norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/soalan lazim (faq) mqa.docx · web view, slt) merupakan masa...

13
INSTITUT P KAMPUS PEN ( Disediakan oleh Gomathi Naidu Jawatankuasa MQF Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

Upload: lamnga

Post on 20-Mar-2018

262 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/Soalan Lazim (FAQ) MQA.docx · Web view, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

(Malaysian Qualifications Agency)

Disediakan oleh Gomathi Naidu

Jawatankuasa MQF Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Teknik

Page 2: norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/Soalan Lazim (FAQ) MQA.docx · Web view, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

1. Apa itu MQA?Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan pada 1 November 2007 dengan berkuatkuasanya Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Akta 679).

MQA merupakan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti program pengajian di IPTS dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan penilaian jaminan kualiti program di IPTA sebelum ini.

Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT. MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) yang merupakan 'perlembagaan' pengajian tinggi negara.

2. Apakah peranan MQA?Peranan utama MQA ialah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara. Rajah 1 menunjukkan sumbangan MQA dalam pendidikan negara.

RAJAH 1: SUMBANGAN MQA DAN FAEDAH PELAKSANAAN MQF

Page 3: norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/Soalan Lazim (FAQ) MQA.docx · Web view, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

3. Apa yang dimaksudkan dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)?MQF merupakan alat yang membangun dan mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui kebangsaan dan ditanda aras amalan antarabangsa. MQF menjelaskan tahap-tahap kelayakan, hasil pembelajaran bidang pengajian dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar. Kriteria ini diguna pakai bagi semua kelayakan yang dianugerah Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf. Dalam konteks jaminan kualiti negara, MQF merupakan 'perlembagaan' pengajian tinggi yang mana prinsip-prinsip umumnya harus dipatuhi oleh setiap program dan kelayakan yang ditawar dan dianugerah oleh pemberi pendidikan tinggi. MQF menyatupadukan semua kelayakan negara dan memastikan ijazah yang dianugerahkan mencapai standard kualiti.

4.Apakah yang dimaksudkan dengan tahap kelayakan dan laluan pendidikan di dalam MQF?Dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF), terdapat lapan tahap kelayakan yang mewakili tiga sektor pendidikan tinggi negara dan disokong oleh laluan pembelajaran sepanjang hayat.

Sektor pendidikan tersebut adalah(a) Sektor Kemahiran; (b) Sektor Vokasional dan Teknikal; dan(c) Sektor Pengajian Tinggi

Tahap 1 hingga 3 adalah Sijil Kemahiran dianugerahkan dalam Sektor Kemahiran. Sijil Akademik dan Sijil Vokasional & Teknikal berada di Tahap 3. Manakala Diploma dan Diploma Lanjutan berada di Tahap 4 dan 5. Ijazah Sarjana Muda berada di Tahap 6 diikuti dengan Ijazah Sarjana (Tahap 7) dan Ijazah Kedoktoran (Tahap 8). (Rujuk Rajah 2).

Setiap tahap adalah dibezakan oleh hasil pembelajaran dan jam kredit berasaskan beban belajar pelajar.

Page 4: norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/Soalan Lazim (FAQ) MQA.docx · Web view, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

Tahap

Kredit Minimu

m

Sektor

Kemahiran Vokasional &Teknikal

Akademik

8 80***- Doctoral

7

403020

MastersPostgraduate DipPostgraduate Cert

6

1206030

BachelorGraduate DipGraduate Cert

5 40 Advanced Diploma

Advanced Diploma

Advanced Diploma

4 90 Diploma Diploma Diploma

3 60 Certificate 3 Certificate Certificate

2 - Certificate 2

1 - Certificate 1

RAJAH 2: MQF-TAHAP KELAYAKAN & KREDIT MINIMA

5.Apakah konsep Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcomes Based Education, OBE)?Kementerian Pendidikan Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia(MQA), dan badan-badan profesional yang berkaitan mewajibkan supaya kesemua program akademik yang ditawarkan di IPTA di Malaysia mengamalkan proses Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education, OBE) serta menerapkan elemen-elemen Kemahiran Insaniah (KI) bagi memenuhi sebahagian daripada kriteria utama pengiktirafan program. Ini bertujuan bagi melahirkan graduan yang lebih kompetetif, kompeten dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.OBE ialah suatu pendekatan di mana rekabentuk kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah pentaksiran pelajar ditentukan berdasarkan ciri-ciri dan kemahiran pelajar/graduan yang perlu dicapai. Ciri-ciri dan kemahiran pelajar/graduan adalah ditetapkan berdasarkan keperluan pemegang kepentingan (stakeholders) bagi sesebuah program akademik.

Page 5: norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/Soalan Lazim (FAQ) MQA.docx · Web view, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

Pendidikan berasaskan hasil (OBE) menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Hasil pembelajaran menitikberatkan persoalan mengenai pengetahuan, sikap dan kemahiran yang perlu dicapai semasa pengajian di IPTA dan diaplikasi dalam kerjaya mereka.

Perlaksanaan OBE mewajibkan setiap program akademik mempunyai Objektif Pendidikan Program (Programme Educational Objectives) atau PEO. Setelah PEO disediakan, hasil pembelajaran program (Programme Learning Outcomes, PLO) perlu dirangka sejajar dengan PEO. PLO mestilah dinyatakan secara eksplisit serta merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh graduan. Setelah PLO disediakan, hasil pembelajaran kursus (Course Learning Outcomes, CLO) bagi setiap kursus perlu disediakan sejajar dengan PLO. Pernyataan CLO perlu jelas dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif yang perlu dicapai oleh para pelajar di akhir kursus.

6.Apakah yang dimaksudkan dengan Program Educational Objectives (PEO)?Program Educational Objectives (PEO) merujuk pada satu set pernyataan yang menerangkan hasil-hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap graduan dalam sesebuah program akademik setelah berada di alam pekerjaan selama 4 -5 tahun. PEO tidak diukur secara langsung tetapi merupakan ciri-ciri graduan beberapa tahun selepas mengakhiri program.

7.Apakah yang dimaksudkan dengan hasil pembelajaran (learning outcomes)

Pencapaian pelajar diukur oleh hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran menetapkan kompetensi yang patut diperoleh oleh pelajar apabila selesai mengikuti satu-satu program pengajian. Ciri-ciri ini terkandung dalam lapan domain pembelajaran yang sekarang telah diselaraskan dengan domain pembelajaran MOE menjadi sembilan domain. Ini ditunjukkan dalam Rajah 3.

Page 6: norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/Soalan Lazim (FAQ) MQA.docx · Web view, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

RAJAH 3: DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN

Hasil Pembelajaran adalah asas utama dalam pembangunan program pengajian. Hasil Pembelajaran program (PLO) PISMP dibangunkan berdasarkan pada domain-domain hasil pembelajaran MQF. PLO merujuk pada apa yang pelajar boleh buat selepas menamatkan sesuatu program pengajian.

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) menjurus ke arah pencapaian Hasil Pembelajaran Program dan merupakan apa yang dipelajari oleh pelajar selepas mengakhiri sesuatu kursus. Matriks hasil pembelajaran merupakan satu bentuk peta kurikulum yang menunjukkan bagaimana hasil pembelajaran setiap kursus disepadankan dengan hasil pembelajaran program (PLO). Hasil Pembelajaran Pengajaran (TLO) ialah apa yang dipelajari oleh pelajar selepas mengakhiri sesuatu topik. Rujuk Rajah 4.

Pencapaian hasil pembelajaran ini pula akan diukur menggunakan pengiraan sistem kredit yang berasaskan kepada beban sebenar jam pembelajaran pelajar (Student Learning Time) dan tidak lagi berasaskan jam kontak antara pensyarah dan pelajar.

Page 7: norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/Soalan Lazim (FAQ) MQA.docx · Web view, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

RAJAH 4: GAMBARAN HASIL PEMBELAJARAN

8. Apakah maksud Penjajaran Konstruktif (Constructive Alignment) dalam OBE?Penjajaran konstruktif berlaku apabila kaedah pembelajaran dan pengajaran serta kaedah pentaksiran yang digunakan adalah menjurus ke arah pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Rujuk Rajah 5.

RAJAH 5: PENJAJARAN KONSTRUKTIF OBE

HASIL PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

MEMENUHI KEPERLUAN HASIL PEMBELAJARAN

KAEDAH PENTAKSIRAN MENILAI HASIL

PEMBELAJARAN

Page 8: norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/Soalan Lazim (FAQ) MQA.docx · Web view, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

9. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kredit berasaskan Student Learning Time (SLT)?

Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa pelaksanaan keseluruhan aktiviti pembelajaran, yang digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Ia merangkumi masa pelaksanaan semua aktiviti pembelajaran iaitu pembelajaran formal dan tidak formal. SLT merupakan jumlah masa yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu kursus terdiri daripada Jam Pertemuan Bersemuka, Jam Pertemuan Tidak Bersemuka, Jam Pembelajaran Kendiri dan Jam Penilaian Formal.

Student Learning Time (SLT) bermaksud beban sebenar jam pembelajaran pelajar yang mengambil kira semua aktiviti pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. SLT diambil kira bukannya berasaskan kepada jam kontak antara pensyarah dan pelajar semata-mata.

Kredit ialah ukuran kuantitatif yang melambangkan beban akademik (pembelajaran) untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu.. ‘Beban akademik’ ertinya ukuran kuantitatif aktiviti pembelajaran yang termasuk syarahan, tutorial, seminar, kerja amali, kerja luar, pembelajaran sendiri, dan peperiksaan untuk mencapai suatu set hasil pembelajaran (CLO). Satu jam kredit adalah bersamaaan dengan 40 jam pembelajaran nosional .

Rajah 6 menunjukkan perhubungan di antara hasil pembelajaran dengan jam kredit.

RAJAH 6: PERHUBUNGAN DIANTARA HASIL PEMBELAJARAN DENGAN JAM KREDIT

Page 9: norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/Soalan Lazim (FAQ) MQA.docx · Web view, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

10. Apakah kriteria yang digunakan MQA dalam menilai kursus pengajian di IPT?

Selain berpandukan kepada MQF, MQA juga telah membangunkan Kod Amalan Program Akreditasi (COPPA, Code of Practice for Programme Accreditation). COPPA ialah kod amalan untuk menjamin kualiti program berdasarkan amalan bijak antarabangsa dan dipersetujui melalui konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan.

Kod amalan ini menyediakan garis panduan dan keperluan umum dalam sembilan bidang seperti dalam Rajah 7.

RAJAH 7: 9 BIDANG COPPA

COPPA menerangkan tentang keperluan, dokumentasi dan prosedur untuk akreditasi program. Garis Panduan ini membantu Pemberi Pendidikan Tinggi, PPT (Higher Education Provider, HEP) mencapai sekurang-kurangnya standard wajib supaya memperolehi akreditasi dan berterusan meningkatkan kualiti program.

Page 10: norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/Soalan Lazim (FAQ) MQA.docx · Web view, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

11. Apakah Dokumen MQA-01 dan MQA-02?Dokumen MQA-01 disediakan untuk Akreditasi Sementara (Provisional Accreditation) pada peringkat awal penilaian sesuatu program. Ia bertujuan untuk membantu dan memudahkan PPT mendapat akreditasi bagi programnya. Dokumen MQA-02 disediakan untuk Akreditasi Penuh selepas program bermula dan mengandungi bahagian tambahan iaitu Laporan Penilaian Kendiri (SRR). Rujuk Rajah 8.

AKREDITASI SEMENTARA AKREDITASI PENUHMQA-01 MQA-02

Bahagian A: Maklumat am mengenai PPT

Bahagian B: Huraian Program

Bahagian C: Standard Program (berdasarkan COPPA)

Bahagian A: Maklumat am mengenai PPT

Bahagian B: Huraian Program

Bahagian C: Standard Program (berdasarkan COPPA)

Bahagian D: Laporan Penilaian Kendiri (Self-review report, SRR)

RAJAH 8: DOKUMEN MQA-01 DAN MQA-02

12. Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi?Akreditasi merupakan satu perakuan rasmi kepada IPT bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

13. Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi Sementara? Akreditasi sementara bermaksud fasa awal penilaian sesuatu program yang menuju kepada Akreditasi Penuh. Ia bertujuan untuk membantu dan memudahkan PPT mendapat akreditasi bagi program yang telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan syarat ia meningkatkan kualiti dan standard yang dinyatakan.

14. Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi Penuh? Akreditasi Penuh merupakan satu pengiktirafan rasmi kepada PPT bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

15. Apakah Audit Akreditasi Penuh?

Page 11: norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/Soalan Lazim (FAQ) MQA.docx · Web view, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

Tujuan Audit Akreditasi Penuh ialah untuk memastikan kegiatan P&P dan aktiviti berkaitan program menepati standard kualiti (COPPA) MQA-02 dan mematuhi MQF. Proses penilaian untuk tujuan Akreditasi Penuh sesuatu program itu bermula apabila pelajar kohort pertama program tersebut memasuki tahun akhir pengajian.

16. Apakah Audit Pematuhan?Tujuan Audit Pematuhan ialah untuk memastikan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) mematuhi dasar dan keperluan jaminan kualiti untuk mengekalkan status Akreditasi Penuh dengan memenuhi keperluan berikut: Malaysian Qualifications Framework(MQF), Standard Program, Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) dan Syarat-Syarat Khusus Akreditasi Penuh.

17. Apakah perbezaan antara Akreditasi dan Pengiktirafan?Akreditasi merupakan pengesahan pencapaian kualiti dalam penilaian jaminan kualiti yang dilaksanakan oleh MQA. Ia merupakan jaminan MQA kepada pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan tinggi termasuk para pelajar, ibu bapa, majikan dan lain-lain bahawa program pengajian yang diakredit oleh MQA merupakan program berkualiti. Ia juga merupakan platform atau asas kepada pihak-pihak lain untuk mengiktiraf program dan kelayakan tersebut bagi tujuan-tujuan yang berlainan.

Pengikitirafan pula bermaksud penerimaan satu-satu kelayakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan tertentu. Sebagai contoh, pengiktirafan kerajaan melalui JPA adalah syarat untuk dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam. Sebagai makluman, JPA hanya akan mengiktiraf program pengajian yang telah mendapat akreditasi MQA bagi maksud berkhidmat dengan kerajaan.

18. Berapa lamakah tempoh sah laku Akreditasi MQA?Akreditasi program di bawah MQA tiada tempoh sah laku tetapi pihak MQA akan menjalankan proses pemantauan di institusi berkenaan untuk memastikan kualiti kursus-kursus tersebut terus dipertingkat.

19. Apakah yang dimaksudkan dengan Malaysian Qualifications Register (MQR)?

Page 12: norainimn.webs.comnorainimn.webs.com/Soalan Lazim (FAQ) MQA.docx · Web view, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) merupakan sumber rujukan dan panduan berkaitan program pendidikan tinggi yang menyenaraikan semua kelayakan yang telah diakreditkan dan dianugerahkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi sama ada dari dalam dan luar negara. Program atau kelayakan ini hendaklah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.

20. Apakah kelebihan program yang diakredit dan didaftar dalam MQR?

Antara kelebihan program atau kursus didaftar dalam MQR adalah seperti berikut:i. Menyediakan maklumat mengenai semua kelayakan berdasarkan

program yang telah diakredit;ii. Membolehkan semua pihak kepentingan mengetahui, memahami serta

membuat perbandingan mengenai ciri-ciri sesuatu kelayakan dan hubungkaitnya dengan kelayakan yang lain;

iii. Memudahkan pemindahan kreditiv. Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di institusi tempatan atau

luar negara;v. Membolehkan pelajar dipertimbangkan untuk pelantikan ke perkhidmatan

awam;vi. Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan.

21. Apakah peranan IPG KPT?

IPG KPT merupakan sebuah institusi yang menawarkan kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan mesti memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh MQF untuk memastikan kursus-kursus dan ijazah yang dianugerahkan diiktiraf bukan sahaja oleh JPA tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Staf IPG KPT perlu melengkapkan diri dengan pemahaman yang mantap tentang kehendak dan prosedur akreditasi MQA serta OBE. Komitmen yang tinggi diperlukan ke arah peningkatan dan penambahbaikan kualiti berterusan (Continual Quality Improvement, CQI) dengan menambahakan pengetahuan dan maklumat semasa untuk membantu dalam penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran, proses pentaksiran dan sebagainya ke arah meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran graduan.

Rujukan: http://www.mqa.gov.my/