faktor pencetus perang dunia pertama dan kesan2

19
PERANG DUNIA I Fitriah/syafiqah/ meehong :3

Upload: fitriah-gi-kwang

Post on 03-Dec-2014

8.858 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

PERANG DUNIA I

Fitriah/syafiqah/meehong :3

Page 2: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

Perang Dunia Pertama ataupun The Great War tercetus antara tahun 1914 hingga tahun 1918. Perang ini berlaku di antara negara-negara di Eropah. Walaupun hanya berlangsung dalam tempoh lebih kurang empat tahun, tetapi ia memberi kesan yang besar terutama kepada catatan sejarah dunia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perang ini tercetus.

Page 3: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

FAKTOR2PERANG DUNIA

1

Page 4: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

Faktor Berlakunya Perang Dunia Pertama

Page 5: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

1.       Kegagalan Sistem PakatanPakatan ini terbentuk selepas Prusia [Jerman] mengalahkan Perancis pada tahun 1870. Kesannya, Eropah terbahagi kepada 2 blok iaitu;Perikatan Tiga Kuasa [Austria-Hungary, Itali, Turki ]Pakatan Tiga Kuasa [Rusia, Perancis dan Britain]Sistem Pakatan dibentuk bertujuan mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara Eropah @ mengawal kuasa atau blok tertentu menjadi lebih kuat. Walau bagaimanapun, selepas 1900, Sistem Pakatan tidak berkesan kerana pergolakan politik di Eropah. Sebagai contoh;Keruntuhan empayar Turki Uthmaniah menyebabkan negara2 Eropah berlumba-lumba menguasai rantau Balkan.Keinginan Rusia untuk menguasai Selat Bosporous dan Istanbul.Usaha Jerman memperkuatkan tentera lautnya menyebabkan Britain berasa bimbang.

Page 6: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

2.       Faktor Ekonomi [Dasar Imperialisme Ekonomi]Tanah jajahan penting bagi negara2 Eropah seperti Britain dan Perancis. Tanah jajahan menjadi sumber ekonomi [pembekal bahan mentah dan pasaran barangan] dan kemakmuran negara.

Sehingga penghujung abad ke-19, Jerman dan Itali merupakan negara Eropah yg belum memiliki tanah jajahan. Oleh itu, Jerman dan Itali berusaha mendapatkan tanah jajahan. Sebagai contoh;i)1890-an: Jerman mula merampas tanah jajahan Portugal dan Perancis di Afrika.

  ii)Itali pula cuba menawan bekas jajahan  empayar Turki Uthmaniah.

Tindakan Jerman tidak disenangi oleh musuh lamanya iaitu Perancis [Perancis pernah menentang gerakan penyatuan Jerman]. Pada masa yang sama, Britain tidak menyenangi Jerman yg tindakan Jerman memperbesarkan tentera laut mereka. Britain juga tidak berpuas hati dengan tindakan Jerman menjual barangan mereka dengan harga yg murah di pasaran antarabangsa hingga menjejaskan pasaran barangan Britain. Pergolakan politik di Eropah bertambah teruk akibat persaingan kuasa besar seperti Rusia dan Austria-Hungary mendapatkan pengaruh politik. 

Page 7: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

• 3.       Persaingan Ketenteraan dan PersenjataanPersaingan ini wujud di antara Jerman, Perancis dan Britain. Jerman berjaya memperbesar dan memperkuatkan angkatan lautnya. Britain cuba menyaingi Jerman dengan membina HMS Dreadnought, iaitu kapal perang terhebat pada masa itu. 

Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah memberi peruntukan yg besar kepada sektor ketenteraan. Menjelang tahun 1900, negara terbabit berjaya memperkuatkan ketenteraan masing2.

Rusia: memiliki 1.3 orang juta tentera• Jerman: mempunyai 900 000 orang tentera• Perancis: mempunyai 900 000 orang tentera.• Situasi ini telah mencetuskan ketegangan dan juga memungkinkan 

berlakunya peperangan. 

Page 8: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

• 4.       Perkembangan Pendidikan dan IdeologiSistem pendidikan yg diamalkan di beberapa negara Eropah menekankan semangat patriotik. Sebagai contoh:Perancis: pendidikan sejarah di Perancis mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan bersedia menghadapinya.

• Jerman: menekankan bahasa Jerman dan mengagungkan peperangan serta menganggap mereka yang mati sebagai wira sejati.

• Sistem pendidikan dan ideologi berteraskan semangat patriotisme dan menyanjungi peperangan banyak mendorong kepada berlakunya peperangan.

Page 9: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

• 5.       Peristiwa Pembunuhan Franz Ferdinand

“Archduke Franz Ferdinand merupakan waris takhta Austria-Hungary.  Archduke bersama isterinya tidak mengendahkan amaran anti-Austria  oleh nasionalis Bosnia berketurunan Serb agar tidak melawat Bosnia. Akhirnya, ketika perarakan pada 28 Jun 1914 di Sarajevo, kedua-duanya ditembak ahli kongsi gelap Black Hand berketurunan Serbia”

Peristiwa ini dijadikan alasan oleh Austria untuk menghapuskan kedaulatan Serb. Austria menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serba untuk membebaskan diri dari Austria. Tindakan Austria disokong oleh sekutunya Jerman. Rusia yg juga merupakan sekutu Serbia pula bersedia menyerang Austria. Jerman cuba meminta Rusia membatalkan niatnya tetapi gagal. Akhirnya, Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan sekutunya. 

Page 10: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

KESAN-KESANPERANG DUNIA

1

Page 11: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

Pengenalan• Perang Dunia Pertama yang berlangsung pada tahun 1914 hingga tahun 1918 

meninggalkan banyak kesan kepada negara-negara terlibat.  Kesan PD1 boleh dibahagikan kepada 3 iaitu kesan politik, ekonomi dan sosial.

Kesan Perang Dunia Pertama1. Kesan Politik

Page 12: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
Page 13: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
Page 14: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
Page 15: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

• 2.       Kesan EkonomiSebagai  negara yang terlibat secara langsung di dalam PD1, Rusia , Jerman dan Perancis menerima kesan yang buruk dalam bidang ekonomi. Ekonomi negara-negara terbabit terjejas ekoran masalah yang timbul.

Rusia• Masalah 1: Pengeluaran hasil pertanian merosot.• Punca: kekurangan tenaga kerja akibat pengambilan 4 juta buruh sebagai 

tentera.• Masalah 2: Kelemahan tentera Rusia.• Punca: sistem pengangkutan tidak berfungsi sehingga bekalan makanan 

dan bantuan tidak dapat dihantar.• Masalah 3: Perbelanjaan tidak seimbang• Punca: peruntukan yg besar terpaksa diberikan kepada bidang 

ketenteraan.• Pada tahun 1916, rakyat Rusia melancarkan mogok terhadap pemerintah 

Tsar.

Page 16: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

•ii. Jerman

• Masalah 1: Inflasi• Punca: kekurangan bekalan makanan [terpaksa  dicatu]. Rakyat marah 

sehingga berlakunya rusuhan antikerajaan.• Masalah 2: Industri di Jerman terjejas• Punca: kemerosotan nilai mata wang Jerman [mark] dengan teruk 

sehingga menjejaskan pengeluaran arang batu dan besi.•

iii. Perancis• Masalah: dibebani hutang• Punca: peperangan yg meletus di utara Perancis  menyebabkan 

pengeluaran arang batu, besi dan keluli merosot teruk.

Page 17: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

•  • 3.       Kesan Sosial

i.      Banyak nyawa terkorban• PD1 meninggalkan kesan yg dahsyat. Sejumlah 8.5 juta tentera 

telah terkorban manakala seramai 12.5 juta orang awam terbunuh.

ii.    Pencemaran udara dan bumi• Pencemaran udara dan bumi juga turut berlaku. hal ini kerana 

penggunaan senjata kimia oleh negara yang terlibat untuk mengalahkan musuh masing-masing..

iii. Kemusnahan harta benda• PD1 turut menyebabkan kemusnahan harta benda. Pengkalan tentera, 

kilang industri, jambatan, sistem pengakutan dan perhubungan dan kilang senjata menjadi sasaran utama serangan.

Page 18: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2

• KesimpulanJelas sekali bahawa PD1 telah meninggalkan impak yang besar kepada sejarah dunia. Pelbagai kesan sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial telah dialami oleh negara-negara yang terlibat. PD1 bukan hanya menyebabkan keruntuhan sistem beraja di sesetengah negara, malah turut menjejaskan ekonomi dan kehilangan banyak nyawa.

Page 19: FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2