliknya cuba melakukan perubahan yang tersendiri.

(SITI AMINAH DAN SITI HASNAH)

EMPAYAR TOUNGOO

Selepas kejatuhan kerajaan Pagan. Kerajaan Toungoo telah muncul pada tahun 1280 yang berpaksi kepada bangsa Burma. Kerajaan ini muncul di sebuah perkampungan yang kecil dan telah diasaskan dua pemimpin yang bersaudara. Manakala semasa pemerintahan Thinkaba (1347-1348), gajah putih telah dijadikan lambang dalam sistem perajaan dan menjadi simbol dalam sistem pemerintahan. Tonguoo telah berkembang selepas pemerintah raja Tonguoo iaitu Myinkino (1486-1531) yang telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Ava yang sebelum ini menakluk Tonguoo. Selain itu, Tonguoo juga telah menjadi tumpuan pelarian-pelarian dari kalangan bangsa Burma yang melarikan diri daripada ditindas oleh bangsa Shan di Ava juga telah berkembang pesat selepas mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Ava. Tonguoo telah berkembang dengan pesat setelah kerajaan Ava jatuh pada abad ke-16 dan telah berjaya meluaskan pengaruh ke Kyaukshe.

Di Kyaukshe, Tonguoo telah memperolehi pelbagai penambahan sumber tanah, hasil pertanian, pemburuan dan sebagainya. Dengan menggunakan sumber tanah dan buruh yang banyak, dua orang pemimpin Tonguoo telah muncul dan mengasaskan wangsa Tonguoo iaitu Tabinshweti dan Bayinnaung. Semasa pemerintahan Tabinsweti (1531-1550), beliau telah memulakan penaklukan secara besar-besaran antara tahun 1534-1542. Tonguoo menggunakan tentera Mon, San, Burma serta tentera upahan Portugis untuk menakluk beberapa negeri utama seperti Pegu, Myaungmya, Martaban, dan Prome lalu dijadikan sebagai jajahan takluk. Setelah berjaya menakluk beberapa negeri, Tabinshweti telah berjaya ditabal sebagai raja di Myanmar dihilir yang pertama pada tahun 1542 dan tiga tahun kemudian menjadi raja di hulu dan secara tidak langsung telah melayakkan baginda menjadi raja di seluruh Myanmar kecuali Arakan. Pelbagai perkembangan telah dilakukan oleh baginda seperti berjaya menyatukan seluruh Lembah Irrawaddy yang menjadi teras Empayar Tonguoo.

Selain itu, kerajaan Tabinsweti juga berusaha menggabungkan unsur-unsur Mon dan Burma dalam pentadbiran negara kerana berkait rapat dengan kepentingan politik bangsa Burma serta dengan bangsa Mon. Hal ini kerana menurut hikayat Hmannan Yazawin Dawgyi, raja berbangga dengan keturunannya iaitu Burma, namun adat-adat istana terus diamalkan daripada bangsa Mon. Tabinsweti juga telah mengambil langkah mengekalkan bangunan lama Mon seperti istana raja-raja Mon manakala puteri-puteri Mon dibenarkan berpakaian tradisonal ketika berada di istana. Pengaruh bangsa Mon berkesan sementara sahaja kerana beribu-ribu pemuda Mon telah dikerah memasuki tentera untuk memerangi Ayutthaya namun dasar kerahan tersebut telah membawa kesan buruk terutamanya dalam bidang pertanian yang menjadi teras kestabilan masyarakat desa di lembah Irrawaddy. Ekoran daripada kekurangan buruh kerana buruh telah dikerah menjadi tentera, kawasan pertanian telah terbiar serta menyebabkan kebuluran berlaku ekoran daripada permintaan telah melebihi pengeluaran. Sebagai akibatnya, para pembesar Mon telah membuat pakatan untuk menjatuhkan Tabinsweti dengan membunuh beliau pada 1550.

Pada tahun (1551-1581), Bayinnaung telah menggantikan Tabinsweti dan beliau merupakan panglima kanan Tabinsweti. Bagi mengukuhkan kedudukan, beliau telah memusnahkan kubu-kubu Mon di Pegudan Thayetmyo serta waris-waris Wareru di Martaban. Manakala sekitar tahun 1555-1559, beliau telah memberi tumpuan kepada usaha menguasai Ava, Shwebo, negeri-negeri Shan, seperti Lawksak, Yanghwe, Hsipaw, Bhamo, Linzi, Chiang Mai, Momeik, Mongpai, Kengtung, Hsenwi dan Manipur dan Malipur yang terletak disebelah barat Pagan (Myanmar). Hasil daripada penaklukan tersebut, beliau memperolehi pelbagai hasil seperti zamrud, gajah putih, puteri-puteri Shan yang dijadikan gundik atau isteri, dan putera-putera Shan yang dijadikan sebagai tebusan di Tonguoo. Walaupun Bayinnaung berkuasa namun terdapat pemberontakan yang dilakukan oleh orang negeri taklukan seperti yang berlaku pada tahun 1562, 1571 dan 1574-1569.

Bayinnaung juga berhasrat menakluk Chiang Mai yang ditaklukinya pada tahun 1558 dan Ayutthaya antara tahun 1560-1564. Tujuan utama imperialisme Tonguoo adalah bertujuan untuk menambahkan sumber tanah dan tenaga buruh setelah bekalan dalam negeri semakin terhad terutamanya golongan pekerja mahir. Manakala dalam serangan pada tahun 1558 hingga 1564, beribu pekerja mahir Chiang Mai dan Ayutthaya telah berjaya ditawan, namun Bayinnaung gagal menakluki Ayutthaya dan negeri-negeri yang lain kerana pemberontakan secara besar-besaran telah berlaku. Walaupun gagal, namun jika dilihat dari sudut pengukuhan, Bayinnaung berjaya menggunakan punca kekayaan baharu yang diperoleh dari Pegu, Syriam, Martaban dan Dallam (berhampiran Yangon) tanpa bergantung sepenuhnya kepada pertanian seperti yang dilakukan oleh raja-raja Pagan. Selain itu, terdapat pelbagai syarat yang ketat dikenakan kepada para pedagang bertujuan mengaut keuntungan dalam aktiviti perdagangan. Antara syarat-syarat tersebut adalah cukai dua peratus terhadap semua jenis barangan yang dibawa masuk dan para pedagang hendaklah mematuhi prosedur kastam yang ditetapkan. Pelaksanaan ini adalah dibawah pegawai-pegawai yang ditugaskan oleh beliau. Para pedagang juga diminta memberi maklumat yang tepat tentang perdagangan yang dilakukan bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil jika didapati bersalah dalam hal-hal berkaitan perdagangan. Walaupun undang-undang tersebut ketat, namun ia tidak menghalang saudagar asing datang ke Myanmar bagi mendapatkan bahan dagangan seperti batu permata, kayu jati, beras dan sebagainya.

Namun kerajaan Tonguoo telah mengalami kejatuhan pada 1599 dan kerajaan lama Mon di Pegu begitu buruk sekali. Seperti yang sedia maklum, Wangsa Toungoo Pertama telah muncul sejak kejatuhan kerajaan Pagan yang telah muncul di Toungoo pada tahun 1280. Kerajaan Toungoo ini telah diasaskan oleh dua orang pemimpin yang bersaudara. Kerajaan Toungoo ini menjadi tumpuan terutamanya dalam kalangan pelarian yang melarikan diri daripada penindasan Bangsa Shan di Ava. Selepas pemerintahan Raja Toungoo yang bernama Myinkino, ( 1486-1531) kerajaan ini telah berjaya mendapat pengikhtirafan daripada Ava dan Kerajaan Toungoo telah berkembang dengan pesatnya. Hal ini kerana, dengan adanya pengikhtirafan daripada Ava, secara tidak langsung Kerajaan Toungoo akan berkembang pesat tanpa menerima ancaman daripada pihak luar.

Faktor utama yang menyebabkan kehancuran wangsa Toungoo Pertama pada hujung abad ke-16 berkait rapat dengan masalah perebutan kuasa di kalangan keluarga diraja.Selain itu juga, kejatuhan wangsa Toungoo Pertama ini juga dikaitkan dengan kelemahan Raja terakhir wangsa ini iaitu Nandabayin ( 1582-1599) yang gagal mengawal tindak tanduk kaum-kerabatnya yang mana mempunyai kuasa masing-masing di negeri-negeri kecil di Prome, Nyaungyan, Chiang Mai, Toungoo dan Ava. Di samping itu juga, serangan yang kerap dilakukan terhadap Ayutthaya yang dijalankan dengan kerap telah mengurangkan kuasa kerajaan pusat dan secara tidak langsung telah menyebabkan kerajaan pusat tidak lagi mempunyai kekuatan ketenteraan bagi mengahadapi sebarang cabaran politik dalam negeri itu. Oleh yang demikian, secara tidak langsung kekuatan Wangsa Toungoo ini menjadi semakin lemah disebabkan kekuatan ketenteraan yang semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Dalam pada itu juga, pada tahun 1593, Nandabayin telah melancarkan 5 kali serangan terhadap Ayutthaya dan kesempatan ini diambil oleh saudara-saudaranya untuk melakukan pemberontakan terhadap baginda. Tidak lama selepas itu, Toungoo yang dikuasai oleh sepupu Nandabayin telah berpakat dengan Razagri iaitu Raja Arakan untuk memusnahkan Pegu pada tahun 1599. Dalam pada itu, sebelum serangan dilakukan, Pegu telah diancam dengan serangan tikus yang telah menyebabkan hasil pertanian mengalami kerugian besar lalu telah mengakibatkan masalah kebuluran dan seterusnya telah menimbulkan masalah sosial yang tidak dapat diselesaikan oleh pemerintah pada masa itu. Tidak lama kemudian, pada tahun 1599 juga Pegu telah dimusnahkan sama sekali oleh pasukan bersatu dan seramai 3000 orang penduduknya telah melarikan diri ke Arakan. Pada masa yang sama juga, Razagri turut membawa balik khazanah-khazanah peninggalan raja-raja Toungoo seperti anting-anting emas Tabinshweti, harta Bayinnaung yang telah dirampas daripada Ayutthaya seperti patung Buddha, seekor gajah putih dan seorang puteri Nandabayin.

Wangsa Tonguoo telah dipulihkan dalam 1600-1752. Wangsa ini telah diasaskan oleh Nyaungyan yang merupakan putera kepada Bayinnaung. Beliau telah mengukuhkan kedudukannya di Meiktila dan Yamethin utara dan kawasan tersebut dijadikan sebagai markas tentera. Namun pengukuhan tersebut tidak berjaya dan hanya pada zaman Anaukpetun (1605-1628) pengukuhan tersebut telah berkesan dan berjaya menakluk negeri-negeri Shan. Manakala pada tahun 1613, Anaukpetun telah menawan Syriam dan dan berjaya menumpaskan orang Portugis yang dipimpin oleh Philip de Brito. Philip Brito merupakan seorang Portugis yang berkhidmat dengan Raja Min Razagyi yang ditugaskan menjaga rumah kastam dan menjaga orang Portugis yang tinggal di situ dibawah undang-undang sendiri. Anaukpetun jugak berjaya menakluk beberapa buah negeri seperti Yei dan Martaban, kemudian diikuti Chiang Mai iaitu negeri Shan yang terbesar pada 1615. Usaha menyerang Siam telah dihentikan dan beliau melantik anaknya menerajui tampuk pemerintahan. Pada tahun 1628, Anaukpetun telah memindahkan keluarganya dari Ava ke Pegu dan mula membuat rancangan untuk menyerang Ayutia. Namun selepas setahun kemudian, beliau meninggal dunia dan rancangan menyerang Siam dibatalkan serta pada tahun 1635, ibukota tersebut dipindahkan semula dari Ava ke Pegu.

Manakala berbeza dengan dasar Thalun yang bermatlamat mengembalikan keamanan dan menyusun masyarakat dengan bersifat konsenvatif. Pemerintahan beliau berkisar kepada kerja-kerja pembaikpulih pentadbiran yang diketuai oleh menterinya yang bernama Kaingsa dan ditugaskan menyusun buku undang-undang yang pertama dalam bahasa Burma, Manusarashwemin. Selain itu, beliau juga menyusun kawasan-kawasan pertanian di Kyaukse dan sistem tanah milik anggota diraja. Penyiasatan Hasil Negeri yang dijalankan pada tahun 1638 merupakan kejayaan yang terbesar dan menjadi bahan sejarah yang bernilai jika masih terdapat lagi pada hari ini.

Selepas kemerosotan Wangsa Toungoo pada tahun 1599, Wangsa Toungoo ini telah dipulihkan oleh Nyaungyan iaitu salah seorang putera Bayinnaung. Dengan pulihnya Wangsa Toungoo ini maka secara tidak langsung keadaan ekonomi dan politiknya bertambah stabil sehingga telah membawa kepada penambahan penduduk dan secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan sebuah kerajaan baharu pimpinan bangsa Burman. Wangsa Toungoo ini menjadi semakin maju sehinggalah semasa pemerintahan Thalun ( 1629-1648), wangsa Toungoo ini telah mengalami masalah politik yang serius disebabkan oleh pemberontakan Mon di Moulmein pada tahun 1643-1635. Pada masa yang sama, Thalun bertindak tegas untuk menghancurkan pemberontakan ini dan peristiwa ini telah menyebabkan berlakunya penghijrahan beramai-ramai orang Mon ke Siam. Hal ini secara tidak langsung telah menghakis nilai-nilai toleransi antara etnik dan pada masa yang sama juga, Thalun telah mengambil langkah untuk memindahkan ibu kotanya dari Pegu ke Ava, iaitu dari kawasan tradisional Mon yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa kepada kawasan berteraskan pertanian yang menjadi kawasan tradisional Burman. Akibat daripada perpindahan ibu kota dari Pegu ke Ava ini secara tidak langsung merupakan titik tolak bermulanya kejatuhan dan kehancuran wangsa tempatan.

Walaupun Thalun telah menyusun semula sistem pentadbiran Toungoo, namun terdapat masalah lain yang lebih besar kepada Wangsa ini adalah apabila kerabat-kerabat terdekat mula terlibat dalam intrik politik dan mengadakan permuafakatan dengan menteri ataupun pegawai kanan istana. Faedah daripada peristiwa ini lebih berpihak kepada menteri dan pegawai kanan istana kerana dapat mengatasi lawan mereka masing-masing. Apabila menteri dan pegawai istana ini mempuyai kuasa, ada di antara mereka mampu menguasai raja sehingga raja yang muncul pada penghujung abad ke-17 ,merupakan raja boneka semata-mata. Pada tahun 1735, keadaan politik istana ini memberikan kesan buruk pada sistem pentadbiran dalam negeri. Hal ini kerana pada masa itu, kejayaan seorang menteri telah menyingkirkan saingan politik dan pengikutnya telah melumpuhkan sistem pentadbiran Wangsa Toungoo yang dipulihkan. Keadaan politik yang tidak menentu ini telah memberi peluang kepada bangsa Mon di sebelah selatan mengadakan pemberontakan setelah negeri-negeri naungan di sebelah timur dan barat menjalankan pemberontakan terlebih dahulu. Hal ini kerana, pada masa ini, bangsa Burman masih bergantung kepada bangsa Mon sehingga awal zaman Konbaung.

Menjelang awal abad ke-18, faktor penting yang menyebabkan keruntuhan Wangsa Toungoo yang dipulihkan ini adalah faktor dalaman dan luaran Wangsa Toungoo itu sendiri. Punca utama yang menyebabkan kejatuhan Wangsa ini adalah berpunca daripada raja-raja Wangsa ini gagal mengawal sumber perburuhan negara. Akibat daripada masalah ini telah menyebabkan rakyat melakukan penghijrahan beramai-ramai bagi mencari pekerjaan dan seterusnya telah memilih Negara Siam untuk menjadi tempat tinggal dan perlindungan. Hal ini telah menyebabkan golongan pemerintah telah melakukan kerahan tenaga buruh yang sedia ada daripada kalangan bangsa Burman, Mon dan Shan bagi menjalankan projek-projek pembinaan yang lebih besar ataupun sebagai tentera untuk menjalankan kempen ketenteraan di kawasan timur dan barat.

Di samping itu juga, pada masa yang sama negeri-negeri naungan Wangsa Toungoo juga kerap mendatangkan masalah kepada kerajaan pusat. Pada tahun 1720an, negeri-negeri naungan Wangsa Toungoo seperti Chiang Mai dan Vassal yang merupakan negeri yang penting di sebelah timur telah berjaya membebaskan diri daripada cengkaman Ava manakala di sebelah barat pula, tentera Manipur pimpinan Sharif Gawaz, beliau berjaya menawan ramai penduduk tempatan dan berjaya merampas dan membawa balik binatang ternakan dengan banyaknya. Serangan-serangan seperti ini telah menimbulkan ketakutan serta huru-hara kepada dalam kalangan orang Burman dan akhirnya Ava tidak lagi berupaya untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi. Kesan daripada masalah ini, pada tahun 1730an dan tahun 1740an, Wangsa Toungoo ini telah mengalami masalah kebuluran, banjir dan kemarau yang telah memberi kesan terhadap pengeluaran pertanian dan ekonomi masyarakat desa. Selain itu juga, pemimpin Negara juga gagal mengawal keadaan negara serta gagal memberi perlindungan kepada rakyat ketika aktiviti rompakan dan samun semakin berleluasa dalam kerajaan ini. Hal ini disebabkan oleh kegagalan pemimpin-pemimpin atasan yang mentadbir dan mengawal keamanan Negara.

Krisis sosiopolitk dalam Wangsa Toungoo ini semakin menjadi-jadi apabila tercetusnya satu pemberontakan pada tahun 1740 di Pegu. Peristiwa ini bermula dengan pemberontakan myowun pegu yang bangkit menentang Ava. Akan tetapi, beliau kemudiannya telah dibunuh oleh rakyat tempatan disebabkan oleh kekejaman sistem pentadbirannya. Selain itu juga, Ayutthaya juga turut terlibat dengan membantu negeri-negeri Mon di sebelah selatan yang turut memberontak seperti Yei, Martaban, Tavoy dan Tenasserim. Daripada pemberontakan ini dapat dilihat bahawa semasa Wangsa Toungoo ini, pemberontakan ini berlaku disebabkan oleh sifat tidak puas hati dalam kalangan etnik-etnik yang berada di bawah zaman pemerintahan Wangsa Toungoo ini. Secara keseluruhannya, kemerosotan yang berlaku dalam Wangsa Toungoo ini lebih menjurus kepada faktor luaran dan dalaman kerajaan itu sendiri. Faktor dalaman yang dapat dilihat yang telah membawa kepada kemerosotan Wangsa ini adalah disebabkan oleh masalah perebutan takhta dalam kalangan kerabat serta pembesar-pembesar negeri, masalah pentadbiran yang lemah, serta masalah luaran seperti pemberontakan dalam kalangan etnik-etnik dan seterusnya telah membawa kepada kejatuhan Wangsa Toungoo pada akhir abad ke-18. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kemerosotan dan kejatuhan Wangsa Toungoo ini amat berkait rapat dengan masalah dalaman dan luaran Wangsa ini sendiri.

ROSZIANI BINTI HAMAT

EMPAYAR KOUNBOUNG (1752-1885).

Wangsa Konbaung ialah wangsa tempatan yang terakhir sebelum Burma dikuasai sepenuhnya oleh Inggeris pada tahun 1886.Wangsa Konbaung telah diasaskan oleh Alaunghpaya pada 1753. Alaunghpaya merupakan keturunan pembesar daerah di Moksobo (pada tahun 1837 daerah ini dinamai Shweibo) dengan memegang jawatan kyei-gaung. Jawatan ini bertugas sebagai mengurus, merakam dan mengutip komisen jual beli tanah serta sebagai ketua kampung. Selepas Alaunghpaya, raja-raja yang menaiki takhta terdiri daripada anak-anak dan waris terdekat seperti Naungdawgyi (1760-63), Hsinbyushin (1763-75), Singu-min (1775-81), Bodawhpaya (1781-1819), Bagyidaw (1819-37), Tharawaddy (1837-46), Pagan-min (1846-53), Mindon-min (1853-73) dan Thibaw (1873-1885). Seorang lagi Maung Maung(anak kepada Singu dan cucu Alaunghpaya) hanya menjadi raja selama seminggu pada tahun 1781 kerana digulingkan oleh bapa saudaranya iaitu Bodawhpaya.

Perkembangan Wangsa Konbaung mencakupi tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Dalam aspek politik telah berkembang melalui beberapa pembaharuan dalam bidang pentadbiran. Sistem pentadbiran yang telah dijalankan dalam negara tersebut mengikut pemerintah-pemerintah dalam wangsa tersebut. Sebagai contoh, Bodawhpaya(1782-1819) pada tahun 1784 dan 1803 (Htin Aung, 1967) telah menjalankan kajian untuk menentukan potensi negara dari segi keluasan tanah yang boleh dikerjakan, hasil tanah, cukai serta perkhidmatan kerah dalam kalangan 2 juta orang penduduk. Hal ini kerana perkembangan dalam negara tersebut berdasarkan keluasan tanah yang dimiliki. Semakin banyak tanah jajahan yang ditakluki dan dimiliki akan menyebabkan kekuasaan terhadap kerajaan tersebut amat digeruni oleh kerajaan lain. Di samping itu, beliau telah membina biara Myingun, banci penduduk, mengawal agama dan institusi sangha dan telah menakluk Arakan (1784). Melalui penaklukan ini telah menguntungkan Wangsa Konbaung kerana telah mendapat tenaga manusia seramai 20 000 orang Siam. Beliau juga telah merampas harta benda dari tanah takluknya. Sebagai contoh, patung Mahamuni yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan.

Semasa pemerintahan Mindon (1852-1878) telah berlaku beberapa perubahan iaitu penghapusan sistem myosa yang diganti dengan sistem bayar gaji, sistem nazir bagi pentadbiran daerah, cukai baru yang berdasarkan kepada keadaan kewangan keluarga dan penghapusan kelas ahmudan. Mindon juga telah menggunakan langkah-langkah permodenan yang dijalankan seperti memperkenalkan kapal wap untuk pengangkutan sungai, penggunaan telegraf, membina kilang-kilang untuk memproses hasil pertanian dan menggunakan penasihat-penasihat pakar dari Eropah. Ekoran daripada memperkenalkan kapal wap ini sebagai pengangkutan di Sungai Irrawaddy. Perubahan pentadbiran melalui sistem pembayaran gaji kepada semua kakitangan kerajaan. Selain itu, Mindon juga telah berusaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa ke atas wilayah Burma Hulu secara diplomasi. Sebagai contoh, Mindon mendapat pengiktirafan negara-negara Eropah dengan menghantar beberapa rombongan ke luar negara seperti India, Itali, Perancis dan British.

Selain itu, sistem pentadbiran dimantapkan lagi melalui peranan dan tugasnya kepada kakitangan dalam Wangsa Konbaung. Pentadbiran negara telah diagihkan kepada pegawai-pegawai mengikut fungsi masing-masing seperti Raja Muda, wungyi (menteri), wundauk (menteri muda), setiausaha-setiausaha dan atwinwun (pegawai istana). Wungyi dan Wungdauk menjadi anggota Majlis Negara (Hluttaw) yang berfungsi sebagai mahkamah agung. Hluttaw berkuasa penuh ke atas beberapa jabatan kerajaan seperti perbendaharaan, menyimpan kelengkapan tentera dan keputusan yang disampaikan oleh raja walaupun keputusan tersebut tidak semestinya dilaksanakan dalam kerajaan. Atwinwun pula mempunyai darjat yang lebih rendah daripada wundauk tetapi atwinwun lebih berkuasa dalam istana kerana mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan raja dan sentiasa berada di sisi raja dan kerabatnya.

Perubahan dalam sistem penjawatan dan kenaikan pangkat dalam Wangsa Konbaung telah diteruskan. Kenaikan pangkat dalam pentadbiran Burma Klasik dibuat dengan berbagai-bagai-bagai cara seperti melalui pendidikan, perkhidmatan tentera dan sebagainya. Sebagai contoh, kenaikan pangkat melalui perkhidmatan yang disumbangkan oleh pegawai di dalam bidang pentadbiran seperti Kinwun Mingyi seorang menteri (1870-an) menampakkan pentingnya hubungan patron-klien seperti di antara guru murid (hsayatabyet) bagi mencapai taraf yang lebih tinggi dalam pentadbiran tempatan. Kinwun Mingyi merupakan seorang menteri kanan(1870-an) dan mementingkan hubungan patron-klien bagi mencapai taraf yang lebih tinggi dalam pentadbiran tempatan.

Perkembangan politik dalam Wangsa Konbaung juga berlaku pada pemerintahan Hsinbyushin (1766) iaitu beliau telah memperkenalkan kempen ketenteraan. Kempen ini dijalankan untuk meluaskan sempadan negara di sebelah timur dan memusnahkan Ayutthaya. Melalui peristiwa ini telah memberi kesan yang mendalam kepada Siam dan telah membawa kepada kemunculan satu wangsa baru di Siam yang berpusat di Bangkok (Wangsa Chakri). Ekoran daripada kempen tersebut telah membawa imej yang baru dalam Wangsa Konbaung kerana dapat menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang menjadi takluknya.

Perkembangan dalam aspek ekonomi telah berkembang dengan sederhana pesatnya. Hal ini telah dibuktikan melalui munculnya profesion baru dan rakyat telah mula berhijrah dari desa ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan yang baik. Keadaan begini adalah jauh berbeza dengan suasana huru-hara dan penderitaan yang telah dialami oleh Burma Hilir. Surat-surat papan yang mendapatkan gaji yang lumayan. Dengan ini, penduduk berhijrah untuk mendapatkan gaji yang lumayan dan ingin mengubah taraf hidup mereka. Kemakmuran ini adalah hadir daripada bertambahnya permintaan kayu jati Burma oleh industri perkapalan di India dan Eropah.

Selain itu, rakyat biasa tinggal di desa yang menjadi teras pentadbiran daerah dan mereka menanam padi sawah. Perhubungan rakyat dengan dunia luar adalah terhad kerana Burma sentiasa dapat memenuhi segala keperluan ekonominya seperti perkembangan ekonomi seni dan biara. Hasil-hasil keluaran dalam negeri merangkumi jenis-jenis logam, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan beras. Keperluan makanan ini yang mencukupi tidak menjadi masalah kepada rakyat dalam menyara hidup dengan aman. Perniagaan dalam negeri juga dikawal oleh pemerintah. Bahan-bahan makanan seperti beras, sekoi, minyak sayur, ikan, garam, buah-buahan, buluh dan kayu untuk pembinaan masih dikeluarkan dengan banyaknya bagi keperluan rakyat.

Rakyat yang berada di pinggir utara Burma telah menggunakan 3 cara pertanian iaitu taungya monsun, taungya padang, dan lenggek. Taungya monsun merupakan sistem ladang yang diamalkan oleh orang asli. Sistem pertanian yang diperkenalkan dengan menggunakan cara-cara tertentu untuk mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar seperti hakisan dan kepupusan hutan. Pertanian jenis taungya padang dan perkembangan penduduk yang pesat telah memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Di samping itu, pertanian lenggek disifatkan sebagai mengagumkan bagi satu kelompok masyarakat pinggir yang dianggap primitif.

Perkembangan dalam aspek sosial pula, bidang kesusasteraan lebih berkisar mengenai siri penulis dan tidak lagi kepada istana dan masyarakat atasan. Hal ini kerana pendidikan hanya mendapat sambutan oleh golongan ulama yang menulis puisi, cerita dan sebagainya khususnya dalam bidang kesusteraan. Penulis dari mereka telah memberi kefahaman kepada rakyat jelata mengenai perkara yang ingin disampaikan. Kepercayaan agama Buddha Theravada diamalkan dalam kalangan rakyat Burma. Keasyikan raja-raja Theravada untuk mengumpul gajah putih banyak diceritakan dalam hikayat-hikayat Burma seperti Hmannan Yazawin. Dengan memiliki gajah putih raja tersebut dianggap lebih gagah dan negara semakin makmur tanpa sebarang kebimbangan tentang perubahan yang berlaku. Kepercayaan ini juga berkait rapat dengan mitos tempatan dan Buddhisme yang menyifatkan gajah putih sebagai simbol kedaulatan sejagat serta pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa-kuasa ghaib.

Kemerosotan Wangsa Konbaung berlaku ekoran daripada masalah-masalah seperti perebutan tahkta, hubungan raja dengan sangha, ketiadaan cara yang sesuai bagi penggantian raja sehingga melibatkan pertumpahan darah dan sebagainya. Kemerosotan Wangsa Konbaung yang pertama akibat daripada perhubungan dengan Inggeris. Perhubungan dengan Inggeris yang akhirnya membawa kepada peperangan pada tahun 1823-1825, 1852 dan 1885. Sarjana Inggeris seperti Hill keadaan yang berlaku selepas tahun 1824 ialah usaha yang disengajakan kerajaan Burma yang sudah hilang pengaruhnya untuk menyusahkan serta memalukan wakil-wakil Inggeris sehingga pada tahun 1840 Residen Inggeris terpaksa ditarik keluar dari Mandalay. Peperangan yang berlaku pada tahun 1852 berpunca daripada usaha Burma untuk mengembalikan maruah negara dengan tindakan lain termasuk mengenakan hukuman yang berat ke atas penipu-penipu yang terdiri daripada saudagar Inggeris di Ranggon.

Perebutan tahkta merupakan salah satu kemerosotan dalam Wangsa Konbaung. Hal ini dapat dibuktikan perebutan tahkta di antara Bodawhpaya dengan Maung Maung. Bodawhpaya telah merampas kedudukan Maung Maung sebagai raja. Maung Maung menjadi raja selama seminggu dan direbut oleh Bodawhpaya iaitu bapa saudara Maung Maung. Kelemahan sikap pemerintah itu sendiri merupakan kemerosotan pada Wangsa Konbaung. Sikap yang dititik beratkan untuk menjadi seorang raja dilihat melalui hubungan raja dengan sangha. Pada pemerintahan Alaunghpaya, beliau tidak berani mengakui dirinya sebagai cakkarvattin ataupun bodhisatta. Dalam agama mereka raja dianggap ketua agama dan mempunyai keabsahan tetapi pemerintahan Wangsa Konbaung tidak mengakui keabsahan diri mereka secara sepenuhnya.

Hsinbyushin hanya mengaitkan dirinya dengan beberapa ciri penting yang dipunyai cakkarvattin manakala Bodawhpaya pula cuba mendapatkan status metteya (penyelamat agama) tetapi percubaan ini mendapat tentangan sangha menyebabkan raja bertindak tegas kepada rahib. Raja-raja lain juga meniru tindakan yang dilakukan oleh Hsinbyushin iaitu mengakui diri mereka mempunyai ciri-ciri cakkarvattin seperti penggunaan adat-istiadat, jampi mantera, penekanan kepada harta yang banyak, isteri dan gundik yang ramai, gajah putih dan meletakkan para pembesar Shan sebagai vasal yang bertaraf raja bagi membolehkan raja-raja Konbaung digelar sebagai raja kepada semua raja.

Thibaw (raja terakhir Wangsa Konbaung) banyak kelemahan yang negatif dalam pentadbiran seperti sifat-sifatnya, peranannya dalam mengendalikan sesuatu perkara dalam pentadbiran, pergolakan hebat di kalangan pegawai kanan istana, pengaruh dan peranan yang dimainkan oleh Supayalat dalam pentadbiran negara. Dengan ini, dapat dilihat bahawa Thibaw merupakan seorang individu yang lemah. Sebagai contoh, peristiwa pembunuhan bermai-ramai saudara maranya di Mandalay pada awal tahun 1879 dan tahun 1883. Hampir 50 orang kaum kerabat Thibaw yang terkorban. Beliau telah memantapkan pentadbiran negeri seperti menentukan bidang tugas para pegawai kanan kerajaan tetapi tidak memberi kesan. Semasa pemerintahan Thibaw juga telah meletus satu pemberontak dan bangsawan Shan yang menolak dasar-dasar baru yang dikenakan terhadap mereka dan pemberontakan ini berjaya ditumpaskan oleh tentera British-India selepas tahun 1885.

Kelemahan sikap raja dalam urusan pentadbiran juga merupakan kemerosotan Wangsa Konbaung. Hal ini dapat dibuktikan melalui pada zaman pemerintahan Hsinbyushin yang gagal mengawal golongan pentadbir dan terpaksa berhadapan dengan beberapa penentangan di dalam negeri yang melibatkan kaum kerabat, golongan pentadbir dan pegawai tinggi tentera. Kelemahan sikap beliau dalam urusan pentadbiran telah menyebabkan kemerosotan sehingga tercetusnya penentangan dalam istana itu sendiri.

ULASAN

Pada pandangan kumpulan kami, perkembangan wangsa yang paling menonjol daripada ketiga-tiga wangsa ialah Wangsa Konbaung. Hal ini kerana pemerintah atau raja Wangsa Konbaung telah membuat perubahan dan pembaharuan dari segi politik bagi mencapai ke arah pemodenan. Perubahan yang dilakukan oleh raja-raja dari segi politik ialah memantapkan lagi urusan pentadbiran, kewangan, hasil tanah dan cukai, kenaikan pangkat dan sebagainya. Segala pentadbiran yang berbentuk tradisional telah dihapuskan dan diganti. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Mindon telah melakukan perubahan penghapusan sistem myosa yang diganti dengan sistem bayar gaji. Sistem pembayaran gaji ini adalah khususnya untuk kakitangan kerajaan.

Kenaikan pangkat bagi kakitangan kerajaan melalui pengalaman bekerja dan tahap pendidikan yang dimiliki oleh kakitangan tersebut. Semakin lama mereka berkhidmat kepada kerajaan akan dinaikkan pangkat yang tinggi dan diberikan ganjaran bagi perkhidmatannya untuk kerajaan. Sebagai contoh, Kinwun Mingyi (menteri kanan) mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi tarafnya dalam pentadbiran tempatan. Selain itu, pentadbiran negara diagihkan kepada pegawai-pegawai mengikut fungsi dan peranan masing-masing. Sebagai contoh, Wungyi dan Wungdauk menjadi anggota Hluttaw (Majlis Negara) yang berkuasa ke atas jabatan kerajaan. Hal ini kerana majlis negara merupakan badan yang penting semasa berlangsung mesyuarat dan persidangan dengan raja. Oleh itu, jelaslah bahawa perkembangan politik dalam Wangsa Konbaung telah memberi kemajuan dan akhirnya telah membawa kemerdekaan kepada negara Burma.

KESIMPULAN

Ketiga-tiga wangsa seperti Wangsa Pagan, Wangsa Tonguoo dan Wangsa Konbaung telah mengalami perkembangan yang berbeza melalui aspek politik. Sistem pemerintahan beraja mempunyai pengaruh yang besar dan menggunakan konsep kosmologi yang mana raja merupakan pemerintah tertinggi dalam hal ehwal pentadbiran, agama, ketenteraan dan adat resam. Oleh yang demikian raja mempunyai pengaruh yang lebih besar di dalam sesebuah wangsa tersebut. Perkembangan sesebuah wangsa bergantung pada kuasa raja yang memerintah dan menguasai sesebuah wangsa lain. Sebagai contoh, perkembangan ini disebabkan oleh peluasan kuasa dan penaklukan tanah jajahan. Wangsa Tonguoo telah meluaskan pengaruh dengan menakluki Chiang Mai manakala Wangsa Konbaung telah menakluki negara Siam.

Kemerosotan sesebuah wangsa disebabkan oleh kelemahan pemerintah itu sendiri. Sebagai contoh, Wangsa Tonguoo telah mengalami kemerosotan akibat pergolakan dalam kalangan kerabat-kerabat diraja serta pembesar-pembesar dalam meluaskan pengaruh. Selain itu juga, Wangsa Konbaung telah mengalami kemerosotan ekoran daripada perhubungan dengan pihak British sehingga membawa kepada penentangan dalam masyarakat dan peperangan yang berlanjutan selama bertahun-tahun.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa daripada ketiga-tiga wangsa ini, Wangsa Konbaung lebih menonjol berbanding dengan Wangsa Pagan dan Wangsa Tonguoo. Hal ini kerana Wangsa Konbaung telah mengalami perkembangan pesat dalam aspek politik terutamanya dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran. Di sini dapat ditegaskan bahawa Wangsa Konbaung telah membawa perubahan sistem politik dalam negara Burma.

Robert H. Taylor. 1987. The State in Burma. United Kingdom. C. Hurst & Co. hlm 13

Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

hlm 3

Ibid. hlm 22.

Ibid

Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

hlm 23.

Gilbert Khoo, 1971, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti, hlm 64.

Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. hlm 8

D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 177

Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. hlm 15

D. G. E Hall, 1987, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 178

Ibid

Abu Talib Ahmad, 2000, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 34

Ibid, hlm. 32

Robert Reid and Micheal Grosberg. 2005. Myanmar (Burma). United Kingdom.Lonely Planet Publications.

hlm 35

Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. hlm 33

D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 181

D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 182

Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. hlm 35

Ibid, hlm. 183

Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. hlm 39

Ibid. hlm 41

D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 184

Sir Arthur P. Phayre. 1967. History of Burma. London. Susil Gupta. Hlm 39

Ibid

Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. Hlm 51

D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 188

Ibid. hlm. 190

Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. Hlm 55

Ibid. Hlm 57

D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 190

D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm184

Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm 36

Jainendra Prakash Jain. 1991. Evolution of Stupas in Burma:Pagan Period:11th to 13th Centuries A.D. Delhi.

Motilal Banarsidass Publishers. Hlm 4

D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 191

D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm 192

D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 193

Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 37

Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 40

ibid

Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 42

Ibid

Abu Taib Ahmad, 2000, Sejarah Myammar,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 45.

Ibid hlm 45.

Ibid hlm 45.

Robert H. Taylor. 1987. The State in Burma. United Kingdom. C. Hurst & Co. hlm 16

Robert H. Taylor. 1987. The State in Burma. United Kingdom. C. Hurst & Co. hlm 47

Ibid

Ibid

Ibid

D.G.E HALL. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 463.

Abu Taib Ahmad. 2000. Sejarah Myammar.Kuala Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 45.

Abu Taib Ahmad. 2000. Sejarah Myammar.Kuala Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka .hlm 49

Abu Taib Ahmad. 2000. Sejarah Myammar.Kuala Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka .hlm 49

Ibid. hlm 100.

Ibid. hlm 10.

D.G.E HALL, 1981, Sejarah Asia Tenggara, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 463.

Abu Taib Ahmad, 2000, Sejarah Myammar,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka hlm 101

D.G.E HALL, 1981, Sejarah Asia Tenggara, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 467.

D.G.E HALL, 1981, Sejarah Asia Tenggara, Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 467.

Ibid. hlm 467.

Abu Taib Ahmad, 2000, Sejarah Myammar,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 101.

Abu Taib Ahmad. 2000. Sejarah Myammar. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 101

Ibid 103

Abu Taib Ahmad. 2000. Sejarah Myammar. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 104

Abu Taib Ahmad. 2000. Sejarah Myammar. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 104

Ibid hlm 105

Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,Terengganu:Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn.Bhd, 1991, hlm 34.

Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 108.

Ibid, hlm 108.

Ibid, hlm 110.

Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,Terengganu:Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn.Bhd, 1991, hlm 34.

Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 111.

Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,Terengganu:Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn.Bhd, 1991, hlm 34.

Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 114.

Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,Terengganu:Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn.Bhd, 1991,hlm 25.

Ibid,hlm 24.

Abu Talib Ahmad. 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 111.

Abu Talib Ahmad. 1991.Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Terengganu. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn.Bhd.hlm 34.

Abu Talib Ahmad. 1991.Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Terengganu. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn.Bhd. hlm 30.

Ibid. hlm 32.

Abu Talib Ahmad. 1991.Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Terengganu. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn.Bhd .hlm 34.

Ibid, hlm 35.

Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 111.

49