buletin minda pengetua 1 2011

4
Saya melihat tahun 2011 seba- gai tahun yang penuh cabaran kepada kita kerana tahun ini merupakan tahun terakhir atau tahun performing untuk kita merealisasikan Perancangan Strategik SMK Bandar Putra 2009-2011. Marilah kita sama -sama merenung kembali dan membuat penilaian terhadap prestasi dan pencapaian kita pada tahun 2010 dan sebelumnya. Setiap daripada kita, perlu membuat refleksi bagi menilai amalan dan pencapaian kita setakat ini. Amalan yang baik perlu terus diperbaiki dan dimantapkan lagi. Sebaliknya amalan yang kurang sesuai dikaji semula dan diganti dengan kaedah atau pendekatan yang lebih baik. Sesungguhnya, amalan menilai prestasi dan pencapaian kita yang lepas adalah sebahagian daripada proses pendidikan yang dilakukan secara berterusan. Ia perlu diamalkan oleh semua guru dan staf sokongan dan murid agar amalan pengajaran dan tugas serta tanggungjawab sentiasa diperbaiki. Saya penuh yakin setiap guru, staf dan murid sekolah ini mampu menterjemahkan harapan dan impian sekolah, ibu bapa, masyarakat dan negara untuk menjadikan visi dan misi kita satu realiti. Justeru setiap pihak mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dimainkan dan ianya saling lengkap melengkapi. Marilah kita bekerja dalam satu pasukan secara profesional dan kolaboratif. Marilah kita jadikan tahun 2011 sebagai agenda menambah nilai kecemerlangan dalam semua aspek meliputi profesionalisme kita, akademik, kokurikulum, bina insan dan pembangunan di sekolah ini. Jadikan budaya kerja cemerlang sebagai amalan kita dan kita sentiasa berusaha untuk mencipta sejarah dalam apa juga tahap dan peringkat. Apa yang lebih penting ialah pada akhirnya apa yang kita laksanakan nanti akan memberi kesan positif kepada kemajuan pendidikan anak bangsa. Sesungguhnya, kejayaan kita melaksanakan apa yang terbaik adalah kejayaan kepada sekolah dan seterusnya kepada bangsa dan akan menjadi kebangaan masyarakat seluruhnya. Jika generasi kita diasuh dan dididik masa ini berjaya dan memberikan sumbangan positif kepada kepada pembangunan bangsa dan negara yang makmur dan bersatu padu, bakti dan jasa kita akan sentiasa dikenang. Anak-anak pelajar yang menjadi pewaris kepimpinan kini pula seharusnya mempersiapkan diri untuk terus cemerlang segalanya dengan memperkukuhkan daya saing diri untuk meneruskan survival kehidupan pada masa depan. - Ucap utama Pengetua hari pertama persekolahan 3/1/2011 2011 TAHUN UNTUK MENCIPTA KEGEMILANGAN Penasihat Akademik 2011 Medium murid berkongsi strategi kecemerlangan Mulai tahun 2011, SMK Bandar Putra telah mewujudkan pro- gram Penasihat Akademik yang telah dilancarkan oleh Pengetua pada 7 Januari 2011 dan dikel- olakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Setiap murid akan diberi- kan seorang penasihat akademik dari kalangan guru- guru SMK Bandar Putra. Setiap guru akan berperanan sebagai mentor, sumber rujukan dan guru bimbingan kepada murid- murid dalam apa juga aspek pendidikan di sekolah. Sehubungan itu semua murid digalakkan mendapatkan perkhidmatan ini melalui me- dium perjumpaan/perbincangan dengan PA masing-masing un- tuk berkongsi hal-hal berkaitan pembelajaran di sekolah selain mendapatkan perkhidmatan daripada UBK. Pastikan anda merujuk kepada edaran senarai PA dan ambillah peluang ini untuk terus mencipta kegemilangan diri masing-masing. Ber- peganglah kepada pepatah “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Mari- lah kita memulakan dengan mengoptimumkan PA. MINDA PENGETUA 28 JANUARI 2011 Buletin MINDA PENGETUA 2 2 2 3 3 3 4 KANDUNGAN DI DALAM VISI Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang MISI Membangun potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti SMK Bandar Putra, Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000 Kulaijaya Renungan : “Dalam keghairahan kita untuk membina modal insan, jangan kita lupa tentang satu lagi matlamat utama pendidi- kan, iaitu untuk membangun jiwa insan. “ - YAB Tan Sri Mahyuddin bin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia MINDA PENGETUA hanya untuk terbitan dan edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, grafik dan suntingan oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, Kulaijaya.

Upload: azman-adnan

Post on 04-Jul-2015

1.694 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Saya melihat tahun 2011 seba-

gai tahun yang penuh cabaran kepada kita kerana tahun ini merupakan tahun terakhir atau tahun performing untuk kita merealisasikan Perancangan Strategik SMK Bandar Putra 2009-2011. Marilah kita sama-sama merenung kembali dan membuat penilaian terhadap prestasi dan pencapaian kita pada tahun 2010 dan sebelumnya. Setiap daripada kita, perlu membuat refleksi bagi menilai amalan dan pencapaian kita setakat ini. Amalan yang baik perlu terus diperbaiki dan dimantapkan lagi. Sebaliknya amalan yang kurang sesuai dikaji semula dan diganti dengan kaedah atau pendekatan yang lebih baik. Sesungguhnya, amalan menilai prestasi dan pencapaian kita yang lepas adalah sebahagian daripada proses pendidikan yang dilakukan secara berterusan. Ia perlu diamalkan oleh semua guru dan staf sokongan dan murid agar amalan pengajaran dan tugas

serta tanggungjawab sentiasa diperbaiki.

Saya penuh yakin setiap guru, staf dan murid sekolah ini mampu menterjemahkan harapan dan impian sekolah, ibu bapa, masyarakat dan negara untuk menjadikan visi dan misi kita satu realiti. Justeru setiap pihak mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dimainkan dan ianya saling lengkap melengkapi.

Marilah kita bekerja dalam satu pasukan secara profesional dan kolaboratif. Marilah kita jadikan tahun 2011 sebagai agenda menambah nilai kecemerlangan dalam semua aspek meliputi profesionalisme kita, akademik, kokurikulum, bina insan dan pembangunan di sekolah ini. Jadikan budaya kerja cemerlang sebagai amalan kita dan kita sentiasa berusaha untuk mencipta sejarah dalam apa juga tahap dan peringkat. Apa yang lebih penting ialah pada akhirnya apa yang

kita laksanakan nanti akan memberi kesan positif kepada kemajuan pendidikan anak bangsa.

Sesungguhnya, kejayaan kita melaksanakan apa yang terbaik adalah kejayaan kepada sekolah dan seterusnya kepada bangsa dan akan menjadi kebangaan masyarakat seluruhnya.

Jika generasi kita diasuh dan dididik masa ini berjaya dan memberikan sumbangan positif kepada kepada pembangunan bangsa dan negara yang makmur dan bersatu padu, bakti dan jasa kita akan sentiasa dikenang.

Anak-anak pelajar yang menjadi pewaris kepimpinan kini pula seharusnya mempersiapkan diri untuk terus cemerlang segalanya dengan memperkukuhkan daya saing diri untuk meneruskan survival kehidupan pada masa depan. - Ucap utama Pengetua hari

pertama persekolahan 3/1/2011

2011 TAHUN UNTUK

MENCIPTA KEGEMILANGAN

Penasihat Akademik 2011

Medium murid berkongsi strategi kecemerlangan

Mulai tahun 2011, SMK Bandar Putra telah mewujudkan pro-gram Penasihat Akademik yang telah dilancarkan oleh Pengetua pada 7 Januari 2011 dan dikel-olakan oleh Unit Bimbingan

dan Kaunseling.

Setiap murid akan diberi-kan seorang penas ih at akademik dari kalangan guru-guru SMK Bandar Putra. Setiap

guru akan berperanan sebagai mentor, sumber rujukan dan guru bimbingan kepada murid-murid dalam apa juga aspek pendid ikan d i sekolah . Sehubungan itu semua murid d iga lakkan mendapatkan perkhidmatan ini melalui me-dium perjumpaan/perbincangan dengan PA masing-masing un-tuk berkongsi hal-hal berkaitan pembelajaran di sekolah selain

mendapatkan perkhidmatan d a r i p a d a U B K . Pastikan anda merujuk kepada edaran senarai PA dan ambillah peluang ini untuk terus mencipta kegemilangan diri masing-masing. Ber-peganglah kepada pepatah “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Mari-lah kita memulakan dengan

mengoptimumkan PA.

MINDA

PENGETUA 28 JANUARI 2011

Buletin MINDA

PENGETUA

2

2

2

3

3

3

4

KANDUNGAN DI DALAM

VISI

Sekolah Unggul Penjana

Generasi Terbilang

MISI

Membangun potensi

Individu Melalui Pendidikan

Berkualiti

SMK Bandar Putra, Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000 Kulaijaya

Renungan :

“Dalam keghairahan kita untuk membina modal insan, jangan kita lupa tentang satu lagi matlamat utama pendidi-kan, iaitu untuk membangun jiwa insan. “

- YAB Tan Sri Mahyuddin bin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia

MINDA PENGETUA hanya untuk terbitan dan edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, grafik dan suntingan oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, Kulaijaya.

semangat persaingan yang sihat. Aktiviti sukan juga dapat merapat-kan hubungan dan meningkatkan persefahaman selain boleh mewu-judkan semangat "esprit de corp" iaitu saling membantu di antara satu

sama lain. Dalam konteks SMK Bandar Putra semua murid wajib terlibat dalam se-kurang-kurangnya 1 jenis sukan/permainan dan

semua aktiviti sukan dan permainan akan dilaksanakan melalui rumah sukan masing-masing. Penilaian akan dibuat dengan menekankan pengli-batan setiap murid dalam sukanter-masuk penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan men-genai sukan berkenaan tanpa me-

mentingkan prestasi mereka.

- Ucapan Pengetua dalam Perhim-

punan Mingguan 17/1/2011

"1 Murid 1 Sukan" merupakan rancangan transformasi pendidikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran bermula pada tahun 2011. Ia bagi memastikan setiap murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar ini ber-tujuan mengem-balikan kegemilan-gan sukan ke per-ingkat sekolah disamping dapat meningkatkan

Tahniah kepada 221 calon PMR 2010 yang telah Berjaya meraih kecemerlan-gan dengan meningkatkan pencapaian GPS sekolah dari 1.22 kepada 1.20 den-gan 94 orang mendapat perfect score. Natijahnya, SMK Bandar Putra masih mengungguli pencapaian di daerah Ku-laijaya (1/16) dan mengekalkan kedudu-

kan di 10 teratas negeri Johor (9/243).

Kejayaan ini hendaklah menjadi satu cabaran kepada 293 calon PMR 2011 yang akan mengemudi bahtera kejayaan sekolah ini dengan sasaran 2011 iaitu:

Warga SMK Bandar Putra meleta-akkan harapan yang tinggi kepada anda untuk melunaskan tangung-jawab ini demi maruah. Imej dan

kemenjadian yang perlu kita per-tahankan.

- Petikan program Pengetua Ber-sama Calon PMR pada 28/1/2011 di Dewan Asrama

“Cita-Cita perlu bagi manusia yang hidup. Manusia yang tidak bercita-cita sebenarnya mati kerana manusia yang tidak bercita-cita sudah mati batinnya dan kematian batin adalah sama dengan

hidup dalam kubur”

(Abu Hanifah)

pembelajaran.

Ucapan Pengetua dalam Perhim-punan Mingguan 17/1/2011

Senarai semak BD untuk tindakan murid-murid : 1. BD sentiasa bersih 2. BD sentiasa ceria 3. BD Selamat

4. BD selesa

Iklim bilik darjah yang dikatakan

kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan mem-beri kesan cita rasa, semangat, kese-jahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kon-dusif ini akan meningkatkan keberke-sanan aktiviti pengajaran-

- Pemangkin kecemerlangan murid

Kejayaan PMR 2010

- Cabaran buat 293 calon

Bilik Darjah Kondusif

- Mencetuskan semangat dan minat

”...Sukan juga dapat merapatkan

hubungan dan meningkatkan

persefahaman…..”

Hlm 2

Rahsia Cemerlang : Mengulang kaji menggunakan kaedah „output learning‟ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difa-

hami, dan jawab soalan.

Bilik Darjah yang menjadi syurga semasa proses

P&P hendaklah sentiasa kondusif

Pesanan Pengetua, “ ambil masa 5 minit waktu pertama P&P untuk pastikan tiada sampah dalam bilik darjah, susunan meja kerusi kemas, sudut ilmu ceria, tingkap dan dinding tidak berhabuk, papan hijau dipadam, meja guru dan murid kemas. Kalau semua item berkenaan diurus dengan baik baru mulakan pembela-

jaran. Insyallah kita dapat titisan ilmu yang berkesan sepanjang hari berkenaan”

naan.

Antara tujuan penguatkuasaan ini dibuat untuk meningkatkan kualiti pen-

capaian kedua-dua ba-hasa berkenaan dalam dalam PMR, SPM dan PBS. Dapatan Audit Akademik pada 6/1/2011 menunjukkan antara faktor murid tidak menguasai A dan memperoleh near miss dalam kedua-dua ba-hasa berkenaan kerana kecenderungan meng-

gunakan bahasa ibunda dalam amalan

komunikasi serta pembelajaran.

Sehubungan itu semua murid dan guru dikehendaki mematuhi polisi ini dan sentiasa berusaha untuk memasti-kan keputusan BM dan BI berada pada tahap cemerlang di sekolah ini. Pendekatan ini juga digunakan selaras dalam konteks dasar Memartabatkan bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI) oleh KPM

yang dipraktikkan di sekolah ini.

- Ucapan Pengetua dalam Perhimpunan

Mingguan pada 7/2/2011

Jawatankuasa Pengurusan Sekolah dalam mesyuaratnya pada 16/1/2011 membuat ketetapan hanya bahasa Ma-laysia dan bahasa Inggeris sahaja dibenarkan diguna-kan sebagai bahasa komunikasi oleh murid-murid SMK Bandar Putra semasa berada dalam kawa-san sekolah. Bahasa ibunda hanya diguna-kan semasa proses pengajaran pembela-jaran subjek berke-

Headcount dalam konteks pendidi-kan ialah mekanisme dan proses untuk mengenalpasti prestasi akademik dan potensi kerjaya bagi seseorang murid. Antara kepentingan headcount adalah untuk memantau pencapaian murid secara berfokus mengikut mata pelajaran, kelas dan individu, membantu guru / murid mengenal pasti potensi akademik setiap pela-jar / diri sendiri, dapatan headcount digunakan untuk melakukan post-mortem dengan lebih berfokus – merancang strategi yang lebih sesuai, proaktif dan ampuh, dalam bilik darjah , maklumat headcount mem-bantu guru mata pelajaran membuat diagnosis yang lebih tepat mengenai kelemahan murid, menyenaraikan dan menetapkan unjuran (ramalan) pencapaian mata pelajaran murid, mengenal pasti dan menentukan ciri

-ciri keupayaan pembelajaran bagi murid dan akhirnya pendekatan guru mengajar akan lebih terancang dan mudah dengan melihat kele-mahan murid. Sehubungan itu semua murid perlu memahami dan menguasai istilah TOV, ETR, OTR, OTI dan AR dalam headcount ini. Dalam konteks membudaya-kannya sebagai strategi berkesan mencapai matlamat, tindakan beri-kut mesti diambil perhatian: 1. memahami dan menghayati HC. 2. terlibat dalam menentukan HC bersama guru subjek masing- masing. 3. memilik dan sentiasa menge maskini Kad Graf Prestasi Diri 4. Menulis HC dan graf prestasi subjek dalam halaman hadapan semua buku latihan dan nota murid.

5. Mewujudkan sudut HC dalam bilik darjah. 6. Berkongsi pencapaian dan sasaran HC bersama guru dan ibu bapa.

************************************* “ …..an inventory of people in a group taken by counting individual….” inilah yang ingin kita aplikasikan dalam meningkatkan kecemerlangan murid di sekolah ini…….”

Ucapan Pengetua Perhimpunan Mingguan 17/2/2011

dapatan statistik salahlaku 2009 dan 2010 menunjukkan kemerosotan salah laku yang ketara dan statistik ini perlu terus dikecilkan hinggalah mencapai sasaran “o” seperti yang kita tetapkan dalam KRA bidang HEM. Sehubungan itu semua murid hen-daklah sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah demi menjaga keharmoniah organisasi kita, Murid yang cemerlang ialah murid yang mampu membawa tahap pencapaian yang seimbang dari segi akademik, ko-

Sistem e-Disiplin telah digunapakai sebagai mekanisme kawalan disiplin pelajar di SMK Bandar Putra sejak tahun 2009. Menerusi sistem secara online ini murid-murid yang melakukan salah laku disiplin akan dikenakan saman dan dire-kodkan secara online. Rekod kumulatif salah laku ini hanya boleh dilupus atau dikurangkan melalui aktiviti kerja amal yang diselia oleh guru disiplin dan guru-guru. Laporan En. Nizam berdasarkan

kurikulum dan sahsiah diri.

- Ucapan Pengetua dalam Perhimpunan

Mingguan 3/1/2011

“ Kita mengajar disiplin supaya giat bekerja, bagi kebaikan dan bukan supaya anak-anak menjadi lemah, pasif atau penurut” - (Maria Montessori)

Bahasa Malaysia dan bahasa Ingeris medium komunikasi utama - Penguatkuasaan dalam kawasan premis sekolah mulai 2011

Membudayakan Headcount di kalangan murid - amalan terbaik menggapai kecemerlangan

DISIPLIN DIRI PENENT U KEJAYAAN

”....antara faktor murid tidak menguasai A dan memperoleh

near miss dalam kedua-dua subjek berkenaan kerana

kecenderungan menggunakan bahasa ibunda dalam amalan

komunikasi dan pembelajaran……..”

Halaman 3

Perkukuhkan Bahasa Inggeris

“Antara faedah menguasai bahasa Inggeris adalah

bagi membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran

yang bersumberkan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris

juga penting di negara kita selaras dengan objektif

pendidikan yang ingin melahirkan individu yang

mampu bersaing dalam dunia global. Kemajuan eko-

nomi negara yang telah melepasi sempadan negara,

memerlukan penduduk Malaysia yang mampu berba-

hasa Inggeris dengan baik agar dapat bersaing dengan

mereka dari seluruh dunia. Kesimpulannya bahasa

Inggeris merupakan bahasa yang amat perlu dipelajari

dan dikuasai oleh semua pelajar. Seseorang yang

dapat menguasai bahasa ini akan lebih berkeyakinan

dan mampu merebut peluang yang tersedia sama ada

pada peringkat nasional atau pada peringkat antara

bangsa. Namun begitu, biar bagaimana penting seka-

lipun bahasa Inggeris ini digunakan oleh masyarakat

antarabangsa namun penggunaan bahasa Malaysia

sebagai bahasa rasmi negara amat perlu diper-

tahankan dan dipertingkatkan martabatnya. Kita tidak

mahu bahasa rasmi kita pupus akibat kelalaian kita

mengagungkan bahasa Inggeris umpama kata

pepatah Melayu “yang dikejar tak dapat, yang diken-

dong keciciran”. - Ucapan Pengetua dalam majlis

Pelancaran English Week pada 10/1/2011

Didik diri anda dengan amalan-amalan

baik.

8. Mentaati perintah agama.

Jangan lupa ajaran agama dan sentiasalah

berdoa agar diberi kejayaan.

9. Menghormati ibu bapa.

Doa dan restu ibu bapa adalah penting.

Jaga hati dan dengar nasihat mereka.

1. Yakin kepada kebolehan diri sendiri.

Yakin BOLEH ! Jangan melihat diri

sendiri secara negatif.

2. Sentiasa melihat pelajaran dari sudut

positif.

Sentiasa mengaitkan belajar itu dengan

perkara yang menyeronokkan dan mudah.

3. Mempunyai wawasan yang tepat dan

jelas.

Tetapkan matlamat dengan tepat dan jelas

yang membolehkan diri berusaha sedaya

upaya untuk mencapainya.

4. Menggunakan kaedah pembelajaran

yang berkesan.

Gunakan kaedah yang berkesan dan sesuai

dengan diri anda.

5. Belajar secara berterusan.

Mengulangkaji pelajaran setiap hari mengi

kut jadual belajar.

6. Bijak mengurus masa.

Masa amat berharga dan elak daripada

membuang masa.

7. Berdisiplin.

10. Mentaati guru.

Tanpa didikan guru, pelajar tidak akan

berjaya. Rajin bertanya sekiranya tidak

faham apa yang diajar.

(Petikan ucapan Pengetua dalam Perhim-

punan Mingguan bil 2/2011 pada 10/1/11)

10 Rahsia Kejayaan Murid

Kejayaan akan tercipta apabila murid sentiasa melakukan amalan-amalan terbaik dalam kehidupan.

KEY RESULT AREA (KRA) SMK BANDAR PUTRA (Matlamat Strategik 2009-2011)

ISU

STRATEGIK

MATLAMAT

STRATEGIK

OBJEKTIF

1 BIDANG

KURIKULUMMencapai prestasi

cemerlang dan

gemilang dalam

pentaksiran dan

penilaian

1. Meningkatkan pencapaian peperiksaan awam

PMR dan SPM pada tahap 10 teraatas sekolah

negeri Johor dan di atas paras negeri dan

kebangsaan.

2. Meningkatkan pencapaian penilaian

berasaskan sekolah di kalangan murid-murid.

2 BIDANG

HEMMelahirkan insan

berkualiti yang dapat

memenuhi keperluan

agama, bangsa dan

negara

1. Mencapai tahap sifar peratus dalam salah

laku murid.

2. Mencapai kehadiran murid 100%

3. Meningkatkan pengamalan nilai-nilai murni

sebagai budaya kehidupan murid.

3 BIDANG

KOKURIKULUMMelahirkan insan

berketrampilan dalam

bidang kokurikulum

1. Mencapai 100% penglibatan murid dalam

aktiviti kokurikulum

2. Meningkatkan pencapaian murid dalam

pelbagai pelbagai kegiatan di peringkat

daerah, negeri dan kebangsaan.

“ Antara kunci kepada kejayaan kita ialah kemampuan untuk merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: 1. kita ingat 10 % apa yang dibaca 2. kita ingat 20 % apa yang didengar 3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat 4. kita ingat 70 % apa yang dicakapkan 5. kita ingat 90 % setelah dipraktikkan “ (Petikan ucapan Pengetua dalam Perhimpunan Mingguan bil 1/2011 pada 3/1/2011)

Hlm 4