budaya ict dalam pdp
TRANSCRIPT
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan satu usaha serius ke arah memastikan pendidikan berkualiti dapat diberikan kepada semua murid tanpa mengira tahap dan latar belakang. Antara sebelas anjakan yang telah dikenalpasti untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara, anjakan ketujuh telah mengariskan kepentingan ICT dalam memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah kerana potensinya untuk memacukan proses pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas dalam kalangan murid.
Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini disebabkan guru dapat membuat
persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui kaedah ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan
pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara lebih
berkesan. . Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih
mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan
persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah
merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik
dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Namun demikian, dalam proses untuk membudayakan pengintegrasian ICT dalam PdP, wujud beberapa isu dan ianya perlu difikirkan dan ditangani bersama oleh pemimpin sekolah khususnya dan umumnya kepada guru-guru yang akan melaksanakannya.
Adalah sangat penting dalam menghadapi ekspektasi dan cabaran perubahan, seluruh warga
pendidikan memerlukan persediaan yang rapi. Ini merangkumi perancangan jangka panjang,
perancangan jangka pendek, perancangan aktiviti dan program serta pengurusan dan
pentadbiran ICT di sekolah. ICT merupakan sistem yang berupaya melaksanakan
pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai
bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan , pengajaran dan
pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Dengan penggunaan ICT dalam P&P
membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa sebarang kekangan tempat dan masa. Ianya juga
akan meningkatkan penggunaan sumber pendidikan dan berupaya meningkatkan kualiti
pendidikan disamping mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan
pelajar.
Bincangkan isu-isu yang dihadapi dalam membudayakan pengintegrasian ICT dalam PdP dalam kelas dan bagaimana pemimpin sekolah yang berwawasan dapat mengatasi isu-isu tersebut secara innovatif dan kreatif?