buku bab 8.pdf

Upload: cikgurosle

Post on 04-Jun-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 buku bab 8.pdf

    1/11

    66

    Maksud Semangat Kebangsaan

    Semangat kebangsaan atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yangmendalam terhadap bangsa dan tanah air.

    Semangat kebangsaan akan membawa kepada perjuangan membebaskan negara daribelenggu penjajahan untuk membentuk negara yang merdeka dan berdaulat.

    Perkembangan

    Negara Luar

    Memberi Inspirasi

    Perjuangan

    Kejayaan Jepun mengalahkan Rusiadalam peperangan Rusia-Jepun 1904-

    1905, telah menyemarakan semangat

    Negara-negara Asia Tenggara lain untuk

    bangkit menentang penjajah.

    Perjuangan Soekarno memimpin PartiNasional Indonesia untuk membebaskan

    Indonesia daripada penjajahan Belanda

    telah merangsang penduduk Tanah

    Melayu berjuang menentang penjajahan

    British.

    Kebangkitan gerakan Islam di TimurTengah disebabkan kuasa Barat telah

    memecahbelahkan dan menguasaikerajaan Turki Uthmaniyah telah

    mencetuskan Gerakan Pan Islamisme

    iaitu menyatukan dunia Islammenentang penjajahan Barat termasuk

    di Tanah Melayu.

    Penjajahan British di Mesir yangmencetuskan Gerakan Islah yang

    dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-

    Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh,

    turut mempengaruhi kebangkitan

    semangat kebangsaan di Tanah Melayu.

    Pengaruh ini disebarkan di TanahMelayu oleh yang menuntut di Mesir

    setelah kembali ke tanah air.

    Kejayaan Dr. Sun Yat Sen memimpinRevolusi China menumbangkan kerajaan

    Manchu dan menubuhkan sebuah

    Republik China telah membangkitkan

    kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk

    menentang British.

    Perjuangan Jose Rizal memimpinrakyat Filipina menentang penjajahan

    Sepanyol juga mempengaruhi

    kebangkitan semangat kebangsaan di

    Tanah Melayu. Jose Rizal telah

    menubuhkan Liga Filipina untuk

    memajukan orang Filipina serta

    menuntut penjajah Sepanyol

    memberikan layanan yang adil kepadarakyat Filipina.

    Perjuangan Mahatma Gandhi India untukmembebaskan India daripada penjajahan

    British turut memberi Inspirasi kepada

    gerakan Kebangsaan di Tanah Melayu.

    Kemajuan sistem perhubungan danpercetakan terutamanya surat khabar

    memudahkan penduduk Tanah Melayu

    mengikuti perkembangan kebangkitan

    nasionalisme di negara luar seterusnya

    menyemarakkan semangat kebangsaan

    di kalangan penduduk Tanah Melayu.

    Kebangkitan Semangat

    Kebangsaan Untuk Mengangkat

    Martabat Bangsa

  • 8/14/2019 buku bab 8.pdf

    2/11

    67

    Golongan pelajar yang mendapatpendidikan di Universiti al-Azhar Mesir,

    terpengaruh dengan idea pemulihan

    Islam yang dipelopori oleh Syeikh

    Muhammad Abduh dan SayidJamaluddin al-Afghani. Apabila kembali ke tanah air mereka telah memulakan

    Gerakan Islah di Tanah Melayu. Mereka dikenali

    sebagai Kaum Muda. Antara tokoh penting Kaum

    Muda ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin,

    Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Syeikh

    Ahmad al-Hadi.

    Gerakan Islah Mencetuskan

    Kesedaran Kebangsaan Semangat Kebangsaan di Tanah Melayu

    dibangkitkan oleh golongan pelajar yang

    mendapat pendidikan di Timur Tengah,

    khususnya di Mesir.

    Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin

    dilahirkan di Sumatera pada tahun1869, mendapat pendidikan di

    Makkah dan Universiti al-Azhar Mesir

    dan pernah dilantik sebagai Mufti

    Negeri Perak. Beliau bertanggung

    jawab menerbitkan majalah Al-Imam.

    Haji Abbas bin Muhammad Taha

    dilahirkan di Singapura padatahun 1885 dan mendapat

    pendidikan di Makkah. Beliau

    pernah dilantik sebagai Kadi di

    Tanjung Pagar Singapura dan

    bertanggungjawab menerbitkan

    akhbar Neracha.

    Syed Syeikh Ahmad al-Hadi

    dilahirkan di Melaka pada tahun 1862,mendapat pendidikan agama di Terengganu

    dan di Pulau Penyengat, Riau. Beliau kerap

    berkunjung ke Makkah dan Mesir serta

    mendalami idea perjuangan Syeikh Muhammad

    Abduh. Beliau bertanggungjawab menerbitkan

    akhbar al-Ikhwan dan Saudara

  • 8/14/2019 buku bab 8.pdf

    3/11

    68

    Kaum Muda menggunakan majalah Al-Imam untuk menyebarkan idea pembaharuanmereka. Al-Imam telah berjaya membangkitkan kesedaran orang Melayu akankepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.

    Selepas Al-Imam diberhentikan penerbitannya pada tahun 1908, semangat dan cita-citaperjuangannya diteruskan oleh akhbar Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara.

    Kaum Muda menubuhkan beberapa madrasah untuk menyebarkan idea mereka sepertiMadrasah al-Masyhur al-Islamiyah di Pulau Pinang, Madrasah al-Diniah Kampung

    Lalang di Padang Rengas dan Madrasah II-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol di Perak.

    Idea pembaharuan Kaum Muda mendapat tentangan daripada Kaum Tua. Mereka telah menerbitkan akhbar Suara Benar dan Lidah Benar untuk menentang Idea

    Kaum Muda.

    Bagaimanapun, perkara yang menjadi pertelingkahan antara Kaum Muda dan Kaum Tuahanyalah perkara kecil yang tidak melibatkan perkara pokok dalam agama Islam.

    Antara saranan Al-

    Imam

    Menekankan kepentingan ilmu pengetahuan

    untuk mencapai kemajuan.

    Membuang adat resam dan amalan karut

    yang boleh menghalang kemajuan.

    Mementingkan pengetahuan sejarah kerana

    dapat memberi pengajaran dan iktibar.

    Menyeru orang Melayu berpegang kepada

    ajaran al-Quran dan al-hadis

    Mendesak supaya kaum wanita turut

    diberikan pendidikan yang sempurna.

    Menasihati ibu bapa memberikan

    pendidikan yang sempurna kepada anak-

    anak mereka.

  • 8/14/2019 buku bab 8.pdf

    4/11

    69

    Golongan intelektual berpendidikan InggerisIntelektual MematangkanPerjuangan

    Golongan intelektual berpendidikan Melayu

    Golongan intelektual berpendidikan Melayu adalah merupakangolongan pelajar lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).

    Mereka terdiri daripada guru-guru Melayu yang memainkanperanan sebagai pemimpin masyarakat berganding bahu dengan

    golongan cerdik pandai Islam menyumbangkan tenaga dan fikiran

    bagi memajukan orang Melayu dalam bidang pendidikan dan

    ekonomi.

    Usaha yang dijalankan telah membangkitkan kesedaran untukmembebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.

    Antara tokoh-tokoh nasionalis tersebut ialah Harun Aminnurrashid,Ibrahim Haji Yaakob dan Abdul Hadi Hassan

    Golongan intelektual berpendidikan Inggeris turutmemperjuangkan kesedaran kebangsaan.

    Mereka menggunakan peluang dalam sistem pentadbiran danperundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam

    bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran.

    Mereka telah menubuhkan persatuan dan menggunakanbidang penulisan untuk memperjuangkan kepentingan orang

    Melayu.

    Antara tokoh tersebut ialah Raja Chulan, Mohammad EunosAbdullah, Dato Onn Jaafar dan Ishak Haji Muhammad.

  • 8/14/2019 buku bab 8.pdf

    5/11

    70

    Akhbar dan majalah telah dijadikan sebagai alat untuk melahirkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat. Melalui media ini, idea tentang perjuangan dapat disalurkan kepada semua lapisan masyarakat.Perjuangan Nasionalisme MelaluiMata Pena

    Peranan Akhbar dan Majalah

    Melayu

    Akhbar-akhbar Melayu telah mula menyuarakan isu yang berkaitan dengan aspek social serta kedudukanekonomi dan politik orang Melayu.

    Akhbar-akhbar ini berjaya membangkit semangat kebangsaan dan merintis kepada penubuhan persatuanuntuk merintis pergerakan yang lebih tersusun.

    Pada tahun 1930-an, antara akhbar yang berpengaruh ialah Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu.

    Menyeru supaya orang Melayu bersatu danmenghapuskan semangat kenegerian mereka.

    Menuntut kedudukan yang lebih baik bagi orang Melayudalam bidang ekonomi, pentadbiran dan pendidikan.

    Mengkritik dasar British yang tidak menguntungkanorang Melayu.

    Peranan akhbar dalam membangkitkan

    semangat kebangsaan :-

    Akhbar yang berpengaruh sebelum

    Perang Dunia Kedua Akhbar Warta Malaya diterbitkan di

    Singapura. Pengarang pertamanya ialahDato Onn Jaafar. Akhbar Warta

    Malaya banyak menyiarkan persoalan

    mengenai keadaan sosioekonomi orang

    Melayu. Akhbar ini juga menuntut

    supaya lebih ramai orang Melayu

    diberikan jawatan penting dalam

    perkhidmatan kerajaan.

    Akhbar Utusan Melayu diterbitkan diSingapura dan pengarang pertamanyaialah Abdul Rahim Kajai. Utusan

    Melayu meminta supaya orang Melayu

    meingkatkan taraf ekonomi dan

    menubuhkan persatuan untuk

    memperjuangkan nasib bangsa dan

    tanah air. Akhbar Majlis telah diterbitkan di KualaLumpur dan pengarang pertamanya ialah

    Abdul Rahim Kajai. Ahbar Majlis

    dengan beraninya telah mendedahkan

    kepincangan dasar British yang

    mengancam kedudukan orang Melayu.

  • 8/14/2019 buku bab 8.pdf

    6/11

    71

    Kegiatan persuratkhabaran di kalangan

    orang Cina dan orang India

    Msyarakat Cina menerbitkan Lat Pau,

    Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh

    dan Modern Daily News.

    Masyarakat India pula menerbitkan akhbar

    Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu. Akhbar Cina dan India banyak

    memberi laporan tentang kegiatan

    sosial dan ekonomi kaum mereka

    di Tanah Melayu serta menyiarkan

    peristiwa yang berlaku di Negara

    China dan India.

    Terdapat juga di kalangan orangIndia dan Cina menerbitkan

    akhbar berbahasa Melayu. akhbar-

    akhbar ini diterbitkan oleh

    masyarakat Jawi Peranakan dan

    Cina Peranakan.

    Masyarakat Jawi Peranakan menerbitkan akhbarJawi Peranakan, Sekola Melayu, TamanPengetahuan dan Tanjung Penagri.

    Masyarakat Cina Peranakan telah menerbitkanakhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor,Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pranakan.

    Akhbar-akhbar ini memuatkan berita hal ehwal

    masyarakat mereka dan berita ringkas tentang peristiwa

    yang berlaku di dalam dan di luar negeri.

  • 8/14/2019 buku bab 8.pdf

    7/11

    72

    Semangat kebangsaan juga dibangkitkan melaluikarya kreatif seperti puisi, novel dan cerpen.

    Golongan nasionalis seperti guru, penulis danwartawan menjadikan karya kreatif sebagai saluran

    untuk menyuarakan perjuangan mereka.

    Kesedaran kebangsaan melalui

    penulisan kreatif

    Antara puisi yang membawa tema semangatkebangsaan ialah:-

    i. Tenaga Kaumku, Rayuan Bangsa Mu,Mempertahankan Hak Kita, PerwiraMelayu oleh Harun Aminurrashid

    ii. Serunai Pujangga, Kapal TiadaNakhoda, Hari Kejatuhan Kita oleh

    Abdul Samad Ahmad

    iii. Dunia yang Fana dan Di LautanSeberang Muhammad Yusuf Harun

    iv. Bangkitlah (Omar Mustaffa), SeruanKebangsaan (Melati Pahang), Sedarlah

    (Mahmud Ahmadi) dan Di Tengah

    Segara (Muhammad Yasin Maamor)

    Puisi bertujuan menyuburkan perasaancinta kepada bangsa dan Negara,menyeru merebut peluang ekonomi

    dan mempertahankan maruah bangsa.

    Antara cerpen yang dihasilkanialah:-

    i. Cerita Awang Putat olehAbdul Rahim Kajai

    ii. Rumah Besar TiangSebatang oleh Ishak Haji

    Muhammad

    iii. Di Sini Kita BukannyaOrang Dagang dan Siasat

    Yang Tiada Diminta oleh

    Shamsuddin Salleh.

    Cerpen dan novel juga telah digunakan untuk membangkitkan kesedarankebangsaan di kalangan Mayarakat. Karya-karya cerpen dan novel membawakantema semangat perjuangan, nasib bangsa, semangat cinta tanah air.

    Antara novel yang membangkitkankesedaran kebangsaan sebelum Perang

    Dunia Kedua:

    i. Hikayat Faridah Hanum oleh SyedSheikh al-Hadiii. Iakah Salmah oleh Ahmad Rashid

    Talu

    iii. Melor Kuala Lumpur oleh HarunAminurrashid

    iv. Putera Gunung Tahan dan Anak MatLela Gila oleh Ishak Haji Muhammad

    v. Mari Kita Berjuang oleh AbdullahSidek

    vi. Malati Kota Bharu oleh Abdul KadirAdabi.

  • 8/14/2019 buku bab 8.pdf

    8/11

    73

    Kesepakatan Menjamin

    Keutuhan Perjuangan

    Kesatuan Melayu Singapura telah ditubuhkan pada tahun 1926 dan diasaskan olehMuhammad Eunos bin Abdullah. Kesatuan ini dianggotai oleh golonganbangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga.

    Tujuan penubuhan Kesatuan Melayu singapura ialahi. Menggalakkan ahlinya memainkan peranan yang lebih besar dalam bidang

    politik dan pentadbiran.

    ii. Memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang pendidikaniii. Menjadi wakil orang Melayu untuk berurusan dengan British.

    Kemunculan pertubuhan Melayu

    Akhbar dan golongan wartawan telah menimbulkan kesedaran politik di kalangan orang Melayu sehinggamembawa kepada penubuhan pertubuhan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.

    Persatuan-persatuan ini ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat Melayu. Pertubuhan ini dianggotai oleh golongan cerdik pandai Melayu yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan kerajaan British. Perjuangan mereka agak sederhana, namun pada masa yang sama mendesak supaya British memberikan peluang yang lebih kepada orang

    Melayu dalam pentadbiran kerajaan.

    Pada tahun 1939, Kesatuan Melayu Singapura bekerjasama dengan Persatuan Melayu Selangor telah menganjurkan Kongres Melayu Se-Tanah Melayu yang pertama di Kuala Lumpur.

    Tujuan kongres ini diadakan adalah untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu. Kongres ini dianggap berjaya kerana dapat menghimpunkan wakil daripada semua persatuan Melayu untuk membincangkan kemajuan

    bangsa Melayu.

    Kongres Melayu kedua telah diadakan di Singapura pada tahun 1940 dan berjaya menarik lebih banyak persatuan Melayu termasuk dariSarawak dan Brunei.

    Kongres kedua menyarankan persatuan Melayu berkerja keras untuk memajukan orang Melayu di negeri masing-masing. Kongres Melayu yang ketiga dijangkakan akan diadakan tidak dapat dilaksanakan kerana Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.

    Menjelang akhir tahun 1930-an, lebih banyakpertubuhan Melayu yang bersifat kenegrian ditubuhkan

    seperti Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu

    Pahang, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu

    Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Pulau Pinang dan

    Persatuan Melayu Kelantan.

    Dalam menggerakkan kesedaran kebangsaan, pertubuhan turut memainkan peranan penting. Pada peringkat awal pertubuhan kebangsaan lebih bersifat kenegerian serta memperjuangkan kepentingan

    ekonomi dan social.

    Bagaimanapun pertubuhan ini mendorong kepada pembentukan pertubuhan yang bersifat kebangsaan dantelah memperkukuhkan kesedaran kebangsaan di negara kita.

  • 8/14/2019 buku bab 8.pdf

    9/11

    74

    8.1.1 Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)1. Ditubuhkan pada tahun 1934, dikendalikan oleh akhbar

    saudara dan dipimpin oleh S.M Zainal Abidin.2. Akhbar Saudara menyediakan runagan untuk ahli-ahlinyamenulis dan mengemukakan pendapat.

    3. Cogan kata PASPAM ialah Hidup Bahasa HidupBangsa sentiasa menggalakkan ahli dari Tanah Melayu,

    Sarawak dan Sabah bertukar-tukar pendapat supaya dapat

    meningkatkan semangat dan kesedaran kebangsaan di

    kalangan ahli.

    4. PASPAM sering menganjurkan persidangan di peringkatkebangsaan. Pada tahun 1934, PASPAM telah

    mengadakan persidangan peringkat kebangsaan yang

    pertama di Taiping, Perak.

    5. Melalui persidangan ini, semangat kenegerian telahberjaya dipecahkan dan konsep kebangsaan Melayu mula

    terbentuk.

    6. Seterusnya persidangan telah diadakan di Pulau Pinang,Singapura, Ipoh dan Seremban.

    7. Walaupun kegiatan PASPAM berkisar tentang bahasa dankesusasteraan tetapi di dalamnya tersirat cita-cita politik

    yang membawa kepada kesedaran perpaduan Melayu.

    8.1.2 Kesatuan Melayu Muda1. Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada tahun 1938 di Kuala

    Lumpur. KMM adalah merupakan pertubuhan politik yang pertama

    ditubuhkan di Tanah Melayu, dipimpin oleh Ishak Hj. Muhammad.2. Tujuan KMM ditubuhkan adalah untuk menggalakkan perpaduan dikalangan orang Melayu di seluruh Semenanjung dan mempertahankan hak

    mereka.

    3. KMM juga bercita-cita menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia untukmewujudkan Melayu Raya.

    4. Kebanyakan pemimpin KMM terdiri daripada guru lepasan MaktabPerguruan Sultan Idris (MPSI).

    5. Perjuangan KMM dianggap radikal kerana mengamalkan dasar tidakbekerjasama dengan British dan menyuarakan penentangan secara terbuka

    terhadap British.

    6. Pada akhir 1940, Ibrahim Yaakob telah bekerjasama dengan Jepun untukmenghalau British di Tanah Melayu.

    7. Akhbar Warta Malaya telah digunakan untuk dijadikan alat untukmembangkitkan perasaan anti-British dan memperjuangkan idealisme

    perjuangan KMM.

    8. British bimbang dengan pergerakan KMM. Sehubungan dengan itu, padatahun 1941, Ibrahim Yaakob bersama-sama lebih kurang 150 orang

    ditangkap dan dipenjarakan di Changi, Singapura.

    9. Mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun tetapi KMM telahdiharamkan oleh Jepun pada tahun 1942.

  • 8/14/2019 buku bab 8.pdf

    10/11

    75

    Persatuan Orang Cina

    Pada awal abad ke-20, terdapat pertubuhan Hsing Chong Hui danChung Ho Tang yang menumpukan perhatian kepada Negara China.

    Bagaimanapun terdapat orang Cina yang memberi perhatian kepadapolitik tempatan.

    Mereka terdiri daripada orang Cina yang dilahirkan sama ada di negeri-negeri Selat ataupun Cina Peranakan yang menjadi warganegara British.

    Pada tahun1900, orang Cina Peranakan yang berpendidikan Inggerisseperti Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang

    Seah telah menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British bagi

    melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat.

    Persatuan ini menggalakkan orang Cina Peranakan mendapatkanpendidikan tinggi dan teknikal.

    Mereka juga menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepadakerajaan British.

    Tan Cheng Lock adalah merupakan tokoh daripada golongan ini yangmemainkan peranan penting dalam politik Tanah Melayu.

    Pertubuhan Orang India

    Orang India juga terpengaruh dengan gerakan politik di Negara asal Mereka juga menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan

    British.

    Sebelum Perang Dunia Kedua, Orang India juga terpengaruh dengan gerakanpolitik di negara asal mereka sehingga membawa kepada penubuhan persatuan

    bagi melindungi kepentingan orang India di Tanah Melayu. Pada peringkat awal, golongan cerdik pandai India yang berpendidikan

    Inggeris menubuhkan persatuan India di bandar-bandar utama seperti Kuala

    Lumpur, Taiping, Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Seremban.

    Persatuan ini menjadi perintis kepada pembentukan pertubuhan politik yangmenyatukan orang India di Tanah Melayu.

    Pada tahun 1936, A.M. Soosay telah menubuhkan Persatuan India Pusat TanahMelayu.

    Persatuan ini merupakan gabungan 12 buah pertubuhan India dan empat dewanperniagaan India yang bertujuan memperjuangkan hak dan kepentingan orang

    India di Tanah Melayu.

    Sebelum Perang Dunia Kedua, , orang India dan Cina di Tanah Melayu lebihmenumpukan kepada perkembangan yang berlaku di Negara asal mereka.

    Kesimpulan

    Semangat kebangsaan telah melahirkan golongan pejuang yang bersemangat patriotic untuk membela nasib bangsa dannegara.

    Gerakan kebangsaan ini muncul disebabkan oleh dasar penjajahan British yang menyebabkan penduduk tempatan serbakekurangan dalam semua bidang.

    Walaupun sebelum Perang Dunia Kedua, gerakan kebangsaan orang Cina dan India lebih tertumpu di negara asal mereka,namun selepas Perang Dunia Kedua, gerakan kebangsaan menjadi mantap apabila semua kaum bersatu padu menuntut

    kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.

    Pertubuhan Orang Cina dan

    Orang India

  • 8/14/2019 buku bab 8.pdf

    11/11

    76