bahan bukti penggunaan bm.ppt

15
BAHAN BUKTI TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK Ahli kumpulan: Zaim Zizi Salihin

Upload: laitohigh

Post on 02-Oct-2015

265 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • BAHAN BUKTI TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIKAhli kumpulan:ZaimZiziSalihin

  • Masyarakat Melayu mampu merakamkan bahasa mereka dan dapat mengungkapkan pelbagai perkara dengan adanya tulisan JawiMenerusi tulisan ini,maka bahasa Melayu dapat menjelaskan sesuatu perkara dalam pelbagai genreOleh itu,bukti yang memaparkan bahasa Melayu klasik ini lebih luas berbanding bahasa Melayu kuno dan praklasik,iaitu meliputi:-

  • Batu bersuratBatu NisanHukum KanunSurat AwalNaskhah Sastera Klasik

  • Batu Bersurat

  • Batu Bersurat Di Pagar Ruyung

  • Ditemui di Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1356 MMemperlihatkan pengaruh Arab,tetapi masih ditulis dalam huruf India.Mengandungi prosa Melayu kuno serta beberapa baris sajak SanskritBahasa yang digunakan agak berbeza daripada bahasa Melayu kuno kerana terdapat perbezaan dari segi bentuk kata

  • Contohnya:-

    tidatyadamar-ber-ni-di-

  • Batu Bersurat Di Minye Tujuh

  • Bertarikh 1380 M.Karangan pada batu nisan ini berupa puisi Sanskrit yang disebut sebagai upajati dan merupakan sajak Melayu tertuaTulisan pada batu tersebut ialah tulisan India (Kawi) dan Arab,tetapi bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu

  • Yang berikut merupakan transliterasi dan terjemahan Batu Bersurat Minye Tujuh yang dilakukan oleh Hooykaas (Hashim Musa, 2003:43-45) :

    Teks Minye TujuhTerjemahan Hijrat nabi mungstapa yang prasida tujuh ratus asta puluh sawarsa haji catur dan dasa wara sukra raja iman warda (?) rahmat-AllahSetalah hijrah Nabi kekasih yang telah wafat tujuh ratus delapan puluh satu tahun bulan Zulhijjah 14 hari Jumaat, Ratu Iman Warda (Rahmat Allah bagi Baginda)Gutra baru bahasa mpu hak kadah pase ma taruk tasih tanah samuha ilahi ya rabbi tuhan samuha taruh dalam swarga tuhan tatuhaDari suku Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai menaruk di laut dan darat semesta.Ya Allah, Ya Tuhan semesta, taruhlah baginda dalam syurga Tuhan

  • Batu Bersurat Di Sungai Teresat, Terengganu

  • Ditemui pada tahun 1887 di Kampung Buluh, di tebing Sungai Teresat berhampiran Kuala Berang, TerengganuMenurut Syed Muhammad Naquib, tarikh yang tercatat pada batu bersurat ini ialah 22 Februari 1303 M(4 Rejab 702 Hijrah)Terdapat percampuran perkataan asli bahasa Melayu dengan bahasa Sanskrit,bahasa Jawa,dan bahasa Arab

  • Pengaruh bahasa Arab dan Melayu semakin ketara pada batu bersurat ini berbanding bahasa SanskritBatu bersurat ini mencatatkan peraturan-peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan di kawasan didirikan batu bersurat tersebut

  • Tulisan yang digunakan bagi menulis bahasa Melayu pada batu bersurat ini ialah tulisan JawiHal ini bererti tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa MelayuBatu bersurat ini merupakan tulisan bahasa Melayu yang paling awal dijumpai tertulis dengan menggunakan aksara Arab yang diadaptasi sebagai aksara Jawi(Hashim Musa, 2003)

  • Batu bersurat ini dikatakan sebagai catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu di atas batu kerana selepas itu bahan bukti bahasa Melayu klasik lebih banyak tertera dalam bentuk persuratan