buletin bkj - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/buletin-2017... ·...

35
BULETIN BKJ Kementerian Kesihatan Malaysia http://nursing.moh.gov.my EDISI 2 - 2017 2 2 nd nd NATIONAL NURSING RESEARCH NATIONAL NURSING RESEARCH COLLOQUIUM (NNRC) 2017 COLLOQUIUM (NNRC) 2017 PORTAL NURSING

Upload: leliem

Post on 26-May-2018

430 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

BULETIN BKJ Kementerian Kesihatan Malaysia http://nursing.moh.gov.my

E D I S I 2 - 2 0 1 7

22ndnd

NATIONAL NURSING RESEARCH NATIONAL NURSING RESEARCH COLLOQUIUM (NNRC) 2017COLLOQUIUM (NNRC) 2017

PORTAL NURSING

Page 2: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

2

Sidan

g Red

aksi

Penasihat

Pn. Hjh. Rosena Binti Abdul Ghani

Pn. Hjh. Tumble Binti Ngadiran@Tomblow

Ketua Editor Pn. Gowry Narayanan

Editor Pn. Saibiah@Salbiah Binti Sindot

Pn. Fuziah Binti Abdullah

Pereka Grafik En. Hairulnizam Bin Yusoff

HJH. ROSENA BINTI ABDUL GHANI Pengarah Kejururawatan Bahagian kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan

Salam 1Malaysia

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t yang maha

pengasih lagi penyayang kerana dengan limpah kurnia

dan izinnya Buletin Kejururawatan edisi kedua bagi

tahun 2017 ini dapat realisasikan. Saya berbangga di

atas segala usaha dan kerjasama semua ahli produksi

Buletin Kejururawatan dan anggota Bahagian

Kejururawatan yang telah berjaya menghasilkan buletin

yang lebih pengisian kandungan intipatinya.

Buletin ini memaparkan aktiviti dalaman dan luaran di

Bahagian Kejururawatan KKM dan memfokuskan

aktiviti Cawangan Dasar di samping dari cawangan-

cawangan lain sepanjang tahun 2017. Setiap anggota

di Bahagian Kejururawatan sentiasa digalakkan

menghadiri konvensyen, persidangan, seminar dan

pendedahan tentang penyelidikan dan teknologi terkini.

Selain itu banyak aktiviti-aktiviti sampingan yang

membolehkan setiap anggota bergaul dan mengerat-

kan silaturahim dengan penganjuran aktiviti

kemasyarakatan, sosial dan sukan yang dianjurkan

oleh Kelab Lembaga Jururawat di Bahagian

Kejururawatan. Segala usaha gigih dari setiap anggota

Bahagian Kejururawatan sentiasa diberi sokongan

dan dorongan agar ianya diteruskan demi untuk

profesion dan kerjaya jururawat yang mulia di mata

masyarakat dan agama.

Sekian, terima kasih.

Sekapur Sirih

Page 3: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

3

Terlebih dahulu saya melahirkan rasa gembira kerana Buletin

Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia ini dapat

meneruskan peranannya menyalurkan pelbagai berita, maklumat dan

aktiviti perkongsian berkaitan dengan perkhidmatan kejururawatan.

Buletin Bahagian Kejururawatan edisi pertama dimulakan pada tahun

2016. Untuk Edisi ke-2 ini, fokus bulletin adalah berkaitan Cawangan

Dasar Bahagian Kejururawatan. Pada tahun ini juga Bahagian Kejuru-

rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu Modul

Jururawat Idamanku yang menekankan elemen penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan

serta program Go Fit Don’t Quit.

Bahagian Kejururawatan amat mengalu-alukan kerjasama daripada semua jururawat dari lapangan

untuk menyumbangkan maklumat atau menghantar artikel mengenai aktiviti yang dijalankan

demi memperbaiki pekhidmatan kejururawatan. Paparan buletin ini akan dimuat naik ke Portal Ba-

hagian Kejururawatan sebagai aktiviti tahunan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada

semua warga BKJ, Unit Kejururawatan negeri Perlis, Selangor dan mereka yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung yang telah menjayakan penerbitan Buletin ini.

Sekian, terima kasih

GOWRY NARAYANAN

Ketua Penolong Pengarah Kejururawatan

Bahagian Kejururawatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Perutusan Editor

Page 4: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

4

I S S U E 1 , 2 0 1 6

Carta Organisasi Bahagian Kejururawatan

Unit Pemantauan Pelatih

Kejururawatan IPTA/IPTS di Fasiliti KKM

Unit Pembangunan

Piawaian Kualiti Kejururawatan

Unit Pembangunan

Profesion (CPD)

Unit Penyelidikan

Kejururawatan & Nursing Evidence

Based Practice

Unit Perhubungan Antarabangsa Kejururawatan

Unit Pendaftaran

APC

Unit Kurikulum

Unit Peperiksaan

Unit Amalan Kejururawatan

(Kesihatan Awam)

Unit Amalan Kejururawatan

(Perubatan)

Pengarah Kejururawatan

Unit Pembangunan & Penggubalan

Akta & Etika Kejururawatan

Unit Pentadbiran &

Kewangan

Timbalan Pengarah Kejururawatan

Cawangan Amalan

Cawangan Dasar

Cawangan Pendaftaran & Penguatkuasaan

Cawangan Peperiksaan & Kurikulum

Ketua Penolong Pengarah Kanan Kejururawatan ( Amalan )

Unit Credentialing & Privileging

Specializtion & Subspecialization

Unit Pendaftaran

TPC/

Petunjuk :

= Penjenamaan /Unit Baru

= Fokus

Ketua Penolong Pengarah Kanan Kejururawatan ( Regulatori )

P A G E 4

Page 5: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

5

Bahagian Kejururawatan KKM

Cawangan Dasar Bahagian Kejururawatan KKM merangkumi 5 unit iaitu Unit Pembangunan

Piawaian dan Kualiti, Unit Pembangunan Profesion (CPD), Unit Penyelidikan & Nursing Evidence Based

Practice, Unit Credentialing & Privileging dan Unit Perhubungan Antarabangsa Kejururawatan. Cawangan

ini bertanggungjawab meningkatkan produktiviti perkhidmatan kejururawatan melalui penggalakan

komitmen jururawat dalam program peningkatan kualiti, penyelidikan, latihan dan pengurusan dalam

strategi ke arah pencegahan, perawatan, pemulihan pesakit secara holistik selaras dengan Negara-negara

ASEAN.

Cawangan Dasar

Latar belakang

Pada tahun 2006 Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) dikenali sebagai Bahagian Kejururawatan

melalui perstrukturan semula KKM dan mempunyai 4 Cawangan utama iaitu:

1) Cawangan Amalan

2) Cawangan Dasar

3) Cawangan Pendaftaran dan Penguatkuasaan

4) Cawangan Peperiksaan & Kurikulum

Di bawah cawangan ini mempunyai 14 unit yang memberi perkhidmatan dan sokongan di dalam

Bahagian Kejururawatan, Buletin pada keluaran ini memberi fokus kepada Cawangan Dasar.

Page 6: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

6

Bahagian Kejururawatan KKM

Fungsi Cawangan Dasar

Bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus yang berkaitan audit

kejururawatan, Sistem Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan Kejururawatan bagi memastikan semua

pegawai menjalani latihan untuk meningkatkan ilmu dan kerjaya. Cawangan ini juga menjalankan latihan

kepada jururawat untuk meningkatkan kualiti dan memantapkan perawatan melalui “Quality Improvement

Activities” (QIA). Menjalinkan hubungan bilateral berkaitan Kejururawatan melalui penglibatan dan

perkongsian maklumat dan aktiviti diperingkat serantau dan ASEAN.

Cawangan ini juga bertanggungjawab menjalankan “Nursing Audit” peringkat kebangsaan yang

dilaksanakan di hospital dan pusat kesihatan awam. Menjalankan pemantauan audit, mengumpul,

menganalisa data dan mengesyorkan tindakan penambahbaikan serta membentangkan dan membin-

cangkan keputusan audit kepada KPJN di dalam mesyuarat teknikal. Menjalankan pemantauan perlaksa-

naan program pementoran di hospital dan kesihatan awam serta mengenalpasti keperluan latihan. Bahagi-

an Kejururawatan ini membimbing dan membantu Program Pementoran Jabatan Kesihatan Negeri dalam

menjalankan kajian impak dari masa ke semasa.

Cawangan ini juga menyelaras perlaksanaan Program Credentialing & Privileging untuk jururawat

di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membangunkan dasar perkhidmatan kejururawatan selaras

dengan keperluan semasa serta mengkoordinasi isu-isu berkaitan jururawat dengan dasar dan polisi teruta-

ma melibatkan latihan dan perkhidmatan kejururawatan. Cawangan ini juga merancang dan

melaksanakan aktiviti berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Bahagian Kejuru-

rawatan bagi memastikan kualiti perkhidmatan kejururawatan di seluruh negara berada di tahap yang

optima dan memenuhi ekspektasi pelanggan.

Page 7: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

7

Di atas perlantikan sebagai Pengarah Kejururawatan,

Kementerian Kesihatan Malaysia yang baru berkuatkuasa

mulai 17 Oktober 2016.

Kami warga Bahagian Kejururawatan dan semua jururawat

Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada

Pn. Hjh. Rosena. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan

memberi inspirasi kepada pegawai-pegawai yang lain

untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan

amanah yang dipertanggungjawabkan.

Sekalung Tahniah

Pn. Hjh. Rosena binti Abdul Ghani

Page 8: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

8

BENGKEL PENYEDIAAN MAKLUMAT DIDOKUMENKAN & PELAN RISIKO PERALIHAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015

MAC 2017

Aktiviti BKJ Dari Jan-Dis 2017 Diari CAWANGAN DASAR

Unit Pembangunan Piawaian & Kualiti Bahagian Kejururawatan telah menganjurkan bengkel

Penyediaan Maklumat. Didokumenkan & Pelan Risiko Peralihan SPK ISO 9001:2015 pada 23–24 Mac

2017 bagi anggota Bahagian Kejururawatan untuk mendapat kefahaman yang lebih terperinci

mengenai keperluan & penyediaan dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti yang berkesan dalam

meningkatkan Kualiti perkhidmatan.

2nd NATIONAL NURSING RESEARCH COLLOQUIUM (NNRC) 2017 ON “EBP Making Our Destiny A Reality”.

APRIL 2017

Kolokium Penyelidikan Nursing Kebangsaan Negara (NNRC) kali kedua telah diadakan pada 16-18 April

2017, di Kuala Nerus, Negeri Trengganu, Pantai Timur Malaysia sebagai platform bagi jururawat untuk

membentangkan kertas penyelidikan mereka. Tema utama Kolokium ini adalah, Evidence Based Practice :

Making Our Destiny a Reality .

Objektif:

1. Menggalakkan perkongsian pengetahuan berasaskan bukti penyelidikan

yang kukuh di dalam amalan kejururawatan.

2. Mengaplikasikan amalan perawatan kejururawatan berasaskan kajian dan

bukti kukuh yang telah dilakukan.

Page 9: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

9

BENGKEL EVIDENCE BASED PRACTICE (EBP) SEPT 2017

Objektif

Mengaplikasikan amalan berasaskan bukti (EBP) yang kukuh dalam pengamalan perawatan kejururawatan.

Peserta yang hadir seramai 30 orang terdiri daripada matron, ketua jururawat dan

jururawat membuat pembentangan kumpulan mengikut tajuk yang diberi.

Aktiviti dijalankan semasa bengkel Jururawat Idamanku sesi 1, 2, 3 & 4

BENGKEL JURURAWAT IDAMANKU (JIK) SESI 1,2,3 & 4 BAGI TAHUN 2017 OGOS

2017

OBJEKTIF 1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman yang berkaitan dengan nilai-nilai

teras budaya korporat.

2. Meningkatkan penerapan dan penghayatan unsur-unsur penyayang dan kerja

berpasukan di kalangan kakitangan bahagian kejururawatan.

3. Membina jati diri peserta di samping penerapan sikap yang positif ke arah

perkhidmatan yang cemerlang.

Page 10: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

10

25th MEETING OF THE ASEAN JOINT COORDINATING COMMITTEE ON NURSING (AJCCN)

OKT 2017

Jawatankuasa Penyelaras Bersama ASEAN berkaitan Kejururawatan (AJCCN) merupakan jawatankuasa di bawah

Kumpulan Kerja Sektor Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan (HSSWG) yang membincangkan perkara-perkara

berkaitan yang telah dipersetujui bersama negara-negara ASEAN melalui Mutual Recognition Agreement (MRA).

Objektif Persidangan

1. Untuk mengukuhkan hubungan antara jururawat Singapura dan Malaysia.

2. Sebagai platform perkongsian pengetahuan, inovasi, cabaran dan bertukar pendapat

berkaitan dalam kejururawatan.

3. Bertukar pendapat berkaitan hala tuju profesion kejururawatan di masa akan datang.

The 22nd JOINT SINGAPORE-MALAYSIA NURSING CONFERENCE 2017 NURSES BEYOND NURSING, NURSING BEYOND NURSES (05-06 October 2017)

OKT 2017

Pengarah Kejurawatan mempengerusi mesyuarat yang terdiri daripada Negara-Negara ASEAN

Page 11: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

11

PERSIDANGAN PENYELIA-PENYELIA JURURAWAT HOSPITAL DAN KESIHATAN AWAM 2017

NOV 2017

Persidangan tahunan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan, kemahiran dan komitmen

penyelia-penyelia jururawat bagi memastikan kualiti kejururawatan yang diberikan di hospital dan pusat

kesihatan awam dapat dipertingkatkan dan selamat.

HOSPITAL BEBAS KESAKITAN 2017

Kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 'Hospital Bebas Kesakitan' (PFH) di seluruh negara pada 2020,

menurut YBMK Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan, Malaysia. Setakat ini terdapat kira-kira

13 buah hospital kerajaan yang telah diisytiharkan sebagai hospital bebas kesakitan. Bahagian

Kejururawatan bertanggungjawab sebagai AJK Induk, AJK Teknikal dan sebagai Auditor untuk

kejururawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Page 12: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

12

AKTIVITI—AKTIVITI UNIT CREDENTIALING & PRIVILEGING (Sepanjang Tahun) 2017

Merancang, menyelaras serta mengkoordinasi aktiviti berkaitan program Credentialing & Privileging (C&P)

di Peringkat Speciality Sub-Committee (SSC) dan National Credentialing Committee (NCC). Mengendalikan

pemprosesan permohonan C&P bagi anggota kejururawatan KKM.

Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan Jawatan kuasa Medication

Safety Technical Working Group pada 07 April 2016 dan dibawah naungan Pengarah Kejururawatan.

Seramai 15 Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada jururawat-jururawat, pegawai farmasi dari hospital-

hospital di Lembah Klang. Tujuan Jawatankuasa ini ialah membincang dan membuat penambahbaikan

Proses Administrasi Ubat-ubatan di Wad. Pada 06 Jun 2017, Sebuah buku Garis panduan berkaitan

“Guideline of Administration of IV Bolus/Direct/IV push Medications (For Adult and Paediatrics)” telah siap

dan di muat naik ke dalam Portal Kejururawatan sebagai buku rujukan untuk semua jururawat di Malaysia.

MEDICATION SAFETY COMMITTEE NURSING DIVISION, KKM 2017

Page 13: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

13

UNIT PEMBANGUNAN PROFESION (CPD) - Sepanjang Tahun 2017

Pewujudan Pembangunan Profesional Berterusan/Continuing Professional Development (CPD)

merupakan usaha bersepadu bagi memastikan profesion kesihatan dapat melengkapkan diri dengan penge-

tahuan, kemahiran, nilai murni dan amalan profesional berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran

berterusan dan laluan kerjaya. Pendekatan ini selari dengan kemajuan bidang perubatan yang sentiasa

berkembang supaya dapat memberikan perawatan yang terbaik kepada masyarakat.

Kursus TOT SBARe Aktiviti Jom Cergas

Continuing Profesional Development (CPD)

Page 14: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

14

AKTIVITI UNIT PENDAFTARAN & APC - Sepanjang Tahun 2017

Memastikan semua kategori jururawat yang bekerja di fasiliti kerajaan dan swasta mempunyai Perakuan

Pengamalan Tahunan Jururawat mengikut Akta Jururawat 1950 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985

Bahagian 11 Perenggan 8 (5).

1 Penerimaan Permohonan APC 2 Menyemak Borang Permohonanan APC Sebelum Diproses

3 Menyaring Dan Memproses Sijil APC Melalui Sistem SPMJ

4 Mengasingkan Sijil APC & Keratan Bayaran Untuk

Rujukan

5 Sijil APC Yang Telah Siap Diproses Untuk Penghantaran

Aktiviti BKJ Dari Jan-Dis 2017 Diari UNIT PENDAFTARAN & APC

PEMPROSESAN SIJIL PENGAMALAN TAHUNAN (APC) JURURAWAT.

Page 15: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

15

Aktiviti BKJ Dari Jan-Dis 2017 Diari UNIT PEPERIKSAAN

Pengenalan

Unit Peperiksaan adalah unit yang bertanggungjawab dalam melaksanakan peperiksaan Lembaga Jururawat

Malaysia (LJM) / Lembaga Bidan Malaysia (LBM). LJM/LBM adalah badan profesional kejururawatan yang

diiktiraf secara universal sebagai badan yang bertanggungjawab untuk menetapkan peperiksaan licensure/

registration untuk semua jururawat seperti yang termaktub di dalam Akta Jururawat 1950 dan Akta Bidan 1966.

Rajah 2 : Bil. calon yang mengambil Peperiksaan LJM tahun 2017 mengikut institusi

Rajah 3 : Bil. calon yang mengambil Peperiksaan LBM tahun 2017 mengikut institusi

Petunjuk :

KKM – Kementerian Kesihatan Malaysia

UA – Universiti Awam IPTS – Institut Pengajian Tinggi Swasta

Page 16: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

16

Aktiviti BKJ Dari Jan-Dis 2017 Diari UNIT KURIKULUM

Peranan Dan Fungsi Unit Kurikulum:

1. Mengendali dan menguruskan proses permohonan penilaian program dan sumber fasiliti Kejururawatan dari

ILKKM/Universiti Awam (UA)/IPTS bagi perakuan akreditasi.

2. Mengurus pengumpulan data dan menyediakan statistik bagi ILKKM/Universiti Awam/IPTS.

3. Mengesyorkan permohonan kelulusan penambahan kuota kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

KURSUS-KURSUS PENILAIAN DOKUMEN AKREDITASI, FASILITI PROGRAM DAN ESSENTIALS OF CLINICAL TEACHING 2017

LAWATAN PENILAIAN PROGRAM DAN SUMBER FASILITI TAHUN 2017 2017

Page 17: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

17

Aktiviti BKJ Dari Jan-Dis 2017 Diari CAWANGAN AMALAN

Lawatan penyeliaan dan pemantauan ke fasiliti hospital dan pusat kesihatan KKM oleh Cawangan Amalan

Bahagian Kejururawatan bagi tahun 2017. Lawatan ini bertujuan menyelia dan memantau kepatuhan amalan

jururawat di lapangan. Hasil dari lawatan penyeliaan dan pemantauan di lapangan di analisa untuk membuat

strategi penambahbaikan. Fasiliti yang cemerlang menjadi benchmark kepada fasiliti hospital dan pusat

kesihatan yang lain untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kejururawatan.

LAWATAN PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN KE FASILITI HOSPITAL DAN KESIHATAN

AWAM KKM FEB

2017

LAWATAN PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN KE FASILITI HOSPITAL DAN PUSAT KESIHATAN KKM

FEB 2017

Aktiviti Penyeliaan Dan Pemantauan Di Hospital

Aktiviti Penyeliaan Dan Pemantauan Di Kesihatan Awam

Page 18: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

18

MAJLIS PELANCARAN PENJAGAAN KAKI PESAKIT DIABETES PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

OKT 2017

Majlis Pelancaran Penjagaan Kaki Pesakit Diabetes Peringkat Kebangsaan 2017 yang telah dirasmikan oleh

YB Dato' Seri Dr Hilmi Bin Hj Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, bertemakan “HARGAILAH

SAYANGILAH KAKI”. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Kejururawatan dengan kerjasama Bahagi-

an Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia.

1st NATIONAL NURSING INFECTION CONTROL SEMINAR 2017 OKT 2017

Seminar ini dijalankan khusus untuk jurururawat di seluruh Malaysia yang terdiri dari anggota jururawat yang

berkhidmat di Bahagian Perubatan dan Kesihatan Awam. Seminar ini hasil kolaborasi dengan Unit Kawalan

Infeksi Cawangan Penjagaan Kualiti Bahagian Perkembangan Perubatan.

Page 19: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

19

Diari

Aktiviti BKJ Dari Jan—Dis 2017

Bahagian Kejururawatan telah meneroka tugasan baru dengan mengadakan

“Go Fit Don’t Quit” untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.

GO FIT DON’T QUIT MEI 2017

PERHIMPUNAN KAKITANGAN BKJ SETIAP HARI ISNIN 2017

Perhimpunan pagi diadakan pada setiap hari Isnin bertujuan untuk pembentangan dan perbincangan

semua aktiviti/program yang telah dirancang dan dilaksanakan pada minggu sebelum supaya dapat

menjalankan penilaian dan penambahbaikan terutama isu yang berkaitan dengan kejururawatan. Ini juga

dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman bagi kakitangan Bahagian Kejururawatan.

Page 20: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

20

SAMBUTAN HARI JURURAWAT SEDUNIA 2017 PERINGKAT KKM May 2017

Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2017 oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato’ Seri Dr. Hilmi

Yahaya bersama kakitangan Bahagian Kejururawatan bertemakan Nurses A Voice to Lead Achieving The

SDGS.

Fiesta Labur PNB yang dianjurkan Permodalan Nasional Berhad

(PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional

Berhad (ASNB) yang telah diadakan pada 28 September hingga 1

Oktober 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

(PICC). Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia kategori badan beruniform

yang diperkenalkan sejak 2013 telah berjaya menarik penyertaan

keseluruhan sebanyak 93,000 peserta. khususnya badan-badan

beruniform. Bahagian Kejururawatan muncul sebagai juara kuiz

pertandingan Kuiz Perlaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB)

1Malaysia 2017 kategori badan beruniform .

FIESTA LABUR PNB - KUIZ PELABURAN PNB 1MALAYSIA OKT 2017

Page 21: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

21

Aktiviti Kelab Diari KELAB LEMBAGA JURURAWAT KUALA LUMPUR (KLJKL)

Hari Keluarga BKJ yang telah diadakan di Homestay Villa Gemilang, Sg. Besar pada bulan Mac 2017

merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan sesama keluarga

masing-masing dan mengukuhkan hubungan pengurusan dan pekerja. Antara pengisian dalam hari keluarga

ini meliputi kerohanian dan acara sukaneka. Semoga sambutan hari keluarga ini dijadikan aktiviti tahunan.

Sekalung tahniah buat pihak penganjur yang berjaya menganjurkan hari keluarga ini dengan jaya serta

mencapai objektifnya.

HARI KELUARGA BAHAGIAN KEJURURAWATAN MAC 2017

Page 22: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

22

Aktiviti Kelab Diari KELAB LEMBAGA JURURAWAT KUALA LUMPUR (KLJKL)

Kempen Menderma Darah Sumbangan kepada Pusat Tahfiz

Team Building Di Sabak Bernam

Bacaan Yasin Dari Kakitangan BKJ Sambutan Hari Raya Di KKM

Jom Cergas Bersama Jururawat

Kursus Jenazah Di Masjid Besi Sultan Mizan Zainal Abidin

Pertandingan Bowling Di Alamanda Putrajaya

Page 23: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

23

Majlis Sambutan Hari Raya 2017 Diari BAHAGIAN KEJURURAWATAN

Page 24: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

24

03 Januari 2017 - Perlantikan sebagai

Jawatankuasa Promosi dan Inovasi bagi

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Bahagian

Kejururawatan Tahun 2017. Bertanggungjawab bagi aktiviti

promosi dan inovasi EKSA di Bahagian Kejururawatan.

20 Januari 2017 - Promosi amalan EKSA di

Bahagian Kejururawatan dengan membuat label-label

amalan EKSA 5 minit sebelum dan selepas untuk diletakkan

di sudut Bahagian Kejururawatan. Semua kakitangan

Bahagian Kejururawatan bergotong-royong membersihkan

kawasan masing-masing dengan menyisihkan barang-barang

yang tidak diperlukan.

EKSA - Zon Kejururawatan Diari

Penghargaan Pelaksana Go Green Eksa Terbaik Di Zon Kejururawatan

Penghargaan Ruang Kerja Eksa Terbaik

Di Zon Kejururawatan

Page 25: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

25

Audit SIRIM Persijilan MS ISO 9001:2015 Diari NOV 2017

CONGRATULATIONS!!!

Audit Surveillance Updating ke versi 2015 telah dijalankan dengan jayanya pada 20-21 November, 2017

dan Bahagian Kejururawatan telah mendapat pensijilan MS ISO 9001: 2015

Sesi Pembukaan dan Penutupan Audit SIRIM Persijilan MS ISO 9001:2015

Page 26: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

26

Kempen ini merupakan satu pendekatan untuk meningkatkan keperihatinan warga KKM terhadap

tanggungjawab sosial. Matlamat utama program ini :

membantu mengisi bekalan darah Pusat Tabung Darah Negara Kuala Lumpur.

Memupuk masyarakat yang prihatin bagi membantu menangani masalah kekurangan bekalan

darah, sekaligus membantu mereka yang memerlukan bekalan darah pada masa kecemasan.

Kempen Derma Darah BKJ 2017 Diari

Page 27: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

27

PROGRAM MASS BASIC LIFE SUPPORT ANJURAN UNIT KEJURURAWATAN NEGERI

SELANGOR OKT 2017

Aktiviti Dari Lapangan Diari JKN SELANGOR

Program Mass BLS ini adalah julung-julung kali diadakan di negeri Selangor. Peserta seramai 168 orang

yang terdiri daripada jururawat-jururawat peringkat daerah dan seramai 58 fasilitator bergabung tenaga

untuk menjayakan program ini.

Page 28: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

28

Seminar Kejururawatan World Kidney Day

Kursus Kepimpinan AGM MNA

Majlis Ilmu Wanita, Keluarga dan Kerjaya

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis

Wakaf Ramadhan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Perlis

Aktiviti Dari Lapangan Diari PERSATUAN JURURAWAT NEGERI PERLIS

Page 29: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

29

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Diari 13 NOV 2017

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena persaraan wajib Pengarah Kejururawatan Kementerian

Kesihatan Malaysia iaitu Puan Hajah Rosena binti Abdul Ghani pada 13 November 2017.

Page 30: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

30

Pergerakan Pegawai Diari

KENAIKAN PANGKAT 2017

BERTUKAR MASUK 2017

Nama : GOWRY A/P NARAYANAN Jawatan : KETUA PENOLONG (Terkini) PENGARAH KEJURURAWATAN GRED U48 Tarikh : 13 JUN 2017 Kuatkuasa

Nama : TUMBLE BT NGADIRAN @ TOMBLOW Jawatan : TIMBALAN PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U52 Tarikh : 25 OGOS 2017 Kuatkuasa

Nama : PN. HJH. ROSENA BINTI ABDUL GHANI Jawatan : PENGARAH KEJURURAWATAN (Terkini) GRED U54 Tarikh : 17 OKTOBER 2016 Tarikh : 13 NOVEMBER 2017 Kuatkuasa Bersara

Nama : MOHD AZIZUL BIN NORDIN Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U41 Tarikh : 16 JANUARI 2017 Kuatkuasa

Nama : TUMBLE BT NGADIRAN @ TOMBLOW Jawatan : KETUA PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U48 Tarikh : 06 FEBRUARI 2017 Kuatkuasa

Nama : MEK BIN JUSOH Jawatan : KETUA PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U48 Tarikh : 06 FEBRUARI 2017 Kuatkuasa

Nama : MOHD AZMAN BIN ABDUL AZIZ Jawatan : PEMBANTU TADBIR (P/O) (Terkini) GRED N19 Tarikh : 02 MEI 2017 Kuatkuasa

Page 31: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

31

BERTUKAR MASUK 2017

Nama : NOR ISMANISAH BINTI ISMAON Jawatan : PEMBANTU AKAUNTAN (Terkini) GRED W26 Tarikh : 15 JUN 2017 Kuatkuasa

Nama : WAN HASLINDA BINTI WAN HASSAN Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 Tarikh : 07 OGOS 2017 Kuatkuasa

Nama : NOR LAILI BINTI SHAHADAN Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 Tarikh : 07 OGOS 2017 Kuatkuasa

Nama : FUZIAH BINTI ABDULLAH Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 07 OGOS 2017 Kuatkuasa

Nama : ROSNAH BINTI A. SAMAD Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 Tarikh : 07 OGOS 2017 Kuatkuasa

Nama : LAU YAUK LIEN Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 07 OGOS 2017 Kuatkuasa

Nama : NG SIEW KOON Jawatan : KETUA PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U52 Tarikh : 25 OGOS 2017 Kuatkuasa

Nama : NARRY LWI Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017 Kuatkuasa

Nama : SALMAH BINTI MOHAMED LUDIN Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017 Kuatkuasa

Nama : ROZITA BINTI BUJANG Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017 Kuatkuasa

Nama : SAIBIAH @ SALBIAH BINTI SINDOT Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017 Kuatkuasa

Nama : MARY CHIN Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017 Kuatkuasa

Page 32: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

32

BERTUKAR KELUAR 2017

Nama : SITI SAHIDAH BINTI SAHIR Jawatan : PEMBANTU TADBIR (P/O) (Terkini) GRED N19 Tarikh : 02 MEI 2017 Kuatkuasa

Nama : RAZMIYAH BINTI AWANG Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 21 MEI 2017 Kuatkuasa

Nama : MEK KEPING A/P EH DONG Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 21 MEI 2017 Kuatkuasa

Nama : MAZNAH BINTI ABDULLAH Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 21 MEI 2017 Kuatkuasa

Nama : MEK BIN JUSOH Jawatan : KETUA PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U48 Tarikh : 13 JUN 2017 Kuatkuasa

Nama : SALINAH BINTI ABD RAHMAN Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 07 OGOS 2017 Kuatkuasa

Nama : ROHANA BINTI SAAD Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN GRED U42 (M) Tarikh : 23 OKTOBER 2017 Kuatkuasa

BERTUKAR MASUK 2017

Nama : TAN AI LIAN @ IRENE Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2017 Kuatkuasa

Nama : MORNI BINTI OMAR Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 Tarikh : 06 NOVEMBER 2017 Kuatkuasa

Nama : SITI FADZILAH BINTI SHEIKH ABDULLAH Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 Tarikh : 06 NOVEMBER 2017 Kuatkuasa

Page 33: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

33

BERSARA 2017

Nama : LEE MUI YUNG @SCHOLASTICA LEE Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KANAN KEJURURAWATAN, GRED U44 Tarikh : 27 FEBRUARI 2017 Kuatkuasa

Nama : DATIN NORMAH BINTI MOHD ZIN Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U42 Tarikh : 05 APRIL 2017 Kuatkuasa

Nama : JAMILAH BINTI ABDULLAH Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 30 APRIL 2017 Kuatkuasa

Nama : GOH SIEW KUAN Jawatan : TIMBALAN PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN, GRED U52 Tarikh : 04 JULAI 2017 Kuatkuasa

Nama : SITI EISAH BINTI HAJI NOOR Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN GRED U42 Tarikh : 08 OKTOBER 2017 Kuatkuasa

Nama : NG SIEW LUAN Jawatan : PENYELIA JURURAWAT (Terkini) GRED U36 (M) Tarikh : 25 OKTOBER 2017 Kuatkuasa

Nama : SABARIAH BINTI AB. WAHAB Jawatan : PENOLONG PENGARAH (Terkini) KEJURURAWATAN GRED U42 Tarikh : 04 DISEMBER 2017 Kuatkuasa

Borang pendaftaran peserta

Resume (biodata)

Salinan Mykad

Diploma kejururawatan atau ijazah sarjana muda

Transkrip peperiksaan

Perakuan Pendaftaran Lembaga Jururawat Malaysia

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Sijil ko-kurikulum

Rekod Kesihatan (untuk pesakit kronik)

Borang selesai diisi, hantarkan borang tersebut bersama salinan sijil yang berkaitan kepada Sekretariat SL1M Jurawat kepada: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Menara Prisma, Aras 6, Persiaran Perdana, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62675 Putrajaya Tel : 03-8885 0600 Faks : 03-8885 0747

Page 34: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

34

BERSEDIA UNTUK BERUBAH

Hidup ini ada pasangnya, ada surutnya Apabila kau gembira, kau gembira sekuat hati Dan apabila kau bersedih, kau menangis menahan hati Hidup ini memang untuk diduga atau diuji Walau teruk mana dunia ini beri kepada kita Kita masih akan bangkit semula Kerana kita dilahirkan kuat Dan akan cuba selagi kita punya nafas dan kudrat Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya

Dan kewujudan kita ini sebenarnya Mesti menempuh kegagalan

Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah Semasa kegagalan itu terjadi

Dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat Dan jadilah orang yang paling bahagia

Adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya

Dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain.

Olahan Daripada :

Fuziah Abdullah Penyelia Jururawat U36

Bahagian Kejururawatan

Moti

vasi

Dir

i

Page 35: BULETIN BKJ - nursing.moh.gov.mynursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/12/BULETIN-2017... · rawatan telah dapat merealisasikan dua projek besar yang dirancang sejak 2016 iaitu

35

KITA INI SIAPA DI HATI PESAKIT

Kita beritahu penyakit atas rasa tanggungjawab Jiwanya sakit mencari penyebab Kita jelaskan penawarnya amalan kerja Masih resah hatinya masih lara kecewa Dia pun hanyut dalam diri Kita ucap selamat pagi Didengar selamat pergi Dipelawa makan nasi Dirasa makan hati Disuruh lambat –lambat Dikata cepat-cepat Inginkan sihat Takutkan ubat Dan kita pun teruji hati Ingin berkongsi resah Harapkan senyum bicara Keruh di wajah Ranapkan mesra Hatinya terluka Dia menangis tertahan Di atas tilam ujian Mencari harga Kemanusiaan Antara kita dan dia Masih ada sempadan Yang ingin diruntuhkan Tetapi kita bangunkan Dia merayu dalam hati Dengarlah kataku ini Kita pandang Harapkan budi

Saja

k

Fahamlah, Sangat sibuk sekarang ini Dia merayu dalam hati Dengarlah kataku ini Kita pandang harapkan budi Fahamlah, sangat sibuk sekarang ini Dia membawa hati Kita membawa diri Hatinya berkata Hati kita berbicara Matanya berkaca Akan tersilaukah mata kita? Sesungguhnya kita adalah dia Seorang pesakit keseorangan Di ranjang kehidupan Di atas tilam ujian Dalam diri Bicara sendiri Olahan Daripada Karya Asal Aminah Mokhtar Jururawat Terlatih

Pusat Perubatan Universiti Malaya