portfolio pbs unit praktikum
Post on 14-Apr-2018
1.800 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
1/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
1
1.0 BIODATA
1.1 NAMA : SITI ROZITA BINTI DAN
1.2 NO. K/P : 840328-08-5952
1.3 MAJOR : PENDIDIKAN SENI VISUAL
AMBILAN : AMBILAN KHAS DISEMBER 2011
1.4 TARIKH PBS : 6 -16 OGOS 2012
1.5
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
2/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
2
2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL
2.1 Sebelum PBS
Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami
telah menerima taklimat berkaitan dengan PBS daripada En. Ismail selaku
pensyarah penyelaras PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah. Taklimat kami
diadakan di Dewan Seri Budiman IPTHO. Ini merupakan kali pertama kami guru-guru
pelatih semester 2 DPLI-PSV-SR menjalankan PBS. Program ini adalah bertujuan
untuk memberi kefahaman kepada guru-guru pelatih tentang alam persekolahan dan
juga memahami perspektif seorang guru.
Menerusi program ini, kami dapat melihat melalui pemerhatian, penelitian
dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilik
darjah di sekolah, guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah
institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan
secara teori dan amali dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan menjalani
program PBS, guru-guru pelatih akan dapat memahami bagaimana proses
mengajar, bagaimana murid belajar dan juga bagaimana pengurusan sekolah
mentadbir sekolah.
Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman
kepada pelajar tentang budaya sekolah, melatih pelajar untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan di sekolah dan di dalam bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan
untuk memberi pendedahan awal tentang pengajaran dan pembelajaran murid, dan
membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran
pembelajaran. Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran berkomunikasi
dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu di antara
objektif PBS.
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
3/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
3
Menerusi PBS juga guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul
maklumat tentang peranan dan tanggungjawab Panitia Pendidikan Seni Visual,
kaedah dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran pendidikan
seni visual dan maklumat yang berkaitan pengurusan bilik darjah dan pengurusan
murid. Di samping itu, dapat membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran
berfikir secara kritis dan analitikal dalam merancang dan melaksanakan sebarang
aktiviti di sekolah dan ketika bersama murid. PBS membolehkan guru pelatih
membina sikap positif terhadap profesion keguruan, memberikan juga semangat
untuk menjalankan tugas sebagai guru akan datang dan guru pelatih dapat belajar
menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja yang berlandaskan
perkhidmatan.
Di akhir tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi mengenai tugas dan
tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk
perbincangan semasa sesi refleksi nanti. Pada semester ini, kami dikehendaki
membuat PBS selama dua minggu dan diberi peluang untuk menjalankan PBS
mengikut tempat pilihan kami sendiri dan majoriti antara kami menjalankan PBS di
kampung halaman masing-masing. Saya memilih untuk menjalankan PBS di
kampung halaman dan memilih sekolah di mana sekolah ini merupakan sekolah
rendah saya pada tahun 1991 hingga 1996 iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang
Baroh, selekoh yang terletak di negeri Perak. Walau bagaimana pun, sebelum ini
saya telah mempunyai pengalaman selama 2 tahun sebagai guru GSTT di Sekolah
Menengah Kebangsaan Batu Muda, Sentul di Kuala Lumpur dan saya tidak
mengalami sebarang permasalahan dari segi menyesuaikan diri dengan keadaan
persekolahan. Namun begitu, PBS ini amat penting untuk saya kerana ini adalah
pengalaman pertama saya di sekolah rendah. Oleh itu, tidak menjadi masalah jika
saya ditempatkan untuk mengajar di kawasan bandar mahupun di kawasan luar
bandar.
Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami memahami
serba sedikit tentang PBS ini. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu
menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan-bahan bantu mengajar
untuk tugasan bagi kursus Aspek Pedagogi Dalam PSV dan juga tugasan bagi kerja
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
4/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
4
kursus Psikologi Pendidikan serta tugasan PBS. Menerusi ke semua tugasan yang
kami perolehi, kami dikehendaki membahagikan masa yang ada selama dua minggu
untuk mengkaji dan mendapatkan semua bahan bagi kesemua tugasan tersebut.
Selain itu, saya juga dikehendaki menyelesaikan soalan tugasan yang telah
ditetapkan oleh pihak institut. Soalan tersebut mengkehendaki saya melihat
bagaimana perhatian murid dibina dan dikekalkan sepanjang proses pengajaran
pembelajaran, bagaimana murid dapat dilibatkan dalam aktiviti perbincangan,
bagaimana pengukuhan terhadap setiap isi pengajaran dilaksanakan, bagaimana
cara guru memberikan arahan yang jelas kepada murid, bagaimana murid
digerakkan untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan, bagaimana guru
menangani gangguan luar jangkaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berjalan, bagaimana guru menangani masalah tingkah laku murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, adakah aktiviti berkumpulan dijalankan di
dalam kelas oleh guru-guru sedia ada dan jika ada, bagaimana aktiviti kumpulan
diuruskan dan dijalankan dan bagaimana sesi pengajaran dan pembelajaran
ditamatkan.
Saya telah menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Ayer Limau bermula
dari 6.08.2012 sehingga 16.08.2012. Saya harap saya dapat menjalankannya
dengan sebaik mungkin. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih
dahulu tentang jumlah murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut.
2.2 Semasa PBS
Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah
melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya
telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah, murid-murid dan kakitangan-
kakitangan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang pentadbir yang berkarisma
dan berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar.
Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar, Penolong Kanan 1,Penolong kanan
Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
5/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
5
seorang guru perempuan. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya
adalah guru wanita.
Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian
mengenai pengurusan bilik darjah termasuklah kaedah dan strategi yang dijalankan
oleh guru ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, dengan kerjasama
dari guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual tahun 3 dan pihak sekolah, saya
dapat memasuki kelas tahun 3 dan membuat pemerhatian sepenuhnya terhadap
pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Guru tersebut juga merupakan guru
kelas dan guru matapelajaran bahasa melayu saya dari ketika saya berusia 7 tahun
sehingga 12 tahun. Setiap darjah atau tahun hanya mempunyai 1 kelas, dari tahun 1
sehingga tahun 6 dan termasuk juga prasekolah yang mempunyai 1 kelas sahaja.
Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang
berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan ini, saya
turut menemubual guru kelas tahap dua, guru-guru bagi matapelajaran lain serta
guru penanda kertas peperiksaan UPSR bagi menjawab soalan yang terdapat dalam
tugasan tersebut. Selain itu, semasa PBS juga saya turut melakukan tugasan
Psikologi Pendidikan EDM2203 dan Pendekatan Pengajaran Literasi LNP2202W.
2.3 Selepas PBS
Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengumpul
dan mengemaskini maklumat-maklumat yang telah saya perolehi dan kumpulkan
semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai
beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa
hadapan kelak. Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan
berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat
daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya dan komunikasi yang betul dan
berkesan dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan
dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya dan komunikasi yang baik
dengan guru-guru dan kakitangan di sekolah, saya telah berjaya perolehi ini pelbagai
maklumat dan pelbagai input, justeru itu dapat saya simpulkan bahawa apabila kita
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
6/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
6
menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat
penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya.
Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa
dengan Guru Besar iaitu Encik Ramli bin Bajuri, banyak nasihat yang diberikan
kepada saya bagi menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu
anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut
mengingat