pengisytiharan ikpk dan penyampian watikah … · desa ini. empat mata pelajaran teras iaitu...

28
PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH BIL. 2/2007 ISSN 0128/0112 PERCUMA Oleh : Sulaiman Chik T anggal 12 Mac 2007 telah mencatat sejarah apabila secara rasminya Kolej RISDA ditukar nama kepada Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK). Majlis pengisytiharan telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Penjenamaaan semula gedung ilmu ini membuktikan kesungguhan RISDA dalam menjalankan peranan utama dengan memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan. Harapan pekebun kecil semoga gimik pelepasan belon berjenama IKPK merupakan simbolik kepada IKPK untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran kumpulan sasar RISDA iaitu pekebun kecil. IKPK akan berfungsi dengan mengadakan latihan dan kursus yang lebih releven kepada golongan pekebun kecil. Dalam majlis yang sama, Menteri KKLW turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 521 orang pekebun kecil yang terpilih dan dilantik sebagai Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil atau ringkasnya PMPK. Dalam ucapan alu-aluan sebelum itu YB. Senator Tan Sri Muhammad b Muhammad Taib, Pengerusi RISDA telah menjelaskan tentang peranan dan tugas-tugas PMPK. Secara amnya, mereka merupakan pengusaha yang berjaya untuk dicontohi dan sebagai penghubung antara pekebun kecil dengan RISDA. Sementara itu berucap kepada hadirin, antara lain YB. Dato’ Seri Abdul Aziz mengingatkan PMPK yang dilantik supaya melaksanakan tanggungjawab dengan semangat untuk memajukan masyarakat sendiri, sentiasa prihatin kepada masalah pekebun kecil di sekeliling dan semestinya saling berganding bahu dengan RISDA untuk mengatasinya. “PMPK mesti sentiasa menjalin persefahaman dengan RISDA dalam usaha mengeluarkan pekebun kecil daripada belenggu dan kancah kemiskinan”, kata Dato’ Seri Abdul Aziz lagi. Beliau mengingatkan PMPK supaya tidak terlalu memikirkan mengenai elaun pemberian RISDA yang sememangnya tidak seberapa, tetapi lebihkan kepada pelaksanaan tugas sebagai fardhu kifayah. “Fardhu kifayah sememangnya tidak kelihatan tetapi ianya ibarat saham jangka panjang dan bekalan untuk dibawa ke dunia yang kekal,” ujar beliau. Turut hadir dalam majlis tersebut, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Timbalan-timbalan Menteri KKLW, Ketua Pengarah RISDA, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah RISDA Negeri dan Pengurus- pengurus Besar Anak Syarikat. PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH PELANTIKAN PMPK

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

36 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

BIL. 2/2007 ISSN 0128/0112 PERCUMA

Oleh : Sulaiman Chik

Tanggal 12 Mac 2007 telah mencatat sejarah apabila secara rasminya Kolej RISDA ditukar nama kepada Institut

Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK). Majlis pengisytiharan telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Penjenamaaan semula gedung ilmu ini membuktikan kesungguhan RISDA dalam menjalankan peranan utama dengan memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan.

Harapan pekebun kecil semoga gimik pelepasan belon berjenama IKPK merupakan simbolik kepada IKPK untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran kumpulan sasar RISDA iaitu pekebun kecil. IKPK akan berfungsi dengan mengadakan latihan dan kursus yang lebih releven kepada golongan pekebun kecil.

Dalam majlis yang sama, Menteri KKLW turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 521 orang pekebun kecil yang terpilih dan dilantik sebagai Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil atau ringkasnya PMPK.

Dalam ucapan alu-aluan sebelum itu YB. Senator Tan Sri Muhammad b Muhammad Taib, Pengerusi RISDA telah menjelaskan tentang peranan dan tugas-tugas PMPK. Secara amnya, mereka merupakan pengusaha yang berjaya untuk dicontohi dan sebagai penghubung antara pekebun kecil dengan RISDA.

Sementara itu berucap kepada hadirin, antara lain YB. Dato’ Seri Abdul Aziz mengingatkan PMPK yang dilantik supaya melaksanakan tanggungjawab dengan semangat untuk memajukan masyarakat sendiri, sentiasa prihatin kepada masalah pekebun kecil di sekeliling dan semestinya saling berganding bahu dengan RISDA untuk mengatasinya.

“PMPK mesti sentiasa menjalin persefahaman dengan RISDA dalam usaha mengeluarkan pekebun kecil daripada belenggu dan kancah kemiskinan”, kata Dato’ Seri Abdul Aziz lagi.

Beliau mengingatkan PMPK supaya tidak terlalu memikirkan mengenai elaun pemberian RISDA yang sememangnya tidak seberapa, tetapi lebihkan kepada pelaksanaan tugas sebagai fardhu kifayah.

“Fardhu kifayah sememangnya tidak kelihatan tetapi ianya ibarat saham jangka panjang dan bekalan untuk dibawa ke dunia yang kekal,” ujar beliau.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Timbalan-timbalan Menteri KKLW, Ketua Pengarah RISDA, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah RISDA Negeri dan Pengurus-pengurus Besar Anak Syarikat.

PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH PELANTIKAN PMPK

Page 2: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

PENAUNGDato’ Mohammad Izat HasanAli Nordin Wahiduddin

PENASIHATHj. Omar Paimin

KETUA PENGARANGHj. Nik Nabil Nik Mansor

PENOLONG KETUAPENGARANGAzizah Mohamad

SIDANG PENGARANGHjh. Rodiah SelamatHjh. Azizah SaidAhmad Zaini Abd. RahmanNoor Aslinda MarzukiNasri Rahmat

PENTADBIRANZa’aziah Abd Aziz

PEMBACA PRUFHjh. Robiyah Hj. IsmailSiti Fairus Ayeop

SUMBANGAN ARTIKELAhli PENYINAR & Individu

PENGEDARAN / PENYELARASANBahagian Pengembangan &Kesejahteraan RakyatIbu Pejabat RISDA

REKABENTUK & PERCETAKAN OLEH:Misas Advertising Sdn BhdNo. 30, Jalan 423B Taman Danau Kota53300 Kuala LumpurTel: 03-4024 2004Email: [email protected]

http://www.risda.gov.my

PengarangSidang

Peristiwa

1 Pengisytiharan IKPK dan Penyampian Watikah

Pelantikan PMPK

2 Rencana Pengarang

3 Sikap Tolak Ansur Jamin Kemakmuran Negara

4 Pelancaran Tuisyen Desa Peringkat Kebangsaan

5 Pelancaran Homestay Selama, Perak

6 RISDA Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil

- Melalui Sistem Penyampaian Berkesan

7 Plot Demo dan Tanaman Herba Ulaman Tanjung

- RISDA Pulau Pinang

8 Manfaatkan Teknologi dan Inovasi Untuk

Tingkatkan Produktiviti

9 Rahsia RSSB Gunung Tunggal Capai Produktiviti

30MT/HEK/Tahun

10 Semudah ABC, AMRIS Two Banyak Membantu

11 Pusat Belian Getah KPK Hulu Langat (KOPEL)

Beri Kemudahan dan Keuntungan Kepada Ahli

12 TSB Orang Asli Ikut Arus Semasa

- TSB Aji Kubu, Bentong

13 Dulu Lain Sekarang Lain

14 Berita Bergambar

15 Berita Bergambar

16 Aku Bukan Lagi Si Miskin

17 Pak Nor Peroleh Hasil Lebih 2000Kg/Hek/Tahun

18 Haji Katemin Raih Empat Angka Hasil Getah

19 Orang Asli Jelebu Pun Boleh!

20 Ikut Nasihat & Tunjuk Ajar, Hasil Berganda Hidup

Selesa

21 Rezki Secupak Jadikan Segantang

22 ‘Join Me At The 30 Metric Tonne Club’

23 Pengamalan Teknologi dan Disiplin Diri Rahsia

Kejayaan Othman Din

24 Warga Emas Ahli Kelab 30 Tan

25 Pekebun Kecil Panca Jaya Sahut Cabaran RISDA

26 Kontan Tembikai Beri Impak Baik Kepada

TSB Permatang Pasir

27 Jauhari Saja Yang Kenal Manikam

28 Seikhlas Amalan Sejujur Langkah Rezeki

Assalamualaikum wbkh.

Tanggal 12 Mac 2007 merupakan tarikh yang begitu bermakna bagi pekebun kecil seluruh negara apabila Menteri KKLW mengisytiharkan penjenamaan Kolej RISDA Sdn Bhd kepada Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK). Peranan IKPK adalah sebagai gedung ilmu bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran pekebun kecil.

Pelbagai modul latihan disediakan di IKPK bagi memastikan pekebun kecil berilmu dan berkemahiran untuk mengusahakan kebun mereka bagi mencapai matlamat RISDA iaitu memperoleh hasil getah melebihi 2000kg sehektar setahun atau 30 metrik tan sehektar setahun bagi sawit. Dengan wujudnya IKPK, tiada lagi masalah pekebun kecil gagal mengusahakan kebun mereka. Impian RISDA telah menjadi kenyataan apabila terdapat sejumlah 757 pekebun kecil memperoleh hasil getah melebihi 2000 kilogram sehektar setahun dan 69 pekebun kecil memperoleh hasil sawit melebihi 30mt sehektar setahun.

Bagi memastikan anak-anak pekebun kecil memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, KKLW telah memperuntukkan sejumlah RM500,000 bagi melaksanakan Program Tuisyen Desa. Pihak RISDA dengan kerjasama guru-guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran teras telah berjaya mengadakan sebanyak 54 Kelas Tuisyen Desa di seluruh negara melibatkan 1,529 orang anak-anak pekebun kecil di luar bandar bagi mendapat bimbingan yang sewajarnya selaras dengan teras nasional kedua iaitu melahirkan insan yang berilmu dan mempunyai minda kelas pertama. Modal insan merupakan elemen yang perlu diberi penekanan ke arah mencapai Misi Nasional, Malaysia Maju Menjelang 2020.

Rencana Pengarang

Kandungan

2 3

Page 3: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Peristiwa

“Masyarakat negara ini tidak boleh menafikan kejayaan yang telah dibawa oleh kerajaan lima dekat yang lalu. Dasar-dasar kerajaan yang kukuh dan kepimpinan yang cemerlang berjaya membawa rakyat Malaysia menikmati hidup aman damai dan harmoni walaupun dalam masyarakat berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama.

Kerajaan telah mencipta formula yang berkesan bagi menyelesaikan pertikaian dan masalah antara kaum. Formula ini menimbulkan minat dan menjadi ikutan sesetengah negara di dunia termasuk negara barat. Namun mereka gagal mengamalkan kerana tiada sikap toleransi dalam kalangan mereka”.

Demikian diingatkan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Dato’ Zainal Abidin Osman semasa merasmikan penutupan Kursus Kefahaman dan Kepimpinan Koperasi RISDA Melaka di Tebong, Alor Gajah pada 9 April 2007 yang lalu.

SIKAP TOLAK ANSUR JAMIN KEMAKMURAN NEGARA

Oleh : Azhari Abd Aziz

‘’Sungguh pun kerajaan yang ada sekarang sudah bertahan 50 tahun, tetapi dalam tempoh lima dekat itu pelbagai cabaran diharungi dalam berkongsi kuasa. Namun sikap tolak ansur dan saling hormat menghormati antara kaum, menyebabkan ia mampu bertahan hingga hari ini. Apa yang penting hasil daripada idea dan pemerintahan yang ada sekarang, semua rakyat berbilang kaum menikmati kehidupan yang lebih berkualiti,” tambah beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat, Tn.Hj. Omar Paimin, Pengarah RISDA Negeri Melaka, En. Sukiman Sulong, Setiausaha Koperasi Pekebun Kecil Negeri Melaka, En. Mazlan Yusof dan ketua-ketua agensi daerah bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

Seramai 200 orang peserta kursus terdiri daripada pekebun kecil kawasan Tebong, Alor Gajah termasuk masyarakat Orang Asli hadir menyertai kursus tersebut.

YB. Dato’ Zainal Abidin OsmanTimbalan Menteri KKLW beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli Tebung, Alor Gajah, Melaka2 3

Page 4: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

PeristiwaPeristiwa

Majlis Pelancaran Program Tuisyen Desa Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh Pengerusi RISDA YB Senator

Tan Sri Muhammad b Hj. Muhammad Taib di Kampung Pengkalan Bukit Kechik, Simpor. Sg. Petani, Kedah pada 27 Februari 2007 yang lalu.

Berucap dalam majlis tersebut Pengerusi RISDA memaklumkan sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada RISDA dalam RMKe-9 bagi melaksanakan Program Tuisyen Desa. Program Tuisyen Desa amat dititik beratkan dan dikhususkan kepada pelajar-pelajar luar bandar yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini dan tidak mendapat kemudahan bantuan mengikuti kelas tuisyen di tempat lain. Keutamaan diberi kepada anak-anak pekebun kecil yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kelas tuisyen dibuat secara kumpulan dan dijalankan di luar kawasan sekolah seperti di Dewan Orang Ramai. Tenaga pengajar terdiri daripada kalangan guru-guru sekolah ataupun lepasan institusi pengajian tinggi yang masih belum mendapat pekerjaan dan berminat untuk mengendalikan kelas tuisyen. Bagi memperoleh hasil yang berkesan pelajar yang terlibat dengan tuisyen desa akan mengikuti kursus-kursus motivasi diri dan pembangunan minda. Dengan pelaksanaan Program Tuisyen Desa ini diharap pelajar-pelajar dalam kalangan anak-anak pekebun kecil yang tinggal di luar bandar akan dapat meningkatkan pencapaian dalam bidang pelajaran, terutama dalam mata pelajaran teras, meningkatkan keupayaan dan pengurusan masa belajar, meningkatkan minat dan semangat ingin belajar serta bersaing agar setanding dengan pelajar-pelajar di bandar.

Ketua Pengarah RISDA YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan yang turut berucap dalam majlis tersebut memaklumkan sebanyak RM500,000 telah diperuntukan kepada RISDA setiap tahun sehingga ke tahun 2010 bagi melaksanakan Program Tuisyen

Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan. Kelas-kelas tuisyen dimulakan pada bulan Februari tahun semasa sehingga pelajar berkenaan mengambil peperiksaan.

Kelas-kelas tuisyen dijalankan di Dewan Orang Ramai, Dewan Rancangan Pembangunan Kawasan (RPK), Balai Raya, di rumah-rumah guru atau di tempat-tempat lain yang difikirkan sesuai. Bilangan pelajar bagi setiap kelas tidak melebihi 15 orang dan tidak kurang daripada12 orang.

Sempena dengan majlis tersebut Pengerusi RISDA telah menyerahkan kunci Dewan RPK Kg. Pengkalan Bukit Kechik, Simpor kepada Pengerusi JKKK, En. Ismail Hamid.

YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib juga turut menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang bagi peperiksaan UPSR 2006 dalam majlis tersebut.

Pelancaran Tuisyen Desa Peringkat KebangsaanOleh: Ramlah Jusoh

YB. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, Pengerusi RISDA merasmikan Pelancaran Tuisyen Desa Peringkat Kebangsaan.

YB. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, meninjau kelas tuisyen yang dijalankan di Kampung Pengkalan

Bukit Kechik, Simpor, Kedah

4 5

Page 5: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

PeristiwaPeristiwa

Oleh : Roslan Mohd Noor

Pelancongan Desa Selama merangkumi kawasan Daerah Selama dan Ijok merupakan kawasan yang mempunyai

banyak tempat yang boleh menarik pelancong datang untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Sumber alam ini, menjadi salah satu pendapatan baru kepada penduduk kampung dengan mengkomersialkan segala kegiatan dan aktiviti harian penduduk setempat.

Di Daerah Selama terdapat dua buah perkampungan homestay iaitu Homestay Kg. Bagan Baru, Ijok dan Homestay Kg. Sg. Siputeh, Selama. Kedua-dua homestay ini telah ditubuhkan oleh RISDA dengan kerjasama pemimpin-pemimpin tempatan dan agensi kerajaan dan diuruskan oleh Koperasi Pekebun Kecil Daerah Selama, Kerian Bhd.

20 Mac 2007 merupakan hari yang bersejarah apabila Majlis Pelancaran Homestay Selama dirasmikan oleh YB Senator Tan Sri Muhammad b Muhammad Taib, Pengerusi RISDA di Homestay Kg. Bagan Baru, Ijok. Majlis ini telah dihadiri seramai 800 orang hadirin terdiri daripada Exco Pertanian, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak, Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Perladangan, Wakil Ketua Pengarah RISDA, Ahli Parlimen Larut, ADUN Kubu Gajah, Pegawai Kanan RISDA, semua ketua jabatan dan penduduk tempatan.

Dalam ucapan aluan En. Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), yang mewakili Ketua Pengarah RISDA berkata, “Kedudukan homestay yang strategik terletak di Pusat Segi Tiga Pelancongan dan perindustrian di Kulim, Pulau Pinang, Bukit Merah, Taiping dan Lenggong serta mempunyai sumber alam semulajadi yang mampu menarik pelancong ke daerah ini. Penubuhan homestay merupakan sumber baru bagi menambah pendapatan penduduk di sini. Semoga kerjasama daripada Kerajaan Negeri dan agensi yang

terlibat dapat membantu menjayakan perusahaan homestay di daerah ini.”

YBM. Dato’ Raja Hj. Ahmad Zainuddin Raja Hj. Omar, Ahli Parlimen Larut mengucapkan terima kasih kepada pihak RISDA kerana telah membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan Tahun Melawat Malaysia 2007 untuk menarik pelancong datang ke daerah ini.

Berucap semasa majlis perasmian, YB Senator Tan Sri Muhammad b Muhammad Taib berkata, “RISDA sedang mengorak langkah menjadi agensi yang boleh menerajui kemajuan masyarakat pekebun kecil di luar bandar. Baru-baru ini, Kempen ‘Impian 500’ telah dilancarkan untuk pencapaian hasil getah yang optimum.”

Seramai 521 orang Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) dari seluruh negara telah dilantik bagi membantu kerajaan dan pihak RISDA membangunkan masyarakat pekebun kecil. RISDA juga turut memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti untuk menambah pendapatan kumpulan sasar. Program Tuisyen Desa untuk anak pekebun kecil yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM telah dimulakan bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik.

Homestay merupakan produk yang boleh dikomersialkan oleh penduduk tempatan. Pakej homestay dengan kesenian, kebudayaan, sumber pertanian dan alam semulajadi boleh menambah pendapatan. Semoga pekebun kecil dapat menguruskan projek homestay dengan penuh komited bagi mempertingkatkan taraf hidup individu, keluarga dan masyarakat,” jelas beliau.

Sempena majlis tersebut turut diadakan pameran dan jualan produk makanan serta kraftangan keluaran penduduk tempatan.

MAJLIS PELANCARAN HOMESTAY SELAMA, PERAK

4 5

Page 6: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

PeristiwaAmanat

6 7

Oleh: Hajah Robiyah Ismail

”Apakah yang dimaksudkan sebagai peneraju? Peneraju boleh ditakrifkan sebagai pemimpin, pembimbing, ketua dan pendorong. Pemimpin berperanan membawa insan-insan bawah pimpinannya kepada suatu destinasi. Orang yang lebih berupaya memimpin yang kurang upaya. Pembimbing pula membawa maksud sama-sama melakukan, manakala ketua melibatkan elemen umur dan kita pertuakan, kebiasaannya umur dikaitkan dengan kebijaksanaan. Pendorong pula, duduk di belakang dengan memberi galakan kepada orang yang didorong dalam melakukan sesuatu perkara.

Semua aspek yang dinyatakan berkait rapat dengan pengertian peneraju. Menerajui membawa maksud kita di hadapan dan orang lain mengikut kita (we are the leading agency). Siapa bijak dan berkemampuan boleh menerajui dan tidak dipengaruhi oleh faktor umur.

Untuk menjadi peneraju, RISDA perlu mempunyai matlamat yang jelas, munasabah dan boleh dicapai. Peringkat pembuat dasar di Ibu Pejabat telah jelas objektif yang hendak dicapai dan telah mengatur perancangan yang strategik. Setiap tindakan perlu diperhalusi supaya tidak tersasar daripada objektif yang ditetapkan. Bagi memastikan pekebun kecil boleh bersama dengan RISDA, mereka perlulah diajar serta dilatih mengenai pengetahuan, sikap dan kemahiran yang berkaitan. Jika pengisian tidak jelas, RISDA selaku pemimpin dan pekebun kecil sebagai pihak yang dipimpin akan terpisah.

RISDA mempunyai visi sebagai agensi peneraju kemajuan pekebun kecil. Perkataan peneraju melibatkan peranan RISDA iaitu amanah yang mesti dilakukan dan tidak boleh diserahkan kepada pihak lain.

Untuk dilihat sebagai peneraju, RISDA perlu dipandang unggul oleh pekebun kecil yang merupakan pelanggan langsung. Aspek yang perlu diberi perhatian ialah sistem penyampaian. Oleh kerana Program Tanam Semula merupakan aktiviti teras, seandainya program tersebut gagal, RISDA akan dikira gagal dan kecemerlangan dalam aktiviti lain tidak akan memberi makna.

Setiap tahun seramai 20,000 pekebun kecil memohon bantuan tanam semula yang baru dan 40,000 orang bagi urusan bantuan berturut. Dengan andaian setiap pekebun kecil mempunyai lima ahli keluarga ia akan melibatkan 300,000 individu. Jika RISDA gagal memberi kepuasan kepada mereka ini akan memberi implikasi buruk kepada kerajaan kerana setiap kelemahan akan tersebar secara meluas dari mulut ke mulut.

Atas kesedaran tersebut RISDA telah mengkaji semula lima aspek utama dalam Program Tanam Semula iaitu tempoh memproses permohonan bantuan tanam semula, tempoh bayaran bantuan ansuran pertama, tempoh bayaran bantuan berturut, tempoh bekalan baja dan bekalan benih.

Piagam Pelanggan akan diperbaiki yang melibatkan pengubahsuaian sistem, aliran kerja serta penurunan kuasa untuk mengurangkan birokrasi. Setiap peringkat pegawai dan kakitangan perlu menghayati dan bersedia dengan perubahan sistem dan prosedur bagi memastikan hasrat tersebut boleh direalisasikan“.

Demikian antara intisasi ucapan Ketua Pengarah RISDA dalam Perhimpunan Bulanan yang diadakan baru-baru ini. YBhg. Dato’ Mohammad Izat mengucapkan syabas dan amat berbesar hati kepada Pegawai RISDA Daerah yang tampil secara sukarela dan bekerjasama dengan Bahagian Tanam Semula dan Perladangan merangka strategi untuk memperbaiki sistem penyampaian berkaitan Program Tanam Semula.

Bagi memastikan RISDA kekal sebagai peneraju kemajuan pekebun kecil dan terus unggul, sistem penyampaian melibatkan program lain akan turut dikaji. Tindakan yang dilakukan menunjukkan kesungguhan Ketua Pengarah RISDA yang pada bulan Mei lalu genap setahun menerajui RISDA dalam usaha memajukan sektor pekebun kecil.

Semoga kita semua mendapat petunjuk dan diberkati Allah swt, Amin.

“RISDA PENERAJU KEMAJUAN

PEKEBUN KECIL MELALUI SISTEM PENYAMPAIAN

BERKESAN”- Ketua Pengarah RISDA

YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan, Ketua Pengarah RISDA

Page 7: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

PeristiwaAmanat

6 7

Pada 27 Mac 2007 yang lalu YB Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib telah mengadakan lawatan kerja ke

Pejabat RISDA Pulau Pinang. Rombongan disertai YBhg. Dato’ Ramli Mohd Kassim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tn. Hj. Omar Paimin (Pengarah Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat).

Atur cara lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai status Program Pembangunan RISDA Pulau Pinang yang disampaikan oleh En. Awiskarni Zulkarnaini, Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang dan disusuli dengan Majlis Ramah Mesra bersama kakitangan.

Pengerusi RISDA kemudiannya merasmikan Plot Demonstrasi Tanaman Herba dan Ulaman ‘Tanjung‘ di kawasan tanah lapang di belakang pejabat RISDA. Sebanyak 50 pokok getah daripada enam klon terpilih telah ditanam. Tujuan plot demonstrasi diwujudkan adalah untuk memudahkan kerja-kerja tunjuk ajar dan menjadi plot untuk lawatan pelancong asing. Sebanyak 35 jenis herba dan ulaman telah ditanam di kawasan seluas 6,000 kaki persegi. Benih herba dan ulaman dibekalkan oleh Unit ‘ Gen Bank ‘ MARDI Pulau Pinang secara percuma. Antara pokok

ulam dan herba yang ditanam ialah pokok tongkat rasul, buas-buas, serai wangi, misai kucing, lamuni, jarum tujuh, cemamak, samak, gajus serta pokok putat.

Program lawatan diteruskan ke Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) Tanaman Kontan Nanas dan Ulaman di Kampung Ara Kuda dan Projek Ternakan Kambing Kacukan Boer di Kampung Paya Keladi Hujung. Pengerusi RISDA amat berpuas hati dengan projek berkenaan yang telah menambah pendapatan peserta menjadikan lebih RM2000 sebulan sekeluarga.

Lawatan ke ladang selama dua jam diakhiri dengan majlis ramah mesra dengan 300 orang pekebun kecil. Dalam majlis tersebut Pengerusi RISDA telah menyampaikan dividen Projek Ternakan Kambing berjumlah RM8700 kepada sepuluh orang peserta.

Majlis berakhir pada jam 6.00 petang dan pekebun kecil yang hadir amat berpuas hati dengan keramahan Pengerusi RISDA dan berharap beliau akan datang lebih kerap ke Pulau Pinang.

PLOT DEMO & TANAMAN HERBA ULAMAN ‘TANJUNG’ – RISDA Pulau Pinang

Oleh : Mat Daut Aziz

YB. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, Pengerusi RISDA menanam pokok durian belanda sempena lawatan kerja ke RISDA Pulau Pinang

Page 8: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

TeknologiPeristiwa

8 9

Oleh : Salmah Kosnin

“Sasaran RISDA kini ialah pekebun kecil mampu mencapai penghasilan getah 2,000 kg sehektar setahun, justeru itu pelbagai usaha dan pendekatan telah diambil untuk memastikan pekebun kecil mendapat hasil yang optimum, berkualiti dan harga tinggi selain mempraktikkan amalan agronomi dan teknologi lebih efektif dan sistematik”.

Berucap semasa merasmikan Kursus Formal Pengurusan Getah Matang dan Pemasaran Hasil di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Tekali Hulu Langat, Selangor pada 4 April 2007, En Ali Nordin Wahiduddin (Tim. Ketua Pengarah Pembangunan) menyeru pekebun-pekebun kecil agar memanfaatkan kursus ini yang antara lain objektifnya untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan sistem penorehan, pembajaan getah matang, rangsangan serta pemasaran hasil. Mereka juga boleh berkongsi pengalaman, bertukar-tukar fikiran mengenai ilmu-ilmu baru serta mengutarakan apa juga pemasalahan yang dihadapi di kebun masing-masing.

“Generasi kedua juga perlu diberi tumpuan dan fokus kerana merekalah yang bakal meneruskan kesinambungan dalam memastikan industri getah negara terus kompetitif. Sebagai agensi yang berperanan secara langsung dalam sektor pembangunan pekebun kecil, RISDA dan juga agensi-agensi lain yang berkaitan telah mengambil berbagai inisiatif untuk membantu pekebun kecil meningkatkan pengetahuan dengan maklumat terkini yang sesuai diamalkan untuk memperbaiki pengurusan kebun supaya lebih cekap dan berkesan”, ujar beliau lagi.

Pengamalan teknologi baru yang lebih inovatif seperti alat kalis hujan, rangsangan etefon atau gas etelina, kawalan rumpai dan pembajaan yang teratur juga rawatan penyakit daun, akar, batang dan tapak torehan perlu diberi tumpuan untuk menjamin produktiviti yang disasarkan.

“Kita perlu membuka minda dengan menerima segala perubahan lebih positif dan maju agar tidak menjadi bangsa yang mundur. Tidak semestinya bekerja di kota dapat menjamin taraf kehidupan yang lebih baik sebaliknya jika memilih kerjaya sebagai penoreh getah juga mampu menikmati pendapatan yang lumayan sekiranya tidak mensia-siakan peluang yang ada dan sentiasa memanfaatkan ilmu di dada”. Kata-kata beliau ini ditujukan kepada anak-anak pekebun kecil generasi kedua yang turut hadir agar menjadikan sektor pertanian suatu bidang yang boleh memberi keuntungan dan kesejahteraan kerana sumber kekayaan tersebut ada di kebun mereka.

Kursus sehari ini telah dihadiri oleh 100 orang pekebun kecil terdiri daripada peserta pemantauan projek 3.3.1.3, peserta TSB Sungai Tekali serta penerima bantuan PPG dan LITS.

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan dalam kursus tersebut iaitu Pengurusan Getah Matang oleh Puan Hajah Rodiah Selamat (Bhg. Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat), Pembajaan Secara Diskriminasi oleh Tn. Hj. Zulkefli Manaf (ERAS) dan Pemasaran Hasil oleh En. Hashim Hussein (Pengurus Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hulu Langat). Pada sebelah petang diadakan latihan amali di kebun getah matang.

“Manfaatkan Teknologi & Inovasi Untuk Tingkatkan Produktiviti” – En Ali Nordin Wahiduddin Tim. Ketua Pengarah (Pembangunan) En Ali Nordin Wahiduddin

Tim. Ketua Pengarah Pembangunanan

Puan Wan Esah Ton Harun Pengarah RISDA Negeri Selangor (bertudung hitam) turut serta dalam latihan amali di kebun getah matang

Page 9: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

TeknologiPeristiwa

8 9

Tapak Semaian Gunung Tunggal, Ayer Tawar, Perak telah ditubuhkan pada 1979 bawah Unit Bekalan RISDA. Pada

peringkat awal operasi kerja tertumpu pada penyediaan benih getah. Penyediaan benih sawit bermula pada tahun 1992. RISDA Semaian Sdn. Bhd. mengambil alih tugas daripada Bahagian Bekalan dan menjadi anak syarikat pada tahun 1995.

Pada tahun 1996 kawasan semaian ranting tunas hijau (RTH) klon RRIM 905, 937,PM10 dan kawasan semaian tunggul cantuman biasa (TCB) telah dijadikan ladang contoh tanaman sawit untuk pekebun kecil. Ini berpunca daripada rungutan pekebun kecil mengenai bekalan benih sawit daripada tapak semaian pusat RISDA tidak memberikan pulangan hasil yang baik.

Bentuk muka bumi kawasan ini adalah rata dan beralun, tanah berasal daripada batu granit, kelas empat dengan Siri Sogomana yang mempunyai peratus pasir yang tinggi, mudah larut serap serta hakisan yang tinggi. Penghasilan mengikut kelas tanah ini ialah 17mt/hektar/tahun.

Keluasan keseluruhan ladang ialah 12.12 hektar. Blok A, seluas 10.10 hektar telah ditanam dengan sawit pada tahun 1996 dengan sumber benih HRU. Blok B pula dengan keluasan 2.02 hektar ditanam pada tahun 2000 dengan sumber benih IOI. Pemilihan sumber benih HRU dan IOI adalah untuk mengetahui prestasi hasil benih-benih tersebut jika ditanam di tanah kelas empat. Pada masa tersebut tiada estet atau pekebun kecil di kawasan berhampiran yang menggunakan benih HRU atau IOI. Prestasi benih sawit daripada Guthrie, United Plantation, Felda dan Golden Hope boleh diperoleh daripada estet

yang berhampiran untuk dijadikan perbandingan dari segi pertumbuhan pokok serta penghasilan.

Kerja penyelenggaraan ladang dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan. Penggunaan baja jati dan baja sebatian meningkat kadarnya dengan meningkatnya umur pokok. Pada umur sekarang iaitu 11 dan 7 tahun kadar yang digunakan ialah 12 kilogram sepokok setahun dan pembajaan dilakukan sebanyak tiga pusingan setahun.

Kaedah pembajaan adalah secara poket dan tabur terus mengikut kesesuaian masa dan cuaca. Penggunaan tandan kosong antara lorong tanaman telah dipraktikkan sejak tahun 2003. Sebanyak 15 hingga 20 tandan kosong disusun dalam bulatan bagi setiap pokok setahun.

Plot contoh seluas 10.10 hektar mula mengeluarkan buah pada usia 18 bulan selepas ditanam dengan hasil 13 metrik tan/hektar/tahun. Penghasilan terus meningkat dari tahun ke tahun. Penghasilan mengikut tahun bagi setiap hektar adalah 2001 (16.35mt), 2002 (30.58mt), 2003 (32.60mt), 2004 (36.15mt), 2005 (35mt) dan 2006 (40.03mt).

Norma pencapaian industri ialah 22 metrik tan/hektar/tahun manakala matlamat Lembaga Sawit Malaysia ( MPOB ) ialah 30 metrik tan/hektar/tahun.

Adalah diharapkan melalui pengalaman yang dipaparkan dapat menyuntik keyakinan pekebun kecil bahawa produktiviti sawit sebanyak 30 metrik/hektar/tahun bukanlah mustahil malah dengan meningkatkan kadar pembajaan dan menggunakan tandan kosong produktiviti 40 metrik tan/hektar/tahun boleh dicapai.

RAHSIA RSSB GUNUNG TUNGGAL CAPAI PRODUKTIVITI 30 MT /HEK/TAHUN

Oleh : Mohd Nizar Zainal

Tandan kosong menambah kesuburan tanah Pokok subur mengeluarkan tandan buah yang banyak

Page 10: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

KoperasiInovasi

10 11

Tahun 2006 merupakan tahun yang memberi kepuasan kepada salah seorang anggota RISDA yang sering memberi

khidmat nasihat kepada pekebun kecil. Beliau terpanggil untuk memudahkan kerja asas dalam penyediaan kebun apabila ramai dalam kalangan pekebun kecil yang beliau temui menyatakan tidak tahu mengenai banyak perkara termasuk penyediaan barisan tanaman.

Bagi mengatasi masalah yang dikemukakan oleh pekebun kecil beliau telah mencuba beberapa idea. Sekeping papan yang berlorek dengan beberapa tanda di atasnya digunakan dalam pertunjukan kaedah membuat barisan tanaman. Alat tersebut telah diperbaiki dan dibuat uji kaji sehingga diguna pakai secara meluas.

Setelah mengetahui adanya alat yang memudahkan kerja membaris, pekebun kecil menemui beliau untuk membuat demonstrasi penggunaan alat tersebut. Inovasi tersebut diberi nama AMRIS TWO membawa maksud alat membaris melalui dua kali perubahan ciptaan merupakan rekaan En. Abd Manaf Hj Abd Hamid, Penyelia Rancangan Tanah yang bertugas di Pejabat RISDA Kota Tinggi, Johor.

Penggunaan AMRIS TWO mudah dipelajari kerana hanya memerlukan penerangan yang ringkas. Kebiasaannya kompas merupakan peralatan utama digunakan untuk membuat barisan tanaman tetapi dengan menggunakan AMRIS TWO kompas langsung tidak diperlukan.

AMRIS TWO merupakan sekeping plate berbentuk tiga segi berukuran 30 sm X 30 sm dengan sudut buka 135 darjah dan sudut tapak 21.5 darjah. Sudut 60 dan 90 darjah ditandakan masing-masing untuk tanaman sawit dan getah secara

tunggal. Dawai sepanjang 50 atau 100 meter ditanda dengan jarak tanaman yang dikehendaki perlu disediakan, manakala untuk mendapatkan barisan lurus bagi tanaman getah secara integrasi memerlukan dawai sepanjang 3.1 meter. AMRIS TWO boleh digunakan membuat barisan tanaman bentuk empat segi tepat, empat segi bujur, tiga segi dan siku keluang.

AMRIS TWO mempunyai beberapa kebaikan dan sewajarnya digunakan secara meluas. Saiznya yang kecil dengan ukuran 30 sm (tiga segi) memudahkan dibawa ke merata tempat. Pengendaliaannya amat mudah dan tidak memerlukan kemahiran teknikal. Cara menggunakannya sama seperti kompas tetapi lebih mudah kerana telah disediakan dengan petunjuk yang jelas. Walau bagaimanapun AMRIS TWO tidak sesuai digunakan di kawasan berbukit tinggi.

Memandangkan alat ini sesuai disebarkan secara meluas untuk kegunaan pekebun kecil dan Pembantu Pertanian RISDA sebagai alat tunjuk ajar, Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kota Tinggi Bhd. telah dilantik sebagai pengedar. Walaupun inovasi ini tidak mendapat tempat di hati juri semasa pertandingan inovasi peringkat kebangsaan namun ianya menjadi kebanggaan RISDA Negeri Johor kerana sangat membantu dalam membuat barisan tanaman.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Hj Alias Hassan di Pejabat RISDA Daerah Kota Tingggi Johor (07-2230753 / 755) atau terus kepada pencipta di talian 013-7788697.

Cara menggunakan AMRIS TWO

Peralatan membuat barisan tanaman

SEMUDAH ABC, AMRIS TWO

BANYAK MEMBANTUOleh : Abd. Manaf Abd. Hamid

Page 11: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

KoperasiInovasi

10 11

Menghampiri pusat belian getah yang terletak di Kampung Sungai Pening-Pening, Hulu Langat Selangor, dari jauh

bau getah beku menusuk hidung. Apa tidaknya stor berukuran 15 kaki x 10 kaki ini dipenuhi getah beku yang dihantar oleh penoreh Rancangan Tanam Semula Berkelompok (TSB) Sungai Pening-Pening dan juga penduduk sekitar kampung tersebut.

“Tidak kurang daripada 30 hingga 50 kilogram sekali jual, dengan harga getah sekarang mereka boleh memperoleh sehingga RM120 atau lebih,“ kata Pak Omar yang ditugaskan menyelia urusan jual beli getah di pusat belian tersebut. Dalam masa tiga hari sebanyak tiga tan getah beku memenuhi stor yang menjadi tumpuan mereka setiap hari. Ketulan getah beku yang beratnya satu hingga hampir dua kilogram membuktikan hasil torehan yang menggalakkan.

Di Kampung Sasapan Minangkabau melalui pusat belian yang dibina sendiri dan telah beroperasi lebih sepuluh tahun, KOPEL menyediakan perkhidmatan membeli lateks secara terbuka. Selain daripada KOPEL terdapat pelesen-pelesen lain di kawasan tersebut. Pusat belian yang terletak tidak jauh dari Pekan Beranang ini, mulai sibuk menjelang tengah hari. Penoreh bersilih ganti datang membawa hasil torehan mereka untuk ditimbang dan mendapat habuan masing-masing. Jelas terpancar kecerian di wajah yang dibasahi keringat dengan membawa pulang antara RM50 hingga RM100,“ berbaloi juga menoreh ni, syukur dengan rezeki yang diperoleh,” kata seorang penoreh yang menyifatkan pusat belian getah yang diuruskan oleh KOPEL memberi kemudahan dan harga yang ditawarkan memuaskan hati pelanggan. Secara purata setiap hari sekitar 20 hingga 25 orang pekebun kecil berurus niaga dengan pusat belian ini.

Selain daripada menubuhkan pusat belian getah Koperasi Pekebun Kecil Daerah Hulu Langat memajak beberapa projek Tanam Semula Berkelompok(TSB) seperti TSB Kampung Rinching Tengah melibatkan kawasan seluas 21.7 hektar, TSB Batu 3 Jalan Bangi seluas 25 hektar serta TSB Sasapan Kelubi dan TSB Sungai Kembong. Kesemua TSB yang dipajak menghadapi masalah tuan tanah tinggal di luar kawasan atau terlalu uzur untuk menguruskan tanah mereka. Bayaran sewa pajak kepada tuan tanah dilakukan setiap tiga bulan. Pihak KOPEL bercadang untuk memberi dividen sebagai insentif kepada pemilik TSB yang dipajak atas sokongan yang telah mereka berikan.

“KOPEL akan memastikan harga yang ditawarkan kepada pekebun kecil lebih tinggi daripada pelesen-pelesen lain”. Justeru itu menurut pengurusnya, En Hashim Hussein, beliau sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk memuaskan hati pelanggan yang rata-rata merupakan ahli KOPEL disamping mencari keuntungan untuk menambah sumber kewangan koperasi. Keuntungan koperasi juga turut dinikmati oleh ahli melalui dividen yang diagihkan,‘’ itulah tekad beliau yang menerajui Koperasi Pekebun Kecil paling maju dan berdaya saing di Negeri Selangor.

Selain daripada aktiviti belian getah KOPEL juga menjalankan kerja-kerja pembangunan ladang dan membekal input pertanian seperti baja dan racun.

Untuk keterangan lanjut Pengurus KOPEL boleh dihubungi melalui talian 012-2060358.

PUSAT BELIAN GETAHKoperasi Pekebun Kecil Daerah Hulu Langat (KOPEL)

Beri Kemudahan & Keuntungan Kepada AhliOleh Salamah Kosnin

En. Hashim Hussein, Pengurus KOPEL (tengah) menimbang getah buku Selain daripada getah buku KOPEL turut membeli lateks

Page 12: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Jejak Jaya

Mengimbau latar belakang dan sejarah yang menjadi saksi kepada sebuah pembangunan, pastinya tidak dijangka,

kejayaan dan penghasilan dikecapi peserta sejak mula berhasil hingga kini telah banyak membawa perubahan fizikal dan peningkatan taraf kehidupan.

Benarlah kata pepatah, “Kalau tidak dipecahkan ruyong, mana dapat sagunya”. Sesungguhnya pula bukan senang untuk menjadi senang kerana kebiasaannya amat mudah untuk gagal.

Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) Aji Kubu, Kg Cinta Manis,Mukim Sabai di Daerah Bentong merupakan projek TSB yang telah menerima Anugerah Pengurusan Peringkat RISDA Negeri Pahang dan kebangsaan. Semua itu adalah berdasarkan kejayaan dari segi pembangunan dan penghasilan melalui amalan teknologi yang disalurkan agensi pelaksana iaitu RISDA

Kawasan ini terletak 15 km dari pekan terdekat, Karak, Pahang. Sempadannya pula ialah FELDA Kg Sertik, Rancangan Tanah Pinggir Sungai Garam dan Rancangan Tanah Pinggir Sungai Dua/RTP Sungai Pahang.

TSB Aji Kubu mula dibangunkan pada April 1991. Kawasan seluas 76.5753 hektar, 26 bilangan lot dengan 26 orang peserta ini asalnya adalah kawasan getah tua yang terbiar.

Walau apapun, menyedari masyarakat Orang Asli tidak seharusnya dipinggirkan dari arus kemajuan, Pegawai RISDA Daerah Bentong pada masa itu, Encik Ali Nordin Wahiduddin bertanggungjawab merencana halatuju dan pembangunan kawasan Aji Kubu melalui pendekatan Tanam Semula Berkelompok.

Peserta memberi kerjasama dalam perancangan RISDA selanjutnya. Ibarat kata pepatah, “Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak”. Sesuai dengan permukaan tanah yang landai dan rata pisang cavendish benih tisu didik sebanyak 5000 sulur ditanam atas keluasan 10 hektar dan 20 hektar lagi ditanam pisang berangan (11000 sulur) juga menggunakan benih tisu didik.

Amalan agronomi telah memainkan peranan penting dalam penghasilan TSB Aji Kubu masa kini. Tanaman dalam, cantasan dan galakan dahan, pembajaan berjadual, penggunaan belerang dalam lubang tanaman, kawalan rumpai serta kawalan penyakit adalah amalan agronomi yang telah dipraktikkan dan mencetus impak kejayaan.

Rekod penghasilan pada 2004 sebanyak 287,584kg (1877 kg /hektar) dan sebanyak 306,988 kg (2004.5kg/hektar) pada tahun 2005 dan 2006.

Pada tahun 2006, berdasarkan purata seorang peserta memiliki 2.945 hektar kebun getah bertoreh sepenuhnya pendapatan yang diraih adalah RM2571 hingga RM3,175 sebulan sekeluarga.

Kejayaan dari segi penghasilan telah melayakkan TSB Aji Kubu dinobatkan Johan Pengurusan Projek TSB Terbaik Peringkat Negeri Pahang dan Naib Johan kategori yang sama Peringkat Kebangsaan.

Kejayaan dicapai tentunya tidak menjadi kenyataan tanpa ada individu peringkat akar umbi yang berperanan sebagai penasihat, penggerak, penyelia, pengawas dan pemantau. Kejayaaan ini hasil bimbingan dan kerja kuat Pembantu Pertanian RISDA, Encik Anuar Daud (1990 hingga Ogos 2005) dan Encik Rosle Md Kari sejak September 2005 hingga sekarang. Menghitung kejayaan yang diraih tidak bermakna TSB Aji Kubu tidak pernah menghadapi sebarang halangan, masalah dan tekanan tetapi segala itu dapat diselesaikan secara berpasukan melalui perbincangan atau tindakan proaktif.

Generasi kedua masyarakat Orang Asli TSB Aji Kubu, perlu meneruskan usaha dan kegigihan bagi tahun-tahun mendatang agar kejayaan dapat dipertahan dan ditingkatkan.

TSB ORANG ASLI IKUT ARUS SEMASA(TSB Aji Kubu, Bentong)

Oleh : Sulaiman Chik

Tn Hj. Mujahid Mohamad, Pengarah RISDA Negeri Pahang (dua dari kanan) dalam majlis Ramah Mesra dan Penyamapaian Rebet Pemasaran kepada

peserta TSB Aji Kubu

Pelawat mendengar taklimat mengenai pembangunan TSB Aji Kubu12 13

Page 13: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Jejak Jaya

Oleh : Jailani Husin

“Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,“ itulah kata-kata hikmat yang menjadikan pegangan Tn. Hj Abdullah Abdul Ghani dalam usaha untuk meningkatkan pendapat keluarga.

Tn. Hj Abdullah lebih mesra dengan panggilan Pak Daud dalam kalangan penduduk tempatan menetap di Kampung Sawah, Pekan Nanas, Pontian, Johor. Walaupun telah menjangkau usia 67 tahun, beliau masih gagah menyisipkan pisau toreh yang sentiasa tajam ke setiap pokok getah yang gagah berdiri dalam usaha untuk memperoleh khazanah daripada tanaman tersebut. Hasil daripada getah banyak menyumbang meningkatkan pendapatan beliau sekeluarga.

Walaupun menerima pendidikan setakat sekolah dewasa beliau tidak menjadikan alasan tersebut untuk tidak memajukan diri. Beliau merupakan seorang yang sentiasa merendah diri dan mempunyai jati diri yang tinggi untuk terus berjaya.

Pada awal tahun 80-an dan 90-an Hj. Abdullah hanyalah seorang pemandu teksi persendirian atau dikenali sebagai ‘prebet sapu’ dengan memperoleh pendapatan sekitar RM400 hingga RM800 sebulan. Walaupun ketika itu beliau memiliki sebidang tanah dengan keluasan 1.5175 hektar di Kampung Bakar Arang, Pekan Nanas namun tanah tersebut tidak diusahakan sepenuhnya dan hanya terdapat beberapa batang pokok buah-buahan sahaja. Pada tahun 1996 RISDA Daerah Pontian telah menerima peruntukan pembangunan bawah Program Bantuan Tanah Kosong (BTK). Bagi memastikan peruntukan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pekebun kecil bancian bagi mengesan dan mengenal pasti pemilik tanah kosong di Kampung Bakar Arang telah dijalankan.

Hj. Abdullah berasa ini merupakan peluang terbaik untuk memajukan tanah tidak produktif yang beliau miliki. Permohonan beliau beserta beberapa orang pekebun kecil lain

telah diluluskan oleh RISDA Pontian. Satu projek kelompok iaitu Tanam Semula Serentak (TSS) Kampung Bakar Arang telah berjaya ditubuhkan.

Projek ini mengusahakan tanaman getah dan buah-buahan secara pepagar. Tn. Hj. Abdullah telah dibekalkan benih getah sebanyak 720 pokok dan dengan modal sendiri beliau membeli sebanyak 160 pokok pulasan. Kini beliau telah menikmati hasil yang tidak pernah diimpikan selama ini.

Dengan nasihat dan bimbingan daripada pegawai RISDA dalam pengurusan dan penjagaan kebun yang baik, kawalan rumpai dan pembajaan mengikut jadual beliau berjaya memperoleh hasil getah secara purata sekitar 30 hingga 35 kilogram berat kering sebulan (2,300 hingga 2,700 kilogram kering/hektar/tahun), melepasi sasaran produktiviti getah yang telah disarankan oleh RISDA.

Secara kasar beliau memperoleh pendapatan bulanan daripada getah sebanyak RM2700 disamping menikmati hasil jualan pulasan RM1,200 sebulan. Pulasan dijual kepada peraih yang datang sendiri ke kebun.

Walaupun aktif dengan aktiviti pertanian, Tn. Hj. Abdullah masih berkesempatan meneruskan kerja membawa teksi persendiriran sebagai pendapatan tambahan.

Secara kolektif beliau memperoleh pendapatan purata sebanyak RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

Tuan Hj. Abdullah melafazkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada RISDA yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta khidmat nasihat sehingga beliau sekeluarga dapat menikmati kehidupan lebih selesa berbanding sebelum ini.

“Jika kita berbudi kepada tanah, seribu kali kita akan mendapat manfaatnya,” ujar beliau mengakhiri perbualan.

Projek Tanaman Pepagar (getah dengan pulasan) yang diusahakan oleh Tuan Hj. Abdullah

Jejak jaya

Dulu Lain Sekarang Lain

12 13

Page 14: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

YB. Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin berucap sempena lawatan kerja ke TSB Kampung Balun, Tapah

Dari kiri YBhg. Dato’ Muhammad Izat Hasan, YB. Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin dan En Ali Nordin Wahiduddin

menyanyikan lagu Negaraku

YB. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib bersama pengusaha projek tanaman kontan nanas dan ulaman di

Kampung Ara Kuda, Pulau Pinang

En. Ali Nordin Wahiduddin, Tim. Ketua Pengarah Pembangunan (empat dari kiri) mendengar taklimat Pembangunan TSB

Permatang Pasir, Linggi, Negeri Sembilan

YB. Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin menoreh getahsebagai gimik lawatan beliau ke TSB Balun

Berita Bergambar

14 15

Page 15: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

YB. Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin bergambar kenangan bersama sebahagian peserta Kursus Formal Teknikal Pengurusan Kebun dan Pemasaran Hasil Getah & Sawit di Ijok, Selangor

En. Ali Nordin Wahiduddin, menerangkan sesuatu kepada YB. Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin ketika lawatan beliau ke gerai pameran sempena Majlis Pelancaran IKPK di Temerloh, Pahang

YB. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (tiga dari kiri) semasa Kempen Peningkatan Produktiviti Getah

Negeri Melaka

YB. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, Pengerusi RISDA melawat gerai pameran sempena

Majlis Pelancaran Homestay, Selama, Perak

En. Ali Nordin Wahiduddin memberi motivasi kepada peserta Kursus Pengurusan TSB Getah Matang Peringkat Negeri Perak

Berita Bergambar

14 15

Page 16: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Jejak jayaJejak jaya

16 17

Getah merupakan sumber pendapatan utama Pak Long Mat Hassan Teh yang telah menjangkau usia 70 tahun.

Beliau mengusahakan kebun getah seluas 1.3657 hektar sejak tahun 1979 dan menanam klon GT 1 dan RRIM 600. Pak Long Mat Hassan berasal dari Kampung Dusun Ghani, Bongor dan isteri beliau, Pn. Ramlah Che Dah berasal dari kampung yang berdekatan.

En. Mat Hassan bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan di Kampung Dusun Ghani. Beliau merupakan Pengerusi JKKK Kampung Dusun Ghani, Ketua Unit Peladang dan Jawatankuasa Khairat Kematian Kampung Bongor Utara.

Pada tahun 2003, beliau telah menyahut cabaran dan saranan daripada RISDA untuk mengamalkan Sistem Torehan Kekerapan Rendah (LITS) dengan menggunakan alat rangsangan gas iaitu RRIMFLOW. Walaupun belum pernah menggunakan alat rangsangan gas sebelum ini, beliau tetap bertekad mencuba peralatan tersebut. Kebun beliau mempunyai 410 pokok getah dan kesemua pokok tersebut menggunakan alat rangsangan gas dengan mengamalkan sistem torehan 1/8 lilitan menoreh setiap tiga hari (1/8SD3).

Berkat tunjuk ajar yang diberikan oleh Pembantu Pertanian RISDA dan kesungguhan beliau menguruskan kebun getah

tersebut membolehkan beliau memperoleh pendapatan hasil daripada getah melebih RM2000 sebulan berbanding pendapatan sebelum ini hanya RM400 sebulan. Kejayaan tidak datang bergolek. Tanpa usaha gigih yang dilakukan secara berterusan pasti kejayaan sukar dikecapi. Amalan agronomi yang baik seperti pembajaan yang cukup, kawalan rumpai yang sempurna dan sistem torehan yang baik merupakan antara faktor utama yang perlu dititik beratkan.

Selain daripada getah, beliau juga ada mengusahakan dusun buah-buahan yang pendapatan bulanannya sekitar RM300 sebulan.

Pak Long Mat Hassan bukanlah seorang yang suka bekerja ‘hangat-hangat tahi ayam’. Pada tahun 2005, kesemua peralatan RRIMFLOW yang dipasang di kebun beliau telah dirosakkan oleh monyet. Menyedari penggunaan peralatan tersebut boleh menggandakan produktiviti getah, beliau menggantikan kesemua peralatan yang rosak dengan modal sendiri dan tidak mengharapkan subsidi daripada RISDA.

Dengan purata pendapatan RM2300 sebulan sekeluarga, Pak Long Mat Hassan telah berjaya membebaskan diri dan keluarga beliau daripada kelompok miskin dan sebaliknya meningkatkan taraf hidup kepada golongan sejahtera.

“Aku Bukan Lagi Si Miskin”Oleh : Rasadah Kassim

Pak Long Mat Hassan Teh kini menikmati kehidupan yang lebih selesa

Alat rangsangan RRIMFLOW dipasang bagi meningkatkan produktiviti pokok getah

Page 17: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Jejak jayaJejak jaya

16 17

Sejak kecil lagi Pak Nor atau nama sebenarnya Mohd Nor Samad 60 tahun yang berasal dari Kg. Pak Kancil Luar,

Permaisuri, Setiu, Terengganu amat berminat kepada tanaman getah khususnya menoreh getah. Beliau mula menoreh getah sekitar tahun 1967 pada usia 20 tahun. Pada masa itu beliau hanya mengambil upah menoreh getah kepunyaan jiran sekampungnya.

Apabila bapa beliau meninggal Pak Nor mula memikul tanggungjawab menguruskan kebun getah peninggalan arwah bapanya seluas tiga hektar. Kebun yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah beliau mengambil masa 10 minit perjalanan motosikal untuk sampai.

Pada tahun 1980 Pok Nor mula berjinak dengan RISDA dengan menyertai program tanam semula. Beliau menanam semula kebun getah tua seluas 0.8 hektar dengan tanaman getah. Pada tahun 1987 beliau menanam semula baki kawasan seluas 2.2 hektar dan masih memilih tanaman getah.

Tindakan beliau berbuat demikian adalah untuk menyahut seruan RISDA menubuhkan Rancangan Tanam Semula Berkelompok (TSB) Pak Kancil II. TSB tersebut telah ditanam sepenuhnya dengan baka baru yang berpenghasilan tinggi dan beliau telah dilantik sebagai Pengerusi TSB.

Bagi memanfaatkan penggunaan tanah secara optimun, Pak Nor turut mengamalkan Sistem Perkebunan Bersepadu (SEPERDU) yang disyorkan oleh RISDA dengan menanam pokok salak di antara barisan pokok getah sebagai tanaman selingan bagi menambah pendapatan keluarga. Pokok salak tersebut mula berhasil empat tahun kemudian sehinggalah sekarang. Dengan bantuan isterinya salak dibuat jeruk dan mampu menjana pendapatan purata RM200 sebulan.

Pak Nor sering mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada Pembantu Pertanian RISDA. Oleh itu tidak hairanlah dalam pertandingan membuat getah keping sekitar tahun 1989 dan 1990 yang dianjurkan oleh Pejabat RISDA Negeri Terengganu. Pak Nor menjadi juara dua tahun berturut-turut.

Pada tahun 1990-an harga getah menjunam jatuh kurang daripada RM1 sekilogram (berat basah) namun Pak Nor tetap setia menoreh getah yang merupakan mata pencarian utama beliau. Pada masa itu corak pengeluaran getah mula berubah, pekebun kecil tidak lagi berminat membuat getah keping sebaliknya membuat getah buku kerana lebih mudah.

Namun langit kembali cerah apabila pada tahun 2005 harga getah sungguh memberangsangkan iaitu melebihi RM5 sekilogram (kering). Pekebun kecil kembali membersihkan kebun dan menoreh getah. Pak Nor tidak melepaskan peluang ini, beliau menoreh sepenuhnya kebun getah yang ada.

Menurut Pak Nor dengan harga getah sekarang beliau pernah memperoleh pendapatan sebanyak RM200 sehari menoreh bagi kebun seluas 2.2 hektar. Beliau dibantu oleh anak dan isteri menoreh di kebun getah tersebut.

Pak Nor turut mengamalkan teknologi rangsangan iaitu Reactorrim dan mengamalkan sistem torehan S2 D3 (separuh lilitan selang dua hari). Setiap pokok getah dipasang alat pelindung hujan Rain Gutter bagi melindungi batang getah daripada dibasahi air hujan. Purata bilangan hari menoreh antara 11 hingga 15 hari sebulan. Oleh itu tidak hairanlah setiap tahun Pak Nor mampu mencapai hasil getah lebih 2000 kg/sehektar (berat kering). Pada tahun 2006 beliau berjaya mencapai hasil 2226 kg / hektar.

Dengan harga getah yang amat baik pada masa ini beliau memperoleh pendapatan bulanan RM2,800 daripada getah,RM500 daripada sawit, RM250 daripada ternakan lembu dalam kebun sawit serta hasil tanaman salak sebanyak RM200.

Sesungguhnya beliau amat berterima kasih kepada RISDA terutama Pembantu Pertanian RISDA yang tidak jemu-jemu memberi nasihat serta tunjuk ajar dalam membangun dan penjagaan kebun sehingga beliau mampu memperoleh hasil dan pendapatan pada tahap ini.

PAK NOR PEROLEH HASIL LEBIH 2000KG SEHEKTAR SETAHUN

Oleh: Sayed Dol Islam Syed Ali

Rain Gutter dipasang bagi melindungi batang getah daripada dibasahi air hujan Projek ternakan lembu dalam kebun sawit turut menambah pendapatan

Page 18: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Jejak jayaJejak jaya

18 19

Dua tiga tahun yang lalu, seluruh rakyat Malaysia terkejut apabila diumumkan harga getah melambung tinggi

sehingga RM7 sekilogram. Sesuatu yang tidak dijangka, pekebun kecil akan menikmati harga yang belum pernah mereka nikmati sebelum ini.

Kenaikan harga ini menarik minat pekebun kecil seluruh negara kembali mengusahakan kebun-kebun mereka termasuk pemilik kebun yang sudah lama membiarkan tanah mereka tidak diusahakan. Kini suasana kembali meriah dan ada yang terlalu ghairah sehingga menoreh tidak mengikut sistem dan menoreh tidak mengira waktu.

Pada paras harga getah RM7 sekilogram, pekebun getah mampu memperoleh pendapatan RM3,000 sebulan. Malah bagi mereka yang memiliki kebun yang luas sudah tentu pendapatan lebih daripada itu. Menurut kajian penganalisis, permintaan getah asli yang tinggi dan harga yang menggalakkan mampu bertahan antara lima hingga tujuh tahun dari sekarang.

Justeru, kesempatan dan peluang ini turut dinikmati oleh seorang persara kerajaan Hj. Katemin Baok, 60, dari Kampung Kesang, Jasin yang meraih pendapatan RM2,200 sebulan hasil daripada menoreh getah milik beliau seluas 0.9990 hektar. Beliau mendapat hasil purata 65 hingga 70 kilogram sehari (berat basah).

Setelah besara daripada perkhidmatan kerajaan lima tahun yang lalu, kini Hj. Katemin mengusahakan sepenuh masa kebun yang dibangunkan pada tahun 1996 dan ditanam dengan klon PB 350 dan RRIM 600. Bagi meneruskan kejayaan beliau tidak dibiarkan keseorangan, malah sering mendapat tunjuk ajar dan khidmat nasihat daripada En Baharuddin Arip, Pembantu Pertanian dari Pejabat RISDA Stesen Melaka Tengah.

Amalan agronomi dan teknologi yang disampaikan beliau praktikkan sepenuhnya sejak dari peringkat menanam dan tidak hairanlah kebun beliau antara yang boleh ditoreh selepas 4½ tahun ditanam di ladang. Hj. Katemin menoreh menggunakan sistem S2D2 (separuh lilitan selang sehari).

Menurut Hj. Katemin Baok, Pembantu Pertanian RISDA mengunjungi beliau setiap minggu bagi memantau penghasilan. Selain daripada itu beliau juga diberi khidmat nasihat dari segi penyelenggaraan kebun seperti kawalan rumpai, pembajaan dan sistem torehan yang betul. Hj. Katemin amat menggambil berat mengenai sistem torehan dan kesemua pokok getah dikebunnya dijaga dengan sempurna dan seragam dan dapat mengekalkan kecuraman torehan 30 darjah seperti yang disyorkan. Beliau mengakui bahawa faktor inilah antara penyumbang kepada penambahan hasil. Penyenggaraan kebun yang baik dapat meningkatkan produktiviti seterusnya menyahut saranan RISDA supaya produktiviti getah bagi pekebun kecil sekurang-kurangnya 2,000 kilogram sehektar setahun (berat kering).

Hj. Katemin merupakan salah seorang daripada 30 peserta yang tersenarai dalam Ahli Kelab 2000 RISDA Melaka 2007. Jumlah hasil (berat kering) pada tahun 2006 yang beliau peroleh ialah 2394kg sehektar.

Pencapaian beliau ini akan menjadi perangsang kepada pemilik-pemilik lain supaya berlumba-lumba meningkatkan pengeluaran getah tidak kurang daripada 2000kg/hek/tahun disamping menyahut hasrat kerajaan untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 800,000 hektar keluasan tanaman getah pada bila-bila masa.

HJ KATEMIN RAIH EMPAT ANGKAHASIL GETAH

Oleh: Azhari Abd Aziz

Pembantu Pertanian RISDA memantau penghasilan getah setiap minggu

Sistem torehan yang betul antara faktor penyumbang kepada pengeluaran hasil yang tinggi

Page 19: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Jejak jayaJejak jaya

18 19

“Rajin usaha hasilnya lebih,” itulah prinsip yang dipegang oleh En. Ibe Besak, salah seorang pekebun kecil yang aktif dalam menjalankan aktiviti pertanian. Beliau berusia 49 tahun dan tinggal di Kampung Simpang Pertang Jelebu, Negeri Sembilan, juga merupakan seorang Batin bagi masyarakat etnik Orang Asli di Kampung Sawah, Air Baning, Jelebu.

Dengan bimbingan serta tunjuk ajar oleh Pembantu Pertanian RISDA Jelebu, En. Zulkifli Lebai Abu, En. Ibe merupakan antara yang memperoleh penghasilan getah tertinggi di Jelebu,

Pada Tahun 2006 beliau mencapai produktiviti melebihi 2000 kilogram sehektar setahun (berat kering). ”Kita pekebun kecil getah dengan RISDA merupakan satu keluarga yang perlu

saling berhubung antara satu sama lain,” tegas beliau. En. Ibe amat berminat dan sering mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh RISDA seperti kursus teknikal getah dan kursus Pengurusan Tanam Semula Berkelompok (TSB) Getah Matang. Menerusi khidmat nasihat yang dijalankan memberi peluang kepada Pembantu Pertanian tempatan untuk mendampingi kumpulan sasar dengan lebih kerap, nasib mereka lebih terbela seterusnya dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi pekebun kecil.

Beliau yang sebelum ini memperoleh pendapatan daripada getah lebih daripada RM2,500 sebulan menyatakan kunci untuk mendapat hasil tinggi dan pendapatan yang lumayan hendaklah bermula dari awal lagi. Pengurusan kebun yang cekap termasuk penyediaan kebun sebelum menanam, pemilihan benih yang berkualiti, penyenggaraan kebun yang berkesan, kawalan rumpai, pembajaan mengikut jadual, mengamalkan sistem torehan yang betul serta penggunaan teknologi terkini merupakan faktor yang mempengaruhi produktiviti. Menerusi amalan agronomi yang baik serta teknologi yang sesuai penat lelah beliau telah membuahkan hasil. Pada bulan Februari 2007 En. Ibe telah memperoleh pendapatan sebanyak RM3,236 melalui hasil getah.

Seiring dengan hasrat RISDA untuk menubuhkan Kelab 2000 Kilogram, RISDA Negeri Sembilan Darul Khusus telah memilih En. Ibe sebagai salah seorang penggerak untuk menarik lebih ramai pekebun kecil menyertai kelab tersebut. Peningkatan produktiviti bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil malah dapat menyumbang ke arah peningkatan pengeluaran getah negara.

Orang Asli Jelebu

Pun Boleh!Oleh: Rosnan Ab Rahman

En. Ibe Besak (kanan) bersama En Rosnan Abd Rahman, Pen. Pegawai Pertanian RISDA Negeri Sembilan Barat

Amalan agronomi yang baik menjanjikan penghasilan yang tinggi

Page 20: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Jejak JayaJejak jaya

20 21

Oleh : Rakman Yusof

Pekebun kecil yang berusaha gigih memajukan kebun tanam semula getah dengan menggunakan teknologi terkini dan

benih yang bermutu serta berjaya mengeluarkan hasil melebihi 2000 kilogram sehektar setahun diberi pengiktirafan oleh RISDA menjadi ahli Kelab 2000 Kilogram. Ahli kelab ini terbuka kepada semua pekebun kecil yang berjaya mengeluarkan hasil getah melebihi 2000 kg/sehektar/setahun (berat kering).

Banyak kemudahan dan keutamaan diperoleh dengan menjadi ahli kelab ini seperti menjadi pekebun kecil contoh, penasihat atau penceramah kepada pekebun kecil yang lain, diberi keutamaan untuk mendapat bahan tanaman serta teknologi terkini melalui program RISDA.

Di Kuala Balah, Jeli, Kelantan semangat yang kuat dan usaha gigih En. Idris Salleh 62 tahun dan isteri yang mengusahakan kebun seluas 1.1920 hektar di Kampong Sungai Tuik telah berjaya mengeluarkan hasil hampir mencapai 3000 kg sehektar setahun. Kejayaan yang dinikmati berpunca daripada kegigihan beliau mengikut khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada Pembantu Pertanian RISDA, En. Hisyamuddin Che Ngah yang tidak jemu membimbing pekebun kecil di kawasan tersebut.

Sistem torehan yang digunakan 1/2SD2 dan menggunakan penggalak susu etefon membuatkan beliau berjaya

mengeluarkan hasil 2,965 kg/hektar/setahun (berat kering), manakala pendapatan yang diperoleh melebihi RM2000 sebulan. Dengan pendapatan tersebut beliau mampu menyara kesemua anak-anak beliau seramai lapan orang yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan berumur antara 15 hingga 30 tahun. Seorang anak beliau berjaya menjadi pensyarah di UiTM Shah Alam, seorang masing-masing menuntut di Politeknik Kota Bharu dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Jeli manakala yang bongsu berumur 15 tahun mengalami Sindrom Down.

En. Idris Salleh menanam semula pokok getah pada tahun 1984 dan mula menoreh pada tahun 1990. Penjagaan kebun yang teratur dan pembajaan mengikut jadual telah membolehkan pokok getah mengeluarkan hasil pada tahap memberangsangkan. Atas kegigihan beliau mengusahakan kebun RISDA Kelantan Tengah telah mencalonkan beliau untuk menyertai lawatan ke Indonesia yang merupakan salah satu insentif kepada Ahli Kelab 2000. Mereka yang berminat untuk mendapat khidmat nasihat, boleh menghubungi beliau melalui alamat :

Idris bin sallehKawasan Dusun NyiorKampong Tuanku Ab Rahman17610 Kuala Balah, Jeli, Kelantan

Ikut Nasihat Dan Tunjuk Ajar, HASIL BERGANDA, HIDUP SELESA

Ahli Kelab 2000

En. Idris bersama isteri di kebun getah mereka Usaha gigih memberi pulangan berganda

Page 21: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Jejak JayaJejak jaya

20 21

Rezeki Secupak Jadikan

SEGANTANGOleh: Rohizan Abd. Rahman

Bermula pada tahun 2005 beliau telah dibekalkan dengan baja getah dan penggalak susu bawah Program Pengekalan

Pengeluaran Getah (PPG). Dengan tunjuk ajar dan nasihat daripada Pembantu Pertanian RISDA beliau telah menggunakan sepenuhnya input pertanian yang dibekalkan.

En. Harun Mahmud lebih dikenali dengan Pak Harun dalam kalangan penduduk Kampung Tapah, Kuala Berang. Walaupun usia telah mencecah 66 tahun, beliau masih gagah untuk menoreh di kebun beliau seluas 1.9455 hektar.

Pokok getah beliau telah berumur 30 tahun dan kini banyak yang mati disebabkan serangan penyakit akar dan perosak. Keluasan kawasan getah yang boleh ditoreh sekitar satu hektar sahaja. Beliau sangat bersyukur kerana ketika harga getah melambung tinggi beliau beroleh pendapatan yang lumayan dan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa. “Inilah kali pertama saya dan isteri merasa getah dapat memberikan kesenangan kepada kami sekeluarga,” ujar beliau.

Walaupun telah berusia 66 tahun dan pokok getah berumur 30 tahun namun usia tidak menghalang Pak Harun untuk terus menoreh. Menerusi rekod yang dicatatkan oleh En. Azmaimi, Pembantu Pertanian RISDA sepanjang tahun 2006 Pak Harun

berjaya memperoleh hasil getah sebanyak 2562kg/hektar/tahun. Pak Harun merupakan salah seorang ahli Kelab 2000 bagi Pejabat RISDA Hulu Terengganu.

Ditanya rahsia kejayaan beliau, dengan serius beliau memaklumkan penjagaan kebun mesti diutamakan. “Kulit pokok getah merupakan bank penoreh. Untuk mendapatkan pertumbuhan kulit yang baik, kesuburan pokok getah perlu dijaga. Pokok perlu dibaja, kebun mesti bersih, penoreh perlu mahir dan cermat bagi menjimatkan penggunaan kulit supaya pokok dapat ditoreh lebih lama dan hasil dapat dikutip,” tegas beliau.

Beliau menasihati pekebun kecil supaya menggunakan bahan penggalak susu bagi memperoleh hasil yang lebih. Penggunaan teknologi rangsangan yang sesuai diikuti program pembajaan yang mencukupi akan dapat meningkatkan penghasilan.

Pak Harun mula menggunakan etefon dengan kepekatan 5% sejak dua tahun yang lepas. Walaupun Daerah Hulu Terengganu menerima hujan yang banyak terutamanya di tempat beliau yang berdekatan dengan Tasik Kenyir yang mengakibatkan bilangan hari menoreh yang kurang, namun beliau dapat memperoleh hasil yang tinggi dengan mengamalkan bahan rangsangan.

Pak Harun tidak mempunyai ramai tanggungan. Anak-anak telah berumahtangga dan tinggal berasingan. Hanya isteri sahaja yang menemai beliau dan turut sama menoreh. Pendapatan daripada menoreh getah melebihi daripada cukup bagi menampung kehidupan beliau suami isteri.

En. Harun Mahmud ahli Kelab 2000kg RISDA Hulu Terengganu

Page 22: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Jejak JayaJejak Jaya

“Ayuh sertai saya menjadi ahli Kelab 30 Metrik Tan,” demikianlah Hj Niza Ismail menyeru semua pekebun kecil menyertai kelab tersebut. Hj. Niza bukan setakat bercakap kosong tetapi beliau bercakap melalui pengalaman sebagai seorang pemilik dan pengusaha yang amat gigih menguruskan kebun sawit milik beliau yang terletak di Kampung Kembar Batu, Padang Rengas, Perak.

Nasihat yang beliau sampaikan bukan semata-mata ilmu yang diperoleh secara teori sebaliknya melalui pengalaman beliau yang melakukan sendiri kerja-kerja berkaitan.

Berusia 52 tahun, Hj. Niza telah membuktikan kebun yang dibangunkan mengikut amalan agronomi dan teknologi yang sesuai, bermula dari pemilihan benih berkualiti, pembajaan, kawalan rumpai, musuh dan penyakit serta teknik penuaian yang betul, memberi pulangan lumayan.

Kebun sawit matang milik beliau seluas 2.4281 hektar ditanam pada bulan Oktober 2000 dan mula mengeluarkan hasil pada tahun 2003. Lot tersebut termasuk dalam projek pemantauan RISDA 3 : 3 : 1 : 3 iaitu setiap Pembantu Pertanian RISDA diminta memantau tiga kebun terdiri daripada tiga kebun getah muda, tiga kebun getah matang, satu projek integrasi dan tiga kebun sawit (satu muda dan dua matang). Pemantauan dilakukan dari segi pertumbuhan dan produktiviti pokok. Semakan

“Join Me At The 30 Metric Tonne Club ”

Oleh : Nabsiah Bahar

rekod jualan produktiviti lot berkenaan bagi tahun 2005 ialah 30 metrik tan seheketar setahun. Hasil terus meningkat dan jumlah pengeluaran bagi tahun 2006 mencecah 39.99 mt/hektar/tahun.

Ditanya mengenai kejayaannya, beliau memberitahu benih berkualiti serta pembajaan yang mencukupi merupakan faktor utama kepada penghasilan tinggi.

Teruja dengan hasil sawit yang memberangsangkan beliau sanggup menebang pokok durian atas lot seluas 9.5103 hektar dan menggantikannya dengan tanaman sawit menggunakan perbelanjaan sendiri.

Kini Hj. Niza boleh tersenyum puas kerana pelaburan beliau menanam sawit telah membuahkan hasil. Kebun sawit muda beliau dijangka mula berhasil pada tahun 2008.

Bagi mereka yang ingin mengetahui rahsia kejayaaan dalam menguruskan tanaman sawit, Hj. Niza boleh dihubungi melalui talian 017-5705708.

Hj.Niza Ismail ahli Kelab 30 Tan RISDA Kuala Kangsar

22 23

Jumlah pengeluaran bagi tahun 2006 mencecah 39.99 mt/hektar/tahun.

Page 23: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Jejak JayaJejak Jaya

Kegigihan dan bersemangat dalam melakukan kerja harian sebagai seorang penoreh getah telah membuatkan namanya

diumum sebagai Pekebun Kecil Terbaik 2006 Peringkat Negeri Kelantan. Bagi En. Othman Mat Din, 59 tahun, rutin hariannya bermula pukul 6.40 pagi adalah semata-mata mencurahkan keringat kepada kebun getah seluas 2.4 hektar yang terletak tidak jauh dari penempatan beliau di Kampung Air Papan, Melintang, Jeli.

Menurut Encik Othman atau lebih dikenali ‘Pak Su’, zaman sekarang semuanya senang berbanding 30 tahun lampau. Pada masa itu beliau mula meneroka tanah hutan bersama bapanya dan bermacam-macam ancaman telah mereka hadapi. Beliau pernah berhadapan dengan pengganas komunis di kawasan Gunung Reng yang merupakan kubu utama mereka. Atas kecekalan Pak Su dan beberapa orang rakan tetap meneruskan usaha mereka untuk meneroka hutan berkenaan. Dengan adanya tanaman getah berusia 20 tahun itu, Pak Su dapat menampung kehidupan beliau lapan beranak.

Beliau menanam getah pada tahun 1987, dengan klon RRIM 600. Tujuh tahun kemudian getah seluas lebih lima ekar itu mula ditoreh dan kini pulangan bersih sebulan menjangkau RM3,200. Walaupun harga getah turun naik mengikut musim

pendapatan bulanan Pak Su masih lagi pada tahap melebehi RM2,000 sebulan.

En. Othman mengamalkan teknologi rangsangan etefon dengan kepekatan 2.5% pada pokok getahnya. Sebelum ini beliau banyak mendapat khidmat nasihat daripada Pembantu Pertanian, En. Nik Mohd Ariffin Nik Abdul Kadir cara untuk menjaga kestabilan pengeluaran hasil.

Pembajaan terancang perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Julai atau pun selepas musim ranggasan daun mengikut kesesuaian. Penyerapan baja paling berkesan adalah ketika daun muda mula terbentuk. Pembajaan yang dilakukan di luar musim yang dinyatakan akan menyebabkan penyerapan nutrien yang terhad. Pekebun kecil sepatutnya mengambil maklum mengenai fakta tersebut. Selain itu penggunaan etefon dengan kepekatan yang sesuai juga perlu diambil perhatian.

“Walau bagaimanapun, disiplin dalam menjaga kesuburan pokok perlulah diberi keutamaan selain mengamalkan sistem torehan yang sesuai. Ini memberi kesan kapada penggalakan pengeluaran lateks,” jelas beliau sambil menunjukkan sijil penghargaan yang diterima.

PENGAMALAN TEKNOLOGI DAN DISIPLIN DIRI

RAHSIA KEJAYAAN OTHMAN DINOleh: Mohd Zakri Husin

22 23Kesuburan pokok perlu diberi keutamaan untuk menjamin

hasil yang tinggiEn. Osman Din memenangi anugerah Pekebun Kecil Terbaik

2006 Negeri Kelantan

Page 24: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Jejak JayaJejak Jaya

Dalam usia tua beliau tidak selesa untuk duduk berehat di rumah sanak saudara, sebaliknya tanpa mengenal penat

terus menabur tenaga dan mengorbankan masa rehat untuk berbakti di kebun sawit dan getah milik beliau. “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”, itulah falsafah hidup Haji Mohamad Alias Harun, yang kini berusia 70 tahun terus mengembleng tenaga mengusahakan kebun sawit miliknya. Purata hasil daripada kebun sawit yang diusahakan sebanyak 30 tan sehektar setahun dan beliau kini merupakan seorang ahli Kelab 30 Tan yang ditubuhkan oleh RISDA.

Pasangan warga emas ini tinggal berdua di Kampung Tengah, Tapah, Perak. Sikap ingin berjaya disertai dengan usaha dan kesungguhan pasti akan membuahkan kejayaan. Pada tahun 2001 Haji Mohd Alias bersama isteri mengusahakan kebun sawit seluas 1.0926 hektar melalui bantuan tanam semula RISDA. Lot tersebut termasuk dalam program pemantauan dari segi pertumbuhan dan produktiviti yang dijalankan oleh pejabat RISDA berhampiran. Dengan mempraktikkan amalan pertanian yang baik serta teknologi yang sesuai melalui bimbingan dan khidmat nasihat yang diberikan oleh En. Abdul Rahim Husin dan En. Roslan Abd. Rahman daripada pejabat RISDA Stesen Batang Padang Utara, pada tahun 2006 lot sawit berkenaan

telah berjaya mengeluarkan hasil sebanyak 30.12 metrik tan sehektar setahun.

Selain daripada itu Hj Alias juga tidak jemu-jemu mengikuti kursus pengurusan kebun sawit sama ada yang dianjurkan oleh RISDA atau agensi pertanian yang lain bagi menambah pengetahuan beliau dalam bidang tersebut. Sebanyak 2.0 kg baja MPOB F1 (formulasi MPOB) dengan kandungan nutrien 10(N) 5.4(P) 16.2 (K) 2.7 (Mg)+0.5(B)+13(S) ditabur bagi setiap pokok dengan kekerapan empat kali setahun. Hj Alias juga sering bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan ahli Kelab 30 Tan tahun 2005 iaitu En Jailani Arshad yang tinggal tidak jauh dari rumah beliau.

Kesungguhan, ketekunan serta keinginan untuk maju tidak sia-sia apabila Hj Alias telah dipilih untuk menerima Anugerah Penghasilan Terbaik Sawit Tahun 2006 daripada Menteri Besar Perak di Ipoh pada Oktober 2006.

Haji Alias bertekad pada tahun 2007 untuk mencapai hasil 35 mt/hektar/tahun.“Matlamat ini tidak mustahil jika ada kesungguhan daripada semua pihak,” ujar beliau dengan penuh semangat.

Warga Emas Ahli Kelab 30 TanOleh : V. Nadarajan M.Vaithilingam

Hj.Ahmad Sapawi Abu, Pegawai RISDA Daerah Batang Padang Hilir Perak (paling kiri) bertanyakan sesuatu kepada Hj Mohamad Alias Harun (bertopi)

24 25

Page 25: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Jejak JayaJejak Jaya

Berbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan taraf hidup pekebun kecil. Kementerian Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah (KKLW) menerusi RISDA telah melakukan pelbagai pendekatan. Pendekatan utama ialah melalui peningkatan produktiviti. Kini RISDA meletakkan sasaran produktiviti getah bagi pekebun kecil melebehi 2000 kg/ hektar/ setahun. Dengan produktiviti tersebut pendapatan pekebun kecil akan melebihi RM2000 sebulan sekeluarga.

Pekebun kecil sentiasa dibimbing untuk menjadikan mereka sebagai petani berdaya maju dan berdaya saing. Mereka dilatih untuk menggunakan teknologi pertanian moden, teknik penorehan, teknik membaja, penggunaan alat rangsangan dan kawalan penyakit.

Sejak diteroka pada tahun 1962, kampung ini yang terletak 60 km dari Bandar Segamat terus maju. Keluasan kampung ini hanyalah 8km persegi dengan kepadatan penduduknya 238 orang melibatkan 60 buah rumah sahaja. Mereka gigih bertani. Disamping mengusahakan tanaman getah dan sawit kampung ini juga menjadi pengeluar utama buah-buahan terutama durian. Secara purata penduduk kampung mempunyai tanah seluas dua hektar.

Seramai 30 orang pekebun kecil dari Kampung Panca Jaya, Bekok, Segamat telah menyertai projek LITS sejak tahun 2004.Melalui program Peningkatan Pengeluaran Getah (PPG), mereka mendapat bantuan peralatan menoreh, kimia rumpai, baja dan peralatan rangsangan RRIMFLOW bernilai RM1,000 sehektar daripada RISDA. Selain daripada memberi tunjuk ajar mengenai teknik rangsangan, En. Anuar Jantan selaku Pembantu Pertanian

kawasan berkenaan turut memantau penghasilan projek yang dijalankan.

Berkat usaha tersebut beberapa peserta telah mencapai sasaran 2000kg/hek/tahun, antaranya Marsini Mahmod (2037.87 kg), Yahya Salan (2695 kg), Sarina Kafidin (2244 kg), Isa Salan (2052 kg), Fatimah Hassan (2053 kg), Zakaria Sipan (2698kg), Tarmi Kadis (2394 kg), Paiman Kasiban (2100 kg), dan Sirat Kasiban (2310 kg).

En. Yahya selaku ketua projek memperoleh 2695kg/hek/tahun atas lot getah dengan keluasan 2.046 hektar. Beliau mengamalkan teknologi dengan teratur sepertimana yang disarankan. Kebunnya diselenggara dengan baik dan pembajaan dibuat mengikut jadual tiga kali setahun. Beliau menoreh sendiri getah di kebunnya dengan sistem torehan 1/8S D4 (1/8 lilitan menoreh empat hari sekali) bagi RRIMFLOW dan 1/2S D3 (setengah lilitan menoreh tiga hari sekali) bagi rangsangan etefon.

Walaupun kebun getahnya tidak begitu luas, namun hasil torehan En. Yahya mampu memberikan pendapatan yang lumayan iaitu RM4,000. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Jika seseorang itu rajin berusaha dengan mengikuti amalan pertanian dan teknologi yang disarankan pasti membuahkan hasil lumayan. RISDA akan terus membimbing pekebun-pekebun kecil dan menyumbang idea bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka yang tinggal di pedalaman seperti yang dilakukan kepada peserta projek LITS Kampung Bekok, Segamat.

PEKEBUN KECIL PANCA JAYA MENYAHUT

CABARAN RISDAOleh : Hajah Saniah Md Ali

En.Yahya Sahlan salah seorang peserta projek LITS

Pusat pengumpulan getah Kampung Bekok banyak memberi faedah kepada peserta projek

24 25

Page 26: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

RenunganEkonomi

26 27

Rancangan Tanam Semula Berkelompok ( TSB ) memperoleh impak terbaik dengan mengamalkan integrasi tanaman

jangka pendek sementara menunggu tanaman utama mengeluarkan hasil. Selain daripada memberi pendapatan tambahan tanaman jangka pendek boleh menjimatkan kos penyenggaraan kawasan seperti kawalan rumpai.

AJK TSB Permatang Pasir telah mengambil langkah bijak dengan mengusahakan tanaman tembikai antara lorong tanaman getah. Disamping penggunaan tanah secara intensif ia dapat membekalkan pembajaan berganda kepada tanaman getah. Baja NPK 15 : 15 : 15 dan NPK 12 : 12 : 17 + Mg yang digunakan untuk membaja tembikai ditambah dengan baja RISDA 1 yang dibekalkan oleh RISDA bawah bantuan tanam semula memastikan bekalan nutrien yang mencukupi bagi pokok getah. Telah terbukti dalam tempoh tujuh bulan selepas di tanam di ladang lilitan batang getah di TSB ini mencapai 10 sentimeter, jauh melepasi petunjuk prestasi bagi pokok getah muda. Berdasarkan pencapaian tersebut diyakini TSB ini dapat memendekkan jangka masa remaja kepada 4½ tahun atau dalam erti kata lain pokok getah boleh ditoreh dalam masa 4½ tahun selepas ditanam di ladang.

TSB Permatang Pasir dengan keluasan 54.4141 hektar dianggotai oleh 48 orang peserta dan pembangunan kali ini merupakan tanam semula kali kedua. Pokok getah klon siri 2000 telah ditanam pada Julai 2006.

Kejayaan TSB ini hasil daripada komitmen peserta, AJK TSB dan nasihat daripada pegawai RISDA. En Abd. Razak Mohd. Yusof yang sentiasa memberi latihan dan tunjuk ajar mengenai

teknik-teknik perladangan kepada peserta, terutama pekebun kecil generasi kedua.

Oleh kerana kebanyakan jawatankuasa telah uzur, mereka telah melantik seorang penyelia dengan memberi sagu hati untuk menyelia dan mengawasi kerja-kerja pembangunan.

TSB ini turut mendapat suntikan semangat dengan lawatan Tim. Ketua Pengarah (Pembangunan) En Ali Nordin Wahiduddin baru-baru ini. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pekebun kecil yang menyertai projek kelompok ini kerana sanggup berkorban menanam semula ketika harga getah berada pada paras yang tinggi. Beliau menasihati peserta TSB supaya mempertingkatkan komitmen dengan mengikuti nasihat dan tunjuk ajar daripada pegawai-pegawai RISDA.

En. Latif Isa, 38 tahun memaklumkan beliau diamanahkan oleh jawatankuasa untuk menyelia dan mengawasi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pemborong agar pertumbuhan pokok tidak terganggu. “Macam kerja mandurlah…” ujar beliau. Pendapat beliau disokong oleh Pengerusi TSB Tn. Haji Noor Nikman.

“Sekiranya kawasan sesuai saya amat menggalakkan penanaman tembikai antara lorong tanaman kerana ia menjimatkan kos kawalan rumpai dan pembajaan. Kerja menanam tembikai telah dilaksanakan dengan baik ditambah dengan titisan air (sprinkler) ketika cuaca panas dan kering menambah kesegaran pokok,” kata Tn. Hj Noor Nikman mengakhiri perbualan.

Tanaman Kontan Tembikai Beri Impak Baik Kepada TSB Permatang Pasir, Linggi

Oleh : Abd Aziz Abd Majid

Lilitan batang getah mencapai 10 sm walaupun baru tujuh bulan ditanam di ladang

En. Ali Nordin Wahiduuddin, Tim. Ketua Pengarah Pembangunan (paling kiri) ketika mengadakan lawatan ke Projek TSB Permatang Pasir

Page 27: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

RenunganEkonomi

26 27

Sekonyong-konyong terlekatlah pandangan saya kepada tiga orang yang sedang beria-ia menyangkul dan mengerjakan tanah, lalu bertanyalah saya seorang demi seorang, kenapa mereka menyangkul

tanah tersebut?

Yang pertama menjawab; “Daripada duduk saja gatal pula tangan nak menyangkul, cangkullah, jangan tak cangkul”. Orang kedua pula memberitahu “Ada orang yang nak membeli tanah tersebut, inilah masanya bila ada permintaan jual sajalah. Tak kira tanah siapa pun”.

Lain pula dengan orang yang ketiga ini. Dia duduk menyangkul sambil tangannya yang berurat-urat itu menyentuh dan meramas tanah yang dicangkulnya. “Kenapa tuan?” hairan pula saya.

“Tanah ini amanah atas tanggungjawab kita, takkan rugi berbudi kepadanya. Dengan demikian kita makmurkannya”.

Hebatnya jiwa insan ini. Seolah-olah dia mengerti bahawa tubuh dan tanah itu adalah satu asal yang sama, di mana aura bertaut. Disempurnakan lagi dengan amanah yang digariskan Allah ke atas umat manusia supaya memakmurkan bumi Allah ini.

Menggambarkan tanah sebagai tempat terbaik untuk manusia mencurahkan budi dan baktinya. Dalam bahasa lain, kaitan antara manusia dan tanah adalah kaitan sejak azali lagi.

Bukankah Nabi Adam itu dijadikan daripada tanah?Bukankah unsur tanah itu wujud dalam batang tubuh manusia? Bukankah tanah itu juga adalah penempatan anak Adam yang terakhir? Berbudi kepada tanah bukan sekadar untuk mendapatkan pulangan RM. Ini cara berfikir penyamun-penyamun tanah yang tak kenyang-kenyang melahap tanah sebanyak-banyaknya untuk jadi kaya raya.

Bukan juga untuk jadi aktiviti mengeluarkan peluh sekali sekala, ini cara berfikir orang yang tidak begitu cerdik. Cerdiklah sikit!

Situasi menang-menang meminta kita berusaha untuk memanfaatkan tanah itu secara maksimum dan manfaatnya dapat dirasai oleh ramai kalangan. Itulah pun fasalfah bumi hijau yang dianjurkan oleh Allahyarham Tun Razak suatu ketika dulu.

Petani ibarat jauhari. Jauharilah yang mengenal manikam, untuk itu mereka sanggup meneroka hutan, bersawah di lereng gunung, menahan panas mentari, basah kuyup berhujan demi perjuangan yang tidak pernah selesai.

Yang berusaha sedikit dapatlah sedikit, yang berusaha banyak dapatlah banyak, begitulah janji yang diberikan kepada anak Adam mengenai usaha yang mereka gemblengkan. Bila jauhari beribadat dan ibadahnya diikhlaskan untak keredhaan Tuhannya, keringatnya akan jadi pendingin kepanasan, denyut nadinya akan jadi penawar segala derita yang dialami oleh tulang uratnya, kepuasannya menjadi penyembuh penat lelah, hasil tanamannya menjadi sumbang bakti untuk masyarakat.

Semuanya itu akan membentuk butir-butir pahala yang bernilai tinggi di alam fana ini juga keberkatan hidup sebagai hamba Allah yang berusaha dan berjasa yang sentiasa tunduk dan akur kepada Maha Penciptanya.

Sekali Merangkuh Dayung...

Titik peluh petani umpama butir-butir pahala yang tiada berkesudahan

Oleh: Ustaz Abdul Wahab Abd Jalil Pengurus Kanan Pembangunan Modul, YADIM

Nilai Budi: Jauhari Saja Yang Kenal Manikam

Page 28: PENGISYTIHARAN IKPK DAN PENYAMPIAN WATIKAH … · Desa ini. Empat mata pelajaran teras iaitu Matematik (termasuk Matematik Tambahan), Sains (termasuk Sains Tulen), Bahasa Melayu dan

Seikhlas Amalan Sejujur Langkah Rezeki

Mari semua kita amatiBiar dari utara, selatan, timur dan baratBuka hati rasa dan minda Membuat penilaian sebuah pandanganBetapa keberuntungannya tanggungjawab kitaBekerja dengan insan lurus hatiSelurus pohon getah yang ditanam awalnyaDitoreh hasilnya kiniSeikhlas amalan diterimaSejujur langkah rezeki diaturDari satu pohon ke satu pohonLantas pengeluaran hasil pun bertambahKerana kulurusan hatiKerana keikhlasan hatiKerana kejujuran melengkapi diriItulah pekebun kecil RISDABersama janji mengorak langkahSeiring produktiviti berkualitiOh ! Pekebun kecil permata budiTeknologi yang diberikanDiamalkan tanpa raguKerana keikhlasan di hatiMencari rezeki mengubah kehidupanKursus dihadiri ilmu ditambahMencipta daya berwawasan

Nukilan : Khairul Bariah Mat Arup