mot buletin edisi 8

2
1 Edisi 8 Jangan sesiapa berfikir kita telah sampai ke penghujung jalan.Kemerdekaan memanglah sesuatu yang penting dalam sejarah kita tetapi ia hanyalah permulaan kepada usaha baru dan berdaulat. #Info Psikologi Sempena Hari Kebangsaan negara yang ke-61, MOT telah memulakan kempen kibar jalur gemilang dikalangan warga sebagai tanda cintakan negara dan sayangkan Malaysia pada 17 Ogos 2018 yang lalu. Majlis serba ringkas namun begitu bermakna itu dihadiri oleh semua warga MOT dan pengurusan tertinggi kementerian. Majlis turut diserikan dengan YB Menteri dan YB Timbalan Menteri yang turut memasang bendera di semua kenderaan rasmi pejabat pada majlis itu. Selain daripada itu juga, warga kementerian turut menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-61 dengan bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik dan lagu kebangsaan serta kemerdekaan bagi menyuntik semangat cintakan Malaysia sewaktu Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2018 serta Majlis Meraikan Hari Kebangsaan peringkat MOT 2018 bersama-sama YB Menteri dan Seluruh pengurusan MOT. Dalam nada yang sama, satu video pendek khas keselamatan jalan raya bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang menampilkan YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia telah dihebahkan dan disiarkan melalui platform-platform media massa dan media sosial. Video tersebut boleh ditonton melalui pautan berikut: https://www.you- tube.com/watch?v=OsUJhHkT8ws BULETIN MOT Ogos 2018 Edisi M e r d e k a Warga MOT semarakkan semangat cintakan tanah air

Upload: others

Post on 22-Oct-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOT BULETIN Edisi 8

1

Edisi 8

Jangan sesiapa berfikir kita telah sampai ke penghujung jalan.Kemerdekaan memanglah sesuatu yang penting dalam sejarah kita tetapi ia hanyalah permulaan kepada usaha baru dan berdaulat.

#Info Psikologi

Sempena Hari Kebangsaan negara yang ke-61, MOT telah memulakan kempen kibar jalur gemilang dikalangan warga sebagai tanda cintakan negara dan sayangkan Malaysia pada 17 Ogos 2018 yang lalu. Majlis serba ringkas namun begitu bermakna itu dihadiri oleh semua warga MOT dan pengurusan tertinggi kementerian. Majlis turut diserikan dengan YB Menteri dan YB Timbalan Menteri yang turut memasang bendera di semua kenderaan rasmi pejabat pada majlis itu.

Selain daripada itu juga, warga kementerian turut menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-61 dengan bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik dan lagu kebangsaan serta kemerdekaan bagi menyuntik semangat cintakan Malaysia sewaktu Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2018 serta Majlis Meraikan Hari Kebangsaan peringkat MOT 2018 bersama-sama YB Menteri dan Seluruh pengurusan MOT.

Dalam nada yang sama, satu video pendek khas keselamatan jalan raya bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang menampilkan YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia telah dihebahkan dan disiarkan melalui platform-platform media massa dan media sosial. Video tersebut boleh ditonton melalui pautan berikut: https://www.you-tube.com/watch?v=OsUJhHkT8ws

BULETINMOT

Ogos 2018

Edisi Merdeka

Warga MOT semarakkan semangat cintakan tanah air

Page 2: MOT BULETIN Edisi 8

World Maritime Day (WMD) merupakan satu inisiatif oleh Pertubu-han Maritim Antarabangsa (IMO) untuk mengangkat dan menghar-gai peranan komuniti dan sektor yang relevan dalam industri maritim. Objektif utama WMD adalah untuk menggalakkan kerjasa-ma antara sektor swasta dan kerajaan, terutamanya menerusi penglibatan berterusan, pertukaran idea dan maklumat bagi menangani cabaran industri maritim semasa dan masa depan. Ini adalah penting dalam mengekalkan dasar pengangkutan maritim Kebangsaan untuk sumbangan yang berterusan dan diperkuat untuk pertumbuhan mampan Malaysia.Tema bagi sambutan WMD pada tahun ini yang dipilih oleh Ahli Majlis IMO adalah “IMO 70: OUR HERITAGE - BETTER SHIPPING FOR BETTER FUTURE". Ini amat bertepatan dengan ulang tahun ke-70 IMO pada tahun 2018 sejak Konvensyen Pertubuhan ini mula diterima pakai.YB Dato 'Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan telah merasmikan WMD tahun ini pada 6 Ogos 2018 yang lalu di mana sambutan kali ini menyaksikan lebih daripada 600 peserta dan tetamu menghadiri perayaan hari ini. Dalam ucapannya, YB Timbal-an Menteri menyatakan bahawa beliau sangat percaya Hari Maritim Dunia adalah penting sebagai platform untuk rangkaian dan berkongsi pengalaman untuk membentuk masa depan maritim global.Bersempena dengan sambutan Hari Maritim Sedunia tahun ini, sejumlah 4 anugerah telah diberikan kepada penerima yang telah banyak menyumbang kepada sektor maritim di Malaysia.Pelbagai aktiviti sampingan juga turut dijadualkan sepanjang Minggu Maritim Dunia 2018 termasuk pameran informatif daripada pelabuhan-pelabuhan, syarikat perkapalan, cabutan bertuah, dan kejohanan golf. Sementara itu, Acara Paralel yang bersempena dengan Minggu Maritim Dunia 2018 adalah Seminar Kawalan Negeri Pelabuhan ke-26 yang berlangsung di Langkawi, Boling Maritim Dunia di Sunway Lagoon, Hari Terbuka Rumah Api Dunia di Segenting, Batu Pahat, Johor dan Larian Maritim Dunia di Putra-jaya.

Pada 27 Ogos 2018, YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia telah mempengerusikan Majlis Pengangkutan Negara buat pertama kali bagi tahun 2018. Majlis ini dibentuk untuk membin-cangkan pelbagai isu berkaitan pengangkutan di seluruh negara. Majlis ini merupakan platform untuk menyelaras, membincangkan dan menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan masalah pengangkutan baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri dengan penglibatan semua kerajaan negeri, pelbagai kemen-terian dan agensi di seluruh negara.Peranan Majlis ini termasuk antara lain bertindak untuk menasihati kerajaan berhubung pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan pengangkutan; isu pengawalan ke atas pembangunan infrastruktur pengangkutan untuk memastikan sistem pengangkutan yang selamat dan efisien; mengenal pasti dan menyelesaikan isu kesela-matan, sekuriti dan kecekapan pengangkutan awam termasuk industri pelabuhan dan penerbangan; serta menyelaras dan menyelesaikan isu-isu berbangkit di kalangan badan-badan kawal selia, sektor swasta dan juga pihak berkaitan dengan sektor pengangkutan.Mesyuarat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ini telah dihadiri oleh semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang bertanggungjawab dalam portfolio pengangkutan serta beberapa pegawai kanan kementerian dan agensi yang berkaitan.

World Maritime Day 2018

Majlis Pengangkutan Negara

2