bahan bukti geografi 2015

Upload: mahenthiran

Post on 01-Mar-2016

157 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

geografi

TRANSCRIPT

http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/tugasan-geografi-pt3-2015-kajian-ekonomi.html#axzz3dOgh0m8I

Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan EkonomiTugasan Geografi PT3 2015 Kajian Lapangan Kegiatan Ekonomi. Untuk tugasanGeografi PT3tahun 2015, pelajar PT3 adalah dikehendaki untuk menjalankan kajian lapangan berkenaan denganpekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomidi sekitar kawasan tempat tinggal atau sekolah pelajar.

Tempoh pelaksanaan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi adalah dari21 Jun hingga 3 Julai 2015.Adalah diingatkan yangKegiatan Ekonomiadalah tajuk umum. Pilih tajuk yang lebih spesifik yang menjurus dan berkaitan dengan kegiatan ekonomi di kawasan tempat kajian atau tempat tinggal anda.

Contoh jika anda tinggal di tanah perancangan FELDA/ FELCRA/ RISDA/ ladang kelapa sawit, maka tajuk anda perlulah spesifik kepada Sektor Pertanian sebagai kegiatan ekonomi penduduk.

Senarai Tajuk Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015Berikut adalah senarai tajuk yang boleh anda pilih berdasarkan lokasi atau tempat kajian pilihan anda. Pelajar dinasihatkan untuk memilih tajukKegiatan Ekonomiberdasarkan ekonomi yang dijalankan penduduk di kawasan tempat tinggal anda.

Contoh Kegiatan Ekonomi yang boleh anda pilih: Sektor Perindustrian - kawasan industri Sektor Perikanan - kawasan tepi pantai Sektor Perlombongan - kawasan lombong bijih besi, simen, Sektor Pertanian - FELDA/ RISDA/ FELCRA Sektor Pembalakan - Kawasan hutan simpan Sektor Perkhidmatan - pengangkutan (LRT, komuter KTM) Sektor Perniagaan - perbandaran (restoran, kedai runcit, pusat membeli-belah) Sektor Penternakan - ternakan haiwan seperti kambing, lembu, kerbau, udang, sotong

Contoh Panduan Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan EkonomiUntuk makluman, kajian lapangan hendaklah mengandungi beberapaperkara pentingseperti berikut :- Tajuk:Kegiatan Ekonomi penduduk di .................. (nama kawasan tempat kajian pilihan anda) Objektif kajian:Objektif utama adalah untuk mengkaji latar belakang kegiatan ekonomi penduduk di ................. (nama kawasan tempat kajian pilihan anda ) Kaedah kajian:Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual1. Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi(Mengenalpasti, menentukan atau menyatakan)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah perihal atau keadaan giat, kecergasan ataupun aktiviti. Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,kegiatan ekonomibermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di ............... antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian. Rujukan: Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd. Menurut BusinessDictionary.com,kegiatan ekonomiditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat. Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

Contoh Lengkap Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi (5 Markah)Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan(1 Markah). Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier(1 Markah). Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/ pembalakan dan perlombongan(1 Markah). Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan(1 Markah). Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan(1 Markah).

2. Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut

Namakan kawasan kajian dan sila huraikan latar belakang mengenai tajuk yang dipilih contoh pertanian secara terperinci Jadual graf kegiatan ekonomi penduduk - pelajar perlu sertakan persembahan dalam bentuk graf. Maklumat yang didapati adalah berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan di kawasan kajian pelajar Penduduk sekitar kawasan saya menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti pertanian Kelapa Sawit. Sila huraikan latar belakang mengenai pertanian Kelapa Sawit secara terperinci.2.1Jadual GrafKegiatan Ekonomi Penduduk (Sila sertakan persembahan dalam bentuk Graf). Maklumat adalah berdasarkan borang kaji selidik yang telah anda edarkan di kawasan kajian anda.

2.1.2Contoh Borang Soal SelidikContoh Borang Soal Selidik Pelbagai Format sila KlikBorang Soal Selidik PT3 Geografi:Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu tugasan luar dengan membuat tinjauan di sekitar tempat tinggal. Perlu ada borang soal selidik. Dapatkan 10 - 20 responden untuk soal selidik tersebut. Analisa data yang ada dan jadikan maklumat tersebut kepada jadual dan graf (persembahan grafik).

Pastikan soalan soal selidik mengandungi perkara berikut :- Maklumat responden- Maklumat kajian:

jenis-jenis pekerjaan di kawasan kajian, cadangan meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian, mengkaji kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian.Sila ambil gambar di kawasan kegiatan ekonomi yang anda kajidan sila sertakan keterangan di bawah setiap gambar anda dan cetak.

2.2 Contoh Grafik Pekerjaan Penduduk (Di kawasan tempat tinggal anda)Lebih menarik jika foto tersebut diambil oleh anda sendiri di kawasan tempat tinggal anda. Lebih banyak foto maka ianya adalah lebih baik.

Huraian Grafik: Apabila buah kelapa sawit sudah masak, penduduk akan menuai kepala sawit menggunakan pahat pemotong buah sebelum dihantar ke kilang untuk tujuan pemprosesan.

Nota Penting: Pada grafik atau foto anda, Sila Sertakan Tajuk, Huraian dan label

3. Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.Menghuraikan tiga atau lebih cadangan relevan dan tepat

3.1 Contoh cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk(a) Pertanian -Bercucuk tanam pokok Sawah padi Sayur-sayuran Kelapa sawit Getah(b) Perikanan Menjdai nelayan di laut Memasarkan sendiri hasil tangkapan tanpa menggunakan orang tengah. Mempelbagaikan produk perikanan seperti ikan kering, satay ikan, keropok lekor, budu, belacan, cencalok.(c) Perniagaan Pperniagaan runcit Perniagaan IKS kecil dan sederhana Restoran(d) Perusahaan Perusahaan kraf tangan(e) Penternakan Ikan Udang Kambing Lembu Ayam(f) Perkilangan

(g) Membuat Perniagaan Online (Contoh: Jual tudung atau Baju)

Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.

Contoh JawapanCadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut:1. Meningkatkan Permintaan Terhadap Hasil Dalam Sektor Pertanian dan Perikanan

Membangunkan industri kecil dan sederhana akan dapat meningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan.Peningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan pula akan dapat meningkatkan pendapatan petani dan nelayan.

Industri kecil dan sederhana yang banyak didirikan memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka.Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Contohnya kilang membuat keropok ikan atau keropok udang memerlukan hasil tangkapan laut manakala kilang memproses makanan pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan sebagainya.Hasil pertanian dan hasil tangkapan laut penduduk kampung yang biasanya sukar untuk dipasarkan kini telah menjadi rebutan para pengusaha industri kecil dan sederhana.

Kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Sebagai akibatnya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi dan harga hasil tangkapan laut seperti ikan, udang, sotong akan meningkat. Secara tidak langsung pendapatan petani dan nelayan akan meningkat.

2. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

(a) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep Satu Kampung Satu Produk.Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya.Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung luar.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.Jelasnya, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

(b) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung.Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak.

Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka.Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam kalangan masyarakat setempat.Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.

Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.

3.Menjalankan Perniagaan Online (Atas Talian)

Pada zaman ini, perniagaan online semakin hari semakin popular.Perniagaan online boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Anda tidak perlu membuat produk sendiri, sebalik menjual produk orang lain atau produk yang berjenama.

Perniagaan ini boleh bermula dengan perniagaan dengan modal rendah atau perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, boleh juga melibatkan diri dalam perniagaan online yang berisiko rendah. Tetapi, sentiasa berhati-hati semasa mencari pembekal produk dan mesti pandai membandingkan harga produk. Anda mesti belajar dan tahu cara pembungkusan dan cara pengeposan barang jualan.Akaun bank diperlukan untuk pembayaran dalam perniagaan online. Contohnya akaun bank di CIMB atau Maybank.

Selain itu, perniagaan ini mesti mempunyai medium jualan untuk mempromosikan barang jualan. Contohnya instagram, facebook, blog, wechat dan media-media sosial yang lain. Kalau bermodal besar boleh menggunakan promosi melalui iklan blog atau iklan facebook.

4.Membuat Kerja Digital Pekerja Digital

Kerja digital melibatkan tugasan-tugasan yang dilakukan secara online (atas talian).Kerja digital boleh dilakukan di rumah atau di luar waktu pejabat.Kerja digital boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan.Pekerja digital boleh melakukan pelbagai tugasan digital dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya.Tugasan-tugasan digital ini biasanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan.

Di negara kita, pekerja digital boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki (www.erezeki.my) atau mendaftar melalui agen tugasan digital (kerja online).Program eRezeki memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan. Peserta program boleh memilih tugasan yang sesuai dengan kemahiran masing-masing. Tugasan-tugasan digital adalah seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat, memasukan data, memasukkan maklumat, menyemak maklumat dan sebagainya.Melalui program eRezeki, peserta boleh meraih pendapatan tambahan antara RM300 dan RM4,000 sebulan.

Pekerja digital biasanya berpeluang untuk mempelajari kemahiran baru di samping menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan digital.Secara umumnya, tiada prasyarat untuk menjadi pekerja digital. Adalah menjadi kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan internet, boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris tetapi yang paling utama adalah mempunyai kemahuan dan jati diri untuk berusaha dan berubah.

5. Wujud peluang pekerjaan

Bentuk muka bumi di Malaysia yang tidak sama memungkinkan terdapat perbezaan kegiatan ekonomi yang sekali gus dapat menjadi sumber pekerjaan kepada penduduk untuk menjana pendapatan.

Sebagai contoh, di Utara Semenanjung yang mana bentuk muka buminya rata dan bertanah subur membolehkan penduduknya mengerjakan sawah padi. Berbeza pula dengan negeri-negeri lain yang bertanah gambut dan sebagainya.

Hasil daripada kegiatan ekonomi itu merujuk kepada pertanian (sawah padi) terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang boleh diperolehi. Antaranya, pesawah, pemandu lori untuk membawa hasil padi ke kilang, pembawa jentera penuai padi, pembawa jentera membajak dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut, pelbagai cadangan usaha-usaha yang boleh diambil. Amalan pertanian moden dilihat dapat menambah hasil tuaian padi yang berlipat kali ganda. Penggunaan jentera pembajak, jentera penuai, mesin penyembur racun, mesin penyembur baja Pnggunaan benih padi yang lebih bermutu, tahan lasak Kurangkan pergantungan kepada orang tengah Eksport hasil padi ke luar negara

4. Kegiatan ekonomi yang berpotensi di majukan di kawasan kajian anda dan alasannya.4.1Sila sertakan fakta, huraian dan contoh pada setiap isi pentingKegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan bermaksud kegiatan ekonomi sedia ada yang boleh anda upgrade atau membuka satu kegiatan ekonomi yang baru untuk memenuhi keperluan penduduk atau dapat meningkatkan pendapatan. Contoh kegiatan ekonomi yang boleh anda pilih:

(a) Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)Contoh:Kawasan tepi laut berpotensi untuk membina bangunan untuk burung-burung layang membina sarang. Ini disebabkan kawasan tepi laut mempunyai banyak burung layang. Kegiatan ekonomi ini mendatangkan pendapatan lumayan kerana harga sekilo sarang burung layang-layang mencecah ribuan ringgit.

Akuakultur adalah salah satu kegiatan ekonomi yang berpotensi iaitu penternakan udang di kawasan paya bakau. Kawasan paya bakau sesuai untuk penternakan udang kerana ia berlumpur dan sentiasa ditakungi air.

(b) Sektor Perkhidmatan (Buka Homestay dan Pelancongan)Contoh:Homestay adalah kemudahan tempat tinggal yang berorientasikan pelancongan desa amat berpotensi dijalankan di Telok Panglima Garang kerana kawasan ini mempunyai kampung tersusun. Pelancong berpeluang untuk mempelajari cara hidup seharian penduduk kampung disamping menambah pendapatan sampingan kepada keluarga yang terlibat.

Huraian lengkapInap Desa (homestay): klikcontoh 1,contoh 2

Inap Desa https://ustazkenali.wordpress.com/2013/10/01/inap-desa-karangan-pilihan/Inap desa adalah satu produk pelancongan yang bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor perkhidmatan pelancongan. Inap desa dapat menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar.Terdapat pelbagai keistimewaan program inap desa dan antara fokus utama ialahpelancong boleh mengenali, mengikuti, mempelajari dan mengamalkan sendiri cara kehidupan seharian masyarakat desa. Pelancong akan menyewa dan tingga bersama keluarga angkat. Di sinilah berlaku interaksi dengan komuniti setempat contohnya pelancong boleh mempelajari adat resam, dan budaya. Contohnya membuat wau, gasing dan kueh tradisional. Inap desamenjanjikankedamaian jiwa berbandingan kehidupan bandar yang sibuk. Anda akan mendapati bahawa rentak kehidupan di desa agak santai di sini berbanding kehidupan di bandar dan bagi mereka yang menghargai ketenteraman hidup di kampong. Pelancong akan dapat melihat anak-anak bermain dengan riang di halaman, bebas, kerbau berkubang di bendang-bendang dan burung-burung berkicau di pohon-pohon rendang. Bukan itu sahaja, bahkan pelancong berpeluang menjalin hubungan rapat dengan keluarga angkat yang mesra menerima kedatangan mereka dan melayan mereka sebagai salah seorang ahli keluarga.Pelawat dan pelancong akan dapatmenikmati budaya maufakat di kampung.Bagi masyarakat di inap desa suka-duka dikongsi bersama. Tetamu yang datang disambut dan diraikan. Budaya gotong-royong sangat ketara ketika majlis berkhatan dan kenduri kahwin. Semua orang adalah orang penting untuk mengambil bahagian dalam apa-apa peristiwa di desa. Kalau kematian semua orang turut bersedih. Pengalaman ini tidak dapat dirasa di bandar, kerana di inap desa, wang bukan segala-galanya.Keistimewaan Inap desa dengan Gerakan Dasa Wawasan menekankan kepada pembangunaninsan sejahtera melalui penjanaan sumber kekayaan tempatan, kehidupan desa adalah produk yang mampu menjana sumber ekonomi. Sebenarnya rumah tradisi, sifat ramah-tamah, saling kenal-mengenali, hidup berkasih-sayang dan kekeluargaan mempunyai nilai wang kepada pelancong asing dan tempatan. Sebenarnya inilah yang dicari-cari oleh seseorang manusia yang hilang nilai-nilai kemanusiaan. Contoh cara hidup yang seimbang di inap desa ada nilai komersil tanpa perlu menyediakan bangunan yang mahal dan indah untuk dijadikan hotel.

KARANGAN : LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DESA http://nassmkt.blogspot.com/2010/03/karangan-langkah-langkah-memajukan.htmlDarsawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang pesat di negara kita .Pada tahun 2000, purata pelancongan yang berkunjung ke Malaysia dianggarkan seramai 10.2 juta orang. Senario ini, menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga paling ramai menerima pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong. Lantaran itu, pelancongan desa telah juga mendapat tempat di mata pelancong asing. Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman kepada pelancong supaya menghargai kehidupan dikampung dan merasai budaya dan adat resam ini sesuai dengan peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masauk kandang kerbau menguak. Pelancongan desa akan bertambah maju sekiranya pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk memajukan industri ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar terus berkembang maju?Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik. Melalui kempen yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat. Dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, kerajaan boleh membina laman sesawang yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita untuk disebarkan kepada masyarakat luar. Sekiranya pihak kerajaan memandang enteng dan bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan sector pelancongan desa, maka industri ini akan terus hilang ditelan zaman justeru dapat mengurangkan pendapatan penduduk kampung. Oleh itu, mengadakan kempen merupakan langkah progmatik dalam usaha memajukan pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenanMinhaj seterusnya untuk memajukan Pelancongan Desa agar terus berkembang ialah pihak kerajaan melalui Kementeriaan Pelancongan di bawah pimpinan Dato Sri Dr. Ng Yen Yen haruslah menyediakan dan mencekapkan infrastruktur di negara kita. Dengan adanya kelengkapan infrastruktur yang sempurna dan kondusif, sudah pasti negara kita akan menjadi destinasi utama kepada pelancong-pelancong asing. Selain itu, kemasukan pelancong asing akan dapat meningkatkan ekonomi industri desa di negara kita melalui pengaliran mata wang asing. Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana untuk diagihkan kepada wakil-wakil di setiap negeri bagi menaik taraf infrastuktur seperti rumah penginapan, siber kafe, bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain. Cuba kita bayangkan bagaimana reaksi pelancong asing yang melancong ke negara kita jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap kemudahan infrastruktur? Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti mele[askan batuk di tangga, maka industry desa akan terus berada pada takuk yang sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan Pelancongan perlulah menyediakan dan mencekapkan infrastruktur agar industri desa di negara kita terus berkembang maju.Selain itu, pihak pengurusan homestay perlu menyediakan pelbagai aktivit rekreasi sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-altiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan homestay boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. Sebagai contoh,mereka boleh memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing,congkak,wau,dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian,aktiviti menuai padi,dan pertandingan membuat kraftangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancing asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen,sudah pasti industry pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya,pihak pengurusan homestay perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita.Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga haruslah memainkan peranan mereka dengan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri. Selain itu, untuk meningkatkan lagi keberkesanan promosi ini, pihak kerajaan juga haruslah bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan lagi kehadiran pelancong dalam negara kita ini. Pihak Kementerian Pelancongan haruslah menitikberatkan perkara ini kerana tidak ramai rakyat Malaysia dan pelancong asing mengenali kawasan-kawasan yang strategik untuk melancong dan melawat kawasan desa di negara kita. Tambahan lagi, ekonomi negara Malaysia juga bergantung kepada sektor pelancongan, dengan pertambahan pelancong dari luar dan dalam negara, secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi sumber ekonomi negara kita. Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa adalah dengan mengadakan kempen. Pihak media massa dan media elektronik juga haruslah memainkan peranan mereka dalam menjayakan kempen pelancongan ini dengan menyiarkan dan memaparkan lokasi-lokasi di desa yang strategik untuk dijadikan kawasan pelancongan. Pihak kerajaan juga haruslah campur tangan dalam hal ini dengan mengadakan festival-festival seni dan kebudayaan di kaswasan-kawasan desa yang terpilih untuk menambah lagi minat pelancong untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang kebudayaan dan adat resam sesebuah masyarakat di desa itu. Secara tidak lansung, pelancong akan mengunjungi kawasan itu untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang kebudayaan di situ, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, untuk menarik minat kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara adalah dengan mengadakan pesta wau, pesta mencanting batik dan pesta kebudayaan masyarakat di kawasan desa itu. Seandainya langkah untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa tidak diambil serius oleh pihak kerajaan, kempen cuti-cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia tidak dapat dijayakan, seterusnya menjatuhkan kekukuhan sektor pelancongan di negara kita. Tegasnya, peranan pihak kerajaan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri dapat menambahkan lagi kehadiran pelancong di negara ini.Seterusnya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan desa.Berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa masih terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-kawasan desa.Sehubungan itu,pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan membangunkan sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan.Pihak kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-kurangnya satu industri dalam sesebuah desa seperti industri pemprosesan makanan,batik dan kraftangan.Industri desa haruslah diperkembangkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas serta dapat memberi pulangan yang lumayan dalam industri pelancongan.Andainya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan mengambil langkah sebegini,maka industri pelancongan desa di negara kita dapat terus berkembang maju.Tegasnya,untuk memajukan industri desa,kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan kawasan desa sebagai salah satu pusat pelancongan desa.Intihanya, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan desa di negara kita. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya dapat memakmurkan Malaysia di mata dunia luar. Senario ini secara tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara barat yang suatu ketika dahulu pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara yang penduduknya tinggal di atas pokok dan bercawat. Industri pelancongan secara tidak langsung dapat menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas peta. Oleh itu, kita sepatutnya mengusahakan industri pelancongan desa di negara kita dengan sebaik-baiknya.

(c) Sektor Perindustrian (Kilang buat sabun daripada kelapa sawit/penghasilan kerepek)

(d) Tanaman FertigasiContoh:Tanaman fertigasi merupakan satu kaedah penanaman pokok di dalam bekas atau polibeg yang dapat meningkatkan hasil pendapatan. Contoh pokok yang sesuai untuk kaedah ini seperti pokok cili dan timun jepun. Kaedah ini amat menguntungkan dan tidak memerlukan kawasan pertanian yang luas. Hal ini juga dapat membantu pendapatan kepada penduduk di Telok Panglima Garang.

(e) Ternakan Ladang (lembu/kambing)

(f) Pelancongan DesaHuraian lengkap: klikcontoh 1,contoh 2

Pelancongan Desa https://upsrpt3spm.wordpress.com/2014/11/20/pelancongan-desa/Pelancongan ialah satu industri yang menguntungkan terutama bagi negara-negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, warisan silam, adat resam serta keindahan alam. Di Malaysia, kesemua ciri ini ada dalam kehidupan masyarakat desa. Hal ini demikian kerana majoritinya masih mengamalkan dan mempertahankan adat resam nenek moyang yang terdahulu. Di samping itu, cara hidup mereka juga masih lagi dipengaruhi oleh nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, bekerjasama selain mengamalkan cara hidup yang sederhana tanpa mementingkan diri sendiri.Para pelancong yang ingin mengetahui suasana perkampungan yang sebenar dan ingin mengetahui cara memproses getah dan padi tidak ketinggalan menyertai program pelancongan industri desa (homestay). Program ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sosial ekonomi penduduk desa.Selain daripada menghayati kehidupan di desa , para pelancong sudah tentu ingin menikmati keindahan alam semula jadi negara yang sememangnya kaya dengan flora dan fauna. Oleh yang demikian, pekerjaan sebagai pemandu pelancong dan artis-artis kesenian asli akan wujud dengan pesatnya. Manakala kegiatan pertukangan kayu, ukiran, tenunan, lakaran dan lain-lain akan berkembang menjadi satu perusahaan yang memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha desa.Dari segi manfaat bukan berbentuk kewangan, industri pelancongan dapat membantu masyarakat desa membina keupayaan dan meningkatkan kemahiran. Penglibatan dalam pelbagai bidang seperti pemandu pelancong, pengusaha industri desa dan penyediaan perkhidmatan pelancongan akan dapat meningkatkan kemahiran mengurus projek, memantapkan bakat kepimpinan dan pengurusan kewangan yang lebih cekap.Selain itu, pelancongan juga akan dapat membantu masyarakat desa mengekalkan warisan budaya dan adat resam yang mereka warisi sejak dahulu lagi. Jika segala warisan ini telah lenyap atau hanya boleh dirujuk melalui pembacaan buku-buku sejarah, tidak ada makna lagi para pelancong mengunjungi sesebuah komuniti kerajaan kerana yang mereka ingin lihat telah tidak ada lagi.Kunjungan kerap para pelancong juga dapat meningkatkan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan di desa. Kerajaan tentu tidak mahu imej negara tercalar disebabkan keadaan yang disediakan di tempat tumpuan pelancong tidak berada pada tahap memuaskan. Hal ini secara tidak langsung memberi kebaikan dari segi peningkatan keselesaan kehidupan masyarakat luar bandar.Seterusnya, pelancong juga dapat membantu menjamin alam sekitar serta flora dan fauna di desa terpelihara. Siapa mahu ke Kuala Selangor lagi jika kunang-kunang di sana pupus dek kerakusan manusia? Selain itu, penduduk desa akan dapat meningkatkan taraf hidup mereka dengan menunjukkan industri herba yang sumber semula jadinya diperoleh dari hutan yang berhampiran. Dari segi kesihatan pula, penduduk desa akan lebih terjamin kesihatan mereka kerana kurang terdedah kepada pencemaran alam sekitar akibat daripada diratah pembangunan.Sememangnya industri pelancongan dapat menyumbang kepada peningkatan sosial ekonomi penduduk desa , namun penduduk perlu memastikan apa yang ingin mereka persembahkan kepada pelancong adalah suatu yang asli, bermoral dan selaras dengan kehendak mereka.

Langkah-langkah memajukan INAP DESA. http://gerbangsejaraham.blogspot.com/2012/10/langkah-langkah-memajukan-inap-desa.html

Darsawarsa ini, pelancongan desa atau inap desa merupakan industri perkhidmatan yang kian popular di negara kita . Pada tahun 2000 sahaja, anggaran pelancongan yang berkunjung ke Malaysia mencecah 10.2 juta orang. Senario ini, menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga paling ramai menerima pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong. Lantaran itu, pelancongan desa turut menjadi pilihan danmendapat tempat di mata pelancong asing. Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman baharu kepada pelancong supaya menghargai kehidupan di kampung dan mengalami sendiri atau secara dekatbudaya dan adat resam negara kita bak kata pepatah Melayu, masuk kandang kambing mengembek, masauk kandang kerbau menguak. Pelancongan desa akan bertambah maju sekiranya pelbagai pihak bergading bahu memajukan industri ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar terus bersinar dan berkembang maju?

Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen yang berkesan dan menyeluruh melalui pelbagai media massa untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri. Keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebar luas kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat dengan menggunakan media yang sesuai, misalnya media alternatif. Dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, kerajaan boleh membina laman sesawang yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita. Sekiranya pihak kerajaan memandang enteng dan bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan industri pelancongan desa, maka industri ini akan terus hilang ditelan zaman atau sekadar indah khabar dari rupa sahaja. Oleh hal yang demikian,mengadakan kempen yang berkesan merupakan langkah progmatik dalam usaha memajukan pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenan serta memanfaatkan masyarakat desa.

Minhaj seterusnya untuk memajukan Pelancongan Desa agar terus berkembang ialah pihak kerajaan melalui Kementeriaan Pelancongan haruslah menyediakan dan membangunkan prasarana pelancongan dalam negara.Dengan adanya prasarana yang sempurna dan kondusif, sudah pasti negara kita akan menjadi destinasi utama bukan sahaja kepada pelancong domestik malah pelancong-pelancong asing. Kemasukan pelancong asing secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi di desa. Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana untuk diagihkan kepada wakil-wakil di setiap negeri bagi menaik taraf prasarana pelancongan rumah penginapan, kafe siber , bekalan air bersih, kafe dan juga system perhubungan dan pengangkutan. Cuba kita bayangkan bagaimana reaksi pelancong asing yang melancong ke negara kita jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap kemudahan infrastruktur? Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti melepaskan batuk di tangga, maka industry inap desa akan terus berada pada takuk yang sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan Pelancongan selaku agensi yang bertanggungjawab dalam bidang pelancongan perlulah merangka program jangka panjang ke arah meningkatkan prasarana bersangkutan dengan sector pelancongan.

Selain itu, pihak pengurusan homestay atau pengusaha inap desa perlu merangka pelbagai aktiviti rekreasi sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-altiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan homestay boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi seperti pertunjukan kesenian dan kebudayaan untuk memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing,congkak,wau,dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian, permainan tradisional,menuai padi,dan pertandingan membuat kraftangan. Program sebegini bukan sahaja dapatmemperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing tetapi juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa para pelancongkerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan kreatif dan inovatif , sudah pasti industri pelancongan desa akan terus mundur dan hilang serinya. Tegasnya, pihak pengurusan homestay perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai prasyarat untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita.

Selanjutnya, kerajaan perlulah merangka dasar jangka panjang dan jangka pendek untuk memajukan sektor pelancongan negara. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dengan diwarnai pelbagai aktiviti sokongan seperti Pesta Flora Antarabangsa, Pesta Wau Antarabangsa, Acara Sukan Peringkat Antarabangsa dan Pameran LIMA, Pameran Buku dan sebagainya.Seterusnya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan desa. Berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa masih terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-kawasan desa. Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan membangunkan sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan. Pihak kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-kurangnya satu industri dalam sesebuah desa seperti industri pemprosesan makanan, batik dan kraftangan. Industri desa haruslah diperkembangkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas serta dapat memberi pulangan yang lumayan dalam industri pelancongan. Andainya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan mengambil langkah sebegini, maka industri pelancongan desa di negara kita dapat terus berkembang maju.Tegasnya,untuk memajukan industri desa,kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan kawasan desa sebagai salah satu pusat pelancongan desa.

Intihanya, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan desa di negara kita. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya dapat memakmurkan Malaysia di mata dunia .Senario ini secara tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara barat yang suatu ketika dahulu pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara yang penduduknya tinggal di atas pokok dan bercawat. Industri pelancongan secara tidak langsung dapat menaikkan nama negara di mata dunia.

(g) Industri Kecil dan Sederhana (IKS)Huraian lengkap: klikcontoh 1

(1) Industri Kecil dan Sederhana (IKS) http://www.bumigemilang.com/karangan-4/Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat terutamanya penduduk setempat.Membangunkan industri kecil dan sederhana akan dapat meningkatkan permintaan terhadap bahan-bahan mentah termasuk hasil dalam sektor pertanian dan perikanan.Dengan ini, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk.Jelasnya, industri kecil dan sederhana merupakan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kebanyakan kawasan.(a) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep Satu Kampung Satu Produk.Contohnya,kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya.Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung luar.Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.Jelasnya, industri kecil dan sederhana sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar.(b) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung.Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak.Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka.Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam kalangan masyarakat setempat.Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.

Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh5. Kesimpulan/ RumusanKesimpulannya, kegiatan ekonomi penduduk sekitar di .................. (kawasan anda) terutamanya dalam bidang pertanian adalah sangat penting dalam menjana pendapatan individu. Di samping itu, pertanian Kelapa Sawit juga merupakan antara salah satu sumber utama pendapatan negara Malaysia selepas minyak mentah (Petroleum).

6. Sumber/ Rujukan-Iaitu membuat rujukan buku, majalah, akhbar atau rujukan internet.

Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya. Semua borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden (10 hingga 20) wajib disertakan bersama-sama hasil kajian. Digalakkan menyertakan foto/ gambar/ rajah/ grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian. Menulis sumber rujukan dengan betul Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data

http://www.mysumber.com/tugasan-geografi-pt3-2015-pekerjaan-penduduk-contoh.html

Takrifan kerja Kursus Geografi PT3 2015 borang soal selidik

Calon PT3 tahun 2015 dikehendaki melaksanakan jenis tugasan iaitu kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar tempat tinggal atau sekolah calon

Kajian lapangan berkenaan haruslah merangkumi perkara dan butiran berikut: Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannyaSebagai makluman, semua borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden iaitu pihak-pihak yang dijadikan sebagai sampel (contoh) dalam sebuah penelitian wajib disertakan bersama-sama hasil kajianCONTOH BORANG SOAL SELIDIKBorang soal selidik yang disertakan ini hanyalah sebagai panduan atau sebagai cetusan idea baharu kepada calon dalam menghasilkan dan penambahbaikkan borang soal selidik yang dibuat dengan menggunakan kreativiti masing-masing

BAHAN RUJUKAN TUGASAN Contoh:Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi

Contoh: Carta Pai tentang jenis pekerjaan dalampelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian

Latar belakang kegiatan ekonomi berdasarkan sektor ekonomiyang dijalankan oleh penduduk di kawasan kajian, antaranya seperti sektor1. Perindustrian2. Perikanan3. Perlombongan4. Pertanian5. Pembalakan6. Perkhidmatan7. Perniagaan8. Penternakan Contoh:Cadangan alternatifuntuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian

Contoh Skema Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Di Felda Jengka Pahang http://www.melvister.com/2015/06/cadangan-usaha-meningkatkan-pendapatan-penduduk-pt3-2015.htmlTerdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di sekitar kawasan kajian di Felda Jengka Pahang. Antaranya adalah menyarankan penduduk menyertai program keusahawanan atau perniagaan, menjana pendapatan secara atas talian atau online, melabur dalam Amanah Saham Berhad (ABS) dan mempelbagaikan jenis tanaman selain kelapa sawit di Felda Jengka Pahang.Penyertaan penduduk dalam program keusahawanan boleh meningkatkan pendapatan keluarga(1 Markah). Contohnya dengan membuka gerai atau kedai runcit secara kecil-kecilan(1 Markah). Ini kerana Kedai Runcit adalah lebih relavan untuk dibuka memandangkan penempatan ini berada jauh daripada kawasan bandar(1 Markah). Selain itu, penduduk boleh juga membuka gerai jualan makanan atau minuman secara kecil-kecilan. Bagi masyarakat penduduk Felda Jengka, ada antaranya pekerja bujang malas untuk memasak. Jadi gerai atau warung makanan dan minuman seperti ini dapat menjadi destinasi pilihan golongan tersebut(1 Markah). Selain itu, bagi penduduk yang berkemahiran tinggi seperti berkeupayaan membaiki kereta dan motor, membuka bengkel juga boleh meningkatkan atau menjana pendapatan sampingan(1 Markah).Selain itu, penduduk di kawasan kajian juga boleh menjana pendapatan sampingan secara atas talian (Online)(1 Markah). Seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat, laman sosial kini menjadi tumpuan semua golongan tanpa mengira muda mahupun yang tua(1 Markah). Boleh dilihat penduduk sekitar Felda Jengka Pahang lebih banyak meluangkan masa dengan telefon pintar untuk mengakses laman sosial. Untuk info, laman sosial seperti Facebook, Instragram mahupun applikasi Whatsapp boleh dijadikan platform untuk penduduk berniaga secara atas talian dan mendapatkan pelanggan(1 Markah). Contohnya dengan membuka kedai e-Shop menerusi blogspot atau di instagram untuk menjual pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan seperti tudung atau baju kurung(1 Markah). Disamping itu, penduduk juga boleh menggunakan sepenuhnya manfaat applikasi laman sosial Whatsapp sebagai hubungan untuk berkomunikasi secara interaktif ketika menjalankan perniagaan(1 Markah).Membuat pelaburan dalam Amanah Saham Berhad juga boleh meningkatan pendapatan penduduk(1 Markah). Dengan pelaburan juga, dapat membina aset untuk pendapatan pada jangka masa panjang(1 Markah). Penduduk juga boleh menyimpan duit ke dalam ASB atau membuat pinjaman menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN)(1 Markah)Dengan pelaburan tersebut, penduduk juga boleh mendapat pulangan pada setiap tahun dalam bentuk dividen(1 Markah). Selain daripada ASB, terdapat pelbagai bentuk pelaburan yang boleh disertai antaranya adalah saham Felda Global Venture (FGV), Tabung Haji dan sewaktu dengannya(1 Markah).Mempelbagaikan jenis tanaman juga adalah penting bagi penduduk di sekitar Felda Jengka Pahang(1 Markah). Seperti sedia maklum, semua peneroka FELDA diberikan tanah secara percuma oleh kerajaan Malaysia untuk penduduk menanam hasil kelapa sawit(1 Markah). Selain daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh mengambil inisiatif atau peluang untuk menanam tanaman selain daripada kelapa sawit(1 Markah). Contohnya adalah seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya(1 Markah). Selain daripada menunggu hasil daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh menjual sayuran yang ditanam untuk menjana pendapatan sampingan(1 Markah).http://www.cekgunorazimah.com/2015/06/pt3-takrifan-kegiatan-ekonomi.html

Takrifan Kegiatan EkonomiCikgu cuma beri maksud dari buku teks, tetapi untuk konsep, calon dikehendaki untuk mencari maksud dari kamus dewan atau wikipedia.Menurut Buku Teks Tingkatan 3 mukasurat 114, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang, Antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian.

Rujukan :

Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.

Cadangan Usaha-Usaha untuk Meningkatkan Pendapatan Penduduk

1. Bekerja sambilan- Tujuan bekerja sambilan adalah untuk meningkatkan pendapatan keluarga- Contoh : tukang urut, penukang rumah, pemandu teksi

2. Mengikuti kursus kemahiran- Pelbagai agensi kerajaan banyak menganjurkan kursus kemahiran untuk meningkatkan kemahiran penduduk dalam pelbagai bidang-Contoh : Kursus penternakan ikan air tawar, kursus membuat kek,

3. Berniaga kecil-kecilan- Untuk menambah pendapatan

-Contoh : perniagaan online, menjual burger, berniaga di pasar malam

Kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian anda dan alasannya.

1. Homestay

Sertakan bersama huraian dan contoh serta alasan yang kukuh.

2. Tanaman Fertigasi

Sertakan bersama huraian dan contoh serta alasan yang kukuh.3. IKS

Sertakan bersama huraian dan contoh serta alasan yang kukuh.4. Ternakan ladang

Sertakan bersama huraian dan contoh serta alasan yang kukuh.5. Agro pelancongan

Sertakan bersama huraian dan contoh serta alasan yang kukuh.

Kegiatan Ekonomi Berpotensi Dimajukan Tugasan Geografi PT3 20151Jun 17, 2015

Panduan contoh jawapan soalan 4 tugasan Geografi PT3 2015. Calon dikehendaki untuk mencadangkan kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian serta alasannya. Apa-apa cadangan yang logik berserta alasan kukuh diterima sebagai jawapan. Untuk kawasan kajian Telok Panglima Garang, beberapa cadangan kegiatan ekonomi boleh dijalankan seperti di bawah.Kegiatan Ekonomi Berpotensi Dimajukan Tugasan Geografi PT3 20151. HomestayHomestay adalah kemudahan tempat tinggal yang berorientasikan pelancongan desa amat berpotensi dijalankan di Telok Panglima Garang kerana kawasan ini mempunyai kampung tersusun. Pelancong berpeluang untuk mempelajari cara hidup seharian penduduk kampung disamping menambah pendapatan sampingan kepada keluarga yang terlibat.2. Tanaman FertigasiTanaman fertigasi merupakan satu kaedah penanaman pokok di dalam bekas atau polibeg yang dapat meningkatkan hasil pendapatan. Contoh pokok yang sesuai untuk kaedah ini seperti pokok cili dan timun jepun. Kaedah ini amat menguntungkan dan tidak memerlukan kawasan pertanian yang luas. Hal ini juga dapat membantu pendapatan kepada penduduk di Telok Panglima Garang.SUMBER:Cikgu Norazimah

Cadangan atau Cara-cara Meningkatkan Pendapatan Isi rumahhttp://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2015/06/cadangan-atau-cara-cara-meningkatkan.htmlPada masa sekarang, terdapat berbagai cara atau langkah untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Antaranya ialah

1. Perniagaan Online.

Bagi mereka yang ada kemahiran berkomputer, ini merupakan satu peluang untuk menjana pendapatan atas talian. Tapak-tapak media sosial seperti Blog, Facebook, Twitter dan Instagram menjadi medium paling sesuai untuk perniagaan online ini. Melalui konsep 'drop ship', seseorang agen yang aktif memperolehi pendapatan lumayan. Malahan ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan.

2. Perniagaan di rumah.

Bagi suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai kemahiran menjahit, menyulam dan seumpamanya boleh meningkatkan pendapatan keluarganya dengan mengambil upah menjahit dan menyulam pakaian. Pada masa sekarang, sehelai baju kurung, upah menjahitnya antara RM30 hingga RM50. Sudah tentu aktiviti ini berjaya meningkatkan pendapatan keluarganya.

3. Guru tuision berbayar.

Bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat, terdapat guru-guru yang membuat kelas tuision di rumah atau di pusat tuision. Biasanya, bayaran yang dikenakan ke atas seorang pelajar ialah RM60 sebulan untuk satu mata pelajaran. Jelas menunjukkan pendapatan yang diperolehi sebagai guru tuision ini agak lumayan dan dapat meringankan bebanan kos hidup masa kini.

4. Perniagaan homestay/rumah tamu/ rumah sewa.

Ini merupakan sumbangan pendapatan yang agak besar kepada sesebuah keluarga. Harga sewaan semalam bagi homestay antara RM150 hingga RM180. Sementara bayaran sewaan rumah sebulan pula antara RM500 hingga RM700. Lazimnya, golongan berpendapatan tinggi yang memiliki rumah melebihi sebuah, cenderung untuk menjadikan rumahnya sebagai rumah sewa/ homestay. Ini merupakan satu cara untuk menambahkan pendapatan keluarganya.

5. Melakukan Dua Kerja atau Lebih.

Tidak mustahil seseorang itu melakukan banyak kerja untuk menambahkan pendapatannya, jika pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarganya. Contohnya, pada sebelah pagi, bekerja sebagai guru dan di sebelah petangnya berniaga di pasar malam. Ada juga yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan di sebelah siang, sementara di sebelah malamnya menjadi Jaga Bangunan.

6. Menjual barang-barang terpakai.

Walaupun jumlah hasil jualan barang-barang terpakai seperti bateri lama (RM5.00), suratkhabar lama (10 - 20 sen/kg), dan botol plastik/botol kaca (20 sen/botol) tidak banyak, tetapi aktiviti ini merupakan punca pendapatan sampingan bagi golongan pendapatan kecil seperti tukang sapu sekolah.

Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk PT3 2015Published Friday, June 19, 2015 Bymelvister. Underpendidikan2314Cadangan usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk Tugasan Geografi PT3 2015. Pada bahagian ini, calon diminta untuk menghuraikan isi penting relevan mengenai cadangan untuk meningkatkan pendapatan sekitar penduduk di kawasan kajian. Isi penting mestilah berserta huraian dan contoh. Dinasihatkan juga untuk memberi lebih daripada 3 cadangan untuk bahagian ini. Jumlah markah bagi untuk huraian cadangan usaha meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian adalah berjumlah 20 Markah.

Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk PT3 2015Sila senaraikan tiga cadangan atau lebih dengan tepat dan relevan: Menyertai program keusahawanan (Perniagaan) Buat pendapatan sampingan secara Atas Talian (Online) Melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) Mempelbagaikan Jenis Kepelbagaian TanamanContoh Skema Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Di Felda Jengka PahangTerdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di sekitar kawasan kajian di Felda Jengka Pahang. Antaranya adalah menyarankan penduduk menyertai program keusahawanan atau perniagaan, menjana pendapatan secara atas talian atau online, melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) dan mempelbagaikan jenis tanaman selain kelapa sawit di Felda Jengka Pahang.Penyertaan penduduk dalam program keusahawanan boleh meningkatkan pendapatan keluarga(1 Markah). Contohnya dengan membuka gerai atau kedai runcit secara kecil-kecilan(1 Markah). Ini kerana Kedai Runcit adalah lebih relavan untuk dibuka memandangkan penempatan ini berada jauh daripada kawasan bandar(1 Markah). Selain itu, penduduk boleh juga membuka gerai jualan makanan atau minuman secara kecil-kecilan. Bagi masyarakat penduduk Felda Jengka, ada antaranya pekerja bujang malas untuk memasak. Jadi gerai atau warung makanan dan minuman seperti ini dapat menjadi destinasi pilihan golongan tersebut(1 Markah). Selain itu, bagi penduduk yang berkemahiran tinggi seperti berkeupayaan membaiki kereta dan motor, membuka bengkel juga boleh meningkatkan atau menjana pendapatan sampingan(1 Markah).Selain itu, penduduk di kawasan kajian juga boleh menjana pendapatan sampingan secara atas talian (Online)(1 Markah). Seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat, laman sosial kini menjadi tumpuan semua golongan tanpa mengira muda mahupun yang tua(1 Markah). Boleh dilihat penduduk sekitar Felda Jengka Pahang lebih banyak meluangkan masa dengan telefon pintar untuk mengakses laman sosial. Untuk info, laman sosial seperti Facebook, Instragram mahupun applikasi Whatsapp boleh dijadikan platform untuk penduduk berniaga secara atas talian dan mendapatkan pelanggan(1 Markah). Contohnya dengan membuka kedai e-Shop menerusi blogspot atau di instagram untuk menjual pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan seperti tudung atau baju kurung(1 Markah). Disamping itu, penduduk juga boleh menggunakan sepenuhnya manfaat applikasi laman sosial Whatsapp sebagai hubungan untuk berkomunikasi secara interaktif ketika menjalankan perniagaan(1 Markah).Membuat pelaburan dalam Amanah Saham Berhad juga boleh meningkatan pendapatan penduduk(1 Markah). Dengan pelaburan juga, dapat membina aset untuk pendapatan pada jangka masa panjang(1 Markah). Penduduk juga boleh menyimpan duit ke dalam ASB atau membuat pinjaman menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN)(1 Markah)Dengan pelaburan tersebut, penduduk juga boleh mendapat pulangan pada setiap tahun dalam bentuk dividen(1 Markah). Selain daripada ASB, terdapat pelbagai bentuk pelaburan yang boleh disertai antaranya adalah saham Felda Global Venture (FGV), Tabung Haji dan sewaktu dengannya(1 Markah).Mempelbagaikan jenis tanaman juga adalah penting bagi penduduk di sekitar Felda Jengka Pahang(1 Markah). Seperti sedia maklum, semua peneroka FELDA diberikan tanah secara percuma oleh kerajaan Malaysia untuk penduduk menanam hasil kelapa sawit(1 Markah). Selain daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh mengambil inisiatif atau peluang untuk menanam tanaman selain daripada kelapa sawit(1 Markah). Contohnya adalah seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya(1 Markah). Selain daripada menunggu hasil daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh menjual sayuran yang ditanam untuk menjana pendapatan sampingan(1 Markah).Jumlah Markah: 20 Markah

Sumber:Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk PT3 2015 | melvister.com

Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Di Felda Jengka Pahang Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar) Sektor Perkhidmatan ( Buka Homestay) Sektor Perindustrian ( Kilang buat sabun daripada kelapa sawit) Sektor Pelancongan (Sungai)Contoh Skema Jawapan Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi DimajukanSektor perkhidmatan(1 markah)seperti pembukaan Homestay(1 markah)adalah antara kegiatan ekonomi yang berpotensi di Felda Jengka Pahang. Bagi masyarakat di bandar khususnya, adalah amat jarang untuk menikmati keindahan bercuti ditempat tanah yang terancang (Luar Bandar) seperti di FELDA(1 markah). Dengan suasana yang tenang serta keindahan panorama, Homestay adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang ingin bercuti pada harga yang murah(1 Markah). Selain itu, orang ramai yang tinggal di homestay di kawasan ini juga dapat melihat sendiri pengalaman berada di sektor pertanian kelapa sawit sebagai ekonomi utama di kawasan ini(1 markah).Selain itu, kawasan di Felda Jengka juga sesuai dengan Sektor Pelancongan(1 markah). Contohnya Pusat Latihan Pertanian Tun Abdur Razak (Tekam Plantation Resort) yang menawarkan pelancongan bertemakan pertanian, kompleks gua Kota Gelanggi, dan rangkaian gua-gua di Gunung Senyum(1 markah). Berhampiran dengan Felda Ulu Jempol terdapat satu kawasan pelancongan berasaskan air terjun,kawasan ini diberi nama lubuk Yu(1 markah). Kedinginan airnya dan kehijauan hutannya telah menarik ratusan pengunjung pada hujung minggu(1 markah). Kedudukannya hanya 15km dari Bandar Jengka(1 markah).Sektor perikanan terutamanya pembukaan kolam ikan air tawar(1 markah)juga antara idea yang boleh dikembangkan di kawasan ini. Memandangkan kawasan Felda Jengka berada di kawasan pertanian, pembukaan satu lagi sektor perikanan adalah bersesuaian dengan kawasan kajian(1 markah). Contohnya ikan air tawar yang boleh dimajukan antaranya adalah ikan keli, ikan patin, ikan jelawat dan ikan Talapia Merah(1 markah). Projek akuakultur air tawar sesuai dimajukan dikawasan kajian memandangkan tidak ramai yang menceburi bidang itu(1 markah). Selain itu, pasaran tempatan ternakan ikan air tawar seperti talapia dan keli mempunyai nilai eksport yang baik serta menjanjikan pulangan lumayan kepada usahawan(1 markah).Selain itu, sektor perindustian(1 markah)seperti pembukaan kilang membuat sabun(1 markah)juga berpotensi dimajukan dikawasan Felda Jengka Pahang. Seperti sedia maklum, kawasan Felda juga mempunyai sektor perindustian namun hanya Kilang Pemprosesan Kelapa Sawit untuk menghasilkan minyak mentah daripada hasil kelapa sawit(1 markah). Terdapat pelbagai manfaat kelapa sawit antaranya adalah penghasilan produk sabun, lilin serta baja organik(1 markah). Dengan penghasilan produk tersebut, Felda kini boleh menghasikan produk tersendiri sekaligus meningkatkan ekonomi(1 markah).Jumlah Markah: 20 Markah

Sumber:Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan Geografi PT3 2015 | melvister.com

Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan

Berniaga kecil-kecilan Membuka gerai makanan Menyediakan servis pembaikan Membuka restoran Bercucuk tanam Berbisnes secara online Menjual di karnival-karnival/ pesta Membuat kuih home made Membuat keropok lekor dari rumah Membuat kek dari rumah Servis membaiki telefon Servis mengangkut sampah Membekalkan nasi lemak ke restoran-restoran Membuat servis penghantaranHuraikan jawapan anda ini dengan terperinci.

Lihat gambar di bawah dengan teliti, seorang petani sedang mengerjakan tanamannya secara kecil-kecilan. Oleh sebab itu, huraikancara-cara untuk meningkatkan pendapatan petani di negara kita. Huraian anda hendaklah kurang daripada 120 patah kata.

Pada zaman mengejar kemodenan ini, para petani di negara kita masih bergelumang dalam selimut kemiskinan. Oleh itu, golongan ini perlulah dibantu agar pendapatan mereka terus meningkat demi taraf kehidupan yang lebih tinggi.

Sebenarnya, petani haruslah melakukan kerja-kerja penanaman secara besar-besaran. Penggunaan teknologi moden dapat mengefisienkan dan mempercepat hasil pertanian. Dengan cara ini, mereka dapat mengkomersialkan bidang pertanian sekali gus meningkatkan pendapatan.

Di samping itu, pihak kerajaan haruslah memberi bantuan kewangan dan kemahiran kepada para petani. Bank Pertanian umpananya, perlulah menyuntik modal yang dapat memberi semangat kepada para petani unttuk bekerja keras. Langkah ini pasti dapat meningkatkan dan memajukan sektor pertanian negara kita.

Selain bantuan kewangan dan kemahiran, penggunaan baja kimia juag penting untuk mempercepat pertumbuhan hasil pertanian. Hal ini demikian kerana hasil pertanian yang bermutu tinggi merupakan kunci pendapatan lumayan golongan petani. Oleh hal yang demikian, kualiti produk pertanian dapat meningkatkan imej bidang pertanian negara.

Kesimpulannya, kegiatan pertanian di negara ini mestilah dimajukan dengan serius. Hal ini penting agar kita dapat merealisasikan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara pertanian moden di rantau ini.

Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk-Kegiatan Ekonomi

Pendapatan penduduk setempat merupakan salah satu kayu ukur untuk menentukan taraf hidup sesuatu penghuni di kawasan tertentu.

Kegiatan ekonomi merupakan salah satu sumber penting untuk memberikan penduduk pendapatan tetap. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk meningkatkan pendapatan penduk melalui kegiatan ekonom?

Antara satu usaha yang penting adalah pada kerajaan itu sendiri. Kerajaan haruslah memeprkenalkan dasar yang dapat memberi kemudahan kepada penduduk untuk terus berjaya di dalam kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.

Sebagai contoh, peruntukan subsidi baja kepada para petani, peruntukan pinjaman kewangan kepada para peniaga dan sebagainya.

Usaha lain yang boleh dilakukan adalah dalam diri penduduk itu sendiri. Penduduk haruslah mempunyai semangat daya saing dan berkerja keras di dalam kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.

Manakala usaha lain pula adalah dengan mempertingkat teknologi. Teknologi dapat membantu para penduduk setempat di dalam kegiatan ekonomi yang mereka jalankan. Sebagai contoh, kini terdapat teknologi yang membolehkah tanaman dituai lebih kerap berbanding cara manual yang dijalankan.

Kesimpulannya, usaha meningkatkan kegiatan ekonomi dalam diri semua pendudk adalah perlu untuk mempertingkatkan lagi taraf hidup.