buletin - mdlg.gov.my · gotong royong bersama skill tech 28 januari 2010 (khamis) program gotong...

5
21 Januari 2010 (Khamis) Sempena menyambut kehadiran Tahun 2010 satu Program Membaca Surah Yassin telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Lenggong pada 21.01.2010 jam 8.30 pagi bagi mencari keberkatan dalam melaksanakan tugas . Program ini dipimpin oleh Tuan Setiuasaha; Encik Nor Akmal Bin Yang Ghazali dan amat bermakna dengan kehadiran Yang Dipertua; Encik Tukiren B Hj Siron. Kehadiran dari semua Kakitangan dan Pekerja Awam juga amat menggalakkan. Tuan YDP juga mengambil kesempatan memberikan sedikit ucapan kepada anggota kerja di akhir program. Antaranya beliau menyeru semua warga kerja MDLG agar bekerja dengan lebih gigih dalam membuka lembaran tahun baru ini dan perlu bersatu bagi melicinkan urusan Majlis Daerah Lenggong itu sendiri. Beliau juga berharap agar tahun 2010 ini menjadi penanda aras bagi warga MDLg menempuh cabaran yang akan dilalui dalam menjalankan tugas hakiki. Pencapaian prestasi amat penting bagi warga MDLg kerana dengan komitmen yang tinggi akan dapat memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada rakyat seterusnya menaikkan imej Majlis Daerah Lenggong sendiri . Program Membaca Surah Yasin Bulan Jan. 2010 Menarik Didalam Lawatan Kerja MDLG Ke Cameron Highlands 2 Upacara Mengangkat Sumpah terima Jawatan Ahli Majlis 3 Jasamu Dikenang 4 Kehilangan seorang lagi ……... 4 Laman Web Majlis Berwajah 5 Buletin BULETIN SEIMBAS JANUARI— FEBUARI 2010 EDISI 1/2010 GOTONG ROYONG BERSAMA SKILL TECH 28 Januari 2010 (Khamis) Program gotong royong membersihkan kawasan Kompleks R&R Jambatan Raja Muda Nazrin telah diadakan pada 28 Jan. 2010 jam 9.00 pagi. Program ini adalah saranan daripada Dato’ Pegawai Daerah Hulu Perak di samping sebahagian daripada Program Local Agenda-21 MDLG. Program ini disertai oleh warga kerja MD Lenggong dan kakitangan serta pelajar Kolej Skill Tech. Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara MDLG dengan Institut Skill-Tech di samping dapat memupuk kesedaran mengenai kebersihan dan tanggung jawab kita untuk menjaga kebersihan .

Upload: others

Post on 01-Dec-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN - mdlg.gov.my · GOTONG ROYONG BERSAMA SKILL TECH 28 Januari 2010 (Khamis) Program gotong royong membersihkan kawasan Kompleks R&R Jambatan Raja Muda Nazrin telah diadakan

21 Januari 2010 (Khamis) Sempena menyambut kehadiran Tahun 2010 satu Program Membaca Surah Yassin telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Lenggong pada 21.01.2010 jam 8.30 pagi bagi mencari keberkatan dalam melaksanakan tugas . Program ini dipimpin oleh Tuan Setiuasaha; Encik Nor Akmal Bin Yang Ghazali dan amat bermakna dengan kehadiran Yang Dipertua; Encik Tukiren B Hj Siron. Kehadiran dari semua Kakitangan dan Pekerja Awam juga amat menggalakkan. Tuan YDP juga mengambil kesempatan memberikan sedikit ucapan kepada anggota kerja di akhir program. Antaranya beliau menyeru semua warga kerja MDLG agar bekerja dengan lebih gigih dalam membuka lembaran tahun baru ini dan perlu bersatu bagi melicinkan urusan Majlis Daerah Lenggong itu sendiri. Beliau juga berharap agar tahun 2010 ini menjadi penanda aras bagi warga MDLg menempuh cabaran yang akan dilalui dalam menjalankan tugas hakiki. Pencapaian prestasi amat penting bagi warga MDLg kerana dengan komitmen yang tinggi akan dapat memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada rakyat seterusnya menaikkan imej Majlis Daerah Lenggong sendiri .

Program Membaca Surah Yasin Bulan Jan. 2010

Menarik Didalam

Lawatan Kerja MDLG Ke Cameron Highlands

2

Upacara Mengangkat Sumpah terima Jawatan Ahli Majlis

3

Jasamu Dikenang 4

Kehilangan seorang lagi ……... 4

Laman Web Majlis Berwajah 5

Buletin BULETIN

SEIMBAS JANUARI— FEBUARI 2010 EDISI 1/2010

GOTONG ROYONG BERSAMA SKILL TECH

28 Januari 2010 (Khamis) Program gotong royong membersihkan kawasan Kompleks R&R Jambatan Raja Muda Nazrin telah diadakan pada 28 Jan. 2010 jam 9.00 pagi. Program ini adalah saranan daripada Dato’ Pegawai Daerah Hulu Perak di samping sebahagian daripada Program Local Agenda-21 MDLG. Program ini disertai oleh warga kerja MD Lenggong dan kakitangan serta pelajar Kolej Skill Tech. Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara MDLG dengan Institut Skill-Tech di samping dapat memupuk kesedaran mengenai kebersihan dan tanggung jawab kita untuk menjaga kebersihan .

Page 2: BULETIN - mdlg.gov.my · GOTONG ROYONG BERSAMA SKILL TECH 28 Januari 2010 (Khamis) Program gotong royong membersihkan kawasan Kompleks R&R Jambatan Raja Muda Nazrin telah diadakan

Lawatan Kerja MDLg Ke Cameron Highlands

Lawatan Kerja ke Majlis Daerah Cameron Highlands 1 Februari 2010 (Isnin) Lawatan kerja MDLG ke Cameron Highlands ini adalah penerimaan kepada jemputan daripada MD Cameron Highlands Sempena Majlis Penyerahan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti (5 S) kepada MDCH oleh YB Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Seramai 10 orang warga kerja yang merupakan wakil daripada pelbagai unit telah menyertai lawatan ini sebagai inisiatif pendedahan awal kepada konsep 5S. Peserta lawatan telah dapat melihat sendiri daripada segi teori dan praktikal bagi diaplikasikan pula di Majlis Daerah Lenggong dalam tahun 2010 ini.

Page 2

BULETIN

Page 3: BULETIN - mdlg.gov.my · GOTONG ROYONG BERSAMA SKILL TECH 28 Januari 2010 (Khamis) Program gotong royong membersihkan kawasan Kompleks R&R Jambatan Raja Muda Nazrin telah diadakan

3 Februari 2010 (Rabu) Upacara Angkat Sumpah Menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Utama, Rumah Rehat Lenggong pada 3.02.2010 jam 3.00 petang. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tn Hj Al-Fadhil Ustaz Bahari B Ahmad. Majlis Angkat Sumpah dimulakan dengan Encik Tukiren B Hj Siron; Yang Dipertua MDLG mengangkat Sumpah menerima jawatan sebagai Ahli Majlis seterusnya menandatangani Borang Penerimaan Menerima Jawatan. Ini kemudiannya disusuli oleh Ahli-Ahli Majlis yang lain. Penyerahan Watikah perlantikan kemudiannya telah diserahkan oleh Tuan Yang Dipertua kepada semua Ahli Majlis. Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan perlantikan semula 23 orang Ahli Majlis MDLG (YDP, 15 orang lantikan politik dan 7 orang NGO) sebagai sambungan daripada perkhidmatan yang lepas. Dalam ucaptama Tuan Yang Dipertua; beliau menyarankan agar semua Ahli Majlis terus komited dalam menjalankan tugas bagi kesejahteraan dan pembangunan daerah kecil Lenggong. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Mesyuarat Penuh Bil.1/2010.

Upacara Angkat Sumpah Ahli Majlis dan Mesy. Penuh Bil.1/2010

Page 3 EDISI 1/2010

BULETIN

Page 4: BULETIN - mdlg.gov.my · GOTONG ROYONG BERSAMA SKILL TECH 28 Januari 2010 (Khamis) Program gotong royong membersihkan kawasan Kompleks R&R Jambatan Raja Muda Nazrin telah diadakan

BULETIN MAJLIS

19.2.2010 Mohd Zubir Bin Alias atau lebih dikenali dengan Nama Manjanya PAKLONG telah bersara pilihan .Beliau telah berkhidmat dengan MDLg selama 13 Tahun bermula tahun 1997 sehingga 2010.Bertugas sebagai Pembantu Penguatkuasa dan ditempatkan di unit Pelesenan & Penguatkuasaan.

JASA MU DALAM KENANGAN

Page 4

Hari—hari terakhir bertugas sebagai Pembantu Penguatkuasa

KEHILANGAN SEORANG LAGI WARGA MDLG

20.2.2010 Majlis Daerah Lenggong telah kehilangan seorang lagi warga iaitu Encik Mohd Safulazuddin B Ahmad berjawatan Pekerja Awam R1 yang telah kembali Ke Rahmatullah pada 19.2.2010 jam 11.20 Malam dan telah di kebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Telok Batu pada Hari Sabtu (20.2.2010).Beliau meninggalkan seorang Balu. Al Fatihah untuknya ,semoga rohnya dicucuri rahmat tuhan. Amin ya Rabillalamin.

BULETIN

Page 5: BULETIN - mdlg.gov.my · GOTONG ROYONG BERSAMA SKILL TECH 28 Januari 2010 (Khamis) Program gotong royong membersihkan kawasan Kompleks R&R Jambatan Raja Muda Nazrin telah diadakan

Laman Web Majlis Berwajah Baru

Page 5

BULETIN

Layari lah laman Web MDLg: http// www.mdlg.gov.my dan Facebook MDLg,Banyak Informasi yang disediakan untuk anda

Kini Wajah Baru Laman Web MDLg

Satu Ketika Dahulu……..