buku program pibg baru

26
Assalammualaikum W.B.T Terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan terima kasih ke hadrat Allah SWT kerana dengan kurnia-Nya mengizinkan kita bersama-sama lagi dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sanggup meluangkan masa yang berharga untuk sama-sama menghadirkan diri dalam majlis ini. Keadaan ini menggambarkan keperihatinan dan kepekaan ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG sekolah ini. Kerjasama yang diberikan ini adalah kunci kejayaan dalam kita menjadikan sekolah ini cemerlang selaras dengan visi sekolah iaitu ingin menjadi antaran sekolah terbaik dikalangan sekolah-sekolah di daerah Barat Daya dan Pulau Pinang Kecemerlangan akademik seharusnya seiring dengan penglibatan dan kejayaan dalam kokurikulum serta pembangunan sahsiah diri. Seorang pelajar itu dianggap cemerlang sekiranya fizikal dan rohaninya seimbang. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai guru dan ibu bapa untuk menggembelingkan tenaga dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bagi pihak sekolah, saya mengharapkan sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada pihak ibu bapa agar dapat memberikan perhatian kepada anak masing-masing terutama sekali yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2015 agar sasaran sekolah untuk mencapai peratus yang baik akan tercapai. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung Kali ke-37 ini kerana berjaya malaksanakan majlis ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepada Naib Yang DiPertua PIBG dan Ahli jawatankuasanya yang terdahulu telah banyak membantu sekolah selama ini. Mudah-mudahan 1 SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Upload: along-nordin

Post on 21-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pibg,persatuan ibu bapa dan guru,2015,buku program

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Program Pibg Baru

Assalammualaikum W.B.T

Terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan terima

kasih ke hadrat Allah SWT kerana dengan kurnia-Nya mengizinkan kita bersama-

sama lagi dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa dan

penjaga yang sanggup meluangkan masa yang berharga untuk sama-sama

menghadirkan diri dalam majlis ini. Keadaan ini menggambarkan keperihatinan dan

kepekaan ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG sekolah

ini. Kerjasama yang diberikan ini adalah kunci kejayaan dalam kita menjadikan

sekolah ini cemerlang selaras dengan visi sekolah iaitu ingin menjadi antaran

sekolah terbaik dikalangan sekolah-sekolah di daerah Barat Daya dan Pulau Pinang

Kecemerlangan akademik seharusnya seiring dengan penglibatan dan

kejayaan dalam kokurikulum serta pembangunan sahsiah diri. Seorang pelajar itu

dianggap cemerlang sekiranya fizikal dan rohaninya seimbang. Jadi adalah menjadi

tanggungjawab kita sebagai guru dan ibu bapa untuk menggembelingkan tenaga

dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar

yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi pihak sekolah, saya mengharapkan sokongan dan kerjasama yang tidak

berbelah bahagi daripada pihak ibu bapa agar dapat memberikan perhatian kepada

anak masing-masing terutama sekali yang akan menghadapi peperiksaan UPSR

2015 agar sasaran sekolah untuk mencapai peratus yang baik akan tercapai.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas

dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung Kali ke-37 ini kerana

berjaya malaksanakan majlis ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepada Naib

Yang DiPertua PIBG dan Ahli jawatankuasanya yang terdahulu telah banyak

membantu sekolah selama ini. Mudah-mudahan dengan kehadiran dan sokongan

padu semua ibu bapa, Mesyuarat Agung Kali ke-37 ini akan dapat berjalan dengan

lancar dan direstui oleh Allah SWT, Insya-Allah.

Sekian, terima kasih

‘PELAJAR CEMERLANG, PIBG GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG’

………………………………..(EN AZIZAN BIN OMAR)

1

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT11960 Bayan Lepas,Pulau Pinang Tel 04-6261531

Page 2: Buku Program Pibg Baru

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU,

Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut,

11960 Bayan Lepas,

Pulau Pinang. Tel : 046261531

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut,Bayan Lepas,Pulau Pinang

Dari meja Yang Dipertua PIBG SKPDL,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Semua ahli yang saya hormati,

Tuan/Puan,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana

membolehkan saya menjalankan amanah dan tanggungjawab yang tuan-tuan dan

puan-puan berikan.

Sempena hari yang berbahagia ini, saya ingin mengajak tuan/puan meninjau

sejauh manakah peranan PIBG di Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut

dalam usaha memberikan sumbangan yang bermakna kepada sekolah.

Sebagai sumber kepimpinan di dalam membentuk kesinambungan kejayaan

sekolah, kita hendaklah sentiasa berinisiatif memberi kesedaran kepada ahli

terutamanya kepada ibu bapa . Ini disebabkan PIBG adalah perantara antara pihak

sekolah dan ibu bapa dalam menjalinkan perhubungan yang erat antara satu sama

lain.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima

kasih kepada semua mereka yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak

langsung dalam menjayakan pelbagai aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2014/2015.

Diharap kerjasama di antara pihak sekolah dan PIBG Sekolah Kebangsaan

Permatang Damar Laut akan bertambah erat dan akan dijadikan satu budaya untuk

masa akan datang.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

semua ahli atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kerana usaha untuk

memajukan sekolah bukanlah terletak di bahu pihak sekolah semata-mata tetapi

mestilah dengan bantuan dan kerjasama semua pihak dan masyarakat setempat bak

kata pepatah “ Yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing”.

Selamat bersidang.

Sekian, terima kasih.

2

Page 3: Buku Program Pibg Baru

‘PIBG MENJANA KECEMERLANGAN SEKOLAH’

..........…………………..(EN SHAHRUL NIZAM BIN SHAHIDIN )Naib Yang DiPertua,Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru,SK Permatang Damar Laut

JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT

SESI 2014/2015

Penasihat : En. Azizan bin Omar (Guru Besar)

Yang Di-pertua : En. Juswardi bin Rais (YDP PIBG)

Naib Yang Di-pertua : En. Shahrul Nizam bin Shahidin (NYDP PIBG)

Setiausaha : Cik Alagusundari a/p Rajagopal

Bendahari

Naib Bendahari

: Cik Norzie binti Md. Yusof

: Pn. Zurainy binti Md Nayi

Ahli Jawatankuasa GURU

1. En. Muhamad Faizal bin Darus

2. Pn. Nor Hajjah binti Hassan

3. Pn. Noriah binti Zakaria

4. Pn. Zurainy binti Md Nayi

5. Cik Tengku Nurlida binti Tengku Zainul Abidin

IBU BAPA

6. En. Syed Isa bin Syed Idrus

7. En. Mohd Zukri bin Mohd Yahaya

8. En. Mohd Nuti bin Jusoh

9. En. Darasani bin Ahmad

10.Pn. Norashikin binti Ismail

11.Pn. Siti Nazlina binti Mohd Roseli

12.Pn. Junaidah binti Iliyas

Pemeriksa Kira-kira : 1. Pn. Noziah binti Ishak

(Juru Audit Dalaman) : 2. En. Iftikar Ahmad bin Abd Rafi

3

Page 4: Buku Program Pibg Baru

Susunan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37

Tarik : 28 Mac 2015Hari : SabtuMasa : 8.30 pagiTempat : Kantin Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut

Aturcara Majlis :

8.30 pagi : Pendaftaran ibu bapa/penjaga/guru-guru

: Para tetamu mengambil tempat

: Ketibaan tetamu khas

9.00 pagi -Ucapan Alu-aluan

-Bacaan Doa

-Ucapan Naib YDP PIBG, Encik Sharul Nizam Bin Shahidin

-Ucapan Guru Besar, Encik Azizan Bin Omar

-Ucapan Perasmian oleh Encik Roslan bin Ismail

Project Director, Menang Idaman Sdn.bhd (MISB)

-Penghargaan kepada AJK PIBG 2014/2015

-Anugerah Murid Cemerlang UPSR 2014

-Penyampaian Cenderahati

10.00 pagi :Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 dimulakan.

1. Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-36

2. Menerima dan Mengesahkan Penyata Tahunan 2014/2015

3. Menerima Penyata Kewangan dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014.

4. Pembubaran AJK PIBG sesi 2014/2015.

5. Pelantikan Ahli Jawatankuasa sesi 2015/2016

5.1 Yang Dipertua PIBG

5.2 Naib Yang Dipertua PIBG

5.3 Setiausaha Kehormat

5.4 Bendahari Kehormat

5.5 7 AJK ibubapa

5.6 5 AJK guru

5.7 2 orang Juru Audit

5.7.1 1- Ibubapa

1 -Guru

6. Membincangkan dan membahaskan usul-usul (jika ada)

7. Penangguhan Mesyuarat

8. Ucapan Penangguhan

9. Cabutan Bertuah

10. Bersurai

4

Page 5: Buku Program Pibg Baru

SELAMAT BERSIDANG

JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37

Tarikh : 28 MAC 2015Hari : SabtuMasa : 8.30 PagiTempat : Kantin SK Permatang Damar LautJemputan khas: Encik Roslan bin Ismail

Project Director, Menang Idaman Sdn.bhd (MISB)

Ex- Officio : En Azizan bin Omar (Guru Besar)Pengerusi : Pn Hjh Fadzileah binti Mat (GPK 1)Naib pengerusi 1 : En Thoupek bin Osman (GPK HEM)Naib Pengerusi 2 : En Othman bin Mat (GPK KOKO) Setiausaha : Cik Alagusundar a/p RajagopalBendahari : Cik Norzie binti Md. Yusof

Ahli Jawatankuasa Kecil :

5

Penyambut Tetamu 1. En.Azizan bin Omar (Penasihat PIBG)2. En.Shahrul Nizam bin Shahidin (NYDP PIBG)3. Pn.Hjh. Fadzileah binti Mat4. En. Thoupek bin Osman5. En. Othman bin Mat

Jamuan VIP dan Ibubapa

1. Pn. Noor Mastura binti Zakaria2. Pn. Dahlia binti Johari3. Cik Normala binti Johari4. Pn .Junaidah binti Ilias (AJK PIBG)5 Pn. Zuraini binti Dollah6. Pn.Amnah binti Md Aziz7. Pn.Noor Azrina binti Ali8. Pn.Juhaida binti Ahmad Martakhi

Siaraya1. En. Azrol Izal bin Mat Riffin2. En.Mohammad Yusof bin Arbain3. En.Khairul Anuar bin Ahmad

Dokumentasi1. Pn.Hakmawati binti Ismail2. Pn. Noraini binti Mat3. Pn .Syaridah binti Nordin4. Cik Lew Ai Lee

Pengerusi Majlis Perasmian1. Pn.Zurainy binti Md Nayi2. En.Mohd Zamri bin Ishak Bacaan Doa1. En. Muhamad Faizal bin Darus

Pengira Undi.1. Pn. Siti Hajar binti Ahmad Taupit2. Pn .Noraini binti Shariff3. Pn.Tuan Siti Mazura binti Tuan Dagang4. Cik Zazulydia binti Zainul Abidin

Persiapan Tempat/Dekorasi Meja Mesyuarat

1. En. Mohammed Asmadi bin Md Nor2. En. Muhamad Yazid bin Mohamad3. Pn .Azura binti Osman4. Pn.Noriatul Ismalia binti Ismail5. Pn. Nor Hajjah binti Hassan6. Pn.Haryani binti A.Rani7. Pn.Mardiana binti Mohd. Zain8. Cik Syafikah binti Yahya

Buku Program1. Pn. Zulhana binti Zainal Abidin2. Cik Noor Suhaili binti Nordin3. Cik Alagusundari Rajagopal4. Cik Norzie Binti Md. Yusof

Hadiah/Cabutan Bertuah

1. Pn.Nuratika binti Che Yusoff2. Pn. Rohaida binti Husain3. Pn. Shafizah binti Ibrahim4. Pn .Zurainy binti Md Nayi5. Cik Nurul Fahida binti Mohamad Isa6. Cik Tan Hui Ying7. Cik Connie Anak Amil8. Cik Habibah binti Talib

Pendaftaran

1. Pn. Suzana binti Marzuki 2. Pn. Siti Akmar binti Amran 3. Pn. S.Mageswary A/P M.Shanmugam4. Pn. Sakinah binti Abd. Razak

Pencatat Minit1. Pn Nurul Huda binti Abdul Halim2 .Pn Norhidayah Bt Othman3. Cik Shantheni A/P Rasasingam4. Pn Noorartika binti Roslan Whims5. Pn.Jalinah binti Jalil

Page 6: Buku Program Pibg Baru

Ucapan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali Ke – 36

1. Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan , guru-guru serta ibu bapa dan

mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan dan kesudian kepada

semua di atas kehadiran dalam mesyuarat agung PIBG kali ini.

2. Bacaan doa oleh En. Muhamad Faizal bin Darus bagi memberkati lagi majlis

pada pagi ini.

3. Ucapan Yang Di Pertua PIBG

3.1 YDP PIBG(En. Shahrul Nizam bin Shahidin ) mengucapkan terima kasih

pada para waris kerana sudi hadir pada hari ini.

3.2 Beliau mengingatkan para waris bahawa kita hadir ke sekolah hari ini

adalah kerana kita ingin anak-anak terus gemilang.

3.3 YDP PIBG juga bercakap mengenai kejayaan UPSR tahun lalu dan

mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru dan ibu bapa yang

banyak memberikan idea dan sumbangan tidak kira masa untuk melihat anak-

anak berjaya.

3.4 YDP PIBG berharap kumpulan sokangan ibu bapa berfungsi lebih efektif

dalam membantu sekolah dalam segala aktiviti.

3.5 YDP mengucapkan tahniah diatas kejayaan pasukan bola keranjang dan

hoki.Ini adalah berkat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak

termasuk ibu bapa dan guru.

3.6 YDP juga berterima kasih pada guru yang telah sama-sama

memperjuangkan PIBG itu sendiri. Harapan beliau juga semoga ahli dapat

tegur menegur antara satu sama lain dan mengalu-alukan kedatangan para

waris ke sekolah sekiranya ada apa-apa permasalahan yang dihadapi.Beliau

juga berharap AJK yang akan dilantik lebih proaktif dalam melaksanakan

program PIBG.

3.7 YDP berharap anak-anak SKPDL dapat ,meneruskan kejayaan dan berjaya

dalam semua bidang yang mereka ceburi.

6

Page 7: Buku Program Pibg Baru

3.8 Ibu bapa SKPDL juga amat memberi sokongan dan komitmen terhadap

usaha mencapai kejayaan.Beliau juga menyeru ibu bapa tampil kehadapan

untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan SKPDL.

4.Ucapan Tuan Guru Besar (Ex-Officio PIBG)

4.1 Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada perasmi,para

waris,kerana sudi hadir untuk Mesyuarat PIBG pada kali ini dan bersyukur

kerana diberi masa dan kesihatan yang baik untuk berkumpul dalam majlis

pada hari ini.

4.2 Beliau juga mengingatkan kepada semua yang hadir ,untuk memajukan

sekolah perlu tenaga idea dan sumbangan daripada semua waris dan perlu

berusaha dengan lebih keras lagi.

4.3 Beliau mengucapkan syabas kepada semua ibu bapa kerana membimbing

dan mendidik anak –anak dirumah dan sama-sama membentuk anak kearah

kecemerlangan.

4.4 Setinggi penghargaan kepada AJK guru dan ibu bapa yang dapat

menjayakan mesyuarat ini. Semoga majlis ini dapat berjalan dengan lancar.

4.5 Transformasi Pendidikan dalam sistem pendidikan membawa perubahan

yang besar dalam sistem pendidikan negara. Pelan Penbangunan Pendidikan

dipenambahbaikan mengikut kemajuan masa kini. Sistem KBSR ditukar

kepada sistem KSSR. Berharap ibu bapa peka dan memainkan peranan

masing-masing.

4.6 Guru Besar menjelaskan bahawa pendidikan pada masa kini amat

penting untuk bangsa dan Negara.JPN dan PPD serta sekolah berusaha

secara berterusan untuk memperkasakan kemajuan sekolah dari pelbagai

aspek kurikulum dan juga kokurikulum.

4.7 Guru Besar menyatakan ada 7 pelan dalam membangunkan sekolah.

Antaranya:

Pelan fizikal Sekolah

Kebersihan dan Keceriaan

7

Page 8: Buku Program Pibg Baru

Profesional dari segi kepimpinan

Keupayaan guru

Peningkatan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran

Kecemerlangan murid dan guru

Meningkatkan pemuafakatan sekolah dan komuniti

4.8 Hubungan dengan komuniti luaragalah agenda sekolah terutamanya ibu

bapa dan agensi luar bagi membangunkan sekolah.

4.8 Satu program akan dirancang oleh PIBG bagi meraikan 150 tahun

SKPDL.Ini dapat memberi peluang kepada pihak sekolah dan ibu bapa untuk

berkenalan dan mengeratkan silaturrahim.

4.9 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Koperasi

Tunas Muda yang telah banyak memberi sumbangan untuk SKPDL.

4.10 Guru besar mengingatkan ibu bapa tantang pendaftaran anak –anak ke

tahun 1 telah bermula pada 3 Mac hingga 31 Mac 2014.

5. Ucapan Perasmian oleh Y.Bhg.Tuan Haji Ir.Mansor bin Haji Musa

5.1 YB. Mansor mengucapkan tahniah kepada guru dan ibubapa kerana hadir

.Ini menunjukkan guru dan ibubapa menjalankan tanggungjawab masing-

masing.

5.2 Beliau berpesan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak berdisiplin

dan ibu bapa juga perlu lebih berdisiplin.

5.3 Beliau menyebut tentang isu perumahan dan kos sara hidup . Isu

sebegini memang hangat diperkatakan dimana-mana kita pergi.

5.4 YB. Mansor ceritakan tentang Kolej Komuniti di Bayan Baru yang terletak

di Relau. Tujuan kolej ini ditubuhkan adalah untuk memberi kemahiran

tertentu kepada komuniti setempat.Pelbagai kursus dianjurkan seperti

memasak dan menjahit.

5.5 Akhir sekali , Pengerusi Koperasi Tunas Muda mengucapkan terima kasih

dan tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga anak-anak akan berjaya

memperolehi kejayaan dan kecemerlangan.Pengerusi merasmikan mesyuarat

agung PIBG ke -36 .

8

Page 9: Buku Program Pibg Baru

5.6 YB. Ir Mansor menyampaikan cenderahati kepada semua AJK PIBG

2013/2014 dan seterusnya menyampaikan anugerah murid cemerlang UPSR

2013.

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36

Tarikh : 1 Mac 2014Hari : SabtuMasa : 8.30 pagiTempat : Kantin SK Permatang Damar Laut

Mesyuarat Agung dijalankan.

6. Pengerusi Mesyuarat

6.1 Encik Saharul Nizam bin Shahidin selaku Pengerusi Majlis , bentangkan dan

menerina minit mesyuarat Agung PIBG ke-36 dari muka surat 9- 16 .

7. Membentang dan menerima Agenda Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke -36

7.1 YDP membentang dan menerima Agenda Minit Mesyuarat kali ke -36 dan

disahkan oleh

En. Othman bin Mat dan disokong oleh En. Mohd Zukri bin Mohd Yahaya

8. Membentang Penyata Kewangan PIBG bagi tahun 2013/20149

Page 10: Buku Program Pibg Baru

8.1 Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2013 telah dibentang oleh Cik

Norzie binti Md Yusoff .

8.2 Encik Iftikhar Ahmad bin Abdul Rafi mencadangkan penyata kewangan PIBG

bagi tahun 2013/2014 disahkan dan disokong oleh Encik Mohd Nuti bin Jusoh

9. Pembubaran AJK PIBG 2013/2014.

9.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK yang lepas kerana

menjalankan tugas dengan baik dan membubarkan AJK PIBG 2013/2014.

Disediakan oleh Disahkan

…………………………………. ……………………………………..

(ALAGUSUNDARI A/P RAJAGOPAL) (En.Shahrul Nizam bin Shahidin) Setiausaha PIBG 2014/15 YDP PIBG

Pencatat minit : 1.Pn. Nurulhuda binti Zahari

2.Pn. Lim See Erh

3.Pn .Mageswary Shanmugam

4.Pn. Sakinah binti Abdul Razak

10. Melantik Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/2015

JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT

SESI 2014 /2015

Penasihat : En. Azizan bin Omar (Guru Besar)

Yang Di-pertua : En. En. Juswardi bin Rais

(YDP PIBG)

Naib Yang Di-pertua : En. Shahrul Nizam bin Shahidin

(Naib YDP PIBG)

Setiausaha

Naib Setiausaha

: Cik Alagusundari a/p Rajagopal

: Cik Tg Nurlida binti Tg Zainul Abidin

Bendahari

Naib Bendahari

: Cik Norzie binti Md. Yusof

: Pn. Zurainy binti Md Nayi

10

Page 11: Buku Program Pibg Baru

Ahli Jawatankuasa GURU

1. En. Muhamad Faizal bin Darus

2. Pn. Nor Hajjah binti Hassan

3. Pn. Noriah binti Zakaria

4. Pn. Zurainy binti Md Nayi

5. Cik Tg Nurlida binti Tg Zainul Abidin

IBU BAPA

6. Pn. Junaidah binti Ilias

7. En. Syed Isa bin Syed Idrus

8. En. Mohd Zukri bin Mohd Yahaya

9. En. Mohd Nuti bin Jusoh

10. En. Darasani bin Ahmad

11.Pn. Norashikin binti Ismail

12.Pn. Siti Nazlina binti Mohd Roseli

Pemeriksa Kira-kira : 1. Pn. Noziah binti Ishak(Guru)

(Juru Audit Dalaman) : 2. En. Iftikhar Ahmad bin Abdul Rafi

Semua AJK Guru dilantik oleh pihak sekolah dan AJK dikalangan

Ibu bapa di lantik semasa mesyuarat telah dipersetujui oleh semua yang hadir.

11. Pembentangan Usul

11.1 En. Shahrul Nizan bin Shahidin

Cadangkan kenaikan sumbangan PIBG dari RM10 kepada RM30 bagi

menyeleraskan bayaran seperti sekolah –sekolah lain di Barat Daya.

Guru Besar: Ibu bapa /Ahli PIBG diberi peluang untuk membincangkan

usul ini sama ada setuju atau tidak.

En Mohd Faizal mencadangkan sumbangan sebanyak RM20.

En.Shahrul Nizam menerangkan bahawa sekolah telah

membelanjakan wang

PIBG dengan cara yang betul untuk meningkatkan prestasi murid.

Banyak

program yang dilaksanakan untuk kepentingan murid.

11

Page 12: Buku Program Pibg Baru

Guru besar menerangkan kepentingan kutipan sumbangan PIBG adalah

untuk kegunaan pelbagai aktiviti dan penyediaan suasana

pembelajaran yang lebih kondusif untuk murid-murid. Peruntukkan

yang disediakan tidak memcukupi untuk menampung keseluruhan

aktiviti yang dirancang.

Semua bersetuju dengan kutipan RM30 untuk satu keluarga

12. Cadangan Penangguhan

Puan Marziana binti Abu Bakar mencadangkan supaya mesyuarat ditangguhkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

13. Ucapan Penangguhan

13.1 Pn Nor Shafiza binti yusof

Beri masa yang cukup @kebenaran untuk murid –murid ke tandas.

Gunakan Bahasa yang sesuai semasa memarahi murid-murid

Guru Besar: Setiap guru mempunyai cara tersendiri untuk mendidik

anak –anak. Guru memang menggunakan bahasa yang baik dan

memastikan murid-murid menggunakan bahasa yang bersopan santun.

Terdapat murid-murid yang mengambil kesempatan untuk keluar

kelas dengan alasan pergi tandas. Jadi guru-guru terpaksa mengawal

keluar masuk murid di kelas.

13.2 En.Abdullah bin Abu Seman

Pintu “gate” di kunci . Anak –anak terpaksa panjat pagar sekolah untuk memghadiri kelas petang seperti Tekwando

Guru Besar: Sumbangan Syarikat untuk penambahbaikan pagar

sekolah. Tujuan adalah untuk menjaga keselamatan murid. Minta

pengawal keselamatan menutup pintu pagar supaya keselamatan

sekolah lebih terkawal.

13.3 En. Khairul Rijal

12

Page 13: Buku Program Pibg Baru

Minta pihak sekolah meletakkan kakitangan untuk menjaga

keselamatan murid –murid yang melintas jalan raya.

Guru Besar : Perkara ini diluar bidang kuasa sekolah. KSIB boleh

berbincang di kalangan ahli PIBG untuk berbuat demikian.

13.3 En. Othman bin Mat (PKKO)

memberi sedikit penerangan tentang waktu kokurikulum pada hari

Rabu. Aktiviti kokurikulm dijalankan pada pukul 3.30ptg hingga 5 petang

setiap Rabu.Oleh kerana cuaca yang panas aktiviti teori dijalankan di

dalam kelas .

13.4 En. Shahrul Nizam bin Shahidin

Mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang baru dan jika

mempunyai sebarang aduan boleh dimasukkan dalam peti aduan yang

disediakan.

13.4. En. Azizan bin Omar (Guru Besar)

Bersyukur kepada Tuhan kerana majlis berjalan dengan lancar dan

tahniah kepada barisan kepimpinan PIBG yang baru.

Terima kasih kepada barisan AJK yang lama atas kerjasama dan komitmen

Datang ke sekolah jika anak-anak mempunyai masalah dan berjumpa

dengan guru-guru.

PENYATA TAHUNAN PIBG SESI 2014/2015

AJK PIBG SK PERMATANG DAMAR LAUT 2014/2015

Kehadiran Mesyuarat AJK 2014/201513

Page 14: Buku Program Pibg Baru

BI

L NAMA AHLI JAWATAN

KEHADIRAN/TARIKH

2/5

2014

24/5

2014

24/1

2015

7/03

2015

1 En. Juswardi bin Rais YDP PIBG TH TH TH TH

2 En. Shahrul Nizam bin Shahidin NYDP PIBG H H H H

3 En. Azizan bin OmarGURU BESAR

H TH H H

4 Pn. Hjh.Fadzileah binti Mat PK 1 H TH H TH

5 En. Thoupek bin Osman PK HEM H TH H TH

6 En. Othman bin Mat PK KOKO H TH TH TH

7 Cik Alagsundari a/p Rajagopal SETIAUSAHA

H H H H

8 Cik Norzie binti Md Yusoff BENDAHARI H H H H

9 Pn. Noriah binti ZakariaAJK (GURU)

H PINDAH

10 En Muhamad Faizal bin Darus AJK H H H TH

11Cik. Tg Nurlida binti Tg Zainul Abidin

AJKH H PINDAH

12 Nor Hajjah binti. Hasaan AJK H H H TH

13 Pn. Zurainy binti. Md Nayi AJK H H H TH

14 Pn. Junaidah binti IliasAJK

(WARIS)H H H H

15 Pn. Norashikin binti Ismail AJK H H H H

16 Pn. Siti Nazlina binti Mohd Roseli AJK H TH TH H

17 En. Darasani bin Ahmad AJK H H H H

18 En Syed Isa bin Syed Idrus AJK H TH TH H

19 En. Mohd Nuti bin Jusoh AJK TH TH TH TH

20 En. Mohd Zukri bin Mohd Yahaya AJK H TH TH TH

19 Pn. Noziah binti Ishak(JURU AUDIT)

H PINDAH

20En Iftikhar Ahmad bin Abdul Rafi

(JURU AUDIT)

H H H H

Sepanjang sesi 2014 / 2015 ini, AJK PIBG telah menjalankan beberapa

aktiviti. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-

14

Page 15: Buku Program Pibg Baru

1. Bekerjasama mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan SKPDL

2. Mengadakan Majlis Bacaan Yassin UPSR 2014

Majlis ini telah diadakan di Masjid Al-Qahhar Permatang Damar Laut.

3. Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2014

4. Sambutan Hari Guru 2014

5. Program Kecemerlangan UPSR 2014

6. Mesyuarat Agong PIBG ke-36

Pihak persatuan berterima kasih kepada semua ahli persatuan, guru-guru

serta penduduk Permatang Damar Laut kerana telah memberikan kerjasama yang

erat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan untuk tahun 2014 /

2015. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi demi

untuk kemajuan sekolah dan juga masa depan anak-anak serta penduduk-penduduk

kampung ini.

Salam ta’zim dari saya,

Disediakan oleh, Disemak oleh

…………………................... ......................................................

......

(ALAGUSUNDARI A/P RAJAGOPAL) ( SHAHRUL NIZAM BIN SHAHIDIN)

Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBGSK Permatang Damar Laut SKPermatang Damar Laut

15

Page 16: Buku Program Pibg Baru

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT

PENYATA KEWANGAN BERMULA1 JANUARI HINGGA 31 DISEMBER 2013

PENDAPATAN PERBELANJAAN

BIL TARIKH BUTIRAN

JUMLAH

TARIKH BUTIRAN

JUMLAH

RM RM

1 1.1.13 BAKI LALU 5120.07 1.2.13 SEKOLAH 500.00

2 30.1.13SUMBANGAN PIBG

TERKUMPUL2910.00 12.3.13 MESYUARAT AGONG PIBG 1450.00

3 21.6.13KUTIPAN TERKUMPUL

BACATHON

13751.0

019.3.13

SUMBANGAN PIBG UNTUK

JERSI BOLA KERANJANG300.00

4 3.8.13SUMBANGAN

PERSEORANGAN119.00 18.3.13 JAMUAN GURU 300.00

5 21.9.13

KEUNTUNGAN HARI

KOKURIKULUM &

KEUSAHAWANAN 3645.75

15.4.13SUMBANGAN PIBG UNTUK

OLAHRAGA150.00

6 7.11.13SUMBANGAN HARI

ANUGERAH539.00 15.5.13 CENDERAMATA HARI GURU 780.00

731.12.1

3

DIVIDEN BANK

(Jan – Dec )11.68 20.5.13

YURAN LANGGANAN WEB

HOSTING

http://www.skpdl.edu.my/v

1

300.00

8 12.6.13 FOTOSTAT PROGRAM UPSR 348.55

9 27.6.13SUMBANGAN UNTUK

SUKAN TAHUNAN2000.00

10 10.7.13SUMBANGAN DUIT RAYA

(MURID)636.00

11 20.8.13SUMBANGAN PROGRAM

MERDEKA RAYA1400.00

12 4.9.13 CHARGE BANK 10.00

13 1.9.13 BANNER UPSR 150.00

14 2.9.13

PROGRAM PERSEDIAAN

UPSR

-BACAAN YASSIN (MUSLIM)

DAN KEAGAMAAN (NON

MUSLIM)

1659.00

15 21.9.13 KOS PROGRAM BACATHON

20132391.10

16

Page 17: Buku Program Pibg Baru

16 16.10.1

3

SUMBANGAN UNTUK

PEMBELIAN SISTEM SIARAYA

UNTUK SEKOLAH

2580.00

17 30.10.13SUMBANGAN UNTUK

PASUKAN BOLA BALING200.00

18 22.10.13SUMBANGAN LAWATAN

PENDIDIKAN KHAS1000.00

19 30.10.13 DEBIT BANK 20.00

20 7.11.13

PERBELANJAAN HARI

ANUGERAH

KECEMERLANGAN

3039.05

21 31.12.13CHARGE BANK KE ATAS CEK

( Jan-Dec)12.00

22

JUMLAH PENDAPATAN

26096.5

031.12.13 JUMLAH PERBELANJAAN

19225.7

0

31.12.1

3 BAKI HINGGA 31.12.136870.80

JUMLAH BESAR

26096.5

0 JUMLAH BESAR

26096.5

0

Setelah saya teliti, segala butiran kewangan PIBG adalah betul dan ianya mengikut peraturan yang ditetapkan.

Disediakan oleh; Disemak Oleh Disahkan oleh;

(NORZIE BINTI MD YUSOF)BENDAHARI PIBG 2013/14

(NOZIAH BINTI ISHAK) JURU AUDIT 1

( FAZLAN HAMIDI B. SAAD@TAIB ) JURU AUDIT 2

(SHAHRUL NIZAM B. SHAHIDIN )YDP PIBG 2013/14

17

Page 18: Buku Program Pibg Baru

SENARAI NAMA PELAJARPENERIMA ANUGERAH CEMERLANG

UPSR TAHUN 2014

1. NUR AINA SYAZWIN BINTI RAMLI

2. NUR IRDINA BINTI MD. IDRIS

3. AWLIYA SYAUQINA BINTI ISMAIL

4. HAIRIL AMER BIN ABD MALIK

5. MUHAMMAD NAJMI MUDA BIN MUDA ALANG

6. AMIN NUR IRFAN BIN MAT RADZI

18

Page 19: Buku Program Pibg Baru

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT

11960,BAYAN LEPAS,PULAU PINANGPERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2015 / 2016

Ex- Officio : En. Azizan bin Omar

( Guru Besar SK Permatang Damar Laut )

Yang DiPertua : _______________________________________

Naib Yang DiPertua : _______________________________________

Setiausaha kehormat : _______________________________________

Bendahari Kehormat : _______________________________________

Ahli Jawatankuasa Guru :

1. _________________________________________

2. _________________________________________

3. _________________________________________

4. _________________________________________

5. _________________________________________

Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa:

1.__________________________________________________

3.__________________________________________________

4.__________________________________________________

5.__________________________________________________

6.__________________________________________________

7.__________________________________________________

Pemeriksa Kira-Kira :

1.__________________________________________________

19

Page 20: Buku Program Pibg Baru

2.__________________________________________________

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT

11960 BAYAN LEPAS,PULAU PINANG

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Yang DiPertua dan Ahli-ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru-

guru Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut serta murid-murid dengan

hati yang tulus dan ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada:-

Encik Roslan bin Ismail

Project Director, Menang Idaman Sdn.bhd (MISB)

Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya

En. Azizan bin OmarGuru Besar SK Permatang Damar Laut

En. Shahrul Nizam bin ShahidinNYDP PIBG SK Permatang Damar Laut

Guru-guru SK Permatang Damar Laut

AJK PIBG SK Permatang Damar Laut

Serta

Semua penduduk kampung Permatang Damar Laut dan orang-orang

perseorangan yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit

bagi menjayakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 ini

dan mana-mana pihak yang namanya tidak tercatat di sini. Segala

sumbangan yang telah

diberikan hanya Allah SWT jualah yang dapat

membalasnya dan mudah-mudahan

kita mendapat Taufiq serta

Hidayah dari-Nya.

20

Page 21: Buku Program Pibg Baru

Amin

TERIMA KASIH DAUN KELADI

TAHUN HADAPAN KITA BERJUMPA LAGI

INSYA ALLAH.

21