buletin pustaka 2:layout 1

36
. - , - •• Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: phamdieu

Post on 01-Jan-2017

269 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Pustaka 2:Layout 1

. -, -~ -

• ••

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: Buletin Pustaka 2:Layout 1

C'I"'

p, '. -"'---.. _ ...... -_ .... ~ AIxI. SIUiDr .. _-........... _ .... _ ..... 1IoIIr*.~ -­Ibl.,d_

.. ' ..... (IIr. "I I --.. ,. •. ,.. '7.

ekapur Sireh -AssaIammuaJaikum ...rot dan salam sejahtera

5aarnat bertemu kembali di keluaran kedua Sari PUStak8 bagi tahun

2008.

Sari Pustaka merupakan terbilan yang mengandungi ulasan dan

sinopsis buku-buku bam yang diterirna d i bawah Aleta Penyerahan

Bahan Perpustakaan 1986 sepanjang tempoh 6 bulan kebetakangan

hasi? karya penulis tempatan. Buku-buku yang bef'keMan bo~ dirujuk

atau dipinjam olel1 aIlli perpustakaan.

Pada keluaran ini sebanyak 8 buah buku baru letah d ibuat ulasan hasil

sumbangan daripada Pustakawan. Adatah diharapkan ulasan ini akan

menjadl domngan kepada rTl9(eka yang belum pemah memberi

apa-apa sumbangan bagi terbilan Sari Pustaka selerusnya.

Disamping illl, sebanyak 32 buah buku baru terpi lih d isedID:an

sinopsisnya secara ringkas rnengenai lsi kandur.gan buku tersebut.

Dalam keluaran ini juga sebanyak 19 judul buku yang diterima di bawah

Akta A331 tuM disenaraikan. Oiharapkan agar Sari Pustaka in j dapal

menyed~ maklumat yang mencukupi untuk memudahkan datam

membuat pemi lihan tentar.g buku apa yang heodak dibaca, buku yang

sesuai dip9fo~ untuk perpustakaan dan buku yang sesuai untuk

dihadiahkan kepada sahabat atau ahli kauarga.

Perpustakaan Negara Malaysia sentiasa komited datam menjayakan

Kempen Membaca dikalangan rakyat Malays~. Semoga Is menjadi

satu langkah permulaan dikatangan kita untuk menjadikan membaca

sebagai satu budaya masyarakat Malaysia.

"BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYAR

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

1

Aku terima Nikahnya / Hasrizal Abdul Jamil 3 - 4

Catatan dari Syurga / Rohani Deraman 4 - 5

Citra Merdeka 1957-2007 / Arkib Negara Malaysia 5 - 7

Master Your Mind Design Your Destiny: Kuasai Minda BinaMasa Depan Anda / Adam Khoo, Stuart Tan 7 - 8

Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen Ke-10 8 - 10

Pembangunan Kanak-kanak: Teori, Isu dan Cabaran 11 - 12

Politik: Isu-isu Integriti : 2000 – 2008 12 - 14

Setengah Berisi, Setengah Kosong? / Marpaung, Parlindungan 14 - 15

Ulasan Buku Muka Surat

Muka Surat

100 Soalan Undang-undang Hak Cipta / Ahmad Shamsul Abd. Aziz, 16 Khadijah Mohamed

195 Koleksi Petua-petua untuk Wanita 16

201 Simple Ideas to Make More $$$ in Network Marketing / 17Tan, Richard See

Ada Semangat?: Motivasi Diri dalam Kokurikulum / 17Ahmad Marzuki Ismail

Akauntabiliti sebagai Mahasiswa Islam / Zulkifli Mohamad al-Bakri 18

Beriman kepada Qadak & Qadar / Abdul Hadi Awang 18

Bimbingan Mengenal Diri untuk Remaja / Amina Noor 19

Fahaman & Ideologi Umat Islam / Abdul Hadi Awang 19

Internet untuk Semua / Khairul Anuar Mohammad 20

Kurang Berdisiplin?: Anda Boleh Mengubahnya / 20Ahmad Marzuki Ismail

Malaysia: 50 Fakta Asas Kenegaraan / Chamil Wariya 21

Mengurus Konflik / Malike Brahim 21

Sinopsis Buku

Kandungan

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: Buletin Pustaka 2:Layout 1

2SARI PUSTAKA

Muzakkirah: Sebuah Autobiografi Suku Abad Menerajui Kerajaan Terengganu / Wan Mokthar Ahmad 22

Panduan Merancang Keluarga Bahagia / Ahmad Zawawi Abdullah 22

Pelancongan Lestari / Badaruddin Mohamed 23

Pembangunan Holistik: Dimensi Kebudayaan / Abdul Ghani Othman 23

Psikologi Orang Berjaya: Ketahui Ciri-ciri Jiwa dan Cara Fikir 24Manusia Berjaya / Ainon Mohd

Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu / Zakaria bin Abdullah 24

Rahsia Mengurus Insurans Hayat: Panduan Mengurus Risiko Peribadi 25Dengan Insurans Hayat / Segar, Sunthara

Rempah Ratus Khasiat Makanan & Ubatan / Ong, Hean Chooi 25

Sempena Jubli Emas Merdeka: 100 Tokoh Malaysia / Ammar Hassan, 26N.S., Dharmala

Solat Diterima Solat Ditolak Allah SWT 26

Suara dari Rimba / Jong, Chian Lai 27

Swapengubatan dan Anda / Mohamed Izham Mohamed Ibrahim…[et.al] 27

Tamadun dan Sosio-Politik Melayu Patani / Nik Anuar Nik Mahmud, 28Mohd Zamberi A. Malek

Tanaman Berkhasiat Ubatan / Rukayah Aman 28

Teori Kaunseling al-Ghazali / Yatimah Sarmani, Mohd Tajudin Ninggal 29

Teori Kaunseling dan Psikoterapi / Sapora Sipon , Ruhaya Hussin 29

Usahawan Cemerlang: Tip dan Panduan Keusahawanan / Saat Sulaiman 30

Wanita dan Pembangunan Ekonomi / Nor Aini Haji Idris 30

Yoga Terapi bagi Mental dan Fizikal / Hazira, Heidi 31

You Can Create Wealth: Discover How Ordinary People Can Create 31Extraordinary Wealth / Beng, Tan Teck, See, K.C

Judul-judul Baru Yang Diperolehi 32

Kandungan

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

3

Aku Terima Nikahnya, tajuk diberi. Kerana tajuk ini ramai yangberminat membelinya, kerana tajuk ini juga ramai yang takut ataumalu-malu mahu membelinya. Usahkan beli, mahu memegangnyapun terasa seram sejuk, namun saya amat tertarik dengan olahanmuka hadapan buku yang kelihatan amat ceria dan penuh makna.

Biar pun bahan bacaan popular lebih rancak dibeli berbandingdengan bahan bacaan berat namun ianya harus dilihat sebagai corakpenampilan penulisan yang perlu dimanfaatkan oleh penulis. Padasaya, buku ini ringkas, padat tetapi menarik kerana “genius is aboutchanging something complicated into simple”.

Aku Terima Nikahnya adalah terjemahan nas al-Quran dan Sunnahserta psikologi manusia, yang dipersembahkan dengan wajah santai,demi memberi ruang untuk pembaca membaca naskhah ini denganmaksud berikut:

“...menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi ingin mencetusMAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah padamengumpulkan pengetahuan, tetapi kejayaan menyuluh jalankembara insan mencari Tuhan!”.... Itulah rangkai kata penulis iaituUstaz Hasrizal Abdul Jamil.

Buku ini sebahagian besarnya adalah kompilasi tulisan beliau di dalam kategori kekeluargaan suami-isteri,ibu bapa – anak-anak, dan psikologi perkahwinan. Kebanyakan artikel tulisan beliau juga pernah disiarkandi dalam Majalah ANIS.

Buku pertama beliau adalah sebuah buku mengenai rumah tangga, kerana bagi beliau perjuangan dancita-cita besar terhadap ummah, bermula dengan perjuangan serta cita-cita di dalam rumah tangga. Walaupun beliau menggunakan gaya bahasa yang bersahaja, pembaca masih tetap dapat menerokai pahit danmanis, duri dan madu mengenai perkahwinan.

Buku ini banyak menceritakan kisah peribadi beliau sebelum mengikat tali pertunangan sehingga beliaumempunyai 3 orang cahaya mata. Bagaimana beliau menangani urusan rumah tangga agar menurut acuanIslam yang sebenar serta keprihatinan beliau dalam mementingkan etika keislaman dalam kekeluargaan.Kandungan buku ini dibahagikan mengikut bab yang diberikan dengan tajuk yang cukup menarik antaranyaCinta Tanpa Syarat, Ada Apa Pada Nama, Abi Raksasa dan Ummi Dinasour yang telah membuat perhatiansaya tidak terlalai walau sedetik pun.

Beliau juga mengulas tentang pepatah “biar mati anak jangan mati adat”. Bagaimana masyarakat berupayamenangani adat yang bertentangan dengan syariat tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Contohnyadimana beliau terpaksa bersanding di hari perkahwinan, sedangkan beliau lebih suka untuk meraikanperkahwinanya secara sederhana dan ‘biasa’. Maka soal mengambil hati mertua dan keluarga disampingmenyesuaikan diri dengan keluarga baru serta mengambil kira sensitiviti mereka adalah sebahagiandaripada tanggungjawab dalam berumah tangga.

Mengulas perbezaan antara lelaki dan wanita yang sebahagian besar merupakan hasil inspirasi beliau daribuku ‘Men are from Mars, Women from Venus’ turut dimuatkan dalam naskhah ini. Beliau menerangkanbagaimana menjadikan perbezaan itu satu rahmat, dan bukan alasan untuk berperang sesama suami isteri.

Ulasan Buku

AKU TERIMA NIKAHNYAKuala Lumpur :

Galeri Ilmu, 2008.ISBN 978-983-097-189-6

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: Buletin Pustaka 2:Layout 1

4SARI PUSTAKA

Sebahagian buku ini merakamkan pengalaman beliau dalam mencari bahagia dan damai di dalam rumahtangga, mudah-mudahan dapat jua menyuntik kebahagiaan yang sama kepada semua pembaca.

Pengulas:Norhasliza Mohd RazaliPenolong PengarahBahagian Pinjaman Perpustakaan Negara Malaysia

Catatan dari syurga merupakan sebuah karya unggul yangbercerita tentang kisah benar perihal kasih sayang, kegigihandan pengorbanan seorang ibu tunggal membesarkan enam

orang anak. Ibu tersebut ialah Puan Aminah Mohd Tahir, seoranginsan istimewa yang dilahirkan cacat fizikal tangan dan kaki. PuanAminah dilahirkan pada tanggal 15 Julai 1953, di Kampung Berata,Segamat, Johor. Itulah detik bermulanya kehidupan seorang insanistimewa yang hanya memiliki separuh daripada anggota tangan dankakinya. Namun Puan Aminah tetap membesar sebagai anak yangsihat dan cerdas. Walaupun membesar dalam keluarga yangsempurna namun disinilah bermula episod duka dalam kehidupanPuan Aminah. Sejak kecil hidupnya mula sering tersisih daripadaanggota keluarganya dan teman-teman sebaya.

Puan Aminah berpeluang mendapat pendidikan formal di sekolahagama (sekolah Arab) setelah abang beliau mendesak ibu bapanyaagar menyekolahkan beliau. Di sekolah Puan Aminah seorang muridyang cerdas namum beliau terpaksa menamatkan alampersekolahannya sehingga darjah tiga kerana beliau terbebandengan begitu banyak kerja-kerja rumah tangga yangdipertanggungjawabkan oleh anggota keluarganya ke atas beliau.

Semasa zaman remaja, Puan Aminah merupakan gadis yang begitu merendah diri dan rendah hati.Masanya banyak dihabiskan di rumah membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah. Setelah usianyamencecah lapan belas tahun, Puan Aminah telah diijabkabulkan dengan jejaka bernama Hamid. Namunperkahwinannya berakhir semasa kandungan pertamanya berusia empat bulan. Beliau telah ditinggalkansuami tanpa nafkah dan perhatian. Bayi yang dilahirkan sempurna sifatnya namun terpaksa diserahkankepada keluarga mertuanya untuk dipelihara. Walaupun begitu banyak orang yang mengata dan mengeji,beliau bersabar menempuhi semuanya dengan penuh tabah dan pasrah. Episod duka, kehidupan PuanAminah bertambah parah apabila beberapa tahun kemudian setelah beliau menerima lamaran, berkahwindengan seorang lelaki berketurunan India bernama Maniam. Perkahwinan beliau mendapat tentangan dantidak mendapat restu keluarga kerana perbezaan bangsa. Perkahwinan tersebut merupakan sebuahperkahwinan yang bahagia walaupun menempuh pelbagai dugaan dan cabaran kehidupan berumahtangga.Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka memiliki enam orang cahaya mata yang sempurna sifatnya.Namun, kehidupan bahagia tersebut berakhir pada tahun 1976, apabila suami tersayang telah pergi terlebihdahulu meninggalkan mereka akibat penyakit lelah. Puan Aminah berusaha membesarkan anaknya denganmelakukan pelbagai pekerjaan. Di dalam buku ini, Puan Aminah telah menceritakan kepada penulis

Ulasan Buku

ROHANI DERAMANCatatan dari Syurga

Selangor : CTRA Production,2007.

ISBN 978-983-41888-6-3

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

5

berbagai dugaan yang ditempuhi sewaktu beliau membesarkan anaknya setelah kematian suaminya. PuanAminah menceritakan bagaimana beliau diusir daripada rumah yang diduduki dan kepulangan beliaubersama anaknya yang tidak diterima oleh ahli keluarganya. Puan Aminah juga menceritakan keperitanyang dilalui ketika beliau berusaha untuk menggeluarkan hasil wang Kumpulan Simpanan Pekerja arwahsuaminya. Berkat usahanya, beliau berhasil mendapatkan wang tersebut dan dengan wang tersebutlahbeliau menampung keperluan hidup mereka dan memberikan pendidikan kepada anak-anaknya. Di dalambuku ini juga mengandungi bab, yang mana kisah tersebut diambil daripada cerita-cerita yang dikisahkanoleh anak-anaknya. Satu daripada kisah tersebut adalah cerita daripada anak bongsunya. Beliaumenceritakan bagaimana keperitan ketika mereka kecil yang kadang kala hanya makan nasi berlauk garamuntuk mengalas perut.

Namun berkat ketabahan beliau menempuhi dugaan sebagai seorang ibu tunggal yang kekurangan sifatfizikal dan disisihkan keluarga beliau tetap berjaya membesarkan anak-anaknya menjadi insan yangberguna dan pandai membalas jasa. Berkat ketabahannya, pada tanggal 7 Mei 2006, Puan Aminah MohdTahir telah dipilih untuk menerima anugerah Ibu Kiwanis Negara. Keperitan dan pengorbanan beliau telahdiiktiraf untuk dijadikan contoh dan inspirasi kepada ibu-ibu lain yang lebih sempurna sifatnya.

Kesimpulannya, karya ini merupakan sebuah karya yang mampu memberikan keinsafan, pengajaran dantiupan semangat yang berguna kepada semua golongan pembaca khususnya kaum wanita dan ibu tunggal.Kisah yang ditulis ini juga boleh dijadikan teladan untuk anak-anak masa kini, bahawa kasih sayang danpengorbanan seorang ibu adalah nikmat terbesar kurniaan Allah SWT.

Pengulas:Zalina binti Abd RahimPenolong PengarahPusat Bibliografi NegaraPerpustakaan Negara Malaysia

Sambutan kemerdekaan menjadi kayu pengukur kepada pembangunan dan kemajuan yang telahdibina sepanjang 50 Tahun Malaysia Merdeka. Setiap detik sambutan kemerdekaan yang dirayakan,menggambarkan hala tuju dan kemajuan yang dicapai oleh negara. Semangat juang, pembangunan,

perpaduan, kemajuan ekonomi dan gelombang pemodenan menjadi panduan kukuh memantapkanpengisian kemerdekaan. Sambutan hari kemerdekaan juga diraikan untuk menghargai segala jasa danpengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah berusaha untuk membebaskan tanah air daricengkaman penjajah.

Citra merdeka 1957-2007 merupakan sebuah buku yang diterbit khas sempena sambutan HariKemerdekaan yang ke-50. Ia merakamkan peristiwa dan sejarah sambutan kemerdekaan yang merangkumitahun 1957 sehingga 2007 yang bertujuan untuk memaparkan suasana kemeriahan upacara sambutandan perayaan ulang tahun kemerdekaan negara. Peristiwa-peristiwa yang mewarnai kehidupan danperjuangan rakyat semasa menyusuri perjalanan memerdekakan negara juga turut dimuatkan. Ia jugamemaparkan usaha para pemimpin dan rakyat melayari liku-liku kehidupan dalam negara merdeka denganmengisi tuntutan kemerdekaan demi melahirkan sebuah negara maju.

Buku Citra Merdeka 1957-2007 mengandungi dua bab utama, iaitu perjuangan ke arah kemerdekaan yangmemaparkan peristiwa dan tindakan serta pengorbanan pejuang-pejuang dahulu, yang diketuai oleh Dato’

Ulasan Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: Buletin Pustaka 2:Layout 1

6SARI PUSTAKA

Onn Jaafar dan kemudiannya Tunku Abdul Rahman untukmenentang Malayan Union, bersatu dan menuntutkemerdekaan.

Manakala bab yang kedua meliputi sejarah sambutan harikemerdekaan negara yang dibahagikan kepada lima segmeniaitu tiap-tiap satunya mengikut era kepimpinan lima orangPerdana Menteri. Ia meliputi dasar dan rancangan yang telahdilaksanakan serta kejayaan-kejayaan yang telah dicapai.

Selain itu, buku ini juga memaparkan sambutan-sambutankemerdekaan dengan gambaran hasrat dan penekanankerajaan pada sesuatu tahun tersebut. Ini dikaitkan dengantema, logo, kata-kata bestari dan lagu-lagu patrotik. Ini dapatdilihat seperti berikut:

• “Nikmat Merdeka” meliputi era Bapa Kemerdekaan, iaituPerdana Menteri pertama YTM Tunku Abdul Rahman PutraAl-Haj.

• “Merdeka disinari Pembangunan” meliputi era BapaPembangunan, Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak binDato’ Onn.

• “Pepaduan Pengukuh Kemerdekaan” meliputi era Bapa Perpaduan, Perdana Menteri Ketiga iaitu TunHussein bin Dato’ Onn.

• “Merdeka dalam Anjakan Pemodenan” meliputi era Bapa Pemodenan, Perdana Menteri Keempat iaituTun Dr. Mahathir bin Mohamad .

• “Merdeka Ke Puncak Cemerlang, Gemilang, Terbilang” merupakan permulaan era kepimpinan PerdanaMenteri Kelima Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi.

Semangat juang yang diperlihatkan oleh tokoh-tokoh dan dan pemimpin negara semasa peringkat awalkemerdekaan, menjadi contoh ikutan yang boleh diteladani. Tema-tema sambutan kemerdekaan sepanjangtahun turut dititipkan bagi menggambarkan perkembangan dan pembangunan yang dicapai. Lagu-lagupatriotik negara yang pernah didendangkan turut memainkan peranan dalam menyemarakkan sambutankemerdekaan negara.

Secara keseluruhan buku ini menampilkan sejarah sambutan kemerdekaan yang bermula denganperjuangan pemimpin dan rakyat untuk mencapai kemerdekaan. Semangat kemerdekaan yang terpancardari sambutan-sambutan kemerdekaan mampu memperkukuhkan semangat jati diri pemimpin dan rakyatMalaysia. Usaha-usaha ini disinari dengan pembangunan dan ikatan perpaduan sebagai pengukuhkemerdekaan dan terus berganjak ke dalam arus pemodenan untuk menuju puncak cemerlang, gemilangdan terbilang.

Buku ini sesuai untuk rujukan dan bacaan umum terutama generasi masa kini dan akan datang dalammenghayati dan menghargai erti kemerdekaan sebenar dan menjadikan kita bangsa Malaysia yang

Ulasan Buku

CITRA MERDEKA 1957-2007:

Buku Terbitan Khas Sempena

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-50

Tahun 2007

Kuala Lumpur : Utusan Pub., 2007.

ISBN 967-61-1923-7

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

7

bersyukur dengan nikmat kehidupan yang dilalui dalam negara yang aman dan berdaulat. Penggunaanbahasa dalam buku ini juga mudah untuk difahami oleh setiap peringkat umur.

Pengulas:Nik Irfah Rumaizah binti IbrahimPenolong PengarahPusat Bibliografi NegaraPerpustakaan Negara Malaysia

Adakah anda percaya kepada keajaiban minda? Bilamana anda membaca buku ini, nescaya anda merasakagum dengan anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini.

Keajaiban bakal dicipta atau tercipta sekiranya kita tahu cara-cara untuk memanipulasi fungsi minda ini. Apa jua perkara atauaktiviti yang kita laksanakan berdasarkan apa yang terlintas difikiran; tidak kira sama ada perkara positif atau sebaliknya.Betapa besar impak minda kepada kehidupan kita sebagai umatmanusia, amnya. Kita sedia maklum, kejayaan seseorangdiukur daripada kejayaan akademik; tiada siapa menafikanpentingnya kejayaan akademik, yang mana ianya akanmelayakkan seseorang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebihtinggi. Namun, hal ini pada masa kini tidak tampak relevanmemandangkan persaingan demi persaingan berlaku dalammendapatkan pekerjaan, status, pangkat dan sebagainya.

Pepatah ada menyatakan “siapa cepat dia dapat”, sudah cukupjelas memperihalkan isu ini. Tiada siapa menjangka insan yanghanya memiliki pendidikan formal minimum mampu menciptakejayaan yang optimum! Puncanya tidak lain tidak bukan; kuasaminda itu sendiri. Maksudnya bila anda tahu formulamenggunakan minda sebaik mungkin, perubahan (kecil ataubesar), akan berlaku dalan hidup anda. Kita pernah membacakisah nama-nama besar individu yang telah berjaya dalam hidupmereka. Dari zaman silam hinggalah ke masa kini, golongan ini

melalui zaman keperitan dan kesusahan sebelum dapat mengapai kejayaan yang sebenar. Mereka inilahyang telah menjadi ikon kepada generasi-generasi baru untuk mencipta lebih banyak lagi kejayaan yangdapat membanggakan agama, bangsa dan negara.

Siapa tidak kenal Bill Gates, (pembina empayar Microsoft). Dia antara bilionaire di dunia yang berjaya didalam bidang komputer di samping Michael Dell, Richard Branson, Donald Trump. Malaysia tidak kuranghebat dengan “tokoh-tokohnya”. Antaranya ialah Robert Kuok (KUOK GROUP), Ananda Krishnan (MAXIS)dan Syed Mokhtar AlBukhary (YAYASAN ALBUKHARY). Sekadar menyebut beberapa nama ternama luardan dalam negara; semata-mata bertujuan untuk membuka minda kita agar lebih bersikap terbuka pada dirisendiri. Potensi diri hanya diri sendiri lebih mengetahui berbanding mereka di sekeliling kita.

Ulasan Buku

ADAM KHOO, STUART TANMaster Your Mind Design Your

Destiny : Kuasai Minda Bina MasaDepan Anda

Kuala Lumpur : PTS Milennia., 2008.ISBN 978-983-3372-74-4

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: Buletin Pustaka 2:Layout 1

8SARI PUSTAKA

Di dalam buku ini, pengarang Adam Khoo serta Stuart Tan cuba memberi pendedahan bagaimanamelengkapkan diri dengan minda, kemahiran dan perilaku yang diperlukan bagi mencapai kejayaan.Terdapat 12 bab di dalam buku ini. Bab 1 ialah Pola Kecemerlangan,

Bab 2 Formula Kejayaan Unggul, Bab 3 Bagaimana Hendak Mencapai Setiap Impian, Bab 4 Kunci KuasaSepenuhnya, Bab 5 Kuasa Kepercayaan yang Luar Biasa, Bab 6 Rahsia Prestasi Unggul, Bab 7Mengarahkan Fikiran bagi Mendapatkan Hasil Optimum, Bab 8 Menambat: Cara Mengawal Perasaan, Bab9 Perubahan Makna, Bab 10 Nilai: Kuasa yang Mendorong, Bab 11 Bina Masa Depan Anda dan bab terakhirBab 12 Bagaimana Mengulangkaji Kejayaan Siapa Sahaja.

Pola kecemerlangan adalah merupakan keupayaan mengawal minda dan menggunakan kuasa dalaman.Ia adalah set kepercayaan, sikap dan perilaku yang mampu secara konsisten mengeluarkan hasil luar biasa.Ia adalah keupayaan mengawal hidup, mengawal emosi dan mengeluarkan potensi anda sepenuhnya. Iamempunyai fleksibiliti supaya terus tumbuh dan berkembang, belajar dan mengulangi kejayaan dalamtempoh masa yang singkat. Ia adalah keupayaan bertindak balas secara positif kepada apa yang berlakusekeliling.

Tubuh dan minda adalah antara sumber anugerah paling kuat diberi Tuhan, bila mana kita mengetahuipenggunaannya secara berkesan, ianya mampu menjana sumber fizikal atau luaran yang diperlukan.Kawalan minda amat penting, dan hal ini dapat dilihat semasa kita berdepan dengan khalayak, ucapanumum contohnya. Mengapa ada sesetengah orang mampu mengawal diri dan sebaliknya? Ini kerana adaantara mereka ini dapat konsisten serta fokus emosi dan ini menjadikan mereka bermotivasi dan yakin.Kenapa demikian? Ini kerana pada mereka, sama ada mereka bercakap di depan khalayak atau bercakapdengan seorang sahaja, tidak ada beza. Sekali lagi, ditekankan aspek pola pemikiran dan perilaku yangterbentuk daripada sel-sel otak mereka yang berbeza. Oleh itu, terpulang pada diri kita untuk menjanaminda, agar kehidupan kita lebih bermakna pada masa akan datang. Keupayaan memanipulasi mindadengan sebaik mungkin tidak hanya membuka ruang pada kita semata-mata, bahkan masyarakat sertaindividu di sekeliling kita.

Pengulas :Ladduni binti Abdul GhaniPenolong PengarahBahagian Khidmat TeknikPerpustakaan Negara Malaysia

Pertama kali melihat tajuk buku ini dalam senarai buku-buku untuk diulas, saya begitu teruja danberminat untuk mengulasnya. Bagi saya Shamsiah Fakeh adalah contoh pejuang wanita yang cekaldan tekad dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaya mengikut acuannya tersendiri. Generasi

sebaya saya yang dilahirkan dalam era 70-an mungkin pernah dengar nama Shamsiah Fakeh, seorangwanita Melayu yang terdidik dengan pendidikan agama tetapi memilih perjuangan bersenjata melalui PartiKomunis Malaya. Beliau juga lebih dikenali sebagai seorang yang ganas dan jahat. Inilah gambaran yangtelah diasak bertalu-talu oleh penjajah British kepada kita dan inilah yang telah kita terima dan perakui.Malah nama Shamsiah Fakeh seringkali digambarkan sebagai seorang pengganas yang pernah terlibatbersama Parti Komunis Malaya (PKM) satu ketika dahulu sehingga mencetuskan huru-hara dalam negara.Lantaran itu edisi kedua karya beliau yang telah diterbitkan Strategic Information and ResearchDevelopment Centre, 2007 berjudul Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10 seharusnya

Ulasan Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 11: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

9

dapat memberikan gambaran yang kontra dari apa yang telahpihak British sajikan pada kita selama ini. Sesungguhnya PartiKebangsaan Melayu Malaya atau PKMM yang ditubuhkan padatahun 1945 di Ipoh merupakan satu-satunya parti politik Melayuyang terawal ditubuhkan di tanah air. Ia berfahaman kebangsaanprogresif dan kemudiannya melahirkan sayap-sayap lain yangbersifat kiri umpamanya API atau Angkatan Pemuda Insaf yangdiketuai Ahmad Boestamam dan AWAS ataupun AngkatanWanita Sedar yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh.

Memoir ini menghuraikan dari hal penglibatan beliau dalamPKMM melalui AWAS dan pendedahan awal beliau terhadapgerakan politik tanah air. Sememangnya perjuangan melaluiPKMM dan AWAS merupakan perjuangan demokratik secaraterbuka. Namun pihak British tidak pernah selesa dengan tindak-tanduk mereka, lantaran itu pengharaman badan-badan siasahini bagi Shamsiah dan rakan-rakan merupakan isyarat bahawaberakhirlah perjuangan melalui lunas demokrasi dan bermulalahperjuangan melalui angkat senjata. Akibat daripada tekananpihak penjajah yang berterusan inilah akhirnya Shamsiahmembuat keputusan menurut jejak langkah rakan-rakanseperjuangannya untuk lari masuk ke hutan dan meneruskanperjuangan bersenjata dari sana. Shamsiah yakin dengantindakan ini malah kepada soalan mengapa perlu masuk hutanShamsiah menyatakan:

“Bagi orang-orang yang memperjuangkan Kemerdekaan maka tidak ada pilihan lain lagi melainkan berjuangmengangkat senjata untuk menggulingkan penjajah apabila jalan damai sudah ditutup. Bukan kita yangmenutupnya tetapi penjajah British.”

Shamsiah juga menulis:

“Situasi ketika itu sudah mulai tegang. Kami telah diperintahkan masuk hutan di kawasan Lubuk Kawah. Akupun masuk hutan dan bermulalah era aku berjuang mengangkat senjata. Semangat cintakan tanah air danKemerdekaan serta kesetiaan kepada perjuangan telah membuat aku teguh dan sanggup masuk hutan.Yang penting ialah mencapai Kemerdekaan. Pada fikiranku setelah Merdeka maka segala-galanya akandapat diselesaikan.”

Shamsiah seorang yang tidak biasa dengan keadaan hidup di hutan. Dalam memoirnya dicatatkankesukaran beliau ketika berada di sana dan pernah 3 kali sesat dalam hutan berseorangan. Pernah setelahdiserang hendap beliau bertempiaran lari pada awalnya berseorangan tetapi setelah menyedari telah sesatkemudian terpaksa mengendong bayinya yang baru lahir, lari merentasi hutan dengan cuma pakaian tidurtanpa senjata. Hutan inilah akhirnya mendewasakan Shamsiah dan memantapkan lagi pegangan beliauterhadap perjuangannya. Bayi inilah kemudiannya telah dibunuh oleh anggota PKM sendiri tanpapengetahuan Shamsiah kerana bimbangkan kehadirannya akan menyusahkan pergerakan mereka. DalamMemoirnya Shamsiah mencatatkan betapa sedihnya beliau apabila mengetahui keadaan yang sebenarnyanamun menerima keputusannya sebagai takdir Allah SWT. Cuma yang beliau kesalkan adalah apabilabekas Pengerusi PKM Musa Ahmad pernah semasa wawancara di RTM pada tahun 1981 menyatakan

Ulasan Buku

MEMOIR SHAMSIAH FAKEH: DARIAWAS KE REJIMEN KE-10. ED ke-2Kuala Lumpur : Strategic informationand Research Development Centre,

2007.ISBN 978-983-3782-32-1

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 12: Buletin Pustaka 2:Layout 1

10SARI PUSTAKA

Ulasan Buku

bahawa Shamsiah telah mencampakkan sendiri anaknya ke sungai untuk mati. Kata Shamsiah ketika itumereka sebenarnya bukan pengganas, mereka berjuang untuk membebaskan negara untuk kemerdekaan.

Penganas yang sebenarnya adalah British kerana mereka menentang usaha ini dan bertindak membakarrumah rakyat dan tenteranya telah memperkosa ramai wanita Melayu di kampung-kampung. Namun setelahkemerdekaan negara pada tahun 1957 PKM terus mengangkat senjata menentang kerajaan Malayamerdeka. Ini dilakukan menurut Shamsiah kerana: Perang rakyat Malaya yang pada mulanya melawanpenjajah British telah berubah menjadi perang dalam negeri sesudah merdeka. Ini adalah perang saudaraiaitu perang rakyat Malaya melawan rakyat Malaya. Di sinilah letak persoalannya. Tentera PembebasanNasional Malaya diubah menjadi Tentera Rakyat Malaya. Seterusnya dari hutan pada tahun 1956 Shamsiahberhijrah dengan suaminya Ibrahim Mohamad ke China, dihantar oleh PKM untuk belajar. Mereka terusberada di sana dan memegang berbagai peranan termasuklah bertugas bagi siaran Melayu Radio Beijingantarabangsa. Pada tahun 1965 mereka ditugaskan ke Indonesia yang ketika itu mengamalkan NASAKOMiaitu Nasionalisma, Sosialisma dan Komunisma sebagai ideologi kebangsaan di bawah Soekarno.Kehadiran Shamsiah adalah untuk kemudiannya menubuhkan pejabat perwakilan Liga PembebasanNasional Malaya di Indonesia. Mereka bebas beroperasi sehinggalah tercetusnya ketegangan di Jakartaapabila berlaku rampasan kuasa tentera dan Suharto mengambil-alih kuasa pemerintahan. Beliau danrakan-rakannya ditangkap oleh penguasa Indonesia pada tahun 1965 sehinggalah dibebaskan pada tahun1967 dengan bantuan kedutaan Vietnam. Dari sana beliau diterbangkan ke Vietnam dan kemudian kembalike China. Shamsiah mengorbankan jiwa dan raga untuk kemerdekaan Malaya mengikut caranya tersendiri.Apabila berlaku pergolakan dalam PKM beliau dan suaminya dipecat dari parti yang mereka anggotai itulalu menjadi rakyat biasa di China. Selepas terpisah dari PKM, beliau terus tinggal di China menyambunghidup dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya berjaya pulang ke tanah air pada 23 Julai1994, setelah termerainya Perjanjian Damai antara PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailandyang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada 1989 yang bagi beliau menandakan tamatnya permusuhan41 tahun kedua-dua pihak. Sekembali ke tanah air, beliau bersama anak cucunya menjalani kehidupan harituanya secara sederhana. Sekarang ini khabarnya beliau sedang uzur di rumahnya di Jalan Kuchai Lama,Kuala Lumpur. Bagi dirinya beliau adalah pejuang kemerdekaan negara walaupun tidak diiktiraf demikianoleh kerajaan. Sumbangan beliau dan rakan-rakannya akan tetap berada di lipatan sejarah walaupun cubadinafikan oleh pihak-pihak tertentu. Saya petik sebaris perenggan pada prakata Memoirnya:

“Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yangterkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita.”

Sesungguhnya Memoir ini telah digunakan sebaik mungkin untuk membersihkan segala persepsi jahatterhadap beliau. Sejauh manakah ianya dapat diterima terpulanglah kepada masyarakat untuk menilainya.Malah beliau merakamkan:

“Sebenarnya anggota polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistoldan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir pelurupun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka.”

Pengulas :Nor Hidayah binti OthmanPenolong PengarahPusat Bibliografi NegaraPerpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 13: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

11

Buku ini merupakan himpunan artikel yang berkisartentang perkara-perkara yang berhubung dengankanak-kanak dan dibahagikan kepada 5 bahagian.

Bahagian 1 mengandungi 3 bab yang membincangkanpersoalan teori dan proses pembangunan atau perkembangankanak-kanak secara umum. Terdapat perbincangan tentangteori yang berkaitan dengan pembangunan kanak-kanakkhususnya mengenai pengaruh persekitaran keluarga,sekolah, dan rakan sebaya. Fokus perbincangan adalah lebihkepada Teori Ekologi yang menekankan peranan mikrosistemiaitu yang merupakan gelung pengaruh paling hampir kepadapersekitaran yang akan mempengaruhi kanak-kanak tersebut.Teori Modal Insan dan Modal Sosial menjelaskan bagaimanatahap sosio ekonomi ibu bapa memainkan peranan pentingdalam memastikan pembangunan kanak-kanak yangseimbang.

Perbincangan juga berkisar tentang perkembanganpsikososial kanak-kanak mengikut tahap usia berdasarkanteori perkembangan Erikson (1963, 1968) dan Piaget (1970)seperti perapatan antara ibu bapa dengan anak-anak, perananrakan sebaya, krisis identiti remaja, gaya asuhan ibu bapa danpsikososial kanak-kanak serta kesan maklum balas guru terhadap keperluan psikososial kanak-kanak.Pengarang memberi gambaran senario penilaian perkembangan kanak-kanak pra sekolah masa kini danmembincangkan mengenai isu dan cabaran yang dihadapi dalam menilai perkembangan tersebut.

Bahagian 2 mengandungi bab 4 hingga bab 9 yang keseluruhannya memberi penekanan terhadap proseskeluarga, penjagaan dan perkembangan spiritual kanak-kanak. Ia membincangkan tentang amalan nasibatau kesahihan perhubungan dan pertalian darah yang menghubungkan setiap ahli sesebuah keluarga dankesannya di dalam perundangan Islam serta aplikasinya di Malaysia. Pengarang juga membincangkanproses sosial keluarga, kajian mengenai penglibatan ibu bapa dalam kehidupan anak-anak di rumah; soalpenjagaan kanak-kanak secara jagaan pelihara dan pengangkutan, kepentingan komunikasi keluarga yangberkesan dan perkaitannya dengan perkembangan kanak-kanak.

Bahagian 3 pula mengandungi bab 10 hingga bab 13 yang memuatkan kajian-kajian tentang persoalanpembelajaran dan kanak-kanak pintar cerdas di sekolah-sekolah terpilih. Terdapat juga kajian yangdijalankan di tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Harian Biasa, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MaktabRendah Sains Mara (MRSM) dan hasilnya telah menunjukkan perbezaan tekanan yang dialami oleh pelajar-pelajar pintar cerdas akademik di sekolah tersebut. Bahagian ini juga membincangkan tentang kajianmengenai program pemecutan untuk kanak-kanak pintar cerdas yang dikatakan mempunyai pelbagaikelebihan seperti menjimatkan masa dan kos pendidikan, mudah dilaksanakan, fleksibel, mampumengembangkan potensi pelajar, memudahkan pengajaran guru dan sebagainya. Seterusnya terdapatartikel yang membincangkan tentang kajian mengenai pembelajaran aturan kendiri di kalangan pelajarsekolah bistari dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar tersebut.

Bahagian 4 mengandungi bab ke 14 hingga bab 17 di mana pengarang membicarakan tentangperkembangan bahasa kanak-kanak dan cadangan penggunaan 1,000 senarai kata awal berperingkat yangboleh di manfaatkan oleh ibu bapa; pendidik, seperti guru tadika dan guru pemulihan bacaan sekolah

Ulasan Buku

PEMBANGUNAN KANAK-KANAK:

TEORI, ISU DAN CABARAN

Selangor : Arah Pub., 2008.

ISBN 978-983-3718-52-8

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 14: Buletin Pustaka 2:Layout 1

12SARI PUSTAKA

rendah; penyelidik dan penulis buku sistem bacaan awal kanak-kanak. Pengarang membincangkan prosespemerolehan bahasa yang penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana bahasa merupakan satumedium utama bagi kanak-kanak berkomunikasi.

Bahagian 5 yang mengandungi bab 18 hingga bab 23 pula menghuraikan tentang aspek kesejahteraanhidup kanak-kanak iaitu membicarakan tentang masalah penguasaan kemahiran membaca di peringkatawal kanak-kanak; kajian tentang tahap perkembangan verbal-linguistik dalam pembelajaran sains; kanak-kanak istimewa dan penerimaan serta peranan ibu bapa dalam sesebuah keluarga. Akta Kanak-Kanak2001 dan isu penderaan kanak-kanak juga dibincangkan.

Buku ini padat dengan maklumat tentang pembangunan kanak-kanak dan sesuai dijadikan sebagai rujukanutama dalam mengkaji perkembangan kanak-kanak di Malaysia keseluruhannya.

Pengulas :Akmal binti Mohd. SallehPenolong PengarahBahagian PemuliharaanPerpustakaan Negara Malaysia

Buku ini memperkatakan tentang isu-isu politik diMalaysia merangkumi latar belakang, integriti politik,rasuah, konsep kepimpinan, adab berpolitik, keadilan

sosial, pilihan raya dan calon pilihan raya. Ia merupakankompilasi rencana dari penulis-penulis artikel yang terdiri dariwartawan Utusan Malaysia serta tokoh-tokoh yang banyakmenyumbang penulisan di dalam surat khabar tersebut.

Buku ini mengandungi tujuh bab iaitu:-

Bab 1 Latar belakang Integriti PolitikBab 2 RasuahBab 3 KepimpinanBab 4 Adab BerpolitikBab 5 Keadilan Sosial dan PerpaduanBab 6 Pilihan RayaBab 7 Calon Pilihan Raya

Buku ini mengandungi 253 muka surat dan di akhirnya disertakan indeks penulis untuk rujukan pembaca.

Bab 1 membicarakan tentang latar belakang integriti politik diMalaysia. Institut Integriti Malaysia memainkan peranan di

dalam mendapatkan maklumat tentang tahap integriti politik di Malaysia khususnya serta integriti di dalamkonteks perkhidmatan awam amnya. Kajian soal selidik ini pertama kali dijalankan untuk melihat sama adamasyarakat negara ini berintegriti dan memberi cadangan untuk menambahbaik perkhidmatan awam yang

Ulasan Buku

POLITIK: ISU-ISU INTEGRITI:

2000 - 2008

Kuala Lumpur : Utusan Pub., 2008.

ISBN 978-967-61-2122-3

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 15: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

13

kurang memuaskan. Soal selidik ini diharap dapat membantu membetulkan keadaan terutamanya selepaslima puluh (50) tahun menikmati kemerdekaan.

Penghayatan integriti perlu disemarakkan di dalam pengurusan kerajaan di semua peringkat bagimembanteras gejala rasuah serta menyuburkan nilai murni. Satu program khas telah disusun untuk ahli-ahlipolitik dan parti-parti politik bertujuan untuk mengubah cara berpolitik serta mengamalkan sikap integritidalam pendekatan kepimpinan mereka bagi mengikis amalan salah guna kuasa, penyelewengan dan politikwang.

Bab 2 membicarakan mengenai rasuah. Rasuah biasa berlaku lebih-lebih lagi semasa kempen pilihan raya.Usaha untuk menangani politik wang perlu ada pengawalan yang lebih ketat dan berkesan untukmemastikan tiada calon boleh membeli undi. Masih belum terlambat untuk ahli-ahli UMNO di akar umbiuntuk mendesak pemimpin-pemimpin cawangan dan bahagian supaya lebih telus kerana rakyat kinimempunyai pemikiran yang lebih matang dan dapat membezakan mana yang baik dan buruk. Adalah lebihbaik jika pemimpin-pemimpin yang ada sekarang mengikut contoh kepimpinan khalifah-khalifah terdahuludi dalam mentadbir negara tanpa sebarang rasuah dan mengamalkan cara hidup yang sederhana yangtelah ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin kita di awal kemerdekaan.

Bab 3, kepimpinan. Pemimpin yang memimpin perlu peka terhadap persekitaran yang menginginkanperubahan di dalam corak kepimpinan. Integriti pemimpin perlu sentiasa bermain di dalam fikiran kerana jikaterpesong jauh dari nilai-nilai murni seseorang pemimpin, undi pilihan raya mungkin tidak memihak kepadamereka. Rakyat melihat pemimpin sebagai role model serta inginkan pemimpin yang mewakili merekaberkualiti, jujur, amanah, prihatin, bertanggungjawab, bersih, telus serta mengamalkan nilai-nilai ajaranagama yang sempurna mengikut agama masing-masing dalam setiap tugasan tanpa meletakkankepentingan diri sendiri. Maju atau mundurnya satu negara itu bergantung kepada sikap pemimpin politikdi semua peringkat.

Bab 4, Adab berpolitik. Dalam Islam adanya politik adalah seperti adanya ekonomi, sosial, pendidikan dansebagainya. Terasnya adalah akidah yang menjadi tunjang kepada apa jua yang dilakukan terutamanya didalam memimpin sesebuah masyarakat. Mengampu pemerintah adalah di larang kerana ia merupakankejahatan dan pengkhianatan terhadap negara dan rakyat. Contohilah Rasullullah SAW kerana bagindamembantah orang yang memuji secara melampau kerana bimbang kepada syirik.

Bab 5, Keadilan sosial dan perpaduan. Islam menekankan kepada aspek keadilan dan satu daripadanyaialah keadilan sosial. Keadilan sosial menekankan setiap individu mendapat hak-haknya dan perlumenjalankan tanggungjawab bagi merealisasikan keadilan dalam hidup seperti hak untuk bersuara,berpolitik, berekonomi dan sebagainya. Di dalam Islam, keadilan sosial amat dititikberatkan di manahubungan antara pemerintah dan rakyat perlu dipenuhi oleh setiap individu. Pemerintah mempunyai hak-hak yang perlu dipenuhi oleh rakyat dan rakyat pula mempunyai hak-hak yang perlu ditunaikan olehpemerintah. Malaysia dilihat sebagai sebuah negara Islam yang amat membangun dari segi ekonomi danfizikalnya dan tekad kerajaan adalah untuk menghapuskan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yangmerupakan sebahagian daripada cirri-ciri bagi mewujudkan masyarakat yang berbudi luhur dan berakhlakmulia.

Bab 6, pilihan raya. Empat (4) hari selepas negara mencapai kemerdekaan, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Malaysia ditubuhkan. Ini bermakna SPR telah meyambut jubli emasnya bersempena menyambutkemerdekaan negara yang ke-50. Peranan utama SPR adalah untuk mengurus, memelihara dan

Ulasan Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 16: Buletin Pustaka 2:Layout 1

Ulasan Buku

14SARI PUSTAKA

mengekalkan proses demokrasi di negara melalui sistem pilihan raya yang bebas dan adil. Demokrasi tidakboleh berfungsi jika rakyat tidak menggunakan haknya sebagai pengundi. SPR perlu memperbaikikekurangan yang ada agar terus mendapat kepercayaan semua pihak baik pengundi mahupun parti politik,badan berkanun, pertubuhan awam dan seterusnya rakyat Malaysia. Pilihan raya merupakan intipati sistemdemokrasi berparlimen. Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara yang berjaya menggerakkan sistemdemokrasi berbanding dengan negara-negara jiran yang sentiasa dibebani dengan rasuah kaum yang bolehmencalarkan perjalanan demokrasi.

Bab 7, calon pilihan raya. Topik ini membicarakan tentang calon pilihan raya. Soal kelayakan, kepakarandan kecerdikan penting di dalam memilih calon yang boleh memimpin dan membawa negara ke arahkecemerlangan di dalam semua bidang. Pengundi pilihan raya pada masa kini semakin matang danmempunyai tahap intelek yang tinggi. Tidak ada lagi soal parti lebih penting daripada calon. Era di manacalon menang kerana simbol parti yang di wakili sudah lama berlaku. Rakyat inginkan calon yang prihatinterhadap persekitaran hidup, merencana dan menangani isu-isu setempat dengan segera dan bukannyacalon yang hanya pandai menjanjikan perkara-perkara yang indah tetapi tidak tertunai. Sejarah pilihan rayaumum sebelum ini pernah menyaksikan wakil rakyat yang mempunyai kedudukan dalam parti tidak terpilihsebaliknya yang tidak berjawatan terpilih.

Kesimpulannya, buku ini menyentuh elemen integriti dalam setiap tindak tanduk bagi mewujudkan sebuahnegara demokrasi yang bermaruah dan disegani. Ianya sesuai dibaca oleh umum yang ingin mengetahuiselok belok politik yang diamalkan di Malaysia

Pengulas :Zaleha binti Zainal AbidinPenolong PengarahBahagian Khidmat TeknikPerpustakaan Negara Malaysia

Adakah gelas itu setengah berisi ataupun setengah kosong? Apakah jawapannya? Mungkinsebahagian daripada kita menganggap soalan ini mudah. Namun, percaya atau tidak jawapannyaamat kritikal. Jawapan inilah yang membezakan individu cemerlang dengan individu gagal.

Jawapan inilah yang membezakan individu optimis dengan individu pesimis. Jawapan inilah yangmembezakan individu yang tidak berputus asa dengan individu yang mengambil keputusan membunuh diri.

Sebagai manusia, setiap individu akan berhadapan dengan realiti perubahan emosi yang tidak dapatdijangka apabila berhadapan dengan satu situasi. Adakalanya bersemangat dan adakalanya murung.Adakalanya ceria, gembira dan adakalanya sedih. Adakalanya rasa optimis dan adakalanya pesimis.Apakah faktor yang menentukan respons pada situasi ini? Jawapannya adalah perspektif.

Perspektif yang positif amat berpengaruh dalam kerjaya dan kehidupan seseorang individu itu. Iamenentukan kualiti kerjaya dan kehidupan. Ia juga menentukan hala tuju dan matlamat. Oleh kerana itu,individu yang memiliki perspektif positif mempunyai inisiatif untuk memberikan yang terbaik iaitu melakukansesuatu tugasan lebih daripada sepatutnya. Mereka sentiasa melihat masalah sebagai peluang, kesukaransebagai cabaran dan kegagalan sebagai tangga kejayaan. Mereka sentiasa melihat gelas itu setengahberisi dan bukannya setengah kosong.

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 17: Buletin Pustaka 2:Layout 1

Ulasan Buku

SARI PUSTAKA

15

“Setengah berisi, Setengah kosong?” Buku ini menyajikankisah-kisah inspirasi yang mampu membetulkan perspektifsesiapa saja terhadap apa jua situasi yang dihadapi. Lebihdaripada itu, kisah-kisah inspirasi yang dimuatkan olehpenulis di dalam buku ini dapat membangunkan danmemacu rasa optimistik dalam hidup. Melalui buku ini,penulis amat menekankan rasa optimistik yang akanmembangkitkan rasa kesedaran bagi mengenali masalahdan respons terbaik kepada sesuatu masalah itu. Rasaoptimistik yang membangkitkan rasa percaya, di manasetiap masalah dan cabaran dapat diatasi. Rasa optimistikyang membina kekuatan untuk berhadapan dengan perkaranegatif secara positif. Rasa optimistik yang apabilaberhadapan dengan situasi buruk, namun masihmengharapkan yang terbaik. Sesiapa saja mempunyaialasan untuk rasa geram, tetapi memilih untuk tersenyum.

Buku “Setengah berisi, setengah kosong” yang ditulis olehsaudara Parlindungan Marpaung ini menjadikan temapembangunan diri dan moral positif yang rumit menjadimudah untuk diterima, penuh inspirasi dan mudah untukdilaksanakan.

Membaca kisah demi kisah yang tersaji di dalam buku ini, bukan hanya membuatkan sesiapa yangmembacanya akan tersenyum, malah memberi hikmah. Hikmah yang membuatkan pembaca akan berfikirlebih kreatif di dalam memahami setiap persoalan hidup.

Kumpulan cerita di dalam buku ini adalah kisah-kisah yang terjadi di dalam kehidupan manusia dan daripadabeberapa pakar yang terlebih dahulu menikmati pahit getirnya kehidupan. Melalui buku ini, penulis berharapsupaya para pembaca dapat menemui ribuan makna yang terkandung dalam setiap kisah sebagaisebahagian daripada proses pembelajaran dalam kehidupan.

Secara keseluruhannya, buku yang boleh dikategorikan sebagai buku motivasi ini amat sesuai dibaca dandimiliki oleh segenap lapisan masyarakat. Buku “Setengah berisi, setengah kosong” ini, diharapkan dapatmembuka cakerawala hati para pembaca dalam mencontohi sekaligus mengambil hikmah daripada setiapkejadian yang dipaparkan. Lebih dari itu, diharapkan supaya buku ini menjadi salah satu inspirasi yangdapat membuatkan para pembaca berfikir secara positif, kreatif dan hidup akan menjadi lebih bermakna danproduktif.

Pengulas :Wan Nur Azma binti Wan AsikPenolong PengarahPusat Bibliografi NegaraPerpustakaan Negara Malaysia

MARPAUNG, PARLINDUNGAN

Setengah Berisi, Setengah Kosong?

Kuala Lumpur : PTS Millenia, 2008.

ISBN 978-983-3603-42-8

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 18: Buletin Pustaka 2:Layout 1

16SARI PUSTAKA

AHMAD SHAMSUL ABD. AZIZ, KHADIJAH MOHAMED

100 Soalan Undang-undang Hak Cipta

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

ISBN 978-983-62-9802-7

Undang-undang hak cipta merupakan salah satu daripada cabang undang-

undang harta intelek. Buku ini dikarang bertujuan untuk memberi panduan

dan bimbingan secara umum kepada semua lapisan masyarakat tentang

undang-undang hak cipta. Ia diolah dalam bentuk soal jawab bagi

memudahkan pembaca untuk mengetahui jawapan kepada persoalan yang

sering kali bermain difikiran. Buku ini dibahagikan kepada lima bab iaitu

pengenalan undang-undang hak cipta, karya-karya yang dilindungi oleh

undang-undang hak cipta, perlindungan hak cipta, pelanggaran hak cipta

serta perbincangan mengenai isu-isu semasa berkaitan hak cipta.

Penggunaan bahasa yang mudah difahami membuatkan buku ini sesuai

dibaca oleh semua lapisan usia.

195 KOLEKSI PETUA-PETUA UNTUK WANITA

Selangor : Education Matters, 2008.

ISBN 978-983-3866-42-7

Buku 195 Koleksi Petua-petua Untuk Wanita mengandungi beberapa petua

tradisional khusus untuk wanita serta sesuai dijadikan panduan setiap

masa. Memandangkan wanita berperanan besar dalam menguruskan

rumah tangga, kesihatan seisi keluarga dan sebagainya, petua-petua di

dalam buku ini adalah amat berguna dan boleh dijadikan sebagai amalan

dalam kehidupan seharian. Petua yang terdapat di dalam buku ini adalah

berkaitan panas pada bayi, kelumpuhan, mandul, sakit wanita,

menghilangkan jerawat, menyuburkan rambut, menjaga suara dan

sebagainya. Walaupun buku ini diterbitkan khusus untuk wanita tetapi ianya

sesuai juga dibaca oleh lelaki kerana di dalam buku ini diselitkan juga

beberapa petua untuk golongan lelaki. Buku ini sesuai dimiliki oleh semua

individu dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa dan

tenang.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 19: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

17

RICHARD TAN & K.C SEE

201 Simple Ideas to Make More $$$ in Network Marketing

Kuala Lumpur : AsiaMLM.com, 2008. 2nd ed.

ISBN 978-983-99440-7-5

The network marketing industry is the fastest growing business in the world

today. It is no longer the perception of selling goods such as shampoo and

fabric detergent from door to door. Network marketing is a paradigm shift

in terms of how products are distributed to the consumers, bypassing the

middleman in the traditional channels by going direct to the consumers.

Consumers will get a unique and better quality products at a reasonable

price. It is also a great opportunity to build a global business. Definitely, it

requires a certain amount of focus and discipline in order to reap success.

Some guidelines can be found in this book discussing on how to be involved

in this industry.

AHMAD MARZUKI ISMAIL

Ada Semangat?: Motivasi Diri dalam Kokurikulum

Shah Alam, Selangor : Karisma Pub., 2008.

ISBN 978-983-195-307-5

Buku ini adalah kesinambungan daripada penerbitan terdahulu tentang

kegiatan kokurikulum. Penulis menerangkan tentang bagaimana seseorang

pelajar harus mempunyai motivasi diri dalam membuat sebarang tindakan

atau perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian terutama di

sekolah. Ini kerana sebahagian besar masa pelajar dihabiskan di sekolah

termasuk juga dalam aktiviti kokurikulum. Antara topik yang dibincangkan

oleh penulis adalah mengenai motivasi di peringkat sekolah dan pengaruh

untuk mencapai matlamat memotivasikan pelajar, dalam kegiatan

kokurikulum, kehidupan pelajar, pembentukan sahsiah pelajar dan

memotivasikan pelajar dalam membuat keputusan bagi melahirkan pelajar

cemerlang.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 20: Buletin Pustaka 2:Layout 1

18SARI PUSTAKA

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Akauntabiliti Sebagai Mahasiswa Islam

Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan :

Universiti Sains Islam Malaysia, 2007.

ISBN 978-983-2950-59-2

Mahasiswa memerlukan kekuatan dan sokongan bagi melahirkan generasi

celik ilmu dan tinggi nilai peribadinya. Justeru itu, buku ini menjelaskan

tentang pentingnya elemen akauntabiliti dalam diri seseorang mahasiswa

Islam. Di samping itu, buku ini juga mengemukakan nilai-nilai murni lain

yang sewajarnya didalami oleh seorang siswazah dan menjauhi segala sifat

mazmumah. Seterusnya buku ini melebarkan perbincangan berkaitan

dengan pelbagai disiplin ilmu sebagai khazanah ilmiah untuk mahasiswa

Islam.

ABDUL HADI AWANG

Beriman Kepada Qadak dan Qadar

Selangor : PTS Pub., 2008.

ISBN 13-978-983-192-198-2

Buku ini mengupas persoalan hidup manusia yang bergantung pada

ketetapan yang maha pencipta. Sebagai Muslim, yakin dan percaya kepada

qadak dan qadar adalah salah satu daripada rukun iman. Beriman kepada

qadak dan qadar tidak menjadikan insan lemah dan malas, malah mampu

meningkatkan lagi produktiviti hidup. Di samping itu, ia menaikkan martabat

manusia ke peringkat iman yang tertinggi. Antara perkara-perkara yang

dibincangkan adalah mengenai baik dan buruk berkaitan qadak dan qadar,

orang kafir berhujah tentang qadar serta hubungan antara akidah dengan

ibadah dan akhlak. Buku ini diolah semula dengan pendekatan moden dan

dikuatkan dengan nas-nas al-Quran dan hadis.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 21: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

19

AMINA NOOR

Bimbingan Mengenal Diri untuk Remaja

(Siri motivasi dan kecemerlangan Utusan)

Kuala Lumpur : Utusan Pub., 2008.

ISBN 978-967-61-2110-X

Manusia sebagai makhluk terbaik yang dicipta Allah SWT

bertanggungjawab terhadap segala daya usaha, amalan, perbuatan dan

tindak-tanduk yang dilakukannya. Justeru itu, untuk menjadi remaja Islam

yang cemerlang dan terbilang, penekanan terhadap pengetahuan, amalan

dan pembelajaran harus dititikberatkan sejak dari awal lagi. Memandangkan

senario gejala sosial yang melingkari dunia remaja hari ini semakin tidak

terkawal, motivasi dan amalan beragama yang berterusan harus

dipertingkatkan dari hari ke hari agar mereka membesar menjadi remaja

yang beriman dan kuat pendiriannya serta berilmu dunia dan akhirat. Buku

ini yang memberi motivasi kepada pembaca sangat sesuai dibaca oleh

remaja Islam agar mereka mengenali diri dan seterusnya membesar

sebagai Muslim sejati.

ABDUL HADI AWANG

Fahaman & Ideologi Umat Islam

Batu Caves, Selangor : PTS Islamika, 2008.

ISBN 978-983-192-210-1

Buku ini menghimpunkan mazhab-mazhab akidah umat Islam di seluruh

dunia dan pecahan-pecahan kecilnya. Turut dimuatkan ialah sejarah

berlakunya perpecahan, pengasas mazhab tersebut serta ajaran-ajaran

tradisional dan moden yang bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.

Buku ini turut menyelitkan informasi tambahan yang berkaitan dengan topik

untuk membantu pemahaman pembaca. Buku ini boleh dijadikan rujukan

bagi pembaca yang ingin mengetahui tentang anutan dan aliran pemikiran

masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah SAW.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 22: Buletin Pustaka 2:Layout 1

20SARI PUSTAKA

KHAIRUL ANUAR MOHAMMAD

Internet untuk Semua

Selangor : Venton Pub., 2008.

ISBN 978-967-5065-15-6

Penulis buku ini ingin menekankan bahawa penggunaan internet itu boleh

dipelajari dengan mudah oleh semua lapisan masyarakat. Perbincangan

buku ini dimulakan dengan pengetahuan asas seperti cara sambungan

internet, seterusnya cara menggunakan pelayar web, teknik mencari

maklumat menggunakan enjin carian, berkomunikasi, muat turun fail,

berbual hinggalah berurusniaga melalui internet. Setiap topik disertakan

dengan paparan langkah demi langkah gambar rajah paparan skrin bagi

memudahkan kefahaman pembaca. Latihan pengetahuan juga disertakan

bagi memastikan pembaca benar-benar faham dengan topik yang

diutarakan penulis.

AHMAD MARZUKI ISMAIL

Kurang Berdisiplin? : Anda Boleh Mengubahnya

Shah Alam : Karisma Pub., 2008.

ISBN 978-983-195-318-1

Disiplin diri amat penting dan perlu dibentuk secara terancang semenjak

dari awal lagi. Untuk mencapai kecemerlangan disiplin pelajar pada masa

sekarang, peranan ibu bapa dan guru amat penting di samping pengaruh

rakan sebaya. Menjadi seorang pelajar yang cemerlang, seseorang itu

perlu memahami keperluan disiplin diri. Individu tidak akan berjaya

sekiranya aspek ini diabaikan. Buku ini menggariskan beberapa perkara

yang boleh dijadikan panduan oleh semua pelajar. Antaranya memahami

keperluan disiplin, pembinaan disiplin diri dan belajar cara

memperkukuhkan disiplin. Selain itu, disiplin diperlukan dalam

pembelajaran apatah lagi ketika menghadapi ujian dan peperiksaan.

Disiplin juga amat dititikberatkan dalam aspek penampilan individu itu

sendiri. Mendengar dan bertutur juga memerlukan disiplin supaya dapat

membantu individu berhadapan dengan sesuatu keadaan. Akhir sekali

disiplin diri dalam bertindak perlu berdasarkan arahan, pesanan dan nasihat

yang diberikan oleh ibu bapa serta guru di sekolah.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 23: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

21

CHAMIL WARIYA

Malaysia : 50 Fakta Asas Kenegaraan

Kuala Lumpur : Media Global Matrix, 2007.

ISBN 978-983-42919-7-6

Setelah 50 tahun mengecapi kemerdekaan, banyak perubahan telah

berlaku terutama pembangunan dan kemakmuran yang dimiliki pada masa

sekarang. Namun, perlulah kita semua menghayati bagaimana sejarah

negara kita terbina melalui perspektif yang betul. Bangsa Melayu

merupakan golongan majoriti dan dominan memainkan peranan yang

penting dalam pembentukan negara Malaysia. Justeru, beberapa prinsip

dan fakta perlu diketahui dengan jelas supaya tidak menimbulkan salah

faham pada masa hadapan. Pemahaman yang menyeluruh terhadap

kedudukan dan kepentingan bangsa Melayu merupakan fakta yang wajib

diketahui oleh semua rakyat. Berdasarkan buku ini, beberapa faktor

dikupas dan diterangkan bagi dijadikan rujukan yang paling sesuai untuk

generasi masa kini. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu tahu mengenai asas

kenegaraan, institusi pemerintahan dan lambang kebangsaan.

MALIKE BRAHIM

Mengurus Konflik

Petaling Jaya : IBS Buku, 2008.

ISBN 978-967-950-258-9

Wujud persepsi bahawa konflik adalah suatu yang negatif kerana

menimbulkan kesan seperti perpecahan, kekecewaan, pergaduhan dan

kekalahan. Dalam erti kata lain, ianya dilihat sebagai pertelingkahan dan

persaingan di antara dua atau lebih pihak. Konflik adalah sebahagian

daripada kehidupan kita kerana walaupun tidak berkonflik dengan sesiapa

di sekeliling kita ataupun di tempat kerja, konflik juga boleh berlaku dalam

diri kita sendiri. Buku ini membincangkan pendekatan serta strategi

menguruskan konflik dan bagaimana mengubah sesuatu konflik yang

bersifat negatif menjadi positif. Perbincangan juga turut menyentuh

mengenai jenis, sumber dan proses konflik yang boleh dilihat daripada

pelbagai perspektif. Buku Mengurus Konflik ini selain sesuai sebagai

bacaan umum juga sesuai dijadikan rujukan asas di kalangan pelajar

institusi pengajian tinggi.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 24: Buletin Pustaka 2:Layout 1

22SARI PUSTAKA

WAN MOKHTAR AHMAD

Muzakkirah : Sebuah Autobiografi Suku Abad

Menerajui Kerajaan Terengganu

Kuala Lumpur : Utusan Pub., 2008.

ISBN 978-967-61-2107-X

Muzakkirah bermaksud ‘kenangan yang panjang” bukan sahaja

merakamkan data yang bernilai sejarah, malah buku ini mempunyai nilai

motivasi yang dapat mendorong khalayak meneguhkan iltizam dalam

melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah. Buku ini merupakan

rakaman jejak kepimpinan tokoh Islamis, Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Wan

Mokhtar Ahmad sejak era kanak-kanak sehingga ke peringkat profesion

terakhirnya sebagai duta. Selama 25 tahun sebagai tonggak kerajaan

negeri bukanlah calang-calang tempoh yang dapat dipertahankan oleh

mana-mana ahli politik. Selain itu, autobiografi ini merangkumi sari pati

formula kejayaannya menerima mandat rakyat dalam tempoh yang lama.

Oleh yang demikian, para pemimpin muda harus menjadikan buku ini

sebagai rujukan dan contoh bagi memotivasikan diri masing-masing.

AHMAD ZAWAWI ABDULLAH

Panduan Merancang Keluarga Bahagia

(Siri motivasi dan kecemerlangan utusan)

Kuala Lumpur : Utusan Pub., 2008.

ISBN 978-967-61-2109-6

Buku Panduan Merancang Keluarga Bahagia mengemukakan pelbagai

cara yang mampu mewujudkan suasana bahagia dalam keluarga dengan

melibatkan bukan sahaja pasangan suami isteri, malah boleh disertai oleh

anak-anak. Dengan terpancarnya sinar kebahagiaan dan kemesraan antara

pasangan suami isteri, jiwa anak-anak akan tertarik untuk sama-sama

memupuk kebahagiaan keluarga. Buku ini turut memperincikan perkara

yang perlu dan tidak perlu dilakukan dalam membina dan memastikan

kebahagiaan rumah tangga berkekalan. Buku ini sesuai dan wajar dibaca

oleh bakal pengantin, pasangan yang baru atau telah lama berumah tangga

serta individu yang mahu menambahkan ilmu pengetahuan berhubung

kekeluargaan.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 25: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

23

BADARUDDIN MOHAMED

Pelancongan Lestari

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

ISBN 978-983-62-9073-1

Buku ini membincangkan mengenai pelancongan lestari di Malaysia.

Penulis telah mengupas mengenai maksud sebenar pelancongan lestari di

mana ia dilihat dari pelbagai perspektif seperti alam sekitar, sosial dan

ekonomi. Antara jenis pelancongan yang sering dikaitkan dengan prinsip

lestari adalah ekopelancongan, pelancongan luar bandar dan pelancongan

tani. Konsep pelancongan lestari juga turut diketengahkan oleh penulis.

Buku ini juga turut memberi pendedahan umum terhadap prinsip-prinsip

lestari yang perlu dilaksanakan dalam merangka program atau

pembangunan lestari untuk menjaga keutuhan sumber alam sekitar yang

menjadi asas pelancongan di Malaysia.

ABDUL GHANI OTHMAN

Pembangunan Holistik : Dimensi Kebudayaan

Kuala Lumpur : MPH Group Pub., 2008.

ISBN 978-983-3698-70-7

Buku ini mengandungi koleksi 21 teks ucapan berkenaan kebudayaan oleh

penulis yang tidak asing lagi dalam pemerintahan kerajaan khususnya di

negeri Johor. Selaku Menteri Besar, beliau mahu negeri yang diterajuinya

membangun secara holistik. Holistik bermaksud menyeluruh. Beliau

berpendapat bahawa pembangunan negeri perlu mempunyai elemen

ketakwaan iaitu mental, spiritual, masyarakat, infrastruktur, ekonomi dan

kebudayaan. Kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Johor berjaya

menyelamatkan warisan negara seperti menghidupkan tarian zapin Melayu

dengan menyelidik dan mendokumentasi tarian tersebut bagi rujukan dan

tatapan generasi akan datang.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 26: Buletin Pustaka 2:Layout 1

24SARI PUSTAKA

AINON MUHAMMAD

Psikologi Orang Berjaya : Ketahui Ciri-Ciri Jiwa dan Cara Berfikir

Manusia Berjaya

Kuala Lumpur : PTS Profesional Pub., 2008.

ISBN 978-983-3586-67-7

Pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan tidak dapat menjamin

seseorang itu benar-benar berjaya dalam kehidupannya. Ramai di antara

tokoh-tokoh terkenal sama ada saintis ataupun ahli akademik bukan berasal

dari kalangan golongan yang mempunyai IQ yang tinggi. Contohnya Albert

Einstein dan Prof. DiRaja Ungku Aziz yang merupakan pelajar biasa di

zamannya, manakala Encik Ramly Mokni hanya mempunyai SPM sahaja

untuk menjadi pengeluar burger terbesar di Malaysia. Buku ini

menerangkan untuk menjadi orang yang berjaya, kekuatan dan kemahiran

untuk dimanfaatkan dalam aspek psikologi amat penting dalam diri setiap

individu dalam usaha mencapai kejayaan. Dorongan dalaman, kemahiran

komunikasi dan juga penampilan menarik seseorang merupakan aspek

yang amat penting mendorong kejayaan.

ZAKARIA BIN ABDULLAH

Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu

Kota Bharu : D Warisan Darul Naim, 2008.

ISBN 978-983-434-340-8

Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu adalah sebuah buku yang

menceritakan tentang sejarah senjata warisan Melayu seperti keris, badik,

pisau serta lawi ayam di mana ianya mempunyai pelbagai jenis nama yang

unik. Buku ini turut memaparkan lakaran pelbagai senjata Melayu serta

gambar foto berwarna dengan pelbagai bentuk dan rekaan. Pengarang juga

menggunakan bahasa yang dicampur dengan puisi Melayu lama sesuai

dengan isi buku ini berkenaan Warisan Melayu. Segala rahsia senjata

dikupas berdasarkan seni bentuk, tanda-tanda, besi dan pamor. Ianya dapat

memberi pengetahuan kepada peminat senjata Melayu serta generasi

muda untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan senjata warisan

Melayu.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 27: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

25

SEGAR, SUNTHARA

Rahsia Mengurus Insurans Hayat : Panduan Mengurus Risiko

Peribadi dengan Insurans Hayat

Kuala Lumpur : PTS Professional, 2008.

ISBN 978-983-3586-70-7

Buku ini bertujuan mendidik dan memberi maklumat kepada mereka yang

berminat menguruskan risiko dengan insurans hayat. Pembaca didedahkan

mengenai cara merancang, memahami dan memantau sendiri polisi yang

dipilih. Pengarang juga menerangkan cara memilih polisi yang sesuai,

mengelakkan daripada terpengaruh dengan pujukan ejen dan membeli

polisi yang tidak diperlukan dan sebab-sebab tuntutan tidak diluluskan.

Turut disertakan ialah cara pengiraan jumlah perlindungan asas yang

diperlukan, insurans sebagai dana pendidikan juvenil, cara membuat aduan

dan tuntutan serta panduan memilih penasihat insurans.

ONG, HEAN CHOOI

Rempah Ratus : Khasiat Makanan & Ubatan

Kuala Lumpur : Utusan Pub., 2008.

ISBN 978-967-61-2105-3

Semenjak dari dahulu penggunaan rempah ratus amat sinonim dalam

kehidupan masyarakat negara ini. Masyarakat di dunia pula tidak

ketinggalan menggunakan pelbagai jenis rempah ratus terutama dalam

menyediakan masakan seharian mereka. Penggunaan rempah ratus yang

tertentu dapat menambahkan lagi perisa dalam makanan yang disediakan.

Namun, apa yang dapat dalam buku ini mampu memberikan pengetahuan

yang lebih dalam penggunaan dan fungsi sebenar rempah ratus. Selain

terkenal sebagai bahan perasa makanan, rempah ratus juga mampu

menjadi bahan ubatan dikenali sebagai herba. Maklumat yang diberikan

dalam buku ini mampu dijadikan rujukan berharga kepada setiap

pembacanya. Hampir kesemua rempah ratus yang dibincangkan adalah

bahan-bahan yang senang dan mudah didapati di sekeliling kita.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 28: Buletin Pustaka 2:Layout 1

26SARI PUSTAKA

AMMAR HASSAN, DHARMALA N.S

Sempena Jubli Emas Merdeka : 100 Tokoh Malaysia

Kuala Lumpur : Kantung Network, 2007.

ISBN 978-983-43314-4-3

Penyelenggaraan buku ini berdasarkan sumbangan tokoh-tokoh terbabit

menerusi bidang masing-masing serta kriteria tertentu yang mewajarkan

mereka diangkat sebagai tokoh. Tokoh-tokoh yang diperkatakan adalah

terdiri dari tokoh pimpinan wanita, tokoh penggerak ekonomi, tokoh korporat

Malaysia, tokoh nasionalisme pembangkang, tokoh aktivis politik, tokoh

persuratan Melayu, tokoh ulama, tokoh sukan, tokoh individu

berketrampilan serta tokoh pimpinan negara. Menyusuri perjalanan tokoh-

tokoh terbabit yang penuh warna-warni mampu membawa pembaca

terutama generasi muda memahami sejarah awal negara dan kebanyakan

tokoh yang dipaparkan sesuai dijadikan contoh dan idola mereka. Buku ini

sesuai dijadikan rujukan bagi penulisan yang lebih lengkap sebagai bahan

sejarah kebanggaan generasi akan datang.

Solat Diterima Solat Ditolak Allah SWT

Kuala Lumpur : Progressive Pub., 2008.

ISBN 978-983-3171-62-0

Solat adalah sebuah tali perhubungan yang kuat antara seorang hamba

dengan Tuhannya. Hubungan yang mencerminkan kehinaan hamba dan

keagungan Tuhan ini bersifat secara langsung dan tanpa perantara. Dalam

bahasa, solat bererti doa. Sedangkan menurut pengertian agama, solat

adalah ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan

diakhiri dengan salam mengikut tertib dan niat tertentu. Dalam Islam solat

diletakkan dalam kedudukan yang tinggi dan tiada bandingan. Buku ini

sangat menarik dan mudah difahami kerana penyusun naskah ini telah

mengungkap secara mendalam tentang solat yang dilengkapi dengan

firman Allah dan hadis-hadis sahih. Petikan ayat-ayat dari al-Quran yang

dilampirkan juga telah menguatkan lagi isi kandungan buku dan sangat

sesuai dijadikan rujukan pada semua umat Islam.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 29: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

27

LAI, CHIAN JONG

Suara dari Rimba

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

ISBN 978-983-62-9782-2

James Rich menjalankan tugasan penting; menjejak dan menemu bual

lakei rimba yang dipercayai menghasut kaum Penan di Sarawak

menentang pembangunan. Dalam tugasan ini, pelbagai rintangan dihadapi

apabila dia terpaksa meredah hutan belantara dan berhadapan dengan

tentangan daripada kaum Penan. Pengalaman telah banyak membantu

James Rich merakam “suara” dari rimba ini. Mengapakah kaum Penan

begitu menyanjung Brueno Mansel (lakei) sehingga sanggup

mempertahankannya daripada ditangkap pihak berkuasa? Apakah benar

kaum Penan menolak pembangunan dan selesa hidup seperti sediakala di

dalam hutan? Banyak lagi persoalan akan terjawab dalam Suara dari

Rimba, karya Jong Chian Lai, penerima S.E.A Write Award 2006.

MOHAMED IZAM MOHAMED IBRAHIM...[et. al]

Swapengubatan dan Anda

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

ISBN 978-983-62-9808-9

Swapengubatan bermaksud pengambilan ubatan yang dikendalikan sendiri

oleh pengguna tanpa merujuk kepada pakar perubatan dan pengguna

hanya mendapatkan ubatan yang diperlukan di kaunter sahaja. Melalui

konsep swapengubatan ini, buku ini secara khusus membicarakan tentang

panduan berkaitan kesihatan dan penggunaan ubatan bagi menangani

masalah kesihatan harian yang mana ia menyentuh mengenai peranan

utama individu dalam aktiviti penjagaan kendiri. Buku ini mengandungi 13

bab yang membincangkan tentang kesihatan, penyakit, punca serta tanda-

tanda sesuatu penyakit. Buku ini juga menerangkan tentang cara rawatan

yang diperlukan serta cara pencegahan dalam mengatasi sebarang

penyakit. Buku ini sesuai untuk bacaan umum serta mereka yang terlibat

dalam bidang kesihatan.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 30: Buletin Pustaka 2:Layout 1

28SARI PUSTAKA

NIK ANUAR NIK MAHMUD, MOHD. ZAMBERI A. MALEK

Tamadun dan Sosio-Politik Melayu Patani

Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 2007.

ISBN 978-983-2140-09-2

Buku ini mengandungi 15 artikel ilmiah yang dihasilkan oleh para pengkaji

tentang Patani. Buku ini membincangkan tentang sejarah Patani bermula

dari zaman prasejarah, pertumbuhan tamadun dan kebudayaan zaman

moden, tokoh-tokoh Melayu Patani, dan sosiopolitik masa kini. Penghasilan

buku ini diharapkan dapat membetulkan salah faham masyarakat tentang

bangsa Melayu di utara Semenanjung Malaysia. Melayu Patani dirujuk

dengan pelbagai nama seperti orang-orang Islam Selatan Thai, masyarakat

minoriti Islam Thailand, penduduk sempadan Selatan, masyarakat Islam

Selatan dan lain-lain. Konflik dan pergolakan yang berlaku di wilayah Patani

sering dipaparkan media dan antara yang paling menyayat hati ialah

peristiwa Tabal pada bulan Ramadan 2004. Justeru dengan memahami

sejarah kita akan berasa Melayu Patani itu dekat dihati kita dan merasai

penderitaan mereka.

RUKAYAH AMAN

Tanaman Berkhasiat Ubatan

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

ISBN 978-983-62-9239-1

Buku Tanaman Berkhasiat Ubatan dihasilkan adalah untuk memberi

maklumat berkenaan khasiat tanaman ubatan di persekitaran kita. Buku ini

menerangkan nama-nama biasa, nama botani atau nama sains dan famili

bagi setiap jenis tanaman untuk memudahkan kefahaman pembaca. Selain

itu, buku ini turut menerangkan khasiat tanaman ubatan yang terdapat

disekeliling kita. Setiap spesis tanaman disertakan maklumat tentang

khasiat dan diserikan lagi menerusi gambar berwarna untuk membantu para

pembaca mengenali dengan lebih mendalam jenis-jenis tanaman tersebut.

Buku ini sesuai dimanfaatkan oleh setiap golongan masyarakat yang ingin

tahu dan mencuba sendiri khasiat dan kesan tanaman atau bahagian-

bahagian tanaman yang diterangkan. Buku ini juga sesuai sebagai rujukan

kepada para pengamal perubatan tradisional bagi menambah lagi ilmu

pengetahuan yang sedia dimiliki.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 31: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

29

YATIMAH SARMANI, MOHD. TAJUDDIN NINGGAL

Teori Kaunseling al-Ghazali

Selangor : PTS Pub., 2008.

ISBN 978-983-192-367-2

Pada asalnya buku ini adalah tesis penulis bagi memenuhi keperluan

bergraduan Ijazah Doktor Falsafah Bimbingan dan Kaunseling. Penulis

mengetengahkan teori kaunseling berlandaskan Islam bagi memenuhi

keperluan pengamal kaunseling yang hanya mempelajari kaunseling

berasaskan teori Barat sehingga kaunselor muslim terpaksa membuat

penyesuaian teori kaunseling dengan ilmu agama yang ada pada diri

kaunselor masing-masing bagi memenuhi keperluan kaunseling

berlandaskan Islam. Tiga topik utama yang dibincangkan di dalam buku ini

ialah model kaunseling berasaskan sifat-sifat manusia, persamaan dan

perbezaan teknik kaunseling serta langkah-langkah dan prasyarat

kaunseling model al-Ghazali. Justeru penghasilan buku ini boleh dijadikan

panduan kepada kaunselor muslim dalam menjalankan tugas mereka

dengan lebih berkesan.

SAPORA SIPON, RUHAYA HUSSIN

Teori Kaunseling dan Psikoterapi

Negeri Sembilan : Universiti Sains Islam Malaysia, 2008.

ISBN 978-983-295-066-0

Buku ini membincangkan tentang teori kaunseling yang digunakan oleh

pengamal kaunseling dalam menjalankan tugasnya. Teori yang

dibincangkan adalah teori psikoanalitik, gestalt, rasional emotif tingkah

laku, teori realiti, teori analisis transaksional, teori tingkah laku dan teori

pemusatan insan. Buku ini juga turut memuatkan mengenai pendekatan

kaunseling yang semakin mendapat perhatian seperti terapi Asia, terapi

elektrik teknikal serta pendekatan Islam dalam kaunseling dan psikoterapi.

Buku ini amat sesuai sebagai rujukan kepada ahli psikologi, pengamal

kaunseling serta pelajar institut pengajian tinggi dalam bidang kaunseling.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 32: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SAAT SULAIMAN

Usahawan Cemerlang : Tip dan Panduan Keusahawanan

Kuala Lumpur : Utusan Pub., 2008.

ISBN 978-967-61-2118-5

Usahawan Cemerlang merupakan salah satu buku di bawah Siri Motivasi

dan Kecemerlangan Utusan yang khusus kepada konsep pemikiran positif

dalam mencapai matlamat diri dan masyarakat. Buku ini dihasilkan adalah

untuk membantu usahawan dan peniaga Melayu agar lebih maju dalam

perniagaan. Ianya fokus dalam menyerlahkan keunggulan personaliti dan

menghasilkan kecemerlangan dalam perhubungan dengan diri sendiri dan

masyarakat. Antara kandungan yang dikupas penulis adalah mengenai

langkah yang perlu dilakukan usahawan untuk berjaya serta

menitikberatkan aspek-aspek kesalahan dan kelemahan. Konsep dan

teknik motivasi untuk kecemerlangan yang ditekankan oleh penulis

merupakan idea dan panduan praktik kepada para peniaga. Penulis juga

memberi pelbagai panduan sekaligus mendidik peniaga menjadi usahawan

yang cemerlang di dunia dan akhirat.

30SARI PUSTAKA

NOR AINI HAJI IDRIS

Wanita dan Pembangunan Ekonomi

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

ISBN 976-983-62-9862-1

Buku ini membincangkan tentang penglibatan wanita di dalam

pembangunan sektor ekonomi negara yang meliputi sektor pertanian,

perindustrian dan perkhidmatan yang mana penglibatan wanita dalam

pasaran buruh mengikut sektor adalah selari dengan perubahan struktur

ekonomi negara. Buku ini juga memuatkan sejarah penglibatan kaum

wanita dalam aktiviti ekonomi serta isu-isu berdasarkan kepada kajian kes

yang telah dibuat oleh penulis. Di samping isu-isu khusus mengenai wanita

dan ekonomi, buku ini turut membincangkan mengenai kemiskinan,

keusahawanan dan jurang digital yang berlaku kepada golongan wanita.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 33: Buletin Pustaka 2:Layout 1

SARI PUSTAKA

31

HAZIRA, HEIDI

Yoga Terapi bagi Mental dan Fizikal

Kuala Lumpur : Utusan Pub., 2008.

ISBN 978-967-61-2098-7

Penulis buku ini merupakan pengajar yang aktif dan berpengalaman

mengajar yoga serta memiliki Sijil Jurulatih. Kandungan buku ini

meliputi tentang sejarah yoga, panduan diet, asas-asas yoga, kaedah

membentuk tubuh seperti anggota lengan, pinggang, perut, punggung,

payudara dan kaki. Buku ini sesuai dijadikan rujukan utama bagi

sesiapa yang berminat melakukan senaman ini di rumah kerana ianya

dilengkapkan dengan gambar berwarna dan penerangan bagi setiap

gerakan yoga. CD percuma turut disertakan bagi setiap pembeli buku

ini untuk memudahkan kefahaman pembaca membuat pergerakan

yoga sendiri.

BENG, TAN TECK, SEE, K.C

You Can Create Wealth

Kuala Lumpur : Authorwork, 2008.

ISBN 978-983-42804-1-3

This book is based on the most popular financial seminar in Asia. Many

people have attended this life-changing seminar over the last ten years and

now it is available in a book. It gives the tools to move toward securing the

Two Pillars of Financial Happiness – creating money making machine and

securing our income. It also helps to indentify our passion, values, money,

beliefs and fears and how to get out from our comfort zone. This book is

dedicated to all sorts of people that willing to overcome their negative

mindset that can lead to self-development and happiness.

Sinopsis Buku

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 34: Buletin Pustaka 2:Layout 1

32SARI PUSTAKA

A. P. Rifal. Ada apa pada nama?. Seri Kembangan, Selangor : Penerbitan PCT, 2008.ISBN 978-983-3577-79-8

Ahmad Marzuki Ismail. Tidak cukup masa? Bagaimana menghargainya. Selangor : Karisma Pub.,2008. ISBN 978-983-1953-16-7

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. Dakwah masyarakat orang Asli negeri Pahang. Selangor : KarismaPublications, 2008. ISBN 978-983-1953-56-3

Album makanan makanan tinggi goitrogen dan makanan tinggi iodin. Kuala Lumpur : KementerianKesihatan Malaysia, 2008. ISBN 978-983-3887-07-1

Alis Puteh. Kajian tindakan di sekolah : definisi, proses dan cabaran. Kedah : Pure Honey Enterprise,2008. ISBN 978-983-4378-30-1

Azizan Bukhari. Pemasaran pelbagai aras : multi level marketing : satu kerjaya gemilang. Selangor :Pekan Ilmu Publications, 2008. ISBN 978-983-3385-92-8

Chong, Wai Leng. Learning beyond schooling : bringing out children’s true potential. Subang Jaya,Selangor : Pelanduk Publications, 2008. ISBN 978-967-9789-53-9

Choong, Kwai Fatt. How to fill in your income tax Form B & Form BE. (4th Ed.) Kuala Lumpur :Infoworld, 2008. ISBN 978-983-9526-44-8

Dato’ Rusly Abdullah. Aku tak nak miskin: manifesto Melayu untuk merdeka. Kuala Lumpur : Al-AmeenServe Holdings, 2008. ISBN 978-983-3991-43-3

Governance and leadership in higher education. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia,2008. ISBN 978-983-8613-43-9

Indrawan Muhammad Yatim. Mengangkasa revolusi Melayu & orde baru dunia. Kuala Lumpur : InterPerfection Resources, 2008. ISBN 978-983-4379-30-8

Ismail Said. Dr. Burhanuddin Al-Helmi: pejuang Melayu sejati. Selangor : Karisma Publications, 2008.ISBN 978-983-195-372-3

Muhamad Surur, Iszamli Jailani. Panduan mengurus makmal ICT. Kuala Lumpur : PTS ProfessionalPub., 2008. ISBN 978-983-3586-63-9

Omardin Ashaari. Sistem politik dalam Islam. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,2008. ISBN 978-983-9878-93-6

Osman Bakar. Tawhid and science: Islamic perspectives on religion and science. Selangor : ArahPendidikan, 2008. ISBN 978-983-3718-35-1

Pandangan dunia : strategi global bagi ekonomi baru = world view : global strategies for the neweconomy. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2008. ISBN 978-983-068-272-3

Penyembuhan penyakit kaedah bekam cara Rasulullah s.a.w. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publications,2008. ISBN 978-983-0998-25-1

Samir Muhazzab Amin , Winny Abdul. Kemahiran asas dalam praktis kerja sosial. Seri Kembangan,Selangor : Baraplas Kreatif Enterprise, 2008. ISBN 978-983-4388-50-8

Zainudin Hashim. Masyarakat tonggak kekuatan ummah. Kuala Lumpur : Pustaka Yamien, 2008. ISBN 978-967-5024-47-4

JUDUL – JUDUL BARU YANG DIPEROLEHI

Judul-Judul Baru Yang Diperolehi

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 35: Buletin Pustaka 2:Layout 1

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 36: Buletin Pustaka 2:Layout 1

TERBITAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

,YldaiJ f{pja- fV:lja

ADAB RAJA-RAJA ISBN : 978-967-931-210-2

Buku ini merupakan buku yang keenam di ooWdh projek Muaiim Tamu di Pusal Man~ Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia hasil kaiian oIeh Profesor Ementus DalIA< Dr, Mch:l. Taib Osman. Adab RaJa·raja InI merarwJkumi kailan yang meiootkan sistem pemer1nta1'W1 feudal dengan eli tersendiri dalam sistem itu. Raja adalah ketua dan memlUlY3i kuasa ~ ke alas semua rakyat di bawah ooginda, Namun keda.tangan Islam ke atam Melayu teiah mengangkal status quo rala·raja Melayu ke tempat yang IeI)h tinggl maka lebih dlrooliakan kerana Islam menen\tJ!an raja acIa~ pemimpin yang wajib dipaluti rakyatrrya. PeroertX1an buku iri merupakoo salah satu usOOa Perpustakaan Negara Malaysia dat<rn memartaba1l<an fM'luskrip Melayu seba.gai warisan dokumen negara yang penting untuk dipelihara dan seterusnya dapat disemai dan dilestarikan Ilrru;aIQ lerkandung <II dalamrrya kepacIa masyarakat

KATAlOG MANUSKHIP MELAYU MIKROFILEM TAM BAHAN KEOUA ISBN : 978-967-931-215-7

Katalog ini merupakan kesnamburgan kepada keh.aan pertama yang d~eI'bitkan pada tahoo 1989. Katalog InI merryenaraikan semua maruskrlp Melayu mNufiem yang tersimpan dalam mIeksi Pusal Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia yang diperUehi dari tahJn 1988 hingga 2007, ~ 813 ;x1u1 manusksip Melayu dalam beotuk mikromem terXarrlJng dat<rn katalog Inl yang sesuaI un\U( ru,-,kan para penyelk:lii\, pe~ar dan I'xIMdu yang Ilermnat .

Bolch d~1 1 d ........ -----------------IIAIWiWI PE'-ElIIIITAN

:!""';;:;-~;;,i .. ;;"";;.;;;··'''s. , No, Faks: 03·26810632 E·rneI: tertltanOpnm,my

GAI.El':1 BUKU DiBMM (Dewan IndIlS1r1 BU<lI Melayu Malaysia) --PerpustaI<aan Negara Malaysia 232, JaIan Tun flIW<; 50572iO.W.A l~ No, TIM. & No. Falls: 03·26984698

o ~ Negara Malaysia, 200EI ---232, JaIiIn Tun flazak. 505n KUAlA Wt.l'lll TIM, : 03-2687 1700 Falls: 03·2W( 2~90

lamanWeb :w..w.pnm,my

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2008 – Perpustakaan Negara Malaysia