keberkesanan program latihan industri … program latihan industri bagi pelajar pendidikan teknikal...

23
KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JANUARI 2012

Upload: hoangkhuong

Post on 18-Jun-2018

290 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI

PENDIDIKAN UTM, SKUDAI

ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JANUARI 2012

Page 2: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI

PENDIDIKAN UTM, SKUDAI

ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 3: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR

PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN

UTM, SKUDAI

SESI PENGAJIAN : 2011 / 2012

Saya ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Kolej

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972 )

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

Disahkan oleh:

( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tarikh: 13 Januari 2012

Alamat Tetap:

No, 9 Jalan Bidara, Bandar Sri

Perani, 81900 Kota Tinggi, Johor.

TERHAD

TIDAK TERHAD

SULIT

CIK RAFEIZAH BT MOHD ZULKIFLI

(Nama Penyelia)

Tarikh: 13 Januari 2012

Page 4: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)”

Tandatangan : ____________________________________

Nama Penyelia : CIK RAFEIZAH BINTI MOHD ZULKIFLI

Tarikh : 13 JANUARI 2012

Page 5: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ________________________________________

Nama Penulis : ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

Tarikh : 10 JANUARI 2012

Page 6: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

i

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan kurnia dan keizinanNya

dapat saya menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Saya ingin mengambil kesempatan

ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada

penyelia saya, Cik Rafeizah Binti Mohd Zulkifli. Beliau merupakan pendorong utama

yang membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dari awal sehingga

tersiapnya kajian ini.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam

memberi idea, pendapat serta komen yang membina. Tidak dilupakan, individu-individu

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali, kepada keluarga tersayang yang banyak memberi dorongan

sepanjang pengajian. Berkat doa mereka dan usaha yang tidak berbelah bagi maka dapat

saya menyiapkan projek sarjana muda ini dengan jayanya.

Page 7: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

ii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengetahui keberkesanan program latihan industri yang

telah dijalani pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan dalam bidang pendidikan

teknikal dan vokasional iaitu pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup). Dalam kajian ini, penyelidik melihat keberkesanan latihan

industri melalui pandangan peribadi pelajar dari segi latihan yang diterima di industri

berkaitan dengan pengajian semasa di universiti, pengaplikasian pengetahuan kepada

latihan semasa di industri dan bentuk kerjasama yang diberikan oleh pihak industri.

Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai intrumen kajian dan dilakukan

ke atas 107 orang responden. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan

menggunakan kaedah Cronbach Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.875. Data

yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package

for Sciences) versi 16.0 untuk mendapatkan peratusan dan min. Daripada data-data

yang diperolehi dan dianalisis, secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa

tahap keberkesanan program latihan industri bagi pelajar pendidikan teknikal adalah

berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pihak industri

membantu pelajar dengan memberikan latihan kerja yang berkaitan dengan

pengajian mereka semasa di universiti. Selain itu, latihan amali di universiti dapat

diaplikasikan semasa latihan industri. Secara keseluruhannya, latihan industri yang

dijalankan adalah berkesan.

Page 8: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

iii

ABSTRACT

This study aims to determine the effectiveness of industrial training programs

for a final year student of the Faculty of Education in the field of technical and

vocational education students (SPH). In this study, researcher looks at the

effectiveness of industrial training through the personal views of students in terms of

training received in the industry related to the current study at the university, the

application of knowledge to training in the industry and form of co-operation given

by industry. This study using a questionnaire as an instrument which was distributed

to 107 respondents. Reliability of the questionnaire tested using Cronbach Alpha

method in which the total value is 0.973. The data obtained are analyzed using SPSS

software (Statistical Package for Sciences) version 16.0 for the percentage and mean.

From the data obtained and analyzed, as a whole can be concluded that the

effectiveness of industrial training programs for students of technical

education is at a high level. The study showed that the industry helps students by

providing work-related their studies at university. In addition, practical training at

university can be applied during the industrial training. Overall, industrial training

are carried out effectively.

Page 9: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

iv

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN

PENGHARGAAN i

ABSTRAK ii

ABSTRACT iii

KANDUNGAN iv

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI SINGKATAN x

SENARAI LAMPIRAN xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Fakulti Pendidikan 8

1.6.2 Pelajar 8

1.6.3 Penyelia Latihan Industri 9

1.6.4 Penyelaras Latihan Industri 9

1.7 Batasan Kajian 9

Page 10: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

v

1.8 Skop Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Keberkesanan 10

1.9.2 Latihan 11

1.9.3 Industri 11

1.9.4 Latihan Industri 11

1.9.5 Persepsi 12

1.9.6 Kesahan 12

1.10 Rumusan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kepentngan Latihan Industri 16

2.3 Faktor Keberkesanan Latihan Industri 19

2.4 Latihan Industri Fakulti Pendidikan 22

2.5 Penyeliaan Latihan Industri 25

2.6 Kerjasama Pihak Industri 26

2.7 Kajian Lepas 29

2.8 Rumusan 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Populasi dan sampel Kajian 32

3.4 Instrumen Kajian 33

3.4.1 Pembinaan Soal Selidik 33

3.5 Kesahan 35

3.6 Kajian Rintis 36

3.7 Analisis Data 37

3.8 Proses Menjalankan Kajian 38

3.9 Rumusan 41

Page 11: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

vi

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Taburan Responden mengikut Jantina 43

4.2.2 Taburan Responden mengikut Kursus 44

4.2.3 Taburan Responden mengikut Umur 44

4.2.4 Taburan Responden mengikut Bangsa 45

4.3 Analisis Item Kajian Bahagian B 46

4.3.1 Soalan Kajian 1: Adakah para pelajar

bekerja dalam bidang yang berkaitan

dengan program pengajian mereka di

universiti? 46

4.3.2 Soalan Kajian 2: Adakah pengetahuan

yang diperolehi oleh pelajar di universiti

diaplikasikan di pusat industri semasa

menjalani latihan industri? 49

4.3.3 Soalan Kajian 3: Apakah bentuk

kerjasama yang diberikan oleh pihak

industri semasa menjalani latihan industri? 52

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 55

4.5 Rumusan 56

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Perbincangan 57

5.2.1 Latar Belakang Responden 58

5.2.2 Persoalan Kajian 1: Adakah para pelajar

bekerja dalam bidang yang berkaitan

dengan program pengajian mereka di

universiti? 58

Page 12: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

vii

5.2.3 Persoalan Kajian 2: Adakah pengetahuan

yang diperolehi oleh pelajar di universiti

diaplikasikan di pusat industri semasa

menjalani latihan industri? 60

5.2.4 Persoalan Kajian 3: Apakah bentuk

kerjasama yang diberikan oleh pihak

industri semasa menjalani latihan industri? 62

5.3 Cadangan 64

5.3.1 Cadangan Kajian 64

5.3.2 Cadangan Lanjutan 66

5.4 Rumusan 67

RUJUKAN 69

LAMPIRAN 75

Page 13: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

viii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan Populasi Pelajar 31

3.2 Taburan Item Soal Selidik 33

3.3 Taburan Skor mengikut Skala Likert 34

3.4 Tahap bagi setiap nilai min 37

3.5 Taburan Min Berdasarkan Persoalan Kajian 37

4.1 Taburan Responden mengikut Jantina 44

4.2 Taburan Responden mengikut Kursus 44

4.3 Taburan Responden mengikut Umur 45

4.4 Taburan Responden mengikut Bangsa 45

4.5 Taburan mengikut Peratusan dan Min bagi

Persoalan Kajian 1 47

4.6 Taburan mengikut Peratusan dan Min bagi

Persoalan Kajian 2 50

4.7 Taburan mengikut Peratusan dan Min bagi

Persoalan Kajian 3 53

4.8 Analisis Purata Peratus dan Min Keseluruhan

Persoalan Kajian 55

Page 14: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

ix

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.6 Carta Alir Prosedur Kajian 38

4.9 Purata Min bagi setiap Soalan Kajian 56

Page 15: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A SOAL SELIDIK 75

B KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK 80

C DATA KEBOLEHPERCAYAAN BAGI

KAJIAN RINTIS 82

D DATA KEBOLEHPERCAYAAN BAGI

KAJIAN SEBENAR 83

E JADUAL KREJIE DAN MORGAN 84

Page 16: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

x

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN HURAIAN

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPT Institut Pengajian Tinggi

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SK Soalan Kajian

PTK Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan

SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPSS Statistical Package for the Social Sciences

STS Sangat Tidak Setuju

TS Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

S Setuju

SS Sangat Setuju

Page 17: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam dunia hari ini, para graduan perlu mempunyai kompetensi dan

kemahiran pekerjaan untuk mereka berdaya saing di pasaran pekerjaan. Memiliki

ijazah tinggi sahaja tidak menjamin pekerjaan seseorang. Sebaliknya, para graduan

harus mempunyai pengetahuan yang relevan dan terkini, pengalaman praktikal,

kemahiran insaniah serta sikap yang positif untuk melengkapkan mereka sebelum

berdepan cabaran dunia kerjaya sebenar. Untuk meningkatkan tahap mampu kerja

para graduan, program latihan industri diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi

yang diperlukan. Latihan industri memberi peluang kepada para pelajar untuk

mengaitkan pelajaran dalam kuliah dengan dipraktikkan di industri.

Program Latihan Industri berperanan penting dalam menyesuaikan diri para

pelatih dengan cara kerja dan budaya organisasi. Latihan ini juga mempercepatkan

mereka mengenalpasti kelemahan dan keupayaan masing-masing bagi

mengurangkan jurang antara keadaan sedia ada dengan jangkaan kerja seperti yang

ditetapkan oleh organisasi (Abdul Halim, Nik Maheran dan Rosni, 2001).

Page 18: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

2

Bagi pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

dalam bidang teknikal dan kejuruteraan, selain menghadapi Latihan Mengajar

selama sekurang-kurangnya 12 minggu di sekolah yang ditetapkan oleh fakulti,

mereka juga perlu menjalani program Latihan Industri bagi melepasi syarat wajib

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Antara matlamat latihan industri ialah untuk

melahirkan guru yang terlatih di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan

industri selaras dengan matlamat UTM iaitu melahirkan ahli teknologi yang cekap

dan bertanggungjawab kepada penciptaNya dan masyarakat.

Latihan Industri merupakan latihan praktik di industri oleh pelajar yang

membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Ia

bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti dan suasana industri. Di

samping itu pelajar akan memperolehi pengalaman bekerja di industri yang akan

membantu mereka menggunakan ilmu pengetahuan tersebut dalam profesion

perguruan.

Antara objektif Latihan Industri ialah untuk mendedahkan para pelajar

kepada jenis pekerjaan, memberikan para pelajar kepada suasana kerja dan

persekitaran kerja yang terdapat di industri atau organisasi. Selain itu, latihan

industri juga memberi peluang kepada para pelajar memperolehi kemahiran pada

kesempatan terawal mungkin serta memupuk sikap kerja yang baik kepada pelajar

dan menggalakkan interaksi dengan pelbagai kalangan pekerja dan masyarakat. Para

pelajar juga dapat mengaitkan pelajaran dalam kuliah dengan mempraktikkannya di

industri.

Program Latihan Industri adalah satu-satunya peluang kepada pelajar untuk

mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang baru seiring perubahan teknologi.

Disamping menggunakan pengetahuan asas yang sedia ada, secara tidak langsung

tahap pengetahuan dan pengaplikasian pengetahuan sedia ada pelajar juga akan

Page 19: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

3

meningkat. Peluang untuk mengenali dan menggunakan dengan lebih dekat lagi

tentang teknologi terkini menjadi lebih terbuka dan seterusnya menjadi pengalaman

berharga yang boleh digunakan pada masa hadapan serta menjadi nilai tambah

kepada pelajar itu sendiri.

1.2 Latar Belakang Masalah

Keperluan untuk mengkaji keberkesanan latihan industri telah diutarakan

oleh Robyn Peterson (1992) di mana beliau menyatakan penentuan dan analisis ke

atas latihan industri mesti dibuat secara sistematik dan menyeluruh kerana terdapat

program latihan yang kerap menimbulkan masalah daripada menyelesaikan masalah.

Maka, untuk mencapai matlamat latihan industri, objektif latihan industri yang

dibentuk perlu mengambil kira faktor-faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan

latihan industri.

Program Latihan Industri berperanan penting dalam menyesuaikan para

pelajar dengan cara kerja dan budaya organisasi di tempat kerja sebenar. Latihan ini

juga memberi mereka peluang mengenalpasti kelemahan dan keupayaan masing-

masing dalam bidang mereka di alam pekerjaan sebenar di industri yang telah

ditetapkan. Namun begitu terdapat aduan bahawa terdapat pihak industri yang

kurang memberikan kerjasama kepada para pelatih dalam hal-hal dalam melatih serta

memberikan pengalaman kerja di tempat kerja mereka.

Latihan industri penting bagi menyediakan bakal siswazah dengan kemahiran

kerja dan menjadikan mereka bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan selepas

tamat pengajian kelak. Tempoh latihan industri yang akan dihadapi oleh para pelajar

menuntut kerjasama dan komitmen daripada majikan. Namun, masalah yang berlaku

apabila ada majikan yang kurang serius dan mengambil remeh dalam memberikan

Page 20: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

4

latihan yang bersesuaian dengan pelatih. Pelatih disuruh melakukan kerja yang

remeh-temeh. Tidak menjadi masalah sekiranya kerja remeh-temeh itu disuruh

sebagai persediaan budaya mula bekerja dari bawah atau hanya sebagai sesi orientasi

untuk beramah mesra tetapi adakalanya majikan sengaja melakukan demikian kerana

menganggap pelajar yang menjalani latihan industri adalah peluang bagi majikan

mendapatkan khidmat pekerja murah atau percuma. Hal ini tidak sepatutnya berlaku.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), mendedahkan ada pelajar

universiti yang menjalani latihan praktikal diberi tugasan remeh, termasuk membuat

salinan fotostat dan membancuh minuman untuk pegawai atasan. Pengarah Eksekutif

MEF, Shamsuddin Bardan, berkata pihaknya menerima aduan daripada para pelajar

bahawa latihan yang dijalani kurang berkesan dalam membantu mereka membuat

persediaan memasuki pasaran kerja. (Berita Harian, 23 Mac 2010)

Memang diakui wujud keadaan sesetengah pelajar yang menjalani latihan

industri, sekadar mendapat pengalaman membuat salinan fotostat dan surat menyurat

saja. Malah ada sesetengah syarikat melabelkan mereka sebagai sumber tenaga

murahan yang boleh dipergunakan. Fenomena ini mungkin kes terpencil namun ia

memerlukan kewajaran bagi syarikat yang mengambil pelajar menjalani latihan

industri menyedari keupayaan pelajar itu dalam membantu meningkatkan

perkembangan syarikat (Hamidon, 2009)

Menurut Sapian (2010), kerja remeh seperti membancuh kopi, membuat

salinan fotostat dan sebagainya yang tidak berkaitan dengan tugas semasa latihan

dilakukan itu adalah ilmu atau pengalaman yang mereka perlu ambil positif kerana

semua itu adalah rutin kebiasaan di industri atau organisasi dan para pelajar

hendaklah mengambil perkara seperti ini sebagai antara suasana kerja di industri.

Menjalani latihan industri adalah tempat untuk mencari seberapa banyak pengalaman

kerja dan bukan untuk menimba ilmu pengetahuan.

Page 21: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

5

Pelajar yang mengikuti latihan industri sepatutnya diberikan tugasan yang

boleh membantu kerjaya mereka apabila tamat pengajian, bukannya pekerja murahan

(Ong Tee Keat, 2007). Majikan perlu menjadikan program latihan industri sebagai

peluang mendapatkan pekerja berpotensi, kerana mereka memantau sendiri

kebolehan pelatih dan kaedah itu lebih baik daripada mengadakan temu duga.

majikan seharusnya memberikan tunjuk ajar kepada pelatih dengan memberikan

tugasan bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai tugas sebenar bakal yang

dilalui_kelak.

Program latihan industri perlu dilaksanakan secara serius bagi memastikan

graduan bersedia memasuki pasaran pekerjaan kerana keputusan yang cemerlang

dalam peperiksaan tidak bermakna jika para pelajar tiada persediaan ke alam

pekerjaan. Menerusi program latihan industri ini, graduan dijangka mampu bersaing

untuk menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan yang mencabar. Melalui program

ini juga, UTM dapat melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran

bagi memenuhi keperluan semasa negara.

Sebarang usaha untuk memberi peluang kepada pelajar membuat persediaan

ke alam pekerjaan perlu disokong oleh pelbagai pihak dan pihak universiti perlu

mengorak langkah mengadakan kerjasama dengan pelbagai sektor untuk

melaksanakannya. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu bagi mencapai

keberkesanan Program Latihan Industri. Pihak industri mahupun pihak Fakulti perlu

melaraskan program ini dengan sebaiknya supaya program ini dapat member

manfaat sepenuhnya kepada pelajar yang menjalani latihan industri.

Page 22: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

6

1.3 Penyataan Masalah

Program Latihan Industri yang diperuntukan pihak universiti kepada pelajar

untuk menjalankan latihan industri sudah pasti menjadi sia-sia sekiranya berlaku

masalah kepada para pelajar yang tidak mendapat latihan yang sepatutnya semasa

menjalani latihan industri. Selain itu para pelajar tidak akan mencapai tujuan sebenar

mereka melaksanakan latihan amali serta tidak mendapat pengalaman yang

diperlukan oleh mereka sebelum menamatkan pengajian.

Oleh itu, untuk mengetahui sama ada para pelajar dalam bidang teknikal dan

vokasional Fakulti Pendidikan menghadapi masalah yang sama seperti yang

dibincangkan di atas, satu kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti latihan industri

yang ditetapkan oleh pihak universiti mencapai tujuan sebenar latihan industri

tersebut.

1.4 Persoalan Kajian

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumbalas

daripada para pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional Fakulti Pendidikan yang

telah menjalani Latihan Industri. Oleh itu, objektif kajian ini adalah panduan untuk

menjawab persoalan kajian seperti berikut:

i. Adakah para pelajar bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan

program pengajian mereka di universiti?

ii. Adakah pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar di universiti

diaplikasikan di pusat industri semasa menjalani latihan industri?

Page 23: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI … PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UTM, SKUDAI ENDOK FADHLIATUNNUR BINTI MISWAN

7

iii. Apakah bentuk kerjasama yang diberikan oleh pihak industri semasa

menjalani latihan industri?

1.5 Objektif Kajian

Objektif utama kajian akan dijalankan ialah untuk mendapatkan persepsi para

pelajar mengenai keberkesanan Program Latihan Industri yang telah mereka lalui.

Kajian ini akan dilakukan terhadap para pelajar Fakulti Pendidikan UTM yang

mempunyai pengkhususan dalam bidang teknik dan vokasional.

Antara perkara yang menjadi objektif dalam perbincangan di dalam kajian ini

adalah:

i. Mengenalpasti sama ada para pelajar bekerja dalam bidang yang

berkaitan dengan program pengajian mereka di universiti.

ii. Mengenalpasti sama ada pengetahuan yang dipelajari oleh pelajar di

universiti diaplikasikan di pusat industri semasa menjalani latihan

industri.

iii. Mengenalpasti bentuk kerjasama yang telah diberikan oleh pihak industri

kepada para pelatih semasa mereka menjalani latihan industri.