panduan penghantaran borang jpph - anm.gov.my · 2 jabatan akauntan negara malaysia panduan...

6
1 JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KEPADA JPPH 1.0 PENDAHULUAN Panduan ini dikeluarkan untuk membantu proses pengumpulan data baki awal aset tak alih (Bangunan dan Tanah). 2.0 OBJEKTIF JPPH telah menetapkan beberapa keperluan maklumat untuk membantu penilaian aset tak alih di mana kos sejarah tidak dapat diperolehi bagi menentukan baki awal. Oleh yang demikian, panduan ini disediakan untuk memastikan permohonan yang dikemukakan adalah lengkap. 3.0 SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN Jadual 1: Senarai Dokumen 3.1 Senarai Tanah yang tidak mempunyai kos (JPPH 1) merupakan senarai tanah di setiap PTJ yang tidak mempunyai maklumat kos perolehan bagi tujuan penentuan baki awal perakaunan akruan. Maklumat hendaklah dikumpulkan oleh Kumpulan Kerja (“KK”) Perakaunan Akruan di peringkat Kementerian sebelum dikemukakan kepada JPPH. Senarai ini akan digunakan oleh JPPH sebagai ‘control list’ apabila maklumat 3.2 hingga 3.5 seperti Jadual 1 di hantar. Contoh adalah seperti yang dilampirkan pada Lampiran 1. 3.2 Salinan Lukisan Terukur (Pelan Lantai) merupakan lakaran ringkas atas kertas graf yang menyediakan butiran seperti ukuran ruang, bukaan dan dimensi aras. Penyediaan lukisan terukur bagi setiap aras dalam setiap bangunan diperlukan untuk penilaian JPPH. Dimensi bagi Lukisan Terukur (pelan lantai) hendaklah di dalam ukuran meter persegi (m 2 ). Lukisan boleh dilakar menggunakan pen ‘felt tip’ di atas kertas graf. Sila rujuk kepada “Panduan Lukisan Terukur Pelan Lantai” yang akan memberikan panduan kepada tatacara melukis pelan lantai. 3.3 Salinan Geran Tanah bagi lukisan terukur diperlukan untuk tujuan penilaian yang lebih jitu. Sekiranya geran tanah tidak dapat disediakan, maklumat seperti Alamat, Daerah, Mukim, No Lot/PT dan Luas (m 2 ) hendaklah disertakan di dalam Borang Penilaian Tanah dan Bangunan JPPH. No. Jenis Dokumen 3.1 Senarai tanah yang tidak mempunyai kos perolehan (JPPH 1) 3. 2 Salinan Lukisan Terukur (Pelan Lantai) 3. 3 Salinan geran tanah 3. 4 Borang Penilaian Tanah dan Bangunan JPPH (hardcopy & softcopy) 3. 5 Surat Permohonan Penilaian JPPH menggunakan “letterhead” Kementerian

Upload: truongthuy

Post on 06-Mar-2019

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Penghantaran Borang JPPH - anm.gov.my · 2 jabatan akauntan negara malaysia panduan penghantaran borang penilaian tanah dan bangunan kepada jpph 3.0 senarai dokumen yang diperlukan

1

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KEPADA JPPH

1.0 PENDAHULUAN

Panduan ini dikeluarkan untuk membantu proses pengumpulan data baki awal aset tak alih (Bangunan dan Tanah).

2.0 OBJEKTIF

JPPH telah menetapkan beberapa keperluan maklumat untuk membantu penilaian aset tak alih di mana kos sejarah tidak dapat diperolehi bagi menentukan baki awal. Oleh yang demikian, panduan ini disediakan untuk memastikan permohonan yang dikemukakan adalah lengkap.

3.0 SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Jadual 1: Senarai Dokumen

3.1 Senarai Tanah yang tidak mempunyai kos (JPPH 1) merupakan senarai tanah di

setiap PTJ yang tidak mempunyai maklumat kos perolehan bagi tujuan penentuan baki awal perakaunan akruan. Maklumat hendaklah dikumpulkan oleh Kumpulan Kerja (“KK”) Perakaunan Akruan di peringkat Kementerian sebelum dikemukakan kepada JPPH. Senarai ini akan digunakan oleh JPPH sebagai ‘control list’ apabila maklumat 3.2 hingga 3.5 seperti Jadual 1 di hantar. Contoh adalah seperti yang dilampirkan pada Lampiran 1.

3.2 Salinan Lukisan Terukur (Pelan Lantai) merupakan lakaran ringkas atas kertas graf

yang menyediakan butiran seperti ukuran ruang, bukaan dan dimensi aras. Penyediaan lukisan terukur bagi setiap aras dalam setiap bangunan diperlukan untuk penilaian JPPH. Dimensi bagi Lukisan Terukur (pelan lantai) hendaklah di dalam ukuran meter persegi (m2). Lukisan boleh dilakar menggunakan pen ‘felt tip’ di atas kertas graf. Sila rujuk kepada “Panduan Lukisan Terukur Pelan Lantai” yang akan memberikan panduan kepada tatacara melukis pelan lantai.

3.3 Salinan Geran Tanah bagi lukisan terukur diperlukan untuk tujuan penilaian yang lebih

jitu. Sekiranya geran tanah tidak dapat disediakan, maklumat seperti Alamat, Daerah, Mukim, No Lot/PT dan Luas (m2) hendaklah disertakan di dalam Borang Penilaian Tanah dan Bangunan JPPH.

No. Jenis Dokumen

3.1 Senarai tanah yang tidak mempunyai kos perolehan (JPPH 1) 3.2 Salinan Lukisan Terukur (Pelan Lantai) 3.3 Salinan geran tanah 3.4 Borang Penilaian Tanah dan Bangunan JPPH (‘hardcopy & softcopy’) 3.5 Surat Permohonan Penilaian JPPH menggunakan “letterhead” Kementerian

Page 2: Panduan Penghantaran Borang JPPH - anm.gov.my · 2 jabatan akauntan negara malaysia panduan penghantaran borang penilaian tanah dan bangunan kepada jpph 3.0 senarai dokumen yang diperlukan

2

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KEPADA JPPH

3.0 SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (sambungan)

3.4 Borang Penilaian Tanah dan Bangunan JPPH merupakan borang pengisian maklumat asas aset tak alih yang memerlukan penilaian JPPH. Contoh adalah seperti yang dilampirkan pada Lampiran 2.

3.5 Surat Permohonan Penilaian JPPH merupakan surat yang akan disertakan sebagai

“cover letter” bagi setiap permohonan penilaian yang dibuat kepada JPPH. Surat tersebut hendaklah mengandungi maklumat penting seperti Alamat Premis, Maklumat Bangunan dan Maklumat tanah. Surat ini disediakan dengan menggunakan “Letterhead” Kementerian dan ditandatangani oleh urusetia Kumpulan Kerja Kementerian bagi memudahkan pihak JPPH untuk berhubung sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah kepada permohonan penilaian . Contoh adalah seperti yang dilampirkan pada Lampiran 3.

4.0 PENGHANTARAN DOKUMEN KE JPPH

4.1 Senarai Tanah yang tidak mempunyai kos hendaklah diemelkan kepada Pn. Veda

Wayati bt Jumat di ‘[email protected]’ dan En Mohammad Yunus Lokman di ‘[email protected]’ selewat-lewatnya pada 7 November 2013 oleh setiap KK Kementerian.

4.2 Permohonan bagi penilaian aset tak alih kepada JPPH hanya boleh dilakukan setelah

maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen dari 3.2 sehingga 3.5 seperti Jadual 1 adalah lengkap. Sekiranya maklumat asas yang diperlukan bagi penilaian tanah sudah sedia ada sebelum pelan lantai bangunan dilukis, permohonan bagi penilaian tanah boleh dikemukakan kepada JPPH terlebih dahulu.

4.3 Penghantaran pemohonan penilaian kepada JPPH bagi sesebuah premis boleh

dilakukan apabila maklumat pelan lantai sesebuah premis yang disediakan sekurang-kurangnya 50% lengkap. Bagi situasi ini, sila rujuk kepada lampiran 3 dan lampiran 3.1 untuk klausa yang perlu dimasukkan ke dalam surat permohonan penilaian JPPH (dokumen 3.5) seperti yang di senaraikan dalam Jadual 1.

4.4 Penghantaran hendaklah didahulukan dengan surat permohonan seperti Lampiran 3 dan

lukisan terukur hendaklah disusun mengikut turutan seperti di dalam Borang Penilaian JPPH (dokumen 3.4) seperti yang di senaraikan dalam Jadual 1.

4.5 Salinan ‘hardcopy’ dokumen-dokumen yang berkaitan penilaian (dokumen 3.2, 3.3, 3.4

dan 3.5) seperti yang di senaraikan dalam Jadual 1 boleh dihantar ke Ibu Pejabat JPPH Putrajaya atau cawangan JPPH Negeri masing-masing. Bagi dokumen-dokumen ‘hardcopy’ yang dihantarkan kepada cawangan JPPH Negeri, salinan Surat Permohonan Penilaian JPPH (dokumen 3.5) dan Borang Penilaian Tanah dan Bangunan JPPH (dokumen 3.4), pada masa yang sama, hendaklah dibuatkan salinan kepada pihak-pihak berikut:

Ibu Pejabat JPPH di Putrajaya (Pn. Veda Wayati bt Jumat di ‘[email protected]

dan En Mohammad Yunus Lokman di ‘[email protected]’) Pihak urusetia Kumpulan Kerja Kementerian bagi PTJ/agensi tersebut Pihak PwC bagi Kementerian/PTJ/Agensi perintis UPPD JANM

Page 3: Panduan Penghantaran Borang JPPH - anm.gov.my · 2 jabatan akauntan negara malaysia panduan penghantaran borang penilaian tanah dan bangunan kepada jpph 3.0 senarai dokumen yang diperlukan

3

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KEPADA JPPH

Lampiran 1 JPPH 1

Senarai Aset Tanah & Bangunan Yang Tiada Maklumat Kos

NEGERI: Kedah

Kementerian: Kesihatan

Jabatan:

Bil

Nombor Hakmilik

Mukim/Bandar/Seksyen Daerah Luas Tanah/

( hektar/mp) Kegunaan

Tanah Catatan

Nombor Lot

1 123 Geran 4567 Padang China Kulim 50 hektar Hospital Daerah

Kulim

2 456 Geran 789 Sungai Petani Kuala

Muda 85 hektar Hospital Daerah Sungai Petani

Page 4: Panduan Penghantaran Borang JPPH - anm.gov.my · 2 jabatan akauntan negara malaysia panduan penghantaran borang penilaian tanah dan bangunan kepada jpph 3.0 senarai dokumen yang diperlukan

4

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KEPADA JPPH

Borang Penilaian Tanah dan Bangunan JPPH Lampiran 2

1. Kementerian Kementerian Kerja Raya 2. Jabatan Jabatan Kerja Raya Ibu Pejabat 3. Pegawai yang boleh dihubungi Muhammad Nazmi 4. No. Telefon Pegawai 03-26107505 5. Tarikh Kewangan Berakhir 31/12/2012

Maklumat Tanah

No. Alamat Bandar / Pekan / Mukim Daerah Negeri No. Lot No. Hak Milik

Jenis tanah

Luas Tanah (m²)

1 JALAN SULTAN SALAHUDDIN, 50580 KUALA LUMPUR.

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR,

W.PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR

Lot 75 Seksyen 60

17 Julai 2009

Komersil 28830

Maklumat Bangunan JPPH

No. JKR

Nama Premis

Kategori Aset - Kategori dan

Klasifikasi

Kelas Aset - Kategori

Sub Kategori Keterangan Bangunan

Bilangan Tingkat

Luas Lantai Utama (LLU) (m²)

Luas Lantai

Ansilari (LLA) (m²)

Luas Lantai Kasar (m²)

Tarikh Perolehan / Siap Dibina

Nilai Pasaran Tanah

Nilai Bangunan

BLOK A (LAMA)

Bangunan Bangunan Kerajaan

Bangunan Pejabat BLOK PENTADBIRAN

5 1,834 765 2,599 01/01/1993

BLOK B (LAMA)

Bangunan Bangunan Kerajaan

Bangunan Pejabat BLOK PENTADBIRAN

5 1,138 785 1,923 01/01/1993

BLOK C (LAMA)

Bangunan Bangunan Kerajaan

Bangunan Pejabat BLOK PENTADBIRAN

5 2,765 765 3,530 01/01/1993

BLOK D (LAMA)

Bangunan Bangunan Kerajaan

Bangunan Pejabat BLOK PENTADBIRAN

5 1,930 765 2,695 01/01/1993

BLOK E (LAMA)

Bangunan Bangunan Kerajaan

Bangunan Pejabat BLOK PENTADBIRAN

2 827 181 1,008 01/01/1993

BLOK F (LAMA)

Bangunan Bangunan Kerajaan

Bangunan Pejabat BLOK PENTADBIRAN

18 22,411 22,411 01/01/1998

KANTIN BLOK E

Bangunan Bangunan Kerajaan

Lain-Lain KANTIN 1 256 256 01/01/1993

A B C = A + B

Page 5: Panduan Penghantaran Borang JPPH - anm.gov.my · 2 jabatan akauntan negara malaysia panduan penghantaran borang penilaian tanah dan bangunan kepada jpph 3.0 senarai dokumen yang diperlukan

5

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KEPADA JPPH

Lampiran 3 Surat Permohonan Penilaian JPPH

“’Letterhead’ Kementerian”

No. Rujukan: Tarikh: Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Aras 7-9 Perbendaharaan 2 No. 7 Persiaran Perdana Presint 2 62592 W.P Putrajaya Tuan, PERMOHONAN PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TUJUAN PERAKAUNAN AKRUAN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat dari Jabatan Akauntan Negara rujukan ANM/PPPA/710 JId.3 (31) bertarikh 4 Julai 2013 adalah berkaitan. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian sedang melaksanakan aktiviti pengumpulan data baki awal aset tanah dan bangunan ke arah pelaksanaan perakaunan akruan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2015. Bagi tujuan tersebut, bersama-sama ini disertakan pelan lantai dan geran/maklumat tanah bagi premis Kementerian khususnya:

Alamat Maklumat Bangunan Maklumat Tanah Jabatan Kerja Raya Malaysia Ibu Pejabat JKR Jalan Sultan Salahuddin 50000 KUALA LUMPUR

Blok A Blok B Blok C Blok D

Lot 10, Seksyen 20

3. Perlu diisi berdasarkan situasi di lampiran 3.1 (jika perlu) 4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini amat dihargai. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(................) Ketua Akauntan

b.p. Ketua Setiausaha

Kementerian ..........

Page 6: Panduan Penghantaran Borang JPPH - anm.gov.my · 2 jabatan akauntan negara malaysia panduan penghantaran borang penilaian tanah dan bangunan kepada jpph 3.0 senarai dokumen yang diperlukan

6

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN PENGHANTARAN BORANG PENILAIAN TANAH DAN BANGUNAN KEPADA JPPH

LAMPIRAN 3.1

Terdapat beberapa situasi di mana perenggan tambahan perlu disertakan di dalam surat tersebut seperti di bawah:

I. Jika premis tersebut tidak mempunyai geran tanah, perenggan di bawah perlu dimasukkan:

“Bagi Premis A, ianya tidak mempunyai geran tanah. Oleh itu, untuk keperluan penilaian semula, maklumat tanah telah disertakan bersama Lampiran A (Rajah 2.1.1)”

Rajah 2.1.1

Lampiran A

Alam at NEGERI DAERAH MUKIM NO. LOT /PT LUAS (m ²)

Jabatan Kerja Ray a Malay sia, Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin, 50000 KUALA LUMPUR

W.P Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Lot 10 4,000

ATAU/DAN

II. Jika penghantaran kepada JPPH dibuat untuk peringkat pertama (50% Lukisan Terukur telah siap), perenggan di bawah perlu dimasukkan:

“Untuk makluman, bagi Premis B, senarai dan dokumen yang disertakan bersama surat ini adalah bagi penghantaran untuk Peringkat Pertama sahaja”.

ATAU/DAN

III. Jika penghantaran kepada JPPH dibuat untuk peringkat kedua (50% lukisan yang selebihnya telah siap), perenggan di bawah perlu dimasukkan:

“Untuk makluman, bagi Premis B, senarai dan dokumen yang disertakan bersama surat ini adalah bagi penghantaran untuk Peringkat Kedua. Penghantaran Peringkat Pertama telah dilakukan pada (Tarikh penghantaran peringkat pertama) melalui surat (nombor rujukan surat peringkat pertama)”.