borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filekepentingan malaysia seperti yang termaktub di dalam...

17
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: REKACIPTA ALAT MASA REAKSI BERMOTOR BERDASARKAN PERMAINAN TRADISIONAL KONDA KONDI SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya: MUHAMMAD FAUZI BIN NARSRI_________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 37 KG PERMAS KELAPA, PM. DR. ABDUL HAFIDZ BIN HJ. OMAR 82300 KUKUP PONTIAN, JOHOR. Tarikh : __19 APRIL 2010 _____ Tarikh: _19 APRIL 2010 __________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: dinhhuong

Post on 30-Jun-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: REKACIPTA ALAT MASA REAKSI BERMOTOR BERDASARKAN PERMAINAN TRADISIONAL KONDA KONDI

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya: MUHAMMAD FAUZI BIN NARSRI_________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 37 KG PERMAS KELAPA, PM. DR. ABDUL HAFIDZ BIN HJ. OMAR 82300 KUKUP PONTIAN, JOHOR. Tarikh : __19 APRIL 2010 _____ Tarikh: _19 APRIL 2010 __________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”

Tanda tangan :

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR ABDUL HAFIDZ BIN HJ OMAR

Tarikh : APRIL 2010

REKACIPTA ALAT MASA REAKSI BERMOTOR

BERDASARKAN PERMAINAN TRADISIONAL KONDA KONDI

MUHAMMAD FAUZI BIN NARSRI

Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Pelajar : MUHAMMAD FAUZI BIN NARSRI

Tarikh : APRIL 2010

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat,

Arwah ibu

Arfiah Bte Mahmood

Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat

Ayah yang disayangi

Narsri Bin Omar

Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman,

Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…

semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Insyaallah…

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala pujian-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang

memberikan kita ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhamad

S.A.W. yang telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan peluang

untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua

pensyarah Fakulti Pendidikan serta Fakulti Mekanikal yang telah banyak memberi

nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis, Prof.

Madya Dr Abdul Hafidz Bin Hj Omar atas bimbingan dan dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga kalungan terima

kasih buat rakan-rakan seperjuangan, warga 4 SPS khususnya serta para pelajar Sains

Sukan secara amnya. Terima kasih juga kepada individu yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam penulisan ini.

v

ABSTRAK

Dewasa ini, permainan-permainan tradisional seakan-akan dipinggirkan dan

semakin dilupakan terutamanya generasi muda, bahkan mereka tidak mengenali

permainan-permainan tradisional yang pernah dimainkan generasi terdahulu. Oleh itu,

penyelidik mengambil inisiatif untuk merekabentuk suatu alat mekanikal berasaskan

permainan konda kondi. Objektif alat masa reaksi berasaskan permainan konda kondi

dicipta untuk menguji tahap masa reaksi pengguna disamping menarik minat pengguna

terhadap permainan tradisional. Dengan menggunakan komponen-komponen kereta

yang terpakai, alat ini direka berasaskan permainan konda kondi. Spring mampatan

digunakan untuk melambungkan kayu seperti dalam permainan konda kondi. Motor

digunakan untuk menarik spring dan memampatkannya. Jarak mampatan spring boleh

ditentukan untuk mendapatkan tahap kelajuan yang berbeza. Tahap kelajuan yang

berbeza ini bertindak sebagai penentu masa reaksi pengguna yang menggunakan alat

yang direkacipta. Ujian Yardstick (Hoeger dan Hoeger, 2004) digunakan sebagai

penanda aras norma. Hasil dari ujian yang dijalankan menunjukkan perbandingan

antara ujian yardstick; iaitu ujian masa reaksi menggunakan kayu panjang dengan ujian

menggunakan alat yang direkacipta terhadap subjek adalah sepadan. Kesimpulannya,

alat yang direka mempunyai nilai kesahan yang tinggi dari perbandingan yang

dijalankan antara kedua-dua ujian menunjukkan nilai yang sepadan.

vi

ABSTRACT

These days, traditional games are being neglected and being forgotten especially

by the younger generation who do not even know the traditional games that were

played by the earlier generations. Therefore, the researcher took the initiative to create a

mechanical device according to the traditional game ‘Konda kondi’. The objective of

the reaction time device base on the traditional game ‘konda kondi’ is to test the

reaction time of the users as well as to attract the users towards traditional games.

Using used car components, this device was built to function as the game konda kondi

is played. Compression spring was used to eject a wooden stick just like in the game.

To compress the spring, a motor is used. Different compression level of the spring can

be set to get different speed levels. These different speed levels are used to determine

the reaction time of the user. The norm from the Yardstick test (Hoeger dan Hoeger,

2004) was used as a guideline. From the test conducted, a comparison between the

yardstick test; that are used for reaction time with test conducted using the devise, the

outcome are match. In conclusion, the device that was developed has high validity base

on the comparison between the two tests. From the test conducted, it can be seen that

the outcome of the comparison between the yardstick test and the reaction time test

using the konda kondi device were the same.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURATPERAKUAN DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi ISI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL ix SENARAI RAJAH x

1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang kajian 3 1.3 Pernyataan masalah 4 1.4 Objektif kajian 4 1.5 Persoalan kajian 5 1.6 Kepentingan kajian 5 1.7 Limitasi kajian 7 1.8 Skop kajian 7 1.9 Definisi operasi 8 1.1 Kesimpulan 9

2 SOROTAN KAJIAN 10 2.1 Pengenalan 10 2.2 Teori rekacipta 10 2.3 Masa reaksi 13 2.4 Konda kondi 16 2.5 Sains dan teknologi dalam sukan 18 2.6 Kajian berkaitan 20 2.7 Kesimpulan 23

viii

3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 24 3.2 Rekabentuk projek 25 3.3 Populasi dan persampelan 29 3.4 Alat kajian 29 3.5 Prosedur kajian 30 3.6 Pengumpulan data 34 3.7 Penganalisisan data 34 3.8 Kesimpulan 34

4 ANALISIS DATA 35 4.1 Pengenalan 35 4.2 Analisis kajian 36 4.3 Kesimpulan 38

5 PERBINCANGAN KAJIAN 39 5.1 Pengenalan 39 5.2 Perbincangan persoalan kajian 40 5.3 Penambahbaikkan 43 5.4 Kesimpulan 44

RUJUKAN 45

Lampiran A-C 47

ix

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT      

4.1 Norma bagi pengujian Yardstick 31 4.2 Skor masa reaksi berdasarkan ujian

Yardstick 36

4.3 Perbandingan ujian Yardstick - ujian alat rekacita

37

x

SENARAI GAMBARAJAH

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

   2.1 Pengujian Yardstick 22 2.2 Pengambilan ukuran skor 22 3.1 Lakaran pertama 26 3.2 Lakaran kedua 27 3.3 Carta alir proses penghasilan projek 28 3.4 Alat masa reaksi 29 3.5 Motor alat 30

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam dunia yang serba moden ini, pelbagai peralatan telah dicipta untuk

memenuhi kehendak para pengguna untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Pelbagai kajian telah dijalankan bagi menghasilkan produk yang dapat membantu

meringankan tugas atau kerja pengguna. Begitu juga dalam sukan. Menurut Bramham

dan Hylton (2001) mereka yang terlibat dengan pembangunan sukan merupakan

mereka yang memastikan peningkatan dan pembaikan dalam mempromosikan minat,

penyertaan dan persembahan yang baik dalam sukan.

Pada masa ini, sukan telah menjadi salah satu cabang pekerjaan yang diiktiraf

profesional. Perubahan zaman membawa kepada perubahan dalam pelbagai aspek.

Keupayaan manusia turut berubah. Dengan kajian-kajian yang dijalankan, pelbagai

alatan baru yang direkacipta dapat membantu meningkatkan prestasi ahli sukan dalam

sukan yang diceburi.

 

Sejarah sendiri telah menunjukkan perkembangan teknologi dalam sukan.

Dassler (1930) telah mewujudkan revolusi dalam sukan dengan memperkenalkan kasut

bertapak paku untuk sukan larian, bola sepak dan sebagainya. Beliau telah merekacipta

tapak kasut yang berpaku dalam membantu meningkatkan prestasi pengguna. Dalam

acara larian, paku yang terdapat pada tapak kasut memberikan cengkaman yang lebih

baik di mana pecutan dan daya tujahan akan bertambah serta masa yang diperlukan

oleh pelari akan berkurangan. Sehingga kini jenama yang dihasilkan oleh beliau telah

digunakan dengan meluas di seluruh dunia iaitu jenama ‘Adidas’.

Di Malaysia ini sendiri pelbagai kajian telah dijalankan untuk menyalurkan

khidmat maklumat kepada pusat-pusat sains sukan, menyediakan video motivasi

kepada pusat psikologi, membantu cawangan perubatan sukan mengenal pasti punca

kecederaan atlet semasa pertandingan, melakukan kajian dari sumber yang dimiliki dan

berperanan mendidik atlet dan jurulatih akan kepentingan teknologi sukan dalam

pencapaian atlet. Perkara yang berkaitan ini telah dijalankan oleh Institut Sukan Negara

(ISN) (Ramlan Abd. Aziz, 2008).

Senator Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan

bangunan ISN pada 20 Oktober 1992. Penubuhan institut ini adalah sejajar dengan

Dasar Sukan Negara yang diluluskan oleh kabinet pada 20 Januari 1988.

Unit Teknologi Sukan ISN berfungsi sebagai pusat perkembangan dan

penganalisaan bidang teknologi, di mana penganalisaan dilakukan dengan dengan

menggunakan teknologi yang terkini. ISM menjadi pusat Penyelidikan dan

Pembangunan (RND) dalam menghasilkan analisis perisian yang boleh membantu

 

sukan tanahair dengan kos yang rendah dengan bantuan kepakaran tempatan dan asing.

ISN turut menjadi pusat rujukan bagi jurulatih dan penggiat sukan melalui hasil analisis

yang telah di arkibkan.ISN juga berperanan mewujudkan hubungan yang erat dengan

negara-negara maju terutama dalam aspek teknologi sukan. Ini kerana negara mampu

menghasilkan perisian dan perkakasan tersendiri.

Jurulatih turut dididik untuk berfikir secara lebih kreatif dan inovatif dalam

bidang kejurulatihan dengan menggunakan bantuan teknologi sukan kerana teknologi

sudah menjadi sebahagian dari punca kejayaan seseorang atlet atau pasukan. Dengan

ini, atlet dapat meningkatkan prestasi mereka dengan peralatan yang berteknologi

terkini dan memajukan sukan di negara ini (Ramlan Abd. Aziz, 2008).

1.2 Latar Belakang Kajian

Masa reaksi atau “Reaction Time” dalam sukan merupakan salah satu aspek

yang penting yang perlu dititikberatkan. Dalam beberapa sukan yang tertentu, masa

reaksi adalah komponen penting dalam menentukan kemenangan. Sukan seperti larian

pecut, lawan pedang, tinju, renang dan sebagainya memerlukan atlet bertindak balas

dengan pantas.

Dalam dunia yang berteknologi kini, pelbagai kajian telah dijalankan untuk

menghasilkan alatan yang lebih baik dan mudah digunakan di samping menarik minat

pengguna untuk menggunakannya serta menerapkan aspek-aspek keselamatan kepada

pengguna.

 

‘Dari tradisional ke moden’ merupakan aspek utama yang cuba diterapkan

dalam kajian ini. Dengan menggunakan konsep permainan ‘Konda-kondi’, reaksi

terhadap pukulan menjadi faktor yang diambil kira. Menurut Shamsul Anuar dan

Ahmad Shahar (2005) konda kondi merupakan salah satu permainan kanak-kanak

tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak menggunakan beberapa alatan kayu yang

dipanggil ‘ibu’ dan ‘anak’. Ibu merupakan kayu panjang yang digunakan untuk

menguis, melambungkan dan memukul anak atau kayu pendek.

1.3 Pernyataan Masalah

Dewasa ini, permainan-permainan tradisional seakan-akan dipinggirkan dan

semakin dilupakan. Peredaran zaman dan perkembangan teknologi telah menghasilkan

pelbagai corak permainan baru yang menjadi kegilaan generasi muda. Sistem

permainan yang berunsur maya telah menjadi pilihan generasi baru untuk mengisi masa

lapang mereka. Ramai diantara mereka yang tidak mengenali permainan-permainan

tradisional yang pernah dimainkan generasi sebelumnya.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

 

1.4.1 Merekacipta alat masa reaksi berasaskan permainan konda kondi

disamping menarik minat pengguna menggunakannya.

1.4.2 Menguji tahap masa reaksi pengguna.

1.4.3 Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan masa reaksi dari alat yang

dihasilkan.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah:

1.5.1 Bagaimana alat yang dihasilkan dapat menguji masa reaksi pengguna?

1.5.2 Apakah tahap kesahan dan kebolehpercayaan alat yang dihasilkan?

1.6 Kepentingan Kajian

Terdapat beberapa kepentingan dalam merekacipta alat ini. Antara kepentingan

yang dapat dinyatakan adalah: