komik sebagai alat pencetus sifat inkuiri di malaysia

12
Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia Hadi Akbar Dahlan Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi [email protected] Abstrak: Komik adalah salah satu alat pencetus sifat inkuiri di dalam kalangan pembaca. Ianya dihasilkan daripada ilham untuk menyampaikan objektif kepada pembaca. Objektif tersebut termasuk idea, cerita, maklumat atau kesemuanya. Di negara luar seperti Korea dan Jepun, komik telah diaplikasikan sebagai suatu medium penyampaian bahan ilmiah pada pembaca. Penghasilan komik sebegini adalah hasil kerjasama pelukis komik dan ahli akademik disana. Malaysia juga mempunyai kapabiliti sebegini tetapi masih belum dapat diaplikasikan. Hal ini kerana, terdapat kekurangan dari segi hubungan di antara komuniti pelukis komik dan ahli akademik di Malaysia. Walaupun begitu, kekurangan tersebut dapat diatasi dan kerjasama boleh dijalankan selagi terdapat persefahaman yang mutual di antara pelukis komik dan ahli akademik. Persefahaman tersebut boleh dibentuk melalui penghasilan kerangka cerita yang bersesuaian mengikut subjek ilmiah yang hendak disampaikan. Kata Kunci: Komik, pencetus, sifat inkuiri, pembaca, Malaysia PENGENALAN Komik mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud “buku yang mengandungi cerita yang disertai dengan gambar-gambar yang melucukan” ("Kamus Dewan," 2005). Walau bagaimanapun, definisi yang diberikan amatlah ringkas dan tidak meliputi segala aspek komik termasuk objektif, peluang dan aplikasinya. Definisi komik yang lebih menyeluruh boleh didapati daripada hasilan tokoh komik seperti Will Eisner yang memberikan nama seni komik sebagai Seni Jujukan (Sequential Art) dan bermaksud “penyusunan gambar atau imej dan perkataan untuk memberi naratif sebuah cerita atau idea” (Will Eisner, 1985). Manakala, seorang lagi tokoh komik, Scott McCloud memberikan definisi komik sebagai “Penjajaran gambar dan imej lain di dalam aturan yang ditetapkan untuk menyampaikan maklumat dan untuk menghasilkan tindak balas estetik kepada pembaca” (McCloud, 1993). Komik sebagai medium alat bantuan pedagogi di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, selalunya komik digunakan di dalam pengajaran subjek akademik (bahasa, sejarah dan nilai murni) sebagai objektif primer dan pembangunan kognitif sebagai objektif sekunder (Bitz, 2004; Jacobs, 2007; Vacca, 1959). Hal ini kerana teknik penceritaan komik adalah teknik yang mengutamakan stimulus visual dan visual lebih memberi impak daripada patah perkataan (Jacobs, 2007). PENGGUNAAN KOMIK SEBAGAI PENDIDIKAN DI LUAR NEGARA Negara-negara maju seperti Korea, Jepun dan Amerika Syarikat telah menggunakan komik sebagai salah satu alat pendidikan sejak sekian lama. Amerika Syarikat contohnya, karya oleh Will Eisner bermula dengan melukis komik untuk pihak tentera

Upload: hadi-akbar

Post on 13-Jul-2015

118 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

Hadi Akbar Dahlan

Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi

[email protected]

Abstrak: Komik adalah salah satu alat pencetus sifat inkuiri di dalam kalangan

pembaca. Ianya dihasilkan daripada ilham untuk menyampaikan objektif kepada

pembaca. Objektif tersebut termasuk idea, cerita, maklumat atau kesemuanya. Di

negara luar seperti Korea dan Jepun, komik telah diaplikasikan sebagai suatu medium

penyampaian bahan ilmiah pada pembaca. Penghasilan komik sebegini adalah hasil

kerjasama pelukis komik dan ahli akademik disana. Malaysia juga mempunyai

kapabiliti sebegini tetapi masih belum dapat diaplikasikan. Hal ini kerana, terdapat

kekurangan dari segi hubungan di antara komuniti pelukis komik dan ahli akademik di

Malaysia. Walaupun begitu, kekurangan tersebut dapat diatasi dan kerjasama boleh

dijalankan selagi terdapat persefahaman yang mutual di antara pelukis komik dan ahli

akademik. Persefahaman tersebut boleh dibentuk melalui penghasilan kerangka cerita

yang bersesuaian mengikut subjek ilmiah yang hendak disampaikan.

Kata Kunci: Komik, pencetus, sifat inkuiri, pembaca, Malaysia

PENGENALAN

Komik mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud “buku yang

mengandungi cerita yang disertai dengan gambar-gambar yang melucukan” ("Kamus

Dewan," 2005). Walau bagaimanapun, definisi yang diberikan amatlah ringkas dan

tidak meliputi segala aspek komik termasuk objektif, peluang dan aplikasinya. Definisi

komik yang lebih menyeluruh boleh didapati daripada hasilan tokoh komik seperti Will

Eisner yang memberikan nama seni komik sebagai Seni Jujukan (Sequential Art) dan

bermaksud “penyusunan gambar atau imej dan perkataan untuk memberi naratif

sebuah cerita atau idea” (Will Eisner, 1985). Manakala, seorang lagi tokoh komik,

Scott McCloud memberikan definisi komik sebagai “Penjajaran gambar dan imej lain

di dalam aturan yang ditetapkan untuk menyampaikan maklumat dan untuk

menghasilkan tindak balas estetik kepada pembaca” (McCloud, 1993). Komik sebagai

medium alat bantuan pedagogi di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, selalunya

komik digunakan di dalam pengajaran subjek akademik (bahasa, sejarah dan nilai

murni) sebagai objektif primer dan pembangunan kognitif sebagai objektif sekunder

(Bitz, 2004; Jacobs, 2007; Vacca, 1959). Hal ini kerana teknik penceritaan komik

adalah teknik yang mengutamakan stimulus visual dan visual lebih memberi impak

daripada patah perkataan (Jacobs, 2007).

PENGGUNAAN KOMIK SEBAGAI PENDIDIKAN DI LUAR NEGARA

Negara-negara maju seperti Korea, Jepun dan Amerika Syarikat telah menggunakan

komik sebagai salah satu alat pendidikan sejak sekian lama. Amerika Syarikat

contohnya, karya oleh Will Eisner bermula dengan melukis komik untuk pihak tentera

Page 2: Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

35 The 4th

International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

yang bertajuk “The Preventative Maintenance Monthly” seperti di Rajah 1. Karya

beliau mengisahkan tentang cara bagaimana untuk mengekalkan kecekapan alat senjata

dan kenderaan sewaktu perang. Pakar tentera juga berpendapat risalah tersebut juga

membantu tenteranya dari segi moral apabila membaca bahan bacaan yang

berinformatif pada masa yang sama terhibur (Will Eisner, 1985).

Page 3: Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

Education for Diverse Learners 36

Rajah 1: Risalah isu Pertama “The Preventive Maintenance Monthly” (Will Eisner,

1985)

Di Korea, terdapat banyak komik yang berteraskan subjek ilmiah. Malah, beberapa

komik tersebut telah diterjemahkan untuk pasaran Malaysia seperti buku komik “Oh

Senangnya Sains Kimia bersama Dao dan Bazzi” (Shin Jae Hwan et al., 2014) terbitan

PTS publication dan “Healthy Living for Healthy Kids” (Seo Kuang-il et al., 2012)

terbitan Anjung Taipan. Walau bagaimanapun, komik-komik tersebut kadangkala

memaparkan dan menggunakan analogi adat budaya orang Korea untuk menerangkan

sesuatu konsep. Perkara ini boleh mengelirukan para pembaca tempatan terutamanya

jika mereka tidak mengetahui langsung adat budaya orang korea.

Di Jepun, komik mereka digelar sebagai “Manga”. Ia mempunyai gaya dan teknik

lukisan yang berbeza daripada teknik dan gaya komik konvensional (seperti di

Amerika Syarikat) tetapi masih mempunyai fungsi yang sama. Manga Jepun juga

menggunakan elemen budaya mereka dalam gaya penceritaannya. Walaupun begitu,

ianya juga tertakluk kepada jenis dan sinopsis manganya. Terdapat Manga yang

menekankan penyampaian subjek akademik; dimana subjek akademik tersebut

diterapkan di dalam senario penceritaan. Motif ini digunakan di dalam siri “Manga de

Wakaru” (Manga Guide To) keluaran Ohmsha Ltd. Terdapat beberapa Siri Manga ini

yang diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris oleh Syarikat No Starch Press di Amerika

dan kepada Bahasa Malaysia oleh Penerbit Pelangi Books (Rajah 2) (Hiroyuki Kojima

et al., 2011).

Page 4: Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

37 The 4th

International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

Rajah 2: Buku Manga Guide to Calculus versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia

(Hiroyuki Kojima et al., 2011)

Selain daripada itu, terdapat juga Manga yang tidak memaparkan budaya Jepun.

Antaranya, Manga yang memaparkan cerita mengenai budaya dan politik sesuatu

komuniti asing. Manga sebegini terkenal kerana hasil penelitian pelukis manganya

tersebut tentang budaya atau politik sesuatu komuniti yang digunakannya. Salah satu

manga tersebut adalah Manga Otoyomegatari karya Kaouru Mori dimana ia

mengisahkan tentang Masyarakat Timur Tengah pada akhir kurun ke-18 (Kaoru Mori,

2013a). Penelitian lukisan di dalam karya ini adalah hasil rujukan pelukis tersebut

sendiri ke atas seni Masyarakat Badawi di Timur Tengah (Rajah 3). Apabila sesuatu

lukisan diillustrasikan dengan teliti dalam hasil kerja mereka, para pembaca secara

tidak langsung akan menghargai segala karya dan hasil apa-apa yang berkaitan

dengannya (McCloud, 1993). Inilah yang boleh dinamakan sebagai sifat inkuiri. Para

pembaca akan mula berminat bukan sahaja terhadap karya pelukis tersebut, tetapi juga

terhadap subjek yang dibawa oleh pelukis tersebut.

Page 5: Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

Education for Diverse Learners 38

Rajah 3: Penelitian Seni ukiran kayu Islam di dalam Manga Otoyomegatari (Kaoru

Mori, 2013a)

STRATEGI PENYELARASAN STRUKTUR KOMIK DENGAN SUBJEK

ILMIAH

Idea mengenai penghasilan komik yang disertai dengan unsur subjek ilmiah bukanlah

sesuatu perkara yang baru. Banyak metodologi telah dihasilkan untuk mewujudkan

karya komik yang menghiburkan, penuh dengan maklumat dan memberi pengetahuan

terkini. Walau bagaimanapun, kesemua metodologi mempunyai persamaan; komik

perlu bermula dengan objektif penghasilan.(McCloud, 1993).

Apa yang dimaksudkan oleh objektif untuk menghasilkan komik adalah bertumpu

kepada idea, cerita dan maklumat yang ingin disampaikan kepada pembaca. Menurut

McCloud, kebanyakan pelukis komik menumpukan pada teknik dan gaya lukisan,

tetapi “terlupa” untuk menghasilkan objektif komik mereka. Maka, disimpulkan di sini

bahawa kebanyakan, komik-komik yang terkenal seperti Komik Spiderman, X-Men,

dihasilkan secara berkumpulan; iaitu gabungan kerjasama pelukis dan penulis. Penulis

bertanggungjawab untuk menghasilkan objektif; menetapkan arah tuju idea, cerita dan

maklumat. Manakala pelukis bertanggungjawab menggunakan daya kreatif mereka

untuk menyampaikan objektif tersebut kepada pembaca dalam suatu bentuk yang

kreatif (McCloud, 1993; Will Eisner, 1985).

Untuk menghasilkan komik yang berteraskan ilmiah, maka perlulah kerjasama di

antara ahli akademik dengan pelukis komik. Ahli akademik perlu bertanggungjawab

menghasilkan objektif dengan menyediakan kerangka cerita (storyboard) untuk sesuatu

Page 6: Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

39 The 4th

International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

subjek ilmiah. Kerangka cerita tersebut tidak perlu terlalu kompleks, kerana dikhuatiri

di luar kemahiran ahli akademik dan pemahaman pelukis. Maka, salah satu strategi

untuk menghasilkan kerangka cerita adalah dengan menyediakan kerangka cerita yang

sesuai dengan penyampaian subjek ilmiah tersebut. Secara umum, cara penyampaian

subjek ilmiah boleh dikategorikan kepada dua bentuk; bentuk fakta dan bentuk proses.

KERANGKA CERITA SUBJEK BERBENTUK JUJUKAN PANEL

Untuk penyampaian subjek yang berterusan seperti proses atau prosedur, kerangka

cerita yang sesuai digunakan adalah berbentuk jujukan panel. Maklumat yang

diberikan mestilah padat, dimana jalan cerita mengikut jujukan panel seperti di Rajah 4

dan 5. Jujukan panel dapat memberi kesan konflik, atau suspen (Will Eisner, 1985); di

dalam konteks ini, jujukan panel membawa pembaca ke arah pemahaman sesuatu

konsep yang cuba disampaikan.

Rajah 4 Contoh aplikasi jujukan panel di dalam manga (baca dari kanan ke kiri)

(Kariya, 2012)

Page 7: Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

Education for Diverse Learners 40

Rajah 5 Kerangka cerita yang mengaplikasikan jujukan panel untuk menerangkan

proses pembersihan tumpahan bahan kimia (Will Eisner, 2011)

KERANGKA CERITA SUBJEK BERBENTUK DESKRIPTIF

Manakala untuk penyampaian subjek yang memerlukan penerangan visual secara

terperinci seperti maklumat tentang bahagian keris, seni bina islam, kerangka cerita

yang sesuai digunakan adalah berbentuk deskriptif. Kerangka cerita perlu disertai

dengan gambar atau lakaran objek yang hendak dimasukkan di dalam komik. Dalam

konteks ini, pelukis komik dan ahli akademik perlu saling berhubung supaya gambaran

yang diilhamkan ahli akademik berjaya disampaikan pelukis di dalam karyanya. (Rajah

6). Lukisan yang teliti diperlukan untuk subjek-subjek sebegini kerana hanya melalui

penelitian gambar atau analogi sahaja, objektif berkenaan dapat disampaikan kepada

pembaca.

Page 8: Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

41 The 4th

International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

Page 9: Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

Education for Diverse Learners 42

Rajah 6: Kerangka cerita mengenai pakaian korset wanita ini dilukis dengan penuh

teliti. Pelukis juga memberi buku rujukan lukisannya di dalam kerangka cerita ini

(Kaoru Mori, 2013b).

KERANGKA CERITA GABUNGAN

Mengikut maklumat yang ingin disampaikan, gabungan dua jenis kerangka cerita juga

boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca. Selalunya, komik

yang menggunakan teknik sebegini mempunyai objektif penghasilan yang spesifik

seperti penyampaian maklumat mengenai proses pembuatan seni ukiran kayu islamik

(kerangka jujukan panel menerangkan cara pembuatan ukiran, manakala kerangka

deskriptif menunjukkan hasil pembuatan ukiran).

Page 10: Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

43 The 4th

International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

Rajah 7: Kerangka jenis gabungan yang menerangkan proses ukiran seni kayu islamik

(Kaoru Mori, 2013)

PELUANG PENGHASILAN KOMIK BERILMIAH DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai 5 universiti yang berstatus Universiti Penyelidikan; iaitu

Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Universiti Sains

Malaysia (USM). Selain itu, university-universiti ini juga mempunyai pencapaian

Page 11: Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

Education for Diverse Learners 44

kecermelangan yang baik, dengan ke lima-lima universiti mencapai kedudukan 100 ke

bawah antara universiti terbaik Asia (Quacquarelli Symonds Limited, 2014). Maka,

tidak dinafikan, Malaysia mempunyai tenaga minda yang mencukupi untuk menggalas

cabaran iaitu dengan menghasilkan komik berilmiah untuk negara kita.

Dari segi tenaga kreatif, Malaysia merupakan salah satu penganjur Comic Fiesta

(SAYS Youth Society, 2014); sebuah festival berkaitan komik yang tersohor di Asia.

Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di arena tempatan pula adalah Festival Komik

Kuala Lumpur. Universiti Malaysia Kelantan turut menganjurkan Persidangan

Siberologi Antarabangsa (Universiti Malaysia Kelantan, 2014) yang pertama dimana ia

melibatkan tokoh komik Malaysia dan pengasas The International Journal of Comic

Studies (John Lent, 1999). Maka, Malaysia juga mempunyai tenaga kreatif yang

berupaya menghasilkan komik berilmiah. Namun begitu, Malaysia mempunyai

kekurangan dari segi ketiadaan titik penghubungan antara ahli akademik dan pelukis

komik untuk bekerjasama. Ahli akademik mempunyai pelbagai idea dan cerita yang

ingin disampaikan, tetapi tidak berdaya untuk menyampaikannya sendirian. Manakala,

hidup seorang pelukis tertumpu kepada teknik lukisannya, tetapi kurangnya kehadiran

idea atau cerita yang ingin disampaikan melalui lukisananya. Maka, amatlah wajar ahli

akademik dan para pelukis bekerjasama untuk menghasilkan karya komik yang

berilmiah.

Universiti atau institut pendidikan boleh memulakan langkah dengan menjemput

pelukis komik untuk bekerjasama. Universiti adalah pihak yang paling sesuai untuk

menghasilkan komik berilmiah, kerana universiti boleh menyediakan perkhidmatan

penerbitan sendiri. Apabila sesuatu manuskrip komik ilmiah telah siap diterbitkan,

pihak penerbit universiti boleh memperkenalkan buku tersebut sebagai penerbitan

berilmiah. Perkara sedemikian amat sukar untuk dilakukan di syarikat penerbitan

swasta yang mementingkan keuntungan dan berdasarkan tuntutan pasaran semata-

mata.

Kesimpulannya, komik boleh dijadikan sebagai alat pencetus sifat inkuiri bagi

pembaca. Negara-negara luar sudah menggunakan komik sebagai salah satu cara

penyebaran ilmu di negara mereka. Malaysia kini mempunyai keupayaan untuk

menghasilkan komik berilmiah yang tersendiri. Maka, stigma masyarakat mengenai

komik sebagai hiburan semata-mata perlu diubah, dan inilah salah satu caranya.

RUJUKAN

Bitz, Michael. (2004). The Comic Book Project: The Lives of Urban Youth. Art

Education, 57(2), 33-39. doi: 10.2307/3194113

Hiroyuki Kojima, & Shin Togami. (2011). The Manga Guide to Calculus. San

Francisco: No Starch Press.

Jacobs, Dale. (2007). More than Words: Comics as a Means of Teaching Multiple

Literacies. The English Journal, 96(3), 19-25. doi: 10.2307/30047289

John Lent. (1999). International Journal of Comic Art. Retrieved 27/7, 2014, from

http://www.ijoca.com/

Page 12: Komik Sebagai Alat Pencetus Sifat Inkuiri di Malaysia

45 The 4th

International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

Kamus Dewan. (2005) (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kaoru Mori. (2013a). A Bride's Story volume 1-5. New York: Yen Press.

Kaoru Mori. (2013b). Kaoru Mori: Anything and Something. New York: Yen Press.

Kariya, Tetsu. (2012). Oishinbo: The Joy of Rice, Vol. 6: A la Carte (Vol. 6): VIZ

Media LLC.

McCloud, Scott. (1993). Understanding comics: William Morrow Paperbacks.

Quacquarelli Symonds Limited. (2014). QS University Rankings 2014: Asia.

Retrieved 28/7, 2014, from http://www.topuniversities.com/university-

rankings/asian-university-

rankings/2014#sorting=rank+region=+country=+faculty=+stars=false+search=

SAYS Youth Society. (2014). Comic Fiesta Home Page. Retrieved 27/7, 2014, from

http://comicfiesta.org/

Seo Kuang-il, Jung Hye-Young, & Choi Dong-in. (2012). Healthy Living for Healthy

Kids (Law Puay Luan & Mvctar Avrelivs, Trans.). Kuala Lumpur: Anjung

Taipan Sdn Bhd.

Shin Jae Hwan, & TYe Young. (2014). Oh, Senangnya Sains Kimia bersama Dao &

Bazzi (Nurfarahin Romli & Nor Ikrami Ali, Trans.). Batu Caves, Selangor:

PTS ONE Sdn. Bhd.

Universiti Malaysia Kelantan. (2014). International Conference on Cyberology Art.

Retrieved 27/7, 2014, from

http://internationalconferencecyberology.wordpress.com/

Vacca, Carlo. (1959). Comic Books as a Teaching Tool. Hispania, 42(2), 291-292. doi:

10.2307/335922

Will Eisner. (1985). Comics and sequential art. Principles and practices of the world’s

most popular artform. Tamarac, Florida: Poorhouse Press.

Will Eisner. (2011). The Best of the Preventative Maintenance Monthly. New York:

Harry N. Abrams.