buletin kencana edisi 1/2016

24
1

Upload: lyphuc

Post on 17-Jan-2017

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Kencana Edisi 1/2016

1

Page 2: Buletin Kencana Edisi 1/2016

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT – SJK CHUNG 3HUA MUSI, BAU

PESANAN PENGARAH IPG KAMPUS BATU 3LINTANG

KURSUS ASAS PEGAWAI TEKNIKAL 16OLAHRAGA KOM 2016

LIGA SUKAN UNTUK SEMUA (LiSUS) 16PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN/SERIAN 2016(PERTANDINGAN BOLA JARING)

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 17KURSUS LATIHAN MANIKAYU 17PERINGKAT 1

KURSUS WEB BASE LEARNING (OLL) 18

KURSUS PDP MELALUI GOOGLE 18APPS (GOOGLE FORM)

TAKLIMAT OLEH KETUA PUSAT SUMBER 18

LAWATAN DARI INSTITUT PENDIDIKAN 19GURU KAMPUS RAJANG

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT 19

BENGKEL BOOK REVIEW 19

BENGKEL KEMAHIRAN MEMBUAT 19RUJUKAN

BENGKEL RESOURCE DESCRIPTIVE 20ACCESS (RDA)

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT” & 20AKTIVITI BERSAMA PRASEKOLAH

PENGGUNA PERTAMA, KE-100 DAN 20BERTUAH BAGI TAHUN 2016

BENGKEL PENGKELASAN DAN 20PENGKATALOGAN BAHAN PERPUSTAKAAN

TOP BORROWER 21

BENGKEL AMALAN PROFESIONAL 21PERAYAAN PRAGAWAI 2016 ANJURAN 22PENSYARAH DAN STAF KAUM DAYAK IPG KAMPUS BATU LINTANG 26 MEI 2016 PROGRAM PEMERKASAAN BAHASA 23DAN BUDAYA MELAYU

Dr. ZAINAL ABIDDIN BIN HJ. MASLEHKetua Jabatan Pengajian MelayuIPG Kampus Batu Lintang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sidang redaksi kerana memberi ruang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam penerbi-tan Buletin Kencana. Saya ingin merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya Buletin Kencana Bil. 1/2016 ini dapat diteruskan penerbitannya.

Penerbitan Buletin Kencana merupakan usaha yang sangat baik un-tuk merakam segala aktiviti yang berlangsung di IPG Kampus Batu Lintang. Pastinya kerjasama daripada pelbagai jabatan dan unit dalam menyumbang bahan penerbitan amatlah dihargai. Sekalung tahniah dan syabas kepada sidang redaksi Buletin Kencana kerana telah berjaya menghasilkan penerbitan ini dengan jayanya

Semoga penerbitan Buletin Kencana ini akan dapat diteruskan demi kesinambungan budaya profesional dan pendokumentasian aktiviti yang dilangsungkan oleh warga IPG Kampus Batu Lintang

Sekian, terima kasih.

PENASIHAT: Pengarah IPGKL En. Bedui bin Une

Timbalan Pengarah IPGKBL

Pn. Anis Alisya Abdullah

PENGERUSI: Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Dr. Zainal Abiddin bin Masleh

PENYELARAS/EDITOR: Pensyarah Jabatan Pengajian MelayuPn. Tay Yong ChooPn. Tay Meng Guat

JURUGAMBAR : En. Alexander Tow

PROFESSIONAL DEVELOPMENT 1 3

BENGKEL “GRAMMAR CLINIC AND 3LANGUAGE ARTS”

KURSUS PENYELIDIKAN KUALITATIF DALAM 4 PENDIDIKAN BAHASA CINA

AKTIVITI NUKILAN PENGARANG MUDA 4

BENGKEL IMAM, KHATIB DAN BILAL 2016 5ANJURAN JAPIM

LAWATAN MUHIBAH UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH, 5PONTIANAK, INDONESIA KE IPG KAMPUS BATU LIN-TANG, KUCHINGPROGRAM ‘ARABIC LANGUAGE YOUTH 6PEACE CAMPAIGN’

PERTANDINGAN ABAKUS DAN ARITMETIK 7MENTAL TAHUN 2016

KARNIVAL MATEMATIK KALI KE-12 IPGK 7BATU LINTANG

BENGKEL PENYELIDIKAN SIRI 1 8

KURSUS PENULISAN & PENYUNTINGAN 8MANUSKRIP PENYELIDIKANBENGKEL INOVASI PENGAJARAN DAN 8PEMBELAJARAN

PELANCARAN BUKU ‘AMALAN HB&K 9RESEPI KEBAHAGIAAN’ DAN ‘KOLEKSI INOVASI PDP IPGKBL TAHUN 2015’

PERTANDINGAN INOVASI PDP PERINGKAT 9IPGKBL TAHUN 2016

KURSUS KEMAHIRAN SAINTIFIK SIRI I 10(KEMAHIRAN PROSES SAINS)

AKTIVITI-AKTIVITI JABATAN SAINS SOSIAL 10

PROJEK FETEGERASI DI RUMAH HIJAU 11

LATIHAN DAN PAMERAN “SEED OF HOPE” 11

AKTIVITI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR 12

AKTIVITI JABATAN PENDIDIKAN JASMANI 13KESIHATAN

PROGRAM KURSUS PJM1064 PENGENALAN 14KEPADA REKREASI PISMP AMBILAN JUN 2015

BENGKEL PEMAHAMAN DAN APLIKASI 14MODEL TGFU

MENGENDALIKAN UJIAN KECERGASAN 14CALON GURU AMBILAN JUN 2016

LAPORAN KEJOHANAN TREK DAN 15PADANG 2016

SETITIP MADAH DARI MEJA PENGERUSI PENERBITAN

SIDANG REDAKSI

SENARAI KANDUNGAN

2

PENASIHAT MEDIA: Dr. Siaw Nyuk Hiong

Page 3: Buletin Kencana Edisi 1/2016

3

PESANAN PENGARAH IPG KAMPUS BATU LINTANG

Unit Bahasa Inggeris telah mengadakan satu lawatan muhibah ke SJK Chung Hua Musi, Bau pada 6 Mei 2016 yang bertujuan untuk membincangkan keperluan panitia dan perancangan seterusnya bagi membantu sekolah meningkat kefasihan pelajar dalam bahasa Inggeris. Antara pensyarah yang terlibat ialah En. Nyolet Abun (Penyelaras), Pn. Anne Anthony Lajing (Penolong Penyelaras), Cik Yusmariza Reduan dan Cik Hannah Sim.

Syukur kesinambungan detik-detik aktiviti dan program IPG Kampus Batu Lintang menerusi Buletin Kencana keluaran Edisi 1 tahun 2016 semakin disemarakkan.

Perakaman pelbagai peristiwa itu dapat dikongsi bersama dan pasti menjadi kenangan kepada para pembaca. Perakaman aktiviti-aktiviti yang tersebut begitu membantu ke arah memenuhi budaya IPG dan juga adalah nilai tambah bagi latihan perguruan di institut. Aktiviti dan program itu selesai dilaksanakan berkat komitmen dan kerjasama erat pihak dalaman dan luar. Antara paparan Kencana kali ini ialah Program Lawatan Muhibah dari Universitas Muhammadiyah, Pontianak, Indonesia dan “Arabic Language Youth Peace Campaign”. Pun dimuatkan adalah aktiviti keilmuan seperti Bengkel dan Pertandingan Inovasi PdP, Kursus Penulisan dan Penyuntingan Manuskrip Penyelidikan, Kursus Kemahiran Saintifik di bawah Program Kemasains, Karnival Matematik Tahunan, Program Pemerkasaan Bahasa Melayu. Moga usaha ini akan diteruskan bagi memastikan segala kecemerlangan perkembangan IPG Kampus Batu Lintang.Sekian.

PERAYAAN PRAGAWAI 2016 ANJURAN 22PENSYARAH DAN STAF KAUM DAYAK IPG KAMPUS BATU LINTANG 26 MEI 2016

Pada 28 Mac 2016, telah berlangsungnya satu program Professional Development bertempat di Jabatan Bahasa. Dua orang fasilitator yang terlibat dalam program tersebut ialah Puan Allizah Bawi (Highly Immersive Programme) dan Cik Chin Jun Na (Format terkini UPSR). Puan Allizah Bawi juga memberikan pengisian tentang kaedah pelaksanaan program ini di sekolah-sekolah rendah yang terpilih untuk fasa 1 di seluruh Sarawak. Fokus utama program adalah untuk meningkat kefasihan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Cik Chin Jun Na telah berkongsi format terkini untuk peperiksaan UPSR yang beliau perolehi semasa berkursus. Program ini berakhir dengan sesi soal jawab.

Pada 3 dan 11 Mei 2016, satu Bengkel Grammar Clinic and Language Arts yang dikendalikan oleh Anne Anthony Lajinga sebagai fasilitator Grammar Clinic dan So Suez Pink sebagai fasilitator Language Arts telah diadakan pada 3 dan 11 Mei 2016. Peserta terdiri daripada kumpulan PISMP BI(SK) ambilan Januari 2014 seramai 22 orang. Pengisian bengkel adalah seperti berikut:

i. Unpacking terminology “English Language and Grammar”- English in the Classroom- Learning Grammar for Content vs Teaching Grammar in the Primary ESL Classroom

ii. Getting to know Language Arts- Elements in Language Arts

- Language Arts vs Proficiency in Englishiii. Overcoming Issues in Learning English and Teaching English in the Classroom

Issue no 1. Teaching Language Arts (the elements) • How to write a poem • Using language arts to teach language • Usisng sing poem to teach adjectives

Issue no 2. Lesson Plans for the English Language Teacher • Selecting Learning Standards for Grammar in the KSSR classroom • Selecting Learning Standards for Language Arts in the KSSR classroom

Issue no 3. Facing challenges with LINUS pupils • Selection of activities/ appropriate and student-centered learning • Student-centered activities

LATEST UPSR ENGLISH LANGUAGE EXXXAM FORMAT

• PISMP AMBILAN JUN 2013 - GSTT • Date : 11 January 2016 • Time : 0730 - 0900 • Venue : A02 • Attendance : 15 students & 2 lecturers

• PISMP AMBILAN JAN 2013 - TESL • Date : 15 January 2016 • Time : 1430 - 1630 • Venue : DKB • Attendance : 134 studentsThe latest UPSR English Language Exam Format workshop involved 134 PISMP Jan 2013 TESL and 15 PISMP Jun 2013 TESL students. These two cohort of students will be going for their practicum.The aim of this workshop was to provide the necessary exposure to the new format of UPSR English papers. The workshop was very meaningful as all the participants were actively involved. The Session started with “Format Baharu UPSR Mulai Tahun 2016”. The second session was “Penataran Format Instrumen Pentaksiran bagi Peperiksaan UPSR Mulai Tahun 2016”. After that, participants were guided on how to fill in Test Specification Table based on the sample UPSR exam papers. Based on the evaluation by the participants, the mean score was 5.0. All the participants viewed the workshop very informative as it helps them in their coming practicum.

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT – SJK CHUNG HUA MUSI, BAU

PROFESSIONAL DEVELOPMENT 1

BENGKEL “GRAMMAR CLINIC AND LANGUAGE ARTS”

Page 4: Buletin Kencana Edisi 1/2016

4

Pada 4-5 Mei 2016, telah berlangsungnya satu kursus Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan Bahasa Cina dengan kerjasama semua pensyarah Unit Pengajian Cina dan En. Yap Chin Huat sebagai pengerusi dalam program kursus ini. Kursus Penyelidikan Kualitatif Dalam Pendidikan Bahasa Cina ini merupakan salah satu aktiviti Unit Pengajian Cina, Jabatan Bahasa yang tercatat dalam Perancangan Tahunan IPGM/IPGKBL 2016. Dalam kursus ini Dr. Lin Chia Ying, Ketua Jabatan, Jabatan Bahasa Moden, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dijemput sebagai penceramah. Kumpulan sasaran ialah lima orang pensyarah Unit Penga-jian Cina, 25 pelajar PISMP BCSK Ambilan Januari 2013 dan 18 pelajar PISMP GSTT BC Ambilan Jun 2013. Matlamat kursus ini adalah untuk memberi pendedahan tentang tatacara pengumpulan dan penganalisisan data, etika penyelidikan serta kemahiran menulis laporan penyelidikan kualitatif.

Pada Mac sehingga November 2016 telah berlangsungnya satu aktiviti penerbitan majalah Bahasa Cina yang bertajuk “Nukilan Pengarang Muda”. Aktiviti ini melibatkan beberapa orang pensyarah, iaitu Pn. Yeo Chui Eng, Pn. Lee Sung Ping dan Pn. Chiew Chew Kian.

Aktiviti penerbitan majalah Bahasa Cina “Nukilan Pengarang Muda” merupakan salah satu aktiviti Unit Pengajian Cina, Jabatan Bahasa yang tercatat dalam Perancangan Tahunan IPGM/IPGKBL 2016. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memupuk budaya membaca dan menulis dalam kalangan pelajar UPC. Kumpulan Sasaran aktiviti ialah pelajar daripada PISMP BCSK JAN 2013, PISMP GSTT BC JUN 2013, PISMP GSTT SN JUN 2013, PISMP SN JUN 2014 dan PISMP MT2 JUN 2015.

Setiap pelajar Unit Pengajian Cina dan pensyarah pembimbing menyumbang sekurang-kurangnya sebuah karya setiap bulan. Pensyarah pembimbing dan ketua editor memilih dan mengedit karya yang berkualiti untuk dicetak. Pensyarah pembimbing juga berperanan memberi tunjuk ajar tentang kemahiran menulis dan memberi komen bagi setiap karya yang terpilih. Penerbitan majalah ini berlangsung setiap bulan, dari bulan Mac hingga November 2016. Penerbitan untuk Bulan Mac dan April telah selesai dilaksanakan.

Pelajar PISMP BI(SK) ambilan Jan. 2014 sedang membuat aktiviti Gallery Walk dalam sesi “Elements in Language Arts” dan “Language Arts vs Proficiency in English”

Pelajar PISMP BI(SK) ambilan Jan. 2014 berbincang tentang isu-isu berkaitan semasa aktiviti “Using Language Arts to Teach Language” dan “Using Poem to Teach Adjectives”

Fasilitator Pn. So Suez Pink sedang memberikan pengisian dalam aktiviti “Getting to know Language Arts”

Kursus Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan Bahasa Cina

AKTIVITI NUKILAN PENGARANG MUDA

Hasil Majalah “Nukilan Pengarang Muda” untuk bulan Mac dan April

Page 5: Buletin Kencana Edisi 1/2016

5

Majlis menandatangani LOI antara IPGKBL dan UMP disaksikan Pengarah IPGKBL

Sesi lawatan ke Taman Orkid Kuching

Sesi bergambar kenangan selepas sesi menanam pokok

Peserta Bengkel Imam, Khatib dan Bilal 2016 khusyuk mendengar ceramah

Salah seorang peserta bengkel sedang melakukan latihan amali berkhutbah

Penceramah sedang berdiskusi dengan para peserta kursus

Bengkel Imam, Khatib dan Bilal 2016 Anjuran JAPIM

LAWATAN MUHIBAH UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH, PONTIANAK, INDONESIA KE IPG KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING

ISLAM tidak pernah menghalang umatnya tertarik dengan keindahan, malah mengiktiraf keindahan dan kesempurnaan itu sebagai satu tuntutan agama sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis yang bermaksud: “Allah itu baik dan menyukai kebaikan dalam segala hal.” (Bukhari dan Muslim). Bermula dengan turunnya ayat suci Al-Quran kepada baginda Rasulullah S.A.W, masyarakat Arab yang petah bersyair serta berpuisi, menggunakan kepandaian yang dikurniakan untuk mencipta tulisan berseni atau kaligrafi sebagai tinggalan Tamadun Islam untuk ditatap oleh generasi seterusnya.

Encik Mahadi Hj. Khalid sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Batu Lintang, dalam ucapannya mengharapkan agar semua pelajar yang terlibat akan terus mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari. Mereka menyandang satu tanggungjawab yang besar untuk memperkembangkan ilmu yang diperoleh di sekolah masing-masing. Segala ilmu yang diperoleh akan menjadi sia-sia jika mereka tidak menyampaikan ilmu ini kerana pelajar di sekolah amat mengharapkan pengalaman dan ilmu mereka yang amat berguna ini.

Sehubungan dengan itu, satu inisiatif telah dilakukan oleh pelajar-pelajar Pengkhususan Pengajian Agama, IPG Kampus Batu Lintang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah menganjurkan Bengkel Imam, Khatib dan Bilal yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2hb April 2016, bertempat di Masjid al-Muallimin, IPG Kampus Batu Lintang, Kuching. Seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kursus telah menyertai bengkel ini. Fasilititator jemputan iaitu Ustaz Hazimin Syakir yang merupakan kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak telah berkongsi ilmu dengan peserta bengkel pada hari tersebut.

Pada 30 Januari hingga 1 Februari 2016, telah berlangsungnya satu program Lawatan Muhibah dari Fakultas Agama Islam, Universitas Muhammadiyah, Pontianak, Indonesia ke Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL). Program lawatan ini diselaraskan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dengan kerjasama Masjid Al-Muallimin IPGKBL dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Kunjungan Fakultas Agama Universitas Muhammadiyah,Pontianak ini telah diketuai oleh Bapak Nilwani Hamid dan diiringi oleh seramai 13 orang pensyarah. Turut serta dalam rombongan tersebut ialah seramai 15 orang mahasiswa dan mahasiswi daripada Universitas Muhammadiyah. Antara program utama yang dilakukan sepanjang program Lawatan Muhibah ini ialah sesi menandatangani ‘Letter of Intent’ antara IPG Kampus Batu Lintang dan Universitas Muhammadiyah Pontianak. Antara kerjasama tersebut meliputi perkongsian dalam penyelidikan dan penerbitan bahan berkaitan akademik antara kedua-dua institusi. Selain itu, pensyarah dan pelajar juga akan mengambil bahagian dalam seminar akademik yang bakal dianjurkan oleh kedua-dua pihak. Sesi Zon Amal Hijau iaitu menanam pokok buah-buahan juga dilakukan sebagai tanda kenang-kenangan selain sesi beramah mesra antara pelajar dari kedua-dua institusi serta lawatan di sekitar bandaraya Kuching. Program ini dijalankan untuk menjalinkan ukhuwah antara kedua-dua buah kampus dan negara. Program ini juga membolehkan kedua-dua pihak kampus saling bertukar idea dan pendapat untuk membangunkan sistem pendidikan dan corak aktiviti yang boleh dilakukan di kampus masing-masing seterusnya mampu diaplikasikan ketika alam pekerjaan nanti.

Page 6: Buletin Kencana Edisi 1/2016

6

Bertempat di Dewan Tun Ahmad Zaidi Adruce, IPG Kampus Batu Lintang telah menganjurkan program “Arabic Language Youth Peace Campaign” pada 13 April 2016. Melihat kepada keadaan dunia kini yang begitu mencabar dengan segala kemajuan yang begitu canggih telah menjadi suatu cabaran dan tamparan yang cukup hebat terhadap golongan yang bakal menerajui negara. Sebagaimana yang diketahui, golongan remaja merupakan golongan belia yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan dan melakar masa depan negara suatu hari nanti sama ada semakin terlakar hebat di persada antarabangsa ataupun sebaliknya. Berdasarkan kepada tanggungjawab yang bakal dipikul oleh mereka, secara tidak langsung mereka jugalah yang berperanan dalam mengekalkan keamanan negara pada masa akan datang melalui setiap tindakan dan juga keputusan yang akan diambil oleh mereka. Di samping itu, mereka juga perlu melengkapi diri dengan pelbagai kemahiran yang bertaraf antarabangsa. Misalnya penguasaan kemahiran berbahasa asing, seperti bahasa Arab sebagai syarat untuk melayakkan diri menjadi bakal pemimpin yang berwibawa. Bahasa Arab merupakan salah satu daripada bahasa antarabangsa yang kerap digunakan oleh sebahagian masyarakat dunia untuk tujuan komunikasi bagi menjalankan beberapa urusan seperti urusan perdagangan, intelek dan lain-lain lagi. Bahasa Arab juga merupakan bahasa yang merentasi semua agama (Arabic For All) dan bebas dipelajari tanpa ada batasan, syarat atau pengkhususan kepada orang yang ingin mempelajarinya. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Batu Lintang dengan kerjasama Kluster Penyelidikan Humanities, Universiti Malaya telah mengambil suatu inisiatif dengan merancang satu program yang mampu membantu untuk memupuk minat dan membina kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang di samping menonjolkan usaha golongan belia dalam mempromosikan keamanan kepada masyarakat selain membangkitkan kesedaran terhadap keamanan negara. Suatu idea yang tercetus dalam pemikiran untuk melaksanakan suatu bentuk program yang boleh memberi sumbangan dalam memartabatkan bahasa Arab di samping mempromosikan perpaduan dan keamanan adalah melalui program ‘Arabic Language Youth Peace Campaign’. Program ini telah dihadiri oleh para pelajar IPG dan IPTA serta pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Bandaraya Kuching dan Samarahan. Antara program yang dilaksanakan ialah program “Talk Show” yang membincangkan isu-isu tentang keamanan. Program disertai oleh Prof Datin Dr Raihanah Abdullah, Dekan Kluster Penyelidikan Humanities UM, Lt Kol Mahadi Hj Khalid selaku Ketua jabatan JAPIM IPGKBL dan saudara Mohd Rahimi Rosli, Yang Dipertua Perwakilan Pelajar IPGKBL dan dikendalikan oleh Dr. Zainal Abidin Masleh, pensyarah IPGKBL. Selain itu diadakan juga Persembahan Flash mob: Keamanan Sejagat oleh guru pelatih IPGKBL. Di samping itu, pameran dan kutipan dana kepada rakyat Gaza di Palestein juga diadakan. Kemuncak sambutan adalah ketika majlis penutupan yang dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib pada sebelah petangnya. Antara objektif program adalah untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan belia berkaitan perpaduan selain menerapkan usaha golongan belia dalam memelihara keamanan. Selain itu, program ini juga dapat memberi kesedaran kepada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang serta para belia dari pelbagai IPTA dan IPTS berkaitan kepentingan kesedaran terhadap keamanan yang dicapai pada masa kini agar tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Program ‘Arabic Language Youth Peace Campaign’

Lt Kol Mahadi,Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGKBL menyampaikan hadiah kenangan kepada Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad

Wakil Universiti Malaya dan IPG Kampus Batu Lintang bergambar kenangan bersama Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib

Page 7: Buletin Kencana Edisi 1/2016

7

Aktiviti ini diadakan pada 16 April 2016 hasil anjuran bersama Jabatan Matematik dan UCMAS yang bertujuan untuk mempertingkatkan minat, motivasi dan kemahiran murid-murid sekolah rendah dalam penggunaan abakus dan aritmetik mental dalam pembelajaran matematik. Di samping itu, aktiviti ini juga boleh mengeratkan hubungan dan kerjasama antara sekolah, Institut dan agensi luar dalam usaha mempertingkatkan kualiti pendidikian matematik. Seramai 267 orang peserta dari 30 buah sekolah rendah SK dan SJKC sekitar di Kuching/Samarahan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Johan keseluruhan jatuh kepada SJK Chung Hua No. 3

Program Karnival Matematik tahun 2016 anjuran Jabatan Matematik, IPG Kampus Batu Lintang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 16 April 2016 di persekitaran kampus. Tahun ini merupakan kali ke-12 Karnival Matematik diadakan dengan penglibatan murid sekolah, guru sekolah rendah, ibu bapa dari Kuching dan Samarahan serta pihak penganjur iaitu pensyarah dan pelajar IPGK Batu Lintang. Program tersebut mendapat sambutan yang baik dari sekolah-sekolah di kawasan Kuching dan Samarahan. Objektif utama Karnival Matematik adalah untuk mempamerkan pelbagai aktiviti yang menarik serta memberi peluang dan pengalaman secara langsung untuk memupuk minat dan motivasi terhadap pembelajaran dan pengajaran matematik dalam kalangan murid dan guru di sekolah rendah serta pelajar major dan elektif di kampus ini. Program yang bermula seawal 7.30 pagi dimulai dengan pendaftaran murid-murid dari sekolah rendah dari sekitar Kuching dan Samarahan. Beberapa aktiviti telah disediakan oleh pelajar major dan elektif Matematik kampus ini. Antaranya ialah Pertandingan Aritmetik Mental dan Abakus (AMA), pameran hasil kerja pelajar major, dan Bengkel Buku Pop-Up di sepanjang waktu pagi. Program berakhir pada 12.30 tengah hari dengan majlis penyampaian piala bagi pemenang-pemenang bagi pertandingan abakus dan aritmetik mental mengikut kategori-kategori tertentu. Karnival ini telah mendapat tajaan seperti burger dari Syarikat Ayamas, minuman Milo dari Syarikat Nestle, dan piala pertandingan dari Pusat Tuisyen UCMAS Kuching.

Pertandingan Abakus dan Aritmetik Mental Tahun 2016

Karnival Matematik Kali Ke-12 IPGK Batu Lintang

Peserta-peserta pertandingan Abakus & Aritmetik Mental di Dewan Kuliah A & B

Peserta-peserta pertandingan Abakus & Aritmetik Mental di Dewan Kuliah A & B

Permainan Matematik Pameran Hasil Kerja Pelajar Pergerakan dalam Matematik

Pemenang-pemenang Pertandingan Abakus & Aritmetik Mental 2016

Penganjur Karnival Matematik 2016 - Pelajar PISMP Ambilan Jun 2015 Kumpulan MT1 & MT2 bersama pensyarah-pensyarah Matematik, wakil UCMAS & Timbalan Pengarah, Pn Anis Alisya Abdullah.

Page 8: Buletin Kencana Edisi 1/2016

8

PIPK dengan kerjasama JK PROSPEN telah melaksanakan Bengkel Penyelidikan Siri I pada 31 Mac-1 April 2016 di IPGK Batu Lintang. Bengkel ini telah dihadiri oleh 15 orang pensyarah/pegawai pengurusan dan 4 orang guru sekolah yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana/kedoktoran secara sambilan. Seramai 15 orang fasilitator yang terdiri daripada pensyarah PIPK dan AJK PROSPEN telah menghadirkan diri untuk membantu dan membimbing peserta semasa bengkel. Berikut ialah program yang telah dilaksanakan semasa bengkel tersebut: a. Program Mendely (penceramah:Datin Dr. Bushro binti Ali) b. Kolokium (diketuai oleh Dr. Tan Ming Tang) c. Sesi perkongsian pengalaman belajar oleh Dr. Wong Shia Ho dan Dr. Sh. Noraida bt Wan Hassan) d. Tips Menghadiri Temu Duga HLP oleh Dr. Tiwi Kamidin

Pada hari Rabu bertarikh 6 April 2016, satu Kursus Penulisan dan Penyuntingan Manuskrip Penyelidikan telah dikendalikan oleh Dr. Mary Wong Siew Lian, Ketua Unit Penataran & Penerbitan, JPIPK di Bilik Seminar IPGKBL. Kursus sehari ini dihadiri oleh seramai 18 orang pensyarah dan pegawai pengurusan. Ceramah yang disampaikan ialah “Teknik dan Gaya Penulisan Karya Akademik”, “Struktur Penulisan” dan “Penyuntingan Penulisan”. Kursus berakhir dengan bengkel penyuntingan bahan penyelidikan.

Pada 16 Februari 2016, Unit Inovasi bawah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan telah mengadakan Bengkel Inovasi P&P. Penceramah bengkel ialah En. Mohd Richard Neles Abdullah selaku Ketua Unit Inovasi. Bengkel ini berlangsung selama dua jam mulai pukul 2.30 hingga 4.30 petang di Bilik Seminar, IPGKBL. Peserta bengkel pada kali ini terdiri daripada 36 pensyarah IPGKBL. Melalui bengkel tersebut, penceramah telah menyentuh mengenai motivasi intrinsik dalam melaksanakan inovasi, menerangkan perbezaan inovasi dengan invention, jenis-jenis inovasi, contoh laporan inovasi terkini dan kriteria penilaian pertandingan inovasi. Penekanan bengkel pada kali ini adalah terhadap kriteria penilaian dalam pelaksanaan inovasi. Contoh-contoh inovasi beserta laporannya turut dikongsikan bersama peserta. Sesi soal jawab pada akhir bengkel amat menggalakkan terutamanya mengenai kriteria penilaian dan paten. Melalui bengkel ini, para pensyarah diberi galakan untuk membuat inovasi PdP serta menyertai pertandingan inovasi yang akan diadakan. Mereka juga digalakkan untuk berkongsi ilmu inovasi yang diperoleh melalui bengkel ini dengan para guru pelatih yang diajar dalam sesuatu kursus. Para pensyarah turut digesa agar memberi galakan kepada guru pelatih untuk menyertai pertandingan inovasi PdP yang akan berlangsung pada 20 April 2016.beserta laporannya turut dikongsikan bersama peserta. Sesi soal jawab pada akhir bengkel amat menggalakkan terutamanya mengenai kriteria penilaian dan paten. Melalui bengkel ini, para pensyarah diberi galakan untuk membuat inovasi PdP serta menyertai pertandingan inovasi yang akan diadakan. Mereka juga digalakkan untuk berkongsi ilmu inovasi yang diperoleh melalui bengkel ini dengan para guru pelatih yang diajar dalam sesuatu kursus. Para pensyarah turut digesa agar memberi galakan kepada guru pelatih untuk menyertai pertandingan inovasi PdP yang akan berlangsung pada 20 April 2016.

Dr. Mary Wong Siew Lian sedang menyampaikan ceramah yang bertajuk Teknik & Gaya Penulisan Karya Akademik

Penceramah sedang memberi ceramah dalam Bengkel Inovasi PdP

Antara peserta dalam kalangan Pensyarah yang mengikuti Bengkel Inovasi PdP

Kursus Mendeley dikendalikan oleh Datin Dr. Bushro binti Ali

Sesi Perkongsian Pengalaman Belajar PhD oleh Dr. Wong Shia Ho

Kursus ‘Tips Menghadapi Temu Duga HLP’ disampaikan oleh Dr. Tiwi Kamidin

BENGKEL PENYELIDIKAN SIRI 1

Kursus Penulisan & Penyuntingan Manuskrip Penyelidikan

Bengkel Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran

Page 9: Buletin Kencana Edisi 1/2016

9

Majlis Pelancaran Buku ‘Amalan HB&K Resepi Kebahagiaan’ dan ‘Koleksi Inovasi PdP IPGKBL Tahun 2015’ oleh Encik Mohd Richard Neles yang diterbitkan oleh Penerbit IPG Kampus Batu Lintang telah diadakan pada 29 Januari 2016. Perasmian pelancaran majlis ini disempurnakan oleh Tuan Pengarah IPGKBL, En. Bedui Bin Une di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, IPGK Batu Lintang.Objektif penerbitan buku ‘Amalan HB&K Resepi Kebahagiaan’ ini adalah sebagai tapak untuk penulis berkongsi pengetahuannya dalam bidang hubungan manusia dengan warga pendidik khasnya dan masyarakat umumnya. Buku ‘Koleksi Inovasi PdP IPGKBL Tahun 2015’ pula bermanfaat sebagai bahan rujukan untuk melaksanakan inovasi dalam kalangan warga pendidik. Encik Mohd Richard Neles, penulis buku merupakan seorang pensyarah akademik di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Batu Lintang. Beliau bergiat aktif dalam aktiviti penulisan selain tugas mengajar dan menjadi Ketua Unit Inovasi, Jabatan PIPK. Selain menulis artikel penyelidikan dan laporan inovasi, beliau turut menulis buku motivasi melalui penulisan memoir dan cerpen.

Pada 20 April 2016, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan telah melaksanakan Pertandingan Inovasi PdP Peringkat IPGKBL 2016. Pertandingan ini berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Hakim bagi pertandingan pada kali ini terdiri daripada tiga orang pensyarah dari IPG Kampus Tun Abdul Razak yang terlibat aktif dalam pelaksanaan inovasi PdP iaitu Cik Zaliha binti Musa, Dr. Tay Soon Hiang dan Dr. Noraini binti Hj. Omar. Dalam ulasannya, Ketua Hakim memberitahu bahawa terdapatnya peningkatan dari segi kualiti inovasi PdP yang dipertandingkan pada kali ini, khasnya dari segi kesan pelaksanaannya.

Dalam ucapan Perasmian Penangguhan Pertandingan Inovasi PdP Peringkat IPGKBL Tahun 2016 oleh Tuan Pengarah IPGKBL En. Bedui bin Une, beliau memberitahu mengenai kepentingan inovasi PdP dalam penyampaian ilmu. “...bayangkan, seorang guru yang berjaya menyampaikan pelajarannya melalui inovasi yang dilaksanakannya, murid-murid lebih mudah memahami kandungan pelajaran dan diguna pakai dalam sepanjang kehidupan mereka. Ini merupakan sumbangan penginovasi yang sebenar kerana inovasi tersebut akan terus berguna dan meninggalkan kesan yang signifikan walaupun beliau telah tiada.” Hadiah berupa piala dan sijil telah disampaikan oleh Pengarah kepada para pemenang. Johan bagi kategori pensyarah dimenangi oleh En. Mohd Richard Neles Abdullah dengan inovasinya bertajuk ‘Buku Amalan HB&K Bermanual.’ Naib Johan disandang oleh Pn. Tay Yong Choo dan En. Yap Chin Huat (Kaedah ToSVU) dan Ketiga oleh En. Yahya bin Sedik (Perambatan Gelombang). Johan bagi kategori pelajar disandang oleh Cik Ng Sing Yee (Lukisan & Tafsiran Gambar), Naib Johan oleh Cik Vivian Lee Sze Lei (Tortoise Game) dan Ketiga oleh Cik Nik Syakirah binti Hilmi dan Cik Siti Shahirah binti Jazlansanadi (Bulatan)

Tuan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang En. Bedui Bin Une (berdiri – dua dari kanan) diiringi Timbalan Pengarah (berdiri - Pertama dari kanan) menerima Buku daripada Penulis En. Mohd Richard Neles (berdiri – ketiga dari kanan) sebagai simbolik pelancaran buku

Halaman depan dan belakang buku ‘Amalan HB&K Resepi Kebahagiaan’

Pengarah IPGKBL, En. Bedui bin Une merasmikan Penangguhan Pertandingan Inovasi PdP IPGKBL 2016

Ketua Jabatan PIPK, Dr. Wong Shia Ho memberikan kata alu-aluannya semasa Majlis pembukaan Pertandingan Inovasi PdP IPGKBL 2016

Para pelajar dan pensyarah turut mengambil kesempatan melawat booth peserta

Pelancaran Buku ‘Amalan HB&K Resepi Kebahagiaan’ dan ‘Koleksi Inovasi PdP IPGKBL Tahun 2015’

Pertandingan Inovasi PdP Peringkat IPGKBL Tahun 2016

Page 10: Buletin Kencana Edisi 1/2016

10

Jabatan Sains IPGKBL di bawah Program Kemasains telah mengadakan Kursus Kemahiran Proses Sains Siri I pada 29 hingga 30 Mac 2016 di Makmal Fizik, Blok Akademik. Kursus ini dihadiri oleh 18 orang guru Sains dari sekolah angkat Kemasains, SJK Chung Hua No. 2 dan SK Rakyat Tupong sebagai sekolah jemputan. Objektif kursus ini adalah untuk memantapkan kemahiran proses Sains dalam kalangan guru Sains sekolah rendah bagi mewujudkan pembelajaran berkesan dalam kalangan murid sasaran. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Ooi Eng Hong dan Puan Lim Poh Moy yang bertindak sebagai fasilitator. Dalam kursus ini peserta dilatih membuat aktiviti hands on bagi pelbagai tajuk seperti pengkelasan, pemerhatian, membuat inferens, meramal, membentuk dan menguji hipotesis, mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah, berkomunikasi, mentafsir data, mengukur dan menggunakan nombor, perkaitan ruang dan masa, mendefinisi secara operasi serta mengeksperimen. Kursus selama dua hari ini merupakan kursus pertama dianjurkan oleh Jabatan Sains di bawah Program Kemasains bagi tahun 2016. Kursus Kemahiran Proses Sains Siri II akan diadakan pada bulan Julai 2016.

Kursus Kemahiran Saintifik Siri I (Kemahiran Proses Sains)

AKTIVITI-AKTIVITI JABATAN SAINS SOSIAL

Peserta sedang mendengar penerangan daripada En. Ooi Eng Hong

Ketua Jabatan Sains Sosial, Encik Hasnan Rambli berdialog

bersama PIBG sempena Program Community Outreach

dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Lundu,

UNIMAS, CENTEXS, IKM di SK Biawak Lundu pada 4-5 Mac

2016.

Tuan Pengarah Cikgu Bedui Une, YB Tuan Ranum Mina,

ADUN Opar dan Datu Ik Pahon Joyik, Presiden DBNA bersama murid-murid anak-anak Etnik

Selakau di SK Biawak.

Program Transformasi Pendidikan SMK Tebedu pada

3-4 Mei, 2016. Majlis pelancaran oleh oleh YB Dato Sri Michael

Manyin Jawong, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak selaku ADUN N. 21 Tebedu bersama Timbalan Pengarah Puan Anis Alisya Abdullah dan Profesor Madya Dr. Novel Lyndon (dua dari kanan) dari UKM Bangi

dan Penyelaras Program Encik Charlie Ungang.

Program Transformasi Pendidikan SMK Taee pada

1-2 April 2016. Tuan Pengarah Cikgu Bedui Une bersama YB Encik Martin Ben, ADUN N. 22 Kedup dalam Majlis Pelancaran

pada 2 April 2016.

WWII vetarents daripada Australia dan New Zealand.

Ahli-ahli PIBG dan Tetamu jemputan menghadiri Pelancaran

Program Transformasi Pendidikan SMK Taee.

Tuan Pengarah Cikgui Bedui Une menyampaikann ucapan dalam majlis memperingati Australian

ANZAC Delegation and War Veterants pada 14 April 2016 di WWII Memorial Square &

Muzium Mini.

Page 11: Buletin Kencana Edisi 1/2016

11

Tahniah diucapkan atas pelantikan sebagai sukarelawan lestari IPG KBL bagi sesi 2016/ 2017. Bukan mudah mahu melihat siswa guru yang sanggup melakukan kerja–kerja sukarelawan lebih-lebih lagi berkaitan dengan alam sekitar. Namun, masih ada siswa guru yang sanggup menjadi sukarelawan lestari IPG. Walaupun pada mulanya ada yang terpaksa kerana nama dipilih secara rawak, namun selepas latihan dan penjelasan keperluan kewujudan sukarelawan lestari IPG, akhirnya siswa guru menawarkan diri untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti lestari IPGKBL. Pada 16 Januari 2016, satu sesi latihan dan perlantikan AJK yang baharu telah dijalankan di IPGKBL.

Idea projek ini diutarakan oleh Pengarah IPGKBL (Encik Bedui Bin Une). Beliau berpendapat projek ini akan menyediakan pelajar dengan kemahiran pertanian moden yang bersifat keusahawanan. Tanpa menggunakan tanah dan mempunyai sistem pengairan yang automatik akan memudahkan pengurusan tanaman. Dengan kerjasama Koperasi IPG KBL yang melaburkan modal untuk permulaan projek fetegerasi, projek ini telah mula dijalankan di Rumah Hijau IPGKBL. Walaupun projek ini diuruskan oleh para sukarelawan Lestari IPG, namun turut melibatkan kumpulan-kumpulan lain semasa pembersihan kawasan. Walaupun penyelaras ialah para sukarelawan lestari, namun projek ini adalah projek IPGKBL. Setakat ini, fasa 1 dan 2 telah disiapkan.

Latihan dan Pameran “Seed of Hope” dengan tema “Learn, Reflect and Empower” telah dilaksanakan pada 21 hingga 22 April 2016. Pameran ini adalah lanjutan daripada pameran yang sudah diadakan sejak 2002 di seluruh dunia dengan konsep yang sama. Pameran ini dianjurkan oleh Sokha Gakkai International dengan kerjasama Earth Charter International yang merupakan program UNESCO lanjutan daripada Persidangan Earth Charter International pada 2002 di Rio de Jenario. Tema pameran ialah “Learn, Reflect and Empower” bermatlamat untuk menyerahkan kuasa tindakan kepada setiap individu dalam amalan seharian. Ini bermakna, setiap individu perlu memainkan peranan walaupun kecil. Matlamat untuk menyentuh hati (touching the heart) pengunjung pameran. Kesedaran terhadap kejelekitan perhubungan di antara alam sekitar dengan manusia perlu dipertingkatkan. Justeru, amalan-amalan

Gambar projek fetegerasi di Rumah Hijau yang diuruskan oleh sukarelawan lestari

 

PROJEK FETEGERASI DI RUMAH HIJAU

Gema Lestari IPG Kampus Batu Lintang

Projek Fetegerasi di Rumah Hijau

Sukarelawan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Pengerusi sesi2016/2017Azrul Azeem bin Selamat – PISMP Jun 2015 Sejarah

seharian yang mesra alam adalah tanggungjawab setiap individu. Ceramah dan latihan dimulakan pada 21 April 2016 oleh Mr. Shi daripada SGI. Latihan diberikan tentang tumpuan dalam setiap panel. Oleh itu, para sukarelawan dibahagikan kepada 27 panel. Mereka perlu memahami dan tahu menerangkan mesej di sebalik setiap panel yang disediakan. Panel yang digunakan adalah sama seperti yang digunakan sejak tahun 2002 di dalam pameran “Seed of Hope” yang diadakan di seluruh dunia oleh UNESCO.

PROJEK FETEGERASI DI RUMAH HIJAULatihan dan Pameran “Seed of Hope”

Page 12: Buletin Kencana Edisi 1/2016

12

AKTIVITI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Taklimat Tibi

Taklimat tentang penyakit tibi telah diadakan di Bilik Seminar pada 19 Januari 2016.

Kelihatan Tuan Haji Thadzul, Ketua Jabatan HEP memberikan tanda kenangan kepada

En. Abd wahab b. Madeni, Penolong pegawai perubatan (U32).

Watikah pelantikan JPP sesi 2016/2017

Watikah pelantikan JPP sesi 2016/17 telah diadakan pada 29 Januari bertempat di Bilik JPP yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah,

Pn. Anis Alisya Abdullah.

Perhimpunan bulanan pelajar pada 29 Januari 2016

Saudara Rahimi, YDP sedang menerima watikah perlantikan JPP 2017/17 daripada En

Bedui bin Une Pengarah IPG Kampus Batu Lintang dan diperhatikan oleh Ketua Jabatan

Hal Ehwal pelajar, Tn. Hj Thadzul Azali Jumaat di TAZA

Pengendalian perhimpunan bulanan bersama jabatan PJK pada 26 Februari 2016.

Kelihatan Pn Anis Alisya Abdullah duduk bersama Tuan Haji Thadzul dan En. Danaraja.

Ceramah Bahaya Syiah

Diadakankan pada 4 Mac 2016 di bilik seminar pukul 2 hingga 4 setengah petang. Penceramah

adalah En. Dzulhazrie Jaafar Shedik.

Kempen kesedaran kanser services oleh Redlife Sdn bhd

Kempen ini diadakan pada 7 Mac 2016 pada pukul 10 sehingga 12 setegah tengah hari di TAZA. Penceramah adalah En. Mohammad

Taqiyuddin Bin Fadzil.

Page 13: Buletin Kencana Edisi 1/2016

13

AKTIVITI JABATAN PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN

Karnival Permainan Tradisional PJM3123E – PPJ dan Sukan PISMP PJJ AMB. Khas Jan 2013.

Karnival Permainan Tradisonal telah dijalankan pada 10 April 2016 yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari.

Lawatan Ilmiah PJM3123E – PPJ dan Sukan PISMP PJJ AMB. Khas Jan 2013

Lawatan ilmiah telah dijalankan pada 23-25 April 2016 yang bertempat di Bahagian Sukan, KPM, Bahagian Kokurikulum, KPM, MSN, Bukit Jalil dan IYC Cheras, Kuala Lumpur. Antara pensyarah yang terlibat ialah Dr Abang Ismail bin Abang Ha-ji Julhi iaitu Pensyarah PJM3123E dan Cik Chin Jun Na iaitu Pen. Penyelaras PISMP PJJ.

Pentas Karnival

Teng-teng

Selipat Tiga

Batak Lampong

MSN, Bukit Jalil Kuala Lumpur

Lawatan ke Tapak Archery

Page 14: Buletin Kencana Edisi 1/2016

14

Program Kursus PJM1064 Pengenalan Kepada Rekreasi PISMP Ambilan Jun 2015

Bengkel Pemahaman dan Aplikasi Model TGFU

Mengendalikan Ujian Kecergasan Calon Guru Ambilan Jun 2016

Program ini telah dijakankan pada 19-20 April 2016 yang bertempat di Rock View, Lundu. Seramai 15 orang guru pelatih PPISMP PJ JUN 2015 telah menyertai program ini.

Gambar Aktiviti: Renang, Absailing dan Kayak

Bengkel Pemahaman dan Aplikasi Model TGFU

Tarikh : 21-23 Mac 2016 Jumlah Peserta : 35 orangJumlah Pensyarah : En. Dana Raja (Ketua Jabatan PJK)

: En. Ahmad Rodzli (Penyelaras): Dr Abang Ismail : Cik Lucy Rossy : Encik Wahed Bujang Mi : Encik Mohd. Mahadi

Pembantu Operasi : En. Andrew Bujang (Peralatan)Tempat : Gimnasium Ballang Lasung dan Padang Bola Sepak IPGKBL

Penguji dan Pembantu telah menguji calon meng-gunakan bateri ujian yang telah ditetapkan oleh pihak IPGM. Persediaan SOP dibuat bagi memantapkan pembantu yang terlibat.

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah mengendalikan Ujian Kecergasan Calon Guru pada 11-14 April 2016 yang bertempat di Gimnasium Ballang Lasung. Seramai 15 orang Pelajar Major PJM menjadi pembantu penilai yang mengendalikan seramai 600 orang peserta.

Aktiviti: Bangkit Tubi Bervariasi, Tekan Tubi Tanpa Henti, Duduk danJangkau dan Bleep

Page 15: Buletin Kencana Edisi 1/2016

15

LAPORAN KEJOHANAN TREK DAN PADANG 2016

Bekerjasama dengan SSC, IPTAR dan UITM dalam Penganjuran Dalam Penganjuran SISSMSPC2016 SUKMA International Sports Science & @2nd Malaysian Sports Psychology Conference 2016.

Tarikh : 10-12 Mei 2016 Jumlah Peserta : 300 orangPelajar : 15 orang Pelajar Major PJMTempat : Imperial Hotel, Kuching.

Pada 7 hingga 8 April 2016, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang telah mengadakan Kejohanan Trek dan Padang kali ke-66 di Kompleks Sukan SMK Tabuan Jaya. Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh pelajar PISMP BI(SK) Januari 2014 Semester 5 dengan kerjasama kumpulan PISMP Ambilan Jun 2014. Antara acara yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah 100m, 200m, 400m, 800m, 4x100m, 4x200m, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, dan rejam lembing. Acara yang dipertandingkan untuk para pensyarah pula ialah acara jalan kaki 800m, lari berganti-ganti 4x100m dan lontar peluru. Selain itu, terdapat beberapa buah sekolah rendah yang terletak di sekitar Kuching telah dijemput untuk memeriahkan acara 4x200m lelaki dan perempuan.

Simbolik majlis perasmian ialah larian membawa obor yang telah disempurnakan oleh Ketua Biro Sukan dan Rekreasi. Kejohanan yang diadakan selama dua hari tersebut telah mendapat sokongan padu daripada semua warga IPGKBL. Pengarah IPGKBL iaitu Encik Bedui bin Une telah menyempurnakan majlis perasmian dan penangguhan Kejohanan Trek dan Padang 2016.

Sebahagian JK pengelola konferens Majlis Perasmian oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

Yang Berbahagia Datu Haji Misnu Bin Haji Taha Peserta bersama VVIP sejurus perasmian

Page 16: Buletin Kencana Edisi 1/2016

16

KURSUS ASAS PEGAWAI TEKNIKAL OLAHRAGA KOM 2016

LIGA SUKAN UNTUK SEMUA (LiSUS) PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN/SERIAN 2016 (PERTANDINGAN BOLA JARING)

Pada 28-30 Mac 2016, Kursus Asas Pegawai Teknikal Olahraga telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Semua pelajar PISMP BI(SK) Januari 2014 dan PISMP Jun 2014 telah menghadiri kursus tersebut. Kursus KOM tersenut diadakan di bilik latihan IPGKBL pada hari pertama dan kedua manakala pada hari ketiga, amali telah diadakan di Kompleks Sukan SMK Tabuan Jaya. Kursus telah bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Kursus ini telah dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman seperti Pegawai Teknikal SAA iaitu Encik Lim Tze Yaw dan isterinya, Puan Josephine Kang. Selain itu, beberapa orang pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Jasmani turut menyampaikan ceramah mengenai olahraga kepada semua pelajar yang hadir. Sepanjang kursus tersebut, pelbagai ilmu mengenai olahraga telah dipelajari oleh para pelajar yang hadir. Antaranya ialah Pengenalan dan Peraturan Teknikal (Pegawai), Peraturan-peraturan Am Pertandingan Olahraga, Pengenalan dan Peraturan Acara Balapan, Pengenalan dan Peraturan Acara Padang, Pengenalan dan Peraturan Acara Jalan Kaki dan Borang-borang Kepegawaian Teknikal Olahraga.

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) telah menghantar dua pasukan bola jaring seramai 20 orang, 10 orang setiap kumpulan (Gorgeous Ducklings dan White Swans) untuk menyertai pertandingan ini pada 30 April 2016 bertempat di Kompleks Sukan Asajaya dengan diiringi oleh Puan Puspaleela Habibie Norlela binti Abdullah dan Cik Lucy Sylvester. Terdapat 10 pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Antaranya adalah pasukan IPTARIAN, JPAM dan Laila

Page 17: Buletin Kencana Edisi 1/2016

17

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Kursus Latihan Manikayu Peringkat 1

Kursus Latihan Manikayu Peringkat Pengenalan telah diadakan pada 27 Feb 2016 (Sabtu) bertempat di Bilik Latihan IPGKBL. Kursus ini dianjurkan oleh PPM Daerah IPG Kampus Batu Lintang (KLM29). Seramai 94 orang peserta yang menyertai kursus ini. Jurulatih - jurulatih yang terlibat ialah Mustafa bin Othman, Kamaruzaman bin Mohd. Ali, Mustaffar bin Ahmad dan Mahadi bin Hj. Mohd. Khalid.

Pada 8 April 2016 yang lepas, seramai 31 orang ahli Persatuan Pengakap KLM29 PISMP Jun 2015 dan 58 orang ahli Persatuan Pengakap KLM29 PISMP Jun 2014 serta 4 orang kakitangan IPGKBL telah mendaftarkan diri di Bilik Latihan IPGKBL pada jam kira-kira 2.30 petang untuk mengikuti Kursus Latihan Manikayu Peringkat I. Selesai mendengar taklimat oleh Encik Mustafa Bin Othman, peserta diarahkan untuk bergerak ke perkarangan padang IPGKBL bagi mendirikan khemah masing-masing. Kemudian, amali mengenai Istiadat Laung Agung dan Naik Bendera dijalankan di Foyer Pentadbiran. Slot kedua berkaitan dengan “Unit Pengakap Kanak-kanak” dan “Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin Pengakap”. Pada jam 11.00 malam, aktiviti diteruskan dengan kraf perkhemahan dan istirehat. Pada hari kedua kursus, atur cara bermula dengan istiadat Laung Agong dan Istiadat Menaikkan Bendera. Setelah tamat istiadat, peserta didedahkan dengan Program Latihan Pengakap Kanak-kanak (PKK), “Sistem Berpatrol” dan “Merancang Program”, “Cerita Hutan Pengakap dan Permainan Pengakap”, “Organisasi Kepimpinan Pengakap Malaysia” dan “Malam Pengakap” Pada hari terakhir kursus, slot diteruskan dengan Aktiviti Asas 2 dan Perjumpaan Pek Mingguan. Kursus berakhir dengan Majlis Pentauliahan dan Pengalungan Manikayu 2 butir Manikayu kepada 8 Pen. Pemimpin dari kumpulan PISMP Jun 2013 serta 2 orang Pemimpin KLM29 dan Ucapan Penangguhan oleh Pengarah IPGKBL.

Pengarah Bersama Jurulatih dan Penerima Tauliah dan Pengalungan Manikayu 2 Butir, Pen. Pemimpin KLM29 Kumpulan PISMP Ambilan Jun 2015 dan Pen Pemimpin KLM29 Kumpulan PISMP Ambilan Jun 2014

Suasana semasa kursus

Page 18: Buletin Kencana Edisi 1/2016

18

TAKLIMAT OLEH KETUA PUSAT SUMBER

Taklimat ini dilaksanakan untuk memberi maklum balas kepada pengguna mengenai beberapa isu yang dikemukakan di dalam Penilaian Perkhidmatan Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang bil. 2/2015 bagi tempoh Julai hingga November 2015. Selain itu, taklimat ini menjadi forum dalam usaha meningkatkan lagi perkhidmatan perpustakaan pada masa akan datang.

Tajuk aktiviti : Taklimat maklum balas penilaian perkhidmatan perpustakaan Bil 1/2016Tarikh : 15 Januari 2016Pegawai : Ketua Unit Pusat Sumber (Jamu anak Galeh) Peserta : Semua ketua dan penolong ketua kumpulan Tempat : Perpustakaan, IPG Kampus Batu Lintang

Kursus Web Base Learning (OLL) dilaksanakan pada 15 Januari 2016 bagi 22 orang pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan. Kursus ini bertujuan untuk membantu pensyarah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Para peserta didedahkan dengan pelbagai fungsi yang terdapat dalam Web Base Learning yang berasaskan Moodle, seperti memasuk maklumat atau kandungan, cara perbincangan dengan pelajar (forum), memuat naik fail-fail yang pelbagai format seperti pdf, doc dan ppt. Hasil kursus ini, para peserta dapat mengendalikan pengajaran dan pembelajaran atas talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Kursus PdP melalui Google Apps (Google Form) diadakan pada 24 Mac 2016. Seramai 19 orang pensyarah dan staf sokongan menyertai kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah berkaitan dengan pembinaan borang soal selidik menggunakan Google Form. Para peserta diperkenalkan dengan fungsi dan kegunaan ikon-ikon yang terdapat dalam Google Form. Di samping itu, para peserta dilatih berkaitan dengan cara menghantar borang soal selidik melalui Google Form.

Kursus Web Base Learning (OLL)

Kursus PdP melalui Google Apps (Google Form)

Page 19: Buletin Kencana Edisi 1/2016

19

Lawatan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

Program Literasi Maklumat

Bengkel Kemahiran Membuat Rujukan

Bengkel Book Review

Program literasi maklumat telah diadakan pada 19 Januari 2016. Antara pengisiannya adalah Sumber Elektronik PNM Digital (kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia secara percuma). Perkhidmatan ini boleh dilayari di mana-mana sahaja dan pengguna hanya perlu mendaftar di laman web untuk menikmati dan mendapat akses kepada perkhidmatan pangkalan data dan kandungan digital yang disediakan. Antaranya seperti e-buku, e-jurnal, e-majalah, e-surat khabar dan pelbagai bahan dari dalam dan luar negara.

Bengkel Book Review ini merupakan kerjasama antara Unit Latihan Dalam Perkhidmatan dan Pusat Sumber. Encik Mohd Richard Neles bin Abdullah telah dijemput untuk mengulas buku beliau yang bertajuk ”Amalan hubungan baik dan kerjasama (HB&K) resepsi kebahagiaan. Bengkel ini dihadiri oleh staf pelaksana IPG Kampus Batu Lintang.

Bengkel untuk pelajar PPISMP Ambilan Jun 2015 telah diadakan pada 19 Februari 2016 di perpustakaan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar mengenai kemahiran untuk membuat rujukan dan mengakses maklumat dengan berkesan. Encik Jamu anak Geleh bertindak sebagai fasilitator untuk bengkel tersebut yang berlangsaung dengan jayanya.

Antara staf yang hadir untuk mendengar ulasan buku oleh Encik Mohd Richard Neles bin Abdullah

Pustakawan membuat penggulungan dan rumusan

Sesi bengkel kemahiran membuat rujukan oleh fasilitator sedang berlangsung

Ketika sesi penerangan tatacara penggunaan

Pada 15 Januari 2016, pihak perpustakaan telah menerima kunjungan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. Tujuan kunjungan adalah untuk melawat perpustakaan, melihat koleksi dan perkhidmatan perpustakaan serta kemudahan terbaharu yang disediakan untuk pengguna. Sesi penerangan telah diberikan oleh pustakawan di samping melawat sekitar perpustakaan. Taklimat disampaikan oleh Puan

Philomena Septimus Amit selaku pustakawan kanan

Para pelajar dibawa melawat sekitar perpustakaan

Page 20: Buletin Kencana Edisi 1/2016

20

Bengkel yang diadakan selama lima hari ini adalah bagi memenuhi keperluan Resource Descriptive Access (RDA). Ini adalah untuk menggantikan MALMARC atau MARC 21 yang digunakan kini. Bengkel ini di bawah seliaan pustakawan dan antara peserta yang hadir selain staf Pusat Sumber adalah Penolong Pustakawan dari Jabatan Penerangan Malaysia cawangan Sarawak.

Bengkel Resource Descriptive Access (RDA)

Aktiviti ”Jom Baca Bersama 10 minit” ini merupakan salah satu usaha Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama perpustakaan lain di seluruh Malaysia yang bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara aktiviti lain yang turut dianjurkan pada hari tersebut (27 April 2016) ialah sesi bercerita bersama murid prasekolah IPG Kampus Batu Lintang. Pelajar pertama bagi

tahun 2016Pelajar ke-100 bagi tahun 2016

Pengguna Pertama, ke-100 dan bertuah bagi tahun 2016

Bengkel Pengkelasan dan Pengkatalogan Bahan Perpustakaan

Para peserta mendengar dengan teliti penerangan yang diberikan

Jom Baca Bersama 10 Minit” & Aktiviti Bersama Prasekolah

Saudara Mohd Haiqal sedang

menyampaikan cerita

Pelajar memberikan reaksi ketika cerita

disampaikan

Ahli RPS yang turut membantu dalam

menjayakan aktiviti

Bergambar kenangan bersama staf, Rakan

Pusat dan pelajar prasekolah

Aktiviti ”Jom Baca Bersama 10 minit” ini merupakan salah satu usaha Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama perpustakaan lain di seluruh Malaysia yang bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara aktiviti lain yang turut dianjurkan pada hari tersebut (27 April 2016) ialah sesi bercerita bersama murid prasekolah IPG Kampus Batu Lintang.

Bengkel Pengkelasan dan Pengkatalogan Bahan Perpustakaan ini telah diadakan selama 3 hari bermula 25 hingga 27 Mei 2016 di Perpustakaan. Seramai 18 orang peserta dari pelbagai jabatan sekitar Sarawak yang terlibat dalam proses katalog. Puan Philomena Septimus Amit bertindak sebagai fasilitator bagi kursus ini. Para peserta didedahkan kepada asas untuk mengkatalog bahan di samping pengenalan awal kepada Resource Descriptive Access (RDA)

Gambar kenangan bersama fasilitator, Ketua Pusat Sumber dan peserta bengkel

Fasilitator menberikan penerangan mengenai proses katalog

Page 21: Buletin Kencana Edisi 1/2016

21

Kata alu-aluan oleh Pengarah IPGKBL

Amalan Profesional-revisited oleh KU Praktikum

Encik Yusop bin Malie dengan guru pembimbing Pendidikan Khas

Puan Chew Chui Kian dengan guru Pembimbing bahasa Cina

Encik George dengan guru pembimbing bahasa Inggeris

Para peserta semasa sesi perkongsian profesional

Top BorrowerAktiviti ini dilaksanakan setiap penghujung semester. Penilaian dibuat berdasarkan peminjam terbanyak dari 3 kategori iaitu guru pelatih, pensyarah dan staf.

Unit Praktikum Kampus Batu Lintang telah mengadakan Bengkel Amalan Profesional ini pada 3-4 Februari 2016. Program ini mendapat sokongan daripada Jabatan Bahasa, Jabatan Ilmu Pendidikan dan Jabatan Pengajian Melayu. Seramai 41 orang Guru Besar dan 108 orang Guru Pembimbing dari sekolah-sekolah rendah di daerah Kuching, Bau dan Kota Samarahan telah hadir. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang perubahan terkini tentang amalan profesional dan panduan pengurusan bagi PBS, Praktikum dan internship yang tepat dan mengenal pasti kriteria bagi penilaian PBS, Praktikum dan internship melalui perkongsian antara pensyarah dengan guru pembimbing. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah tentang mentoring, pencerapan klinikal, menulis refleksi bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

KATEGORI JAN - MEIGuru pelatih Salasiah binti Abdul SaidPensyarah Noorazura binti Mohd. MakhtarStaf Liza Kay ak John Jeffrey Sirabung

Bengkel AMALAN PROFESIONAL

Page 22: Buletin Kencana Edisi 1/2016

22

PERAYAAN PRAGAWAI 2016 ANJURAN

PENSYARAH DAN STAF KAUM DAYAK IPG KAMPUS BATU LINTANG26 MEI 2016

Persembahan tarian tradisional oleh pelajar – Langi Pingadap

Menikmati hidangan yang disediakan

Kehadiran Tuan Pengarah Cikgu Bedui Une dan Puan Timbalan Pengarah Puan Anis Alisya Abdullah bersama Encik Tingang Trang, Tua Gawai 2016

Ucapan aluan Pengerusi Penganjur Encik Charlie Ungang

Cikggu Azhar………Legenda Sape IPG Kampus Batu Lintang memimpin persembahan dengan lagu-lagu etnik

Wajah-wajah yang membantu menjayakan Gawai 2016

Hebatnya Tua Gawai kita. Terima kasih Cikgu Tingang Trang…..selamat bersara…..

Upacara nantang sangar ( mengelilingi sangar) oleh semua hadirin.

Page 23: Buletin Kencana Edisi 1/2016

23

Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching telah mengadakan Program Pemerkasaan Bahasa dan Budaya Melayu selama tiga hari di Rock View, Lundu pada 20-22 April 2016. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar institut terutamanya kumpulan pengajian bahasa Melayu mengenai amalan penggunaan bahasa dan budaya Melayu yang perlu diteruskan agar warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Program selama tiga hari ini diisikan dengan aktiviti permainan bahasa dan budaya, slot ceramah yang bertajuk “Pemerkasaan Bahasa dan Budaya” dan “Pembentukan Karakter Guru BM”, bengkel didik hibur dalam PdP berkesan dan Sesi budya dan sastera selain riadah dan semarak bahasa. Aktiviti kemuncak ialah lawatan ke SK Sebat, Lundu iaitu sekolah kluster BM.

Turut hadir bersama ialah Encik Bedui bin Une, Pengarah IPG Kampus Batu Lintang. Semasa memberi ucapan perasmian penutup majlis, beliau menegaskan, “Menjadi guru bahasa Melayu bukan sahaja mengajar bahasa Melayu, guru perlu tahu bidang-bidang lain untuk digabungkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran BM. Guru BM berhadapan dengan cabaran kependidikan bagaimana hendak difahami dan memahami. Unsur ketidakfahaman dalam kehidupan amat penting diatasi. Selagi tidak difahami perlu ada usaha menggunakan bahasa. Dalam ujaran, bahasa nurani belum tentu dapat dilahirkan dalam lafazan.”

Seterusnya beliau berharap melalui progam seperti ini akan dapat membantu membentuk guru yang versatile. Menurut beliau apa yang dititipkan semasa latihan perguruan hanya asas sahaja. Pelajar perlu rajin membaca dan buku yang paling baik ialah buku fiksyen.

Sementara dalam ucapan Ketua Jabatan, Dr. Zainal Abiddin bin Masleh, beliau berterima kasih kepada semua pihak khususnya Tuan Pengarah kerana sentiasa memberi sokongan padu terhadap program Jabatan Pengajian Melayu. Beliau berharap program ini dapati memenuhi objektifnya iaitu mengangkat martabat dan meningkatkan kompetensi bahasa Melayu.

Program Pemerkasaan Bahasa dan Budaya Melayu

PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH, GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA;HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH BUDI BAIK DIKENANG JUGA.

PULAU PISANG PULAU PAUH, SAMPAI KETIGA PULAU KEMUDI; KAMI DATANG DARI JAUH, KERANA HENDAK MEMBALAS BUDI.

SAYANG MUARA TIDAK BERBUKIT, BANYAK BUKIT DI BATU KARANG;BUDI TUAN BUKAN SEDIKIT, DARI DAHULU SAMPAI SEKARANG.

PUAS SUDAH MENANAM UBI, NANAS DATANG DARI SEBERANG;PUAS SUDAH MENANAM BUDI, EMAS JUGA DIPANDANG ORANG.

Page 24: Buletin Kencana Edisi 1/2016

24