bukan `a'isyah pencetus fitnah perang jamal

4
8/14/2019 Bukan `A'isyah Pencetus Fitnah Perang Jamal http://slidepdf.com/reader/full/bukan-aisyah-pencetus-fitnah-perang-jamal 1/4 BUKAN ‘A`ISHAH PENCETUS FITNAH PERANG JAMAL 1 Dipetik dari web: www.darulkautsar.net Intro: Rata-rata penulis sejarah Islam meletakkan kesalahan di atas bahu ‘A`ishah dengan menuduhnya sebagai punca berlakunya fitnah perang Jamal yang berakhir dengan kekalahannya kepada tentera Sayyidina ‘Ali. Beliau didakwa mempunyai maksud untuk menjatuhkan Khalifah ‘Ali yang telahpun dibai’ah. Mereka mengaitkan  juga dengan kegagalan Sayyidatina ‘A`ishah di dalam peperangan Jamal itu dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sekali-kali tidak akan berjaya golongan yang dipimpin oleh seorang perempuan”. Persoalannya adakah benar begitu  pendirian Sayyidatina ‘A`ishah, isteri Rasulullah s.a.w. di dunia dan akhirat, guru kepada sekalian sahabat dan juga ibu kepada orang-orang mu`min? Apakah maksud memimpin orang-orang Islam menemui Sayyidina ‘Ali dan adakah wanita sama sekali tidak boleh menjadi pemimpin? ه  ل    ا ين  ع  ف   د  ق   ة  ر  ك   ب  يب أ       س   ح     ا      و    ن  ث  د    م            ا   ب        ن  ث  د     ىر  س       ن  ب  ا اوك  ل       أ م  ل       ه     ل     ه  ل    ا ل  ص  ي     ن    ا غ  ل  ب           ج     ا أ      ل   ك  ب   ة أ ر     ا م     ر    أ او      و       ل   ف      Diriwayatkan daripada al-Hasan daripada Abu Bakrah katanya: “Allah memberi satu faedah dan pengajaran kepada saya apabila berlaku peperangan Jamal iaitu bila sampai kepada Rasulullah orang-orang Parsi melantik anak perempuan Kisra sebagai raja. Baginda bersabda: “Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik perempuan memegang urusan mereka”. (al-Bukhari, no: 7099) Apa yang disebutkan oleh Abu Bakrah adalah kesimpulannya sendiri. Padahal Peperangan  Jamal bukan berlaku antara Sayyidatina ‘A`ishah dan tentera Sayyidina ‘Ali. Tetapi antara dua puak Saba`iyyah yang masing-masing menyelinap masuk dalam kumpulan ‘A`ishah dan Sayyidina ‘Ali. Mereka datang berjumpa Sayyidina ‘Ali untuk menuntutnya supaya bertindak dengan membuat sesuatu terhadap pembunuh Sayyidina ‘Uthman. Mereka menuntut diselesaikan 1 Artikel ini ditulis oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya berdasarkan kepada kuliah Sahih al-Bukhari, hadis nombor 7099, Kitab al-Fitan yang disampaikan oleh Maulana Muhammad ‘Asri Yusuf pada 18 Disember 2006. Segala kekurangan dan ketidaktepatan maksud adalah tanggungjawab penulis bukan pengkuliah.

Upload: darulkautsar

Post on 30-May-2018

251 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bukan `A'isyah Pencetus Fitnah Perang Jamal

8/14/2019 Bukan `A'isyah Pencetus Fitnah Perang Jamal

http://slidepdf.com/reader/full/bukan-aisyah-pencetus-fitnah-perang-jamal 1/4

BUKAN ‘A`ISHAH PENCETUS FITNAH PERANG JAMAL1

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Intro: Rata-rata penulis sejarah Islam meletakkan kesalahan di atas bahu ‘A`ishah

dengan menuduhnya sebagai punca berlakunya fitnah perang Jamal yang berakhir 

dengan kekalahannya kepada tentera Sayyidina ‘Ali. Beliau didakwa mempunyai 

maksud untuk menjatuhkan Khalifah ‘Ali yang telahpun dibai’ah. Mereka mengaitkan

 juga dengan kegagalan Sayyidatina ‘A`ishah di dalam peperangan Jamal itu dengan

sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sekali-kali tidak akan berjaya golongan

yang dipimpin oleh seorang perempuan”. Persoalannya adakah benar begitu

 pendirian Sayyidatina ‘A`ishah, isteri Rasulullah s.a.w. di dunia dan akhirat, guru

kepada sekalian sahabat dan juga ibu kepada orang-orang mu`min? Apakah maksud 

memimpin orang-orang Islam menemui Sayyidina ‘Ali dan adakah wanita sama sekali 

tidak boleh menjadi pemimpin?

 ه  ل   ا ين   ع   ف   د  ق  ة  ر   ك  ب  بي أ        س   ح     ا    و    ن  ث   د    م             ا ب         ن  ث   د    

 رى  س       ن  ب   كوا ا  ل      أ  م  ل       ه     ل     ه  ل   ا ل  ص   ي     ن   ا غ   ل  ب            ج    ا أ       ل   ك  ب   

ة أ  ر     م ا    ر    أ  وا     و       ل   ف     

Diriwayatkan daripada al-Hasan daripada Abu Bakrah katanya: “Allah memberi satu faedah

dan pengajaran kepada saya apabila berlaku peperangan Jamal iaitu bila sampai kepada

Rasulullah orang-orang Parsi melantik anak perempuan Kisra sebagai raja. Baginda

bersabda: “Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik perempuan memegang urusan

mereka”. (al-Bukhari, no: 7099)

Apa yang disebutkan oleh Abu Bakrah adalah kesimpulannya sendiri. Padahal Peperangan

 Jamal bukan berlaku antara Sayyidatina ‘A`ishah dan tentera Sayyidina ‘Ali. Tetapi antara

dua puak Saba`iyyah yang masing-masing menyelinap masuk dalam kumpulan ‘A`ishah dan

Sayyidina ‘Ali.

Mereka datang berjumpa Sayyidina ‘Ali untuk menuntutnya supaya bertindak dengan

membuat sesuatu terhadap pembunuh Sayyidina ‘Uthman. Mereka menuntut diselesaikan

1 Artikel ini ditulis oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya berdasarkan kepada kuliah Sahih al-Bukhari,hadis nombor 7099, Kitab al-Fitan yang disampaikan oleh Maulana Muhammad ‘Asri Yusuf pada 18Disember 2006. Segala kekurangan dan ketidaktepatan maksud adalah tanggungjawab penulis bukanpengkuliah.

Page 2: Bukan `A'isyah Pencetus Fitnah Perang Jamal

8/14/2019 Bukan `A'isyah Pencetus Fitnah Perang Jamal

http://slidepdf.com/reader/full/bukan-aisyah-pencetus-fitnah-perang-jamal 2/4

segera kes darah khalifah supaya tidak timbul fitnah lain yang lebih besar. Pada masa itu,

Sayyidina ‘Ali telahpun dibai’ah menjadi khalifah dan Sayyidatina ‘A`ishah dalam perjalanan

pulang ke Madinah setelah menunaikan haji tetapi terpaksa berpatah balik ke Mekah.

Sayyidatina ‘A ishah yang mempunyai kedudukan dan berwibawa telah didatangi olehorang Islam supaya bertindak. Beliau mahu menemui Sayyidina ‘Ali untuk menasihatinya

supaya tidak berlaku fitnah yang lain pula. Bersama dengan beliau ada dua orang sahabat

yang besar, Talhah dan al-Zubair. Mereka berdua telah pun berbai’ah dengan Sayyidina ‘Ali

dan meminta keizinan dari beliau untuk menyelesaikan masalah darah Khalifah.

 Tujuan Sayyidatina ‘A`ishah pergi ialah untuk mendamaikan bukan untuk menonjolkan

dirinya untuk menjadi khalifah. Penyelewengan sejarah telah berlaku dengan mengatakan

tujuan kedatangan ‘A`ishah untuk merampas jawatan khalifah. Sedangkan pada

kenyataannya ialah beliau datang untuk kedamaian untuk menyelesaikan kes pembunuhanKhalifah ‘Uthman.

Golongan munafikin yang membunuh Khalifah ‘Uthman membuat perhitungan, jika

Sayyidina ‘Ali dan ‘A ishah berdamai maka mereka akan tergugat dan akan dibunuh.

Mereka mengatur rancangan dengan membuat keputusan bahawa satu kumpulan dari

mereka berada di pihak ‘A`ishah manakala sebahagian yang lain berada di pihak Sayyidina

‘Ali. Sebelum apa-apa tindakan diambil oleh Sayyidina ‘Ali dan para Sahabat, mereka secara

senyap mencetuskan peperangan antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan berlaku

kekeliruan kepada kedua-dua belah pihak. Orang-orang yang berada di pihak Sayyidatina‘A`ishah menyangka mereka diserang oleh pihak Sayyidina ‘Ali dan begitu juga kekeliruan

yang berlaku kepada pasukan ‘Ali yang menganggap pihak ‘A`ishah memulakan serangan.

Semuanya disebabkan oleh perancangan jahat pembunuh Khalifah ‘Uthman. Pada hal,

kedua-dua pihak tersebut masih lagi berunding untuk menyelesaikan kes pembunuhan

khalifah. Keadaan menjadi berselerakan dan berlaku pertumpahan darah yang tidak dapat

dielakkan lagi dan inilah yang dikehendaki oleh musuh Sahabat. Pada asalnya mereka

datang untuk berdamai dan memulihkan keadaan tetapi muncul pula fitnah yang lain.

Dengan kekuatan tentera yang dimilikinya, Sayyidina ‘Ali berjaya menguasai keadaan

kerana pada masa itu, pasukan Sayyidatina ‘A`ishah tidak mempunyai kelengkapan yang

mencukupi kerana tujuan kedatangan bukan untuk berperang dan jauh sekali dengan tujuan

untuk memberontak dan merebut jawatan khalifah daripada Sayyidina ‘Ali.

Page 3: Bukan `A'isyah Pencetus Fitnah Perang Jamal

8/14/2019 Bukan `A'isyah Pencetus Fitnah Perang Jamal

http://slidepdf.com/reader/full/bukan-aisyah-pencetus-fitnah-perang-jamal 3/4

Walaubagaimanapun, apabila Sayyidina ‘Ali dapat menguasai keadaan, beliau tetap

menunjukkan hormatnya kepada Sayyidatina ‘A`ishah dengan menghantar pulang ke

Madinah. Kepada pasukannya, beliau berpesan supaya tidak menjadikan peperangan ini

seperti peperangan lain kerana perang ini berlaku sesama sendiri. Harta pihak ‘A`ishah

tidak boleh dijadikan sebagai ghanimah. Mereka yang lari tidak boleh dikejar dan yangterbunuh hendaklah disemadikan sebagai seorang Islam2. 

Pada pendapat Abu Bakrah iaitu apa yang berlaku adalah kesilapan ‘A`ishah kerana beliau

yang mengetui pasukan dan memahami hadis “tidak akan berjaya satu kaum yang melantik

perempuan memegang urusan mereka” sebagai berlaku kepada ‘A ishah. Apa yang

difahami oleh Abu Bakrah adalah pendapatnya sendiri bukan mewakili semua sahabat.

Dengan alasan pendapat inilah, ada ulama menyimpulkan bahawa wanita tidak boleh

menjadi pemimpin baik di peringkat yang tertinggi atau bawah.

Sedangkan perkara ini menjadi khilaf di kalangan ulama dan tidak boleh berhujah dengan

hadis ini untuk mengatakan wanita tidak boleh menjadi pemimpin sama sekali. Ini kerana

apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. itu mempunyai latar belakang dan sebab yang

khusus iaitu merujuk kepada Kisra Parsi yang melantik anak perempuannya sebagai raja.

Sekiranya secara mutlak wanita tidak boleh menjadi pemimpin tentu Sayyidina ‘Umar tidak

akan melantik Shifa` binti ‘Abdullah menjadi ketua yang bertanggunjawab terhadap bandar

Madinah. Keluarnya Sayyidatina ‘A`ishah menemui ‘Ali dengan tujuan untuk menasihatinya

menunjukkan wanita boleh keluar dari rumahnya sekiranya ada keperluan dengan maksud

yang baik dan dia boleh terlibat dengan urusan politik. Sekiranya ‘A`ishah mengetahui dan

memahami hadis tersebut bahawa perempuan tidak boleh menjadi pemimpin (seperti yang

difahami oleh Abu Bakrah) tentu dari awal lagi beliau tidak akan terlibat. Ini menunjukkan

bahawa ‘A`ishah berpendapat harus keluar dengan maksud yang baik itu.

Cuma apa yang berlaku kepada ‘A ishah adalah sesuatu yang di luar jangkaannya.

Kedatangan beliau dan rombongannya dengan tujuan yang baik dan suasana yang damai

telah bertukar menjadi fitnah akibat konspirasi perancangan jahat golongan munafikin atau

Saba`iyyah. Dalam hal ini, beliau tidak boleh dipersalahkan kerana beliau seorang wanita.

2 Lihat Dr. ‘Ali Muhammad Muhammad al-Sallabi, Asma al-Matalib Fi Sirah Amir al-Mu`minin ‘Ali binAbi Talib, hal. 548

Page 4: Bukan `A'isyah Pencetus Fitnah Perang Jamal

8/14/2019 Bukan `A'isyah Pencetus Fitnah Perang Jamal

http://slidepdf.com/reader/full/bukan-aisyah-pencetus-fitnah-perang-jamal 4/4

Dari segi kenyataan, jatuh bangun sesebuah kerajaan bukan terletak kepada jantina

pemerintahnya, tetapi berdasarkan kepada kebijaksanaan, ketelusan dan keadilan. Sekian

banyak negara yang ma’mur dan maju di bawah pemerintahan wanita yang adil dan

bijaksana. Sementara itu, berapa banyak kerajaan yang diperintah oleh pemimpin yang

rasuah akhirnya mundur dan jatuh.

Ada juga ulama yang berpendapat wanita boleh menjadi pemimpin di semua peringkat

kecuali di peringkat wilayah kubra iaitu kepimpinan tertinggi negara. Walau bagaimanapun,

al-Qur`an merakamkan kisah Baqis yang menjadi raja sebuah negara yang ma’mur dan

maju. Kehebatan kerajaannya itu tidak dapat dikalahkan kecuali oleh kerajaan Nabi

Sulaiman.

Sifat atau keadaan pendapat Abu Bakrah ini sama seperti pendapat sahabat yang lain di

mana mereka mengemukakan pendapat mengikut pemahaman masing-masing.Sebagaimana adanya khilaf di kalangan sahabat dalam masalah-masalah fiqh maka begitu

 juga dalam masalah ini. Tidak semestinya seseorang itu terikat dengan pendapat salah

seorang sahabat.

 Artikel Berkaitan : Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syi`ah Ke Dalam Sejarah Islam