buletin kencana edisi 2/2014

32
1

Upload: dangthuy

Post on 23-Dec-2016

287 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Kencana Edisi 2/2014

1

Page 2: Buletin Kencana Edisi 2/2014

2

SENARAI KANDUNGAN

PESANAN PENGARAHIPG KAMPUS BATU LINTANG

SIDANG REDAKSIPENASIHATPengarah IPGKBLTuan Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamden

Timbalan Pengarah IPGKBL Encik Jamiran bin Salam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur Alhamdulillah kerana kita masih berupaya menyemarakkan kesinambungan panorama sejarah perkembangan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) melalui Buletin Kencana keluaran kedua tahun 2014.

Kesinambungan Buletin Kencana secara keluaran dwitahunan IPGKBL telah banyak merakamkan peristiwa penting untuk dikongsikan bersama tentang segala pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dilalui sepanjang semester 2 tahun lepas. Pengalaman bermakna dan pencapaian IPGKBL itu dapat dijadikan asas untuk kita membuat refleksi terhadap amalan kerja dan semangat berpasukan dalam kalangan staf kita bagi menambah baik amalan profesional dan kualiti perkhidmatan secara berterusan.

Selaras dengan misi IPG untuk melahirkan guru kompeten dan berjiwa pendidik, IPGK Batu Lintang telah bergerak dengan rancak melalui pelbagai aktiviti yang direncanakan dan aktiviti tambahan melewati batas pro forma kursus. Program-program tersebut dapat membantu memantapkan proses pembangunan insan guru, meluaskan pengalaman pelajar IPG, memantapkan proses pengantarabangsaan, perkongsian pintar dan strategi kolaboratif. Selain itu, program yang dilaksanakan dapat memupuk nilai tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar dan staf IPGKBL.

Berteraskan perancangan strategik IPGKBL, kita memberikan fokus utama kepada kualiti pelaksanaan kurikulum pendidikan dan latihan guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan agar menepati standard kualiti Malaysia Qualification Accreditation (MQA) dan MS ISO 9001:2008. Namun demikian, kita sentiasa memperkukuh kapasiti dalaman khususnya sumber manusia dengan meningkatkan aktiviti pembangunan profesionalisme berterusan (CPD) di samping memberikan khidmat sokongan dan profesional (konsultansi) dalam bidang pendidikan kepada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, agensi-agensi kerajaan dan masyarakat amnya. Dalam strategi pengantarabangsaan, IPGKBL juga telah berjaya menganjurkan aktiviti pada peringkat antarabangsa iaitu International Conference on Action Research in Education dengan kerjasama PROFES. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama erat dengan pihak penaja luar sama ada agensi kerajaan mahupun swasta berteraskan kepercayaan dan sumber kewangan yang diberikan untuk aktiviti-aktiviti tersebut. Saya percaya bahawa kejayaan dan kecemerlangan yang kita capai merupakan hasil komitmen tinggi dan kerjasama padu dalam kalangan warga IPGKBL serta dokongan iklim kerja yang harmonis.

Akhir kata, saya berharap agar segala perencanaan dan komitmen untuk melonjakkan kecemerlangan IPGKBL dapat diteruskan hingga peringkat antarabangsa agar selari dengan visi IPG ke arah peneraju kecemerlangan pendidikan guru.

Sekian.

PENGERUSIKetua Jabatan Pengajian Melayu Encik Abdul Malek bin Mohd. Tahir

PENYELARAS/EDITORPensyarah Jabatan Pengajian Melayu Puan Tay Meng Guat

JURUGAMBAREncik Alexander Tow

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKANBAHASA MELAYU TAHUN 2014

3

5

4

6

6

7

7778889

10

10

11

11

12

12

13

15

15

1617

17

19

20

202121

22

23

25

26

27

28

28

2929

PESTA TEATER KANAK-KANAK ANTARA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ZON SARAWAK TAHUN 2014

ANUGERAH KHAS PENGARAH 2014

Aktiviti Eksplorasi Bahasa di Sekolah Kebangsaan Laksamana

SAMBUTAN BULAN BAHASA MELAYU TAHUN 2014

KURSUS PENULISAN PANTUN DALAM CERITABASKINGPAMERAN LITERASI BAHASA DI IPG KTARPERMAINAN BAHASA

“11th International Dance For Humanity” Acara 11th Borneo Cultural Festival“Kuching City Day Parade” MALAM MUZIKAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Kelab Capoeira IPG Kampus Batu Lintang

Kelab Renang IPG Batu Lintang

KARNIVAL KOKURIKULUM IPG KAMPUS BATU LINTANG TAHUN 2014Kejohanan Festival Futsal IPG 1Malaysia 2014 Peringkat KebangsaanKejohanan Bola Keranjang Piala Pengarah IPG

Kejohanan Bola Jaring Kali ke-3 Jemputan IPG Kampus Raja Melewar, Seremban

Karnival Aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum (KAGUM) Unit Beruniform 2014 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

Kejohanan Ragbi Sentuh Terbuka Konvensyen UNIMAS 2014Kejohanan Hoki antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Aktiviti Perpustakaan Semester 2/2014Kursus Asas Grafik Berdigital

Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Sains serta Pameran SainsProgram Interaktif Sains Anjuran Program KEMASAINS 2014Aktiviti Unit Pengajian Cina, IPG Kampus Batu LintangCeramah P&P MengarangHadiah Krismas untuk SK Uma SambopKarnival Kesenian, Kebudayaan dan Pameran Pendidikan KhasAktiviti-aktiviti Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme KeguruanInternational Conference on Action Research in EducationPelaksanaan Aktiviti Pengisahan SejarahLaporan Program “Community Outreach 2014”

Life in the Jungle-A Ballet,pementasan semula pada Ogos 2014

International Conference on Economics, Education and Humaities (ICEEF’14)

Persembahan Koir Sempena Majlis Sambutan Hari Wanita Tahun 2014

CHILDREN’S DRAMA 2014The Creative Teacher Showcase

Page 3: Buletin Kencana Edisi 2/2014

3SETUNTAS BICARA MENELUSURI KENCANA DARI PENGERUSI PENERBITAN Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(PISMP) Bahasa Melayu Ambilan Januari 2011 telah membentangkan hasil kajian dalam Prosiding Penyelidikan Tindakan 2014 bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah.

Seminar ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Oktober 2014 bertempat di Hotel Grand Continental Kuching, dengan disertai oleh 20 orang guru pelatih pengajian Bahasa Melayu semester 8 dan tiga orang pensyarah Pengajian Melayu sebagai panel penilai yang terdiri daripada Dr Zainal bin Masleh, Dr Hasnalee bin Tubah dan Puan Tay Meng Guat.

“Penyelidikan Tindakan Pemangkin Inovasi dalam Pendidikan” dipilih sebagai tema prosiding penyelidikan tindakan ini. Tema ini dipilih selaras dengan hasrat kerajaan yang dinyatakan dalam PPPM bagi melahirkan modal insan yang kompeten, berdaya saing, berfikiran kreatif dan kritis serta berinovasi tinggi. Oleh itu,

penyelidikan tindakan diharap dapat membawa perubahan baharu untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.

Kesemua hasil Kajian guru pelatih ini akan dibukukan dalam Prosiding Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2011.

Majlis penutupan dirasmikan oleh Tuan Haji Awang Hambali

bin Awang Hamdan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang dan turut dihadiri

oleh Encik Abdul Malek bin Mohd Tahir, Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Batu Lintang. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa pelajar institut perlu sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi cabaran masa hadapan sebagai pembentuk modal insan yang seimbang dan bersepadu dari aspek JERIS selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKANBAHASA MELAYU TAHUN 2014

Sebagai sebuah institut pendidikan dan latihan guru, kita bukan sahaja memberikan penekanan kepada proses penyampaian ilmu dan kemahiran keguruan malahan kita berusaha memberikan pengalaman langsung kepada pelajar meneroka pengalaman baharu dalam situasi sebenar dalam kehidupan masyarakat. Pelajar dibawa terlibat bersama dalam aktiviti pada peringkat antarabangsa sama ada dalam pengurusan mahupun pembentangan kertas kerja. Pelbagai ilmu dan kemahiran diperoleh seperti kemahiran sosial atau soft skills, pengurusan, kepemimpinan di samping menguji daya tahan, daya saing dan ketrampilan bakal-bakal guru kita. Tujuan kita memberikan pendedahan dan peluasan pengalaman kepada pelajar supaya mereka cukup bersedia menghadapi cabaran tugas guru apabila ditugaskan di sekolah sama ada di bandar, luar bandar mahupun di kawasan pedalaman.

Tahun 2014 merupakan ulang tahun ke-66 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Oleh itu, pelbagai acara penting telah disisipkan dalan atur cara bagi menyemarakkan sambutan tersebut terutamanya pada semester 2. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di IPGKBL seperti Seminar Penyelidikan Tindakan, Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, Malam Muzikal Khas Sambutan Ulang Tahun Ke-66 IPGKBL, Karnival Kokurikulum, Aktiviti-aktiviti Perpustakaan, Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Sains serta Pameran Sains, Karnival Kesenian, Kebudayaan dan Pameran Pendidikan Khas peringkat negeri Sarawak, Aktiviti-aktiviti Pengisahan Sejarah, dan Pameran Seni Visual. IPGKBL juga telah berjaya menganjurkan Pesta Teater Kanak-Kanak Antara IPG Kampus Zon Sarawak dan mengadakan persembahan drama kanak-kanak, “Trick or Treat” dan “Bubble, Bubble, Rainbow in Trouble”.

Dalam meneroka laluan pengantarabangsaan, IPGKBL telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti “Borneo Cultural Festival”, “International Dance For Humanity”, dan “International Conference on Action Research in Education (iCARE). Selain itu, seorang pelajar kita PISMP TESL ambilan Januari 2011 telah berjaya menerima “MELTA Malachi Edwin Creative Student Teacher Showcase Gold Award” dalam International Asia TEFL Conference pada 28-30 Ogos 2014.

Kejayaan dan pencapaian cemerlang institut ini merupakan manifestasi kesepaduan usaha warganya dan sokongan serta komitmen tinggi pihak pengurusan atasan dalam membuka ruang dan peluang untuk setiap stafnya memberikan sumbangan ke arah melonjakkan kegemilangan IPGKBL secara berterusan.

Semoga pencapaian cemerlang IPGKBL akan berterusan dan terbilang dalam bidang pendidikan guru dan peta dunia.

Page 4: Buletin Kencana Edisi 2/2014

4Penerima Anugerah Khas Pengarah bersempena dengan Majlis Citra Khidmat tahun 2014 ialah En. Jamiran bin Salam, Timbalan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Kuching. Beliau mula bertugas sebagai Timbalan Pengarah di institut ini pada February 2012. Pemilihan beliau sebagai penerima anugerah ini berdasarkan kredibiliti kepemimpinan dalam membina landskap baharu perancangan strategik IPGKBL yang lebih dinamik dalam merealisasikan visi dan misi IPGM. Selain itu, sumbangan dan kebersamaan beliau dengan staf dalam setiap urusan kerja dan aktiviti institut bertindak sebagai pemangkin untuk mencapai objektif IPGKBL. Rangkaian hubungan yang baik dengan pihak kerajaan negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta institusi-institusi pendidikan memberikan kemudahan kepada beliau untuk merencanakan program yang boleh memberikan impak tinggi kepada pendidikan dan pembinaan insan guru, pembangunan pendidikan dan khidmat sosial di negeri Sarawak. Di samping itu, beliau juga telah banyak menggerakkan aktiviti pengantarabangsaan IPGKBL seperti International Conference of Learning Through Games (iCoLT), International Conference on Action Research in Education (iCARE), International Dance For Humanity, Borneo Cultural Festival, dan pembentangan kertas kerja oleh beberapa orang pensyarah pada peringkat antarabangsa. Harapan beliau agar IPGKBL dapat terus memainkan peranan penting dalam melonjakkan kecemerlangan institut pendidikan guru dan melakar nama pada peta dunia.

En. Jamiran sedang menerima Anugerah Khas Pengarah 2014 daripada Pengarah IPGKBL

En. Jamiran memberikan ceramah,“TheTotal Strategic Planning“ kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam program Transformasi Daerah, PPD Mukah

En.Jamiran bersama dengan KJ JPM dan ikon masyarakat Penan bersempena dengan Majlis Anugerah “High Perforfamce Team“ peringkat negeri Sarawak di BCCKPembentangan “The Strategic Planning“ IPGKBL

kepada Tuan Rektor dan rombongan

ANUGERAH KHAS PENGARAH 2014

Page 5: Buletin Kencana Edisi 2/2014

5

IPG Kampus Batu Lintang telah diberi mandat dan kepercayaan untuk mengendalikan Pesta Teater Kanak-kanak Antara Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Sarawak pada tahun 2014 yang berlangsung dari 8-10 Oktober 2014 di Auditorium TAZA, IPG Kampus Batu Lintang. Aktiviti ini merupakan salah satau aktiviti bagi melonjakkan lagi program Memartabatkan Bahasa Melayu di samping memberi kefahaman dan kesedaran baharu terhadap fungsi bahasa Melayu. Pihak IPGM telah memberi cabaran kepada kami IPGK zon Sarawak untuk mengadakan satu program yang dapat mendukung perjuangan MBM ini. Semua wakil IPGK zon Sarawak bersetuju mengadakan pesta teater kanak-kanak yang diterajui oleh IPGK Batu Lintang selaku tuan rumah (pengelola) dengan sokongan dan kerjasama pihak IPGM, KPM terutamanya dari segi khidmat nasihat dan pembiayaan atau peruntukan kewangan.

Pesta teater kanak-kanak amat sesuai diadakan bagi menterjemahkan hasil Bengkel Teater Kanak-Kanak yang dihadiri oleh pensyarah-pensyarah IPGK Zon Sarawak pada 28-30 April 2014 di Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak, Samarahan anjuran ASWARA, Kuala Lumpur. Pesta Teater Kanak-Kanak antara Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Sarawak ini dapat memberi ruang dan peluang kepada pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mengaplikasikan ilmu dan kemahiran berkomunikasi bahasa Melayu, menyedari bakat dan potensi diri bagi membangunkan ketrampilan personaliti dan berkongsi pelbagai corak pengalaman alam kanak-kanak . Hasil dari

penerokaan pengalaman itu, mereka akan mendapat kefahaman baharu bagi memantapkan lagi keupayaan mereka untuk menjadi guru khasnya guru bahasa Melayu yang cekap, berkesan dan berwibawa.

Antara objektif pesta teater kanak-kanak ini adalah untuk • memberi pendedahan kepada para peserta menerokai ilmu dan kemahiran berkomunikasi dan meningkatkan

keyakinan diri dengan penampilan di hadapan khalayak melalui teater.• memantapkan potensi diri dan bakat dalam seni lakon khususnya menerokai alam kanak-kanak melalui teater yang

boleh memberi nilai tambah kepada kompetensi guru yang berjiwa pendidik.• memperluas pengalaman pelajar secara kolaboratif melalui aktiviti teater dan ini juga sesuai dengan amalan

Budaya Estetika (Dimensi 7 Budaya IPG) iaitu menghargai nilai kecantikan, keindahan seni dan karya serta keindahan kebudayaan dan bangsa.

• memperkukuh jaringan kerja dan persahabatan profesional antara IPGK zon Sarawak khususnya dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui aktiviti perkembangan teater kanak-kanak di Sarawak.

Berikut merupakan keputusan pertandingan setelah bertarung selama dua hari di Auditorium TAZA dengan dihakimi oleh lima orang pengadil yang memang profesional dalam bidang teater.

Johan : Pasukan IPG Kampus Tun Abdul RazakNaib Johan : Pasukan IPG Kampus Batu LintangTempat Ketiga : Pasukan IPG Kampus RajangTempat Keempat : Pasukan IPG Kampus SarawakSkrip Terbaik : IPG Kampus Tun Abdul RazakPengarah Terbaik : IPG Kampus Tun Abdul RazakKostum Terbaik : IPG Kampus RajangPelakon Lelaki Terbaik : IPG Kampus Tun Abdul razak Pelakon Wanita Terbaik : IPG Kampus Batu LintangPembantu Pelakon Lelaki Terbaik : IPG Kampus Batu LintangPembantu Pelakon Wanita Terbaik : IPG Kampus Tun Abdul Razak

PESTA TEATER KANAK-KANAK ANTARA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ZON SARAWAK TAHUN 2014

Page 6: Buletin Kencana Edisi 2/2014

6

Bersempena dengan Bulan Bahasa peringkat IPG Kampus Batu Lintang tahun 2014, Jabatan Pengajian Melayu telah menganjurkan aktiviti Eksplorasi Bahasa di Sekolah

Kebangsaan Laksamana, Kuching pada 13 Ogos 2014. Penyelaras aktiviti ini ialah Tn. Hj. Zulkifli bin Hj. Baharin dan Pn. Tay Meng Guat dengan bantuan pelajar kumpulan PISMP (PK 1 dan 2) ambilan Jun 2013. Tema utama aktiviti ini ialah bahasa, iaitu media terbaik yang perlu dikuasai oleh setiap individu dalam komunikasi sosial. Aktiviti ini merupakan salah satu pendedahan yang baik kepada para murid sekolah dan pelajar institut dalam menajamkan kemahiran mereka dalam berbahasa Melayu. Di samping itu, pelajar juga dapat menjadikan platform ini sebagai langkah permulaan bagi mempelajari cara-cara mencipta aktiviti bahasa yang dapat digunakan sebagai bahan pengajaran di dalam kelas apabila mereka menjadi guru kelak.

Matlamat program ini adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan dengan kemampuan merancang dan mengendalikan aktiviti dalam kalangan pelajar untuk merealisasikan segala ilmu yang telah dipelajari di dalam kelas.

Antara objektif aktiviti ini adalah untuk:

i. memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori dan mempraktikkan kemahiran dalam mengendalikan sesuatu aktiviti

ii. memberikan peluang kepada pelajar meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri dalam perancangan dan pengurusan sesuatu aktiviti

iii. melatih pelajar untuk memupuk sikap toleransi dan bertanggungjawab

iv. mewujudkan kerjasama erat antara pihak institut dengan sekolah

Seramai hampir 100 orang murid kelas tahun 4, 5 dan 6 sekaolah berkenaan telah turut serta dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti mencipta pantun, silang kata, cipta perkataan, teka simpulan bahasa, dan permainan telefon berkarat. Aktiviti berakhir dengan persembahan kumpulan. Sambutan daripada pihak sekolah dan penglibatan murid-murid amat menggalakkan. Mereka amat berpuas hati dan memohon agar program ini diteruskan lagi pada masa akan datang. Dengan mengendalikan aktiviti seperti ini juga, akan wujud hubungan dan kerjasama antara IPG Kampus Batu Lintang dengan pihak luar bagi memenuhi tanggungjawab korporat sosial institut. Diharapkan agar segala ilmu dan pengalaman serta kemahiran yang diperoleh dapat membantu pelajar institut dalam menghadapi dunia pendidikan masa depan yang penuh dengan pelbagai cabaran transformasi.

Berikut ialah keputusan pertandingan:Tempat pertama: Kumpulan OrenTempat kedua: Kumpulan PutihTempat ketiga: Kumpulan MerahSagu hati: Kumpulan Biru, Kumpulan Hijau dan Kumpulan Jingga

Aktiviti Eksplorasi Bahasa di Sekolah Kebangsaan Laksamana

Bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu telah mengadakan sambutan Bulan Bahasa Melayu pada bulan September dan Oktober

2014. Tema Sambutan Bulan Bahasa Melayu 2014 peringkat IPGKBL ialah Bahasa dan Sastera Tuturan Rasa, Budaya dan Seni Cerminan Diri.

Pelbagai aktiviti berbentuk kebahasaan, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan telah dirancang dan dikendalikan sepanjang tahun 2014 sebagai pengisian Sambutan Bulan Bahasa Melayu 2014. Antara aktiviti yang diadakan ialah Eksplorasi Bahasa yang diadakan di SK laksamana dan pementasan

drama Sidang kecil.

Sambutan Minggu Pengajian Melayu pula diadakan pada 13-17 Oktober 2014. Ini merupakan acara tahunan Jabatan Pengajian Melayu. Sambutan Minggu

Pengajian Melayu dipenuhi dengan aktivitit-aktiviti seperti Bengkel Gendang Melayu, Permainan Bahasa, Pertandingan Pidato, Basking dan Bengkel Pantun dalam Cerita.

Majlis Penutupan Bulan Bahasa Melayu 2014 diadakan pada 31 Oktober 2014 di TAZA bergabung dengan Perhimpunan Bulanan IPGKBL. Tayangan video tentang aktiviti-aktiviti Bulan Bahasa Melayu 2014, persembahan gurindam dan nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa diadakan bersempena majlis tersebut.

SAMBUTAN BULAN BAHASA MELAYU TAHUN 2014

Bengkel Bertandak

Page 7: Buletin Kencana Edisi 2/2014

7KURSUS PENULISAN PANTUN DALAM CERITA

BASKING

PAMERAN LITERASI BAHASA DI IPG KTAR

PERMAINAN BAHASA

Page 8: Buletin Kencana Edisi 2/2014

8

Pada 22 Jun 2014, 10 orang pelajar IPG Kampus Batu Lintang yang diketuai

oleh pensyarah kanan, En Lee Gim Keit telah dijemput sekali lagi untuk membuat persembahan tarian di Stadium Tertutup, Miri sebagai sumbangan kepada “11th International Dance For Humanity”. Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Sabit Merah Miri dan merupakan acara antarabangsa yang turut disertai oleh pasukan dari Semenanjung Malaysia, Jepun, Brunei dan Filipina.

“11th International Dance For Humanity”

Acara 11th Borneo Cultural Festival

“Kuching City Day Parade”

Pada 6 September 2014, 46 orang pelajar IPG Kampus Batu Lintang yang diketuai oleh pensyarah

kanan, En Lee Gim Keit telah menyertai Kuching City Day Parade dalam kategori kebudayaan. Acara ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kuching Selatan dan terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah, serta Institut pengajian tinggi dan pihak swasta. Tema tahun ini ialah “Our People’s Parade”.

Seramai 16 orang pelajar IPG Kampus Batu Lintang yang diketuai oleh pensyarah kanan, En Lee Gim Keit telah

dijemput sekali lagi untuk membuat persembahan tarian di Sibu, Sarawak, bersempena dengan perayaan ”11th Borneo Cultural Festival” dari 23 Ogos hingga 25 Ogos 2014. Ini merupakan kali keenam IPG Kampus Batu Lintang menyertai acara ini. Borneo Cultural Festival ini ialah acara tahunan antarabangsa. Pasukan IPG Kampus telah mempersembahkan dua buah tarian iaitu Tarian Tari Gadis Melayu yang merupakan tarian rampaian Melayu dan Tarian Rejang Beuh yang merupakan tarian kebudayaan kaum Bidayuh. Turut serta dalam acara ini ialah kumpulan tarian dari negara Korea dan Taiwan.

Page 9: Buletin Kencana Edisi 2/2014

9MALAM MUZIKAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANGPengenalan

Malam Muzikal IPG Kampus Batu Lintang (IPGKBL) tahun 2014 telah diadakan pada 23 Oktober di Auditorium

TAZA. Acara ini merupakan program tahunan IPGKBL sejak tahun 2007. Malam Muzikal pertama yang berkonsepkan era enam puluhan dengan temanya “Imbauan Jejak Silam” telah berjaya mempamerkan bakat staf dan pelajar IPGKBL dalam bidang kebudayaan. Maka keputusan telah dibuat bahawa program seumpama ini akan diadakan pada setiap tahun sebagai acara tahunan. Berikutan kejayaan Malam Muzikal yang pertama, IPGKBL telah berjaya mengadakan Malam Muzikal seterusnya dengan tema yang berbeza seperti berikut:

Tahun Tema

2008 Serentak Seirama

2009 Galaxy of Stars

2010 Our Heroes

2011 Our Institute – Through the Years

2012 A Celebration of Joy and Achievement

2013 Celebrating Diversity

RasionalAcara Malam Muzikal yang diadakan ini adalah selaras dengan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG) terutama Budaya Estetika. Budaya estetika merujuk kepada ekspresi dan apresiasi terhadap nilai-nilai seni, keindahan, dan keharmonian. Di samping itu, Malam Muzikal IPGKBL juga akan memenuhi matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006–2010 (PIPP) terutama teras kedua iaitu membangunkan modal insan dan teras kelima memartabatkan profesion keguruan. Melalui nyanyian dan tarian, pelajar akan mempraktikkan sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri yang diingini iaitu tumpuan utama teras kedua. Teras kelima akan melahirkan guru yang berkebolehan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang kokurikulum khasnya seni kebudayaan.

ObjektifMalam Muzikal IPGKBL Tahun 2014 merupakan program kemuncak aktiviti-aktiviti kebudayaan yang telah disertai oleh pelajar IPGKBL sepanjang tahun berkenaan. Selain itu, Malam Muzikal IPGKBL akan menyediakan arena bagi:

• memupuk bakat dan menyepadukan kemahiran dalam bidang seni muzik, seni tari, seni persembahan, seni fesyen, tatarias dan seni visual,

• membina keyakinan pemuzik, penyanyi dan penari untuk berada di khalayak penonton,

• memupuk integrasi dan perpaduan antara kaum selaras dengan konsep 1 Malaysia di IPGKBL di samping menghargai kebudayaan masing-masing,

• menyediakan platform untuk pihak pengurusan, staf akademik, staf sokongan dan pelajar bekerjasama dan berinteraksi secara informal untuk mengayakan pengalaman dan perkembangan mereka, dan

• meningkatkan kemahiran staf dan pelajar dalam bidang nyanyian, muzik dan tarian.

Tetamu KehormatTetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Tema dan Bentuk PersembahanTahun ini merupakan kali ke-8 IPG Kampus Batu Lintang mengadakan Malam Muzikal. Tema tahun ini adalah “Our Journey”. Tema ini membawa maksud yang sangat bermakna kepada setiap warga IPGKBL yang masih belajar atau berkhidmat di sini mahupun mereka yang telah tamat pengajian, berpindah atau bersara. Persefahaman, toleransi dan kerjasama yang sentiasa diamalkan oleh warga IPGKBL telah menjadi kekuatan IPGKBL dari dahulu sehingga sekarang - “Our Journey” - di IPGKBL.Persembahan pada tahun ini dibahagi kepada enam segmen:

Segmen Pertama Ucapan Aluan Pengarah IPGKBLPembukaanTarian Iban

Segmen Kedua Tarian Rambai Etnik Sabah I Have NothingPrimroseLove Is A Many Splendour ThingLamunan TerhentiNi Guang How Can I Tell Her Tari Gadis MelayuTua Selama YaTarian Moden 1

Segmen KetigaPersembahan Sekolah Seni Malaysia, Kuching

Segmen Keempat Zheng FuTarian Melanau If I Ain’t Got YouLiu Lang JiI Surrender Bajik TuaiTarian Bidayuh- Rejang Beuh Mung Mung Chung IeTarian Moden 2

Segmen Kelima To Sir With Love Memori TerciptaPISMP Ambilan Jan 2011(BC1, BC2, BC3, BM, AG, KS, PEM, PK, MT1, MT2, SN, BI)

Segmen Keenam Finale Ucapan Tetamu Kehormat

PenyertaanSeramai 17 orang penyanyi yang terdiri daripada pelajar, staf sokongan dan akademik IPGKBL, dan 45 orang penari daripada pelajar IPGKBL serta pelajar PISMP Jan 2011 (234 orang pelajar) telah terlibat dalam Malam Muzikal tahun ini. Selain penyertaan warga IPGKBL, pelajar-pelajar dari Sekolah Seni Malaysia Kuching juga diundang untuk membuat persembahan tarian sebagai persembahan khas.

Para staf, pelatih dan Tetamu Kehormat Yang Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar

Tetamu Kehormat Yang Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar

Tuan Sulaiman Bin Wak, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Tarian Kaum Melanau

Page 10: Buletin Kencana Edisi 2/2014

10Kelab Capoeira IPG Kampus Batu Lintang

Capoeira ialah seni mempertahankan diri yang menggabungkan seni bela diri, gimnastik, dan

tarian yang diiringi muzik. Seni ini berasal dari negara Brazil. Terdapat dua jenis Capoeira iaitu Capoeira Regional dan Capoeira Angola. Capoeira Regional bersifat lebih tangkas dan cepat manakala Capoeira Angola melibatkan seni yang lebih lembut tetapi memerlukan kekuatan fizikal yang lebih untuk melakukan gerakan-gerakan melawan musuh. Latihan selama sejam dijalankan pada setiap hari Selasa dan Khamis di ruang legar Blok Pentadbiran IPG Kampus Batu Lintang. Capoeira pada asalnya digunakan sebagai alat mempertahankan diri oleh hamba-hamba di Brazil untuk melawan penjajah Kuffar Portugis. Para peserta membentuk roda dan bergilir-gilir untuk bermain alat-alat muzik (seperti Berimbau), nyanyian, atau bertanding berpasangan di tengah-tengah bulatan. Perdebatan ini disertai dengan bermain secara akrobatik dan penggunaan pelbagai jenis tendangan tetapi kurang menggunakan teknik seperti serangan siku, menampar, pukulan, dan melempar semasa dalam bulatan. Capoeira merupakan sejenis tarian rakyat Brazil yang unik.Kelab ini bertujuan bagi mencapai objektif-objektif berikut:i. Muzik - Capoeira dilatih dan dilaksanakan untuk muzik. Pelajar dapat belajar bermain muzik, menyanyi dan memimpin

sesi muzik.ii. Bahasa - Portugis Brazil ialah bahasa Capoeira dan pelajar dapat mempelajari bahasa baharu. Walaupun kelas

dijalankan dalam bahasa Inggeris, Portugis Brazil boleh dijadikan sebagai rujukan. Negara Brazil bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA dan Sukan Olimpik pada 2014 dan 2016, ini memberikan peluang yang baik untuk pelajar mempelajari bahasa baharu jika mereka ingin melawat ke Brazil dalam tempoh itu.

iii. Kritikal, kreatif dan mempercepat pemikiran - Capoeira adalah tentang penemuan diri, pembangunan diri dan ekspresi diri. Pelajar digalakkan dan diajar untuk membangunkan kebolehan diri dalam Capoeira.

iv.

Kelab Renang yang ditubuhkan di IPG Kampus Batu Lintang ini merupakan sebahagian

daripada kegiatan olahraga yang boleh mencapai dasar “1 Murid 1 Sukan” dan menyemai Gaya Hidup Sihat dalam kalangan pelajar IPG Kampus Batu Lintang. Kegiatan ini dapat dimanfaatkan untuk rekreasi dan sukan olahraga di samping merupakan aktiviti yang baik untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan fizikal. Ahli kelab menjalani latihan setiap hari Jumaat dari jam 5:30 petang hingga 8:30 malam di Kolam Renang, Stampark, BDC Stampin. Berdasarkan sejarah, pertandingan renang telah bermula di Eropah pada sekitar tahun 1800 dan acara renang telah menjadi salah satu cabang olahraga yang dipertandingkan sejak Sukan Olimpik Athen pada tahun 1896.

Antara objektif penubuhan Kelab Renang di IPG Kampus Batu Lintang adalah untuk: a. memberikan kesedaran tentang asas renang dan keselamatan air kepada para pelajar,b. melatih pelajar tentang kemahiran dan teknik asas renang yang betul,c. mencungkil bakat dalam kalangan pelajar untuk menyertai pasukan renang IPG Kampus Batu Lintang sehingga kejohanan yang dianjurkan oleh agensi lain seperti KAGUM atau SIPMA, d. melatih peserta tentang teknik dan kemahiran menyelamat di dalam air yang betul dan menggalakkan pelatih mengambil Ujian Penyelamat Kelemasan BRONZE MEDALION.

Kelab Renang IPG Batu Lintang

Ahli Kelab Renang IPGKBL bergambar bersama dengan Jurulatih Kelab Renang, Encik Amy Dusin

Terence Galaw Anak Balutmewakili IPG menyertai acararenang peringkat SIPMA.

Saudara Terence bergambar bersama Jurulatih, Encik Amy Dusin

Kesihatan, pemakanan, fokus, disiplin, motivasi, kekuatan peribadi, fisiologi, psikologi, sejarah, seni, teater, tarian, musicianship, keusahawanan, inisiatif, ekspresi kreatif, ketabahan, ketekunan dan kesungguhan serta ketangkasan fizikal dan mental adalah antara beberapa nilai, pengalaman dan peluang yang boleh disemaikan oleh Capoeira kepada pelajarnya.

Page 11: Buletin Kencana Edisi 2/2014

11KARNIVAL KOKURIKULUM IPGKAMPUS BATU LINTANG TAHUN 2014

Karnival Kokurikulum IPG Kampus Batu Lintang tahun 2014 yang dianjurkan oleh kumpulan pelajar PISMP Semester

4 telah berlangsung dari 10 hingga 12 September 2014 di Padang IPG Kampus Batu Lintang. Karnival ini telah melibatkan lima kumpulan sasaran iaitu PISMP Januari 2013, PISMP GSTT Jun 2013, PISMP Januari 2014, PISMP Jun 2014 dan juga PPISMP Jun 2014. Karnival kali ini juga disertai oleh staf sokongan di institut ini. Aktiviti ini merupakan satu daripada perancangan dalam takwim Unit Kokurikulum. Penaung Karnival ini ialah Pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Tuan Haji Awang Hambali Hj Awang Hamdan. Sebanyak lima pasukan badan beruniform iaitu Kadet Pandu Puteri, Pengakap KLM 29, Kadet Remaja Tunas Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Puteri Islam Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan memasak, mendirikan khemah dan gejet, berkawad dan pertandingan permainan seperti bola jaring, futsal, sepak takraw. Semua aktiviti tersebut telah dirancang oleh Ketua Unit Kokurikulum, Encik Amy Dusin dan Penyelaras Sukan dan Permainan, Puan Puspaleela Habibie Norlela binti Abdullah.

Karnival yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang aspek asas perkhemahan dan memupuk semangat bekerjasama, berkompromi serta komunikasi dua hala. Upacara penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah IPG IPG Kampus Batu Lintang, Tuan Haji Awang Hambali Hj Hamdan. Pasukan Pengakap KLM 29 muncul sebagai juara dalam karnival tersebut.

Dari 10 hingga 13 Oktober 2014 yang lalu, seramai lapan orang guru pelatih telah menyertai Kejohanan Festival Futsal IPG 1Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Islam, Bangi, Selangor. Para guru pelatih daripada IPG Kampus Batu Lintang telah diiringi oleh Encik Michael Tarang Jelamin selaku pensyarah pengiring.

Pasukan IPG Kampus Batu Lintang telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama pasukan Azura FC (IPG Kampus Islam B), IPG Teknik A dan IPG KDRI A. Dalam perlawanan pertama, pasukan I P G Kampus Batu Lintang telah seri dengan pasukan Azura FC dari IPG Kampus Islam dengan mata dua sama. Dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan, pasukan IPG Kampus Batu Lintang telah menewaskan pasukan IPG KDRI A dengan jaringan dua kosong. Seterusnya, IPG Kampus Batu Lintang telah menewaskan IPG Teknik A dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan jaringan satu kosong. IPG Kampus Batu Lintang telah muncul sebagai juara Kumpulan B. Pada peringkat suku akhir, IPG Kampus Batu Lintang

telah diundi bertemu dengan pasukan IPG Kampus Islam A. Pasukan IPG Kampus Batu Lintang akhirnya tewas kepada pasukan IPG Kampus Islam A dengan jaringan satu kosong di peringkat suku akhir. Walaupun

begitu pasukan IPG KBL telah menunjukkan permainan yan terbaik. Diharapkan pasukan Futsal IPG Kampus Batu Lintang dapat melakarkan kejayaan yang lebih gemilang dalam penglibatan yang seterusnya pada tahun-tahun akan datang.

Pasukan Futsal IPG Kampus Batu Lintang

bersama dengan En Michael Tarang

Kejohanan Festival Futsal IPG 1Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan

Page 12: Buletin Kencana Edisi 2/2014

12 Pertandingan bola keranjang Piala Pengarah IPG Kampus Ipoh telah diadakan pada 18-19 Oktober 2014 (Sabtu dan Ahad) bertempat di gelanggang bola keranjang S.M.J.K Sam Tet, Ipoh. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2014-2015. Setiap pasukan terdiri daripada 10-12 orang peserta lelaki atau perempuan. Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam selama dua hari. Terdapat 14 pasukan lelaki dan 4 pasukan perempuan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini untuk berebut Piala Pengarah ini.

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang telah menghantar satu pasukan lelaki yang terdiri daripada 10 orang pemain. Pasukan kami bertolak ke Ipoh pada 16 Oktober 2014 dengan diiringi pengurus pasukan iaitu Encik Ooi Eng Hong dan jurulatih iaitu Encik Loi Hieng King. Mereka telah menjalani latihan stamina dan kemahiran selama lebih kurang dua bulan sebelum bertolak ke Ipoh. Mereka juga menjalani latihan seperti biasa pada 17 Oktober 2014 iaitu

sehari sebelum pertandingan untuk membiasakan diri dengan keadaan gelanggang bagi menambahkan mempunyai keyakinan pemain.

Pertandingan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang aktiviti pengelolaan dan pengadilan bola keranjang yang sistematik. Selain itu, pelajar juga dapat mempraktikkan segala kemahiran permainan bola keranjang yang telah dipelajari selama ini. Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta dapat menilai kemampuan diri dalam sukan bola keranjang. Melalui pengelolaan tersebut

pelajar telah mempraktikkan cara mengisi borang skor, mencatat markah, menjadi pengadil garisan, pengadil jaring dan pengadil pertandingan. Para pelajar juga mendapat pendedahan tentang pertandingan itu dijalankan. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Ipoh.

Pihak pengelola berharap agar matlamat utama pertandingan tercapai dan dapat memupuk semangat kesukanan antara peserta. Selain meningkatkan stamina, melahirkan pemain yang berbakat, diharapkan pertandingan ini dapat menjadi panduan dan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penganjuran sesuatu kejohanan apabila ditempatkan di sekolah nanti.

Kejohanan Bola Keranjang Piala Pengarah IPG Kampus Ipoh Tahun 2014

Majlis penyerahan bendera sebelum bertolak ke Ipoh, Perak.

Pasukan Bola Keranjang IPGKBL.

Bersama pasukan IPGK Ipoh.

Bersama pasukan IPGK Raja Melewar.

Bersama Timbalan Pengarah selepas majlis penyerahan bendera.

Kejohanan Bola Jaring Kali ke-3 Jemputan IPG Kampus Raja Melewar, Seremban

Pasukan Bola Jaring IPG Kampus Batu Lintang yang terdiri daripada 11 orang pelajar dengan diiringi oleh seorang

pensyarah Unit Kokurikulum IPGKBL, Puan Puspaleela, telah berangkat ke IPG Kampus Raja Melewar, Seremban untuk menyertai Pertandingan Bola Jaring Terbuka Piala Pengarah 2014 Edisi-3 pada 8 Oktober 2014.

Selain pertandingan bola jaring, pihak IPGK Raja Melewar juga telah mengadakan pertandingan ragbi edisi-6 bertempat di perkarangan kampus yang sama. Suasana amat meriah dengan kehadiran seramai 12 pasukan Bola Jaring yang datang bertanding.

Sepanjang tempoh masa berada di IPGK Raja Melewar, kami telah menjalani latihan intensif selama 4 hari berturut-berturut sebagai persediaan untuk pertandingan pada Sabtu dan Ahad. Latihan kami telah diadakan sama ada pada pagi ataupun petang bergantung kepada tahap kecergasan ahli pasukan. Kami berasa amat bertuah kerana telah dipimpin oleh ketua dan pengurus pasukan kami iaitu Puan Puspaleela yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan tunjuk ajar kepada kami sebagai persediaan untuk bertanding. IPGK Batu Lintang berjaya menduduki tempat kelima daipada 12 pasukan yang bertanding. Pasukan kami telah memenangi 3 daripada lima perlawanan. Namun, nasib tidak menyebelahi kami apabila telah tewas 2 perlawanan dengan pungutan mata yang begitu dekat sekali. Melalui pertandingan ini, kami telah diberi kesempatan untuk menimba pelbagai ilmu dan pengalaman. Walaupun banyak latihan intensif yang dibuat, tapi kami berasa amat gembira, bersyukur dan berpuas hati kerana latihan, lawatan dan perkongsian daripada pihak IPGKRM sepanjang pertandingan tersebut telah menambahkan ilmu pengetahuan dan juga kemahiran kami. kami juga berpeluang mempelajari cara-cara menjadi pengadil pertandingan bola jaring daripada pengadil jemputan khas dari luar untuk mengadili pertandingan kali ini.

Page 13: Buletin Kencana Edisi 2/2014

13

1. Pendahuluan

Karnival Aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum (KAGUM ) Institut Pendidikan Guru Malaysia

merupakan kemuncak bagi penglibatan dan pencapaian guru pelatih dalam aktiviti kokurikulum di IPG kampus masing-masing. Jawatankuasa Pengelola KAGUM 2014 telah menetapkan bahawa karnival pada kali ini merupakan Karnival Aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum Unit Beruniform yang terdiri dari Pasukan Pengakap, Pandu Puteri Kadet, Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Puteri Islam Malaysia.

Karnival Aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum ( KAGUM ) Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan wadah yang paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terutamanya dalam konteks melahirkan bakal guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang akhirnya dapat mewujudkan sumber manusia berkemahiran tinggi di Malaysia.

2. Objektif

a. Membolehkan guru-guru pelatih memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran dalam aktiviti kokurikulum Unit Beruniform

b. Membolehkan guru-guru pelatih memperoleh pengalaman dan mengaplikasikan kemahiran dalam aktiviti kokurikulum Unit Beruniform.

c. Membolehkan guru pelatih menguasai aspek pengurusan dan kepimpinan untuk membolehkan mereka merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti kokurikulum Unit Beruniform

d. Membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni, amalan demokrasi, berdisiplin, taat, bersikap positif, toleransi dan patriotisme.

e. Mewujudkan sifat kepimpinan dan membina daya pemikiran yang tajam, inovatif, kreatif dan daya tahan dalam menghadapi tugas.

3. Tarikh dan Tempat

Karnival Aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum ( KAGUM ) Institut Pendidikan Guru Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 10 hingga 13 OKTOBER 2014Hari : Jumaat hingga IsninTempat : Kem Pengakap Negeri Melaka, Bukit Katil, Melaka

4. Peserta IPG Kampus Batu Lintang

Peserta dan jurulatih daripada IPG Kampus Batu Lintang yang mewakili IPG Zon Sarawak seperti berikut:

Bil. Nama Status penyertaaan

1 CIK CHIN JUN NA Ketua Kontijen IPG Zon Sarawak / Jurulatih Jabatan Bahasa

2 JULIUS ANAK PATRICK Peserta PISMP ambilan Jan. 2013

3 KRISTALINE STEPHANIE JUAN Peserta

4 SITI NUR AZMINA BT. AHMAD ZAINAL Peserta

5 NURUL FALAHANI BT. SHAMSULBAHRI Peserta

6 NUR SYAZWANI BT. REDUAN Peserta

7 WENDY INGGU Peserta

KARNIVAL AKTIVITI GERAK KERJA KOKURIKULUM (KAGUM) UNIT BERUNIFORM 2014INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aktiviti Orienteering

Pintu gerbang Pengakap

Johan Keseluruhan KAGUM 2014

Malam Kebudayaan

Semasa pertandingan Lawatan Tetamu Khas Persiapan pembinaan menara

Page 14: Buletin Kencana Edisi 2/2014

14

Skuad Kawad Kaki Pengakap KLM

Tapak gajetGajet meja makanMajlis Pembukaan

Pertandingan masakan rimba

Majlis Penutupan

5. Penglibatan Peserta Karnival Gerak Kerja Kokurikulum (KAGUM) dan Keputusan Pertandingan

BIL NAMA UNIT BERUNIFORM PENGLIBATAN PESERTA KEPUTUSAN PERTANDINGAN

1 JULIUS PATRICK PENGAKAP PESERTA PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAN KEBUDAYAAN PENGAKAP

KAWAD KAKI: TEMPAT KETIGAKEBUDAYAAN:TEMPAT KEDUA

2 KRISTALINE STEPHANIE PANDU PUTERI KADET KETUA PERTANDINGAN PIONERRING DAN CAMPING STANDARD PPK

PIONERRING:TEMPAT KEEMPATCAMPING STANDARD:TEMPAT KETIGA

3 NURUL FALAHANI PUTERI ISLAM PESERTA PERTANDINGAN CAMPING STANDARD DAN PENILAI PPIM

CAMPING STANDARD:TEMPAT KELIMA

4 NUR SYAZWANI PUTERI ISLAM PESERTA PERTANDINGAN CAMPING STANDARD DAN PENILAI PPIM

CAMPING STANDARD: TEMPAT KELIMA

5 SITI NUR AZMINA KADET REMAJA SEKOLAH PESERTA PERTANDINGAN PIONERRING KRS PIONERRING:TEMPAT KEDUA

6 GWEN WENDY PERSATUAN BULAN SABIT MALAYSIA

PESERTA PERTANDINGAN KEBUDAYAAN DAN KETUA RADIOCOM BSMM

KEBUDAYAAN:TEMPAT KELIMA

Melalui KAGUM 2014 ini, peserta yang terpilih telah dapat menunjukan ketrampilan yang mantap dan mengharumkan nama IPG Kampus Batu Lintang di persada IPGM. Penyertaan peserta di KAGUM 2014 ini telah dapat dilaksanakan dengan penglibatan dan komitmen yang baik daripada semua pihak.

Pasukan Bola Tampar IPGKBL

Bil. Nama Kumpulan Pengajian

1 Kang Yan Ling PISMP BI3 Januari 2012

2 Liong Ger Jian PISMP BC1 Januari 2012

3 Wendy Wong Sieu Dee PISMP BC3 Januari 2011

4 Zafirah binti Menis PPISMP BI Jun 2014

5 Suziana Anak Ajong PPISMP MT1 Jun 2014

6 Huong Mee Ling PISMP BC3 Januari 2011

7 Yoong Ying Qi PPISMP MT2 Jun 2014

8 Jenny Ling Jie Siew PISMP BC3 Januari 2011

9 Chung Chu Yii PPISMP MT2 Jun 2014

10 Nur Azizah binti Jemat PPISMP BI Jun 2014

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) telah menghantar pasukan bola tampar wanita ke Karnival Sukan Piala Pengarah yang diadakan

di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu pada 26-28 September 2014. Pasukan Bola Tampar wanita IPGKBL ini dibimbing oleh Puan Puspaleela dan Cik Kirar. Pasukan Bola Tampar Wanita IPGKBL telah berjaya muncul sebagai juara setelah mengalahkan semua pasukan dengan keputusan 2:0. Pada pusingan pertama, IPGKBL telah mengalahkan IPGK Sultan Mizan (25:22, 25:11), IPGK Darul Aman (25:8, 25:9), dan IPGK Ipoh (25:22, 25:9). Pada peringkat separuh akhir, IPGKBL telah berjaya mengalahkan IPGK Perlis dengan keputusan 25:15, 25:19 dan berjaya memasuki saingan akhir. Pada saingan akhir, IPGKBL telah mengalahkan IPGKDRI dengan keputusan 25:20, 25:14 dan berjaya muncul sebagai juara. Selain itu, salah seorang pemain IPGKBL iaitu Kang Yan Ling telah dianugerahi sebagai Pemain Terbaik. Senarai nama pemain yang mewakili

IPGKBL adalah seperti berikut:

Anugerah Pemain Terbaik disandang oleh Kang Yan Ling

Majlis Penutupan Piala Pengarah IPGKKB

Page 15: Buletin Kencana Edisi 2/2014

15Kejohanan Ragbi Sentuh TerbukaKonvokesyen UNIMAS 2014

Pada 1 Oktober 2014, seramai 14 orang guru pelatih telah mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dalam Kejohanan Ragbi Sentuh

Terbuka Konvokesyen Unimas 2014 sebagai pemain manakala seorang guru pelatih telah menggalas tanggungjawab sebagai pengurus pasukan. Guru-guru pelatih yang terlibat sebagai pemain telah dibahagikan kepada dua pasukan iaitu BLRC A dan BLRC B. Kejohanan yang memakan masa selama satu hari ini telah diadakan di Padang Ragbi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Pasukan BLRC A telah diundi dalam Kumpulan B manakala BLRC B telah diundi dalam Kumpulan C. Keseluruhannya, pasukan BLRC A telah tewas pada peringkat separuh akhir kategori ‘bowl’ dengan mata 1 berbalas 0 kepada pihak lawan. Bagi pasukan BLRC B, perlawanan pertama peringkat kumpulan berjaya diharungi dengan baik setelah menewaskan pasukan WORC Oldies dengan mata 3 berbalas 0. Perlawanan kedua peringkat kumpulan juga berjaya dimenangi dengan mata 4 berbalas 2 terhadap pasukan UNIMAS. Pada peringkat suku akhir kategori ‘cup’, BLRC B telah berjaya menewaskan pasukan USSA Malaysia dengan mata 6 berbalas 0. Perlawanan peringkat separuh akhir dimenangi BLRC B terhadap pasukan SHOAW A dengan mata 2 berbalas 0. Namun, pasukan BLRC B tewas kepada pasukan Kuching Blackcatz Rugby Club dengan mata 4 berbalas 2 pada peringkat akhir. Kejayaan BLRC B menjadi Naib Johan ‘Cup’ membolehkan para guru pelatih menerima hamper, wang tunai serta sijil penyertaan daripada pihak penganjur. Penglibatan guru pelatih dalam kejohanan pada kali ini merupakan penglibatan kali yang ketiga sepanjang penganjuran kejohanan ini. Penglibatan pertama pada tahun 2012 menyaksikan BLRC tewas pada peringkat separuh akhir kategori ‘bowl’. Manakala penglibatan kedua pada 2013 BLRC dalam kejohanan tahunan ini menyaksikan para guru pelatih berjaya muncul sebagai Johan ‘Cup’. Bagi edisi tahun ini, BLRC A telah mara ke peringkat separuh akhir kategori ‘bowl’ dan BLRC B telah berjaya menjadi Naib Johan ‘Cup’ yang merupakan kejayaan terbesar BLRC sepanjang penglibatan dalam kejohanan tahunan ini.

Pasukan BLRC A

Pasukan BLRC B

Aksi BLRC A pada peringkat separuh akhir ‘bowl’

Aksi BLRC B menentang Kuching Blackcatz Rugby Club

Penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh pihak penganjur

kejohanan

Kejohanan Hokiantara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Aksi-aksi semasa pertandingan

IPG Kampus Batu Lintang telah menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita untuk menyertai kejohanan hoki yang dianjurkan oleh IPG Kampus Bahasa Melayu pada 11 dan 12 Oktober 2014 bertempat di Stadium Hoki Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur. Pasukan wanita kita telah mendapat tempat ketiga bersama dengan pasukan IPG Kampus Ipoh sementara pasukan lelaki kalah pada pusingan suku akhir.

Pasukan lelaki

Pasukan wanita

Page 16: Buletin Kencana Edisi 2/2014

16Kursus Pengkelasan dan Pengkatalogan Bahan

Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 16-18 Jun 2014 di Perpustakaan IPG Kampus Batu Lintang. Puan Philomena

Septimus Amit selaku Pustakawan telah dilantik sebagai fasilitator untuk kursus ini. Seramai 15 orang peserta telah mengikuti kursus ini termasuk pegawai dan pembantu perpustakaan dari sekitar Kuching dan IPG Kampus Rajang.

Sesi Bercerita Bersama Prasekolah IPG Kampus Batu Lintang

Sesi bercerita ini telah dijalankan pada 27 Jun 2014 dengan kerjasama pelajar daripada kumpulan PISMP Prasekolah ambilan Januari 2012.

Seramai 15 orang pelajar daripada Prasekolah IPG Kampus Batu Lintang terlibat dalam aktiviti ini.

Literasi Maklumat dan Media

Program perkongsian maklumat ini telah dijalankan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia pada 11 dan 12 Ogos 2014 di Bilik Seminar IPG Kampus Batu Lintang. Program ini melibatkan pelajar institut dan

staf perpustakaan daripada jabatan luar sekitar Kuching. Banyak manfaat telah diperoleh sepanjang program ini berlangsung. Para peserta dapat mengetahui cara mendapatkan maklumat, cara menilai dan mengurus maklumat serta etika penggunaan maklumat dengan betul.

Seni Kreatif Bersama Prasekolah IPG Kampus Batu Lintang

Aktiviti ini telah berlangsung pada 26 September 2014 bertempat di Perpustakaan IPG Kampus Batu Lintang. Cik Norlelawati

binti Zainuddin telah dilantik sebagai fasilitator bagi aktiviti yang mempamerkan seni lipatan kreatif yang diubah menjadi bentuk rumah. Kanak-kanak daripada Prasekolah IPG Kampus Batu Lintang telah dijemput sebagai peserta. Aktiviti ini turut diselitkan dengan sesi mewarna.

Lawatan Perkongsian Ilmu Pengurusan Perpustakaan Ke CAIS UNIMAS

Pada 17 Oktober 2014, 4 orang staf termasuk 2 pegawai Perpustakaan

telah mengadakan lawatan ke CAIS UNIMAS untuk berkongsi ilmu pengurusan perpustakaan di samping berkongsi pandangan dan maklumat berkaitan dengan pengurusan serta perkhidmatan perpustakaan. Lawatan ini telah disambut oleh tiga orang pegawai perpustakaan sebelum kami dibawa melawat ke sekitar CAIS UNIMAS.

Lawatan oleh Politeknik Kuching Sarawak

Seramai 22 orang pensyarah daripada Jabatan Pengajian Islam dan Moral Politeknik Kuching Sarawak telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan IPG

Kampus Batu Lintang pada 31 Oktober 2014. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan mencari rujukan untuk bahan kajian.

Pameran Koleksi IPG Kampus Batu Lintang dan Isu Terkini

Pameran ini diadakan di ruang pameran Perpustakaan di Aras 1. Pameran koleksi ini mempamerkan berita berkaitan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang yang disiarkan melalui surat khabar tempatan di

samping berita-berita terkini.

Pameran bahan baharu & bahan SPC (Special Collection)

Buku-buku terkini dipamerkan di ruang pameran yang terletak di Aras 1 bangunan Perpustakaan. Buku-buku ini merupakan koleksi bahan terbaharu perpustakaan. Bahan Koleksi Khas yang telah siap dijilid juga dipamerkan

di sudut ruangan khas di perpustakaan.

AKTIVITI PERPUSTAKAAN SEMESTER 2/2014

Page 17: Buletin Kencana Edisi 2/2014

17

Jabatan Teknologi Pendidikan telah mengadakan kursus Asas Grafik Berdigital pada 28 Ogos 2014 di

Makmal Komputer IPG KBL yang disertai oleh para pensyarah dan staf sokongan yang berminat. Dalam kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan penggunaan perisian open source untuk melukis logo dalam format vector graphic. Penggunaan perisian ini telah berjaya meluaskan skop dan pandangan terhadap perisian percuma ini juga dapat menghasilkan kualiti yang baik. Selain menghasilkan logo, perisian ini juga mampu digunakan dalam melukis sebarang objek untuk kerja rutin di pejabat atau dimanfaatkan untuk diterapkan dalam pendidikan di sekolah. Kemahiran ini dapat dijadikan sebagai tapak dalam penghasilan imej kartun yang boleh digunakan dalam pendidikan.

Pada 25 September 2014 (Khamis), Program Kemasains telah menganjurkan Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Sains bertempat di Foyer Bangunan

Pentadbiran Baru, IPGKBL. Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Sains ini merupakan aktiviti yang telah dirancang oleh Program Kemasains sebagai aktiviti tahunan Program Kemasains. Pertandingan ini dikendalikan oleh 9 orang pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Batu Lintang, 3 orang Pembantu Makmal sebagai urus setia dan 39 orang pelajar institut daripada Kumpulan PISMP-SN Ambilan Januari 2011 dan PISMP-SN Ambilan Jun 2014 IPG Kampus Batu Lintang. Sebanyak 28 kumpulan dengan 119 orang peserta daripada 7 buah sekolah angkat Kemasains iaitu dari SK Muhibbah, SK Bako, SK Gersik, SK Kpg. Senari, SK Laksamana, SK Muara Tebas dan SK Sg. Maong Hilir serta 3 buah sekolah rendah jemputan telah menghantar penyertaan bagi pertandingan tahun ini. Pihak institut turut menjemput semua anak angkat Program Kemasains untuk memeriahkan pertandingan ini. Selain menyertai pertandingan, murid-murid turut mempamerkan hasil kreativiti dan membuat aktiviti hands on semasa pertandingan dijalankan.

Selain itu, terdapat 9 buah agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang turut menyertai pameran yang diadakan. Antara agensi yang terlibat ialah Trienekens Sdn Bhd, Natural Resources Of Environment Board Sarawak (NREB), Biodiversity Centre Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia Negeri Sarawak, Politeknik Kuching, Klinik Pergigian dan Kesihatan Jalan Masjid serta Jabatan Meteorologi Malaysia.

Objektif utama pertandingan ini adalah untuk menanam minat murid terhadap bidang Sains. Dengan itu, murid akan lebih memahami konsep-konsep Sains kerana mereka dapat menyelami pembelajaran Sains tersebut melalui pengalaman mereka mencipta bahan yang akan dipertandingkan. Di samping itu, keyakinan diri peserta yang terlibat dapat dipupuk semasa membuat demonstrasi dan memberikan penerangan mengenai reka cipta yang dihasilkan di hadapan juri dan peserta-peserta daripada sekolah lain.

Dalam ucapan perasmian penutupan, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Tuan Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamdan melahirkan harapan agar pertandingan seperti ini akan dapat dilaksanakan setiap tahun bagi melahirkan lebih banyak modal insan dan ahli profesional sains pada masa hadapan. Beliau turut berharap agar pihak Yayasan Sarawak dapat menambahkan peruntukan untuk program ini agar lebih banyak aktiviti dapat dijalankan. Beliau berharap agar aktiviti seumpama ini akan dapat diadakan secara berterusan selari dengan aspirasi pihak Yayasan Sarawak itu sendiri dan juga pihak Kerajaan Negeri Sarawak yang ingin melihat bidang sains berkembang dengan lebih luas dan lebih banyak cabangnya. Di samping itu, beliau berasa amat gembira kerana pertandingan ini telah dapat diperluas penyertaannya iaitu bukan hanya daripada sekolah angkat Kemasains malah sekolah-sekolah yang terdapat di sekitar Kuching.

Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Sains kali ini menawarkan beberapa hadiah utama. Johan pertandingan telah dimenangi oleh Kumpulan A dari SK Gersik. Kumpulan ini telah berjaya menambat hati juri dengan ciptaan mereka yang bertajuk ‘Perangkap Tikus’. Perangkap tikus ini merupakan inovasi daripada perangkap yang sedia ada dengan menggunakan paip PVC yang lebih ringan, mudah dibawa(mobiliti) serta lebih selamat. Tempat kedua turut dimenangi oleh sekolah yang sama dengan ciptaan bernama ‘Tabung Baja Ayam’. Peserta telah berjaya mencipta sebuah tabung baja yang memudahkan penternak dengan tidak perlu memberikan makan kepada ayam mereka secara tradisional lagi. Rekaan mudah yang sangat berguna ini berjaya memenuhi kriteria

Kursus Asas Grafik Berdigital

PERTANDINGAN REKA CIPTA DAN INOVASI SAINS SERTA PAMERAN SAINS

Page 18: Buletin Kencana Edisi 2/2014

18yang diperlukan dan menambat hati para juri. Tempat ketiga dimenangi oleh peserta daripada SK Tabuan dengan ciptaan menarik mereka yang bertajuk ‘Cool Fever Asam Jawa’. Ciptaan yang menggabungkan konsep Sains dan tradisional yang begitu mudah namun sangat praktikal ini turut berjaya memenuhi kriteria yang diperlukan iaitu memerlukan kos yang sangat sedikit dan dapat digunakan berulang kali serta tahan lama.

Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah berjaya dijalankan dan telah mendapat pujian daripada banyak pihak terutamanya pihak media, sekolah dan ibu bapa peserta. Aktiviti sebegini merupakan wadah bagi peserta melahirkan idea untuk mencipta dan membuat inovasi bagi sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat. Selain itu, mereka juga dapat berinteraksi dengan murid-murid daripada sekolah yang berlainan untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu tentang bahan reka cipta masing-masing. Pihak institut berharap agar aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan bagi memberikan peluang kepada murid meneroka bakat yang ada dalam diri mereka bagi melahirkan modal insan yang berilmu dan berdaya saing selaras dengan Wawasan 2020 yang diimpikan oleh semua rakyat Malaysia.

Gambar-gambar sekitar pertandingan:

Kelihatan berdiri dari belakang : Penyelaras Kemasains En. Murugan A/L Mini Ratamun, Timbalan Pengarah IPGKBL En. Jamiran bin Salam, Pengarah IPGKBL Hj. Awang Hambali bin Hj Awang Hamdan, Ketua Jabatan Sains En. Yahya Bin Sedik dan guru Kemasains En. Awang Asfia Bin Awang Morshidi bergambar bersama dengan pemenang pertandingan.

Page 19: Buletin Kencana Edisi 2/2014

19

Jabatan Sains IPG Kampus Batu Lintang di bawah Program Kemasains telah mengadakan Program Interaktif Sains bertempat di Dewan Brooke IPGKBL pada 28 Oktober 2014.

Program selama sehari ini melibatkan seramai 173 orang peserta yang terdiri daripada murid tahun lima daripada tujuh buah sekolah rendah sekitar Kuching. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah angkat Program Kemasains selama 3 tahun. Seramai 68 orang pelajar institut PISMP Sains Ambilan Januari 2011, PISMP Sains(GSTT) Ambilan Jan 2013, PISMP Sains Ambilan Jun 2013 dan PISMP BC(SK) Ambilan Januari 2013 telah bertindak sebagai fasilitator program.

Program Interaktif Sains ini seiring namanya lebih menitikberatkan aktiviti yang membolehkan peserta berinteraksi dengan bahan-bahan yang disediakan iaitu melalui pendekatan Hands On. Aktiviti yang dijalankan adalah sesuai dengan peringkat umur peserta iaitu untuk murid tahap 2 yang sudah mengenali dunia sains namun masih belum berpeluang meneroka kebanyakan daripada bahan yang dipelajari di sekolah. Mereka juga diberi peluang mencuba beberapa eksperimen mudah yang pernah dipelajari secara teori di dalam kelas.

Aktiviti yang dirancang telah dijalankan di sembilan buah stesen dan peserta dibahagikan kepada sembilan kumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ring Paper Aeroplane, Ice Cream It’s Cool, Fantastic Science, Lawan Belon, 8 Layer Tower, Volcano, Pemecahan Warna, Semut-semut di Manakah Engkau dan Parachute. Di stesen-stesen ini, peserta diberi tunjuk ajar untuk membuat aktiviti yang telah disediakan untuk mereka. Setiap stesen mengambil masa selama setengah jam untuk dilaksanakan.

Rata-rata peserta yang ditemui menyatakan rasa gembira dan teruja untuk melakukan aktiviti seperti ini pada masa akan datang. Selain mempelajari sesuatu baharu, mereka turut menambah pengalaman dan berpeluang bertukar-tukar fikiran dan pandangan dengan rakan-rakan sebaya daripada sekolah-sekolah yang lain.

Pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Hj. Awang Hambali bin Hj. Awang Hamdan dalam ucapan perasmian penutupan program menyatakan bahawa beliau amat berbesar hati dan berbangga dengan adanya aktiviti seperti ini. Beliau turut menyatakan bahawa bukanlah sesuatu yang mudah untuk melakukan aktiviti yang melibatkan orang luar sekiranya tiada komitmen dan kerjasama daripada pihak penganjur dan peserta. Beliau berharap agar program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

PROGRAM INTERAKTIF SAINS ANJURAN PROGRAM KEMASAINS 2014

Stesen 1 : Membina ‘parachute’. Kelihatan fasilitator sedang memberikan penerangan mengenai cara-cara membina ‘parachute’. Peserta sedang bekerjasama membina ‘parachute’ dalam kumpulan.

Stesen 3: Fasilitator sedang membandingkan ‘8 Layer Tower’ yang dibuat oleh peserta mengikut langkah-langkah yang telah diterangkan untuk menentukan pemenang.

Stesen 5 : Peserta sedang menggoncang ‘ice bag’ untuk menghasilkan ais krim versi paling senang yang diajarkan oleh fasilitator.

Stesen 4: Fasilitator sedang menunjukkan cara-cara untuk membina model gunung berapi. Kelihatan peserta sedang membina sendiri model gunung berapi mengikut langkah yang telah diterangkan.

Stesen 6 : Peserta sedang menanda ‘blotting paper’ bagi eksperimen pemecahan warna. Kelihatan peserta sedang memerhatikan jarak maksimum yang diambil oleh ‘warna’ pada masa yang telah ditetapkan.

Stesen 2 : Kelihatan peserta sedang mencari semut untuk dikaji. Fasilitator sedang menunjukkan cara mengira kelajuan semut yang dikaji iaitu jarak x masa.

Page 20: Buletin Kencana Edisi 2/2014

20

AKTIVITI UNIT PENGAJIAN CINA, IPG KAMPUS BATU LINTANG

Sesi tunjuk cara sesi bengkel

pelajar BC1 dengan hasilmereka

pelajar BC2 dengan hasilmereka

Stesen 7: Fasilitator sedang menunjukkan cara menggantung sebuah botol berisi air 1.5L dengan hanya menggunakan tiga batang mancis pada sisi meja menggunakan prinsip keseimbangan graviti.

Stesen 9: Peserta sedang bekerjasama membina ‘straw aeroplane’. Kelihatan para peserta sedang menguji kehebatan ‘straw aeroplane’ masing-masing untuk menentukan pemenang bagi siapa yang paling jauh terbang.

Stesen 8: Peserta sedang menggantung belon untuk pertandingan belon siapa lebih kebal. Pertandingan ini menggunakan konsep pecutan dan kelajuan udara.

Penceramah:Encik Khor Ewe Pin

Penceramah:Cik Tang Siew Ying

Peserta kursus

Pelajar berebut-rebut untk mendapat tandatangan penceramah

CERAMAH P&P MengarangCeramah P&P Mengarang telah diadakan pada 19 Julai 2014 (Sabtu). Seramai 150 orang pelajar IPGKBL (Pengkhususan Bahasa Cina PISMP) dan 100 orang pelajar daripada sekolah menengah Bahagian Kuching telah menghadiri ceramah yang diadakan di TAZA. Kedua-dua orang penceramah jemputan iaitu Encik Khor Ewe Pin dan Cik Tang Siew Ying merupakan pengarang kesusasteraan kanak-kanak tempatan yang terkenal di Malaysia. Encik Khor berkongsi pengalaman beliau dalam penghasilan dan penerbitan karya-karya yang menarik ramai pembaca kanak-kanak serta pengalaman beliau dalam penulisan buku teks Bahasa Cina untuk sekolah jenis kebangsaan (Bahasa Cina), Cik Tang pula berkongsi pengalaman beliau dalam mengumpul bahan penulisan melalui pelancongan.Kursus ini telah memberikan pendedahan yang bermakna kepada semua pelajar yang menghadiri aktiviti ini. Diharap agar aktiviti ini akan memberikan motivasi kepada semua pelajar untuk meneroka bidang penulisan malah menggalakkan murid-murid mereka agar terlibat dalam bidang ini.

Mesyuarat dengan ahli jawatankuasa Hasil Majalah Bahasa Cina

Bengkel Membina Alat Bantu MengajarTarikh: 17 Januari 2014Tempat: Dewan Brooke, IPG KBL Peserta: pelajar kumpulan PISMP BC1 dan BC2 Ambilan Januari 2012Fasilitator: Saudara Phang Jiew Leong, Saudara Phang Chin Nyap, Saudara Sylvester Png Jia Hao (PISMP BC2 Januari 2012), Saudari Monica Ho Ai Ling, Saudara Tan Kian Hoe dan Saudari Tan Chiew Hua (PISMP BC2 Januari 2011) Pesta Angpau 2014 IPG Kampus Batu LintangTarikh: 13 Februari 2014Tempat: Auditorium TAZAAnjuran: Kelab Bahasa Cina IPG Kampus Batu Lintang Tetamu kehormatan: Encik Awang Hepeni Bin Awang Onget, Ketua Jabatan Sains Sosial mewakili Tuan Pengarah IPG kampus Batu LintangPersembahan: nyanyian, tarian tradisional, tarian moden, deklamasi sajak, “Xiang Sheng” dan persembahan alat muzik

Penerbitan Majalah Bahasa Cina UPCAktiviti penerbitan majalah Bahasa Cina ini merupakan salah satu aktiviti Unit Pengajian Cina, Jabatan Bahasa yang tercatat dalam Perancangan Tahunan IPGKBL 2014. Kumpulan sasaran aktiviti ini merangkumi 62 orang pelajar dari tiga kumpulan pelajar PISMP BC, Ambilan Januari 2011 (BC1, BC2 & BC3) yang baru selesai menjalani Praktikum Fasa 3. Setiap pelajar dikehendaki menyumbang sebuah artikel yang menceritakan pengalaman manis dan pahit semasa praktikum. Tujuan penerbitan majalah ini adalah untuk menyediakan satu platform bagi pelajar yang sudah melalui ketiga-tiga fasa praktikum untuk berkongsi pengalaman mereka.Aktiviti penerbitan majalah Bahasa Cina bermula pada 25 Januari 2014. Tiga kumpulan pelajar PISMP BC Ambilan Januari 2011 yang sedang melalui Praktikum Fasa 3 telah mula menulis artikel. Pelajar-pelajar diberi masa selama tiga bulan untuk menyiapkan artikel ini. Karya semua pelajar dikutip oleh ahli jawatankuasa yang pula mula bertugas pada 28 April 2014. Dengan adanya kerjasama daripada para pensyarah dan ahli jawatankuasa, proses penerbitan majalah telah berjalan dengan lancar.

Page 21: Buletin Kencana Edisi 2/2014

21

Pada 25 Disember 2014, pensyarah muzik IPGKBL Dr. Chong Pek Lin telah mengunjungi Kampung Uma Sambop, sebuah rumah panjang dengan 72 pintu di daerah Belaga, untuk menyampaikan hadiah Krismas istimewa. Alat muzik melodian dan drum samping berharga RM 910 disampaikan kepada En. Apoi Jok Ngerong, Guru Besar SK Uma Sambop untuk kegunaan pancaragam sekolah. Hadiah ini merupakan tanda penghargaan kepada penghuni Kampung Uma Sambop atas kesudian berkongsi lagu-lagu tradisional mereka dengan Dr. Chong untuk projek penyelidikan muzik tradisional Sarawak dan Sabah.

Selain tesis “Kenyah Recreational Songs and their significance to Music Education” beliau telah menulis tiga buah buku. Buku ketiga, terbitan IPGKBL, Introduction to Selected Instrumental Ensembles and Folk Songs of East Malaysia dihasilkan bersama rakan sekerja Anne Anthony Lajinga pada tahun 2011. Senaskhah buku Introduction to Selected Instrumental Ensembles and Folk Songs of East Malaysia juga disumbangkan kepada sekolah. Buku ini sedang dijual di Miri (Belle’s Bookstore and Spring Bookstore) dan Kuching (Sarawak Museum Cafe, My Bookstore, Arco Strings and Sarawak Cultural Village).

Menurut Dr. Chong, Uma Sambop amat kaya dengan muzik dan tarian tradisional. Beliau sempat berkunjung ke tempat tersebut sebanyak empat kali dan pernah membawa sekumpulan pelajar pada Januari 2008 untuk mengalami kebudayaan Kenyah di samping menjalankan bengkel muzik di sekolah. Pada tahun ini, selain menyaksikan perayaan Krismas, beliau juga dapat menyaksikan majlis Ti-Ngadan (Istiadat memberi nama kepada kanak-kanak)

Tarian Kanjet Lasan semasa Ti-Ngadan (Istiadat memberi nama kepada kanak-kanak) di Uma Sambop pada 26 Disember 2014

Dr.Chong menyampaikan alat muzik kepada En. Apoi semasa majlis penutupan Pertandingan Perhiasan Blok sempena Hari Krismas di Uma Sambop

Hadiah Krismas untuk SK Uma Sambop

Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Batu Lintang telah mengadakan Karnival Kesenian, Kebudayaan dan

Pameran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak pada 16 hingga 18 Oktober 2014. Aktiviti ini melibatkan kerjasama dengan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan negeri Sarawak.Karnival ini bertujuan untuk memberi pendedahan pendidikan asas seni tari kepada pelajar Pendidikan Khas menengah dan rendah untuk meningkatkan pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

Antara objektif aktiviti ini adalah untuk:i. menggalakkan serta menarik minat pelajar pendidikan khas mengenali

dan mempelajari asas-asas seni tari,ii. mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tarian

Zapin, Inang, Joget serta tarian rakyat yang sistematik,iii. mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan pelajar

pendidikan khas di sekolah,iv. mencungkil dan mencari bakat pelajar dalam bidang nyanyian, dan v. meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan pelajar pendidikan khas

semasa berdepan di khalayak ramai.

Melalui aktiviti ini diharapkan dapat meningkatkan proses menjana aspirasi seni negara dalam kalangan pelajar pendidikan khas. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Fadillah bin Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia. Pihak Jabatan Ilmu Pendidikan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan aktiviti karnival ini.

KARNIVAL KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN PAMERAN PENDIDIKAN KHASPERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2014

Page 22: Buletin Kencana Edisi 2/2014

22

AKTIVITI-AKTIVITI JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROFESIONALISME KEGURUAN Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan telah melaksanakan beberapa aktiviti berikut bagi tempoh Julai hingga Disember 2014.

1.0 Kajian Penilaian Program PISMP: Kepuasan Pentadbir terhadap Pelajar PISMP semasa Praktikum Fasa III. Kajian ini melibatkan temu bual dengan 24 orang pentadbir sekolah tentang kepuasan mereka terhadap 31 orang pelajar PISMP ambilan Januari 2011 semasa praktikum II. Kajian ini dilaksanakan oleh Dr. Siti Zohara binti Yassin di lima buah sekolah rendah di sekitar Kuching pada 8-22 Julai 2014

2.0 Pemantauan Guru Baharu dan SSKP2.1 PISMP ambilan Jan. 2009Kajian pemantauan dan SSKP tentang guru baharu dalam kalangan PISMP amb. Jan. 2009 telah dilaksanakan pada Mac-Julai 2014. Pemantauan dibuat di 12 buah sekolah di Sri Aman, Saratok, Bintangor, Simunjan, Serian dan Kuching yang melibatkan 12 orang pentabir sekolah, dan 12 orang guru baharu.

2.2 DPLI ambilan Jan. 2012Kajian pemantauan dan SSKP guru baharu dalam kalangan DPLI amb. Jan. 2012 telah dilaksanakan pada Nov.-Dis. 2014. Pemantauan dibuat di 13 buah sekolah di Dalat, Kapit, Sibu, Betong, Simunjan dan Bau yang melibatkan 13 orang pentadbir sekolah dan 15 orang guru baharu.

3.0 Ceramah dan Bengkel 3.1 Ceramah Hak Cipta dalam Penulisan (MyIPO) telah berjaya diadakan pada 16 Oktober 2014 di IPGKBL, melibatkan seramai 84 orang pensyarah dan pegawai pengurusan. Penceramah ialah En. Noor Aliff bin Musa, Penolong Pengarah Hak Cipta, MyIPO Kuala Lumpur.

3.2 Bengkel Penyelidikan Siri 2 telah diadakan pada 17-18 Julai 2014 di IPGK BL. Ceramah berkaitan dengan penggunaan perisian SPSS dalam kajian telah disampaikan oleh Dr. Abang Ismail bin Abang Julhi. Penceramah jemputan bagi slot ini telah dikendalikan dengan cemerlang oleh Dr Abang Ismail bin Abang Julhi.

3.3 Bengkel Penyelidikan Siri 3 telah diadakan pada 2 Okt. 2014 di IPGK BL. Ceramah berkaitan dengan penulisan artikel penyelidikan telah disampaikan dengan cemerlang oleh Dr. Mary Wong Siew Lian.

3.4 Ceramah “Pemerhatian sebagai satu teknik mengumpul data kajian dalam bilik darjah” dikendalikan oleh Pn. Chuah Kim Hwa pada 14 November 2014 di Bilik Seminar yang dihadiri oleh seramai 60 orang pelajar PISMP ambilan Januari 2012.

Dr. Abang Ismail memberi ceramah

Sesi perbincangan para peserta bengkel

JK Penganjur iCARE bersama YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, YBhg Dr. Noriati binti Abd Rashid, Prof. Dr. Jean McNiff and Prof. Emeritus Dr. Bridget Somekh pada 23 September 2014.

Prof Dr Jean McNiff

Page 23: Buletin Kencana Edisi 2/2014

23Sesi fotografi semasa iCARE dan selepas Majlis Penutupan iCARE

3.5 Projek Kolaborasi Penyelidikan Tindakan Tahun 2014/2015 antara SMK Gedong dan IPGK BL telah dilaksanakan mulai tahun 2014. Projek ini bermula dengan lawatan oleh pasukan Panitia Bahasa Melayu, Sains dan Kemahiran Hidup sekolah berkenaan ke Jabatan PIPK pada 30 Jun 2014 disusuli dengan Ceramah Penyelidikan Tindakan Asas yang dilaksanakan bagi guru-guru SMK Gedong pada 21 Julai 2014. Ini diikuti dengan empat siri bengkel penyelidikan tindakan yang diadakan pada 5 Ogos 2014, 26 Ogos 2014, 10 Sept. 2014 serta 14 Nov. 2014 yang melibatkan dua kumpulan Panitia yang mengintegrasikan penyelidikan tindakan dalam projek Lesson Study mereka.

3.6 Konvensyen Kreativiti & Inovasi (CIC), Penyelidikan Tindakan (CAR) dan IPG Lestari (CSI) IPG Peringkat Kebangsaan 2014 bertemakan “Penyelidikan dan Inovasi IPG Melestarikan Pendidikan Berkualiti” telah berjaya diadakan pada 14-16 Oktober 2014 di Hotel Nouvelle, Seri Kembangan, Selangor. Konvensyen in telah dianjurkan oleh IPGM, KPM. Dr. Tiwi binti Kamidin dengan tajuk inovasi “Model APS PdP Air Pasang Surut” telah menyertai CIC kateogri pensyarah manakala dua orang pelajar PISMP Semester 8 iaitu Cik Sia Siew Bing dan Cik Wong Liew Ling turut menyertai CIC kategori pelajar dengan tajuk inovasi “Penggunaan Kad Permainan Pengelasan Haiwan bagi mata pelajaran Sains”. Cik Agnes Lee dan Cik Liew Lee San telah menyertai CAR. Cik Liew Lee San telah memenangi pingat emas manakala Cik Agnes Lee telah memenangi perak untuk pembentangan semasa pertandingan penyelidikan tindakan. Cik Sia dan Cik Wong turut memenangi perak untuk CIC kategori pelajar.

Taklimat sempena lawatan Panitia SMK Gedong ke IPGK BL

Sesi bengkel semasa Projek Kolaborasi Penyelidikan Tindakan SMK Gedong dan IPGK BL Tahun 2014/2015

Para peserta yang mewakili IPGK BL semasa Konvensyen CIC, CAR

dan CSI

Page 24: Buletin Kencana Edisi 2/2014

24

Gambar semasa dan selepas sesi pembentangan (23-24 September 2014)

Sesi Forum

Majlis Penutupan disempurnakan oleh YBhg Dr. Noriati binti Abd Rashid, Timbalan Rektor IPGM yang mewakili Rektor IPGM.

Moderator Forum, Dr. Shahri bin Abdul Rahman, Prof. Dr. Bridget Somekh, Prof. Dr. Jean McNiff dan Dr. Sheela Nair a/p Gopala Nair semasa forum

Ucapan Terima Kasih dan Selamat Jalan Yang Berusaha, Tn. Hj. Awang Hambali bin Hj. Awang Hamdan

Delegasi mendengar ucapan semasa Majlis Penutupan

Yang Berusaha Tn. Hj. Awang Hambali bin Hj. Awang Hamdan menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Dr. Noriati binti Abd Rashid yang menyempurnakan Majlis Penutupan

Delegasi semasa sesi Forum

Ucapan Penutupan oleh YBhg Dr. Noriati binti Abd. Rashid

“International Conference on Action Research in Education” telah berjaya dianjurkan oleh PROFES secara kolaborasi dengan IPGK BL pada 23-24 September 2014 di Hotel Pullman. Konferens ini dilaksanakan berasaskan kutipan yuran pendaftaran serta sumbangan/ tajaan Sarawak Energy Bhd, Yayasan Sarawak serta disokong oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Sarawak Convention Bureau. Bilangan penyertaan konferens ini ialah 337 orang (61 orang pembentang; 229 peserta; 47 AJK Penganjur iCARE).

“International Conference on Action Research in Education”

Page 25: Buletin Kencana Edisi 2/2014

25PELAKSANAAN AKTIVITI PENGISAHAN SEJARAH

Bersempena sambutan 66 tahun penubuhan IPGK Batu Lintang dan sambutan Hari Malaysia, Jabatan Sains Sosial telah mengadakan aktiviti pengisahan sejarah yang diadakan dalam bentuk pameran bahan-bahan sejarah khususnya berfokus kepada pembentukan Malaysia. Peristiwa penubuhan Malaysia yang melibatkan

penyertaan Sarawak dipamerkan. Aktiviti pameran seni visual juga dijalankan serentak dengan program ini.Program yang berlangsung selama 5 hari ini adalah program kerjasama dengan Jabatan Arkib Negeri Sarawak. Ia berlangsung selama 5 hari bermula pada 8 September sehingga 12 September 2014. Sasaran pengunjung terdiri daripada semua warga IPG Batu Lintang dan pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kuching. Pameran di adakan di foyer bangunan pentadbiran. Pameran ini telah dirasmikan oleh YB Encik Lihan Liwen, Menteri Muda Warisan dan Pelancongan Sarawak. Pameran sejarah ini telah disertakan dengan pelbagai aktiviti lain yang berkaitan dengan sejarah. Antaranya ialah:

Pertandingan Kembara SejarahPertandingan ini dijalankan untuk pelajar sekolah rendah di daerah Kuching. Pertandingan kembara sejarah berbentuk treasure hunt ini bertujuan untuk menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar sekolah rendah dalam mata pelajaran Sejarah yang baru diperkenalkan pada tahun 2014.

Tayangan video sejarah kemerdekaanTayangan video sejarah kemerdekaan yang dijalankan dengan kerjasama pihak Arkib Negeri Sarawak diadakan di TAZA. Aktiviti ini dibuka kepada semua warga IPGK Batu Lintang, pelajar sekolah rendah dan juga menengah.

Pertandingan Kuiz SejarahPertandingan kuiz Sejarah diadakan selari dengan aktiviti pengisahan sejarah ini. Soalan-soalan kuiz adalah berdasarkan bahan pengisahan sejarah yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mengikutinya. Pemenang dipilih berdasarkan kepada peserta yang dapat menjawab soalan dengan tepat. Hadiah telah diberikan kepada pemenang dalam perhimpunan bulanan September 2014.

Pertandingan melukis Hari MalaysiaPertandingan ini dibuka kepada kanak-kanak tadika IPGK Batu Lintang. Hadiah telah disampaikan oleh YB Encik Lihan Liwen yang kebetulan mengadakan lawatan ke Muzium Sejarah IPGK Batu Lintang dan melihat pameran yang diadakan pada hari tersebut.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI PENGISAHAN SEJARAH

Page 26: Buletin Kencana Edisi 2/2014

26

LAPORAN PROGRAM“COMMUNITY OUTREACH 2014”

Program ini adalah salah satu projek inovasi yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching pada 3 hingga 5 Oktober 2014 sebagai tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat di luar bandar dan juga pelajar-pelajar sekolah. Bertemakan PENDIDIK EJEN PEMANTAPAN HUBUNGAN ETNIK, program ini berfokuskan pendedahan kepada para pelajar IPG Kampus Batu Lintang untuk memahami dan mengalami situasi secara dekat kehidupan sebenar masyarakat majmuk di Malaysia. Usaha ini memberi ruang yang efektif bagi menyemai dan memantap hubungan muhibah dan silaturahim dalam kalangan masyarakat etnik Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Pada tahun 2014 Program Community Outreach telah memilih KAMPUNG PICHIN SERIAN sebagai destinasinya.

Kumpulan pelajar yang terlibat ialah seramai 80 orang dari berbagai program pengajian seperti berikut;

a. PISMP BC Ambilan Jun 2013 seramai 18 orangb. PISMP GSTT SN Ambilan Jun 2013 seramai 21

orangc. PISMP GSTT BI Ambilan Jun 2013 seramai 14

orangd. PISMP PKMP1 Ambilan Jan 2013 seramai 5

orange. PISMP BI SK dan BC Ambilan Jan 2013 seramai

12 orangf. PISMP SN Ambilan Jun 2013 seramai 10 orang

Seramai 15 orang Pensyarah dari Jabatan Sains Sosial dan 6 orang staf sokongan telah turut serta bagi menjayakan program ini. Aktviti yang dijalankan ialah seperti ceramah pendidikan kepada ibu-bapa, menghasilkan simenfero, gotong royong dengan masyarakat kampung, eksplorasi rimba ke ladang getah, ladang kelapa sawit dan sawah padi. Pada sebelah malamnya pelajar telah berpeluang untuk menjalankan bengkel muzik tradisional Bidayuh dan membuat persembahan di rumah panjang. Pelajar juga berpeluang untuk melihat sendiri perusahaan kraftangan masyarakat Bidayuh yang terdapat di Kampung Pichin.

Yang Berhormat Dato Sri Micheal Manyin Jawong, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak yang juga merupakan anak kelahiran Kampung Pichin, telah berkenan untuk turun padang bersama pelajar dalam majlis perasmian penanguhan program ini. Beliau telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20,000.00 untuk menjayakan program ini.

PAMERAN SENI VISUAL 2014Tiga aktiviti utama telah dijalankan oleh Jabatan Sains Sosial sempena Pameran Seni Visual 2014 di foyer blok pentadbiran baharu IPG KBL iaitu “Marathon Drawing Activity”, Pameran Seni Abstrak dan “Interactive Art Activity”.

PAMERAN SENIPameran seni abstrak hasil karya pelajar yang diadaptasi daripada motif-motif etnik pribumi Sarawak.

“INTERACTIVE ART ACTIVITY”Seramai 50 orang pelajar sekolah rendah berkesempatan melaksanakan aktiviti seni yang dilaksanakan dalam bentuk interaktif menggunakan bahan dan daya kreativiti. Fasilitator mereka terdiri daripada pelajar PISMP yang mengambil PSV sebagai subjek elektif mereka.

‘MARATHON DRAWING ACTIVITY’ Para pelajar dari sekolah rendah berhampiran IPG dijemput menyertai aktiviti ini yang berjaya melakarkan karya mereka sepanjang 600 meter.

Page 27: Buletin Kencana Edisi 2/2014

27

International Conference on Economics, Education and Humanities (ICEEH’14)

En. Yusop Hj. Malie pensyarah di Unit Pendidikan Khas/Pendidikan Pemulihan Jabatan Ilmu Pendidikan telah menghadiri seminar International Conference on Economics, Education and Humanities (ICEEH’14) pada 10-11 Disember, 2014 di Bali Indonesia. Dua orang pelajar PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2011 telah hadir bersama dalam seminar tersebut iaitu Nurul Syakira Hazwani bt. Mohd. Safie dan Nurul Syuhada bt. Kharit.

Semasa seminar tersebut, En. Yusop Hj. Malie telah membentang kertas kerja bertajuk “Enhancing reading skills among remedial pupils recall of coloured words” yang dihasilkan bersama dengan Nurul Afiqah binti Zainudin, seorang pelajar PISMP Pendidikan Pemulihan Ambilan Januari 2011. Nurul Syuhada bt. Kharit telah membentang kertas kerja bertajuk “Facilitating student with down syndrome to recognized shapes using Concrete-Representation-Abstract (CRA) approach” manakala Nurul Syakira Hazwani bt. Mohd. Safie telah membentang kertas kerja bertajuk “Using interactive media approach to enhance the concentration span of slow learner pupils”. Nurul Syakira Hazwani telah dianugerahkan sijil “Session Best Paper Certificate”.

International Symposium on Education and Psychology (ISEP 2014)2-4 April, 2014 Nagoya University, Japan

En. Yusop Hj. Malie pensyarah di Unit Pendidikan Khas/Pendidikan Pemulihan Jabatan Ilmu Pendidikan telah menghadiri seminar International Symposium on Education and Psychology (ISEP 2014) pada 2-4 April, 2014 Nagoya University, Japan. Beliau telah membentang kertas kerja bertajuk “Application of thinking maps for an autistic student to learn science concepts” yang dihasilkan bersama dengan Nurfarhana bt. Kamel, seorang pelajar PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2010.

Yusop Hj. Malie bersama dengan Nurul Syakira Hazwani bt. Mohd. Safie dan Nurul Syuhada bt. Kharit

Pembentangan bertajuk “Application of thinking maps for an autistic student to learn science concepts“

Berada di Nagoya Castle sempena The Bloom of Cherry Blossom

Mendengar taklimat di Information Technology Centre Universiti Nagoya

Bersama dengan pembentang yang menghadiri seminar “International Symposium on Education and Psychology“(ISEP 2014) di Nagoya University Japan

Nurul Syakira Hazwani bt. Mohd. Safie menerima “Session Best paper Certificate” daripada pihak penganjur

Bersama dengan pembentang yang menghadiri seminar International Conference on Economics, Education and Humanities (ICEEH’14) 10-11 December, 2014 Bali (Indonesia)

Page 28: Buletin Kencana Edisi 2/2014

28 Life in the Jungle- A Ballet,pementasan semula pada Ogos 2014

Persembahan Koir Sempena Majlis Sambutan Hari Wanita Tahun 2014

Atas permintaan ramai, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang menggabungkan tenaga dengan Layna Ballet Academy dan Simfoni Orkestra Negeri Sarawak sekali lagi pada 23 dan 24 Ogos di Dewan Undangan Negeri Lama untuk mementaskan semula Life in the Jungle, sebuah opera- ballet bertema legenda Iban. Pementasan pertama pada Januari 2014 selama 3 malam telah mendapat sambutan hebat dan disaksikan oleh kira-kira 1,500 orang dan berjaya mengutip RM65,000 untuk tiga badan amal. Pertunjukan dua malam ini telah memungut sebanyak RM30,000 yang disumbangkan kepada tiga pertubuhan amal lain.Legenda Iban ini mengisahkan bagaimana sejenis burung “Pongkapong” meninggalkan Sarawak kerana anaknya diserang oleh “Ikan Juak”. Malangnya apabila Pongakpong dan keluarganya perpindah ke Sumatra, semua binatang di Sarawak kelaparan kerana tanpa lagu burung Pongkapong, pokok-pokok tidak dapat berbuah lagi. Produksi ini disertai oleh 200 orang seniman muda termasuk 65 orang pelajar IPG Kampus Batu Lintang yang memainkan peranan sebagai penyanyi solo, koir, pelakon, penari, ahli muzik etnik serta pembantu latar pentas.

Babak 1: Hush Little baby: Ibu dan anak burung Pongkapong selepas serangan Ikan Juak

Life in the Jungle Babak 2: Adegan Sumatra : Aksi silat dan tarian Sumatra oleh Pelajar IPGKBL

Atas permintaan khas YB Datuk Fatimah, koir IPGK Batu Lintang telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Sambutan hari Wanita di Pullman Hotel pada 27 September 2014 yang disaksikan oleh seramai kira-kira 3,000 orang termasuk tetamu kehormat Ketua Menteri. Koir seramai 32 orang muncul 3 kali dengan persembahan lagu kebesaran Sarawak dan negara, dan tiga buah lagu lain. Seiring dengan tema Sambutan Hari Wanita tahun ini “Sarawak Women in Volunteerism: Caring Hearts, Touching Lives”, lagu-lagu yang dipersembahkan termasuk “You Raise Me Up”, “Heal the World”, dan “You Light Up My Life”.

Koir Batu Lintang menyanyi lagu iringan dalam empat lapisan suara, termasuk beberapa orang penyanyi solo yang memainkan peranan penting dengan membekalkan suara watak utama“Rhino” (Bong Chee Xiung) Ikan Juak (Peterus Balan Seling) dan Tok Tarau (Lizbeth Linus)

Babak 3: Pongkapong kembali ke Sarawak. Ngajat sambutan oleh pelajar IPGKBL

Orkestra Simfoni Negeri Sarawak mengiringi koir dan penari ballet

Page 29: Buletin Kencana Edisi 2/2014

29

Abdul Aziz Bin Mohamad (“Wolf”) and Emmee Kuek Kim (“Rabbit”) in “Trick or Treat”

Picture of the colourful family in “Bubble, Bubble, Rainbow in Trouble”

Witches confronting the children and the golden goose in a dramatic encounter

On 24th October 2014, the TAZA auditorium was filled with over 350 primary school children and their teachers to witness two drama productions, entitled “Trick or Treat” and “Bubble, Bubble, Rainbow in Trouble”. This drama

showcase was organised by the English Unit in conjunction with the Institute of Teacher Education Batu Lintang Campus’ 66th year jubilee celebration. The two drama productions were produced by Mr Sanjan Daik, Miss Fraulein Angking and Mdm Ira Bhattacharyya. The artistic directors were Mdm Ira Bhattacharyya and Mdm Anis Alisya Abdullah. Over 50 PISMP TESL students participated as cast and crew in the two productions. In his welcoming speech, Mr Sanjan Daik, the Head of the English Department, said that the drama showcase was to allow the learning of English in a fun yet meaningful way as drama had the potential to enhance cognitive, affective and psychomotor development. Tuan Haji Awang Hambali Bin Hj. Awang Hamdan, Director of the Institute of Teacher Education Batu Lintang Campus said in his opening address that children’s drama was an elective course under Language Arts and besides fulfilling an academic requirement, staging dramas encouraged student teachers to be creative and innovative while cultivating teamwork and English language proficiency. Among the distinguished guests present were Dr Mohamad Noor Mohd Taib, who was representing the Rector of the Institute of Teacher Education Malaysia and Mr Jamiran Bin Salam, Deputy Director of the Institute of Teacher Education Batu Lintang Campus.

Twenty one students from PPG Cohort 1 TESL 1 and TESL 2 (Jun

2011 Intake) had showcased seven English Board Games in the ‘The Creative Teacher Showcase’ on the 28.08.2014 in the 12th Asia TEFL Conference and 23rd MELTA International Conference

at Borneo Convention Centre, Kuching. The board games were the projects they produced for TSL3113 taught by Mdm Allizah Bawi. Their showcases had attracted many delegates including the Princess from the Perak Sultanate who had officiated the conference. It was a very meaningful exposure for the teachers to publicise their creativity and exchanged views and knowledge.

CHILDREN’S DRAMA 2014

The Creative Teacher Showcase

Page 30: Buletin Kencana Edisi 2/2014

30It was a wonderful experience to take part in the 12th Asia TEFL International Conference and 23rd MELTA International Conference which was held at Borneo Convention Center Kuching (BCCK) from 28th – 30th August 2014. In the conference, I participated in the MELTA Creative Student Teacher Showcase. For this competition, I was required to showcase a teaching practice or a teaching aid which I had used in the classroom. Therefore, I chose

one of my teaching aids, a board game I redesigned – GRAMMARpoly. I got the idea of the board game from a popular game known as Monopoly. However, I changed and redesigned the features, game focus, rules and r e g u l a t i o n s for the game to make it an e d u c a t i o n a l learning tool. I designed this board game the English L a n g u a g e Festival (ELF) 2 a few years back. For this conference, I further refined the board so that it would be a more effective language board game.

During the conference, I was given a booth where I could display my showcase item. So I would have to talk about my GRAMMARpoly to anyone

who visited my booth that day. The conference participants and judges would visit each booth and we had to present and demonstrate our items to them. In other words, we had to “sell” our products or ideas and convince people that it is “workable” in the classroom. I also

grabbed the opportunity to walk around and look at how other friends from other booths did. All of them had very creative items for showcase and I learned so much from them. It was also very enriching talking to and sharing my work with many academicians from other institutes in Malaysia and even from overseas.

It has been an enriching experience participating in the competition. It’s not because I got an additional certificate, but it’s the experience and interaction with people that made it worthwhile. I get to meet many people in the TESL field, as there were many well known TESL academicians as well as teachers from all over the world. I get to share and learn new ideas interacting with them as well as gained valuable insights in the latest trends in teaching TESL.

I was chosen as the Gold Award recipient for the MELTA Malachi Edwin Creative

I am a teacher trainee in my final year of Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) January 2011 intake offered by Institute of Teacher Education, Batu Lintang Campus, majoring in Teaching English as a Second Language (TESL).

Figure 1 The GRAMMARpoly board I designed to help young children in learning Grammar.

Figure 2 My GRAMMARpoly booth. Looking good?

Figure 3 The other showcase presenters also had very interesting things to showcase.

Figure 7 A picture with my tutor, Madam So Suez Pink, who has given me support and guidance in taking up this challenge.

Page 31: Buletin Kencana Edisi 2/2014

31

Figure 4 Presenting my GRAMMARpoly when the panel of judges visited my booth.

Student Teacher Showcase (CSTS). I am really grateful for the award I received. It was not easy preparing for this competition. Like other teacher trainees, I too, have assignments to complete and datelines to meet. Sacrifices, especially my social life and my allocated hours for sleeping, had to be made. Time management was vital. Despite that, I believe that my efforts paid off. The important thing is, I accepted the challenge, worked hard at it, and in the end I earned my reward.

I’m grateful to receive support and guidance from my lecturers. They really helped me a lot as that was my first time participating in an International Conference.

Lastly, I’m really proud to be a teacher trainee of ITE Batu Lintang Campus. In our institute, there are many bright, creative and outstanding teacher trainees. We have excellent lecturers who are ever willing to guide us. All my training years here in the institute has been very fruitful. At least at the end of that five and a half years, I could look back, and see that I have done so much rather than just attending lectures, rushing assignments, going for practicum, and sitting for exam. The doors of opportunities are open; it is up to us whether we want to take that step to walk in.

So, challenge ourselves, push ourselves, explore our potential and shine.

Puan Monica Lau 2.2.2014Puan Roseline Liu Kui Goh 20.7.2014Encik Siaw Chai Hok 20.11.2014Encik Razali Bin Haji Yu 31.12.2014

Figure 5 Receiving the MELTA Malachi Edwin CSTS Gold Award from the Deputy Education Minister, Datuk Mary Yap.

Figure 8 A group photo with the MELTA Committee Board and the some of the teacher trainees from other institutes.

Jasamu Dikenang

Page 32: Buletin Kencana Edisi 2/2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Laman Web : http//www.ipbl.edu.myEmel Rasmi : [email protected]