borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar...

24
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEBERKESANAN PERISIAN GEOMETER’S SKETCHPAD UNTUK TAJUK PEMBINAAN GEOMETRI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya LOK YIAN LIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : LOT 2349 WAKAF STAN, KUBANG KERIAN 16150, KOTA BHARU KELANTAN. Tarikh : 28 APRIL 2009 (TANDATANGAN PENYELIA) DR. AZLINA MOHD KOSNIN NAMA PENYELIA Tarikh : 28 APRIL2009

Upload: phamquynh

Post on 11-Aug-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEBERKESANAN PERISIAN GEOMETER’S SKETCHPAD

UNTUK TAJUK PEMBINAAN GEOMETRI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya LOK YIAN LIN

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : LOT 2349 WAKAF STAN, KUBANG KERIAN 16150, KOTA BHARU KELANTAN. Tarikh : 28 APRIL 2009

(TANDATANGAN PENYELIA)

DR. AZLINA MOHD KOSNIN NAMA PENYELIA

Tarikh : 28 APRIL2009

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan : ____________________________

Nama Penulis : DR. AZLINA MOHD KOSNIN

Tarikh : 28 APRIL 2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

KEBERKESANAN PERISIAN GEOMETER’S SKETCHPAD UNTUK TAJUK

PEMBINAAN GEOMETRI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK

LOK YIAN LIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

ii

“Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satu telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : _______________

Nama Penulis : LOK YIAN LIN

Tarikh : 28 APRIL 2009

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

iii

DEDIKASI

Teristimewa Untuk Ibu dan Ayah,

Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi,

Nasihat dan amanatmu menjadi pedomanku

Buat ahli keluargaku yang tersayang,

Yang sering memberi dorongan dan semangat,

Bantuan dan dorongan kalian menjadi sumber ketabahan dan inspirasiku

Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan,

Segala pengorbanan dan dorongan kalian,

Tidak mampuku balas semuanya.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang

tulus ikhlas kepada penyelia projek tesis ini, iaitu Dr. Azlina Mohd Kosnin di atas

bimbingan dan nasihat beliau sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini dijalankan.

Segala jasa dan tunjuk ajar yang diberikan amat memanfaatkan. Tanpa bantuan beliau,

projek ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna.

Penghargaan yang ikhlas juga ditujukan kepada Pn Lau Siao Siu yang

menyumbangkan pelbagai bantuan serta idea sepanjang kajian dijalankan. Tidak lupa

juga ucapan terima kasih disampaikan kepada para responden yang terlibat dalam

memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan kajian ini berjalan

dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa

yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung

termasuklah ibu, ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu

dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

v

ABSTRAK

Pelajar sering kali menghadapi masalah dalam memahami dan menguasai konsep geometri apabila mempelajari tajuk pembinaan geometri. Keupayaan visualisasi spatial sering dikait rapat dengan penguasaan konsep geometri. Kajian ini telah dijalankan untuk melihat keberkesanan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP) dalam meningkatkan tahap keupayaan visualisasi pelajar dan tahap pencapaian pelajar dalam pembinaan geometri. Selain daripada itu, keberkesanan GSP juga dikaji dalam membantu pelajar dari tahap pencapaian matematik dan keupayaan visualisasi yang berbeza. Akhir sekali, masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian GSP dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dikaji. Partisipan terdiri daripada 72 orang pelajar tingkatan dua dan tiga orang guru matematik. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk eksperimen yang melibatkan satu kumpulan pretest-posttest dan temuduga berstruktur. Ujian visualisasi spatial dan ujian penilaian tahap pencapaian bagi tajuk pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara perseorangan ke atas guru-guru yang pernah menggunakan GSP. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan peningkatan pencapaian yang memberangsangkan dalam tajuk pembinaan geometri bagi pelajar selepas menggunakan perisan GSP. Analisis juga mendapati perisian GSP adalah berkesan dalam membantu pelajar yang berpencapaian rendah dan tinggi dalam tajuk pembinaan geometri. Selain itu, dapatan juga menunjukkan peningkatan keupayaan visualisasi pelajar selepas penggunaan perisian GSP. Manakala analisis perbezaan pencapaian pelajar menunjukkan terdapat peningkatan yang amat ketara bagi pelajar yang berkeupayaan visualisasi tinggi. Masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian GSP dalam pengajaran dan pembelajaran termasuk tempoh masa pengajaran terhad, kekurangan komputer, kepelbagaian tahap pengetahuan dan kemahiran komputer pelajar, kelemahan penguasan bahasa Inggeris pelajar serta kekurangan masa dan pendedahan bagi guru untuk menguasai kemahiran perisian GSP.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

vi

ABSTRACT

Students always face the difficulties in understanding and mastering concepts of geometry when they learn the topic Geometrical Construction. Spatial visualization ability is often being related to the capability to learn geometry concepts. In this study, the effects of Geometer’s Sketchpad (GSP) in student’s visualization ability and student’s achievement in topic Geometrical Construction have been investigated. Beside that, the effectiveness in helping students with different achievement levels and different visualization ability levels also evaluated. Finally, problems that are faced by teachers while using GSP in teaching and learning are also identified. A total of 72 form two students and three mathematics teachers were participated in the project. The research strategies that were used in this study are single-group experimental pretest-posttest design and structured interviews. Spatial visualization test and geometrical construction test gave to students before and after applied GSP methods and individual structure interviews conducted to teachers, whom had experience in using GSP. The quantitative results have indicated favorable improvement in student’s achievement in geometrical construction after using GSP. Analysis also showed that GSP is able to help the students, both with low and high achievements in mastering the geometrical construction effectively. Beside that, the analysis showed that there is improvement for student’s visualization ability after using GSP. Meanwhile, from the analysis of student’s achievement with different visualization ability levels, there is visible improvement for students with higher visualization ability. The problems encountered while using GSP in teaching and learning include limited teaching periods, lack of computers, students poor proficiency in English as well as lack of time and exposure for teachers to learn the skills of GSP.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

PENGAKUAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PENGKAJI ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latarbelakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 7

1.3 Objektif 8

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Hipotesis Nul 8

1.6 Skop dan Batasan Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

viii

1.8.1 Geometri 10

1.8.2 Pembinaan Geometri 10

1.8.3 Perisian Geometer’s Sketchpad 11

1.8.4 Keupayaan Visualisasi Spatial 11

1.8.5 Pelajar 12

1.8.6 Keberkesanan 12

1.8.7 Pencapaian 12

1.9 Kerangka Kajian 13

1.10 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 15

2.1 Perisian Geometer’s Sketchpad 15

2.2 Keupayaan Visualisasi Spatial 18

2.3 Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan keberkesanan

Geometer’s Sketchpad dalam Matematik 20

2.3.1 Kajian Tempatan 20

2.3.2 Kajian Luar Negara 22

2.4 Perkaitan Perisian Geometer’s Sketchpad dengan

keupayaan Visualisasi 25

2.5 Masalah Dalam Penggunaan Geometer’s Sketchpad 27

2.6 Penutup 29

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 30

3.1 Reka Bentuk Kajian 30

3.2 Prosedur Kajian 31

3.3 Sampel Kajian 33

3.4 Tempat Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.5.1 Ujian Visualisasi Spatial 34

3.5.1.1 Vz-1 – Form Board Test 34

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

ix

3.5.1.2 Vz-2 – Paper Folding Test 35

3.5.2 Ujian Penilaian Tahap Pencapaian Pelajar 35

3.5.3 Temuduga Berstuktur 36

3.6 Kaedah Menganalisis Data 36

3.7 Penutup 38

4 ANALISIS KAJIAN

4.0 Pengenalan 39

4.1 Kebolehpercayaan Instrument 41

4.2 Dapatan Kajian 41

4.2.1 Keberkesanan kaedah Geometer’s Sketchpad

Dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam

Tajuk Pembinaan Geometri 42

4.2.2 Perbezaan Keberkesanan Kaedah Geometer’s

Sketchpad Dalam membantu Pelajar Dari Tahap

Pencapaian Matematik yang Berbeza Dalam

Pembinaan Geometri. 43

4.2.3 Perbezaan Keberkesanan Kaedah Geometer’s

Sketchpad Dalam Membantu Pelajar Dari Tahap

Keupayaan Visualisasi yang Berbeza Dalam

Pembinaan Geometri 45

4.2.4 Keberkesanan Kaedah Geometer’s Sketchpad

Dalam Meningkatkan Tahap Keupayaan

Visualisasi Pelajar 47

4.2.5 Masalah Penggunaan Perisian Geometer’s

Sketchpad Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 48

4.3 Penutup 49

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 51

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

x

5.1 Rumusan 51

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 52

5.2.1 Keberkesanan kaedah Geometer’s Sketchpad

Dalam Meningkatkan Pencapaian Pelajar 53

5.2.2 Perbezaan Keberkesanan Perisian Geometer’s

Sketchpad Dalam Membantu Pelajar Dari Tahap

Pencapaian Matematik yang Berbeza 55

5.2.3 Perbezaan Keberkesanan Perisian Geometer’s

Sketchpad Dalam Membantu Pelajar Dari Tahap

Keupayaan Visualisasi yang Berbeza 56

5.2.4 Keberkesanan Perisian Geometer’s Sketchpad

Dalam Meningkatkan Tahap Keupayaan

Visualisasi Pelajar 58

5.2.5 Masalah Penggunaan Perisian Geometer’s

Sketchpad Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 59

5.3 Cadangan dan Implikasi 60

5.4 Cadangan Kajian Lanjut 62

5.5 Penutup 63

RUJUKAN 64

LAMPIRAN A – B 71-73

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Jenis Ujian Yang akan Diambil Oleh Responden 32

3.2 Cara Menganalisis Data Bagi Setiap Persoalan Kajian 36

4.1 Nilai Min Ujian Pra dan Pasca Dengan Paired t-test 42

4.2 Kategori Pencapaian Pelajar Mengikut Gred Pencapaian

Ujian Bagi Subjek Matematik 43

4.3 Nilai Min Mengikut Kategori Kumpulan Pencapaian

Pelajar Dalam Ujian Pencapaian Pembinaan Geometri

Dengan Paired t-test 44

4.4 Kategori Keupayaan Visualisasi Spatial Pelajar 45

4.5 Nilai Min Mengikut Kategori Kumpulan Keupayaan

Visualisasi Spatial Pelajar Dalam Ujian Pencapaian

Pembinaan Geometri Dengan Paired t-test 46

4.6 Nilai Min Ujian Pra dan Pasca Bagi Ujian Visualisasi

Spatial Dengan Paired t-test 48

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

1.1 Kerangka Kajian 13

2.1 Paparan Skrin GSP 17

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 33

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

xiii

SENARAI SINGKATAN

GSP - Geometer’s Sketchpad

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

KDP - Kursus Dalam Perkhidmatan

KDPM - Kursus Diploma Perguruan Malaysia

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

OUM - Open University Malaysia

PISMP - Pelajar Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

SPSS - Statistical Pakage For Sosial Science

SWOT - Strengths, Weaknesses, Opportunities & Threat

VZ - Visualisasi Spatial

Vz-1 - Form Boart Test

Vz-2 - Paper Folding Test

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Surat Kebenaran Dari Kementerian Pendidikan

Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan 69

B Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Johor 71

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

BAB 1

PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan

Pada era globalisasi ini, Pendidikan matematik di Malaysia telah mengalami

perubahan bukan hanya dari segi penggunaan bahasa pengantaran, bahkan

penggunaan komputer juga dititikberatkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran matematik. Dalam usaha menghasilkan pendidikan yang berkualiti,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bersarankan guru-guru matematik

menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Demi

mengalakkan penggunaan komputer yang optimun di kalangan guru-guru sekolah,

pelbagai peralatan teknologi telah dibekalkan kepada sekolah. Kenyataan ini

disokong dengan taklimat yang diberikan oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan

Komunikasi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kursus A+ untuk juruteknik

Terengganu pada 27 Mac 2008 telah menyatakan sebanyak lebih 200 inisiatif ICT

telah dilaksanakan di KPM yang melibatkan pembekalan peralatan, penyediaan

infrastruktur, pembekalan pengisian pengajaran dan pembelajaran, latihan serta

aplikasi yang melibatkan kos yang melebihi RM 5 billion untuk kegunaan di

sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Inisiatif ICT yang dilaksanakan oleh KPM adalah sejajar dengan Kurikulum

Matematik Sekolah Menengah yang bertujuan untuk membentuk individu yang

berfikiran matematik, berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik

dengan berkesan serta bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah, membuat

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

2

keputusan serta berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian

dengan perkembangan sains dan teknologi.

Tidak dapat dinafikan, matematik merupakan satu mata pelajaran yang sering

menimbulkan masalah kefahaman konsep menyebabkan pelajar kurang minat dalam

mata pelajaran ini. Pelajar beranggapan bahawa matematik adalah satu subjek yang

abstrak yang memerlukan proses menghafal bagi menyelesaikan sesuatu latihan

matematik (Lim, Fatimah dan Munirah, 2004). Kebanyakkan pelajar mendapati

matematik merupakan mata pelajaran yang mekanikal, membosankan, tidak

mencabar dan tiada kaitan dalam penggunaan harian (Noraini, 2005). Keadaan ini

telah menyebabkan guru-guru matematik sering menghadapi masalah dalam

pengajaran dan pembelajaran. Faktor ini mengakibatkan pencapaian mata pelajaran

matematik adalah kurang merangsangkan jika dibandingkan dengan mata pelajaran

lain di sekolah (Nor Hayati, 2003).

Di Malaysia, geometri ditekankan dalam sukatan pelajaran matematik, tetapi

konsep-konsep geometri yang disampaikan kepada pelajar adalah kurang jelas.

Pembelajaran geometri menjadi sukar kerana pelajar dan guru berada dalam tahap

pemikiran yang berlainan (Noraini, 2005). Daya imaginasi diperlukan untuk

mempelajari geometri (Mackrell dan Wilder, 2005), kekurangan daya imaginasi ini

menyebabkan murid yang bermasalah pembelajaran menunjukkan kesukaran dalam

keupayaan visual-ruang (Effandi, Norazah dan Sabri, 2007). Oleh yang demikian,

guru perlu menjalankan pembelajaran geometri yang bermakna serta memberi

peluang kepada pelajar aktif dalam membina dan membangun konsep (Krongthong,

2004).

Pengajaran dan pembelajaran matematik tidak lagi bergantung kepada kaedah

penerangan dan alat bantu mengajar yang wujud. Kebelakangan ini, pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer telah dititikberatkan dalam dunia pendidikan.

Penggunaan komputer dalam pembelajaran matematik dapat mengubah pendekatan

pengajaran dan pembelajaran matematik. Kelajuan komputer dapat membantu cara

penyelesaian tugasan (Perks, Prestage & Hewitt, 2002).

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

3

Oleh yang demikian, Perisian geometri dinamik mempunyai potensi dalam

mengubah kaedah pembelajaran tradisional kepada pembelajaran yang terkini (Dix,

1999). Kajian yang dijalankan oleh Reed (1996) telah menunjukkan bahawa pelajar

dapat menemui ciri-ciri geometri dengan penggunaan komputer tanpa pengajaran

daripada guru. Perisian GSP adalah salah satu perisian geometri dinamik yang dapat

membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

Untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik serta memupuk

minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik, perisian Geometer’s Sketchpad

(GSP) telah diperkenalkan di peringkat sekolah menengah. Menurut Halimah

(2005), perisian GSP telah dilesenkan kepada KPM untuk penggunaannya di

sekolah-sekolah atau institusi-institusi pendidikan di Malaysia. Perisian ini ialah

sebuah sistem perisian untuk membina, meneroka dan menganalisis secara luas

dalam bidang matematik.

1.1 Latarbelakang Masalah

Sistem pendidikan pada hari ini lebih berorientasikan kepada peperiksaan

(Abdul Halim dan Mohini, 2007). Sistem ini telah menimbulkan banyak kelemahan

dalam pembelajaran matematik yang merupakan satu fenomena meluas dan sering

kali menimbulkan pelbagai masalah. Dengan itu, terdapat pelbagai usaha untuk

mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran matematik dengan lebih

berkesan disarankan (Salwa dan Zaleha, 2002). Untuk meningkatkan tahap

pencapaian pelajar, guru-guru matematik perlu mengubah pendekatan pengajaran

dengan mengambil risiko untuk menggunakan pelbagai kaedah teknik mengajar yang

menarik (Marzita, 2003).

Pengajaran yang berpusatkan guru amat popular sehingga sekarang (Effandi,

Norazah dan Sabri, 2007). Menurut Abdul Halim dan Mohini (2007) pedekatan

tradisional ini adalah kurang sesuai pada zaman perkembangan teknologi ini. Untuk

menyelaraskan dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

4

memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan yang

meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. Sehingga tahun 2005,

sebanyak 5,037 sekolah telah disediakan makmal komputer dan dibekalkan 133,000

komputer dan 4,700 pelayan dan seramai 200,000 guru telah dilatih dalam bidang

teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, guru-guru matematik tidak berminat

untuk menggunakan segala kemudahan teknologi pendidikan yang disediakan

(Abdul Halim dan Mohini, 2007).

Penggunaan komputer dan pelbagai perisian dapat meningkatkan kaedah

teknik mengajar seseorang guru. Kelebihan komputer membolehkan animasi dan

visualisasi dilakukan yang mana buku dan panduan tidak dapat melakukannya

(Marzita dan Rohaidah, 2007). Pada padangan Tang Howe Eng (2005) teknologi

komputer merupakan alat tambahan dalam kelas yang membantu guru mengajar dan

membantu pelajar mempelajari matematik.

Dalam sukatan pelajaran matematik KBSM, terdapat tiga bidang utama, iaitu

Nombor, Bentuk dan Ruang serta Perkaitan. Tajuk geometri merupakan salah satu

tajuk dari Bentuk dan Ruang yang merupakan cabang matematik yang mempelajari

tentang sudut, segitiga, lilitan, luas dan isipadu. Geometri berkait rapat dengan

keupayaan visualisasi spatial. Menurut Ramlah Jantan (2002), keupayaan visualisasi

spatial merupakan satu kecerdasan membolehkan seseorang mencipta gambaran

mental dan mengamati dunia visual. Seseorang yang peka dengan warna, garis,

bentuk dan ruang turut berkebolehan menvisual secara spatial dalam matriks ruang.

Keupayaan visualisasi spatial membantu seseorang pelajar dalam menguasai konsep-

konsep geometri.

Keupayaan spatial visualisasi dapat membantu pelajar menguasai konsep

geometri. Lowrie dan Logan (2006) mendapati pelajar sekolah menengah lebih suka

menggunakan kemahiran spatial apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti

menyelesaikan tugasan matematik. Silverman (2000) pula menyenaraikan cara

pengajaran yang berkesan seperti memberi peluang kepada pelajar untuk membina,

melukis atau cara lain yang dapat membina persembahan visual daripada konsep.

Manakala Lowrie dan Diezmann (2007) mencadangkan pendidik harus memberi

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

5

perhatian kepada grafik dan gambarajah yang specifik bagi masalah matematik yang

mengandungi gambar, diagram dan graf.

Terdapat kesukaran bagi pelajar sekolah menengah memahami konsep

geometri dengan menggunakan pengajaran tradisional seperti Chalk and talk,

mempamerkan slide pembelajaran dan sebagainya. Pendekatan yang digunakan ini

tidak digalakkan oleh KPM. Guru digalakkan menggunakan dan membantu pelajar

menggunakan teknologi dan alat-alat saintifik bagi meningkatkan daya meneroka

idea-idea matematik dan menghubung kaitkannya dengan matematik (Noraini,

2005). Kementerian Pelajaran Malaysia telah mensarankan guru-guru matematik

mengintegrasikan komputer dalam proses pangajaran dan pembelajaran.

Penggunaan perisian geometri dinamik dalam proses pengajaran dan pembelajaran

telah dinyatakan secara eksplisit dalam huraian sukatan pelajaran matematik

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002). Aktiviti membina dan menyiasat amat

diperlukan dalam tajuk geometri. Pembinaan spatutnya tidak hanya dilakukan

dengan penggunaan set pembinaan geometri sahaja. Cara yang paling baik dalam

proses pengajaran dan pembelajaran geometri adalah menggunakan perisian

geometri dinamik (Vanema, 2006).

Satu perisian dalam golongan perisian geomteri dinamik adalah perisian GSP.

Perisian GSP adalah perisian yang bersifat dinamik, interaktif serta mesra pengguna.

Perisian ini direkabentuk oleh Jackiw, N pada tahun 1991. Perisian ini merupakan

suatu alat yang membolehkan pelajar melukis dan melihat pergerakan, perubahan

kedudukan dan bentuk objek yang dijelmakan pada paparan yang sama melalui

penerokaan (Nurul Hidayah Lucy dan Aziz, 2005). Perisian GSP khususnya

digunakan untuk membina rajah-rajah geometri, melukis garisan, mengukur panjang,

sudut dan mengira perimeter, luas dan lain-lain (Nor Hayati, 2003). Menurut

Bennet (2002) pula, perisian GSP ini dapat menginterasikan tajuk geometri yang

tidak mampu dilakukan oleh buku teks.

Menurut Halimah (2005), penggunaan perisian GSP dapat membantu guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan perisian ini,

guru-guru matematik dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

6

pelajar dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan penyiasatan,

penerokaan, dan membina konsep sendiri.

Tajuk pembinaan geometri adalah salah satu tajuk dalam Kurikulum

matematik tingkatan dua (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002). Penggunaan

perisian GSP dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap pencapaian dalam

tajuk pembinaan geometri. Dengan adanya perisian ini, pelajar boleh membina

sesuatu objek dan seterusnya bebas untuk melihat sifat matematik yang terhasil

apabila bentuknya diubah (Marzita dan Rohaidah, 2007). Selain itu, perisian GSP

juga membolehkan bentuk geometri dihasilkan dengan cepat dan efisien (Halimah,

2005) serta pelajar dapat mengawal dan manipulasi pembinaan geometri semasa

proses pembelajaran (Reed, 1996; Key Curriculum Press, 2008).

Norashikin dan Zuhaidi (2005) menyatakan terdapat kajian yang mendapati

jika seseorang pelajar mempunyai tahap keupayaan visualisasi spatial tinggi, maka

pencapaian dalam matematik juga cemerlang. Perisian GSP amat sesuai dalam

membantu pelajar meningkatkan keupayaan visualisasi spatial. Menurut Krongthong

(2004) perisian GSP ini membolehkan pelajar menvisual dan mengalakkan mereka

membuat tekaan sebelum menjalankan aktiviti membukti. Perisian GSP ialah satu

alat yang sangat sesuai untuk membolehkan pelajar berfikir secara geometri yang

melibatkan penggunaan visualisasi spatial.

Perisian GSP boleh dikatakan perisian yang baru di Malaysia. Kementerian

Pelajaran Malaysia telah mendapatkan lesen perisian GSP versi 4.05M pada tahun

2004 (Teoh Boon Tat dan Fong Soon Fook, 2005). Pendedahan perisian GSP kepada

guru matematik di Malaysia masih berkurangan walaupun Kementerian Pelajaran

Malaysia telah mendapatkan lesen perisan ini. Oleh yang demikian, mungkin

terdapat masalah yang dihadapi oleh guru-guru matematik yang ingin menggunakan

perisan GSP ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Keberkesaan bagi perisian

GSP bagi tajuk-tajuk matematik adalah perlu diuji dan dikesan dalam tujuan untuk

mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar dalam matematik. Keupayaan

visualisasi adalah berkait rapat dengan bidang geometri. Kajian mengenai Perisian

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

7

GSP dengan keupayaan visualisasi juga penting bagi pendidik supaya mereka dapat

melihat hubungan antara perisian GSP dengan keupayaan visualisasi spatial.

Sehingga kini, guru-guru di Malaysia telah mula menjalankan pengajaran dan

pembelajaran perisian GSP ini dengan pelbagai cara tetapi penggunaannya masih

tidak secara maksimum (Halimah 2005).

1.2 Pernyataan Masalah

Geometri merupakan bidang yang penting dalam matematik (Abdul Halim

dan Mohini, 2007). Sejak tahun 2004, perisian GSP diperkenalkan kepada guru-guru

matematik sekolah menengah untuk membantu guru dalam menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran geometri. Perisian GSP dapat membantu visualisasi

dan ianya dapat dilihat sebagai alat bantu mengajar dalam meningkatan pencapaian

pelajar dalam matematik, terutamanya dalam bidang geometri. Walau

bagaimanapun, penggunaan perisian GSP di sekolah masih kurang berleluasan serta

kajian yang mengenai keberkesanan perisian ini dalam pertingkatan tahap

pencapaian pelajar dan tahap keupayaan visualisasi spatial di Malaysia adalah

berkurangan jika dibandingkan dengan negara barat.

Untuk mencungkil keistimewaan dan kebaikan perisian GSP dalam bidang

geometri, satu kajian akan dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan perisian

GSP dalam mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar. Selain itu, Keberkesanan

perisian GSP dalam membantu pelajar yang mempunyai tahap keupayaan visualisasi

spatial tinggi dan rendah dalam tajuk pembinaan geometri juga akan diuji sebelum

dan selepas kajian dijalankan. Kajian ini juga akan mencungkil masalah yang

dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian GSP dalam proses pengajaran dan

pembelajaran matematik kepada pihak kerajaan dan pihak sekolah.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara

8

1.3 Objektif

Terdapat lima objektif telah ditetapkan di dalam pelaksanaan kajian ini.

Pelaksanaan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan perisian GSP dalam

meningkatkan tahap keupayaan visualisasi pelajar dan tahap pencapaian pelajar

dalam pembinaan geometri. Selain itu, Kajian ini juga dijalankan untuk melihat

keberkesanan perisian GSP dalam membantu pelajar dari tahap pencapaian

matematik dan keupayaan visualisasi yang berbeza dalam pembinaan geometri.

Objektif yang terakhir bagi kajian ini ialah untuk mengenalpasti masalah yang

dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian GSP dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian untuk kajian ini adalah seperti berikut:

1. Adakah perisian GSP berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar

dalam tajuk pembinaan geometri?

2. Adakah perisian GSP berkesan dalam membantu pelajar dari tahap

pencapaian matematik yang berbeza dalam tajuk pembinaan geometeri?

3. Adakah perisian GSP berkesan dalam membantu pelajar dari tahap

keupayaan visualisasi yang berbeza dalam pembinaan geometri?

4. Adakah perisian GSP berkesan dalam meningkatkan tahap keupayaan

visualisasi pelajar?

5. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan

perisian GSP dalam pengajaran dan pembelajaran matematik?

1.5 Hipotesis Nul

Hipotesis nul (H0) yang hendak diuji ialah :