buletin persatuan pendidikan sains dan matematik johor ... · pdf filepandangan dan fikiran...

17
Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015 ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 1 BULETIN PERSATUAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK JOHOR RENCANA PENYUNTING Alhamdulillah, syukur kerana sekali lagi Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor (PPSMJ) telah berjaya menerbitkan Buletin Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 26, Bil 1 bagi tahun 2016. Dengan terbitnya buletin ini, pandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ramai. Semoga kandungan Buletin PPSMJ kali ini sedikit sebanyak boleh memberi manfaat kepada semua pembaca. Seterusnya kami berharap akan dapat mengeluarkan buletin ini di masa akan datang. Bagi mencapai maksud ini, pihak kami mengalu-alukan sumbangan penulisan daripada orang ramai. Sumbangan penulisan boleh terdiri daripada; i. Rencana dan laporan penyelidikan ii. Ulasan penulisan sorotan kajian iii. Sebarang penulisan berkenaan dengan pendidikan sains dan matematik, sains komputer dan teknologi Penulis-penulis yang ingin memuatkan hasil penulisan masing-masing boleh menghantarkannya ke alamat berikut; Ketua Penyunting, Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor Bahru, Johor. Semoga usaha dan sumbangan saudara/i akan dapat dimanfaatkan bagi kemajuan dan kecemerlangan pendidikan sains dan matematik tanahair. Akhir sekali, pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada penulis-penulis yang telah menyumbangkan artikel dan juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan buletin ini.

Upload: dokien

Post on 27-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 1

BULETIN

PERSATUAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK JOHOR

RENCANA PENYUNTING

Alhamdulillah, syukur kerana sekali lagi Persatuan Pendidikan Sains dan

Matematik Johor (PPSMJ) telah berjaya menerbitkan Buletin Pendidikan Sains dan

Matematik Johor, Jilid 26, Bil 1 bagi tahun 2016. Dengan terbitnya buletin ini,

pandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan

untuk pengetahuan ramai. Semoga kandungan Buletin PPSMJ kali ini sedikit

sebanyak boleh memberi manfaat kepada semua pembaca. Seterusnya kami

berharap akan dapat mengeluarkan buletin ini di masa akan datang. Bagi mencapai

maksud ini, pihak kami mengalu-alukan sumbangan penulisan daripada orang

ramai. Sumbangan penulisan boleh terdiri daripada;

i. Rencana dan laporan penyelidikan

ii. Ulasan penulisan sorotan kajian

iii. Sebarang penulisan berkenaan dengan pendidikan sains dan matematik,

sains komputer dan teknologi

Penulis-penulis yang ingin memuatkan hasil penulisan masing-masing boleh

menghantarkannya ke alamat berikut;

Ketua Penyunting,

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor,

Fakulti Pendidikan,

81310 UTM Johor Bahru, Johor.

Semoga usaha dan sumbangan saudara/i akan dapat dimanfaatkan bagi kemajuan

dan kecemerlangan pendidikan sains dan matematik tanahair. Akhir sekali, pihak

persatuan mengucapkan terima kasih kepada penulis-penulis yang telah

menyumbangkan artikel dan juga kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak dalam menyiapkan buletin ini.

Page 2: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 2

SIDANG REDAKSI

KETUA EDITOR

Dr. Corrienna Abdul Talib

Pn. Marlina Ali

EDITOR

PM Dr. Fatin Aliah Phang

Dr Johari Surif

Dr. Abdul Halim Abdullah

Dr. Norhasniza Ibrahim

Dr. Norulhuda Ismail

PENASIHAT

Prof. Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali

Prof. Madya Dr Zaleha Ismail

Page 3: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 3

PERANAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN STEM

Norazla Mustafa, Zaleha Ismail, Zaidatun Tasir, Mohd Nihra Haruzuan

Mohamad Said 5

STUDENTS’ SOCIAL PROCESSING DURING COOPERATIVE LEARNING

IN CHEMISTRY PRACTICAL WORK

Jenny Cheng Oi Lee, Mohammad Yusof Arshad 19

THE MOBILE SCIENCE LABORATORY (MSL): A SYSTEMATIC REVIEW

Nur Hazwani Zakaria, Fatin Aliah Phang, Mohamad Bilal Ali, Norazrena Abu

Samah 30

AKTIVITI PENILAIAN DALAM MAKMAL MENGGUNAKAN PETA

KONSEP DALAM MENJANA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI :

SATU KERANGKA TEORI

Intan Baizura A Ghani, Noraffandy Yahaya, Nor Hasniza Ibrahim, Mohamed

Noor Hasan 39

LEARNING CHEMICAL REACTION VIA AUGMENTED REALITY

PROGRAM

Mohd Anuar Nasri Nasir, Noraffandy Yahaya, Nor Hasniza Ibrahim, Mohamed

Noor Hasan 51

KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

Siti Salbiah Omar, Noor Dayana Abd Halim, Johari Surif, Jamalludin Harun 70

PENDIDIKAN PEMBANGUNAN LESTARI MELALUI KIMIA HIJAU

SECARA INFORMAL – CABARAN DAN PELUANG

Kartini Abdull Patah, Mohammad Yusof Arshad, Mohd Shafie Rosli, Nurbiha

A. Shukor 83

SHOULD ALGEBRAIC THINKING BE TAUGHT IN BOARDING SCHOOLS

(SBP)? : A NEED ANALYSIS

Najihah Mustaffa, Zaleha Ismail, Zaidatun Tasir, Mohd Nihra Haruzuan

Mohamad Said 98

PERBANDINGAN KAEDAH PENGAJARAN MATEMATIK SECARA KBAT

DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA: KAJIAN LITERATUR

Najiha Mohd Saimi, Abdul Halim Abdullah, Norhasniza Ibrahim 112

PEMBINAAN MODUL PRO-MC PHYSICS: FASA ANALISIS DAN REKA

BENTUK BAGI MODEL ADDIE

Nurshamela Saim, Marlina Ali, Nor Hasniza Ibrahim 129

Page 4: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 4

PROFISIENSI PERIMETER MATEMATIK MURID TAHUN EMPAT

DALAM PERIMETER MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONKRIT-

GAMBAR-ABSTRAK

Mohd Shafian Shafiee, Chew Cheng Meng 146

Page 5: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 70

KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

Siti Salbiah Omar

Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif,

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Noor Dayana Abd Halim

Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif,

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Johari Surif

Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif,

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Jamalludin Harun

Jabatan Pendidikan Sains, Matematik dan Multimedia Kreatif,

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK Masyarakat moden kini memerlukan individu yang aktif, bertanggungjawab,

dapat menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang betul dan dapat

menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan dan terlibat secara berkesan dalam

masyarakat dan di tempat kerja. Mereka bukan sahaja perlu belajar tentang ilmu

pengetahuan tetapi pada masa yang sama perlu diterap dengan kemahiran khusus

untuk menghadapi cabaran masa hadapan termasuk kreativiti. Atas dasar itu,

pelbagai strategi telah digunakan oleh penyelidik terdahulu dengan melibatkan

pelbagai dimensi kreativiti iaitu individu yang kreatif, produk yang kreatif, proses

yang kreatif dan persekitaran yang kreatif bagi melahirkan pelajar yang

mempunyai kemahiran tersebut. Pemupukan kreativiti dalam pengajaran dan

pembelajaran termasuklah pendidikan sains adalah salah satu usaha untuk

memberikan ruang dan peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan daya

kreativiti dan pengalaman ini tidak dapat dirasai dalam pengajaran biasa di bilik

darjah. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih mendalam

berkaitan tentang kreativiti, dimensi kreativiti, serta pemupukan kreativiti dalam

pengajaran dan pembelajaran sains.

PENGENALAN

Kreativiti adalah salah satu kemahiran utama yang diperlukan dalam usaha

untuk memacu pembangunan sesebuah negara, terutamanya dalam keadaan

persekitaran sosial yang semakin kompleks (Hennessey & Amabile 2010; Molly,

Page 6: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 71

2015). Ianya juga merupakan salah satu komponen utama untuk pembangunan

sains dan teknologi (Robinson, 2006). Kebolehan untuk berfikir dan bertindak

secara kreatif menjadi semakin penting. Generasi akan datang diharapkan dapat

mengaplikasikan apa yang telah dipelajari secara lebih kreatif untuk memastikan

agar mereka dapat mengekalkan produktiviti dan menyesuaikan diri dalam dunia

yang semakin mencabar (Ott & Pozzi, 2010). Apabila wujudnya masalah, maka

seseorang akan mula berfikir dan mereka perlu berfikir secara kritis dan kreatif

untuk mencari penyelesaian bagi masalah tersebut (Jamilah, 2004). Peri

pentingnya kreativiti ini telah diterjemahkan melalui pengisytiharan Tahun

Kreativiti dan Inovasi dalam kalangan negara Kesatuan Eropah iaitu pada tahun

2009 manakala di Malaysia sendiri iaitu pada tahun 2010 (Azrina, 2011). Kreativiti

juga telah menjadi fokus utama negara dalam pembangunan pendidikan terutama

dalam bidang sains (Park, 2011, 2012; Chumo, 2014). Seperti yang diketahui,

kajian yang melibatkan kreativiti merentasi pelbagai bidang dan disiplin, di mana

ianya bukan hanya dikhususkan bagi bidang tertentu sahaja (Newton & Newton,

2009). Oleh yang demikian, semakin banyak pengetahuan dari bidang yang

berbeza akan diperoleh berasaskan kajian yang dilakukan termasuklah pendidikan

sains. Pembentukan idea sains adalah melalui imaginasi (Kind & Kind 2007) oleh

yang demikian kreativiti dalam pendidikan sains merujuk kepada penggalakan dan

pengukuhan imaginasi dalam konteks sains (Newton & Newton, 2009). Sternberg

(2006) menyatakan bahawa guru yang kreatif akan menjadi model bagi pelajar

untuk membina ciri-ciri kreatif secara tidak langsung. Guru seharusnya berusaha

untuk melaksanakan pengajaran sains yang kreatif dan bukan hanya mengajar isi

kandungan semata-mata. Mereka perlu tahu bagaimana untuk menggalakkan

elemen-elemen kreativiti termasuklah pemikiran mencapah, keaslian idea pelajar

serta menggalakkan pelajar menjadi lebih kreatif (Robinson, 2006). Guru Sains

khususnya bertanggungjawab menyediakan satu medium pengajaran dan

pembelajaran (PdP) yang membolehkan pelajar dilatih menilai dari pelbagai sudut

pandang supaya pembelajaran mereka lebih bermakna dan menyumbang ke arah

kemajuan negara (Goethals, 2013).

DEFINISI KREATIVITI

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin creo yang membawa makna

untuk mencipta atau membina. Menurut Chua (2011) kreativiti adalah suatu

konsep yang abstrak, oleh yang demikian, pelbagai definisi telah dikemukakan

oleh para penyelidik dan para cendekiawan. Menurut perspektif psikologi,

kreativiti didefinisikan sebagai suatu keupayaan untuk menghasilkan sesuatu idea

atau produk yang baru dan bernilai.Clarkson (2005), pula menyatakan bahawa

kreativiti merujuk kepada sifat yang tertentu iaitu antaranya pemikiran divergen,

Page 7: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 72

kebolehan untuk mengambil risiko, fleksibel dalam perlakuan dan tindakan.

Gardner (1993) telah meneliti jenis kreativiti dan beliau mengkategorikan jenis

kreativiti kepada dua jenis iaitu C-besar dan c-kecil. Kedua-dua jenis kreativiti ini

berbeza dari aspek keaslian sesuatu idea atau produk yang dihasilkan. Jika sesuatu

idea atau produk yang dihasilkan adalah baru bagi sesebuah masyarakat, maka

ianya dikategorikan sebagai C-besar, sebaliknya jika idea atau produk yang

dihasilkan adalah baru bagi seseorang individu itu sendiri, maka ianya

dikategorikan sebagai c-kecil. Manakala Torrance (1988), mendefinisikan

kreativiti sebagai satu proses memformulasi, menyemak semula, menilai hipotesis

dalam usaha menyelesaikan sesuatu masalah tidak diketahui. Namun dalam

perbincangan ini kreativiti merujuk kepada kebolehan untuk berfikir dalam cara

yang unik, dengan menghasilkan idea yang luar biasa atau menggabung jalin idea

dalam cara yang berbeza.

DIMENSI KREATIVITI

Dalam usaha memahami kreativiti, terdapat empat dimensi spesifik yang

perlu diberi perhatian iaitu individu yang kreatif, produk yang kreatif, proses yang

kreatif dan persekitaran yang kreatif (Chua, 2011; Isbell & Raines, 2007).

Dimensi pertama iaitu kreativiti sebagai individu yang kreatif ditentukan

berdasarkan ciri-ciri tingkah laku manusia termasuk keupayaan imaginasi,

kebebasan pemikiran, dan keinginan mencuba perkara yang baru. Dimensi kedua

iaitu produk yang kreatif pula merujuk kepada objek fizikal atau abstrak yang

mempunyai ciri yang unik yang membezakannya dengan produk yang lain.

Manakala dimensi ketiga iaitu proses yang kreatif pula merujuk kepada proses

yang berlaku dalam usaha menghasilkan sesuatu idea kreatif. Jika seseorang

individu melakukan proses kreatif walaupun tiada sebarang produk yang

dihasilkan dia masih di anggap mempunyai kreativiti (Schirrmacher, 2006).

Proses-proses asas kreativiti adalah keaslian, kelancaran, kelenturan dan

penghuraian (Torrance, 1988). Keaslian merujuk kepada proses menghasilkan idea

yang unik. Kelancaran pula merujuk kepada kebolehan untuk menghasilkan idea

dengan bilangan yang banyak. Kelenturan pula adalah keupayaan menyatakan idea

dari pelbagai perspektif dan kategori. Manakala penghuraian merujuk kepada

ketelitian idea yang dihasilkan. Manakala dimensi yang keempat iaitu persekitaran

merupakan antara elemen penting dalam menggalakkan kreativiti. Persekitaran

yang birokratik dan dipenuhi dengan undang-undang kurang menggalakkan

kreativiti (Mohd Azhar, 2004; Yahya & Noor Sharliana, 2011). Persekitaran

susunan fizikal seperti penggunaan alatan pembelajaran berbentuk terbuka,

permainan sahaja tidak memadai untuk menggalakkan kreativiti. Ianya perlu

Page 8: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 73

diiringi dengan sifat terbuka, dorongan dan motivasi daripada guru turut perlu

diberi perhatian.

MODEL-MODEL KREATIVITI

Terdapat beberapa model kreativiti yang telah dibina oleh penyelidik

terdahulu dalam usaha untuk memahami kreativiti secara lebih mendalam. Jadual

1 dibawah menunjukkan model-model kreativiti model yang tersebut.

Jadual 1 Model-Model Kreativiti

Model Penerangan

Wallas

(1926)

1.Persediaan

2.Inkubasi

3.Illuminasi

4.Verifikasi

Rossman

(1931)

1.Pemerhatian

2.Analisis

3.Pencarian maklumat yang diperlukan

4.Formulasi penyelesaian

5.Analisis kritikal tentang kelebihan dan kelemahan

6.Penerbitan Idea baru

7.Pengujian penyelesaian terbaik

Osborn

(1963)

1.Orientasi

2.Persediaan

3. Analisis bahan

4.Penerbitan pelbagai idea

5.Inkubasi invite illumination

6.Sintesis

7.Penilaian

Koberg &

Bagnall

(1981)

1.Penerimaan situasi

2. Analisis

3.Definisi isu dan matlamat

4.Penjanaan Idea

5.Pemilihan Idea

6.Perlaksanaan Idea

7.Penilaian Idea

Isaksen &

Trefflinger

(1985)

1.Penentuan objektif

2.Penemuan fakta

3.Penentuan Permasalahan

4.Penemuan Idea

5.Penemuan Penyelesaian

6.Penerimaan Keputusan

Fritz’ 1.Konsepsi

Page 9: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 74

(1991) 2.Matlamat

3.Realiti Semasa

4.Tindakan

5.Ubahsuai, penilaian

6.Pembangunan

7.Melengkapkan

8.Hidup bersama penciptaan

Model-model kreatif ini menggambarkan kaitan, aliran dan corak tentang

proses kreatif secara keseluruhan. Model ini membantu memahami langkah atau

tindakan yang perlu di ambil dalam melakukan proses kreatif. Salah satu antara

model terawal berkaitan proses kreatif adalah pada tahun 1926 oleh Graham

Wallas. Beliau mencadangkan pemikiran kreatif akan melalui empat fasa iaitu fasa

persediaan, fasa inkubasi, fasa iluminasi dan fasa pengesahan. Model ini

menyatakan bahawa pemikiran kreatif adalah proses bawah sedar yang tidak boleh

di arah dan pemikiran kreatif dan analitik adalah saling melengkapi. Model Wallas

ini menjadi asas kepada pembangunan model-model lain selepasnya. Rossman

(1931) telah menjalankan kajian tentang proses kreatif terhadap 710 responden dan

telah memperkembangkan model asal oleh Wallas (1926) kepada 7 fasa. Model ini

lebih menekankan kepada pemikiran analitikal. Seterusnya pada tahun 1953 Alex

Osborn telah membangunkan model pemikiran kreatif dengan 7 langkah. Model

ini menggalakkan sumbang saran idea serta memberi keseimbangan antara

imaginasi dan analisis.

Koberg dan Bagnall (1981) telah mencadangkan model kreatif dalam

buku mereka yang bertajuk “The Universal Traveller”. Model ini turut

menekankan kepada sumbang saran idea serta penerapan pemikiran analitik.

Dalam model ini, penerimaan kepada situasi adalah dianggap sebagai cabaran yang

perlu diselesaikan dan pada langkah akhir model ini penekanan kepada inovasi

yang berterusan turut diberi penekanan. Perkembangan model kreatif ini terus

berkembang dan pada tahun 1985, Isaksen dan Trefflinger telah memperkenalkan

model penyelesaian masalah kreatif yang sangat terkenal. Model ini mengandungi

6 langkah dan ianya bukan sahaja menekankan pemikiran kreatif malah ia turut

menekankan keaslian dan pemikiran analitik. Manakala pada tahun 1991, Robert

Fritz telah mengemukakan model kreatif dengan 8 langkah. Fritz mengenalpasti

bahawa permulaan bagi proses kreatif adalah konsep dan matlamat. Beliau turut

menyatakan bahawa proses kreatif ini adalah berkitar secara semulajadi.

Walau pun terdapat pelbagai model proses kreatif, namun beberapa

persamaan antara setiap model termasuklah idea bahawa proses kreatif melibatkan

Page 10: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 75

analisis yang bertujuan, pembentukan idea secara imaginasi, dan penilaian kritikal

terhadap idea atau dengan kata lain proses kreatif adalah keseimbangan antara

imaginasi dan analisis. Model-model awal menyatakan bahawa proses kreatif

adalah lahir daripada proses bawah sedar dan kebanyakannya diluar kawalan

individu tersebut. Manakala model-model yang lebih moden menyatakan bahawa

penjanaan idea kreatif adalah dibawah kawalan individu itu sendiri dan ianya

dijalankan dengan tujuan yang khusus. Proses kreatif ini juga bukan sahaja

memerlukan semangat dan keinginan malah ianya memerlukan tindakan

perlaksanaan. Seseorang bukan sahaja perlu mengimaginasi idea baru malah harus

bertindak untuk menjadikan idea itu satu kenyataan. Oleh yang demikian,

keseimbangan antara penjanaan idea dan tindakan untuk merealisasikan idea wajar

dipupuk pada setiap individu agar mereka akan lebih bersifat kompetetif dan

seterusnya menyumbang ke arah kemajuan negara.

PEMUPUKAN KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SAINS

PdP sains di Malaysia lebih memberi penumpuan kepada penghafalan

fakta-fakta dengan menekankan pengulangan dan latih tubi (Rashimah, 2012).

Apa yang tidak baik mengenai perkara ini adalah kebanyakan pelajar kurang

berfikir secara kritis dan kreatif semasa PdP tetapi mereka hanya memberi fokus

kepada jawapan yang betul (Lawson, 2002). Tugas berfikir telah di ambil alih oleh

guru kerana guru cenderung memberikan jawapan tanpa menunjukkan proses

penyelesaian (Cai dan Lester, 2010). Aktiviti berfikir secara kreatif dan kritis juga

di anggap sebagai aktiviti lanjutan daripada pembelajaran (Roslinda, 2007). Selain

daripada itu, keperluan untuk menghabiskan sukatan serta penekanan yang lebih

kepada pencapaian ujian (Mann, 2005; Neill, 2003; Rashimah, 2012) menjadi

antara faktor menyebabkan PdP kurang menggalakkan kreativiti. Sistem

pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan ini memerlukan guru

menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh masa tertentu (Rashimah, 2012).

Keutamaan guru adalah menghabiskan silibus, mengakibatkan tahap kreativiti

pelajar yang mengambil program Sains adalah pada tahap yang rendah (Siti Hajar,

2008).

Atas dasar tersebut, pelbagai kajian telah dijalankan dalam usaha untuk

memupuk kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Othman, Tengku

Putri & Nor Alley (2013) telah mengintegrasikan persembahan seni dan

multimedia dalam mempelajari sains. ArtsMedia iaitu gambungan antara Arts

(Seni) dan Media (Multimedia) aadalah satu projek kreatif yang meggalakkan

pelajar membangunkan animasi mereka tersendiri sebagai persembahan bagi

Page 11: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 76

sesuatu konsep sains yang spesifik melalui aktiviti hands on yang melibatkan

penulisan skrip, penulisan papan cerita, pembinaan model, dan mengambil gambar

foto dan diakhiri dengan pembangunan animasi. Animasi yang dihasilkan akan

digunakan semasa persembahan seni di hadapan guru dan rakan-rakan. Dapatan

kajian ini menunjukkan bahawa ArtsMedia ini membolehkan pelajar memahami

konsep sains dan ianya adalah kaedah kreatif yang dapat menggalakkan pelajar

membina pemahaman tentang konsep sains. Projek kreatif ini menjadikan pelajar

lebih bersemangat untuk belajar.

Lim (2013) pula telah menghasilkan unit pembelajaran yang menggunakan

taman tema sebagai kaedah alternatif untuk mempelajari sains. Unit Taman Tema

ini mengandungi tiga aktiviti utama iaitu merekabentuk gravitometer, pengalaman

di Taman Tema dan pembentangan kumpulan. Dalam kajian ini, pelajar

dibahagikan kepada satu kumpulan yang terdiri daripada lima orang ahli. Setiap

minggu pelajar akan bertanggungjawab untuk berkongsi dapatan mereka. Melalui

aktiviti kreatif ini, pelajar bukan sahaja mempelajari tentang konsep-konsep

berkaitan geseran, daya namun pada masa yang sama pelajar lebih menikmati dan

menghargai pembelajaran mereka. Semasa berkunjung ke Taman Tema pelajar

akan membuat perkaitan antara konsep yang ingin dipelajari dengan permainan

yang bersesuaian dengan konsep tersebut.

Hu, Baojunwu, Xiaojunjia, Xinfaya, Chunyanduan, Winter, dan Kaufman

(2013) pula telah menjalankan satu program yang dikenali sebagai “Learn to

Think” (LTT) yang dibangunkan untuk membantu meningkatkan pemikiran kreatif

pelajar. LTT ini merangkumi kurikulum sains dan melibatkan kaedah berfikir iaitu

antaranya pemikiran mencapah, penghujahan dan analogi. Setiap aktiviti

dipersembahkan melalui empat langkah iaitu, pengenalan, pemerhatian dan

perbincangan, refleksi dan aktiviti lanjutan. Pada peringkat pengenalan, pelajar

akan didedahkan dengan situasi konflik untuk menyuntik pelajar agar berfikir lebih

kreatif. Pada peringkat kedua, pelajar akan menjalankan pemerhatian, berbincang

dan menjalankan eksperimen iaitu pelajar akan digalakkan untuk mengeksplorasi

kaedah-kaedah pembelajaran oleh mereka sendiri. Manakala pada peringkat ketiga,

pelajar akan digalakkan untuk membuat refleksi terhadap proses yang berlaku

sepanjang mereka menjalankan aktiviti. Pada peringkat terakhir iaitu peringkat

keempat, pelajar dikehendaki mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam

situasi baru yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Tahap kesukaran tugasan

yang diberikan berturutan dari rendah ke sukar. Dapatan kajian ini mendapati LLT

ini sangat membantu pelajar dalam meningkatkan kreativiti mereka dan pelajar

lebih bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran masing-masing.

Page 12: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 77

Lim (2011) telah menjalankan pembelajaran kreatif berkaitan tajuk

gerakan di bawah graviti. Kaedah pengajaran tersebut adalah berasaskan aktiviti

bagi alternatif eksperimen Galileo dengan menggunakan tiga tahap pengajaran

oleh Nussbaum dan Novick. Tahap pertama memerlukan pelajar untuk

menyatakan idea mereka secara bebas berdasarkan lembaran soalan yang

dikemukakan. Kemudian, pada tahap kedua, demonstrasi sebenar tentang

persoalan yang telah dikemukakan sebelum ini. Pelajar juga digalakkan untuk

berkongsi idea tentang alasan mengapa terjadinya fenomena tersebut. Pada tahap

ketiga, pelajar akan dikemukakan dengan teknik penyoalan Sokratik yang

melibatkan soalan kenapa dan mengapa. Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar

berfikir dengan kritis dan kreatif.

Lim (2013a) telah menggunakan anak patung untuk sebagai salah satu

pengajaran kreatif. Aktiviti hands on ini menggalakkan pelajar untuk

mengeksplorasi konsep sains dengan menggunakan anak patung. Terdapat tiga

aktiviti dalam sesi pembelajaran kreatif ini. Aktiviti pertama dikenali sebagai

Pertandingan. Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan diberikan dengan sebuah

tembikar yang berbentuk Shaolin. Pertandingan dijalankan untuk mengenalpasti

cara unik bagi memenuhi patung tersebut dengan air dan kaedah terpantas untuk

mengeluarkan air tersebut. Aktiviti kedua memerlukan pelajar untuk memberi

hujah, alasan berdasarkan dapatan mereka. Langkah terakhir iaitu langkah ketiga,

pelajar dikehendaki membina anak patung berdasarkan konsep stroboskop.

Penggunaan anak patung ini didapati dapat menggalakkan pelajar untuk membina

kemahiran interpersonal, penyelesaian masalah serta meningkatkan imaginasi dan

pemikiran kreatif mereka.

Fauziah (2013) telah menggunakan pembelajaran berasaskan masalah

sebagai usaha untuk menggalakkan pembelajaran kreatif. Setelah pelajar

diperkenalkan dengan masalah yang ingin diselesaikan, pelajar perlu mencari

maklumat agar dapat mencapai jalan penyelesaian. Pelajar dibenarkan untuk

mendapatkan maklumat melalui pelbagai cara antaranya penggunaan internet,

temubual, pemerhatian atau apa sahaja kaedah yang bersesuaian. Setiap pelajar

diberikan peranan masing-masing. Masalah yang perlu diselesaikan juga adalah

berasaskan silibus Sains. Dapatan kajian ini, menunjukkan bahawa pembelajaran

berasaskan masalah ini dapat membantu meningkatkan kreativiti pelajar

terutamanya dari segi kelenturan, keaslian dan penghuraian.

Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat pelbagai cara yang boleh

digunakan dalam memupuk kreativiti dalam pendidikan Sains seperti penggunaan

permainan serta pembelajaran aktif seperti pembelajaran berasaskan masalah. Jika

Page 13: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 78

diteliti daripada perbincangan di atas, satu perkara utama yang dapat dikenalpasti

adalah tahap autonomi pelajar. Pelajar bertanggungjawab hampir sepenuhnya

dalam proses pembelajaran mereka. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan

memastikan bahawa pelajar tidak terlalu menyimpang dari objektif pembelajaran

sebenar. Berbanding dengan amalan biasa dalam sistem pendidikan iaitu semua

maklumat dan data telah disediakan oleh guru. Guru lebih dominan dalam proses

pembelajaran mereka. Ini menyebabkan ruang untuk pelajar berkreativiti menjadi

terhad dan pada satu keadaan tertentu, pelajar langsung tidak mempunyai ruang

untuk menunjukkan daya kreativiti mereka. Selain daripada itu, pendekatan yang

digunakan turut menarik perhatian. Kebanyakan kajian yang telah dibincangkan di

atas menerapkan pendekatan yang lain dari kebiasaan atau dengan kata lain

pendekatan selain pendekatan pembelajaran di bilik darjah biasa iaitu “tulis dan

cakap”. Tidak dinafikan, kebanyakan guru menggunakan kaedah tulis dan cakap di

atas kekangan serta keutamaan unuk menghabiskan silibus, namun itu bukanlah

alasan untuk terus mengabaikan pemupukan kreativiti. Guru boleh memupuk

kreativiti secara berperingkat dan beransur-ansur. Guru tidak semestinya

meluangkan tempoh masa tertentu untuk pelajar berkreativiti namun mungkin

boleh menyediakan sedikit ruang dalam sesi pembelajaran biasa untuk diselitkan

dengan aktiviti kreatif yang ringkas. Apa yang perlu dititikberatkan adalah peluang

dan ruang untuk pelajar berkreativiti. Kesediaan dan keterbukaan guru adalah

sangat penting dalam usaha untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang

dapat membantu pelajar meningkatkan kreativiti. Oleh yang demikian, diharapkan

guru sains terutamanya berusaha dengan lebih gigih, menggarap dan

memaksimumkan segala peluang yang ada untuk memupuk kreativiti dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

KESIMPULAN

Dalam era ini, memiliki tahap kreativiti yang tinggi adalah impian bagi

setiap individu khususnya generasi muda yang bakal menerajui negara pada masa

akan datang. Pelbagai usaha telah di lakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi

memastikan kreativiti ini dapat dipupuk dalam pengajaran dan pembelajaran

khususnya pendidikan Sains. Walaupun masih banyak perkara yang perlu

dilakukan untuk meningkatkan kreativiti, namun diharapkan sokongan dari semua

terutama pihak guru untuk terus membudayakan kreativiti dan menyokong

pendidikan berunsurkan kreativiti ini secara berterusan adalah sangat diperlukan.

Ianya juga bertujuan memberikan peluang pada pelajar untuk memperkembangkan

kreativiti mereka seterusnya dapat menyesuaikan diri dengan cabaran dan

keperluan di masa depan.

Page 14: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 79

RUJUKAN

Azrina, S. (2011). Islam, Kreativiti dan Inovasi. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman

Islam Malaysia.

Cai, J. & Lester, F. (2010).Why Teaching with Problem Solving Important to

Student Learning, National Council of Teachers of Mathematics.

Chua, Y.P. (2011). Pengukuran Semasa Kreativiti. Isu dan Cabaran. Dalam Azrina,

S. (ed). Islam, Kreativiti dan Inovasi. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman

Islam Malaysia.

Chumo, C.C. (2014). Effects of Practical Investigation on Scientific Creativity

amongst Secondary Schools Biology Students in Kericho District, Kenya.

Journal of Educational and Practice, 5 (8), 43-51.

Clarkson, A. (2005). Educating the Creativity Imagination: A Course Design and

its Consequences. Jung: The e-Jurnal of the Jungian Society for Scholar

Studies 1(2).

Fauziah (2013).The Effectiveness of PBL Online on Physics Students’Creativity

and Critical Thinking: A Case Study at Universiti Malaysia Sabah.

International Journal of Education and Research 1 (3).

Fritz, R (1991) Creating. New York: Fawcett.

Gardner, H. (1993).Creating Minds an Anatomy of Creativity seen Through the

Lives of Freud, Einstein, Picasso, Stravinsky, Eliot, Graham, and Ghandi.

New York: Basic Books.

Goethals, P.L (2013). The Pursuit of Higher Order Thinking in the Mathematics

Classroom: A Review. Tesis Sarjana. United States Military Academy, New

York.

Hamidi, D.Y., Wennberg, K., & Berglund, H. (2008). “Creativity in

Entrepreneurship Education.” Journal of Small Business and Enterprise

Development 15 (2): 304–320.

Hennessey, B.A., & Amabile, T.M. (2010): Creativity. Annual Rev. Psychologhy.

61, 569–598.

Page 15: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 80

Hu, W., Baojunwu, Xiaojunjia, Xinfaya, Chunyanduan, Winter, M, & Kaufman,

J.C. (2013). Increasing Students’ Scientific Creativity: The “Learn to Think”

Intervention Program The Journal of Creative Behavior, 47 (1), 3–21.

Isaksen, S.G., & Trefflinger, D.J. (1985). Creative Problem Solving: The Basic

Course. Buffalo, NY: Bearly Publishing.

Isbell, R.T, & Raines, S.C. (2007). Creativity and the Arts with Young Children, 2nd

Edition. Delmar Cengage Learning.

Jamilah, O. (2004). Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

oleh Guru dalam Pengajaran Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di

Sekolah Menengah Daerah Kota Baru, Kelantan. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda.

Kind, P.M. & Kind, V. (2007). Creativity in Science Education: Perspectives and

Challenges for Developing School Science. Studies in Science Education. 43,

11-37.

Koberg, D., & Bagnall, J. (1981). The All New Universal Traveler: A Soft-Systems

Guide To Creativity, Problem-Solving, And The Process Of Reaching Goals.

Los Altos, CA: William Kaufmann, Inc.

Lawson, T. (2002). The Findings of the ImpaCT2 Evaluation: Implications for

Sociology Teachers. Kertas dibentangkan pada 7 Julai 2002 di Konferens

Tahunan Pertubuhan Pengajaran Sains Sosial, Universiti Helsinki.

Lim, B.K. (2011). Motion Under Gravity: A Creative Lesson from the Paradigm of

Constructivism. Asian Journal of University Education, 7 (1), 53-67.

Lim, B.K. (2013). The Theme Park Experience of Teaching Science from the

Constructivist Paradigm. Procedia - Social and Behavioral Sciences 123

(2014) 12 – 19.

Lim, B.K. (2013a). Toying with Science. Procedia-Social and Behavioral Sciences

90 (2013), 72-77.

Mann, R.L. (2005). Gifted Students with Spatial Strength and Sequential

Weaknesses: An Overlooked and Under-identified Population, Poeper Review,

27, 91-96.

Page 16: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 81

Mohd Azhar, A.H (2004). Kreativiti: Teori, Konsep & Praktis. Skudai: Penerbit

UTM.

Molly, A. J., (2015). Managing the Classroom for Creativity. Creative Education,

6, 1032-1043.

Neill, J.T. (2003). Reviewing and Benchmarking Adventure Therapy Outcomes:

Applications of Meta-analysis. Journal of Experiential Education, 25(3), 316-

321.

Newton D.P., & Newton, L.D. (2009). Some student teachers’ conceptions of

creativity in school science, Research in Science & Technological Education,

27:1, 45-60

Osborn, A. (1963). Applied Imagination. New York: Charles Scribner

Othman, T., Tengku Putri, N. & Nor Alley, Z. (2013). Understanding the Wonders

of Science through Creative Play. Procedia - Social and Behavioral Sciences

188 (2015) 325 – 329.

Ott, M., & F. Pozzi. (2010). “Towards a Model to Evaluate Creativity-Oriented

Learning Activities.” Procedia – Social and Behavioral Sciences 2 (2): 3532–

3536.

Park, J.W. (2011). Scientific Creativity in Science Education. Journal of Baltic

Science Education, 10(3).

Park, J.W. (2012). Developing the Format and Samples of Teaching Materials for

Scientific Creativity in Ordinary Science Curriculum. Journal of Korean

Association for Science Education, 32(3), 446-466.

Rashimah, A.K. (2012). Tahap Kreativiti dan Penyelesaian Masalah Fizik Pelajar

Tingkatan Empat di Daerah Johor Bahru.Universiti Teknologi Malaysia:

Tesis Ijazah Sarjana.

Robinson, K. (2006). Out of Our Minds: Learning to Be Creative. John Wiley &

Sons.

Roslinda, G. (2007). Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

(KBKK) dalam Matapelajaran Fizik di kalangan Pelajar Tingkatan Empat.

Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana.

Page 17: Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor ... · PDF filepandangan dan fikiran mengenai pendidikan sains dan matematik dapat disalurkan untuk pengetahuan ... menyumbangkan

Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, Jilid 25: Bil. 1, 2015

ISSN 0128-4290/RM15/©2015 BULETIN PPSMJ 82

Rossman, J. (1931). The Psychology of the Inventor. Washington DC: Inventor's

Publishing.

Rostan, S. M. (2010). “Studio Learning: Motivation, Competence, and

Development and Young Art Students’ Talent and Creativity.” Creativity

Research Journal 22 (3): 261–271.

Schirrmacher, R. (2006). Art & Creative Development for Young Children 4th (ed).

Clifton Park, NY: Thomson Delmar Learning.

Siti Hajar, A. (2008). Tahap Kreativiti di Kalangan Pelajar Program Sains di

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda.

Sternberg, R. J. (2006). The nature of creativity. Creativity Research Journal,

18(1), 87-98.

Torrance, E.P. (1988). Styles of Learning and Thinking: Administrator Manual.

Bensenville, IL: Scholastic Testing Service.

Wallas, G. (1926). The Art of Thought. NewYork: Harcout, Brace & World.

Yahaya, B., & Noor Sharliana, M.N. (2011). Faktor-faktor yang Mendorong

Kreativiti di Kalangan Pelajar, UniversitiTeknologi Malaysia. Journal

Educational Psychology and Counseling. 2, 175-208.