bukti slt

17
SLT M1 LINGISTIK AM Linguistik am ialah suatu bidang yang mengandungi rangka-rangka untuk memerihalkan bahasa dan teori-teori individu dari segi aspek- aspek bahasa yang sejagat. Sebilangan ahli linguistik berpendapat linguistik am turut disebut sebagai linguistik teori kerana sering dibahagikan kepada sebilangan bidang yang berasingan untuk dikaji secara tersendiri. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) menyebut fonetik ialah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji bunyi bahasa dari segi sebutan, pendengaran dan sifat bunyi tersebut. Secara amnya, pengkajian yang dilakukan adalah bertitik tolak kepada kajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi. Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi daripada penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Fonetik artikulatori menjurus kepada kajian yang mendeskripsi cara- cara sesuatu bunyi dilafazkan. Manakala, fonetik auditori ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan kaedah- kaedah bunyi diujarkan. Fonologi ialah subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa yang menyentuh hal-hal bunyi bahasa, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Kajian yang dilakukan berkaitan dengan hubungan antara butir leksikal dengan makna lain yang akhirnya membentuk sebuah ayat. Dalam bidang ini, pengkajiannya lebih memfokuskan kepada fonem, iaitu unit terkecil yang diwujudkan bagi kemudahan mendeskripsi sistem bunyi. Akhir daripada pengkajian bidang fonologi, setiap sistem bunyi yang dikaji menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.

Upload: christopher-larry-limin

Post on 05-Nov-2015

317 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

SLT M1LINGISTIK AMLinguistik am ialah suatu bidang yang mengandungi rangka-rangka untuk memerihalkan bahasa dan teori-teori individu dari segi aspek-aspek bahasa yang sejagat. Sebilangan ahli linguistik berpendapat linguistik am turut disebut sebagai linguistik teori kerana sering dibahagikan kepada sebilangan bidang yang berasingan untuk dikaji secara tersendiri.Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) menyebut fonetik ialah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji bunyi bahasa dari segi sebutan, pendengaran dan sifat bunyi tersebut. Secara amnya, pengkajian yang dilakukan adalah bertitik tolak kepada kajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi.Fonetik akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi daripada penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Fonetik artikulatori menjurus kepada kajian yang mendeskripsi cara-cara sesuatu bunyi dilafazkan. Manakala, fonetik auditori ialah kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan kaedah-kaedah bunyi diujarkan.Fonologi ialah subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa yang menyentuh hal-hal bunyi bahasa, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Kajian yang dilakukan berkaitan dengan hubungan antara butir leksikal dengan makna lain yang akhirnya membentuk sebuah ayat. Dalam bidang ini, pengkajiannya lebih memfokuskan kepada fonem, iaitu unit terkecil yang diwujudkan bagi kemudahan mendeskripsi sistem bunyi. Akhir daripada pengkajian bidang fonologi, setiap sistem bunyi yang dikaji menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.Morfologi menurut Abdullah Hassan (2006) dan Siti Hajar (2008) ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Terdapat dua unsur penting yang terlibat dalam membina perkataan dalam bahasa Melayu yang dikaji dalam bidang ini, iaitu morfem dan kata. Morfem ialah unit bahasa yang terkecil mempunyai makna serta fungsi tatabahasa dan berperanan membentuk perkataan. Dalam sesuatu perkataan kebarangkalian mengandungi satu, dua, tiga atau lebih morfem. Morfem juga terdiri daripada morfem terikat dan morfem bebas. Dalam bahasa Melayu, kata juga ialah unsur bahasa yang digunakan bagi membentuk perkataan lain. Kata juga terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.Sintaksis merupakan satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa, klausa dan ayat dibentuk. Selain itu, sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua patah perkataan atau satu perkataan sahaja. Dalam susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa, yang terdiri daripada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN). Klausa ialah satu rangkaian perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat dalam sesuatu ayat. Klausa yang menjadi konstituen kepada ayat terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Ayat merupakan unit sintaksis yang paling penting dalam kajian bahasa. Unsur penting dalam sesuatu ayat ialah klausa dalam sesuatu ayat.Semantik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik dan merupakan sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa. Siti Hajar (2009) menyifatkan semantik merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana Ayat merupakan unit sintaksis yang paling penting dalam kajian bahasa. Unsur penting dalam sesuatu ayat ialah klausa dalam sesuatu ayat.

LINGUISTIK GUNAANLinguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa tetapi hasil-hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain. Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara eksplisit. Sebagai contoh apabila seorang pengkaji itu cuba, apatah lagi berusaha, menggunakan teori linguistik itu untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-bidang ilmu lain, maka teori linguistiknya akan seharusnya bersifat amalan bagi membantu bidang lain. Dalam hal ini,linguistik teoritis telah berpindah pengertiannya menjadi linguistik gunaan. Linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk pelbagai bidang yang lain. Kesimpulannya, linguistik gunaan merupakan bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasa dan ia diguna pakai oleh masyarakat dan orang ramai. Ia juga saling berhubung antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur bahasa yang telah dipelajarinya. Jadi,boleh dikatakan, linguistik gunaan mempunyai cabang di bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik.

LINGUISTIK PERBANDINGAN (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. "Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah "kaedah perbandingan" yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon. Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu

LINGUISTIK KONTEKSTUAL Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

SLT M2PENGENALAN ILMU LINGUISTIKBidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini, pelajar akan didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang ilmu linguistik. Kesemua subbidang ini akan disentuh memandangkan kepentingannya dalam memberi gambaran kasar terhadap ilmu linguistik sebelum kita mendalami bidang ini dengan mempelajari topik-topik yang seterusnya.

DEFINISI LINGUISTIKIstilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa maksud 'bahasa'. Dalam bahasa-bahasa "Roman" (iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa Inggers memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah 'linguistics' dalam bahasa Inggers adalah berkaitan dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau "linguistik".Ferdinand de Saussure (1916), yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique Generale telah membezakan kata Perancis langue dan langage. Selain itu, beliau juga turut membezakan istilah parole (tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut. Menurut beliau lagi, langue merupakan suatu "sistem". Manakala, istilah langage boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur bahasa seperti yang terdapat dalam ucapan "Di mana manusia memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa, tetapi tidak tuturan". Parole yang merupakan 'tuturan' pula adalah bahasa, sebagaimana yang dipakai secara konkrit dan merujuk kepada 'loghat', 'ucapan', dan 'perkataan'. Dalam bidang kajian ilmu linguistik, kebanyakan para sarjana bahasa sering menggunakan istilah Perancis ini (langue, langage dan parole) sebagai suatu istilah profesional.Di dalam bahasa Melayu, istilah ahli linguistik disebut "linguis" yang dipinjam daripada istilah bahasa Inggeris linguist. Manakala dalam penggunaan bahasa Inggeris seharian, istilah linguist merujuk kepada makna "seseorang yang fasih dalam berbagai bahasa". Sebagai contoh, ungkapan "He is quite a linguist" yang bererti "Dia fasih dalam beberapa bahasa". Dalam istilah ilmiah pula, linguist dapat diertikan sebagai ahli bahasa. Berdasarkan keterangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa orang yang fasih dalam menguasai berbagai bahasa tidak sama dengan ahli linguistik. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kita perlu membuat perbezaan di antara kata bahasa Inggeris linguist di dalam bahasa seharian dengan istilah linguist sebagai ahli linguistik.Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Umum di sini bermaksud bahawa bidang kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, yakni hanya menyelidik kepada bahasa-bahasa tertentu sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk kepada bahasa secara umum. Ini bertepatan dengan pandangan Ferdinand de Saussure (1857) yang merumuskan bahawa ilmu linguistik tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa atau language secara umum. Selain itu, kajian ilmu linguistik meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang kajian linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-bahasa ini merupakan bidang kajian ahli linguistik.Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna bidang kajian linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang dipelajari. Selain itu, ilmu linguistik dikaitkan juga dengan ilmu yang bersifat empiris. Ini bermakna ilmu linguistik dan bidang ilmu yang lain dikaitkan dengan fakta dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan semua ahli yang lain.Di dalam kajian ilmu linguistik ini juga, bahasa sering dikaitkan sebagai objek bagi kajian bidang ini. Istilah-istilah bahasa di dalam kajian ilmu linguistik pula dikaitkan dengan pelbagai tafsiran. Umpamanya, bahasa dikaitkan dengan erti kiasan yang membawa pelbagai tafsiran makna. Selain daripada itu, bahasa juga dikaitkan dengan istilah harfiah, yakni dalam ungkapan 'ilmu bahasa ' seperti dalam contoh bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan sebagainya. Dalam menjelaskan tafsiran bahasa, istilah harfiah ini dianggap sebagai objek dalam bidang ilmu kajian linguistik. Terdapat banyak definisi linguistik yang telah dikemukakan oleh ahli linguistik sejak dahulu hingga kini. Banyak definisi yang dikemukakan oleh mereka berfokus kepada pengertian kata linguistik itu sendiri yang membawa pelbagai tafsiran yang berbeza di kalangan mereka. Menurut Verhaar (1985:1), kata linguistik berasal daripada kata Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Pandangan tentang definisi ilmu linguistik ini turut disentuh oleh Langacker (1987). Menurut beliau, linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna. Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai ciri keesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan yang sama berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini turut dikemukakan oleh John Lyons (1968:89). Menurut beliau, linguistik adalah 'The scientific study of language '. Pandangan kedua-dua tokoh ini memperlihatkan bahawa perlunya linguistik dikaji seperti juga disiplin ilmu lain yang juga memperlihatkan ciri-ciri saintifik. Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut beliau, pengertian kata linguistik merujuk kepada bagaimana suatu kajian bahasa itu dilaksanakan. Berdasarkan pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistiksecara khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain. Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lainSLT M4Teori Struktural (Bloomfield)Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Saussure dan Otto Jespersen. Mereka berpendapat bahawa bahasa ialah sistematis, mempunyai tatabahasa yang tersendiri, hidup dan berubah. Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara fonem sebagai unit bahasa yang terkecil, dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen terdekat. Dalam kajian nahu pula mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai sistem yang mempunyai ciri peraturan, sistem, arbitari untuk perhubungan. Mereka menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Golongan struktural juga berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka juga berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaraN

SLT M6STRUKTUR LINGUISTIK BAHASA MELAYUStruktur menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merujuk kepada cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi satu pola, sistem, atau bentuk tertentu (2010:1526). Linguistik pula seperti yang telah kita ketahui bermaksud bahasa. Oleh yang demikian, struktur linguistik ini dapat diterangkan sebagai cara sesuatu unsur bahasa itu terbina atau terbentuk berdasarkan beberapa bahagian atau aspek. Aspek yang membentuk bahasa terdiri daripada Fonetik dan Fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik, Wacana dan Pragmatik. i. Fonetik dan Fonologi Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia (Indirawati Zahid et al, 2006:1). Kajian fonetik memberi tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaiman bunyi-bunyi tersebut dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008:89). Fonetik merupakan satu daripada bidang linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonologi pula ialah suatu cabang linguistik yang mengkaji sistem dan fungsi bunyi dalam sesuatu bahasa (Rahim Aman dalam Zulkifley Hamid et al, 2007:59). Bidang kajian fonologi yang lain termasuklah cara standard untuk merakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan simbol-simbol khusus. ii. Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk, dan penggolongan kata (Nik Safiah Karim et al, 2011:43). Antara perkara utama yang dikaji dalam morfologi termasuklah cara sesuatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut. Kata terbentuk dari unit-unit terkecil yang dipanggil morfem, iaitu unit tatabahasa terkecil yang bermakna dan berfungsi secara gramatis dan menjalankan tugas nahu (Lokman Abd Wahid dalam Dr Ali Mahmood et al, 2004:97). Perkataan ialah morfem dan boleh terbentuk daripada satu morfem atau lebih. Sebagai contoh, kata baca merupakan perkataan yang terhasil daripada satu morfem, manakala kata membaca merupakan contoh kata yang terhasil daripada dua morfem, iaitu mem+baca. Morfem terdiri daripada dua jenis, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah kata yang dapat berdiri sendiri, manakala morfem terikat pula ialah kata yang tidak dapat berdiri sendiri, iaitu morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Contoh morfem terikat ialah imbuhan. iii. Sintaksis Sintaksis merupakan suatu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa, klausa, dan ayat dibentuk (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008:164). Sintaksis juga mengkaji tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Ayat dibentuk berdasarkan rumus tatabahasa, iaitu mengandungi dua unsur utama, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, manakala predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek. Selain itu, ayat dalam bahasa Melayu mempunyai bentuk yang tetap, iaitu berdasarkan pola-pola seperti berikut.a) Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)b) Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FN)c) Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)d) Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS) Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih (Lokman Abd Wahid dalam Dr Ali Mahmood et al, 2004:99). Binaan Frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Dalam susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen kepada frasa itu sendiri. Frasa terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Klausa pula ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen ayat (Lokman Abd Wahid dalam Dr Ali Mahmood et al, 2004:99). Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat lengkap, manakala klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri kerana maknanya bergantung kepada klausa bebas (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008:177-178).

SLT M7 iv. Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji makna (Abdullah Hassan, 2005:154) dalam bidang ilmu linguistik. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada pemikiran penutur kepada fikiran pendengar. Meskipun begitu, makna bukan ditentukan oleh makna kata semata-mata, tetapi turut ditentukan oleh faktor lain seperti intonasi, gaya, pengucapan, tujuan, konteks penutur dan pendengar. Secara ringkasnya, semantik merupakan komponen tatabahasa yang berkaitan dengan perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi untuk memahaminya. v. Pragmatik Pragmatik ialah kajian bagaimana bahasa digunakan untuk berkomunikasi (Maslida Yusof dalam Zulkifley Hamid et al, 2007:197). Pragmatik meneliti bagaimana pengetahuan kita digunakan untuk memperoleh makna apabila kita mendengar atau membaca dan untuk menyampaikan makna apabila kita menulis atau bertutur. Berbeza dengan semantik, pragmatik memberi tumpuan kepada makna-makna yang tidak dapat diramalkan oleh pengetahuan linguistik sendiri iaitu mengambil kira pengetahuan tentang dunia fizikal dan sosial.

Kajian pragmatik adalah penting dalam memahami bagaimana bahasa beroperasi. Hal ini kerana, bentuk linguistik sendiri gagal untuk menjelaskan kesemua makna yang telah kita peroleh daripada bahasa. Ringkasnya, tujuan kajian pragmatik dijalankan adalah untuk menjelaskan bagaimana sesuatu ujaran dapat difahami.