buletin kencana edisi 2/2015

24

Upload: lamngoc

Post on 16-Dec-2016

259 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Kencana Edisi 2/2015
Page 2: Buletin Kencana Edisi 2/2015

SENARAI KANDUNGAN

SIDANG REDAKSIPengarah IPGKBLEn. Bedui bin Une

Timbalan IPGKBLPn. Anis Alisya Abdullah

PENASIHAT

Ketua Jabatan Pengajian MelayuEn. Zainal Abiddin bin Masleh

PENGERUSI

Jabatan Pengajian MelayuPn. Tay Meng GuatPn. Tay Yong Choo

PENYELARAS/EDITOR

En. Alexander TowJURUGAMBAR

Dr.Zainal Abiddin bin MaslehKetua Jabatan Pengajian Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahteraSaya ingin merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya Buletin Kencana Edisi 2, 2015 berjaya diterbit dan dijelmakan dalam mewarnai ceritera program dan aktiviti yang telah dilaksanakan di peringkat IPG Kampus Batu Lintang. Melalui perkongsian sedemikian dapat mewujudkan budaya intelek dan kesepunyaan bersama sebagai amalan perkongsian pengalaman.Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jabatan dan unit di IPG Kampus Batu Lintang kerana sumbangan dan perkongsian aktiviti yang telah diberikan. Penerbitan Buletin Kencana Edisi 2, 2015 ini mencerminkan kesungguhan dalam menggembeleng tenaga untuk menjayakan budaya kerja sepasukan. Pastinya terima kasih tidak terhingga kepada penyelaras dan jawatankuasa Buletin Kencana yang telah berjaya menerbitkan buletin ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh menerbitkan Buletin Kencana Edisi 2, 2015 ini. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan memberi manfaat yang berguna dalam kalangan pembaca.

Sekian, terima kasih.

SEUTAS BICARA DARIPADA PENGERUSI PENERBITAN

Malam Muzikal IPG KBL

Lawatan Kebudayaan Ke Indonesia

“12th Borneo Cultural Festival”

“12th International Dance For Humanity”

Bengkel Penulisan Ilmiah Kajian Tindakan Siri 1/2015

Perkongsian Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan

Karnival Matematik Kali ke-11 IPGK Batu Lintang

Bengkel Kejuruteraan Kertas untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Sambutan Bulan Bahasa Peringkat IPG KBL Tahun 2015

Pertandingan Puisi

Pertandingan Pantun Dalam Bercerita

Aktiviti Jabatan Teknologi Pendidikan

Program Ibadah Korban IPG KBL

Bengkel Lagu Rakyat Sabah dan Sarawak

Hadiah Buku Datin Julia Chong 2015

Minggu Bahasa Inggeris

Bengkel Pencerapan Praktikum

Kursus Seni Pertuturan “Menikmati Keajaiban Buku Bergambar”

Program Lawatan ke SK Kpg. Senari

Hari Pembelajaran Sains Melalui Permainan dan Bengkel Kajian Tindakan 2015

Aktiviti-Aktiviti Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Kursus Membuat Kek Lapis Sarawak dan Kek Buah-Buahan Kursus Kepimpinan Pensyarah Zon Sabah & Sarawak Tahun 2015

Kursus Pensyarah Baharu Fasa 1 & Pegawai Pengurusan Fasa 2Zon Sabah & Sarawak

Kursus Pemantapan Peranan dan Fungsi Tutor IPG KBL

Aktiviti-Aktiviti Unit Perpustakaan Jejak Maklumat Sempena Bulan Merdeka Seni Kreatif Bersama Prasekolah Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Lawatan dari Panel MQA Program Literasi Maklumat Kursus Asas Pengkatalogan dan Pengkelasan Top Borrower

Sukan Antara Kakitangan Sokongan IPG (SAKSI) Sarawak/Sabah 2015

Kejohanan Piala Pengarah Peringkat IPG Kampus Kota Bharu Kelantan Tahun 2015

Liga Hoki Sarawak 2015

Kejohanan Olahraga Terbuka Sarawak Kali ke-52

Program Community Outreach Anjuran Jabatan Sains Sosial IPG KBL

Page 3: Buletin Kencana Edisi 2/2015

MALAM MUZIKAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Malam Muzikal Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang pada tahun ini telah diadakan pada 5 September di Auditorium TAZA. Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Tahun ini merupakan kali ke-9 IPG Kampus Batu Lintang mengadakan Malam Muzikal. Tema tahun ini adalah “The Sound of Music through the Years”. Tema ini memberi fokus kepada budaya kesenian terutamanya nyanyian dan tarian yang begitu kaya sepanjang masa di IPG Kampus Batu Lintang.

Persembahan malam tersebut melibatkan seramai 17 orang penyanyi yang terdiri daripada pelajar, staf sokongan dan staf akademik IPGKBL, dan 30 orang penari daripada pelajar IPGKBL selain pelajar PISMP Jan. 2012 (184 orang pelajar). Pelajar dari Sekolah Seni Malaysia Kuching turut diundang untuk membuat persembahan tarian sebagai persembahan khas. Bentuk persembahan diadakan dalam enam segmen. Malam yang penuh kemeriahan tersebut diakhiri dengan ucapan daripada tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Penyelaras Malam Muzikal dan Tetamu Kehormat Yang Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar

Tarian Bidayuh

Tarian Sabah

Lagu “Dear Future Husband”

Lagu Cina

Tarian Melanau

Page 4: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Di Borobodur

Seramai 12 orang ahli Kelab Kebudayaan IPG Kampus Batu Lintang di bawah pimpinan En. Lee Gim Keit telah mengadakan lawatan ke beberapa tempat di Indonesia dari 24-27 September 2015. Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk memupuk persefahaman dan integrasi antara pelajar Malaysia dengan Indonesia serta memupuk bakat dan menyepadukan kemahiran dalam bidang seni muzik, seni tari, seni persembahan, seni fesyen, tatarias dan seni visual. Dengan ini peserta diharapkan dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang muzik, tarian serantau ASEAN serta sejarah dan warisan setiap negara.

Berbekalkan minat dan kecederungan yang kuat dalam bidang kebudayaan, pelajar-pelajar institut ini sering dijemput untuk menyertai aktiviti tarian dan nyanyian Konsert Di-Raja, Borneo Cultural Festival, Miri International Dance for Humanity, Kuching City Day Parade, Perhimpunan Siswa Merdeka, Perayaan Hari Merdeka peringkat Kebangsaan, Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan dan KAGUM.

Pada 6 dan 7 Ogos 2015, 12 orang pelajar IPG Kampus Batu Lintang yang diketuai oleh pensyarah kanan, En. Lee Gim Keit telah dijemput untuk membuat persembahan tarian di Sibu, Sarawak sempena perayaan acara tahunan antarabangsa “12th Borneo Cultural Festival”. Jemputan ini merupakan satu kebanggaan bagi IPG Kampus Batu Lintang kerana sejak tahun 2007 IPG Kampus Batu Lintang telah dijemput untuk membuat persembahan di festival tersebut. Para pelajar IPG Kampus Batu Lintang telah membuat persembahan Tarian Rima Kasih Abadi (Tarian rampaian Melayu) dan Tarian Menyak Kreasi Baru (Tarian Kebudayaan Kaum Melanau).

LAWATAN KEBUDAYAAN KE INDONESIA

“12Th BORNEO CULTURAL FESTIvAL”

Bersama penari drama

tari Ramayana

Alat muzik gamelan di Istana Jogjakarta Drama Tari Ramayana Di Prambanan

Tarian Menyak Kreasi Baru Tarian Rima Kasih Abadi

Page 5: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Perkongsian Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan Perkongsian ini diadakan pada 4 September 2015 di Bilik Seminar, IPG KBL. Perkongsian ini melibatkan seramai 184 orang pelajar PISMP amb. Januari 2012 (Semester 8) dan penceramah ialah Pn. Chuah Kim Hwa dan Dr. Siti Zohara binti Yassin. Tujuan perkongsian adalah untuk menggalakkan pelajar memberi sumbangan dari segi penulisan artikel untuk tujuan penerbitan jurnal akademik.

Bengkel Penulisan Ilmiah Kajian Tindakan Siri 1/2015

Bengkel ini merupakan bengkel anjuran bersama Jab. PIPK, IPG KBL dengan PPD Simunjan. Bengkel ini telah berjaya diadakan pada 21-23 Oktober 2015 di Bilik Latihan, IPG KBL. Seramai 17 orang guru dan SIP+ dan SISC+ dari PPD Simunjan terlibat dalam bengkel ini. Penceramah bengkel ialah Dr. Siti Zohara binti Yassin, Dr. Abang Ismail bin Hj. Abang Julhi serta Pn. Chuah Kim Hwa yang juga berperanan sebagai Fasilitator dan Penyelaras program ini. Pada akhir bengkel, seramai 6 orang peserta bengkel telah membentang draf kajian mereka.Majlis Pembukaan yang turut dihadiri oleh Pn. Anis Alisya Abdullah, Timbalan Pengarah IPG KBL telah disempurnakan majlisnya oleh wakil Pegawai PPD Simunjuan, En. Mohamad Rizuan bin Sarbini. Majlis Penutupan Bengkel Siri 1/2015 pula telah disempurnakan oleh En. Bedui bin Une, Pengarah IPG KBL. Bengkel ini akan dilaksanakan secara bersiri dan siri seterusnya akan dilaksanakan pada tahun 2016.

“12Th INTERNATIONAL DANCE FOR hUMANITY”

Pelajar IPG Kampus Batu Lintang bersama Pensyarah Kanan Encik Lee Gim Keit

Penyertaan pelajar IPG Kampus Batu Lintang di “12th International Dance for Humanity” pada 26 Julai 2015 di Stadium Tertutup, Mirianjuran Persatuan Sabit Merah Miri

Penyampaian Sijil Penyertaan kepada En. Lee Gim Keit oleh YB Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Perkembangan Infrastruktur dan

Komunikasi dan Pembangunan Sosial

Penari-penari dari negara India dan Taiwan

Page 6: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Karnival Matematik adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Matematik. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Pertandingan Aritmetik Mental dan Abakus (AMA), Pameran Rekreasi Matematik dan Bengkel Buku Pop-Up. Program tersebut telah berlangsung di kampus ini pada 24 Oktober 2015 (Sabtu). Objektif utama karnival matematik tahunan ini adalah untuk mempamerkan pelbagai aktiviti matematik yang menarik serta memberi peluang dan pengalaman secara langsung untuk memupuk minat dan motivasi terhadap pembelajaran dan pengajaran matematik dalam kalangan murid, guru pengiring sekolah dan pelajar pengkhususan/ elektif matematik kampus ini.

Pada tahun ini, seramai 240 orang murid dari sekolah rendah di sekitar daerah Kuching, Bau, Serian dan Samarahan telah menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Karnival ini telah dijayakan dengan kerjasama pihak UCMAS Kuching sebagai penaja piala dan hadiah pertandingan.

Johan individu kategori A dimenangi oleh Derick Liew dari SJK Chung Hua No. 2, kategori B dimenangi oleh Tiffany Liew dari SJK Chung Hua No. 2, dan kategori C dimenangi oleh Edmund Ting dari SJK Chung Hua No. 3. Manakala untuk johan berpasukan, kategori A dan B dimenangi oleh SJK Chung Hua No. 2, dan Kategori C dimenangi oleh SJK Chung Hua No.3. SJK Chung Hua No. 2 memenangi Johan keseluruhan tahun ini.

Kunjungan murid dan ibu bapa ke karnival matematik di Dewan Brooke

Peserta mengambil ujian aritmetik mental semasa pertandingan AMA

Murid dan ibu bapa mengunjungi kiosk permainan matematik

Murid mendengar peraturan permainan matematik daripada pelajar

Demostrasi langkah-langkah membina buku pop-up oleh pelajar IPGKBL

Murid menumpu perhatian semasa permainan

Karnival Matematik Kali ke-11 IPGK Batu Lintang

Page 7: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Seramai 21 orang pelajar Kumpulan BISK4 ambilan Jan. 2016 telah menyertai Bengkel Kejuruteraan Kertas untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Bengkel ini dijalankan semasa waktu tutorial pada 15 Julai 2015 di di Blok Akademik Baharu, IPGK Batu Lintang. Penglibatan meraka amatlah aktif dan telah berjaya menghasilkan struktur 3D seperti kereta Rolls Royce, penyanyi di pentas, dan jambatan bergerak dengan menggunting dan melipat. Pergerakan pop-up ini dapat meningkatkan motivasi pengajaran dan pembelajaran matematik dengan penghasilan bahan bantu mengajar yang menarik dan memberangsangkan.

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan sememangnya merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di seluruh Institut Pendidikan Guru bagi memupuk minat pelajar untuk menghayati serta mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada tahun ini sambutan tersebut telah diadakan dari 1 Oktober hingga 30 November. Akvtiviti sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan mampu melahirkan bakal guru yang sentiasa berani untuk tampil ke hadapan dan menjadi bakal guru yang sentiasa mempunyai semangat daya saing yang tinggi. Pengisian-pengisian yang berupa aktiviti kebahasaan dalam bentuk pertandingan telah dapat memupuk semangat cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar.

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang telah dilaksanakan dengan jayanya. Semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang telah memberi kerjasama dan sokongan yang sepenuhnya bagi memeriahkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Penyertaan yang menggalakkan oleh para pelajar dalam aktiviti yang dijalankan telah mampu mencungkil bakat para pelajar serta dapat mengeratkan hubungan sesama warga Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Objektif bengkel ini adalah untuk:• mengenal pasti teknik pop-up kejuruteraan kertas • meneroka pelbagai teknik pop-up dengan template• mereka dan membina pop-up• menghasil bahan bantu pembelajaran pop-up seperti kad dan buku cerita ringkas

Para fasilitator terdiri daripada Cik Florence Teo Tze Chin dan Pn. Lim Boon Yann dengan dibantu oleh Saudari Tan Pei Yee, Fenny Nen Ying Shen dan Sim Mee Teng.

Antara objektifnya adalah untuk• Meningkatkan minat dan cinta terhadap Bahasa Melayu menerusi aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.• Mengeratkan antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan pensyarah dan guru pelajar dengan para staf, pensyarah dengan staf, pelajar Intitut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dengan pelajar sekolah rendah dan menengah ke arah menyahut kempen Satu Malaysia melalui penglibatan dalam pertandingan dan program yang dianjurkan.• Mengasah dan mencungkil bakat pelajar menerusi pertandingan yang diadakan sebagai persediaan mewakili Institut ke pertandingan peringkat yang lebih tinggi.

Bengkel Kejuruteraan Kertas untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Sambutan Bulan Bahasa Peringkat IPG Kampus Batu Lintang Tahun 2015

Tunggak utama yang menganjurkan program Bulan Bahasa Kebangsaan 2015

Page 8: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Pertandingan Puisi

Para hakim yang terlibat dalam pertandingan pantun dalam cerita

Pertandingan pantun sedang berlangsung

Tetamu jemputan semasa pertandingan berlangsung

Kehadiran Tuan Pengarah sewaktu pertandingan berlangsung telah menaikkan semangat para peserta

Sebahagian aksi peserta yang mengambil bahagian

Ketua hakim sedang memberi ulasan secara keseluruhan setelah selesai pertandingan

Persembahan sementara menunggu keputusan

Pertandingan Pantun Dalam Bercerita

Sesi pendaftaran para peserta

Page 9: Buletin Kencana Edisi 2/2015

AKTIvITI JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Jabatan Teknologi Pendidikan telah menjalankan dua sesi kursus dan latihan dalaman berkaitan dengan Kursus Latex pada 15 Jun dan 30 Jun 2015 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengajian Melayu dan Bilik Seminar IPGKBL.

Latihan dalaman penggunaan LATEX diadakan untuk semua pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan dengan tujuan untuk menyediakan mereka sebagai fasilitator dalam membantu Bengkel LATEX yang diadakan untuk pensyarah jabatan lain di IPGKBL. Mereka telah didedahkan dengan cara untuk memasang dan menggunakan perisian LATEX bagi menyediakan dokumen.

Satu bengkel untuk mendedahkan pensyarah kepada penggunan LATEX telah diadakan. Seramai 14 orang pensyarah telah menyertai bengkel ini. Para peserta didedahkan kepada cara pemasangan dan penggunaan perisian LATEX. LATEX merupakan satu sistem untuk menyediakan dokumen menggunakan TEX, iaitu satu jenis enjin untuk typesetting yang ditulis oleh Donald Knuth bagi tujuan menghasilkan dokumen berkualiti secara profesional. sisitem ini sesuai digunakan untuk menyediakan dokumen yang mempunyai struktur kompleks dan menggunakan banyak simbol matematik. Antara bahan penulisan yang boleh dihasilkan menggunakan LATEX ialah:• buku• artikel• jurnal dan artikel konferens • tesis universiti (MMU, UKM, USM, UUM, UIA, UNIMAS, UM)

Pensyarah-pensyarah yang mengikuti latihan

Sesi latihan sedang berlangsung

Pensyarah-pensyarah sedang mengikuti kursus

Sesi kursus sedang berlangsung

Page 10: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Peserta dari Universiti Malaysia Pahang sedang mempersembahkan alunan nasyid

mereka

Persembahan Salawat Khas sempena Perasmian Penutupan

Peserta dari IPG Kampus Batu Lintang sedang beraksi dalam Pertandingan

Nasyid

Suasana sekitar Festival Kesenian Islam Peringkat Antarabangsa Tahun 2015

Program yang bermula seawal jam 7.15 pagi dimulai dengan bacaan doa selamat dan diikuti dengan upacara sembelihan lembu oleh pensyarah daripada Jabatan Agama dan Moral, IPGKBL. Daging korban diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan sekitar Kuching dan juga kepada para staf IPGKBL yang hadir. Program berakhir dengan hidangan jamuan tengah hari yang disediakan oleh staf dan guru pelatih IPGKBL.

PROGRAM IBADAh KORBAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG 2015

Program Ibadah Korban yang bertemakan “IPGKBL BERKORBAN” tahun 2015 anjuran Masjid al-Muallimin, IPG Kampus Batu Lintang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 26 September 2015 bertempat di perkarangan Masjid al-Mua’llimin, IPG Kampus Batu Lintang, Kuching. semua warga Islam IPGKBL hadir bagi memeriahkan program dengan mengorbankan dua ekor lembu untuk tujuan ini.

Page 11: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Bengkel Lagu Rakyat Sabah dan Sarawak

hadiah Buku Datin Julia Chong 2015 (Untuk Pencapaian Dalam Bidang Muzik)

Pada 1 Ogos 2015, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching telah mengadakan bengkel lagu rakyat Sabah dan Sarawak di Bilik Recital Muzik, IPGK Batu Lintang atas biayaian hasil jualan buku An Introduction to Selected Instrumental Ensembles and Folksongs of East Malaysia oleh Dr. Chong Pek Lin dan Pn. Anne Anthony Lajinga (2011). Bengkel sompoton (alat muzik Kadazandusun) sape and jatung utang (alat muzik Kenyah) dan lagu rakyat Kenyah, Kadazandusun and Selako tersebut melibatkan 40 peserta, termasuk pensyarah dan pelajar Kampus Batu Lintang dan institusi lain yang berminat. Pasukan fasilitator terdiri daripada 18 orang pelajar dengan pimpinan Dr. Chong, dan diceriakan lagi dengan persembahan oleh pemain sape terkenal, Matthew Ngau Majlis penutupan diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah, Encik Jamiran Bin Salam dan ketua Jabatan Sains Sosial, Encik Awang Hepeni Bin Awang Onget. Persembahan penutupan menampilkan lagu Kenyah, Kadazandusun dan Selako oleh fasilitator serta peserta bengkel. 12 buah lagu yang dipertengahkan termasuk lagu sentimental Kenyah seperti Kuai Maping (burung terlindung argus pheasant ) diiringi sape dan tarian, lagu Kaamatan Kasakazan Do Bambazon dinyanyikan secara koir diiringi gitar, dan lagu Jambatan Tamparuli diiringi tarian Sumazau, kombinasi sompoton dan jatung utang.

Hadiah Buku Datin Julia Chong merupakan anugerah tahunan untuk pelajar terbaik dalam bidang muzik di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Wong Jing Dee, dari PISMP BI SJKC 2013 menerima hadiah tersebut pada 20 November 2015 daripada anak mendiang Datin Julia, Dr. Chong Pek Lin, yang juga seorang bekas pensyarah muzik di IPGK Batu Lintang. Penyampaian hadiah ini yang diserikan dengan kehadiran pengarah IPGK Batu Lintang, En. Bedui Bin Une, diadakan semasa perhimpunan bulanan Institut. Anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2010 oleh anak-anak mendiang Datin Julia Chong, seorang guru muzik, komposer, dan penggiat muzik Sarawak yang terkemuka. Sebanyak RM400 setahun disumbangkan dalam bentuk buku muzik pilihan pemenang. Melalui hadiah buku ini, diharapkan agar pelajar-pelajar institut dapat disemarakkan lagi kecintaan dalam muzik dan menyebarkannya kepada murid-murid sekolah.

Kuai Maping (Kenyah song menceritakan tentang burung ruai atau argus pheasant) diiringi sape, piano dan gerak tari meniru gerakan

burung ruai

Lagu dan tarian Jambatan Tamparuli diiringi sompoton, jatung utang and guitar

Matthew Ngau membuat demonstrasi semasa bengkel

sape

Selain merupakan pemain piano yang berbakat Jing Dee berjaya mendapat markah akademik tertinggi dalam kelas elektif muzik (purata 84% sepanjang empat semester). Beliau juga telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan semasa menyelaraskan beberapa projek kelas muzik termasuk Persembahan Lagu Rakyat di Kampung Picin pada October 2014, serta konsert-mini Westen Music through the Ages (Februari 2015) dan Bengkel Lagu Rakyat Sabah dan Sarawak (Ogos 2015) yang dijalankan di bilik recital muzik, IPGK Batu Lintang.

Wong Jing Dee menerima anugerah pelajar terbaik dalam bidang muzik di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Page 12: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Kursus Seni Pertuturan “Menikmati Keajaiban Buku

Bergambar” Unit Pengajian Cina telah menganjurkan Kursus Seni Pertuturan (“Menikmati Keajaiban Buku Bergambar”) pada 2 hingga 3 Oktober 2015 yang disertai oleh semua pensyarah Unit Pengajian Cina dan pelajar major dan minor Pengajian Cina. Kursus Seni Pertuturan Bahasa Cina ini merupakan salah satu aktiviti Unit Pengajian Cina, Jabatan Bahasa yang tercatat dalam Perancangan Tahunan IPGM/IPGKBL 2015. Dua orang penceramah, iaitu En.Kuek Ser Kuang Hong dan Pn. Hong Bao Li dari Semenanjung Malaysia telah dijemput untuk memberi kursus dalam bimbingan membaca Buku Bergambar melalui ceramah dan demonstrasi. Kedua-dua orang penceramah ini merupakan pakar dalam bimbingan membaca teks kesusasteraan kanak-

Sesi Demonstrasi

Sesi Perbincangan

Minggu Bahasa Inggeris

Bengkel Pencerapan Praktikum

Unit Bahasa Inggeris IPG Kampus Batu Lintang di bawah bantuan pelajar PISMP BI (SK) ambilan Jun 2015 telah mengadakan Minggu Bahasa Inggeris dari 24 Ogos hingga 27 Ogos 2015. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk membantu pelajar dan peserta memperoleh ilmu dan pengalaman tentang penggunaan bahasa Inggeris.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti eksplorasi bahasa di Dewan Brooke, aktiviti “To Guess or Not to Guess” dan “Hopscotch” di Bilik Rekreasi, Klinik Tatabahasa dan Kesusasteraan di Bilik Seminar

Unit Bahasa Inggeris telah mengambil inisiatif mengadakan bengakel tersebut pada 24 Julai 2015 bertempat di Bilik Seminar dan Bilik Mesyuarat Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru. Para peserta terdiri daripada guru pembimbing Bahasa Inggeris yang akan menyelia seramai 134 orang pelajar yang menjalani praktikum Fasa 2 di 51 buah sekolah di daerah Kuching, Padawan dan Bau. Bengkel tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru pembimbing tentang pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam pencerapan klinikal. Melalui bengkel ini diharapkan guru pembimbing yang bakal menyelia pelajar semasa praktikum akan dapat membantu pelajar dari segi mengembangkan amalan profesional dan pengetahuan pedagogi di samping meningkatkan kemahiran dalam menguruskan kelas.

Fasilitator Pn. Anne Anthony Lajinga and Pn. So Suez Pink sedang memberi ceramah dalam sesi Klinik Tatabahasa dan Kesusasteraan

Seorang pelajar cuba memberi aksi tentang sesuatu peribahasa

semasa aktiviti “To Guess or Not to Guess”

Aksi seorang peserta dalam aktiviti Hopscotch

kanak. Tujuan Kursus Seni Pertuturan Bahasa Cina ini adalah untuk memberi pendedahan tentang bimbingan membaca kesusasteraan kanak-kanak, khususnya Buku Bergambar.

Page 13: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Program Lawatan ke SK Kpg. SenariPada 27 Julai 2015 (Isnin), Program Kemasains melangkah setapak lagi dengan mengadakan lawatan ke salah sebuah sekolah angkatnya iaitu SK Kpg. Senari. Lawatan ini merupakan kerjasama dengan Universiti Otago, New Zealand yang ingin merangka kerjasama jangka panjang dengan sekolah berkenaan.

Lawatan disertai oleh dua orang pensyarah dari Universiti Otago, 7 orang pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, 12 orang guru Program Kemasains, seorang pegawai pengantara dan 3 orang urus setia. Selain itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuching Dr. Sulhi turut berbesar hati menyertai program yang diadakan ini.

Fokus lawatan pertama ini adalah untuk meninjau kemudahan yang terdapat di sekolah berkenaan, memantau pengajaran dan pembelajaran Sains dalam kelas, menemu bual guru dan murid mengenai kemudahan dan pembelajaran di sekolah serta mengadakan mesyuarat mengenai kolaboratif jangka panjang IPG Kampus Batu Lintang bersama Universiti Otago, New Zealand.

Pihak Universiti Otago amat berpuas hati kerana lawatan pertama ini telah berjaya mencapai objektif yang dirancang. Dalam mesyuarat yang diadakan, pihak Universiti Otago menyatakan siri kedua lawatan akan diadakan pada hujung tahun 2016 memandangkan pada masa tersebut cuti semester universiti agak panjang. Mesyuarat turut merancang aktiviti yang akan diadakan pada masa tersebut seperti bengkel Hands On mata pelajaran Sains.

Pihak Program Kemasains berharap program seperti ini akan dapat diteruskan dan diperluaskan demi kepentingan dan faedah semua pihak yang terlibat.

Dari belakang: Hj. Awg. Majri bin Awg Rosli(Guru besar SK Kpg Senari), Cik Marina Roxburgh, En. Murugan A/L Mini Ratamun, Professor Dr. David dan Dr. Sulhi (Pegawai Pendidikan Daerah

Kuching).

Sesi PdP Sains bersama guru Kemasains.

Bergambar kenangan bersama peserta lawatan.

Professor Dr. David sedang membincangkan sesuatu bersama PPD Kuching dan GB SK Kpg Senari.

Sesi pengenalan sekolah di Makmal Komputer SK Kpg. Senari.

Page 14: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Sesi Senaman Pagi sebelum memulakan permainan Sains

Membuat ais krim dengan mudah menggunakan konsep Sains. Turut kelihatan, En. Jamiran bin Salam menanyakan sesuatu kepada peserta

hARI PEMBELAJARAN SAINS MELALUI PERMAINAN DAN BENGKEL KAJIAN TINDAKAN 2015

Pada 28 Julai 2015 (Selasa), Program Kemasains di bawah Jabatan Sains IPGKBL telah berjaya mengadakan Hari Pembelajaran Sains Melalui Permainan (Teaching Science Through Games) dan Bengkel Kajian Tindakan bertempat di IPG Kampus Batu Lintang.

Hari Pembelajaran Sains Melalui Permainan melibatkan seramai 115 orang murid darjah 5 dari 7 buah sekolah Program Kemasains. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan besar dan kemudian dibahagikan lagi kepada 3 buah stesen yang menempatkan permainan berasaskan sains. Setiap stesen dikendalikan oleh guru pelatih sains yang bertindak sebagai fasilitator. Aktiviti pada kali ini dimulakan dengan senaman yang dibimbing oleh beberapa orang guru pelatih sains Ambilan Jan 2013 dan Ambilan Jun 2014.

Terdapat 3 sesi dalam stesen kali ini. Di setiap stesen, murid-murid akan diberikan satu permainan berasaskan sains berdasarkan tajuk yang telah dirancang. Sebelum aktiviti dijalankan, peserta diberi taklimat ringkas berkaitan dengan aktiviti, konsep sains yang digunakan dan nilai yang diterapkan.

Sementara itu, 14 orang guru Kemasains terlibat dalam Bengkel Kajian Tindakan yang dikendalikan oleh Encik Yahya Bin Sedik selaku fasilitator. Semasa bengkel

diadakan, guru-guru diberi tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk menulis Kajian Tindakan yang padat dan lengkap. Guru-guru ini turut diberi pendedahan untuk mengenal pasti bahan-bahan yang patut dan sesuai dimasukkan ke dalam setiap kajian tindakan. Kebanyakan guru menyatakan rasa gembira dan puas hati mereka kerana inilah kali pertama mereka membuat Kajian Tindakan mereka sendiri.

Majlis penutupan bermula pada jam 2.00 petang, dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGKBL, Encik Jamiran Bin Salam. Beliau yang turut bersama menyelia aktiviti yang dijalankan menyatakan kegembiraan beliau terhadap penglibatan para peserta dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Pihak penganjur sangat berbesar hati kerana aktiviti pada hari ini turut dihadiri oleh Professor Dr. David dan pembantu beliau Cik Marina Roxburgh dari Universiti Otago, New Zealand yang merupakan faktor utama aktiviti pada hari ini diadakan. Di samping itu, turut hadir memantau aktiviti yang diadakan adalah Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, Dr. Sulhi yang hadir bersama Pegawai Sains dan Matematik Daerah Kuching, Encik Sylvester Roy. Harapan kami agar kerjasama yang telah terjalin ini akan diteruskan untuk faedah pendidikan murid-murid khasnya dan masa depan pendidikan Negeri Sarawak amnya.

Page 15: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Peserta sedang membina kenderaan yang menggunakan kuasa tujahan

Kelihatan En. Roy, Cik Marina, Dr. David dan En Murugan membincangkan sesuatu bersama guru sekolah kemasains

Aktiviti permainan sains di luar dewan. Turut kelihatan Dr. David menguji kemahiran beliau melakukan permainan tersebut

Page 16: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Tarikh : 11 September 2015Tempat : Padang Bola Sepak IPG KBLPeserta : Guru Pelatih PISMP BC/SN Jun 2013 Staf Jabatan PJK, Pelajar PPISMP Agama, Sejarah dan Sains

Tarikh : 26-28 Oktober 2015Tempat : IPG Kampus Batu Lintang Peserta : Pelajar PISMP Ambilan Januari dan Jun 2013 Objektif : Untuk memperkasakan guru-guru dalam memberi sumbangan yang berkesan terhadap peningkatan taraf kesihatan pergigian murid-murid sekolah

AKTIvITI-AKTIvITI JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIhATAN

Program Pendidikan Kesihatan Pergigian KKM & KPM Anjuran Jabatan PJK IPGKBL

Potongan Reben Perasmian Program

Pendaftaran Peserta Karnival

Gambar Bersama Semasa Majlis Penutupan

Permainan Galah Panjang

VIP Untuk Perasmian Program

Doktor Gigi Sedang Memeriksa Gigi Pelajar

Tarikh : 19-20 November 2015Tempat : IPG Kampus Batu LintangPeserta : Pelajar PISMP Ambilan Januari dan Jun 2013Objektif : Memberi kemahiran untuk menghindari dan mengurangkan tingkah laku seksual yang berisiko yang boleh mengakibatkan kehamilan yang tidak

Program PEKERTI

Aktiviti Dalam Kumpulan Sesi Pembentangan Kumpulan Kecil

Permainan Tradisional PISMP Subjek PJM3112

Page 17: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Objektif pelaksanaan program lawatan ilmiah ini adalah untuk:

i. mengetahui prosedur-prosedur yang perlu dilakukan semasa berlaku kebakaran atau kecemasan dan dapat bertindak secara bijak dan rasional. ii. membantu guru-guru pelatih mengetahui akauntabiliti keselamatan bangunan dan garis panduan keselamatan bangunan.iii.. mengetahui cara mengendalikan peralatan pencegahan kebakaran seperti pelbagai jenis alat memadam api dan cara menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bangunan.iv. mendapatkan pengalaman mengenai cara melakukan bantuan mula sekiranya berlaku kecemasan.v. membina ketahanan diri, disiplin diri, bertanggungjawab kepada tugas dan peraturan.

Cenderahati Kenangan Untuk Agensi Luar

Demonstrasi Cara Memadam Kebakaran Kecil

Pensyarah dan Pelajar Membuat Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Lawatan Ilmiah PKE3023E ke Agensi KerajaanJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Peserta-peserta kursus mendengar dengan penuh teliti tentang tip-tip membuat Kek Lapis Sarawak daripada penceramah, Encik Mohamad Yusop bin Drahman

En. Mohamad Yusop bin Drahman sedang melakukan demonstrasi membuat kek buah-buahan kepada peserta-peserta kursus

Kek Buah-buahan yang telah siap dihasilkan oleh para peserta kursus dengan bimbingan penceramah

Kursus Membuat Kek Lapis Sarawak dan Kek Buah-Buahan di Bilik Latihan Blok

Pentadbiran Lama, IPGKBL(18 dan 19 NOvEMBER 2015)

Page 18: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Peserta-peserta Kursus Kepemimpinan Pensyarah, Zon Sabah dan Sarawak tahun 2015 sedang khusyuk mendengar taklimat daripada fasilitator, Dr. Ghazali bin Taib di Bilik Seminar, IPG Kampus Batu Lintang, Kuching

Dr. Ghazali bin Taib dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa sedang menyampaikan ceramah kepada peserta-peserta kursus berkaitan “Kelebihan Kuasa Minda dalam Diri Manusia”

Mantan Timbalan Pengarah, IPG Kampus Batu Lintang, En. Jamiran bin Salam menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Peranan dan Fungsi Tutor

Sebahagian daripada peserta Kursus Pemantapan Peranan dan Fungsi Tutor

Kursus Kepimpinan Pensyarah Zon Sabah & Sarawak Tahun 2015( 18 – 21 OGOS 2015)

Kursus Pemantapan Peranan dan Fungsi Tutor IPG Kampus Batu Lintang, Kuching(2 JULAI 2015)

Sebahagian daripada peserta kursus sedang mengikuti taklimat yang disampaikan oleh fasilitator

Ucapan Perasmian Penutupan Kursus Pensyarah Baharu Fasa 1 dan Pegawai Pengurusan Fasa 2, Zon Sabah dan Sarawak 2015 oleh Yang Berbahagia, Cikgu Bedui bin Une, Pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Kuching

Ucapan alu-aluan daripada Penghulu Kursus, Cikgu Abg Kamaruddin dari IPG Kampus Tun Abdul Razak sempena Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pensyarah Baharu dan Pegawai Pengurusan, Zon Sabah dan Sarawak tahun 2015

Kursus Pensyarah Baharu Fasa 1 & Pegawai Pengurusan Fasa 2, Zon Sabah & Sarawak

di Bilik Seminar, IPGKBL(16-20 November 2015)

Page 19: Buletin Kencana Edisi 2/2015

AKTIvITI-AKTIvITI UNIT PERPUSTAKAAN

Sesi Taklimat oleh Ketua Unit

Unit Perpustakaan menerima kunjungan daripada kumpulan pelaksana termasuk beberapa wakil perpustakaan dari IPG Kampus Ipoh Perak pada 5 Jun 2015 yang lalu. Taklimat ringkas telah diberikan kepada rombongan oleh Ketua Unit Pusat Sumber iaitu Encik Jamu anak Galeh mengenai perkhidmatan yang tersedia di Perpustakaan IPG Kampus Batu Lintang di samping memperkenalkan kemudahan terbaharu seperti self check machine dan book drop machine yang masing-masing ditempatkan di aras bawah dan aras 1.

Seni Kreatif Bersama Prasekolah

Puan Philomena menyampaikan hadiah kepada pemenang

Sesi bergambar bersama selesai aktiviti dijalankan

Pemenang bergambar bersama hadiah yang diterima

Jejak Maklumat Sempena Bulan Merdeka

Sempena Minggu Kemerdekaan, Unit Perpustakaan telah menganjurkan aktiviti Jejak Maklumat Sempena Bulan Merdeka. Aktiviti ini disertai oleh ahli Rakan Pusat Sumber IPG Kampus Batu Lintang. Aktiviti yang dijalankan ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kemerdekaan negara kita. Aktiviti ini di bawah seliaan Puan Philomena Septimus Amit.

Sempena Minggu Kemerdekaan, Unit Perpustakaan telah menganjurkan aktiviti Jejak Maklumat Sempena Bulan Merdeka. Aktiviti ini disertai oleh ahli Rakan Pusat Sumber IPG Kampus Batu Lintang. Aktiviti yang dijalankan ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah kemerdekaan negara kita. Aktiviti ini di bawah seliaan Puan Philomena Septimus Amit.

Pelajar sedang mendengar ceramah yang diberikan oleh Puan Philomena

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 19 November 2015 yang lalu. Encik Jamu anak Galeh dan Puan Philomena Septimus Amit bertindak sebagai penceramah untuk bengkel yang diadakan selama sehari ini. Bengkel ini melibatkan ahli rakan Pusat Sumber IPG Kampus Batu Lintang untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana cara untuk menguruskan Pusat Sumber sekolah dan cara untuk mengkatalog bahan dengan betul bagi melengkapkan diri mereka kepada suasana di alam pekerjaan nanti.

Page 20: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Encik Jamu sedang memberi ceramah Penerangan mengenai rekod katalog Fasilitor sedang menyampaikan kursus

Program Literasi Maklumat

Top Borrower

Kursus Asas Pengkatalogan dan Pengkelasan

Program literasi maklumat untuk program PISMP telah diadakan pada 12 hingga 13 November 2015 manakala bagi program DPLI ambilan November 2015 pada 24 Nov 2015. Antara pengisiannya adalah pengenalan kepada Sumber Elektronik PNM Digital dan juga taklimat perpustakaan seperti kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, pencarian OPAC, peraturan perpustakaan, kategori buku dan lain-lain.

Kursus Asas Pengkatalogan dan Pengkelasan ini telah diadakan selama 2 hari bermula 10 hingga 11 Disember 2015 di Perpustakaan. Seramai 16 orang peserta yang terlibat dalam melakukan proses katalog dari pelbagai jabatan sekitar Sarawak telah menghadiri kursus ini. Puan Philomena Septimus Amit bertindak sebagai fasilitator bagi kursus ini di mana peserta didedahkan kepada asas pengkatalogan dan pengkelasan bahan perpustakaan.

Aktiviti ini dilaksanakan 2 kali setahun. Penilaian dibuat berdasarkan peminjam terbanyak dari 3 kategori iaitu guru pelatih, staf akademik dan staf bukan akademik. Bagi semester 2 tahun 2015, peminjam terbanyak adalah seperti berikut:

KATEGORI

Guru Pelatih

Akademik

Staf

Salasiah Binti Abdul Said

Lee Sung Ping

Abdul Gapar Bin Haji Abu Bakar

JUN-NOVEMBER

Sesi bergambar untuk kenangan bersama Ketua Unit Pusat Sumber Taklimat disampaikan oleh Ketua Unit Pusat Sumber

Pada 16 November yang lalu, pihak perpustakaan telah menerima kunjungan dari IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat dan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu pada 16 dan 19 November 2015 seta Politeknik Kuching Sarawak pada 20 November 2015. Tujuan kunjungan adalah untuk melawat perpustakaan, melihat koleksi, perkhidmatan perpustakaan dan kemudahan terbaharu yang disediakan untuk pengguna

Lawatan dari Panel MQA

Sesi Q&A

Penerangan oleh Ketua Unit Pusat Sumber dan Pustakawan Kanan sedang berlangsung

Lawatan dan pengauditan dari panel MQA ini diadakan pada 17 Oktober 2015. Rombongan panel auditor ini diketuai oleh Puan Rio Sumarni di samping beberapa orang panel auditor yang lain. Lawatan ini bertujuan untuk melihat jumlah koleksi keseluruhan dan judul bahan yang berkaitan dengan subjek PSV dan English di samping subjek-subjek lain. Sebagai penambahbaikan, pihak panel mencadangkan agar kad pintar digunakan untuk mengesan jumlah kehadiran pengguna berbanding dengan cara yang diguna pakai kini.

Page 21: Buletin Kencana Edisi 2/2015

SUKAN ANTARA KAKITANGAN SOKONGAN IPG (SAKSI) SARAWAK/SABAh 2015

Peserta SAKSI dari IPG Kampus Batu Lintang bergambar sebelum sesi motivasi dimulakan

Peserta acara Petanque bersama medal masing-masing (Juara peringkat

kumpulan)

Peserta Acara Renang

Peserta acara Kayak Lelaki dan Wanita bergambar selepas merangkul tempat pertama

Peserta Bola Jaring IPG Batu Lintang diketuai oleh Puan Puspaleela Habibie bergambar selepas diumumkan sebagai pemenang

The Baltec Band yang telah merangkul

Johan bagi pertandingan

Battle of the Band

Bergambar kenangan sebelum sesi Ice

Breaking dimulakan

Biarpun tanpa jersi, pasukan Bola Sepak IPG Kampus Batu Lintang tetap pulang dengan bangganya selepas mendapat Naib Johan

Pada 21-24 November 2015 yang lepas telah berlangsung pesta sukan antara kakitangan sokongan IPG Zon Sarawak (SAKSI) bertempat di IPG Rajang, Bintangor. Sukan yang diadakan sekali setahun ini bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan budaya kerja cemerlang yang menjadi asas kepada peningkatan kualiti produktiviti sesebuah organisasi di samping menjadi landasan untuk meningkatkan amalan budaya hidup sihat dalam kalangan anggota kakitangan sokongan IPG Zon Sarawak secara umumnya. Pada tahun ini, dua buah IPG dari Sabah iaitu IPG Kampus Keningau dan IPG Kampus Kent telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan pesta sukan SAKSI.

Kemeriahan hari pertama pesta SAKSI dimulakan dengan sesi Ice Breaking bertempat di Dewan Seri Rajang. Acara seterusnya ialah Motivasi yang disampaikan oleh Pengarah IPG Rajang, Encik Raymond Gai Panting @ Gaie. Dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai peranan kakitangan kerajaan yang sangat penting dalam membentuk dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka. Beliau memaklumkan bahawa budaya kerja kini menuntut kewajipan dalam kecekapan dan kepantasan melaksanakan tugas. Setiap kakitangan harus ada semangat kekitaan dalam melaksanakan tugasan untuk kecemerlangn organisasi dan seterusnya memberi manfaat kepada pelanggan.

Pesta sukan yang bermula pada petang 22 November 2015 menyaksikan acara tenis, bola jaring dan bola sepak. Pada malamnya, acara ping pong pula dipertandingkan. IPG Kampus Batu Lintang berjaya menjadi johan bagi acara bola jaring dan tenis dan naib johan bagi acara ping pong dan bola sepak.

IPG Kampus Batu Lintang berjaya merangkul johan bagi acara petanque dan ten pin bowling dan naib johan bagi acara badminton dan sepak takraw pada hari kedua.

Dalam acara renang pada hari ketiga, pasukan IPG KBL berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori single perempuan 25m dan tempat ketiga dalam kategori single lelaki 25m dan kategori 25m x 4 berganti-ganti lelaki. Dalam acara Sukan Rakyat, pasukan IPG Batu Lintang berjaya merangkul juara dalam acara kayak lelaki dan wanita, tempat kedua dalam acara lari dalam guni lelaki, tempat ketiga dalam acara perahu darat wanita dan memancing botol. The Baltec Band daripada IPG Batu Lintang pula telah berjaya menjadi Johan dalam Battle of the Band pada tahun ini.

Semoga pesta SAKSI ini akan menjadi wadah bagi staf sokongan untuk merealisasikan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas selain tugas hakiki.

Page 22: Buletin Kencana Edisi 2/2015

KEJOHANAN PIALA PENGARAH PERINGKAT IPG KAMPUS KOTA BHARU KELANTAN TAHUN 2015

LIGA HOKI SARAWAK 2015

IPG Kampus Batu Lintang telah menghantar tiga pasukan kotinjen yang terdiri daripada pasukan bola sepak, bola tampar serta bola jaring untuk menyertai Kejohanan Piala Pengarah peringkat IPG Kampus Kota Bharu Kelantan. Kejohanan tertutup yang hanya terbuka untuk para guru pelatih IPGM dari seluruh negara ini berlangsung selama tiga hari bermula pada 9 Oktober 2015 sehingga 11 Oktober 2015. Kesemua pertandingan ini diadakan secara serentak di gelanggang yang berlainan. Aktiviti yang melibatkan penyertaan antara IPG ini amat bermanfaat untuk pelajar kerana dapat memupuk semangat kesukanan dan sebagai peluang untuk kami merapatkan ukhuwah serta hubungan persaudaraan dengan pelajar dari IPG di seluruh negara.

IPG Kampus Batu Lintang telah menghantar pasukan hoki lelaki dan perempuan ke kejohanan Liga Hoki Sarawak yang merupakan kejohanan hoki terbuka buat julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pemain Hoki Sarawak dari 2 hingga 6 Ogos 2015. Penyertaan kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari sekolah-sekolah dan kelab-kelab hoki sekitar Sarawak. Terdapat 10 pasukan lelaki dan 9 pasukan wanita yang terlibat dalam kejohanan kali ini. Pertandingan kategori wanita diadakan secara 9-sebelah manakala kategori lelaki secara 11-sebelah. Pertandingan kategori wanita adalah secara round robin manakala kategori lelaki secara liga dua kumpulan. Kategori lelaki terbuka bagi kumpulan A dipertandingkan di padang hoki SMK Paku manakala kumpulan B di Stadium Hoki Negeri Sarawak. Berdasarkan prestasi, 4 orang daripada pemain hoki IPGKBL telah terpilih untuk mengikuti Latihan Fasa 1 yang akan dijalankan di IPG Kampus Teknik.

Upacara penyerahan bendera oleh Pengarah IPGKBL kepada En. Amy Dusin, Ketua Unit Kokurikulum

Selamat tiba di IPG Kampus Kota Bharu

Aksi-aksi pemain IPGKBL

Barisan pemain hoki lelaki IPGKBL Barisan pemain hoki wanita IPGKBL

Pasukan bola sepak IPG Kampus Batu Lintang

Page 23: Buletin Kencana Edisi 2/2015

KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA SARAWAK KALI KE-52

PROGRAM COMMUNITY OUTREACH ANJURAN JABATAN SAINS SOSIAL IPG KAMPUS BATU LINTANG DI SK SEJIJAG, SK TEMONG DAN SK TEPUI SERIAN

IPG Kampus Batu Lintang telah menghantar seramai 14 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan sebagai peserta dalam kejohanan Olahraga Terbuka Sarawak Kali Ke-52 yang berlangsung pada 22hb. dan 23hb. Ogos 2015 di Kompleks Sukan SMK Tabuan Jaya Kuching, Sarawak. Peserta Mohd. Hairul Bin Sahib telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dengan mencatatkan ketinggian lompatan 182 meter manakala pasukan kuartet 4x400 meter kategori lelaki terbuka yang terdiri daripada Mohd. Termizi bin Jamain, Kong Pang Soon, Afiq Iskandar bin Ismail dan Jamrah bin Sibin mendapat pingat perak.

Program komuniti ini adalah salah satu projek Corporate Social Responsibility (CSR) yang diterajui oleh Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching. SK Sejijag, SK Temong dan SK Tepoi, Serian dipilih sebagai pusat pelaksanaan program ini berdasarkan keperluan perubahan drastik dalam transformasi struktur dan program akademik yang perlu dicetuskan segera. Program yang bertemakan PENDIDIKAN PEMACU KEPADA PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT ini dijalankan pada 30 November-3 Disember 2015 dengan fokusnya kepada peranan masyarakat dan ibu bapa dalam menjamin kecemerlangan akademik para pelajar yang berterusan. Antara pengisian projek ini adalah menyediakan ruang yang efektif bagi menyemai dan memantapkan persepsi serta penerimaan positif dalam kalangan masyarakat agar sama-sama memikul tanggungjawab bagi memastikan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam pendidikan dan disemai secara berterusan.Beberapa buah agensi dan NGO yang terlibat mempunyai peranan dan sumbangan masing-masing bagi merealisasikan pengisian objektif program ini. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang berperanan sebagai penggerak kepada seluruh pelaksanaan dan penyelarasan projek dengan menyediakan tenaga pakar runding yang terdiri daripada kalangan pensyarah UNIMAS, UKM, DBNA, PPD Serian, IKM Kuching dan IPGKBL untuk setiap sesi ceramah dan motivasi kepada para ibu bapa dan guru. Yang Berhormat Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Awam Sarawak telah berkenan menyempurnakan majlis penangguhan program yang telah diadakan di Dewan Masyarakat Tebedu, Serian.

Mohd. Hairul Bin Sahib mendapat pingat emas dalam acara lompat tinggi lelaki terbuka

Para peserta terdiri daripada ibu bapa, guru dan ketua masyarakat

Encik Charlie Ungang, Penyelaras Program menerima sijil penyertaan bagi pihak Jawatankuasa Pengelola Program daripada YB Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri

Infrastruktur dan Perhubungan Awam Sarawak

Kuartet 4x100 meter berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir

dan mendapat pingat perak

Page 24: Buletin Kencana Edisi 2/2015

Laman Web: http://www.ipbl.edu.myEmel Rasmi: [email protected]