buku pendaftaran pelajar baru sesi akademik · pdf filebidang keberhasilan utama ... iii...

47
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 1 Kata Alu-aluan Assalamualaikum wbt. Dah Salam Sejahtera, Saya mengalu-alukan kehadiran para pelajar baharu ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saudara saudari merupakan antara yang terpilih dapat melanjutkan pengajian di sebuah universiti kebangsaan yang ditubuhkan hasil perjuangan rakyat yang ingin melihat bahasa kebangsaan di martabatkan sebagai bahasa ilmu tinggi. Sepanjang berada di UKM, saudara-saudari disediakan peluang dan inisiatif untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dengan memberikan sumbangan terhadap misi UKM untuk muncul sebagai universiti penyelidikan terkemuka dunia. Saya amat menggalakkan saudara-saudari untuk menyertai secara aktif dalam pelbagai aktiviti keilmuan, kokurikulum, kebudayaan, sukan dan sebagainya bagi memantapkan pengetahuan dan mematangkan pengalaman masing-masing. Saya berdoa semoga saudara saudari mencapai kejayaan cemerlang dalam pengajian yang diikuti dan terus meneroka pelbagai ilmu baru yang boleh menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat dan negara selaras dengan peranan UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara. Sekian. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

Upload: buixuyen

Post on 04-Feb-2018

287 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 1

Kata Alu-aluan

Assalamualaikum wbt. Dah Salam Sejahtera,

Saya mengalu-alukan kehadiran para pelajar baharu ke Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM). Saudara saudari merupakan antara yang terpilih dapat melanjutkan pengajian di

sebuah universiti kebangsaan yang ditubuhkan hasil perjuangan rakyat yang ingin melihat

bahasa kebangsaan di martabatkan sebagai bahasa ilmu tinggi.

Sepanjang berada di UKM, saudara-saudari disediakan peluang dan inisiatif untuk

memperkayakan ilmu pengetahuan dengan memberikan sumbangan terhadap misi UKM

untuk muncul sebagai universiti penyelidikan terkemuka dunia. Saya amat menggalakkan

saudara-saudari untuk menyertai secara aktif dalam pelbagai aktiviti keilmuan, kokurikulum,

kebudayaan, sukan dan sebagainya bagi memantapkan pengetahuan dan mematangkan

pengalaman masing-masing.

Saya berdoa semoga saudara saudari mencapai kejayaan cemerlang dalam pengajian yang

diikuti dan terus meneroka pelbagai ilmu baru yang boleh menyumbang kepada

pembangunan diri, masyarakat dan negara selaras dengan peranan UKM sebagai Pendaulat

Amanah Negara.

Sekian.

Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor

Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 2: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 2

FALSAFAH, MISI, WAWASAN DAN MATLAMAT UKM FALSAFAH Paduan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanafaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti. MISI Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan. WAWASAN UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia. Matlamat Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing yang;

Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu;

Membangun masyarakat dinamis dan berakhlak mulia;

Mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat; dan

Menjana teknologi yang bermanafaat kepada masyarakat. BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (KRA) UKM Graduan Beraspirasi Kebangsaan dan Berkompeten Graduan UKM menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, ilmu pengetahuan, daya inovasi dan daya saing yang memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat. Graduan Beraspirasi kebangsaan Graduan UKM memahami dan menghayati aspirasi negara, serta nilai dan budaya yang mendasari pembangunan negara bangsa. Graduan Berkompeten Graduan UKM mempunyai ilmu terkini dan kemahiran insaniah tinggi serta sentiasa meningkatkan kompetensi, bersesuaian dengan kehendak semasa dan masa depan. Graduan Berdaya Saing & Inovatif Graduan UKM mempunyai daya inovasi, ciri keusahawanan dan sifat kepimpinan yang menjadi pilihan utama majikan dan pihak berkepentingan.

Page 3: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 3

KANDUNGAN

PERKARA MS

I Senarai Semakan Untuk Pendaftaran Diri 4

II Maklumat Penting

1.0 Yuran Kemasukan Pengajian Sesi Akademik 2016-2017 8

2.0 Tarikh-Tarikh Sesi Akademik 2016-2017

16

3.0 Atur Cara Minggu Mesra Pelajar Baru Sesi Akademik 2016-2017 19

4.0 Pengumuman Larangan Deraan (Ragging) 22

5.0 Pembiayaan Pendidikan PTPTN 23

6.0 Peraturan Penting 28

7.0 Maklumat Umum 30

8.0 Info Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA Kementerian Pengajian Tinggi

40

9.0 Peraturan Pakaian & Kemasan Diri Pelajar UKM 43

10.0 Senarai Tempat Penginapan Sekitar UKM 44

11.0 Lokasi Kampus Induk Universiti Kebangsaan Malaysia

12.0 Pelan Kampus Induk Universiti Kebangsaan Malaysia

13.0 Lokasi Kampus Kuala Lumpur

14.0 Lokasi Pusat Perubatan UKM / Kampus Cheras

III Borang-Borang Berkaitan 45

1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan

2.0 Laporan Pemeriksaan Kesihatan

3.0 Borang Pengesahan Menggunakan Perkhidmatan Bas UKM

4.0 Peraturan Pakaian Semasa Kem PPD (Hanya untuk pelajar Program Doktor Perubatan sahaja)

Page 4: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 4

I. SENARAI SEMAKAN UNTUK PENDAFTARAN DIRI (Sila tandakan √ pada kotak yang berkenaan)

A. Sekiranya saudara/i menerima tawaran, sila ambil tindakan berikut; 1. Tindakan Segera

Sahkan penerimaan tawaran melalui laman web http://www.ukm.my/kemasukan /tawaran mulai 10 hingga 30 September 2016. Sila muat naik dokumen berikut:-

a) Keputusan SPM b) Keputusan STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf c) Keputusan MUET/TOEFL/IELTS

Pastikan semua salinan sijil telah DISAHKAN sebelum muat naik ke sistem. Bagi pelajar rayuan, sekiranya tidak sempat untuk upload dokumen, sila upload selepas mendaftar diri.

Sila kemaskini Maklumat Alamat Terkini

Sila kemaskini Maklumat Waris

Muat naik gambar berukuran paspot (berwarna) secara atas talian dengan SEGERA untuk tujuan Kad Kampus. Sila ikuti tatacara / panduan di Sistem Kad Kampus UKM (UKMCard) di laman web http://www.ukm.my/kemasukan /tawaran. Bagi pelajar rayuan, sekiranya tidak sempat untuk upload gambar, sila upload selepas mendaftar diri.

Jelaskan jumlah bayaran yuran kemasukan seperti yang tertera pada surat tawaran, di bank berikut:-

1) Bank Islam Malaysia Berhad - Kaunter Bank Islam - Auto Teller (ATM) - Cash Deposit Machine (CDM) Mesin ATM BIMB

2) CIMB Bank - CIMBclicks

3) PKKew, Jabatan Bendahari, Aras 1, Bangunan Canselori

- Kad Kredit/Kad Debit (kecuali kad American Express/BIMB dan CIMB)

Sila rujuk kaedah bayaran di muka surat 12-13 Sila simpan salinan Slip Pembayaran (Bank Islam Malaysia Berhad/CIMB

Bank) sebagai rujukan. Bagi pelajar rayuan, sekiranya tidak sempat untuk

membuat bayaran, sila buat bayaran selepas mendaftar diri.

Page 5: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 5

MAKLUMAT CARA BAYARAN UNTUK BUKAN WARGANEGARA Jelaskan jumlah bayaran yuran kemasukan seperti yang tertera pada surat tawaran, dan yuran proses VDR sila rujuk muka surat 9 (Bayaran Urusan Imigresen) cara bayaran adalah seperti berikut:

1) Bank Draf atas nama BENDAHARI UKM.

2) Bayaran secara pemindahan via telegraphic boleh dibuat dengan menggunakan maklumat akaun UKM seperti berikut:

Nombor Akaun : 8002226815

Nama Akaun : Universiti Kebangsaan Malaysia Kod Swift : CIBB MYKL

Alamat : Wisma UNIKEB, UKM, 43600 Bangi Selangor

Sila simpan salinan Slip Pembayaran/bukti pembayaran sebagai rujukan. Abaikan maklumat ini sekiranya bayaran telah dibuat.

Lakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan (sila cetak borang yang disediakan di lampiran). Muat naik Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang lengkap di http://www.uk.my/kemasukan/tawaran. Laporan dan filem x-ray hendaklah disimpan dan TIDAK PERLU dibawa semasa hari pendaftaran. Sekiranya kesuntukan masa, saudara/i boleh terus mendaftar diri dan melakukan pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UKM selepas pendaftaran. Bagi pelajar bukan warganegara anda dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan di negara asal sebelum masuk ke Malaysia. Anda juga sekali lagi perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UKM atau klinik panel UKM selepas mendaftar.

Page 6: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 6

2. Keperluan Semasa Pendaftaran

Sila berpakaian kemas dan sopan semasa mendaftar diri seperti pada panduan Peraturan Pakaian dan Kemasan Diri Pelajar UKM yang disertakan dalam buku ini.

Sediakan 6 keping gambar (berwarna) terbaru ukuran pasport dan di belakangnya catatkan nama, fakulti dan nombor pendaftaran (tidak termasuk gambar yang diperlukan pada Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan)

Sediakan pakaian berikut untuk mengikuti Acara Minggu Mesra Pelajar (MMP)

Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan

- 2 atau 3 helai baju kemeja lengan panjang warna putih

- Seluar panjang berwarna gelap - Baju sukan lengan pendek

berkolar - Kasut sukan

- 2 atau 3 helai baju kurung berwarna kebiruan (corak pilihan sendiri)

- Baju sukan lengan panjang/pendek berkolar

- Kasut sukan

Sediakan keperluan seperti bantal, sarung bantal, selimut, cadar dan keperluan peribadai yang lain.

Sila bawa salinan Slip Pembayaran (Bank Islam Malaysia Berhad/CIMB Bank).

Sila isi Borang Pengesahan Menggunakan Perkhidmatan Bas UKM dan faks atau hantar kepada Unit Kenderaan UKM jika memerlukan perkhidmatan bas UKM untuk datang mendaftar. (sekiranya datang menaiki kapal terbang / bas / komuter).

3. Senarai Tempat Penginapan

Senarai Tempat Penginapan Sekitar UKM ada pada lampiran buku ini (muka surat 45) sekiranya ibu / bapa / penjaga memerlukan penginapan semasa hari pendaftaran.

B. Sekiranya saudara/i menolak tawaran, sila ambil tindakan berikut dengan SEGERA:

Sahkan penolakan tawaran melalui laman web http://www.ukm.my/kemasukan /tawaran mulai 10 hingga 30 September 2016.

Page 7: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 7

MAKLUMAT PENTING

1. Yuran Kemasukan/Pengajian Prasiswazah Sesi Akademik 2016-2017

Yuran bagi pelajar prasiswazah terbahagi kepada lima komponen seperti berikut:-

I. Yuran Pendaftaran

Yuran Pendaftaran dikenakan sekali sahaja kepada pelajar baru sepanjang pengajian di

universiti. Yuran Pendaftaran hendaklah dibayar sebelum pelajar mendaftarkan diri ke

universiti.

Fakulti Warganegara

(RM)

Bukan Warganegara

(RM)

1. Yuran Pendaftaran – Semua Fakulti 1,200.00 1,650.00

II. Yuran Pengajian

Yuran pengajian dikenakan kepada pelajar pada tiap semester, bayaran hendaklah dibuat

satu bulan selepas pelajar mendaftar. Kadar yuran pengajian mengikut fakulti adalah

seperti berikut:-

Fakulti Warganegara

(RM)

Bukan Warganegara

(RM)

1. Fakulti Pengajian Islam 550.00 4,000.00

2. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 550.00 4,000.00

3. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan 550.00 4,000.00

4. Fakulti Undang-Undang 550.00 4,000.00

5. Fakulti Pendidikan 550.00 4,000.00

6. Fakulti Sains Kesihatan 600.00 5,600.00

7. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 600.00 4,600.00

8. Fakulti Sains dan Teknologi 600.00 4,600.00

9. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 700.00 6,900.00

10. Kejururawatan 660.00 5,600.00

11. Fakulti Farmasi 850.00 6,500.00

12. Fakulti Pergigian 1850.00 17,000.00

13. Fakulti Perubatan 900.00 16,600.00

Page 8: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 8

III. Yuran Perkhidmatan & Aktiviti Prasiswazah Setiap Semester

Yuran ini dikenakan pada setiap semester kepada semua pelajar UKM. Pecahan jenis

yuran berulang ini adalah seperti berikut:-

Jenis Yuran Warganegara

(RM)

Bukan Warganegara

(RM)

1. Kesihatan 75.00 100.00

2. Kebajikan dan Insuran 35.00 180.00

3. Perpustakaan 50.00 70.00

4. Aktiviti PMUKM 20.00 20.00

5. Aktiviti Sukan dan Rekreasi 20.00 20.00

6. Perkhidmatan ICT & Utiliti 80.00 80.00

7. Pengangkutan 60.00 60.00

Jumlah 340.00 530.00

IV. Yuran Kolej Penginapan

Yuran kolej penginapan akan dikenakan kepada setiap pelajar apabila pelajar mendaftar di

kolej. Kadar yuran kolej penginapan adalah berbeza mengikut jenis bilik dan kolej seperti

jadual dibawah. Bayaran hendaklah dibuat satu (1) bulan selepas pelajar mendaftar di Kolej

penginapan.

i. Yuran penginapan

Kolej

Pra Siswazah Pasca Siswazah

Jenis Penginapan

Warga Negara

Bukan Warga Negara

Warga Negara

Bukan Warga Negara

Sehari / Seorang Sehari / Seorang

Dato’ Onn Aminuddin Baki Ungku Omar Burhanuddin Helmi Ibrahim Yaakub Rahim Kajai Idris Al-Marbawi Tun Hussein Onn Ibu Zain Keris Mas Pendeta Za’ba

3.50

7.00

6.00

9.00

Asrama

Tun Dr. Ismail Tun Syed Nasir

4.00 7.00 6.00 9.00

Page 9: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 9

Kolej

Pra Siswazah Pasca Siswazah

Jenis Penginapan

Warga Negara

Bukan Warga Negara

Warga Negara

Bukan Warga Negara

Sehari / Seorang Sehari / Seorang

Dato’ Onn Aminuddin Baki Ungku Omar Burhanuddin Helmi Ibrahim Yaakub Rahim Kajai Tun Hussein Onn

5.00

7.50

6.50

11.00

Pangsarama

Tun Dr. Ismail Tun Syed Nasir

6.00 7.50 6.50 11.00

Dato’ Onn Aminuddin Baki Ungku Omar Burhanuddin Helmi Ibrahim Yaakub Rahim Kajai Tun Hussein Onn Ibu Zain Keris Mas Pendeta Za’ba

5.00

8.50

7.50

12.00

Pangsasiswa

Tun Dr. Ismail Tun Syed Nasir

6.00 8.50 7.50 12.00

Ibu Zain Tun Syed Nasir

8.00 11.00 9.00 13.00 Eksekutif

ii. Kadar Yuran Penginapan Pelbagai

Jenis Yuran Warganegara

(RM)

Bukan Warganegara

(RM)

Yuran Aktiviti Kolej 50.00 50.00

Bagi tujuan pendaftaran diri pelajar baru, bayaran yang perlu dijelaskan hanyalah

yuran pendaftaran dan bayaran imigresen (bagi pelajar antarabangsa) sahaja dan

hendaklah dijelaskan sebelum pelajar datang pada hari pendaftaran.

Page 10: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 10

V. Bayaran Urusan imigresen dan Bon Persendirian

Semua urusan imigresen pelajar antarabangsa akan diuruskan oleh Education Malaysia

Global Services (EMGS) dan bagi pelajar baru bayaran yang dikenakan ialah seperti

contoh berikut:-

Bil Perkara

Setahun

RM

2 tahun

(Indonesia sahaja)

RM

1. Yuran Pemprosesan 1,140.00 1,464.40

2. i-kad 100.00 106.00

3. Pass/Sticker 120.00 120.00

4. Visa fee 30.00 100.00

Jumlah 1,390.00 1,790.40

Nota : Yuran pemprosesan adalah tertakluk kepada caj EMGS

Berdasarkan kepada Peraturan Imigresen Malaysia Bon Persendirian akan dikenakan kepada

pelajar antarabangsa mengikut negara. Bon Persendirian hendaklah dibayar sebelum

mendaftar sebagai pelajar baru. Bon Persendirian boleh dituntut semula setelah pelajar

menamatkan penggajiannya di UKM dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Imigresen

Malaysia.

RM 2000.00

Canada

USA

Colombia

Angola

Burkina Faso

Burundi

Cameroon

Central African Republic

Republic Congo

RM1500.00

Saudi Arabia

Africa

Australia

British C.I

Brunei

China

Europe

Iran

Iraq

Page 11: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 11

Republic Democratic Congo

Cote D'Ivoire

Djibouti

Equatorial Guinea

Eritrea

Ethiopia

Guinea-Bissau

Ghan

Liberia

Mali Mozambique

Niger

Nigeria

Rwanda

Western Sahara

Portugal C.I

Taiwan

Tunisia

Vietnam

RM1000.00

Japan

South Korea

Macao

Hong Kong

Japan

South Korea

Macao

Hong Kong

RM 750.00

Bangladesh

Phillipines

India

Myanmar

Nepal

Pakistan

Sri Lanka

RM500.00

Indonesia

RM300.00

Thailand

RM200.00 Fee for other

Page 12: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 12

Singapore countries is

RM1500.00

2. KAEDAH BAYARAN

Pelajar dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum tarikh pendaftaran, sila rujuk

jadual kaedah bayaran untuk membuat pembayaran. Untuk makluman bayaran secara tunai

adalah tidak diterima. Bagi pelajar yang mendapat tajaan biasiswa atau bantuan kewangan

dikehendaki menghantar salinan surat tawaran kepada Bahagian Pengurusan Kewangan

Pelajar, Jabatan Bendahari.

KAEDAH

BAYARAN

i) Bayaran di Kaunter Bank Islam (Bill Presentment)

Bayaran boleh di buat dimana-mana kaunter cawangan BIMB

Isi ‘Slip Pembayaran Bil’

Bayaran kepada UKM

Nyatakan No. Matrik

Masukkan amaun bayaran

Serah slip dan bayaran di kaunter Bank

Simpan slip bayaran

ii) Mesin ‘Auto-Teller’ (ATM) (Pelajar perlu mempunyai akaun dengan BIMB

dan warganegara sahaja)

Masukkan kad ATM

Pilih Ada akaun BIMB

Masukkan kad ATM

Pilih Menu ‘Lain-lain’

Pilih ‘Pembayaran Bil IPT’

Pilih no. akaun Bank yang akan ditolak

Masukkan no. kad pengenalan

Pilih No. Matrik pelajar UKM

Masukkan amaun bayaran

Pastikan transaksi Berjaya

Simpan slip bayaran

iii) Cash Deposit Machine (CDM) Mesin ATM BIMB- pelajar tidak perlu ada akaun BIMB (untuk warganegara sahaja )

Pilih lain-lain

Pilih ‘Pembayaran Bil IPT’

Masukkan no. kad pengenalan

Page 13: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 13

KAEDAH

BAYARAN

Pilih No. Matrik pelajar

Masukkan duit dalam mesin

Sahkan bayaran

Pastikan transaksi Berjaya

Simpan slip bayaran

*Bayaran akan dikemaskini dalam tempoh 2-3 hari bekerja.

CIMBclicks – Pelajar perlu mempunyai akaun dengan CIMB Bank.

CIMBclicks – Pelajar perlu mempunyai akaun dengan CIMB Bank.

Dapatkan e-pin no dimana-mana mesin ATM CIMB

‘Sign-Up ‘ di dalam laman web CIMB Clicks

Untuk membuat bayaran ‘Login’

Pilih ‘paybill’

Pilih ‘saving account’ / ‘current account’

Pilih/Masukkan nama penerima: ‘Universiti Kebangsaan Malaysia- Yuran Pelajar’

Masukkan no. matrik dan no kad pengenalan/paspot(bukan warganegara)

Masukkan amaun bayaran

Klik ‘proceed to payment’

Klik TAC dan masukkan no TAC selepas menerima dari pihak Bank

Pastikan status transaksi adalah ‘successful’ dan cetak penyata

Klik TAC dan masukkan no TAC selepas menerima dari pihak Bank

Pastikan status transaksi adalah “successful” dan cetak penyata.

Simpan penyata untuk rujukan.

*Bayaran akan dikemaskini dalam tempoh 2-3 hari bekerja.

PKKew

Pusat Khidmat Kewangan, Jabatan Bendahari, Aras 1, Bangunan Canselori

Kad Kredit/Kad Debit (kecuali kad American Express/BIMB dan CIMB)

PERHATIAN: BAYARAN SECARA TUNAI TIDAK DITERIMA DI KAUNTER PUSAT KHIDMAT KEWANGAN JABATAN BENDAHARI

Page 14: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 14

3. TARIK DIRI/TANGGUH PENGAJIAN

Bagi pelajar yang menarik diri atau menangguh pengajian hanya bayaran yuran pengajian

sahaja boleh dipulangkan kepada pelajar mengikut tempoh yang ditetapkan seperti berikut:-

Tempoh Kadar Bayaran Balik

Sebelum tarikh pendaftaran 100%

2 minggu selepas tarikh pendaftaran 70%

6 minggu selepas tarikh pendaftaran 50%

Selepas 6 minggu dari tarikh pendaftaran Tiada

Nota : Tiada bayaran balik untuk yuran pendaftaran

4. TAJAAN

Pelajar yang mendapat tajaan perlu mengemukakan surat tawaran tajaan di Bahagian

Pengurusan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Aras 3 Bangunan Canselori dan menjadi

tanggungjawab pelajar untuk memastikan penaja menjelaskan yuran pengajian.

5. SEMAKAN AKAUN PELAJAR

Pelajar hendaklah dari semasa ke semasa menyemak akaun pelajar samada semua yuran

telah dijelaskan atau belum dan memastikan semua transaksi adalah tepat. Semakan akaun

pelajar boleh dibuat melalui portal e-kewangan di alamat https://ekew.ukm.my/efast/. Sebarang

pertanyaan dan maklumbalas boleh dimajukan kepada Bahagian Pengurusan Kewangan

Pelajar atau emel [email protected].

Page 15: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 15

2.0 TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2016-2017 KAMPUS INDUK BANGI, FAKULTI SAINS KESIHATAN & FAKULTI FARMASI Semester I AKTIVITI TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Diri Pelajar Baru dan Minggu Mesra Pelajar (MMP) 28 Ogos – 4 Sept. 2016 1 minggu

Sesi Pembelajaran 5 Sept. – 21 Okt. 2016 7 minggu

Cuti Pertengahan Semester / Cuti Perayaan 22 – 30 Okt. 2016 1 minggu

Sesi Pembelajaran 16 Nov. – 18 Dis. 2016 7 minggu

Cuti Ulangkaji 17 – 26 Dis. 2016 1 minggu

Peperiksaan 27 Dis. 2016 – 13 Jan. 2017

3 minggu

Cuti Semester 14 Jan. – 12 Feb. 2016 4 minggu

Semester II AKTIVITI TARIKH TEMPOH

Sesi Pembelajaran 13 Feb. – 31 Mac, 2017 7 minggu

Cuti Pertengahan Semester / Cuti Perayaan 1 – 9 April, 2017 1 minggu

Sesi Pembelajaran 10 April – 26 Mei, 2017 7 minggu

Cuti Ulangkaji 27 Mei – 4 Jun, 2017 1 minggu

Peperiksaan 5 – 23 Jun 2017 3 minggu

Cuti Semester 24 Jun – 1 Sept. 2017 10 minggu

Semester III AKTIVITI TARIKH TEMPOH

Sesi Pembelajaran 3 Julai – 18 Ogos 2017 7 minggu

Peperiksaan 21 – 25 Ogos, 2017 1 minggu

Semester I

Cuti Hari Kebangsaan – 31 Ogos, 2016 (Rabu)

Cuti Hari Raya Aidil Adha – 12 September 2016 (Isnin)

Cuti Hari Malaysia – 16 September 2016 (Jumaat)

Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) – 2 Oktober 2016 (Ahad)

Cuti Hari Deepavali – 29 Oktober, 2016 (Sabtu)

Cuti Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember, 2016 (Ahad)

Cuti Maulidur Rasul – 12 Disember 2016 (Isnin)

Cuti Hari Krismas – 25 Disember 2016 (Ahad)

Cuti Hari Tahun Baru – 1 Januari 2017 (Ahad)

Cuti Hari Tahun Baru Cina – 28 & 29 Januari, 2017 (Sabtu & Ahad)

Cuti Thaipusam – 9 Februari, 2016 (Khamis)

Semester II

Cuti Hari Pekerja – 1 Mei 2017 (Isnin)

Cuti Hari Wesak – 10 Mei 2017 (Rabu)

Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong - 3 Jun 2017 (Sabtu)

Cuti Hari Raya Aidil Fitri – 26 & 27 Jun, 2017 (Khamis & Jumaat)

Cuti Hari Kebangsaan – 31 Ogos, 2017 (Khamis)

Page 16: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 16

2.0 TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2016-2017 FAKULTI PERGIGIAN Semester I

AKTIVITI TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Diri Pelajar Baru dan Minggu Mesra Pelajar (MMP) 28 Ogos – 4 Sept. 2016 1 minggu

Sesi Pembelajaran* 5 Sept. – 6 Nov. 2016 9 minggu

Cuti 7 – 13 Nov 2016 1 minggu

Sesi Pembelajaran ** 14 Nov. 2016 – 22 Jan. 2017

10 minggu

Ujian Semester 23 – 29 Jan. 2017 1 minggu

Cuti *** 30 Jan. – 12 Feb. 2017 2 minggu

Semester II AKTIVITI TARIKH TEMPOH

Sesi Pembelajaran *** 13 Feb. – 16 April 2017 9 minggu

Cuti 17 – 23 April 2017 1 minggu

Sesi Pembelajaran ***** 24 April – 2 Julai 2017 10 minggu

Minggu Ulangkaji 3 – 9 Julai, 2017 1 minggu

Peperiksaan Profesioanl Pertama 10 – 23 Julai, 2016 2 minggu

Cuti ***** 24 Julai – 3 Sept. 6 minggu

Peperiksaan Profesional Pertama (Ulangan) 14 – 27 Ogos 2017 2 minggu

Catatan: *(Termasuk Cuti Hari Malaysia, Cuti Hari Raya Aidil Adha, Cuti Deepavali dan Cuti Awal Muharam **(Termasuk Cuti Krismas, Cuti Tahun Baru dan Cuti Maulidul Rasul) ***(Termasuk Cuti Thaipusam dan Cuti Hari Wilayah Persekutuan) ****(Termasuk Cuti Tahun Baru Cina) *****(Termasuk Cuti Hari Pekerja dan Cuti Hari Wesak) ******(Termasuk Cuti Hari Raya Aidil Fitri dan Cuti Hari Kebangsaan)

TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2016-2017 FAKULTI PERUBATAN (IJAZAH DOKTOR PERUBATAN TAHUN 1) Semester 1 AKTIVITI TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Diri Pelajar Baru dan Minggu Mesra Pelajar (MMP) 28 Ogos – 2 Sept. 2016 1 minggu

Minggu Mesra Pelajar Fakulti / Kem PPD 5 Sept. – 9 Sept. 2016 1 minggu

Sesi Pembelajaran 12 Sept – 21 Okt. 2016 6 minggu

Cuti Pertengahan Semester / Cuti Perayaan 24 – 28 Okt. 2016 1 minggu

Sesi Pembelajaran 31 Okt. 2016 – 6 Jan. 2017

10 minggu

Cuti Ulangkaji 9 – 13 Jan. 2017 1 minggu

Peperiksaan Akhir Semester 1 16 - 22 Jan. 2017 1 minggu

Cuti Akhir Semester 23 Jan – 3 Feb. 2017 2 minggu

Page 17: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 17

Semester 2 AKTIVITI TARIKH TEMPOH

Sesi Pembelajaran 6 Feb. – 31 Mac 2017 8 minggu

Cuti Pertengahan Semester 3 – 7 April 2017 1 minggu

Sesi Pembelajaran 10 April – 2 Jun 2017 8 minggu

Cuti Ulangkaji 5 – 9 Jun 2017 1 minggu

Peperiksaan Akhir Semester 2 12 Jun – 23 Julai 2017 2 minggu

Cuti Semester / Cuti Perayaan 26 Julai – 21 Julai, 2017 4 minggu

Peperiksaan Ulangan Sem I & II 24 – 4 Ogos 2017 2 minggu

JUMLAH MINGGU 49

Catatan: Semester I

Cuti Hari Raya Aidil Adha – 12 September 2016 (Isnin)

Cuti Hari Malaysia – 16 September 2016 (Jumaat)

Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) – 2 Oktober 2016 (Ahad)

Cuti Hari Deepavali – 29 Oktober, 2016 (Sabtu)

Cuti Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember, 2016 (Ahad)

Cuti Maulidur Rasul – 12 Disember 2016 (Isnin)

Cuti Hari Krismas – 25 Disember 2016 (Ahad)

Cuti Hari Tahun Baru – 1 Januari 2017 (Ahad)

Cuti Hari Tahun Baru Cina – 28 & 29 Januari, 2017 (Sabtu & Ahad)

Cuti Thaipusam – 9 Februari, 2016 (Khamis)

Cuti Hari Pekerja – 1 Mei 2017 (Isnin)

Cuti Hari Wesak – 10 Mei 2017 (Rabu)

Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong - 3 Jun 2017 (Sabtu)

Cuti Hari Raya Aidil Fitri – 26 & 27 Jun, 2017 (Khamis & Jumaat)

Cuti Hari Kebangsaan – 31 Ogos, 2017 (Khamis)

TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2016-2017 FAKULTI PERUBATAN (SARJANAMUDA KEJURURAWATAN) Semester I AKTIVITI TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Diri Pelajar Baru dan Minggu Mesra Pelajar (MMP) 29 Ogos – 2 Sept. 2016 1 minggu

Sesi Pembelajaran 5 Sep. – 28 Okt. 2016 8 minggu

Cuti Pertengahan Semester 31 Okt. – 4 Nov. 2016 1 minggu

Sesi Pembelajaran 7 Nov. 2016 – 13 Jan. 2017

10 minggu

Cuti Ulangkaji 16 – 20 Jan 2017 1 minggu

Peperiksaan Akhir Semester 1 23 Jan – 3 Feb 2017 2 minggu

Cuti Semester 6 – 17 Feb 2017 2 minggu

Page 18: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 18

Semester II AKTIVITI TARIKH TEMPOH

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran 20 Feb – 24 Mac 2017 5 minggu

Cuti Pertengahan Semester II 27 – 31 Mac 2017 1 minggu

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran 3 April – 23 Jun 2017 12 minggu

Cuti Ulangkaji/Perayaan 26 – 30 Jun 2017 1 minggu

Peperiksaan Akhir Semester II 3 – 14 Julai 2017 2 minggu

Cuti Ulangkaji 17 Julai – 11 Ogos 2017 4 minggu

Peperiksaan Ulangan 15 – 26 Ogos 2016 2 minggu

JUMLAH MINGGU 52

Catatan: Semester I

Cuti Hari Kebangsaan – 31 Ogos, 2016 (Rabu)

Cuti Hari Raya Aidil Adha – 12 September 2016 (Isnin)

Cuti Hari Malaysia – 16 September 2016 (Jumaat)

Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) – 2 Oktober 2016 (Ahad)

Cuti Hari Deepavali – 29 Oktober, 2016 (Sabtu)

Cuti Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember, 2016 (Ahad)

Cuti Maulidur Rasul – 12 Disember 2016 (Isnin)

Cuti Hari Krismas – 25 Disember 2016 (Ahad)

Cuti Hari Tahun Baru – 1 Januari 2017 (Ahad)

Cuti Hari Tahun Baru Cina – 28 & 29 Januari, 2017 (Sabtu & Ahad)

Cuti Thaipusam – 9 Februari, 2016 (Khamis)

Cuti Hari Pekerja – 1 Mei 2017 (Isnin)

Cuti Hari Wesak – 10 Mei 2017 (Rabu)

Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong - 3 Jun 2017 (Sabtu)

Cuti Hari Raya Aidil Fitri – 26 & 27 Jun, 2017 (Khamis & Jumaat)

Cuti Hari Kebangsaan – 31 Ogos, 2017 (Khamis)

Page 19: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 19

LAMPIRAN A

Folder mariam:jadual mmm.16052016

*Tertakluk kepada pindaan.

Atur Cara Minggu Mesra Mahasiswa Sesi Akademik 2016 - 2017

“UKM Pendaulat Amanah Negara” (Guardian Of The Nation)

Tarikh/ Masa

5.00 pg – 7.00 pg

7.00 pg - 8.00 pg

8.00 pagi - 12.30 tengahari 12.30 tengahari - 4.30 petang

4.3

0 p

tg -

5.3

0 p

tg -

Min

um

Peta

ng

dan

So

lat

5.30 ptg - 7.00 mlm

7.00 mlm - 8.30 mlm

8.30 malam - 10.30 malam

AHAD 28.8.2016

Persediaan Diri

Pendaftaran Pelajar *(Kecuali pelajar dari Negeri Sembilan, Melaka,

Selangor, Putrajaya dan WP KL) (FAKULTI)

Pendaftaran Pelajar *(Hanya pelajar dari Negeri Sembilan,

Melaka, Selangor, Putrajaya dan WP KL) (FAKULTI)

Ak

tiv

iti d

i K

ole

j K

ed

iam

an

/ A

kti

vit

i K

eb

ud

aya

an

So

lat

dan

Ma

ka

n M

ala

m

`Malam Ramah Mesra’ (Aktiviti di Kolej Kediaman)

ISNIN 29.8.2016

So

lat

/ T

azk

ira

h S

ub

uh

/ C

era

ma

h M

ora

l

(Ko

lej)

Sa

rap

an

9.00 pagi – 12.30 tengahari 12.30 tghri –

2.30 ptg 2.30 petang – 4.30 petang

`Tautan Ukhwah’ (Aktiviti di Kolej Kediaman) 3M@Fakulti

(Fakulti masing-masing)

Makan Tengahari bersama Dekan

(FAKULTI)

3M@Fakulti (Fakulti masing-masing)

SELASA 30.8.2016

9.00 pg – 11.00 pg 11.00 pg – 12.30 tghri

So

lat,

Re

ha

t d

an

Ma

kan

Te

ng

ah

ari

* Bersama Menteri Mentor (DECTAR)

Aktiviti di Kolej Kediaman

“Guardian of The Nation” (DECTAR)

Majlis Ikrar Pelajar

(DECTAR)

RABU 31.8.2016

“Keep Fit” dan Kempen Badan Beruniform (Dataran Dewan Gemilang)

Eksplorasi Kampus

Malam Tunas Seni / Sambutan Ambang

Merdeka (DECTAR)

KHAMIS 1.9.2016

* “Bicara Tuntas” Slot Inovasi (DECTAR)

“Lihat Kampus Ku Yang Tenang” (Aktiviti Kolej Kediaman)

7.00 malam – 10.30 malam

Tahlil Kesyukuran dan Kemerdekaan (Masjid UKM)

Ceramah Kerohanian & Kenegaraan (DECTAR)

JUMAAT 2.9.2016

9.00 pagi – 12.30 tengahari 3.00 petang – 4.30 petang

So

lat

&

Reh

at

8.30 malam – 10.30 malam

* UKM 4 Bangi (Komuniti Bangi & Kolej

Kediaman)

Gotong Royong (Aktiviti Kolej Kediaman)

Makan Malam di Kolej Kediaman

Page 20: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 20

1. Penyediaan makan dan minum pelajar baru bermula pada hari Ahad 28 Ogos 2016 iaitu minum petang, makan malam dan minum malam. Manakala dari 29 Ogos 2016 hingga 2 September 2016 (Isnin – Jumaat) akan disediakan sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Makan tengah hari bersama dengan Dekan di Fakulti pada 29.8.2016 (Selasa) diuruskan oleh Fakulti.

2. Urusan pendaftaran kursus bertempat di Fakulti masing-masing. 3. Ibubapa/Penjaga yang datang awal untuk mengiringi anak mereka ke UKM dan

memerlukan kemudahan tempat tinggal sila hubungi Unit Pentadbiran, Pusat Khidmat Siswa, UKM (En Ahmad Azizi Pandak) di No. Telefon 03-89215346 / 019-2273577.

4. UKM akan menyediakan kemudahan pengangkutan (bas) untuk membawa pelajar ke Kampus Induk UKM Bangi seperti Jadual di bawah. Ketibaan pelajar baru di tempat menunggu akan disambut oleh Pemudahcara (PC) yang dilantik oleh UKM.

Tarikh Masa Tempat Menunggu

27 Ogos 2016

dan 28 Ogos 2016

7.00 pagi 10.00 pagi

1.00 tengah hari 4.00 petang 7.00 malam

KLIA / KLIA2

Setiap Hari (Bas Kampus UKM Zon

6)

Setiap ½ jam mulai dari

7.30 pagi – 11.00 malam

Stesen Komuter UKM

27 Ogos 2016

dan 28 Ogos 2016

7.00 pagi – 8.00 pagi

10.00 pagi – 11.00 pagi

1.00 ptg – 2.00 ptg 4.00 ptg – 5.00 ptg

7.00 ptg – 8.00 mlm

Hentian Bas Kajang / Hentian Jalan

Duta /

Terminal Bersepadu

Catatan: Jadual ini tertakluk kepada pindaan oleh Pengurusan Kenderaan, Jabatan Pendaftar

PeringatanKhas:

Pelajar baru DIWAJIBKAN menghadiri Acara Minggu Mesra Mahasiswa (MMM).

Pengecualian menghadiri Acara MMM hanya diberikan oleh Unit Pentadbiran, Pusat Khidmat Siswa, UKM.

MAKLUMAN: Acara Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) bagi pelajar kes rayuan akan diserahkan semasa pendaftaran diri 14 September 2016.

Page 21: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 21

PENGUMUMAN LARANGAN DERAAN (RAGGING) Kepada, Semua Pelajar (Baru dan Lama) Universiti Kebangsaan Malaysia. Saudara/i, DERAAN (RAGGING) ATAU PERKARA YANG SEUMPAMANYA Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa deraan fizikal atau mental termasuk perbuatan dan perkataan yang menjatuhkan air muka, maruah dan kehormatan diri seseorang pelajar dalam apa jua bentuknya yang boleh ditafsirkan sebagai DERAAN (RAGGING) adalah DIHARAMKAN di Universiti ini. DERAAN (RAGGING) IALAH SATU KESALAHAN TATATERTIB YANG MANA IANYA MERUPAKAN PERBUATAN YANG MEROSAKKAN NAMA BAIK UNIVERSITI DAN TIDAK HARUS MENJADI BUDAYA MAHASISWA UNIVERSITI. 2. PIHAK UNIVERSITI TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG MELAKUKAN KERJA MENDERA INI DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP MEREKA DENGAN MENGENAKAN HUKUMAN YANG BERAT TERMASUK DISINGKIRKAN DARI UNIVERSITI. (KEPUTUSAN PERSIDANGAN NAIB CANSELOR KE – 22 PADA 21 JULAI 1989). 3. Semua pihak yang melihat dan mengetahui adanya deraan ke atas mahasiswa berlaku di mana-mana sahaja, hendaklah melaporkan kepada Pusat Khidmat Siswa, pihak Pengetua Kolej atau pihak Keselamatan UKM dengan segera. Pihak Pengetua atau pihak Keselamatan selepas menerima aduan hendaklah serta merta menyiasat dan memanggil mereka yang terlibat dan membuat laporan bagi dakwaan. Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengambil tindakan selanjutnya. Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar yang terlibat akan dihubungi mengenai kes ini. 4. Untuk makluman semua pelajar, Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) akan bermula pada 28 Ogos 2016 – 2 September 2016. Sehubungan dengan itu, MANA-MANA PELAJAR ATAU KUMPULAN PELAJAR YANG TERLIBAT MELAKUKAN PENDERAAN (RAGGING) ATAU MENGADAKAN ‘SUAIKENAL/ORIENTASI’ PADA ATAU SELEPAS TARIKH INI AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Sekian, terima kasih. ARAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL-EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

Page 22: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 22

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN 1. Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian

secara sepenuh masa, separuh masa dan jarak jauh di peringkat seperti berikut; a. Diploma b. Ijazah Sarjana Muda c. Ijazah Sarjana d. Doktor Falsafah (PhD) e. Kursus Profesional

2. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal

menamatkan pengajian boleh memohon pembiayaan kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang terdahulu diselesaikan. Walau bagaimanapun, pertimbangan bagi pembiayaan kali kedua kedua tertakluk kepada peruntukan kewangan yang mencukupi.

3. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN dan berjaya menamatkan pengajian terdahulu boleh membuat permohonan untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Permohonan untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan.

4. Pelajar yang menerima pinjaman PTPTN, tetapi mendapat pembiayaan daripada penaja lain boleh membuat permohonan kali kedua mengikut kategori di bawah;

a. Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan tidak bertindih pembiayaan (mendapat

pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang berbeza):-

Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan

beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan bahawa tajaan peminjam tidak

bertindih dengan PTPTN.

b. Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan bertindih pembiayaan (mendapat pembiayaan

PTPTN dan penaja lain dalam semester yang sama:-

Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu menyelesaikan jumlah

pembiayaan yang bertindih secara sekaligus dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Pelajar yang membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN dan membiayai sendiri baki pengajian juga boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen yang diperlukan dan disahkan bahawa pelajar membiayai pengajiannya sendiri tanpa menerima pembiayaan daripada mana-mana penaja lain.

6. Pembiayaan akan diberhentikan sekiranya pelajar gagal meneruskan pengajian pada peringkat jurusan atau IPT sepertimana yang dinyatakan dalam permohonan pembiayaan. Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian.

Page 23: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 23

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:- 1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;

3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;

4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;

5. Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPTA (IPTA/IPTS) atau Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementarian Pengajian Tinggi;

6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;

7. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untujk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara (v) di atas;

8. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat hendaklah tidak kurang dari satu tahun;

9. Pembiayaan pendidikan PTPTN memerlukan dua (2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira umur dan pendapatan penjamin;

10. Tidak mempunyai penaja lain, dan;

11. Jumlah keseluruhan pembiayaan pendidikan yang telah diperoleh pelajar dengan mengambil kira pembiayaan yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.

PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN 1. Sebelum membuat permohonan, pelajar baru perlu mendapatkan Nombor Pin di kaunter Bank

Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM5.00. Nombor Pin BSN ini hanya sah digunapakai untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh pembelian.

2. Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing. Bagi UKM menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Page 24: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 24

KAEDAH PERMOHONAN 1. Permohonann boleh dibuat melalui laman web rasmi PTPTN iaitu http://www.ptptn.gov.my.

Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPT. Walau bagaimana pun, pemprosesan permohonan tersebut hanya akan dilakukan mengikut tarikh yang akan ditetapkan oleh PTPTN.

2. Pemohon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian beserta dokumen jaminan dan menyerahkan dokumen tersebut beserta dokumen sokongan yang ditetapkan kepada Pegawai PTPTN melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPT masing-masing.

3. Dokumen sokongan yang telah ditetapkan untuk permohonan Pembiayaan PTPTN adalah seperti berikut; a. Salinan Kad Pengenalan pemohonan (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka

surat yang sama);

b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

(Nota: Bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM/SPMV, hanya slip

yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai.);

c. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT (surat tawaran dari cetakan laman web IPT boleh

diterima tetapi hendaklah disahkan oleh pegawai di IPT terbabit sahaja.);

d. Salinan Buku Akaun Bank (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Salinan Slip Deposit /

Salinan Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh

PTPTN mengikut IPT masing-masing. Salinan tersebut mestilah mempunyai maklumat iaitu

nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun pemohon. (Dokumen ini diperlukan

sekiranya nombor akaun yang tercetak di Dokumen Tawaran pelajar salah);

e. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh: STPM /

DIPLOMA / MATRIKULASI / IJAZAH SARJANAMUDA / IJAZAH SARJANA (MASTER);

(Nota: Sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan

kelayakan masuk tersebut jika pemohon belum menerima sijil dan traskrip peperiksaan juga

tidak dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian / layak dianugerahkan sijil);

f. Salinan Slip Gaji (ketika permohonan dikemukakan) / Salinan Borang Cukai Pendapatan

(Individu) / Salinan Kad Pesara / Salinan Pengesahan Tidak Bekerja – IBU BAPA / PENJAGA /

PEMOHON / PASANGAN PEMOHON;

g. Salinan Kad Pengenalan / Salinan Paspot ibu dan bapa kandung sebagai penjamin;

h. Salinan Sijil Kematian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu / bapa kandung telah meninggal

dunia atau tidak dapat dikesan;

i. Salinan Surat Pengesahan / Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat

/ sekiranya pemohon / ibu bapa kandung / penjaga merupakan penerima bantuan bulanan

dari agensi berkenaan;

j. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos.

4. Bagi pelajar-pelajar yang membuat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN pada semester ke 2 pengajian dan ke atas, dokumen sokongan tambahan (WAJIB) yang perlu dikemukakan oleh pelajar adalah seperti berikut:-

Page 25: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 25

i. Salinan Surat Pengesahan Masih Belajar dari IPT. Pengesahan daripada Dekan / Ketua

Program / Pegawai Hal Ehwal Pelajar; ii. Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.

5. Salinan dokumen sokongan di atas hendaklah disahkan pemohon dengan menggunakan kertas

BERSAIZ A4 berwarna putih dan DISAHKAN oleh pegawai yang layak.

6. Pegawai yang boleh menjadi saksi PELAJAR dan PENJAMIN dan untuk pengesahan dokumen sokongan di atas adalah seperti berikut:- i. Wakil Rakyat / Senator

ii. Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional)

iii. Pengamal Undang-Undang

iv. Pesuruhjaya Sumpah / Jaksa Pendamai

v. Pengetua / Guru Besar (Sekolah kerajaan sahaja)

vi. Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas / Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf

dan ke atas

vii. Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim /

Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)

viii. Untuk Sabah dan Sarawak – Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri / Kapitan / Pemanca / Pegawai

Taman Sabah.

(Penting: Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.

Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai Jawatan Pegawai dan Jabatan / Alamat di

mana pegawai bertugas)

PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN 1. Pengeluaran pembiayaan pendidikan akan dikreditkan terus ke akaun pelajar. Pengeluaran

pembiayaan kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN.

2. Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan status pelajar daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan PNGK 2.00 dan ke atas.

PENAHANAN PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN 1. Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan PNGK kurang daripada 2.00;

2. Menangguhkan pengajian; dan

3. Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.

Page 26: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 26

PENAMATAN/ PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

1. Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan akan dibuat apabila pelajar gagal / behenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester / membatalkan tawaran PTPTN semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN. Pelajar dikehendaki membayar balik pembiayaan yang telah diperoleh daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian.

2. Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh diperoleh daripada laman web htp://www.ptptn.gov.my.

PTPTN HOTLINE – 03-20804455 untuk sebarang kemusykilan. Sebarang aduan / pertanyaan sila emel kepada; [email protected] Alamat Surat Menyurat; PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur. INFO CENTER PTPTN – SARAWAK Bank Simpanan Nasional (Cawangan Utama Kuching) Bangunan Haji Abdul Rasit Lot 173, 174, 175 Jalan Muda Hashim 93400 Kuching, Sarawak. INFO CENTER PTPTN – SABAH Bank Simpanan Nasional (Cawangan Utama Kota Kinabalu) Wisma BSN Sabah Jalan Kemajuan, Karamunsing 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Kemudahan perkhidmatan kaunter berpusat yang disediakan kepada pelanggan adalah; i. Pertanyaan dan Aduan ii. Rundingcara iii. Bayaran balik pinjaman iv. Pembukaan akauan SSPN v. Penambahan deposit SSPN vi. Kemudahan capaian internet bagi menjalankan aktiviti berkaitan dengan PTPTN.

Page 27: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 27

PERATURAN PENTING Pelajar-pelajar diingatkan supaya mematuhi semua peraturan UKM termasuk perkara-perkara yang dinyatakan di bawah: 1. Undang-Undang Universiti

Pelajar dikehendaki mematuhi Akta Universiti dan Kolej Universiti, Kaedah-kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar 1999), Statut dan Peraturan, dan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa.

2. Pemakaian Kad Kampus Kad Kampus merupakan pengenalan diri bagi seluruh warga UKM. Setiap pelajar dikehendaki memakai dan mempamerkan kad kampus semasa berada di dalam kampus.

3. Larangan Membawa dan Memandu Kenderaan Bermotor Pelajar Tahun 1 Sesi Akademik 2016-2017 dilarang membawa dan memandu kenderaan bermotor kecuali motosikal di dalam kawasan Kampus UKM, Bangi. Berbasikal adalah digalakkan.

4. Peraturan Pakaian dan Kemasan Diri Pelajar UKM Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan pekaian dan kemasan diri untuk pelajar UKM demi menjaga nama baik Universiti dalam membentuk suasana kampus yang tenteram dengan pelajar yang bermoral, berdisiplin serta mempunyai kesopanan dan kesusilaan selaras dengan kedudukan Universiti sebagai institusi pendidikan dan pusat ilmu.

5. Kawasan Larangan Merokok Kampus UKM merupakan kawasan larangan merokok. Larangan dikuatkuasakan kepada semua pelawat dan warga UKM semasa berada di dalam kampus.

6. Pembayaran Yuran Pelajar dikehendaki menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh Universiti.

7. Ujian MUET Pelajar baru Ijazah Pertama Sesi Akademik 2016-2017 yang belum menduduki Malaysia University English Test (MUET) DIWAJIBKAN mengambilnya pada penghujung tahun 2016 atau sebelum Sesi Akademik 2016-2017 berakhir. (Khas kepada pelajar bukan warganegara.)

Page 28: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 28

8. Prosidur Penanguhan Pengajian / Penggantungan Diri

Sekiranya pelajar ingin menangguhkan pengajian, disebabkan sakit atau menghadapi masalah lain sehingga boleh menjejaskan pengajian pada semester berkenaan, sila ambil tindakan seperti berikut;

Mengisi Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan Pendaftaran Diri Pelajar Baru Sesi Akademik 2016-2017 dan dihantar kepada Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Akademik untuk disampaikan kepada Dekan Fakulti; dan

Menjelaskan yuran penangguhan pengajian / penggantungan pendaftaran diri sebanyak RM50.00.

Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk pelajar membuat penangguhan pengajian / penggantungan pendaftaran diri adalah dua (2) semester kecuali atas sebab-sebab kesihatan. Penangguhan yang disebabkan oleh masalah kesihatan hendaklah disertakan dengan surat perakuan doktor dari Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta.

9. Wang dan Barang Kemas Pelajar-pelajar baru dinasihatkan tidak membawa wang yang banyak serta memakai barang kemas semasa menjalani MMM bagi mengelakkan kejadian kecurian dan kehilangan barang. Pihak Universiti tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan wang dan barang semasa MMM.

10. Pertukaran Program Pelajar yang telah ditawarkan boleh memohon untuk bertukar program pengajian yang lain tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Page 29: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 29

MAKLUMAT UMUM 1. Kampus Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai tiga (3) kampus iaitu; a. Kampus Induk di Bangi b. Kampus Kuala Lumpur, dan c. Kampus Cheras

Kampus Induk Bangi menempatkan; i. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan ii. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan iii. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina iv. Fakulti Pendidikan v. Fakulti Pengajian Islam vi. Fakulti Sains dan Teknologi vii. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat viii. Fakulti Undang-Undang ix. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) x. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) xi. Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) xii. Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) xiii. Institut Kajian Oksidental (IKON) xiv. Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) xv. Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) xvi. Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) xvii. Institut Sel Fuel xviii. Institut Islam Hadhari (HADHARI) xix. Institut Kajian Etnik (KITA) xx. Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEAPRI – UKM) xxi. Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) xxii. Institut Perubahan Iklim (IPI)

Kampus Kuala Lumpur di Jalan Raja Muda Abdul Aziz menempatkan; i. Fakulti Pergigian ii. Fakulti Farmasi iii. Fakulti Sains Kesihatan.

Kampus Cheras di Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur menempatkan; i. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - hospital pengajar ii. Fakulti Perubatan iii. Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Antara bangunan yang menjadi mercu tanda Universiti ialah Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) dan Masjid Universiti yang indah. Terletak bertentangan antara satu saia lain berhampiran pintu masuk utama, DECTAR mengingatkan semua akan peranan Universiti sebagai kemuncak kecemerlangan akademik, sementara masjid ialah tempat beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah; kedua-duanya menjadi pengakuan sepanjang kenyataan falsafah Universiti iaitu; “Paduan antara iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat

Page 30: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 30

terpelajar dan pembangunan Universiti” Dengan asas yang mantap ini, UKM akan mengorak langkah dengan lebih yakin untuk menangani cabaran alaf baru melalui Pelan Strategik 2000-2010.

2. Unit Kebajikan Pelajar, Pusat Khidmat Siswa

Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Unit Kebajikan Pelajar dalam usaha membantu

pelajar yang menghadapi masalah sepanjang mengikuti pengajian di Universiti Kebangsaan

Malaysia adalah:

i. Tabung Kebajikan Pelajar

Mengurus urusan permohonan Tabung Kebajikan Pelajar berkaitan Kematian Pelajar

atau Waris, Rawatan Hospital, Insurans dan Kes-kes Khas seperti kebakaran, kecurian,

bencana dan sebagainya.

Borang boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar.

ii. Pinjaman/Biasiswa

Mengurus urusan penyerahan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian PTPTN dan JPA.

Menguruskan urusan Perlanjutan PTPTN/JPA. Borang perlanjutan boleh didapati di

Unit Kebajikan Pelajar. Bagi pelajar tajaan PTPTN borang perlanjutan boleh didapati di

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2

Mengurus urusan kenaikan kadar PTPTN bagi pelajar yang mendapat pembiayaan

sebahagian atau pembiayaan yuran pengajian. Penentuan jumlah pembiayaan sama

ada pembiayaan penuh, pembiayaan sebahagian atau pembiayaan yuran pengajian

adalah berdasarkan pendapatan bersih ibu/bapa/penjaga pelajar. Borang boleh

didapati di Unit Kebajikan pelajar atau di laman web

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2

iii. Orang Kurang Upaya (OKU)

Mengurus kebajikan orang kurang upaya(OKU) seperti menguruskan borang Tuntutan

Bantuan Yuran Pengajian Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) IPT, dan borang

Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) IPT. Borang boleh

didapati di Unit Kebajikan Pelajar atau di facebook UKP

https://www.facebook.com/pages/Unit-Kebajikan-Pelajar-JPPel-

UKM/296902280375320

iv. Tabung Kewangan Pelajar

Pelajar yang menghadapi masalah kewangan, pinjaman/biasiswa boleh memohon

Tabung Kewangan Pelajar. Borang boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar.

Page 31: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 31

v. Senarai penaja yang menawarkan pinjaman/biasiswa

Bil. Nama Penajaan

1. Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA (BKTA)

2. Biasiswa Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang

Di-Pertua-Yang Di Pertua Negeri

3. Biasiswa Pelajar Orang Asli Di Bawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia

4. Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) Hadiah Biasiswa Tunku Abdul Rahman

5. Khazanah Watan Scholarship Programme

6. Titijaya Scholarship Fund

7. Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

8. Ken Foundation

9. Biasiswa Samling

10. Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK)

11. Putrajaya Perdana Berhad Scholarship Awards

12. Tan Sri Lee Loy Seng Foundation

13. CIMB Foundation

14. Yayasan Wah Seong Scholarship Awards

15. Yayasan Proton Scholarship Awards

16. LITRAK Scolarship Awards

17. Biasiswa Yayasan Sime Darby

18. Pinjaman Pengajian Tinggi TAPEM

19. Biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat

20. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (Pengajian Dalam Negara)

21. Biasiswa Sukan Persekutuan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

22. Samsung Scholarship Awards

23. United Malacca University Shcolarship Awards

24. Chen Moi Education Foundation Scholarship Awards

25. Yayasan TELEKOM

26. Biasiswa Bank Negara

27. Pinjaman Negeri Kedah

Page 32: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 32

28. Pinjaman Negeri Perak

29. Pinjaman Yayasan Perak

30. Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang

31. Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor

32. Pinjaman Yayasan Selangor

33. Pinjaman Kerajaan Negeri Melaka

34. Yayasan Pahang

35. Yayasan Negeri Sembilan

36. Yayasan Sabah

37. Pinjaman Kerajaan Negeri Sabah

38. Pinjaman Pelajaran MARA

39. Pinjaman Yayasan Sarawak

40. Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak

41. Biasiswa MAYBANK

42. Biasiswa Di Bawah Skim Pengajian Tinggi Pra-Perkhidmatan Angkatan Tentera

Malaysia Kementerian Pertahanan

43. Biasiswa FELDA

44. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia

45. Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

46. Biasiswa Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

47. Biasiswa Boleh Ubah PETRONAS

48. Biasiswa Tenaga Nasional Berhad (TNB)

49. Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

50. Biasiswa / Pinjaman Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu

(Yayasan Terengganu)

51. Yayasan Kuok Foundation

52. Biasiswa Sarawak SHELL

53. Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Politeknik / Kolej Komuniti / Teknikal KPM

54. Biasiswa Perlis

55. Biasiswa Majlis Raja-Raja

56. Jepun Air Line (JAL)

57. Pinjaman India High Commission Of India

58. Pinjaman Yayasan Kelantan (YAKIN)

Page 33: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 33

59 Biasiswa Canon Opto (M) Sdn. Bhd

60 IGB Scholarship Awards

61. Biasiswa Mudajaya Group Berhad

62. Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad

63. Biasiswa MSCB Group

64. Biasiswa / Dermasiswa /Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman

65. Yayasan Felcra

66. Pusat Perubatan UKM

67. Bursa Malaysia Berhad

68. Honda Malaysia Fund

69. Yayasan Scomi

70. Urusetia Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

Sebarang hebahan atau maklumat untuk pengetahuan berkaitan Pinjaman/Biasiswa akan dibuat

melalui lamen web e-pelajar, Fakulti/Kolej dan di Page Facebook Unit Kebajikan Pelajar

(https://www.facebook.com/pages/Unit-Kebajikan-Pelajar-JPPel-UKM/296902280375320).

Keterangan lanjut berkenaan Unit Kebajikan Pelajar (UKP) boleh diperolehi melalui talian 03-

89213575/4367/4368/5316 atau faks 03-89214451 atau email [email protected].

3. Pusat Sukan UKM Pusat Sukan UKM sentiasa berusaha membangun serta melaksanakan program dan aktiviti sukan seiring dengan Dasar Sukan Negara yang telah menggariskan dua peranan utama IPT iaitu untuk menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan secara aktif dan menyediakan peluang belajar kepada atlit sukan. Kedua-dua peranan ini bertanggungjawab memberi garis panduan dalam usaha penyelarasan keseimbangan dan kesinambungan prestasi akademik dan pencapaian dalam bidang sukan di IPT. Pusat sukan mempunyai 3 Bahagian besar iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pengurusan dan Bahagian Pembangunan dan dipecahkan kepada unit-unit dibawahnya mengikut peranan dan tanggungjawab kerja yang seusia selaras dengan Dasar Sukan IPT yang menekankan pembangunan sukan ke peringkat lebih tinggi. Di bawah Bahagian Pentadbiran mempunyai Unit Kewangan & Pentadbiran, Unit Kualiti dan Unit Pembangunan Kompetensi. Bahagian Pengurusan mempunyai dua unit iaitu Unit Pengurusan Acara dan Unit Prasarana Sukan & ICT. Manakala Bahagian Pembangunan mempunyai Unit Pembangunan Kampus Cawangan, Unit Pembangunan Atlet dan Unit Aktiviti IPT. Objektif Pusat sukan adalah merancang dan melaksanakan program pembangunan sukan universiti serta menjalankan aktiviti dan program sukan dan rekreasi bagi pelajar, kakitangan dan memberi perkhidmatan penganjuran sukan bagi pihak luar. Pusat Sukan juga menyediakan

Page 34: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 34

kemudahan dan prasarana sukan yang lengkap dan berkesan. Pusat Sukan turut menyediakan latihan dan kursus bagi meningkatkan kopentensi kakitangan dalam bidang sukan. Perkhidmatan penggunaan dan kemudahan sukan yang disediakan oleh Universiti adalah di bawah tanggungjawab Pusat Sukan. Kemudahan-kemudahan sukan yang dimaksudkan adalah seperti Stadium Universiti, balapan sintetik, padang bola sepak, padang ragbi, gelanggang skuasy, padang hoki dan sebagainya yang perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Keterangan lanjut mengenai kemudahan sukan ini boleh diperlolehi melalui talian 03-89213097/3071 atau email ke [email protected].

4. Perpustakaan UKM Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang yang merupakan perpustakaan induk di kampus utama Bangi dan lima Perpustakaan Cabang iaitu Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (Bangi), Perpustakaan Undang-Undang (Bangi), Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (Kuala Lumpur), Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (Cheras) dan Perpustakaan Lingkungan Kedua (Bangi). Perpustakaan UKM menyediakan perkhidmatan sumber maklumat dan ilmu kepada warga universiti untuk pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan inovasi. Perpustakaan dilengkapi dengan pelbagai koleksi yang terdiri daripada bahan dalam bentuk bercetak dan juga elektronik seperti buku, jurnal/majalah berjilid, bahan media, e-buku dan e-jurnal. Sehingga 31 Disember 2013, Perpustakaan mempunyai jumlah bahan dalam bentuk bercetak 2,112,500 naskhah, koleksi e-buku, e-tesis dan e-jurnal sebanyak 548,999 judul dan bahan media 407,456 salinan. Perkhidmatan kepada sumber maklumat elektronik terdiri daripada katalog awam dalam talian, pangkalan data dalaman, CD-ROM dan pangkalan data dalam talian menerusi internet yang meliputi pelbagai bidang perkara/pengajian dalam bentuk teks penuh/abstrak/bibliografik. Maklumat-maklumat ini boleh diakses dari dalam dan juga luar kampus UKM. Dalam usaha Perpustakaan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pelbagai perkhidmatan dan kemudahan disediakan untuk pelanggan, antaranya ialah perkhidmatan pinjaman/pemulangan, sistem pembekalan penerbitan, bimbingan dan pendidikan pelanggan, rujukan dan khidmat nasihat, salinan foto, perkhidmatan internet, jurnal elektronik, bilik karel, bilik perbincangan dan bilik tayangan. Perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan untuk pelajar OKU seperti menyediakan bilik khas yang menempatkan komputer yang mempunyai perisian Jaws Professional, lif, tempat meletak kereta dan tandas untuk pelajar OKU.

5. Urusan Penginapan Pelajar

Terdapat lebih kurang 13,000 kemudahan bilik penginapan disediakan untuk pelajar pelbagai peringkat pengajian dan pelajar tahun pertama (prasiswazah) diwajibkan menginap di kolej kediaman. Setiap bilik pelajar disediakan kemudahan asas lengkap seperti katil, tilam, kerusi dan meja studi, almari pakaian dan mini papan notis. Disamping itu juga, kolej kediaman menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk pelajar seperti kafeteria, ruang riadah, bilik TV, ruang bacaan, surau dan bilik aktiviti pelajar. Kemudahan Wi-fi juga disediakan untuk pelajar yang menginap di kolej kediaaman bagi memastikan mereka menikmati segala kemudahan yang diperlukan. Kategori bilik penginapan yang terdapat di kolej kediaman ialah bilik seorang dan bilik kongsi

Page 35: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 35

berdua dengan kadar sewa bilik berdasarkan kepada jenis dan kemudahan yang disediakan untuk pelajar. Kolej Kediaman juga ada mengurus dan menyelaras permohonan penginapan pihak luar yang ingin menganjurkan aktiviti di dalam dan luar kampus UKM. Status pernmohoan bergantung kepada kekosongan bilik penginapan dan kelulusan daripada pihak pengurusan Universiti. Pelajar baru akan mengikuti Program Minggu Mesra Mahasiswa dan akan ditempatkan di kolej kediaman masing-masing. Pertukaran kolej adalah tidak dibenarkan. Namun, permohonan bagi kes-kes khas hendaklah dikemukakan kepada Pengetua Kolej Kediaman seperti berikut:

Bagi pelajar yang berkeluarga, Pusat Khazanah UKM menyediakan rumah pelajar berkeluarga berkonsepkan apartment 2 dan 3 bilik dengan kadar sewa yang berpatutan RM500 hingga RM1000 sebulan. Lokasi rumah pelajar berkeluarga terletak di Seksyen 2 Bandar Baru Bangi, Pangsapuri Taman Tenaga dan Pangsapuri UKM Blok 6. Urusan permohonan untuk mendapatkan kediaman tersebut perlu dimajukan ke Khazanah-UKM melalui talian 03-89213592.

6. Kesihatan Pelajar diwajibkan mengemukakan Laporan Pemeriksaan Kesihatan semasa pendaftaran di Universiti. Kemudahan perkhidmatan kesihatan di bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar disediakan kepada semua pelajar yang telah mendaftar sepenuh masa. Skim ini membolehkan pelajar mendapatkan rawatan pesakit luar (perubatan dan pergigian) di Pusat Kesihatan. Pada waktu pejabat perkhidmatan ambulans dan kecemasan juga ada disediakan untuk pelajar. Kes-kes yang tidak dapat ditangani sepenuhnya akan dirujuk ke Hospital Kerajaan. Rawatan di hospital swasta atau klinik swasta tidak ditanggung di bawah skim tersebut. Sebarang pertanyaan perkhidmatan boleh dihubungi melalu talian 03-89214555 / 5115 / 5087 (waktu pejabat) atau melalui emel: [email protected]. Bagi perkhidmatan kecemasan atas panggilan ‘on-call’ sila hubungi talian 012-6485541 / 012-6485542.

Kolej Kediaman Pengetua Telefon Email

KAMPUS BANGI

Kolej Dato’ Onn (A) Prof. Madya Dr. Norinsan Kamil bin Othman 03-89215921 [email protected]

Kolej Aminuddin Baki (B) Dr. Mohd. Suzeren Md. Jamil 03-89215915 [email protected]

Kolej Ungku Omar (C) Encik Nik Hairi Omar 03-89213148 [email protected]

Kolej Burhanuddin Helmi (D) Dr. Muhammad Rahimi Yusop 03-89215467 [email protected]

Kolej Ibrahim Yaakub (E) Dr. Ruslin Amir 03-89214088 [email protected]

Kolej Rahim Kajai (F) Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan 03-89213103 [email protected]

Kolej Ibu Zain (G) Encik Anuar Ahmad 03-89215600 [email protected]

Kolej Keris Mas (H) Prof. Madya Dr. Datuk Muhammad Hussin 03-89214009 [email protected]

Kolej Pendeta Za’ba (L) Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long 03-89216851 [email protected]

Kolej Tun Hussein Onn (Z) Lt. Kol. Prof. Madya Dato’ Dr. Samsu Adabi Mamat 03-89215953 [email protected]

KAMPUS KUALA LUMPUR

Kolej Tun Syed Nasir Mejar (Bersekutu) PA Dr. Shazli Ezzat Ghazali 03-26927828 [email protected]

KAMPUS CHERAS

Kolej Tun Dr. Ismail Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Dr. Zulkifli Md. Zainuddin 03-91456270 [email protected]

Page 36: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 36

Pelajar juga layak mendapatkan perkhidmatan rawatan pesakit luar di Klinik Panel seperti berikut; a. Kampus Kuala Lumpur

Klinik Reddy (03-40423173)

b. Kampus Bangi (luar waktu pejabat sahaja) Klinik UKM Kesihatan (Seksyen 15) (03-89266330)

7. Badan Pelajar (Persatuan, Kelab dan Urusetia)

Pelajar Universiti boleh menjadi ahli kepada Badan Pelajar. Pendaftaran

badan pelajar diuruskan oleh Pusat Khidmat Siswa dan pelajar digalakkan

menjadi ahli mana-mana persatuan, kelab atau urusetia yang diiktiraf oleh

Universiti. Pendaftaran sebagai ahli baru boleh dilakukan semasa Minggu

Pengenalan Persatuan Pelajar dan Pengambilan Ahli Baru yang dianjurkan

oleh Pusat Khidmat Siswa (sekali dalam setahun). Proses ini diadakan di

Pusanika dan fakulti-fakulti.

Kelulusan kegiatan dan bantuan kewangan untuk aktiviti dalam dan luar

negara anjuran pelajar hendaklah melalui Pusat Pembangunan Mahasiswa

dan Perhubungan Alumni (PPMPA). Bimbingan dalam hal berkaitan

penganjuran aktiviti atau program kegiatan pelajar boleh diperolehi di pusat

ini. Para pelajar UKM boleh mengikuti latihan pengurusan organisasi,

kepimpinan dan pembangunan sahsiah yang disediakan oleh PPMPA.

Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui talian 03-89214700/3147 atau e-

mail: [email protected] / [email protected] .

8. Pusat Anika Kemudahan dan Kegiatan (PUSANIKA)

Pusanika merupakan pusat kemudahan dan kegiatan pelajar. Pelajar boleh

mendapatkan pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan pos, kafetaria, kiosk,

kedai buku, kedai gambar, kedai serbaneka, fotostat, perkhidmatan telekomunikasi,

perkhidmatan perbankan, bilik-bilik badan pelajar (Persatuan, Kelab dan Urusetia),

Auditorium Siswa dan lain-lain lagi. Beberapa pejabat di Bangunan Pusanika

menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan hal-ehwal pelajar yang boleh

diperolehi melalui pejabat Ketua Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, Pusat Khidmat

Siswa, Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA), Pusat

Pemerkasaan Remaja (PERKASA) dan Bahagian Perkhidmatan Pelajar

Antarabangsa (ISSD, PHA). Para pelajar boleh menggunakan ruang aktiviti dan

melaksanakan pelbagai kegiatan pelajar di ruang Aras 3, Aras 5, kawasan Parkir Aras

6, Dataran Pusanika Aras 6 dan Ruang Santai Pelajar Aras 7.

Page 37: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 37

8. Portal Learning Care UKM

Portal Learning Care UKM dibina untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di UKM. Ia boleh dilihat sebagai penambah nilai kepada cara pembelajaran dan pengajaran secara konvensional yang telah sedia dipraktikkan di UKM. Portal ini terbahagi kepada dua (2) sistem utama iaitu Learning Care dan GroupWeb. Learning Care adalah komponen e-learning yang membolehkan pensyarah menempatkan bahan pengajaran seperti nota kuliah, dokumen dan sebagainya di web untuk dicapai oleh pelajar masing-masing. Selain daripada itu, ia juga mempunyai kemudahan-kemudahan untuk pensyarah dan pelajar berkomunikasi dengan lebih baik di atas talian. GroupWeb pula adalah sistem pengurusan maklumat peribadi atas talian. Ia mempunyai komponen seperti e-mail, forum, to do list, calendar, peristiwa dan sebagainya. GroupWeb, seperti juga Learning Care, boleh dicapai dari mana-mana komputer yang mempunyai capaian ke internet dan perisian penyusur web Internet Explorer 5.5 ke atas. Portal Learning Care UKM boleh dicapai di http://portal.ukm.my

9. Koperasi UNIKEB Koperasi Unikeb menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelajar untuk kehidupan dan pembelajaran di kampus universiti. Kedai-kedai Koperasi iaitu Kedai Buku Unikeb dan U-Mart terdapat di Kampus Induk UKM Bangi, Kampus Cheras dan Kampus Kuala Lumpur. Masa beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam dari hari Isnin hingga Sabtu. Diantara keperluan yang disediakan adalah;

Keperluan Pembelajaran Buku-buku teks dan alat tulis, alatan aksesori komputer, majalah dan akhbar, pakaian dan cenderamata berlogo UKM.

Keperluan Harian Barangan minuman dan makanan, produk pencucian dan kebersihan, barang jagaan badan dan solekan, barangan alatan bilik (bantal/baldi/penyapu dan lain-lain)

Keperluan Alatan Elektrik, Komputer dan Komunikasi Barangan elektrik, komputer (termasuk komputer riba) dan aksesori, telefon dan kupon telefon prabayar.

Keperluan Pengangkutan Tiket bas ekspres Transnasional ke semua destinasi, tiket kapal terbang Air Asia, Insurans kenderaan Takaful dan Uni Asia, dan Basikal

INFO BIASISWA KHAS TENAGA AKADEMIK IPTA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 1. Latarbelakang

Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA diwujudkan bertujuan untuk menyediakan kumpulan pelapis tenaga akademik IPTA akan datang dengan peluang tajaan di peringkat pasca ijazah khususnya dalam bidang sains tulen.

Page 38: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 38

2. Bidang Tajaan

a. Sarjanamuda Sains Kimia; b. Sarjanamuda Sains Fizik; c. Sarjanamuda Sains Biologi; d. Sarjanamuda Sains Matematik; dan e. Sarjanamuda Senibina.

3. Syarat-Syarat Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA

a. Syarat-syarat Asas

i. Pemohon adalah warganegara Malaysia; ii. Berumur tidak melebihi 21 tahun semasa memohon; iii. Telah mendapat tempat pengajian di peringkat ijazah pertama di tahun pertama

(semester 1) dalam bidang-bidang yang ditetapkan; iv. Tidak mendapat tajaan pengajian dari mana-mana pihak. Sekiranya telah ditaja,

pemohon perlu menghentikan tajaan asas; v. Pelajar perlu menandatangani perjanjian yang mensyaratkan berkhidmat dengan

institusi pengajian tinggi awam atau dengan Kerajaan Malaysia sselepas tamat pengajian (sekiranya ditawarkan).

b. Syarat-syarat Khusus (Kelayakan Akademik) Pemohon perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut; i. Mendapat tempat sebagai pelajar baru di Tahun Pertama, Semester Satu Sesi 2015-

2016 ii. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 7A (A1/A2) di peringkat SPM dengan

kepujian dalam Bahasa Melayu atau setaraf; iii. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.30 di peringkat asasi

IPTA/Matrikulasi/STPM; iv. Penerima biaya hendaklah mengekalkan prestasi akademik sekurang-kurangnya

PNGK/CGPA 3.30 pada setiap semester bagi melayakkan mengikuti pengajian di luar negara (jika rangka kursus mempunyai elemen ini);

v. Penerima biaya yang memperoleh PNGK/CGPA di bawah 3.00 pada dua (2) semester berturut-turut akan ditahan elaun wang sakunya dan hanya disambung kembali selepas mendapat PNGK 3.00 dan bayaran yang ditahan tidak akan dikebelakangkan;

vi. Penerima biaya yang memperoleh PNGK/CFPA di bawah 2.75 pada dua (2) semester berturut-turut akan ditamatkan pembiayaannya.

c. Calon-calon Yang Tidak Layak Memohon

i. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang

ditetapkan; ii. Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau

diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi;

Page 39: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 39

iii. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra

Universiti / Alpha / Foundation. iv. Pelajar / pegawai yang mengikuti program / kursus Jarak Jauh / separuh masa.

4. Kontrak Pelajar yang menerima biasiswa perlu menandatanganii biasiswa berkhidmat dengan kerajaan (IPTA) sekiranya berjaya dilantik dengan tempoh kontrak selama 4 – 5 tahun.

5. Gantirugi Biasiswa Pelajar boleh dikenakan gantirugi jika melanggar kontrak perjanjian sebanyak RM100,000.00 hingga jumlah sebenar jika ada elemen pengajian di luar negara.

6. Cara Permohonan (Sesi Akademik 2016-2017) Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut; i. Pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui laman web KPT serentak dengan

pengumuman keputusan kemasukan peringkat Ijazah Pertama oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP);

ii. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 2 kali untuk mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;

iii. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa Menteri Pengajian Tinggi Tahun 2015” sebagai bukti telah dibuat;

iv. Borang permohonan yang telah dibuat secara online hendaklah dicetak dan didapatkan pengesahan dari pihak pentadbir Fakulti (Dekan/Timbalan Dekan / Ketua Jabatan). Borang yang telah disahkan hendaklah dikemukakan ke Kementerian Pengajian Tinggi bersama-sama dokumen sokongan sebelum tarikh tutup permohonan di alamat berikut;

Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi Aras 4, Blok 1, Menara PJH, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya. (Unit Pinjaman dan Bantuan Kewangan) Tel: 03-8884 4600 / 4606 / 4695 / 4661 / 4660 Faks: 03-8884 4701 url : www.portal.mohe.gov.my/biasiswa/bkta

Page 40: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 40

7. Permohonan Permohonan akan dibuka secara online melalui laman web kementerian 2 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA di umumkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP). Tarikh tutup permohonan ialah 3 minggu selepas permohonan dibuka. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutut tidak akan dipertimbangkan.

Page 41: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 41

PERATURAN PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI PELAJAR UKM

Page 42: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 42

SENARAI TEMPAT PENGINAPAN SEKITAR UKM

Page 43: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 43

Prescott Metro Inn Kajang Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. (7 km dari kampus induk) Tel:03-8737 5555 Faks: 03-8737 6666

Hotel Smart (Seksyen 7) No. 62-1-2, Jalan 7/7B, Seksyen 7 43600, Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan (3 km dari kampus induk) Tel: 03-8927 3277 Faks: 03-6142 6277

Hotel Smart (Seksyen 9) 22-1-1, Jalan Medan, Pusat Bandar 4A Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan. (5 km dari kampus induk) Tel: 03-8926 7273 Faks: 03-6141 7726

Oriental Crystal Hotel Lot 13, Jalan S10/3, Seksyen 10 Off Jalan Bukit, 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan (7 km dari kampus induk) Tel:03-8739 1888 Fax: 03-8739 1999

New City Hotel Lot 116-117, Seksyen 7 Off Jalan Bukit, 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan. (7 km dari kampus induk) Tel: 03-8733 3699 Faks: 03-8733 5699

Palm Garden Hotel IOI Resort 62502 Putrajaya (10 km dari kampus induk) Tel: 03-8943 2233 Faks: 03-8943 1122

Equatorial Hotel Bangi Off Persiaran Bandar 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan. (4 km dari kampus induk) Tel: 03-8210 2222 / 8925 1111 Faks: 03-8210 2888

Puri Pujangga UKM 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan. (dalam kampus induk) Tel: 03-8921 3361/03-89222891 Faks: 03-8922 2891

Page 44: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 44

LAMPIRAN LOKASI UKM

Page 45: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 45

LAMPIRAN BORANG-BORANG BERKAITAN (file infosemakan borang-borang berkaitan, infosemakan permohonan penangguhan, insosemakan borang laporan kesihatan)

UKM/PPPS/B/P02/AK07/7 Tarikh Kuat kuasa : 04-01-2010 (Semakan 2)

Page 46: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 46

BORANG PENGESAHAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS UKM

(diisi oleh pelajar yang datang menaiki kapal terbang/bas/komuter dan ingin mendapatkan perkhidmatan bas UKM)

Kepada: Eksekutif Unit Pentadbiran, Pusat Khidmat Siswa Universiti Kebangsaan Malaysia Tuan, PENGESAHAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS UKM

Tempat Menunggu

Sila tanda pada yang berkenaan

Tarikh

Sila tanda pada yang berkenaan

Masa

Sila tanda pada yang berkenaan

1. KLIA / KLIA 2 (paras bawah - parking bas)

13 Sept, 2016

14 Sept, 2016

7.00 pagi

10.00 pagi

1.00 tgh.

4.00 ptg

2. Stesen Komuter UKM

Setiap hari

(Bas Kampus

UKM Zon 6)

Setiap 1/2 jam,

mulai dari 7.30 Pagi- 11.00 Malam

3. Hentian

Bas Kajang

13 Sept, 2016

14 Sept, 2016

6.00-6.30 pagi

dan 5.30-6.00 ptg

4. Hentian

Jalan Duta

13 Sept, 2016

6.00-6.30 pagi

dan 5.30-6.00 ptg

√ √ √

Page 47: BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK · PDF fileBIDANG KEBERHASILAN UTAMA ... III Borang-Borang Berkaitan 45 1.0 Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan 2.0

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BARU RAYUAN SESI AKADEMIK 2016-2017 47

14 Sept,

2016

5. Terminal

Bersepadu

13 Sept, 2016

14 Sept, 2016

6.00-6.30 pagi

dan 5.30-6.00 ptg

Nota:

Pihak UKM akan Menyediakan kemudahan pengangkutan pada 13 dan 14 Ogos, 2016 SAHAJA.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Nama Tel. Pejabat Tel. Bimbit E-mail

UKM KAMPUS BANGI

1 En. Mohd Zaili Bin Mohd Nor 03-8921 4531 019-239 0499 [email protected]

2 Pn. Nina Natasha Mohd Zaki 03-8921 5316 019-379 1039 [email protected]

UKM KAMPUS KUALA LUMPUR

1 En. Mohd Salleh Sulieman 03-9289 7003 011-11131369 [email protected]

2 En. Raduan Abdul Rahman 03-9289 7028 016-233 9874 [email protected]

PUSAT PERUBATAN UKM (PPUKM)

1 En. Roslan bin Abdul Manan 03-9145 5134 012-3743730 [email protected]

2 En. Ahmad Faizal Mohd Ariffin 03-9145 5120 019-207 9062 [email protected]

SILA FAKS BORANG INI KE 03-8925 3352 (UKM BANGI), 03-9145 6623 (PPUKM), 03-2691 2659 (KKL) DENGAN SEGERA

MAKLUMAT PELAJAR

Nama: _______________________________________ No. Pendaftaran : A________________ No. Tel : ________________________ No. Penerbangan: _____________________________ Dari: ___________________________