buletin jan-mac 2014

10
BULETIN JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI TAMAN BOTANI PILIHAN TERBAIK PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH 19 Mac 2014— Satu lawatan sambil belajar ke Taman Botani Putrajaya telah diadakan selaras dengan aspirasi pendidikan yang menuntut warga pendidik melaksanakan pembelajaran di luar bilik darjah. Program ini telah menam- bah pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam mengaplikasikan pem- belajaran kursus Pengecaman Tumbuhan (Plant Identification). Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat mengenai tanaman hiasan di dalam landskap taman, aktiviti ‘Guided Tour’ diadakan dengan penerangan oleh Pegawai Taman Botani Putrajaya, demonstrasi proses pengeringan spesimen tumbuhan (herbarium), dan proses penyediaan Herbarium Tumbuhan di Tapak Nurseri Taman Botani Putrajaya. Pelajar juga telah ditunjukkan cara penyediaan specimen tumbuhan untuk di simpan dalam tempoh masa yang panjang di dalam Herbaria. Di akhir lawatan ini, pelajar telah mempelajari tanaman landskap yang selalu digunakan di kawasan landskap yang ter- dapat di Malaysia dan mendapat pengalaman meneroka sendiri proses mengenal/mengecam tumbuhan dan mendekati alam semulajadi.

Upload: vandan

Post on 22-Dec-2016

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Jan-Mac 2014

BULETIN JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI

TAMAN BOTANI PILIHAN TERBAIK PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH 19 Mac 2014— Satu lawatan sambil belajar ke Taman Botani Putrajaya telah

diadakan selaras dengan aspirasi pendidikan yang menuntut warga pendidik

melaksanakan pembelajaran di luar bilik darjah. Program ini telah menam-

bah pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam mengaplikasikan pem-

belajaran kursus Pengecaman Tumbuhan (Plant Identification). Antara aktiviti

yang dijalankan adalah taklimat mengenai tanaman hiasan di dalam

landskap taman, aktiviti ‘Guided Tour’ diadakan dengan penerangan oleh

Pegawai Taman Botani Putrajaya, demonstrasi proses pengeringan spesimen

tumbuhan (herbarium), dan proses penyediaan Herbarium Tumbuhan di

Tapak Nurseri Taman Botani Putrajaya. Pelajar juga telah ditunjukkan cara

penyediaan specimen tumbuhan untuk di simpan dalam tempoh masa yang

panjang di dalam Herbaria. Di akhir lawatan ini, pelajar telah mempelajari

tanaman landskap yang selalu digunakan di kawasan landskap yang ter-

dapat di Malaysia dan mendapat pengalaman meneroka sendiri proses

mengenal/mengecam tumbuhan dan mendekati alam semulajadi.

Page 2: Buletin Jan-Mac 2014

MENEROKAI BIOTEKNOLOGI DI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

11 Mac 2014 –Satu lawatan sambil belajar telah diadakan ke Agensi Nu-

lear Malaysia yang disertai oleh pelajar-pelajar tahun dua Diploma Bio-

teknologi. Pelajar berpeluang mengaplikasi dan berkongsi kemahiran

bersama penyelidik di Agensi Nuclear Malaysia sekaligus mendedahkan

pelajar dengan subjek Cell and Molecular Biology. Taklimat oleh pega-

wai Agensi Nuklear Malaysia tentang peranan agensi ini dan lawatan ke

sekitar kawasan telah membuka mata pelajar tentang kepentingan in-

dustri bioteknologi di Malaysia. Pelajar juga berpeluang untuk membuat

demo penyelidikan. Di akhir program, para pelajar telah beroleh pen-

galaman dalam menerokai sendiri perkembangan industri bioteknologi

di Malaysia.

Page 3: Buletin Jan-Mac 2014

FELDA BIOTECHNOLOGI: KE ARAH KOLABORASI BERSAMA POLITEKNIK NILAI 21 Februari 2014 –Program Lawatan Penanda Arasan telah diadakan ke Felda Biotechnology Centre telah dianjurkan oleh pensyarah program Diploma Bioteknologi, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Berdasarkan kajian need analysis yang telah dilaksanakan oleh BPPK dengan kerjasama beberapa pensyarah politeknik dan pihak industri (yang telah disenaraipendekkan), terdapat keperluan untuk memperkenalkan program baru tersebut di dalam sistem pengajian di politeknik. Bagi mendedahkan pensyarah untuk mengendalikan proses pembelajaran dan pengajaran sebenar program DBT kepada pelajar, lawatan penandarasan sangat diperlukan. Kerjasama dan kolaborasi di antara Politeknik Nilai dengan Felda Biotechnology Centre telah dibincangkan. Antara aspek yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:

Lantikan sebagai Penasihat Industri Politeknik bagi program Diploma

Bioteknologi. Penempatan pelajar Latihan Industri (LI) Diploma Bioteknologi Jemputan untuk mengisi slot Pensyarah Industri bagi topik-topik yang

berkaitan dengan kultur tisu tumbuhan, molekular sel, nurseri dan topik-topik yang bersesuaian bagi memenuhi KPI PPI selama 40 jam antara pelajar dan industri.

Kerjasama dari segi khidmat rundingan bagi pelajar yang akan menjalankan Projek Akhir terutamanya yang melibatkan bidang kultur tisu dan molekular sel.

Lawatan akademik bagi pelajar topik / kursus yang berkaitan.

Page 4: Buletin Jan-Mac 2014

FERTIGASI : SATU PELAKSANAAN AGRO-BASED CROP PRODUCTION DI PNS

25 Mac 2014 – Satu kursus Asas Sistem Fertigasi (teori) telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Pada 27 Mac 2014 pula telah diadakan satu kursus praktikal Sistem Fertigasi yang meli-batkan kerjasama antara Politeknik Nilai dengan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan , pensyarah Kolej Komuniti Rembau dan usahawan fer-tigasi. Projek fertigasi ini adalah sebahagian daripada PdP pelajar se-mester dua iaitu kursus YL 202 Nursery Operation. Pelajar telah mempela-jari konsep fertigasi dan keperluan yang perlu ada untuk menjalankan fertigasi. Mereka juga telah mempelajari kaedah membuat media semaian. Tanaman yang ditanam ialah sayur sawi sebanyak 185 poli-beg. Program ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman menghasilkan komoditi sayuran dan buah-buahan melalui sistem fertigasi. Semoga pelajar dapat mempraktikkan bidang keusaha-wanan secara kreatif dan inovatif menerusi kaedah ini yang lebih cekap dan berkesan serta cost-effective.

Page 5: Buletin Jan-Mac 2014

PELAJAR DLH TERUJA LANDSKAP INDAH PUTRAJAYA & UPM

19 Mac 2014 – Satu lawatan ke Putrajaya telah diadakan sebagai salah satu keperluan dalam proses PdP kursus YL305 Landscape Maintenance & Horticultural Practices. Putrajaya dipilih kerana terkenal dengan landskap lembut dan landskap kejur yang menarik. Pelajar-pelajar telah berpeluang untuk mempelajari cara penyelenggaraan landskap yang telah dikelol-akan oleh Perbadanan Putrajaya. Pelajar turut dibawa melawat ke pa-dang golf UPM dan nursery turf di Taman Pertanian Universiti, UPM untuk melihat sendiri penyelenggaraan rumput turf di kawasan padang golf. Di akhir program ini pelajar telah mendapat pendedahan tentang landskap yang selalu digunakan di Malaysia dan dapat menggunapakai per-kongsian idea bersama yang diperolehi untuk dipraktikkan di dalam PdP.

Page 6: Buletin Jan-Mac 2014

TAKLIMAT KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA MEMBUKA MATA PELAJAR

11 Mac 2014 – Satu taklimat berkaitan OSH dan pengendalian bahan kimia oleh pegawai dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah diada-kan. Pelajar telah berpeluang untuk mengaplikasi dan berkongsi kema-hiran bersama penceramah dari UKM. Taklimat ini juga sekaligus telah memberikan maklumat lebih lanjut berkaitan subjek Laboratory Tech-niques and Management di politeknik. Di akhir taklimat, pelajar telah memahami dengan lebih jelas tentang garis panduan kesihatan dan keselamatan di dalam makmal dan tempat kerja serta cara pengen-dalian bahan kimia. Pada maasa hadapan, dicadangkan supaya demo dan aktiviti situasi sebenar diadakan untuk mengendalikan ba-han kimia serta pengurusan kesihatan dan keselamatan di tempat ker-ja. Secara keseluruhan, taklimat ini telah berjaya membuka mata pelajar tentang kepentingan keselamatan di tempat kerja.

KAD HIJAU CIDB SYARAT PELAJAR KE TAPAK INDUSTRI

28 Februari 2014 – Program Green Card CIDB ini merupakan program usahasama bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran bersama-sama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Cawangan Melaka / Negeri Sembilan. Bengkel ini dirancang bagi pelajar-pelajar semester 3 yang akan menjalani Latihan Praktikal di firma-firma jururunding landskap dan hortikultur, kontraktor binaan, kelab golf, nurseri tanaman, dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang landskap hortikultur. Kad Hijau CIDB diperlukan sebagai syarat untuk pelajar-pelajar memasuki kawasan dan tapak binaan terutama yang melibatkan kerja-kerja struktur samada bangunan dan seumpa-manya. Di akhir program pelajar telah mendapat input berguna yang boleh digunapakai semasa menjalani latihan industri. Pada masa akan dating, penganjur berharap agar program ini dapat dijalankan di luar politeknik bagi meningkatkan kemahiran praktikal pelajar.

Page 7: Buletin Jan-Mac 2014

PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DLH BERHASIL INDAHKAN PNS

29 Mac 2014 – Pelajar Latihan Industri daripada Diploma Landscape Hor-ticulture telah menjalankan pelbagai aktiviti dalam memperindah lagi Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan terma-suklah pembinaan landskap dan penambahbaikan beberpaa kawasan di dalam PNS.

Menghias Dewan Kuliah Utama untuk program-program di PNS

Menghias Dewan Kuliah untuk program-program di PNS

Membina tembok landskap di depan JAB

Page 8: Buletin Jan-Mac 2014

Membina laluan fertigasi dan nurseri

Membina pagar landskap di hadapan JAB

Projek pembiakan tanaman landskap

Page 9: Buletin Jan-Mac 2014

Mengecat semula logo PNS

Tenaga pengajar simen ferro di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja Rembau

Membina ‘walkway’di JKM

Page 10: Buletin Jan-Mac 2014

PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DLH MENAIKTARAF LANDSKAP HEP Februari 2014 – Seramai empat orang pelajar Latihan Industri DLH di Politeknik Nilai telah didedahkan dan diberi masa selama sebulan bagi menaiktaraf landskap di hadapan bangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk persediaan Majlis Konvokesyen. Aktiviti ini selaras dengan PdP Diplo-ma Hortikultur Landskap (DLH) yang direka bentuk melalui kombinasi bi-dang rekabentuk landskap dan hortikultur. Secara tidak langsung pelajar latihan industri DLH mendapat banyak pengalaman dan kemahiran teruta-manya dalam bidang landskap.