buletin semeba edisi satu 2105

3
Diterbitkan oleh Pusat Sumber SMK Banggi Sejak 2012 |LIDAH RASMI SMK BANGGI Untuk pautan lebih pantas, sila kunjungi Facebook rasmi dengan”like” SMK Banggi Kudat DISIPLIN ASAS KEJAYAAN PT3: Ujian Bertulis : 12,13 dan 15 Oktober Ujian Lisan : Bertutur 4 – 28 Ogos Mendengar 11 Oktober Ujian Pelbagai Instrumen: Geografi 21 Jun – 3 Julai Sejarah 5 Selamat Datang Kepada Guru Baharu SMK Banggi 1. Encik Waltter Ariffin (PK KOKUM) 2. Encik Muhammad Shahir Bin Ghani (UTM) 3. Puan Nur Fahzilah Binti Abdul Ghani (UPSI) Selamat Kembali 1. Ustaz Nazri Ismail Selamat Berpindah 1. Encik Fairuz SMKB IKRAR PERKASAKAN DISIPLIN PELAJAR 12 FEB – ”Disiplin asas kejayaan” itulah kenyataan yang ditegaskan oleh Sub Inspektor Ghulam Mohd Sharif, Ketua Balai Polis Karakit dalam ucapan perasmian Bulan Penghayatan Disiplin SMK Banggi 2015 yang telah berlangsung di Dataran Ilmu. Program yang diadakan serentak dengan Penutupan Kem Kepemimpinan pelajar ini menyaksikan hampir 120 pemimpin pelajar pelbagai jawatan menerima watikah pelantikan rasmi mereka. Program yang dianjurkan oleh Unit Disiplin sekolah ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman warga sekolah berkaitan amalan disiplin dan kod etika pakaian sekolah. Program ini juga mendapat sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Pada majlis yang sama, satu upacara ringkas melantik Ketua Pengawas Sekolah dan timbalannya serta barisan kepimpinan utama Pusat Sumber Sekolah turut diadakan. Untuk makluman, satu sesi jelajah berkaitan peraturan dan disiplin sekolah akan diadakan bertujuan menjelaskan beberapa isu berbangkit kepada komuniti luar. Oleh itu, ibu bapa dan penjaga pelajar diseru memberi sokongan dan memainkan peranan mereka dalam membantu sekolah untuk memperkasakan lagi tahap disiplin sekolah ini . Senarai Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Sekolah 2015 Ketua Pengawas : Razmili Bin Kamsilun Timbalan Ketua : Nur Fidah Binti Albari Setiausaha Kehormat :Norhafizah Binti Abu Bendahari Kehormat :Seidang Binti Basang Buletin SEMEBA edisi Tarikh Rasmi Peperiksaan Awam 2015 INFO2U KELUARAN KHAS SEMPENA BULAN PENGHAYATAN DISIPLIN SMK BANGGI 2015 1 FEBRUARI 2015 HINGGA 10 MAC 2015 |PELBAGAI AKTIVITI DIATUR BAGI MEMPERKASAKAN DISIPLIN SEKOLAH Operasi CANTAS dilaksanakan Unit Disiplin bagi memastikan rambut pelajar lelaki kemas dan menepati Wajah ceria pelajar tingkatan satu pada hari pertama persekolahan setelah sesi persekolahan tahun ini Susana orentasi pelajar tingkatan satu SMKB pada awal Januari. Lebih 200 pelajar telah melaporkan diri CETAKAN PERCUMA EDARAN DALAMAN

Upload: mzulhakimi

Post on 21-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BULETIN BULANAN SEKOLAH

TRANSCRIPT

BULETIN SEMEBA EDISI 1/2014 | LIDAH RASMI SMK BANGGI

KELUARAN KHAS SEMPENA BULAN PENGHAYATAN DISIPLIN SMK BANGGI 2015

1 FEBRUARI 2015 HINGGA 10 MAC 2015 |PELBAGAI AKTIVITI DIATUR BAGI MEMPERKASAKAN DISIPLIN SEKOLAH

Diterbitkan oleh Pusat Sumber SMK Banggi Sejak 2012 |LIDAH RASMI SMK BANGGI

INFO2U

Untuk pautan lebih pantas, sila kunjungi Facebook rasmi denganlike SMK Banggi Kudat

DISIPLIN ASAS KEJAYAAN

PT3:

Ujian Bertulis : 12,13 dan 15 Oktober

Ujian Lisan : Bertutur 4 28 Ogos Mendengar 11 Oktober

Ujian Pelbagai Instrumen: Geografi 21 Jun 3 Julai Sejarah 5 -16 Julai

SPM

Peperiksaan Bertulis : 2 Nov 2 Dis

Operasi CANTAS dilaksanakan Unit Disiplin bagi memastikan rambut pelajar lelaki kemas dan menepati standart amalan disiplin sekolah

6.40 PAGI ADALAH WAKTU PERHIMPUNAN PAGI

WARGA SEKOLAH DIMINTA HADIR LEBIH AWAL DARI MASA TERSEBUT

Selamat Datang Kepada Guru Baharu SMK Banggi

Encik Waltter Ariffin (PK KOKUM)

Encik Muhammad Shahir Bin Ghani (UTM)

Puan Nur Fahzilah Binti Abdul Ghani (UPSI)

Selamat Kembali

Ustaz Nazri Ismail

Selamat Berpindah

Encik Fairuz Bin Ghazali ke SMKA Ranau

Selamat Berkahwin

Puan Fadhilah (20 Mac 2015)

SMKB IKRAR PERKASAKAN DISIPLIN PELAJAR

12 FEB Disiplin asas kejayaan itulah kenyataan yang ditegaskan oleh Sub Inspektor Ghulam Mohd Sharif, Ketua Balai Polis Karakit dalam ucapan perasmian Bulan Penghayatan Disiplin SMK Banggi 2015 yang telah berlangsung di Dataran Ilmu. Program yang diadakan serentak dengan Penutupan Kem Kepemimpinan pelajar ini menyaksikan hampir 120 pemimpin pelajar pelbagai jawatan menerima watikah pelantikan rasmi mereka.

Program yang dianjurkan oleh Unit Disiplin sekolah ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman warga sekolah berkaitan amalan disiplin dan kod etika pakaian sekolah. Program ini juga mendapat sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Pada majlis yang sama, satu upacara ringkas melantik Ketua Pengawas Sekolah dan timbalannya serta barisan kepimpinan utama Pusat Sumber Sekolah turut diadakan. Untuk makluman, satu sesi jelajah berkaitan peraturan dan disiplin sekolah akan diadakan bertujuan menjelaskan beberapa isu berbangkit kepada komuniti luar. Oleh itu, ibu bapa dan penjaga pelajar diseru memberi sokongan dan memainkan peranan mereka dalam membantu sekolah untuk memperkasakan lagi tahap disiplin sekolah ini .

Senarai Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Sekolah 2015

Ketua Pengawas : Razmili Bin Kamsilun

Timbalan Ketua : Nur Fidah Binti Albari

Setiausaha Kehormat :Norhafizah Binti Abu

Bendahari Kehormat :Seidang Binti Basang

Senarai Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2015

Ketua Pengawas : Mohd Shahrizan Bin Amidun

Timbalan Ketua : Noor Aqeela Shazleen Binti Saiful

Timbalan Ketua Dua : Abdu Salin Bin Norsalun

Setiausaha Kehormat : Ratna Binti Ariffin

Bendahari Kehormat : Jahan Binti Tunggu

26 JAN - Peristiwa banjir besar yang berlaku di Pantai timur Semenanjung, Sabah serta Sarawak pada hujung dan awal tahun ini amat memeranjatkan kita semua. Kesan tragedi tersebut mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan khususnya di negeri Kelantan yang terjejas teruk. Menyedari tanggung jawab

BANTUAN BANJIR BUKTI WARGA SMKB PRIHATIN

Tarikh Rasmi Peperiksaan Awam 2015

KEM KEPEMIMPINAN PELAJAR

MEMBANTU PELAJAR MENJANA POTENSI DIRI

6 FEB Kem Kepemimpinan Pelajar anjuran Unit KBimbingan dan Kaunseling telah diadakan dengan jayanya selama tiga hari dua malam. Aktiviti tahunan tersebut telah diisi dengan pelbagai modul yang menjurus kea rah pebentukan sahsiah diri pemimpin pelajar. Peserta turut didedahkan dengan pelbagai teknik komunikasi, penganjuran program, pentadbiran tugas dan ketahanan diri sepanjang program berlangsung. Menrut Ketua Guru Disiplin Sekolah, Encik Hanafi, program tersebut dianggap Berjaya kerana menerima respon yang positif dari peserta. Apa yang diharapkan, peserta menggunakan kemahiran yang diajar untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan adil, cekap dan tertib. Ujarnya mengakhiri ucapan.

KEPUTUSAN RASMI FUTSAL PIALA PENGETUA 2015

Juara : North Team

Piala Pusingan, Piala Iringan, Wang Tunai RM 1000

Naib Juara : SEMEBA A

Piala Iringan, Wang Tunai RM 500

Tempat Ketiga: ESSCOM

Pila Iringan, Wang Tunai RM 300

Tempat Keempat : ESSZONE

Wang Tunai RM 150

Pemain Terbaik

Encik Yaser (North Team)

Pasukan Terbaik

(Molbog B)

Penjaring terbanyak

Encik Din (Garuda)

YOUR TITLE HERE

SIDANG REDAKSI PENERBITAN

Penaung :Encik Rahim Bin Awang

Penasihat:Encik Killy Bin Otahlahid

Pengerusi:Encik Mohd Zulhakimi Bin Zulkepli

Timbalan

Pengerusi :Encik Irwan Huzen Bin Ahmad Sapawi

Sudah menjadi kelaziman, Sukan Bola Tampar menjadi sukan kebanggaan wakga sekolah namun fenomena ini berubah pada 2014 apabila permaianan Futsal menjadi pilihan pelajar dan komuniti setempat untuk dimainkan pada sebelah petang. Menyedari hal berkenaan, pihak sekolah telah menganjurkan pertandingan futsal piala pengetua smk banggi tahun 2015. 16 kumpulan beradu tenaga dan kemahiran bagi muncul juara pertandingan tersebut. Program ini berlangsung selama tiga hari bermula 13 sehingga 15 Februari 2015dan dianjurkan dalam suasana meriah dan penuh semangat kesukanan. Pengetua SMK Banggi telah sudi hadir bagi merasmikan pembukaan dan penutup pertandingan tersebut yang diadakan di Dataran Ilmu. Seoarang peserta yang ditemui berharap pertandingan sebegini akan dianjurkan setiap tahun dalam merapatkan lagi hubungan sekolah dengan komuniti luar. Piala pusingan yang diperkenalkan tahun ini adalah sumbangan individu persendirian yang turut mengambil bahagian dalam acara tersebut. Hadiah wang tunai dan piala iringan menjadi tarikan utama pertandingan tersebut

FUTSAL SUKAN RASMI BAHARU SMK BANGGI

PIALA PENGETUA MENJADI REBUTAN, HADIAH LUMAYAN

sosial yang perlu dipikul bersama, Kelab Staf dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah telah menjalankan kutipan derma bagi membantu mangsa banjir. Sebanyak RM 700 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan warga sekolah dan ia akan disalurkan melalui tabung amanah yang telah ditubuhkan.

FAKTA NOMBOR

Seramai 120 pelajar telibat dalam kem kali ini

MINGGU MATEMATIK MERIAH DAN RANCAK

Pelbagai aktiviti dijalankan oleh Panitia Matematik untuk menarik minat pelajar terhadap subjek tersebut. Baru-baru ini, satu minggu Matematik dan Bijak Sifir diadakan bagi meningkatkan penguasaan pelajar tehadap subjet itu. Antara pertandingan yang dijalankan adalah mengira sifir secara congak, kursus asas kalkulator, penyelesaian masalah di perhimpunan pagi, mencari harta karun dan sebagainya. Mengikut Ketua Panitia, Puan Siti Mariah, sambutan yang diterima amat baik dan kerjasama antara ahli panitia juga amat membanggakan. Hadiah yang ditawakan untuk program ini

termasuklah kalkulator saintifik

dan pelbagai alat tulis sebagai

insentif penyertaan.

PENGAGIHAN BANTUAN RM 100 DAN KWAPM

Satu Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 1Malaysia telah diadakan baru-baru ini bertempat di sekitar kawasan sekolah. Bantuan tahunan kerajaan berjumlah RM 100 setiap pelajar disalurkan bertujuan membantu ibu bapa bagi membiayai keperluan persekolahan yang kian meningkat dewasa ini. Selain itu, bertempt di Dewan Santapan Asrama juga berlangsung majlis ringkas penyerahan wang KWAPM yang disempurnakan oleh Kaunselor Sekolah, Encik Dixon Magusun. Penerima kedua-dua bantuan tersebut diingatkan untuk menggunakan wang dengan bijak dan mengutamakan bantuan tersebut untukpersekolahan

KOPERASI BERALIH KE LOKASI BAHARU

Koperasi SMK Banggi Berhad telah berpindah secara kekal ke lokasi baharu bagi memberi laluan pengubahsuaian bilik guru bagi menampung pertambahan bilangan guru yang ada sekarang. Kapasiti bilik berkenaan akan bertambah dengan proses pengubahsuaian bilik tersebut. [ihak koperasi juga akan melancarkan penjenamaan semula entiti berkenaan sejajar dengan peredaran zaman. Satu majlis pengenalan wajah baru koperasi akan diadakan pada sambutan Hari Koperasi Sekolah pertenghan Jun ini. Sehala kesulitan yang timbul ekoran perpindahan ini diharap tidak melunturkan warga sekolah untuk terus menyokong koperasi kita ini untuk terus maju.

AKTIVITI SEHINGGA APRIL 2015

Sukan Majlis Sekolah-Sekolah Daerah Kudat

Bulan Bahasa SMK Banggi

Safari Solat 2015

Pameran Buku PSS

Sesi Fotografi Kelas-Kelas

Pameran AADK

Sesi Permaufakatan Disiplin

Radio SMKB FM

Kejohanan Futsal Pelajar SMKB

Kempen Denggi Membunuh!

Dan pelbagai program yang akan dimaklumkan kemudian.

PIC

Buletin SEMEBA edisi 1/2015 |Jan-Feb

Penasihat Bahasa :Puan Nur Azlina Binti Hamid

Jurugambar : Encik Nur Azrin dan Encik Mohd Zafri

Unit Online :Encik Khairul Nizam dan iCT BAY

Wartawan :Pengawas Pusat Sumber

Edaran : Team Kelab Pusat Sumber

Media Rasmi : SMKB FM (Radio Rasmi Sekolah)

Mulai 23 Februari 2015, proses peminjaman buku di PSS akan menggunakan teknologi SCAN BAR CORD. Oleh itu, pelajar yang ingin meminjam buku perlu membawa kad I-SCHOOL yang telah dibekalkan oleh sekolah. Sebarang masalah berkaitan kad tersebut, sila rujuk guru kelas anda.

Wajah ceria pelajar tingkatan satu pada hari pertama persekolahan setelah sesi persekolahan tahun ini ditangguhkan selama seminggu.

Susana orentasi pelajar tingkatan satu SMKB pada awal Januari. Lebih 200 pelajar telah melaporkan diri sebagai warga baru sekolah ini.

CETAKAN PERCUMA

EDARAN DALAMAN

Piala pusingan yang menjadi rebutan 16 pasukan

PIALA PENGETUA

2015

2