keluaran april - wildlife.gov.my perhilitan jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara...

8
PERHILITAN BULETIN JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA SEMENANJUNG MALAYSIA BILANGAN 02.2014 • KELUARAN APRIL – JUN 2014 • ISSN 1823 4887 www.wildlife.gov.my LAWATAN DUTA CHINA KE EKSIBIT PANDA DI ZOO NEGARA OPS “mb“ ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013 DAN MAJLIS MERAIKAN PESARA 2014 03 04 11 PERSIDANGAN PENGURUS-PENGURUS KAWASAN PERLINDUNGAN (1 ST NATIONAL PROTECTED AREA MANAGERS’ CONFERENCE) 556084 9 009305 TAJUK AKHBAR BULANAN APRIL – JUN 2014 TARIKH AKHBAR TAJUK 02.4.14 THE STAR Malaysia gets to keep cub if giant pandas mate 02.4.14 BERITA HARIAN 12 pegawai PERHILITAN, veterinar sedia terima panda gergasi 02.4.14 UTUSAN MALAYSIA Pakar tempatan sedia jaga panda 04.4.14 UTUSAN MALAYSIA Kehidupan renjer wanita 05.4.14 HARIAN METRO Masuk parit elak babi hutan 07.4.14 BERITA HARIAN Babi hutan musnahkan tanaman 08.4.14 HARIAN METRO Harimau kumbang masuk perangkap 08.4.14 BERITA HARIAN Harimau kumbang baham kambing diperangkap 09.4.14 THE STAR Re-mention of wildlife case against Wong’s wife on May 8 11.4.14 BERITA HARIAN Pekebun Kampung Bukit Gading diancam gajah liar 11.4.14 UTUSAN MALAYSIA Peneroka cedera diserang beruang 14.4.14 UTUSAN MALAYSIA Terselamat selepas pura-pura pengsan 14.4.14 HARIAN METRO Mangsa beruang pura-pura pengsan 14.4.14 BERITA HARIAN Parah kepala digigit beruang 18.4.14 HARIAN METRO Kampung amukan kera 19.4.14 HARIAN METRO Kasih sawa 21.4.14 BERITA HARIAN Monyet ceroboh dari celah tingkap 25.4.14 HARIAN METRO Burung panggil pelancong bergambar 26.4.14 HARIAN METRO Serah 5 pelan bangun taman negara, negeri 26.4.14 THE STAR Hornbill is not trouble 27.4.14 THE STAR It’s crocodile mating season - so watch out, says PERHILITAN 28.4.14 THE STAR Knowing about hornbill breeding 29.4.14 BERITA HARIAN Bayi kena 14 jahitan digigit tiga kera liar 29.4.14 HARIAN METRO Tiga kera serang bayi 29.4.14 UTUSAN MALAYSIA Bayi dalam buaian diserang kera 30.4.14 BERITA HARIAN ‘Jangan beri kera makan elak ancaman’ 30.4.14 BERITA HARIAN PERHILITAN pindah gajah agresif 01.5.14 THE STAR Cabbies help sound the alarm 01.5.14 HARIAN METRO Monyet masuk kedai 02.5.14 THE STAR Straying wild jumbo caught 02.5.14 HARIAN METRO Badan kebas dipatuk tedung 03.5.14 BERITA HARIAN Guna bahasa Melayu latih gajah di Kuala Gandah 05.5.14 UTUSAN MALAYSIA Penduduk dakwa ternakan dibaham harimau 09.5.14 THE STAR Kenyir Elephant Village opens today 10.5.14 THE STAR Facts for visitors 11.5.14 BERITA HARIAN Membelai gajah, mencium kelah 14.5.14 NEW STRAITS TIMES Ganging up on the poachers, traffickers 15.5.14 THE STAR PERHILITAN rescues sun bear after week-long stakeout 15.5.14 BERITA HARIAN PERHILITAN selamat beruang, 5 kena tahan 20.5.14 THE STAR Car wash worker fined RM35,000 for having sun bear 20.5.14 THE STAR PERHILITAN: Prints made by elephants 23.5.14 HARIAN METRO Gempur babi tiga kampung 23.5.14 UTUSAN MALAYSIA Gajah jantan liar berjaya dipindah ke Endau-Rompin 24.5.14 HARIAN METRO Malaysia pinjamkan tapir 24.5.14 UTUSAN MALAYSIA Tapir akan dipinjamkan kepada China 27.5.14 BERITA HARIAN Rumah ibu tunggal sasaran gajah liar 29.5.14 UTUSAN MALAYSIA Cemas dikerumuni monyet liar 31.5.14 THE STAR High marks for Penang Park 02.6.14 NEW STRAITS TIMES RM35,000 penalty a wake-up call 04.6.14 HARIAN METRO Dua jam pindah gajah sesat 05.6.14 THE STAR Sambar deer facing extinction in peninsula, says study 07.6.14 HARIAN METRO Jurulatih renang lemas kepenatan 07.6.14 THE STAR Picnic trip turns tragic for businessman 07.6.14 NEW STRAITS TIMES Man drowns while on holiday swim 10.6.14 NEW STRAITS TIMES Public may view pandas for free 10.6.14 NEW STRAITS TIMES Step up heritage site listing 10.6.14 UTUSAN MALAYSIA Peluang lihat panda secara percuma selama sebulan 10.6.14 THE STAR Public may get to see pandas for free 10.6.14 THE STAR Why delay for World Heritage Site status? 12.6.14 BERITA HARIAN Rampas 241 murai batu 12.6.14 HARIAN METRO Burung ‘terlepas’ dari sangkar 12.6.14 UTUSAN MALAYSIA Sedia hantar tapir ke China, pertukaran dengan panda 12.6.14 UTUSAN MALAYSIA Seludup murai batu tumpas 12.6.14 THE STAR Wildlife smugglers sing the blues after songbird seizure 12.6.14 THE STAR Palanivel: Malaysia awaits China’s decision on tapirs 12.6.14 NEW STRAITS TIMES All-out war on poachers 13.6.14 HARIAN METRO Malang bakal raja sehari 13.6.14 HARIAN METRO Pisau toreh getah penyelamat 15.6.14 NEW STRAITS TIMES Our tigers need saving 16.6.14 BERITA HARIAN Pantai Kerachut lokasi eksklusif penyu bertelur 16.6.14 THE STAR Turtles returning in droves to Penang National Park 16.6.14 NEW STRAITS TIMES Panda complex opens to public next week 19.6.14 THE STAR Mention of case against Anson Wong’s wife fixed for July 14 19.6.14 THE STAR Malaysian businessman held in HK over pangolin scales 19.6.14 NEW STRAITS TIMES Trapping the poachers 19.6.14 NEW STRAITS TIMES Where elephants roam free

Upload: vantu

Post on 16-May-2018

297 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: KELUARAN APRIL - wildlife.gov.my perhilitan jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara semenanjung malaysia bilangan 02.2014 • keluaran april – jun 2014 • issn 1823 4887

PERHILITANBULETINJABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA SEMENANJUNG MALAYSIA

BILANGAN 02.2014 • KELUARAN APRIL – JUN 2014 • ISSN 1823 4887

www.wildlife.gov.my

LAWATAN DUTA CHINA KE EKSIBIT PANDA DI ZOO NEGARA

OPS “mb“ ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013 DAN MAJLIS MERAIKAN PESARA 2014

03 04 11

PERSIDANGAN PENGURUS-PENGURUS KAWASAN PERLINDUNGAN (1ST NATIONAL PROTECTED AREA MANAGERS’ CONFERENCE)

556084 9 009305

TAJUK AKHBAR BULANAN APRIL – JUN 2014

TARIKH AKHBAR TAJUK

02.4.14 THE STAR Malaysia gets to keep cub if giant pandas mate02.4.14 BERITA HARIAN 12 pegawai PERHILITAN, veterinar sedia terima panda gergasi02.4.14 UTUSAN MALAYSIA Pakar tempatan sedia jaga panda04.4.14 UTUSAN MALAYSIA Kehidupan renjer wanita05.4.14 HARIAN METRO Masuk parit elak babi hutan07.4.14 BERITA HARIAN Babi hutan musnahkan tanaman08.4.14 HARIAN METRO Harimau kumbang masuk perangkap08.4.14 BERITA HARIAN Harimau kumbang baham kambing diperangkap09.4.14 THE STAR Re-mention of wildlife case against Wong’s wife on May 811.4.14 BERITA HARIAN Pekebun Kampung Bukit Gading diancam gajah liar11.4.14 UTUSAN MALAYSIA Peneroka cedera diserang beruang14.4.14 UTUSAN MALAYSIA Terselamat selepas pura-pura pengsan14.4.14 HARIAN METRO Mangsa beruang pura-pura pengsan14.4.14 BERITA HARIAN Parah kepala digigit beruang18.4.14 HARIAN METRO Kampung amukan kera19.4.14 HARIAN METRO Kasih sawa21.4.14 BERITA HARIAN Monyet ceroboh dari celah tingkap25.4.14 HARIAN METRO Burung panggil pelancong bergambar26.4.14 HARIAN METRO Serah 5 pelan bangun taman negara, negeri26.4.14 THE STAR Hornbill is not trouble27.4.14 THE STAR It’s crocodile mating season - so watch out, says PERHILITAN28.4.14 THE STAR Knowing about hornbill breeding29.4.14 BERITA HARIAN Bayi kena 14 jahitan digigit tiga kera liar29.4.14 HARIAN METRO Tiga kera serang bayi29.4.14 UTUSAN MALAYSIA Bayi dalam buaian diserang kera30.4.14 BERITA HARIAN ‘Jangan beri kera makan elak ancaman’30.4.14 BERITA HARIAN PERHILITAN pindah gajah agresif01.5.14 THE STAR Cabbies help sound the alarm01.5.14 HARIAN METRO Monyet masuk kedai02.5.14 THE STAR Straying wild jumbo caught02.5.14 HARIAN METRO Badan kebas dipatuk tedung03.5.14 BERITA HARIAN Guna bahasa Melayu latih gajah di Kuala Gandah05.5.14 UTUSAN MALAYSIA Penduduk dakwa ternakan dibaham harimau09.5.14 THE STAR Kenyir Elephant Village opens today10.5.14 THE STAR Facts for visitors11.5.14 BERITA HARIAN Membelai gajah, mencium kelah14.5.14 NEWSTRAITSTIMES Ganginguponthepoachers,traffickers15.5.14 THE STAR PERHILITAN rescues sun bear after week-long stakeout15.5.14 BERITA HARIAN PERHILITAN selamat beruang, 5 kena tahan20.5.14 THESTAR CarwashworkerfinedRM35,000forhavingsunbear20.5.14 THE STAR PERHILITAN: Prints made by elephants23.5.14 HARIAN METRO Gempur babi tiga kampung23.5.14 UTUSAN MALAYSIA Gajah jantan liar berjaya dipindah ke Endau-Rompin24.5.14 HARIAN METRO Malaysia pinjamkan tapir24.5.14 UTUSAN MALAYSIA Tapir akan dipinjamkan kepada China27.5.14 BERITA HARIAN Rumah ibu tunggal sasaran gajah liar29.5.14 UTUSAN MALAYSIA Cemas dikerumuni monyet liar31.5.14 THE STAR High marks for Penang Park02.6.14 NEW STRAITS TIMES RM35,000 penalty a wake-up call 04.6.14 HARIAN METRO Dua jam pindah gajah sesat 05.6.14 THE STAR Sambar deer facing extinction in peninsula, says study 07.6.14 HARIAN METRO Jurulatih renang lemas kepenatan 07.6.14 THE STAR Picnic trip turns tragic for businessman 07.6.14 NEW STRAITS TIMES Man drowns while on holiday swim 10.6.14 NEW STRAITS TIMES Public may view pandas for free 10.6.14 NEW STRAITS TIMES Step up heritage site listing 10.6.14 UTUSAN MALAYSIA Peluang lihat panda secara percuma selama sebulan 10.6.14 THE STAR Public may get to see pandas for free 10.6.14 THE STAR Why delay for World Heritage Site status? 12.6.14 BERITA HARIAN Rampas 241 murai batu 12.6.14 HARIAN METRO Burung ‘terlepas’ dari sangkar 12.6.14 UTUSAN MALAYSIA Sedia hantar tapir ke China, pertukaran dengan panda 12.6.14 UTUSAN MALAYSIA Seludup murai batu tumpas 12.6.14 THE STAR Wildlife smugglers sing the blues after songbird seizure 12.6.14 THE STAR Palanivel: Malaysia awaits China’s decision on tapirs 12.6.14 NEW STRAITS TIMES All-out war on poachers 13.6.14 HARIAN METRO Malang bakal raja sehari 13.6.14 HARIAN METRO Pisau toreh getah penyelamat 15.6.14 NEW STRAITS TIMES Our tigers need saving 16.6.14 BERITA HARIAN Pantai Kerachut lokasi eksklusif penyu bertelur 16.6.14 THE STAR Turtles returning in droves to Penang National Park 16.6.14 NEW STRAITS TIMES Panda complex opens to public next week 19.6.14 THESTAR MentionofcaseagainstAnsonWong’swifefixedforJuly1419.6.14 THE STAR Malaysian businessman held in HK over pangolin scales 19.6.14 NEW STRAITS TIMES Trapping the poachers 19.6.14 NEW STRAITS TIMES Where elephants roam free

Page 2: KELUARAN APRIL - wildlife.gov.my perhilitan jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara semenanjung malaysia bilangan 02.2014 • keluaran april – jun 2014 • issn 1823 4887

KELESTARIAN AKTIVITI KHASPENGUATKUASAANUTAMAMUKA DEPAN

1 42 7 1012

Dicetak oleh:Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia KM10JalanCheras,56100KualaLumpur,MalaysiaTel:603-90866800•Faks:603-90752873•Emel:[email protected]

www.wildlife.gov.my

Kandungan

DARI MEJA SIDANG PENGARANGSalam Sejahtera kepada semua warga PERHILITAN dan selamat bertemu kembali dalam keluaran edisi kedua Buletin PERHILITAN pada tahun 2014. Buletin kali ini memuatkan aktiviti-aktiviti menarik yang berlaku sepanjang April hingga Jun.

Buletin PERHILITAN memaparkan aktiviti-aktiviti utama yang dirancang dan dilaksanakan oleh Jabatan samada diperingkat negeri mahu pun ibu pejabat. Penyiaran berita-berita ini diharapkan dapat memberi maklumat umum dalam kalangan warga Jabatan khasnya dan masyarakat umumnya.

Penglibatan semua warga PERHILITAN dan komitmen yang tinggi perlu dipupuk kerana kejayaan dan kewibawaan sesebuah organisasi itu adalah bergantung kepada kepimpinan yang utuh dan sokongan yang padu daripada warganya.

Akhir sekali pihak Sidang Pengarang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan artikel untuk keluaran kali ini. Diharapkan semua warga Jabatan akan terus memberi sumbangan dan idea dalam meningkatkan lagi mutu Buletin PERHILITAN yang diterbitkan. Selamat membaca dan berjumpa lagi di keluaran yang akan datang.

Pihak Sidang Pengarang mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan / artikel / komen dari seluruh warga PERHILITAN. Sila rujuk kepada alamate-mel:[email protected] PERHILITAN serta kandungannya adalah hak milik Jabatan PERHILITAN. Ianya tidak boleh dicetak semula, ditiru, diterjemah, disalin atau bertujuan seumpamanya samada melalui percetakan atau elektronik tanpa mendapatkan kebenaran daripada Jabatan PERHILITAN.

SIDANG PENGARANG

PenaungYBHG. DATO’ ABD RASID SAMSUDINKetua Pengarah

PenasihatYBHG. DATO’ MISLIAH MOHAMAD BASIRTimbalan Ketua Pengarah I

PengerusiDR. ZAABA ZAINOL ABIDINTimbalan Ketua Pengarah II

EditorENCIK KHAIRUL AMIR ZAINAL BADRIENCIK MUHAMMAD AZIZI MUSTAPAENCIK AMRI IZAFFI ZAMAHSASRIPUAN SITI NOR HUDA ABD GHANIENCIK CHE NOR CHE ISMAIL

SetiausahaENCIK MOHAMMAD NASRIE MAT NASIR

PerekaPUAN SAIDATUL AZURA MAHAYUDIN

01PERSIDANGAN PENGURUS-PENGURUS KAWASAN PERLINDUNGAN

(1ST NATIONAL PROTECTED AREA MANAGERS’ CONFERENCE)

MUKA DEPANBULETIN PERHILITAN

10 - 13 JUN 2014 – Jabatan PERHILITAN dengan sokongan daripada United Nations Development Programme (UNDP) telah menganjurkan 1st National Protected Area Managers’ Conference bertempat di Mutiara Taman Negara, Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang. Persidangan yang julung kali diadakan ini merupakan sebahagian daripada PA Financing Project dan dibiayai oleh Global Environment Facility (GEF) bertujuan untuk menyediakan platform kepada 78 orang pengurus kawasan perlindungan di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada pelbagai agensi untuk berbincang dan mewujudkan rangkaian jaringan kerjasama antara satu sama lain.

Antara agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan yang terlibat ialah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Taman-taman Sabah, Yayasan Sime Darby, Perbadanan Taman Negara Johor, Perbadanan Taman Negeri Royal Belum, Malaysian Nature Society, dan WWF Malaysia.

YB Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian persidangan ini, Beliau diiringi oleh YBhg. Dato’ Abd Rasid bin Samsudin Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN selaku tuan rumah majlis serta Puan Michelle Gyles-McDonnough, iaitu UNDP Resident Representative for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam yang turut menyampaikan ucaptama berkenaan kepentingan penjagaan alam sekitar dan kawasan perlindungan untuk memastikan pembangunan lestari di Malaysia, sebuah negara yang sedang membangun ke arah negara berpendapatan tinggi.

Dalam persidangan tersebut, para peserta berpeluang berjumpa dengan pembentang dari dalam dan luar negara yang berpengalaman luas dalam pengurusan Kawasan Perlindungan, penyelidikan, latihan dan pembangunan keupayaan serta konservasi biodiversiti. Antara pembentang antarabangsa yang hadir adalah daripada Smithsonian Biodiversity Conservation Institute (SBCI), Wildlife Institute of India (WII), International Union for the Conservation of Nature (IUCN) Southeast Asia dan E.C.O Ecology Institute of Austria.

Beberapa kajian kes telah dibentangkan oleh wakil agensi konservasi tempatan yang bertanggungjawab menangani isu pencerobohan dan pemencilan habitat serta usaha-usaha yang diambil melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, pihak berkepentingan dan pemilik tanah persendirian.

Page 3: KELUARAN APRIL - wildlife.gov.my perhilitan jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara semenanjung malaysia bilangan 02.2014 • keluaran april – jun 2014 • issn 1823 4887

LAWATAN KERJA YBHG. DATO’

KETUA PENGARAH KE LANGKAWI

LAWATAN DUTA CHINA KE EKSIBIT PANDA DI ZOO NEGARA

MAJLIS PENUTUP PROGRAM 1MALAYSIA BIODIVERSITY ENFORCEMENT OPERATION NETWORK (1MBEON)

SIRI KE-2/2014 DI TAMAN NEGARA PAHANG SUNGAI RELAU, MERAPOH, PAHANG

26 – 27 JUN 2014 – YBhg. Dato’ Abd Rasid Bin Samsudin, Ketua Pengarah PERHILITAN dan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Encik Abdul Kadir Bin Abu Hashim telah mengadakan lawatan kerja ke Wildlife Planet Sdn. Bhd., Under Water World, Taman Buaya dan Langkawi Elephant Adventure. Rombongan ini telah disambut oleh Pengarah PERHILITAN Kedah, Encik Mohamad Hafid Bin Rohani, Penolong Pengarah, Encik Mohd Azuan Bin Alias dan Ketua PERHILITAN Daerah Encik Mohd Sofydzulhayry Bin Mohd Noor. Antara aktiviti sepanjang lawatan kerja ialah melawat kawasan pembiakbakaan dan penyembelihan buaya di Taman Buaya Langkawi. Rombongan juga telah diberi peluang untuk menetaskan anak buaya dari telur yang telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ dan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan,

26 APRIL 2014 – Majlis penutup program 1MBEON siri 2/2014 telah diadakan pada 26 April 2014. Program 1MBEON ini merupakan satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang melibatkan kerjasama antara Jabatan PERHILITAN dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan di dalam Taman Negara. Majlis penutup program 1MBEON siri ke-2 bagi tahun 2014 ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Bin Yusof. Dalam majlis tersebut, YBhg. Dato’ Sri KSU diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan PERHILITAN, YBhg. Dato’ Misliah Binti Mohamad Basir, Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat, Mej. Jen. Dato’ Fadzil Bin Mokhtar dan Asisten Ketua Staf OPLAT, Mej. Jen. Dato’ Zamrose Bin Mohd Zain telah disambut dengan perbarisan hormat daripada kakitangan Jabatan PERHILITAN dan anggota Tentera Darat dari Cawangan Gerak Khas (Komando) yang terlibat secara langsung dalam program ini. Satu sesi penerangan ringkas oleh wakil tentera berkenaan operasi juga disampaikan kepada YBhg. Dato’ Sri KSU. Turut hadir memeriahkan majlis ini, adalah wakil daripada Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, NRE dan pegawai-pegawai kanan Jabatan.

1MBEON siri ke-2 ini, telah dijalankan di Kawasan Taman Negara (Kelantan) bermula pada 10 April 2014 dan berakhir pada 26 April 2014 yang melibatkan penglibatan seramai 126 peserta terdiri 46 kakitangan Jabatan PERHILITAN dan 80 anggota tentera. Rondaan penguatkuasaan secara berjalan kaki ini telah merangkumi Kawasan rondaan seluas 23,400 ha.

03UTAMAUTAMABULETIN PERHILITAN

9 MEI 2014 – TYT Duta Republik Rakyat China di Malaysia, Dr. Huang Hui Kang telah mengadakan satu lawatan kerja ke Zoo Negara. Antara objektif utama lawatan tersebut adalah untuk mengetahui perkembangan dan pembinaan eksibit yang bakal menempatkan dua ekor panda dari China.

Lawatan tersebut telah diiringi oleh Timbalan Ketua Setiausaha II (Alam Sekitar) YBhg. Datuk Dr. Abdul Rahim binHj.Nik,TimbalanPresidenZooNegara,EncikRosly@Rahmat Ahmat Lana, Timbalan Ketua Pengarah II PERHILITAN, Dr. Zaaba Bin Zainol Abidin, Timbalan Ketua Pengarah II JPS YBhg. Dato’ Ong Siew Heng dan pegawai-pegawai daripada kementerian dan agensi. Dr. Huang dalam sesi temuramah oleh wartawan dari Xinhua, China telah menyatakan bahawa hubungan Malaysia dan China telah terjalin sejak kedatangan Laksamana Cheng Ho. Kedatangan dua ekor panda ke Malaysia bukan sahaja melambangkan persahabatan yang terjalin 600 tahun yang lepas semasa penggembaraan Laksamana Cheng Ho malah juga meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang biodiversiti, di samping meningkatkan kesefahaman dan persahabatan rakyat antara kedua-dua negara.

02 BULETIN PERHILITAN

Page 4: KELUARAN APRIL - wildlife.gov.my perhilitan jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara semenanjung malaysia bilangan 02.2014 • keluaran april – jun 2014 • issn 1823 4887

PENGUATKUASAANBULETIN PERHILITAN04 PENGUATKUASAAN

BULETIN PERHILITAN 05

16 APRIL 2014 – OPS 1604 yang telah dijalankan bermula pada 16 April 2014 adalah merujuk kepada operasi penguatkuasaan ke atas premis zoo dan pameran tetap yang telah dikenal pasti masih tidak mematuhi peraturan saiz kurungan atau eksibit yang telah ditetapkan. Operasi ini dijalankan hasil kerjasama anggota Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat dan anggota Penguatkuasaan Negeri yang terlibat dan Bahagian Konservasi Ex-Situ. Hasil operasi mendapati premis-premis yang menjadi sasaran telah berjaya mencapai saiz kurungan, sangkar atau eksibit yang telah ditetapkan manakala premis yang memiliki lebihan stok hidupan liar telah dikenakan tindakan dan hidupan liar turut dirampas. Selain perbincangan, pendedahan mengenai peraturan dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], penguatkuasaan undang-undang merupakan kaedah yang perlu dipraktikkan bagi memastikan usaha Negara, khususnya Jabatan PERHILITAN dalam menghasilkan premis Zoo bertaraf dunia tercapai.

OPS 1604

OPS “mb“

1 APRIL 2014 – Satu operasi yang dinamakan Ops “mb“ dijalankan oleh anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat di kawasan Terminal Larkin. Hasil daripada operasi tersebut, pasukan telah berjaya merampas 40 ekor burung Murai Batu (hidup). Seorang lelaki berbangsa Cina telah ditangkap dan direman selama 7 hari. OKT telah dikenakan denda sebanyak RM 40,000 dan kenderaan jenis Proton Exora milik OKT telah dilucuthak.

PENERIMAAN SERAHAN PELBAGAI SPESIES KURA-KURA

DAN LABI-LABI

PENGUATKUASAAN (RESTORAN)

9 MEI 2014 – Sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan di Restoran Tuck Xing di Bahau, Negeri Sembilan. Hasil pemeriksaan telah menemui seekor Musang Akar (Arctogalidia trivirgata) yang telah mati dan lebih kurang 6.4 kg daging Babi Hutan (Sus scofa) di dalam restoran berkenaan. Kesemua hidupan liar tersebut telah dirampas dan kes disiasat di bawah seksyen 68(1)(a) dan 60(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

OPERASI RESTORAN TITI

09 APRIL 2014 – Satu operasi penggeledahan oleh Anggota Penguatkuasa PERHILITAN Negeri Sembilan telah dijalankan di sebuah premis perniagaan, Restoran Titi, No 146, Jalan Besar Mahfong, 71650 Titi, Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Hasil Pemeriksaan, 168 kilogram daging yang disyaki Labi-labi telah ditemui di restoran berkenaan. Kesemua daging tersebut telah dirampas dan kes disiasat di bawah seksyan 60(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen

3 APRIL 2014 – Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan telah menerima 30 ekor hidupan liar jenis reptilia yang diserahkan oleh orang awam. Spesies yang terlibat adalah:-

1. Tuntung Laut (Batagus borneoensis)2. Juku-juku Besar (Orlitia borneonsis)2. Kura-kura Tokong (Heiremys annandalii) 3. Kura-kura Punggung Datar (Notochelys platynota)4. Labi-labi Raksasa (Pelacchelys cantoni)

Kura-kura dan Labi-labi yang diterima adalah merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Kesemua hidupan liar tersebut telah dihantar ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung Bota Kanan, Perak untuk tindakan selanjutnya.

Page 5: KELUARAN APRIL - wildlife.gov.my perhilitan jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara semenanjung malaysia bilangan 02.2014 • keluaran april – jun 2014 • issn 1823 4887

0706 KELESTARIANBULETIN PERHILITAN

PENGUATKUASAANBULETIN PERHILITAN

RAMPASAN SEEKOR BERUANG MATAHARI DI LARKIN

PERHILITAN JOHOR BONGKAR SINDIKET MURAI BATU

PENYELUDUPAN TENGGILING

13 MEI 2014 – Anggota Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN Kuala Lumpur dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Jabatan PERHILITAN Negeri Johor telah membuat serbuan ke atas sebuah premis di Susur 4, Jalan Tun Razak, Johor Bahru hasil dari maklumat yang diterima dari orang awam dan risikan pihak Jabatan selama seminggu. Pemeriksaan tersebut telah menemui spesies hidupan liar yang terjadual di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Lima orang lelaki telah ditahan untuk membantu siasatan. Dengan kejayaan Jabatan PERHILITAN merampas beruang ini, Jabatan telah dapat menyelamatkan spesies tersebut daripada menjadi mangsa sebagai makanan eksotik.

10 JUN 2014 – Jabatan PERHILITAN Johor telah berjaya mengesan dan menangkap sebanyak 241 ekor burung Murai Batu hidup di sebuah premis di Kampung Sepakat, Kluang Johor. Premis tersebut dipercayai dibina khas sebagai pusat pengumpulan spesies murai batu dalam ladang kelapa sawit berhampiran kampung tersebut. Ketika serbuan dibuat, kesemua burung Murai Batu berkenaan ditempatkan di dalam 58 buah sangkar dawai. Berikutan tangkapan kes ini, dua orang suspek warganegara Indonesia telah ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

30 MEI 2014 – Empat orang anggota risikan Ibu Pejabat telah berjaya memperoleh maklumat dan mengenal pasti suspek kegiatan penyeludupan tenggiling di utara tanahair. Pasukan risikan telah bertindak dengan mengekori sebuah kereta Proton Waja yang dipandu oleh suspek tanpa disedari hingga tiba di Plaza Tol Jitra. Suspek berjaya ditahan setelah diapit oleh kenderaan pasukan. Pasukan risikan mengalami detik cemas apabila suspek nekad cuba melarikan diri dengan melanggar kereta yang dinaiki pasukan. Suspek berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat 18 ekor Tenggiling yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran. Suspek seterusnya dibawa ke Balai Polis Jitra dan direman.

TANGKAP PINDAH HARIMAU KUMBANG

25 APRIL 2014 – Satu sesi pembentangan hasil kajian di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi menilai pencapaian projek Rancangan Malaysia Kesepuluh telah diadakan di Bilik Mesyuarat SEASSA, Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 25 April 2014 yang lalu. Pihak Jabatan PERHILITAN telah membentangkan hasil Projek Kajian Populasi Harimau Belang di Taman Negara di bawah peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia ke-10 kepada pihak UPEN bagi penilaian prestasi perbelanjaan, output serta outcome daripada hasil kajian yang telah dijalankan. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah objektif kajian yang dijalankan bagi mengetahui populasi Harimau Malaya secara tepat di Taman Negara dalam tempoh 2011-2015 di mana hasil kajian akan membantu menyemak dan menilai semula tindakan dan sasaran National Tiger Conservation Action Plan (NTCAP).

6 APRIL 2014 – Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan menerima aduan Harimau Kumbang telah memasuki perangkap yang dipasang pada 31 Mac 2014 di Km. 29 Jalan Seremban – Kuala Klawang. Sepasukan pegawai dan kakitangan Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan mengambil tindakan membawa harimau tersebut ke pejabat PERHILITAN Seremban untuk diberikan rawatan oleh Pegawai Veterinar dan pemasangan chip. Pada hari yang sama, Harimau Kumbang tersebut dilepaskan semula ke habitat asal di kawasan Hutan Simpan Genting Peres, Jelebu.

• SPESIES Harimau kumbang (Panthera pardus)

• NO. MICROCHIP 0006E44842

• JANTINA Jantan

• UMUR Muda

• BERAT BADAN 27.5 kg

PEMBENTANGAN HASIL KAJIAN DI BAWAH KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR BAGI PENILAIAN PENCAPAIAN PROJEK RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH

Page 6: KELUARAN APRIL - wildlife.gov.my perhilitan jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara semenanjung malaysia bilangan 02.2014 • keluaran april – jun 2014 • issn 1823 4887

0908 KELESTARIANBULETIN PERHILITAN

KELESTARIANBULETIN PERHILITAN

TRANSLOKASI TAPIR

PEMINDAHAN GAJAH LIAR DI KG. MAWAI,

KOTA TINGGI, JOHOR

1 MEI 2014 – Satu perangkap Tapir yang telah dipasang oleh Kakitangan Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan susulan daripada aduan penduduk setempat membuahkan hasil apabila seekor Tapir betina telah memasuki perangkap tersebut. Tapir berkenaan kemudiannya telah dipindahkan ke Hutan Simpan Kanaboi, Negeri Sembilan.

Operasi pemindahan seekor Tapir betina dari Kg. Air Lerek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan telah dijalankan setelah perangkap yang dipasang pada 17 April 2014 berjaya memerangkap hidupan liar tersebut. Pemindahan ke lokasi baru perlu dilakukan susulan aduan dari penduduk Kg. Air Lerek yang terdiri dari orang Asli mengadu tanaman getah dimusnahkan oleh tapir berkenaan.

17 MEI 2014 – Jabatan PERHILITAN Negeri Johor dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pahang telah berjaya memindahkan seekor gajah betina liar yang ditangkap di kawasan Kg.

Mawai, Kota Tinggi Johor ke Taman Negara Endau-Rompin pada 17 Mei 2014. Gajah liar betina dewasa yang berukuran saiz tapak 36 cm dengan anggaran usia lebih kurang 18 tahun ini ditangkap berikutan aduan yang diterima daripada penduduk setempat dan dikhuatiri akan mendatangkan ancaman keselamatan kepada penduduk dan kemusnahan tanaman berikutan kawasan keliaran gajah ini didapati berdekatan dengan kawasan perkampungan. Semasa operasi tangkapan dijalankan, gajah liar ini didapati bergerak secara berkumpulan iaitu bersama dua ekor gajah liar yang lain dan dipercayai telah keluar daripada kawasan Hutan Simpan Panti.

KAJIAN POPULASI ULAR SAWA YANG DIBURU

DI SEMENANJUNG MALAYSIA

NATIONAL WORKSHOP ON HUMAN-

WILDLIFE CONFLICTS (HWC)

23 – 29 MEI 2014 – Kajian populasi ular sawa telah dijalankan di Semenanjung Malaysia sejak 2009 merangkumi kajian di habitat semulajadi sebagai sebahagian daripada keperluan NDF. Kerja lapangan pertama telah dijalankan di Chaah, Johor pada 23 hingga 29 Mei 2014 dengan penglibatan kakitangan dari Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat dan juga kakitangan dari Daerah Segamat. Sepanjang 7 hari persampelan dijalankan sebanyak 446 ekor ular sawa yang terdiri daripada 222 ekor jantan dan 224 eko betina telah Berjaya direkodkan. Data morfologi setiap ular sawa yang diproses telah diambil. Ini termasuklah berat (Wt), panjang kepala (HL), panjang snout-vent (SVL), panjang keseluruhan (TOL), panjan gekor (TL) dan penentuan jantina. Sebanyak 47 Sampel DNA iaitu darah diambil menggunakan kad FTA.

PROGRAM INVENTORI HIDUPAN LIAR BIL. 3/2014 DI REZAB HIDUPAN LIAR

SUNGKAI, PERAK 2 – 11 JUN 2014 – Program Inventori Hidupan Liar Bil. 3/2014 (Basecamp) telah berjaya dilaksanakan di Rezab Hidupan Liar Sungkai. Program ini melibatkan seramai 29 orang kakitangan Jabatan dan turut disertai 28 orang penyelidik daripada agensi luar. Hasil cerapan hidupan liar adalah terdiri daripada kumpulan mamalia besar, mamalia kecil, avifauna, herpetofauna, serangga, ikan dan lain-lain.

PROGRAM INVENTORI HIDUPAN LIAR BIL. 2/2014 DI TAPAK RAMSAR TASEK BERA, PAHANG

29 APRIL – 15 MEI 2014 – Program Inventori Hidupan Liar Bil. 2/2014 di Tapak Ramsar Tasek Bera (TRTB) telah sempurna dilaksanakan dengan terbahagi kepada 2 peringkat. Peringkat 1 (Pejalan Kaki) dilakukan pada 29 April – 5 Mei 2014 melibatkan kakitangan Jabatan sahaja. Bagi peringkat 2 (Basecamp) pula telah diadakan pada 5 – 15 Mei 2014 melibatkan kakitangan Jabatan dan juga para penyelidik agensi luar. Hasil cerapan hidupan liar adalah terdiri daripada kumpulan mamalia besar, mamalia kecil, avifauna, herpetofauna, serangga dan lain-lain. Program Inventori Hidupan Liar Bil. 4/2014 dijadual akan diadakan sekali lagi di TRTB bagi merekod kepelbagaian biodiversiti yang ada di sekitar Tapak Ramsar ini.

9 – 11 JUN 2014 – Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama Wildlife Conservation Society-Malaysia Programme (WCS-Malaysia) dan World Wide Fund For Nature-Malaysia (WWF-Malaysia) telah menganjurkan National Workshop On Human Wildlife Conflicts (HWC) pada 9 – 11 Jun 2014 di Institut Biodiversiti (IBD), Lanchang, Pahang. Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk menyemak semula protokol pengurusan konflik manusia-hidupan liar yang sedia ada ke arah amalan pengurusan terbaik (Better Management Practices – BMP) yang boleh dijadikan rujukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan orang ramai. Seramai 11 orang pembentang dari dalam dan luar negara telah berkongsi maklumat dan kajian mereka di dalam bengkel ini. Seramai 57 orang peserta dari pelbagai pihak yang berkepentingan seperti agensi kerajaan, badan berkanun, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan turut menyertai bengkel yang julung kali diadakan ini. Majlis Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Abd. Rasid Bin Samsudin, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN dan turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah I, YBhg. Dato’ Misliah Binti Mohamad Basir serta Pengarah-pengarah PERHILITAN Negeri.

Page 7: KELUARAN APRIL - wildlife.gov.my perhilitan jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara semenanjung malaysia bilangan 02.2014 • keluaran april – jun 2014 • issn 1823 4887

1110 BULETIN PERHILITANBULETIN PERHILITAN

AKTIVITIAKTIVITI

KURSUS PENGURUSAN GIGITAN/SENGATAN HAIWAN-HAIWAN BERBAHAYA BERBISA

DI MALAYSIA

PENDAFTARAN PEGAWAI BAHARU

HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PERHILITAN 2014

PROGRAM MENGHIJAUKAN BUMI KITA

2 APRIL 2014 – Bertempat di Auditorium Pejabat Taman Negara Pulau Pinang, telah berlangsung satu Kursus Pengurusan Gigitan / Sengatan Haiwan-haiwan Berbahaya / Berbisa di Malaysia untuk kakitangan Taman Negara Pulau Pinang. Kursus yang dikendalikan oleh Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia ini merangkumi slot Ceramah oleh Encik Sim Yee Kwang bertajuk ‘Pengenalan Kepada Haiwan-Haiwan Marin Berbahaya di Malaysia’, Ceramah oleh Encik Kumaradevan a/l Saminathan bertajuk ‘Pengenalan Kepada Haiwan-haiwan Darat Berbahaya di Malaysia’ dan diakhiri dengan slot Demostrasi dan Latihan Praktikal Rawatan-Rawatan Pertolongan Cemas juga oleh Encik Kumaradevan a/l Saminathan.

22 APRIL 2014 – Seramai 52 orang pegawai lantikan baharu telah melaporkan diri di Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN yang terdiri daripada 41 orang Pembantu Hidupan Liar G17 dan 11 orang Penolong Pegawai Hidupan Liar G27. Sesi taklimat ringkas telah diberikan oleh Seksyen Pengurusan Sumber Manusia berkaitan pengenalan kepada Jabatan dan peranan setiap individu apabila telah dilantik dalam perkhidmatan awam. Semua pegawai lantikan baharu kemudiannya ke Institut Biodiversiti untuk mengikuti Induksi Khusus dan Kursus Asas Pengurusan Biodiversiti mulai 22 April 2014 hingga 14 Mei 2014.

24 MEI 2014 – Jabatan PERHILITAN telah berjaya menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan pada 24 Mei 2014 di Dataran Seri Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini dirancang untuk golongan sasaran yang berurusan dengan jabatan di samping memberi kesedaran kepada orang ramai tentang konservasi hidupan liar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena Hari Bertemu Pelanggan ini.

14 JUN 2014 – Satu program penanaman pokok “Menghijaukan Bumi Kita” telah diadakan di Paya Indah Wetlands. Program ini ialah anjuran bersama Canon Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Paya Indah Wetlands (PIW) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Antara tetamu terhormat yang turut hadir ialah Encik Hiroshi Oshida (Pengarah Urusan Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd), Encik Wataru Nishioka (Presiden dan Pengarah Urusan Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd), YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali (Naib Canselor UKM) dan Encik A’zman Hj. Othman (Penguasa PIW). Program ini dimulakan dengan sesi senamrobik dan Majlis Perasmian Dataran Canon. Sebagai permulaan, sebanyak 330 pokok telah ditanam di Dataran Canon.

ANUGERAH PERKHIDMATAN

CEMERLANG 2013 DAN MAJLIS

MERAIKAN PESARA 2014

WILDLIFE TALK

27 MEI 2014 – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 dan Majlis Meraikan Pesara 2014 telah diadakan pada 27 Mei 2014 di Paya Indah Wetlands dan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Rahim Bin Hj. Nik, Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Seramai 103 orang kakitangan dari pelbagai kategori jawatan telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013. Dalam majlis ini juga, seramai 43 pesara dan bakal pesara telah diraikan dan diberi penghargaan sepanjang perkhidmatan mereka.

30 MEI 2014 – Jabatan PERHILITAN telah menganjurkan satu sesi Wildlife Talk Siri 2/2014 bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN sempena Hari Biodiversiti Antarabangsa. Jabatan telah menjemput dua orang penceramah undangan iaitu Dr. Taranjeet Kaur dan Encik Chris Wild. Dalam taklimat ini, Dr. Taranjeet Kaur telah berkongsi pengalaman dalam penyelidikan berkaitan Buaya Julung-julung (Tomistoma schlegelii), sementara Encik Chris Wild menceritakan pengalaman beliau dalam penyelidikan dan pengendalian ular berbisa.

Page 8: KELUARAN APRIL - wildlife.gov.my perhilitan jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara semenanjung malaysia bilangan 02.2014 • keluaran april – jun 2014 • issn 1823 4887

1312 BULETIN PERHILITANBULETIN PERHILITAN

KHASKHAS

10 APRIL 2014 – Cek Mek, salah seekor daripada gajah denak yang telah banyak menyumbang kepada usaha konservasi gajah di Malaysia telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang. Cek Mek adalah gajah betina dewasa yang berumur 75 tahun, iaitu gajah yang paling tua di pusat ini sehingga hari ini. Purata usia gajah Asia adalah antara 60-70 tahun.

Cek Mek semasa hayatnya merupakan seekor gajah denak yang paling banyak berjasa kepada Jabatan PERHILITAN. Ia merupakan gajah kerja yang telah digunakan dalam industri pembalakan tradisional di selatan Thailand dan telah dibeli oleh Jabatan PERHILITAN yang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Mergastua pada tahun 1974. Bagaimanapun, ia hanya mula berkhidmat pada tahun 1978 setelah melalui fasa penyesuaian dengan kerja-kerja menyelamatkan gajah liar.

Antara operasi penting yang pernah dilalui adalah operasi menyelamat gajah-gajah terperangkap di Tasik Kenyir pada awal 1980an semasa pembinaan empangan Kenyir. Disebabkan kekuatan tenaga dan keupayaannya, Cek Mek juga terlibat secara langsung dalam translokasi gajah di kawasan ladang pertanian seperti Gunung Besout, Sungkai dan Tanjong Malim di negeri Perak, Gugusan Aping, Gugusan Maokil dan Sindora di negeri Johor serta kawasan Gugusan Tembangau Bera dan Bukit Sagu, Kuantan di negeri Pahang. Kawasan-kawasan pertanian berkenaan kini telah bebas dari masalah konflik dengan gajah liar.

Cek Mek sedang menghimpit gajah liar di atas lori semasa operasi menyelamatkan gajah liar di Kg. Durian Bador, Hulu Terengganu pada September, 2010.

Khidmat Cek Mek bukan sahaja di kawasan pinggir hutan Semenanjung Malaysia, malah menjangkau ke seberang laut iaitu di Pulau Tekong pada tahun 1990 dan Pulau Ubin, Singapura pada tahun 1991. Cek Mek dan rakan karibnya Mek Bunga telah memindahkan lebih dari 500 ekor gajah liar sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Kedua-dua ekor gajah ini juga telah mengharumkan nama Malaysia apabila salah satu operasi translokasi gajah liar yang dijalankan di Paloh Hinai, Pekan dalam

negeri Pahang telah difilemkan dalam salah satu siri Back To The Wild pada tahun 1997. Filem ini telah ditayangkan di seluruh dunia menerusi siri National Geographic.

Cek Mek terus digunakan secara aktif dalam program translokasi gajah sehingga tahun 2012. Khidmat Cek Mek dalam operasi translokasi mula dikurangkan pada tahun 2012 berikutan kematian Mek Bunga yang memberikan kesan psikologi kepada Cek Mek. Sementelahan pula dengan usia yang telah lanjut, peranan Cek Mek di lapangan telah dikurangkan. Sejak itu pengalaman dan kepakaran Cek Mek lebih banyak digunakan untuk melatih gajah denak generasi kedua bagi meneruskan operasi translokasi gajah liar yang masih dilakukan sehingga kini. Jasa yang ditinggalkan oleh Cek Mek akan tetap dikenang khasnya oleh Unit Gajah Jabatan PERHILITAN.

SELAMAT BERSEMADI CEK MEK!

Cek Mek (kiri) bersama Mek Bunga dalam satu operasi pemindahan gajah jantan di Kota Tinggi, Johor pada Mac 2002.

Cek Mek (kiri) bersama Mek Bunga dalam operasi pemindahan gajah di Lata Janggut, Jeli, Kelantan pada September 2006.

TERIMA KASIH CEK MEK