bulan 1 minggu 3

7
Bi l Perkara Keterangan 1 Tarikh 11 Jun 2012 2 Masa 7.40 pagi – 8.30 pagi 3 Bidang Kurikulum 4 Aspek Perhimpunan Pagi 5 Objekti f Pada akhir sesi ini,guru dapat:- i. Mendengar amanat yang disampaikan oleh pentadbir sekolah. ii. Mengimbas program dan aktiviti yang telah berlangsung. iii. Mendapat maklumat berkaitan pengurusan sekolah dan segala aktiviti yang bakal berlangsung pada minggu berikutnya. 6 Aktivit i i. Pelajar dan guru mengambil tempat masing- masing di Dewan SMK St George. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang. ii. Ucapan dimulakan dengan laporan guru bertugas, pada minggu lepas. Antara laporan beliau termasuklah: Tahap kebersihan sekolah masih di tahap yang kurang memuaskan. Ada segilintir pelajar yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah merata-rata. Laporan menunjukkan ada pelajar datang lewat ke sekolah. Guru menasihatkan dan memberi amaran kepada pelajar yang sering datang lewat ke sekolah.

Upload: nazatul-firdaus-zainon

Post on 12-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ppgb

TRANSCRIPT

BilPerkaraKeterangan

1Tarikh 11 Jun 2012

2Masa7.40 pagi 8.30 pagi

3BidangKurikulum

4AspekPerhimpunan Pagi

5ObjektifPada akhir sesi ini,guru dapat:-

i. Mendengar amanat yang disampaikan oleh pentadbir sekolah.

ii. Mengimbas program dan aktiviti yang telah berlangsung.

iii. Mendapat maklumat berkaitan pengurusan sekolah dan segala aktiviti yang bakal berlangsung pada minggu berikutnya.

6Aktivitii. Pelajar dan guru mengambil tempat masing-masing di Dewan SMK St George. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang.

ii. Ucapan dimulakan dengan laporan guru bertugas, pada minggu lepas. Antara laporan beliau termasuklah:

Tahap kebersihan sekolah masih di tahap yang kurang memuaskan. Ada segilintir pelajar yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah merata-rata.

Laporan menunjukkan ada pelajar datang lewat ke sekolah. Guru menasihatkan dan memberi amaran kepada pelajar yang sering datang lewat ke sekolah.

iii. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan En Izemar B Jamaludin, Pengetua SMK St George. Antara ucapan oleh beliau adalah :

Pengetua meminta pelajar-pelajar mengambil tindakan perkara-perkara yang ditegur oleh guru bertugas pada minggu lepas.iv. Perhimpunan berakhir dengan bacaan ikrar pelajar dan nyanyian lagu sekolah. Murid terus bergerak ke kelas masing-masing.

7PenilaianPerhimpunan Mingguan adalah sangat penting bagi sesebuah sekolah untuk menjadi satu medium komunikasi bagi menyampaikan maklumat kepada murid dan guru-guru. Selain daripada itu, isu-isu semasa yang berlaku di sekolah dapat dikongsi bersama-sama.

8RumusanDaripada pengamatan saya, saya mendapati pelajar SMK St George adalah pelajar-pelajar yang berdisiplin. Pelajar-pelajar mendengar segala teguran dan nasihat yang telah disampaikan oleh guru-guru.

.. .

Tandatangan Guru Tandatangan MentorBilPerkaraKeterangan

1Tarikh12 Jun 2012

2Masa8.00 pagi 2.40 petang

3BidangPengurusan Sekolah

4AspekPolisi dan Peraturan Sekolah

5Objektif1. Pengetahuan dan maklumat mengenai polisi sekolah serta peraturan sekolah.

2. Memberi maklumat kepada guru permulaan mengenai hukuman ke atas pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

6Aktiviti1. Guru permulaan berbincang dengan PK HEM mengenai polisi sekolah dan peraturan sekolah.

2. Seterusnya PK HEM menerangkan tantang hukuman kesalahan yang boleh diambil sekiranya terdapat pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

7PenilaianHasil penerangan oleh PK HEM, Unit Disiplin Sekolah, dapat meningkatkan kefahaman guru permulaan tentang polisi dan peraturan sekolah.

8RumusanMaklumat yang disampaikan dapat membantu guru baru sekiranya menghadapi masalah di sekolah.

.. .

Tandatangan Guru Tandatangan MentorBil.PerkaraKeterangan

1.Tarikh13 Jun 2012

2.Masa7.30 pagi 2.40 petang

3.BidangPengurusan Sekolah dan Kurikulum (P&P)

4.AspekTaklimat Pengurusan Sekolah dan Kurikulum Oleh PKP cik Hajah Faridah.

5.Objektif1. Memastikan guru baru maklum tentang aspek-aspek yang perlu dititikberatkan dalam bidang kurikulum.

2. Memastikan guru baharu maklum berkenaan bidang tugas selain mengajar di dalam bilik darjah

3. Mendedahkan kepada guru baharu tentang pencapaian akademik sekolah.

6.Aktiviti1. Taklimat dan perbincangan berkenaan bidang kurikulum

2. Sesi soal jawab berkenaan dengan bidang kurikulum (P&P)

3. Perbincangan tentang penyediaan kertas peperiksaan.

4. Membincangkan tentang kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah

7.PenilaianMelalui hasil perbincangan dan sesi soal jawab serta maklum balas guru baharu.

8.Rumusan Guru baharu memahami aspek-aspek yang terangkum dalam bidang kurikulum serta mengetahui persediaan asas sebelum memasuki kelas.

Aspek penyediaan Buku Rancangan Mengajar juga ditekankan untuk dilaksanakan oleh guru baharu di samping kawalan kelas yang perlu di ambil kira untuk memastikan P&P berjalan dengan lancar.

.. .

Tandatangan Guru Tandatangan Mentor

BilPerkaraKeterangan

1Tarikh 14 15 Jun 2012

2Masa8.00am 2.00pm

3BidangPengurusan dan Pentadbiran

4AspekPengurusan Sekolah

5ObjektifPada akhir sesi ini, guru dapat :

i. Mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengurusan dan tugas-tugas jawatankuasa sekolah.

ii. Mengetahui dengan lebih lanjut polisi dan peraturan sekolah.

iii. Memahami dengan lebih teliti tugas seorang guru selain daripada mengajar.

6Aktivitii. Guru baharu telah mengadakan perbincangan bersama mentor tentang pengurusan dan tugas-tugas jawatankuasa guru di sekolah. Antara perkara yang dibincangkan adalah:-

Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar tetapi setiap guru akan memegang jawatan dalam setiap bidang akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid.

Sebagai seorang yang proaktif, guru seharusnya bijak mengendalikan setiap tugas yang diamanahkan bagi memastikan setiap yang dirancang berjalan lancar.

Guru baharu perlu mengetahui tentang polisi dan peraturan sekolah. Antaranya ialah waktu mula bekerja dan habis kerja, etika berpakaian dan peraturan-peraturan yang terikat kepada setiap penjawat awam

7PenilaianGuru baharu perlu mematuhi setiap polisi dan peraturan selagi bekerja dalam badan kerajaan. Selain itu, guru seharusnya lebih bersedia untuk menerima tugas-tugas lain selain mengajar ketika di sekolah.

8RumusanPada pendapat saya, guru baharu rasa lebih bertanggungjawab untuk menjadi seorang guru yang berjaya.

.. .

Tandatangan Guru Tandatangan Mentor