pemberian perkhidmatan sejagat - skmm.gov.my · latihan ict dan latihan keusahawanan kepada...

77

Upload: others

Post on 15-Sep-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 2: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 3: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 4: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

PERUTUSAN PENGERUSI

Sehingga kini, pelbagai projek pembangunan infrastruktur komunikasi telah dilaksanakan di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar bagi memastikan penyediaan capaian komunikasi berkekalan di mana ia dapat membantu penambahbaikkan kualiti perkhidmatan komunikasi selaras dengan sasaran negara untuk mencapai status Negara Pintar atau ‘Smart Nation’ menjelang tahun 2020. Bukan sesuatu yang mudah, tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

Bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, pelbagai inisiatif telah dan sedang diperkenalkan yang melibatkan peningkatan infrastruktur capaian jalur lebar dan juga projek-projek komuniti di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Inisiatif-inisiatif di bawah Program PPS tidak dapat dinafikan telah membawa perubahan besar dalam merapatkan jurang digital bukan sahaja antara bandar dan pedalaman, malah kini antara golongan berkemampuan dan yang kurang berkemampuan.

Jika dilihat melalui statistik kadar penembusan jalur lebar dan telefon selular negara berserta bilangan langganan telefon selular, jelas menunjukkan satu peningkatan yang amat positif. Sehingga Suku Keempat 2015, kadar penembusan jalur lebar bagi setiap 100 isi rumah telah meningkat kepada 77.3% berbanding pada tahun 2013 sebanyak 67.1%, manakala kadar penembusan telefon selular untuk setiap 100 penduduk telah mencecah 143.8% berbanding 143.6% pada tahun 2013. Walaupun secara numeriknya sumbangan Program PPS jika dihuraikan melalui angka-angka ini hanyalah akan membentuk satu nilai yang kecil, namun sangat besar maknanya bagi komuniti yang amat memerlukannya.

Tahun 2015 menyaksikan pendekatan yang lebih terkehadapan telah dilaksanakan di bawah Program PPS. Antara inisiatif baharu

yang mula dilaksanakan adalah Mini Pusat Internet 1Malaysia (Mini PI1M) dan Next Generation Pusat Internet 1Malaysia (NextGen PI1M). Selain itu, peluasan liputan jalur lebar mudah alih 3G dan LTE turut giat dilaksanakan di kawasan-kawasan yang kurang mendapat liputan perkhidmatan di seluruh negara.

Bagi menampung permintaan jalur lebar talian tetap dan mudah alih berkelajuan tinggi untuk komuniti luar bandar dan pinggir bandar pula, beberapa inisiatif utama berkaitan rangkaian teras berkapasiti tinggi telah dilaksanakan iaitu Jalur Lebar Luar Bandar (RBB), Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), Projek Peluasan Rangkaian Gentian Optik dan Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M). Jika dilihat secara menyeluruh, pelaksanaan Program PPS kini mencakupi dari penyediaan jalur lebar talian tetap dan mudah alih sehingga kepada penyediaan infrastruktur rangkaian teras berkapasiti tinggi. Manakala inisiatif-inisiatif yang melibatkan capaian secara kolektif seperti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan WiFi Komuniti (WK) masih diteruskan kerana kedua-dua inisiatif ini sudah diketahui umum banyak memberi manfaat berharga kepada komuniti setempat.

Tidak dinafikan pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Program PPS mempunyai cabaran dan dugaan tersendiri, namun begitu segala usaha yang dilaksanakan ini memberi gambaran yang jelas bahawa kita berada di landasan yang tepat dalam membantu merealisasikan impian negara. Semoga kita terus tabah menongkah dan mendepani apa jua cabaran serta rintangan mendatang kerana pada setiap kesukaran itu menjadikan kita lebih berinspirasi dalam mengejar impian.

Sekian, terima kasih.

04

Page 5: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

DATO’ SRI DR. HALIM BIN SHAFIEPENGERUSI

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

Pelaksanaan Program PPS kini mencakupi dari penyediaan jalur lebar talian tetap dan mudah alih sehingga kepada penyediaan infrastruktur rangkaian teras berkapasiti tinggi

05

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 6: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

GAMBARAN KESELURUHAN

06

Page 7: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

07

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 8: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 9: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 10: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

+ Orang kurang upaya penglihatan melayari internet menggunakan peranti khas

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang kini mencecah 8 tahun dilaksanakan telah banyak memberi impak sosial dan ekonomi kepada masyarakat terutamanya kepada komuniti luar bandar. Hal ini bertepatan dengan harapan pihak Suruhanjaya terhadap pelaksanaan PI1M yang menyediakan perkhidmatan capaian internet jalur lebar dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang kurang liputan perkhidmatan seperti di kawasan luar bandar.

Pihak Suruhanjaya sentiasa menambahbaik pelaksanaan PI1M dari semasa ke semasa seperti pada tahun 2013 di mana pihak Suruhanjaya mula melaksanakan PI1M di kawasan bandar dengan memberi tumpuan kepada kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan seperti golongan OKU dan komuniti yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

10

Page 11: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Pelaksanaan PI1M banyak memberi impak sosial dan ekonomi kepada masyarakat

+ Pengurus PI1M mengendalikan kelas ICT kepada pengguna berdaftar

Selain menyediakan perkhidmatan capaian internet jalur lebar, PI1M juga menyediakan latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M dan ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna berdaftar.

Antara perkhidmatan lain yang disediakan di PI1M adalah perkhidmatan percetakan, laminasi, fotokopi dan pengimbasan dengan caj yang minima.

Kisah-kisah kejayaan yang lahir dari kalangan pengguna PI1M telah sedikit sebanyak membuktikan keberkesanan pelaksanaan PI1M dan menjadikan PI1M terus popular di kalangan masyarakat setempat.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 657 PI1M telah siap dan beroperasi di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 PI1M telah dilaksanakan di kawasan bandar.

Pada tahun 2015, sebanyak 144 PI1M telah berjaya dilaksanakan. 46 daripadanya dilaksanakan di kawasan bandar.

11

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 12: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

EVOLUSI PI1M

12

Page 13: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

13

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 14: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

MINI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

Mini Pusat Internet 1Malaysia (Mini PI1M) merupakan konsep baharu Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang mula diperkenalkan pada tahun 2015. Mini PI1M secara relatifnya merupakan PI1M pada skala yang lebih kecil dengan keluasan premis hanya 300 hingga 500 kaki persegi. Pelaksanaan Mini PI1M tertumpu pada kawasan pedalaman yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah iaitu kurang daripada 800 orang bagi satu kilometer persegi. Mini PI1M dilengkapi dengan 6 hingga 10 unit komputer dengan kelajuan internet sehingga 8Mbps. Sama seperti PI1M, Mini PI1M turut menyediakan latihan ICT dan keusahawanan secara percuma serta perkhidmatan sampingan seperti percetakan, fotokopi dan pengimbasan. Mini PI1M yang dikendalikan oleh seorang Penolong Pengurus beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Pihak Suruhanjaya yakin Mini PI1M dapat memberi pendedahan ilmu ICT kepada komuniti di pedalaman sekaligus membuka peluang kepada perniagaan atas talian. Hal ini secara tidak langsung dapat meransang perkembangan sosio-ekonomi komuniti setempat. Bagi Fasa Rintis, 1 Mini PI1M yang terletak di Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang telah siap dan beroperasi sepenuhnya pada bulan Mei 2015. Kewujudan Mini PI1M ini membolehkan komuniti di sekitarnya seperti yang tinggal di Kampung Tanah Pindah, Kampung Pulau Besar, Kampung Kuala Semena dan Kampung Machang Merah dapat menikmati perkhidmatan yang tersedia.

+ Mini PI1M Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang

14

Page 15: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

15

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 16: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

NEXT GENERATIONPUSAT INTERNET 1MALAYSIA

Next Generation Pusat Internet 1Malaysia (NextGen PI1M) merupakan satu lagi konsep baharu Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang mula diperkenalkan pada tahun 2015. NextGen PI1M dirangka bagi menyediakan satu pusat capaian komuniti yang lebih terkehadapan dengan mempunyai fasiliti khas yang direka khusus bagi komuniti setempat. Bagi Fasa Rintis, 2 NextGen PI1M telah dilaksanakan di daerah Kemaman, Terengganu yang dikenali sebagai Kemaman Innovation Centre (KIC) yang terletak di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dan Kemaman Command Centre (KCC) yang terletak di Pejabat Daerah Kemaman. Kedua-dua NextGen PI1M ini mempunyai 12 unit komputer dengan kelajuan internet sehingga 50Mbps, dikendalikan oleh seorang pengurus dan penolong pengurus serta menyediakan perkhidmatan sampingan seperti percetakan, fotokopi dan perlaminaan. Selain turut menyediakan kemudahan sama seperti PI1M; KIC dan KCC masing-masing mempunyai fungsi khas tersendiri.

16

Page 17: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

KEMAMAN INNOVATION CENTRE (KIC)

KIC merupakan sebuah pusat inovasi setempat di Pantai Timur Malaysia yang boleh dikaitkan dengan TM Innovation Exchange (TMIX) di Kuala Lumpur. Pusat ini bertujuan mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan remaja, memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka menerusi program-program yang berkaitan dengan keusahawanan, latihan ICT yang lebih canggih dan sebagainya.

Selain itu, KIC juga turut menganjurkan Hackathon; pertandingan merekabentuk aplikasi mudah alih dalam masa 24 jam. Pertandingan ini mengutamakan idea bernas yang dapat membawa impak besar kepada komuniti setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat menggalakkan komunti setempat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran ICT serta keusahawanan untuk memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka.

KEMAMAN COMMAND CENTRE (KCC)

KCC pula dilaksanakan berikutan daripada bencana banjir besar yang pernah melanda negara kita sebelum ini. KCC merupakan sebuah pusat gerakan bencana yang dilengkapi dengan Sistem Pengurusan Banjir meliputi pra-banjir, semasa banjir dan selepas banjir.

Melalui sistem ini, pengguna berdaftar akan dapat menerima maklumat dari semasa ke semasa seperti maklumat paras air dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika bencana melanda. Sistem ini juga membantu dalam operasi menyelamat dan pengagihan bantuan kepada mangsa banjir. Dengan adanya sistem ini, komuniti setempat dapat melakukan persediaan awal sekaligus dapat mengurangkan kerugian yang perlu ditanggung akibat daripada bencana banjir.

Kedua-dua NextGen PI1M ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Komuniti Pintar yang dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya.

+ Kemaman Innovation Centre (KIC) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman, Terengganu

+ Kemaman Command Centre (KCC) Pejabat Daerah Kemaman, Kemaman, Terengganu

17

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 18: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Mula dilaksanakan sejak tahun 2010, Mini Pusat Jalur Lebar Komuniti (Mini PJK) menyediakan capaian internet di Pejabat Penerangan terpilih kepada komuniti yang tinggal di sekitarnya. Mini PJK merupakan antara inisiatif terawal di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat yang masih diteruskan sehingga hari ini.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 120 Mini PJK telah dilaksanakan di seluruh negara.

MINI PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI

18

Page 19: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Perpustakaan Jalur Lebar Komuniti (PJL) merupakan satu inisiatif yang mula dilaksanakan sejak tahun 2007 dengan menyediakan capaian internet di Perpustakaan Negeri terpilih. PJL dikendalikan oleh seorang Penyelia yang bertanggungjawab mengurus operasi harian dan memperkenalkan kemudahan yang disediakan di PJL.

Pelaksanaan PJL pernah mencecah 99 PJL sehingga tahun 2014, namun bagi menampung permintaan capaian jalur lebar dari komuniti sekitar, beberapa PJL telah dinaiktaraf kepada Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang terletak di kawasan yang sama.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 44 PJL masih beroperasi di seluruh negara.

PERPUSTAKAAN JALUR LEBAR KOMUNITI

19

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 20: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Inisiatif WiFi Komuniti (WK) menyediakan capaian internet asas secara WiFi hotspot di kawasan yang kurang mendapat liputan perkhidmatan di seluruh negara semenjak diperkenalkan pada tahun 2011. Bermula tahun 2013, pelaksanaan WK telah ditambahbaik dengan menggunakan pendekatan Hub & Spoke. Melalui pendekatan ini, 3 WiFi hotspot (sebagai Spoke) dihubungkan kepada Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang menempatkan pelayan cache (sebagai Hub) dan turut bertindak sebagai pusat pengurusan serta pemantauan perkhidmatan WK oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M berkenaan.

Pendekatan Hub & Spoke ini dipilih kerana ia mengoptimasikan penggunaan lebar jalur dengan baik dan dilihat lebih berkesan dalam

memberi kestabilan serta kelajuan internet yang lebih baik kepada para pengguna WK.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 2,978 WK telah dilaksanakan di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 788 WK dilaksanakan pada tahun 2015.

WIFI KOMUNITI

Pendekatan Hub & Spoke dilihat lebih berkesan dalam memberi kestabilan dan kelajuan internet kepada para pengguna WK.

20

Page 21: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

KONSEP HUB & SPOKE

21

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 22: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Telefoni merupakan inisiatif pertama yang mula dilaksanakan pada tahun 2002 di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Inisiatif ini menyediakan capaian telekomunikasi secara kolektif melalui pemasangan telefon awam berbayar di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan di seluruh negara terutamanya di kawasan 20% di bawah kadar penembusan nasional bagi telefoni asas.

Walaupun telefon awam berbayar tidak lagi popular pada masa kini, namun bagi sesetengah kawasan di pedalaman, telefon awam berbayar ini sangat diperlukan sebagai medium telekomunikasi.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 3,135 telefon awam berbayar telah dipasang di seluruh negara.

TELEFONI

22

Page 23: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

23

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 24: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 25: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 26: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Inisiatif Peluasan Liputan Selular Time 3 melibatkan pembinaan infrastruktur menara komunikasi serta kerja-kerja pemasangan peralatan elektronik dan penyediaan perkhidmatan selular 2G dan 3G.

Pelaksanaan inisiatif ini adalah tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai liputan perkhidmatan selular yang sangat lemah atau tiada liputan perkhidmatan selular di seluruh negara.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 1,000 menara komunikasi Time 3 telah dilaksanakan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 51 menara disiapkan pada tahun 2015.

TIME 3

26

Page 27: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Peluasan Liputan Selular Time 3 Lanjutan pula merupakan kesinambungan daripada inisiatif Time 3 terdahulu di mana sebanyak 1,000 lagi menara komunikasi telah dirancang untuk dibina di seluruh negara. Lokasi tumpuan pembinaan menara Time 3 Lanjutan adalah sama seperti lokasi tumpuan pembinaan menara Time 3 iaitu di kawasan-kawasan yang mempunyai liputan perkhidmatan selular yang sangat lemah atau tiada liputan perkhidmatan selular di seluruh negara.

Pelaksanaan Time 3 Lanjutan menggunakan pendekatan Perkongsian Rangkaian Akses Radio atau lebih dikenali sebagai RAN Sharing. Pendekatan ini digunakan bagi menggalakkan perkongsian rangkaian oleh penyedia-

penyedia bagi menyediakan perkhidmatan selular dan jalur lebar mudah alih selain turut menjimatkan kos pelaburan awal pembinaan rangkaian, mempercepatkan masa pembinaan rangkaian dan menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan selular dan jalur lebar mudah alih.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 400 menara daripada 1,000 menara komunikasi Time 3 Lanjutan masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2016. Manakala baki sebanyak 600 menara lagi akan mula dilaksanakan secara berperingkat menjelang pertengahan tahun 2016.

TIME 3 LANJUTAN

27

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 28: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 29: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 30: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

3G

Peluasan Liputan Jalur Lebar Mudah Alih 3G merupakan satu inisiatif yang dirangka untuk menaiktaraf perkhidmatan 2G sedia ada kepada perkhidmatan 3G serta memperluaskan liputan perkhidmatan 3G ke kawasan yang mempunyai kurang liputan perkhidmatan. Dengan terlaksananya inisiatif ini, pihak Suruhanjaya berharap penggunaan perkhidmatan jalur lebar mudah alih akan berkembang sekaligus meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara kepada tahap yang lebih tinggi.

Sehingga 31 Disember 2015, sejumlah 1,409 lokasi telah dinaiktaraf kepada perkhidmatan 3G di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 556 lokasi dilaksanakan pada tahun 2015.

30

Page 31: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

LTE

Peluasan Liputan Jalur Lebar Mudah Alih LTE merupakan satu inisiatif yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi menggunakan teknologi Long Term Evolution (LTE) di jalur frekuensi 850 Mhz. Pelaksanaan inisiatif ini memberi tumpuan kepada lokasi yang kurang liputan perkhidmatan jalur lebar mudah alih atau di lokasi yang tidak mempunyai capaian jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 307 lokasi liputan LTE telah dilaksanakan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 lokasi liputan LTE dilaksanakan pada tahun 2015.

31

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 32: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 33: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 34: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Bagi melonjakkan kadar penembusan jalur lebar negara, pihak Suruhanjaya telah memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu yang dikenali sebagai Jalur Lebar Luar Bandar (RBB). Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan infrastruktur jalur lebar dengan kelajuan sehingga 4Mbps di kawasan yang mempunyai kurang liputan perkhidmatan di luar bandar.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan menaiktaraf rangkaian teras yang menghubungkan ibusawat ke kabinet sehingga ke kediaman atau premis. Dengan yang demikian, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan sehingga 4Mbps dapat disediakan secara komersil kepada pengguna.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 6,700 port telah dilaksanakan di seluruh Malaysia.

JALUR LEBARLUAR BANDAR

34

Page 35: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

JALUR LEBAR PINGGIR BANDAR

Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi mencapai sasaran penyediaan jalur lebar menjelang tahun 2020.

Objektif pelaksanaan inisiatif SUBB adalah untuk menyediakan infrastruktur jalur lebar dengan kelajuan sehingga 20Mbps di kawasan yang mempunyai kurang liputan perkhidmatan di pinggir bandar dan luar bandar.

Sebanyak 420,000 port meliputi 421 ibusawat di seluruh negara telah dirancang untuk dilaksanakan dalam jangkamasa 5 tahun bermula pada tahun 2015.

Inisiatif SUBB ini melibatkan penaiktarafan ibusawat, rangkaian teras dan kabinet bagi membolehkan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 20Mbps dapat disediakan.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 90,172 port telah dilaksanakan di seluruh negara.

35

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 36: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 37: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 38: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

PELUASAN RANGKAIAN GENTIAN OPTIK

Untuk menampung permintaan jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi, kapasiti rangkaian teras perlu dinaiktaraf bagi membolehkan perkhidmatan jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi dapat disediakan. Oleh yang demikian, sejak tahun 2014, pihak Suruhanjaya telah melaksanakan inisiatif Peluasan Rangkaian Gentian Optik di mana rangkaian teras sedia ada yang berhubung dengan menara komunikasi akan dinaiktaraf kepada gentian optik.

Penaiktarafan rangkaian teras ini akan membolehkan perkhidmatan jalur lebar 3G dan 4G dapat disediakan. Sehingga 31 Disember 2015, sepanjang 335.7 kilometer rangkaian gentian optik telah dilaksanakan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sepanjang 206 kilometer rangkaian gentian optik dilaksanakan pada tahun 2015.

38

Page 39: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

SISTEM KABEL RAKYAT 1MALAYSIA

Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di dalam Bajet 2014 dan mula dilaksanakan pada tahun 2015 melalui perkongsian awam-swasta di antara pihak Suruhanjaya dan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Objektif pelaksanaan SKR1M adalah untuk menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan rangkaian kabel gentian optik dasar laut berkapasiti 4 tarabit per saat dengan anggaran jumlah jarak keseluruhan sejauh 3,800 kilometer. Pada tahun 2015, pelaksanaan SKR1M melibatkan kajian reka bentuk laluan rangkaian, kerja-kerja mendapatkan permit dan tinjauan. SKR1M yang dijangka siap dilaksanakan pada tahun 2017 diharap dapat mempertingkatkan penggunaan dan kecekapan rangkaian jalur lebar nasional.

39

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 40: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 41: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 42: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

PAKEJ PERANTI PINTARDENGAN INTERNET

Perkhidmatan jalur lebar mudah alih tidak bermakna jika pengguna tidak mempunyai peranti yang sesuai untuk capaian. Oleh yang demikian, pihak Suruhanjaya telah melaksanakan inisiatif Pakej Peranti Pintar Dengan Internet sejak tahun 2014. Inisiatif ini menawarkan peranti pintar dengan harga yang lebih rendah dari harga runcit yang disyorkan bersama dengan langganan internet selama setahun.

Pihak Suruhanjaya berharap penggunaan peranti pintar akan meningkat sekaligus membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan dan aplikasi yang ditawarkan di atas talian.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 1,243,889 unit peranti pintar telah diaktifkan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 671,712 unit peranti pintar diaktifkan pada tahun 2015.

42

Page 43: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

NETBOOK 1MALAYSIA

Sebanyak 1.6 juta unit Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar yang layak di seluruh negara sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2010. Pemberian Netbook 1Malaysia ini telah memberi banyak manfaat kepada para penerima terutamanya dalam membantu proses pembelajaran dan meningkatkan tahap penguasaan teknologi maklumat.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 1,668,772 netbook telah diagihkan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 343,887 netbook diagihkan pada tahun 2015.

43

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 44: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 45: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 46: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

KUMPULAN WANG PPS

Peraturan 27, yang terkandung dalam Peraturan PPS mewajibkan kesemua pemegang lesen (Kecuali pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP)), sekiranya hasil bersih yang diperolehi bagi tahun kalendar sebelumnya daripada perkhidmatan yang dianugerahkan adalah melebihi ambang hasil minimum yang ditetapkan pada RM2 juta dalam satu tahun kalendar, 6% daripada hasil bersih yang ditentukan perlu disumbangkan kepada Kumpulan Wang PPS.

Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Kumpulan Wang PPS) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 204 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kumpulan Wang PPS diwujudkan bagi tujuan pelaksanaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi di kawasan-kawasan dan komuniti yang kurang mendapat liputan perkhidmatan. Tuntutan projek dalam bentuk Perbelanjaan

Modal (CAPEX) dan Perbelanjaan Operasi (OPEX) daripada Kumpulan Wang PPS dibayar kepada pemberi perkhidmatan yang dilantik setelah diluluskan oleh Suruhanjaya.

Sumbangan oleh pemegang lesen kepada Kumpulan Wang PPS adalah berdasarkan tiga faktor yang digariskan oleh Peraturan 2002 Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) seperti berikut:

46

Page 47: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Perkhidmatan DinamakanFaktor Penentu

Sehingga31 Disember 2003

Mulai1 Januari 2004

Dikawalselia di bawah Kaedah-Kaedah Komunikasi dan Multimedia (Kadar) 2002

1 Panggilan tempatan 0 0

2 Panggilan nasional 1 0

3 Sewaan untuk talian ibu sawat(kediaman dan perniagaan) 0 0

4 Panggilan bantuan operator 1 0

5 Perkhidmatan bantuan direktori 0 0

6 Perkhidmatan sambungan 0 0

7 Perkhidmatan penyambungan semula 0 0

8 Caj komunikasi capaian Internet 0 0

9 Caj capaian Internet 0 0

10 Perkhidmatan perumah teks audio 1 0

Tidak dikawalselia di bawah Kaedah- kaedah Komunikasi dan Multimedia (Kadar) 2002

11 Panggilan antarabangsa 1 1

12 Perkhidmatan penamatan panggilan yang diberikan kepada pemberi kemudahan rangkaian asing, pemberi perkhidmatan rangkaian asing atau pemberi perkhidmatan aplikasi asing 1 1

13 Perkhidmatan panggilan percuma 1 1

14 RPDB 1 1

15 Perkhidmatan bergerak bersel 0.5 1

16 Perkhidmatan perayauan antarabangsa 0.5 1

17 Telefoni IP 1 1

18 Talian Pajakan 1 1

19 Aktiviti-aktiviti lain yang tertaklukkepada lesen individu atau kelas 0 1

Jadual C dalam Peraturan PPS

47

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 48: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Sumbangan kepada Kumpulan Wang PPS adalah dikira berdasarkan pulangan hasil bersih yang dilaporkan oleh semua pemegang lesen perkhidmatan yang dilantik. Ia merupakan satu kewajipan tahunan dan pemegang lesen perlu melaporkan pulangan dan juga penyata kewangan yang telah diaudit, bagi tahun kalendar yang lepas sebelum 30 Jun setiap tahun. Format pulangan adalah seperti yang digariskan dalam Peraturan PPS. Selepas jumlah hasil bersih diperolehi, formula bagi sumbangan adalah seperti berikut:

KUTIPAN KUMPULAN WANG PPS

Sejumlah RM1.79 bilion telah dikenalpasti sebagai pendapatan untuk Kumpulan Wang PPS pada tahun 2015. Ini berdasarkan Penyata Hasil Bersih yang dihantar oleh pemegang lesen untuk hasil yang diterima dalam tahun kalendar tersebut serta pendapatan daripada faedah selepas mengambil kira kerugian daripada ketidakselarasan.

Penyumbang Utama kepada Kumpulan Wang PPS tahun 2015 adalah pemegang lesen seperti berikut:

No. Nama Pemegang Lesen

1 Celcom Mobile Sdn Bhd

2 Celcom Networks Sdn Bhd

3 DiGi Telecommunications Sdn Bhd

4 Maxis Broadband Sdn Bhd

5 Maxis Mobile Services Sdn Bhd

6 Telekom Malaysia Berhad

7 U Mobile Sdn Bhd

Penyumbang Utama kepadaKumpulan Wang PPS untuk tahun 2015

48

Page 49: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

PEMBAYARAN

Secara ringkas, jadual di bawah menunjukkan sumbangan (berdasarkan pemberitahuan yang dikeluarkan) dan pembayaran (termasuk pembayaran terakru) dari tahun 2003 hingga 2015:

Tahun Sumbangan (RM’000) Pembayaran (RM’000)

2003 811,945 10,639

2004 512,114 23,592

2005 697,298 44,304

2006 800,845 22,788

2007 896,769 59,318

2008 1,011,645 153,843

2009 992,633 47,684

2010 1,210,377 263,882

2011 1,429,000 896,550

2012 1,445,017 1,421,298

2013 1,454,664 1,497,032

2014 1,486,357 729,905

2015 1,786,599 1,394,479

Sumbangan dan Pembayaran dari tahun 2003 hingga 2015

Peraturan 20 dan 20A daripada Peraturan ini menyediakan mekanisma PPS bagi menghantar tuntutan untuk kos projek PPS. Sebagai tambahan, Peraturan 12 PPS membenarkan pembayaran untuk bayaran pendahuluan bagi kos modal pelaksanaan projek PPS.

Sejumlah bayaran RM1.39 bilion telah dibayar kepada pelbagai pemberi perkhidmatan yang dilantik dalam tahun 2015 untuk pelaksanaan projek PPS seperti Skim Clawback, Peluasan Liputan Selular, Pusat Internet 1Malaysia, WiFi Komuniti dan Perpustakaan Jalur Lebar Komuniti.

49

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 50: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

PENYATA KEWANGAN

Page 51: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus
Page 52: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Penyata Kedudukan Kewanganpada 31 Disember 2015

Nota 2015RM’000

2014RM’000

Dinyatakan semula

2013RM’000

Dinyatakan semula

AsetAset bukan semasa

Aset cukai tertunda 3 1,945 1,971 -

Aset semasaLain-lain pelaburan 4 6,640,000 6,150,000 4,050,000

Sumbangan dan lain-lain penghutang 5

1,891,586 1,600,357 1,251,539

Tunai dan setara tunai 6 1,128,766 950,913 2,390,377

Jumlah aset semasa 9,660,352 8,701,270 7,691,916

Jumlah aset 9,662,297 8,703,241 7,691,916

Liabiliti semasaLain-lain pemiutang 7 1,117,676 295,777 241,186

Liabiliti cukai semasa 99,414 260,335 38,992

1,217,090 556,112 280,178

8,445,207 8,147,129 7,411,738

Diwakili oleh:Kumpulan wang terkumpul 8 8,445,207 8,147,129 7,411,738

Nota pada muka surat 56 hingga 72 adalah sebahagian penting penyata kewangan ini.

52

Page 53: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Penyata Pendapatan dan Perbelanjaanbagi tahun berakhir 31 Disember 2015

Nota 2015RM’000

2014RM’000

PendapatanSumbangan 1,498,237 1,486,357

Pendapatan faedah 288,362 244,276

Lain-lain pendapatan - 26

1,786,599 1,730,659

PerbelanjaanTuntutan oleh pemberi perkhidmatan USP (1,394,479) (729,905)

Kerugian kerosotan nilai dimasuk kirasemula/(diiktiraf) ke atas penghutang sumbangan, bersih 13.4 7,469 (6,997)

Perbelanjaan hutang lapuk (2,069) -

Lain-lain perbelanjaan (2) (2)

Lebihan pendapatan ke atas perbelanjaan sebelum cukai 397,518 993,755

Perbelanjaan cukai 10 (99,440) (258,364)

Lebihan pendapatan ke atas perbelanjaanselepas cukai 8 298,078 735,391

Nota pada muka surat 56 hingga 72 adalah sebahagian penting penyata kewangan ini.

53

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 54: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Penyata Jumlah Keuntungan dan Kerugian Diiktirafbagi tahun berakhir 31 Disember 2015

Tidak ada keuntungan dan kerugian diiktiraf selain daripada lebihan pendapatan ke atas perbelanjaan selepas cukai bagi tahun kewangan semasa sebanyak RM298.08 juta dan tahun kewangan sebelumnya sebanyak RM735.39 juta sebagaimana dinyatakan dalam Nota 8 kepada penyata kewangan.

Nota pada muka surat 56 hingga 72 adalah sebahagian penting penyata kewangan ini.

54

Page 55: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Penyata Aliran Tunaibagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015

Nota 2015RM’000

2014RM’000

Dinyatakan semula

Aliran tunai daripada kegiatan kendalianLebihan pendapatan ke atas perbelanjaan

sebelum cukai 397,518 993,755

Pelarasan bagi:

Pendapatan faedah (288,362) (244,276)

Keuntungan kendalian sebelum perubahan dalammodal kerja 109,156 749,479

Perubahan dalam modal kerja:Sumbangan (298,921) (327,978)

Lain-lain pemiutang 821,899 54,591

Tunai dihasilkan daripada operasi 632,134 476,092

Cukai dibayar (260,335) (38,992)

Tunai bersih dihasilkan daripada kegiatan kendalian 371,799 437,100

Aliran tunai daripada kegiatan pelaburanFaedah diterima 296,054 223,436

Pelaburan semula dalam lain-lain pelaburan (490,000) (2,100,000)

Tunai bersih digunakan dalam kegiatan pelaburan

(193,946) (1,876,564)

Peningkatan/(pengurangan) bersih dalam tunai dan setara tunai 177,853 (1,439,464)

Tunai dan setara tunai pada 1 Januari 950,913 2,390,377

Tunai dan setara tunai pada 31 Disember 6 1,128,766 950,913

Nota pada muka surat 56 hingga 72 adalah sebahagian penting penyata kewangan ini.

55

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 56: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

Kegiatan utama

Kegiatan utama Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (“Kumpulan Wang”) adalah untuk menggalakkan ketersediaan dan penggunaan perkhidmatan rangkaian secara meluas dan/atau perkhidmatan aplikasi di seluruh Malaysia dengan menggalakkan pemasangan kemudahan rangkaian dan penyediaan bagi perkhidmatan rangkaian dan/atau perkhidmatan aplikasi di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan atau bagi kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan dalam masyarakat.

Kumpulan Wang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 204 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dikawal atur oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002. Kumpulan Wang memulakan operasinya pada September 2002. Kumpulan Wang diuruskan oleh personel pengurusan penting Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“Suruhanjaya”) selaras dengan peraturan-peraturan tersebut di atas.

Alamat tempat perniagaan utama adalah seperti berikut:

Tempat perniagaan utamaSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia MalaysiaMCMC Tower 1, Jalan Impact Cyber 663000 CyberjayaSelangor Darul Ehsan

Penyata kewangan ini telah diluluskan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa pada 4 Oktober 2016.

1. Asas penyediaan

(a) Penyata pematuhan

Penyata kewangan Kumpulan Wang telah disediakan selaras dengan Piawaian-piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (“MFRS”) dan Piawaian-piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa.

Yang berikut adalah piawaian-piawaian perakaunan, pindaan-pindaan dan tafsiran-tafsiran yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (“MASB”) tetapi masih belum diterima pakai oleh Kumpulan Wang:

MFRS, Tafsiran dan pindaan berkuat kuasa bagi tempoh-tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2016

• MFRS 14, Akaun Tertunda Berperaturan• Pindaan kepada MFRS 5, Aset Bukan Semasa Dipegang untuk Jualan dan Operasi

Ditamatkan (Penambahbaikan Tahunan Kitaran 2012-2014)• Pindaan kepada MFRS 7, Instrumen Kewangan: Pendedahan (Penambahbaikan Tahunan

Kitaran 2012-2014)• Pindaan kepada MFRS 10, Penyata Kewangan Disatukan, MFRS 12, Pendedahan

Kepentingan dalam Entiti Lain dan MFRS 128, Pelaburan dalam Syarikat Bersekutu dan Usaha Sama – Entiti Pelaburan: Memakai Pengecualian Penyatuan

56

Page 57: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

1. Asas penyediaan (sambungan)

(a) Penyata pematuhan (sambungan)

MFRS, Tafsiran dan pindaan berkuat kuasa bagi tempoh-tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2016 (sambungan)

• Pindaan kepada MFRS 11, Pengaturan Bersama – Perakaunan bagi Pengambilalihan Kepentingan dalam Operasi Bersama

• Pindaan kepada MFRS 101, Pembentangan Penyata Kewangan – Inisiatif Pendedahan• Pindaan kepada MFRS 116, Hartanah, Loji dan Peralatan dan MFRS 138, Aset Tidak Ketara

– Penjelasan Kaedah-kaedah Susut Nilai dan Pelunasan Boleh Diterima• Pindaan kepada MFRS 116, Hartanah, Loji dan Peralatan dan MFRS 141, Pertanian –

Pertanian: Pokok Menghasilkan• Pindaan kepada MFRS 119, Manfaat Kakitangan (Penambahbaikan Tahunan Kitaran 2012-

2014)• Pindaan kepada MFRS 127, Penyata Kewangan Berasingan – Kaedah Ekuiti dalam Penyata

Kewangan Berasingan• Pindaan kepada MFRS 134, Pelaporan Kewangan Interim (Penambahbaikan Tahunan

Kitaran 2012-2014)

MFRS, Tafsiran dan pindaan berkuat kuasa bagi tempoh-tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2017

• Pindaan kepada MFRS 107, Penyata Aliran Tunai – Inisiatif Pendedahan• Pindaan kepada MFRS 112, Cukai Pendapatan – Pengiktirafan Aset Cukai Tertunda bagi

Kerugian Tidak Direalis

MFRS, Tafsiran dan pindaan berkuat kuasa bagi tempoh-tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2018

• MFRS 9, Instrumen Kewangan (2014)• MFRS 15, Hasil daripada Kontrak dengan Pelanggan-pelanggan

MFRS, Tafsiran dan pindaan berkuat kuasa bagi tempoh-tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2019

• MFRS 16, Pajakan

MFRS, Tafsiran dan pindaan berkuat kuasa bagi tarikh yang belum lagi disahkan

• Pindaan kepada MFRS 10, Penyata Kewangan Disatukan dan MFRS 128, Pelaburan dalam Syarikat Bersekutu dan Usaha Sama – Jualan atau Sumbangan Aset di antara Pelabur dan Syarikat Bersekutu atau Usaha Samanya

57

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 58: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

1. Asas penyediaan (sambungan)

(a) Penyata pematuhan (sambungan)

Kumpulan Wang merancang untuk mengguna piawaian perakaunan, pindaan dan tafsiran tersebut di atas:

• Dari tempoh tahunan bermula pada 1 Januari 2016 bagi piawaian perakaunan, pindaan atau tafsiran tersebut yang berkuat kuasa bagi tempoh-tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2016, kecuali bagi MFRS 14, Pindaan kepada MFRS 5, Pindaan kepada 10, MFRS 12 dan MFRS 128, Pindaan kepada MFRS 11, Pindaan kepada MFRS 116, Pindaan kepada MFRS 138, Pindaan kepada MFRS 141, Pindaan kepada MFRS 119, Pindaan kepada MFRS 127 dan Pindaan kepada MFRS 134 yang tidak terpakai kepada Kumpulan Wang.

• dari tempoh tahunan bermula pada 1 Januari 2017 bagi pindaan tersebut yang berkuat kuasa bagi tempoh-tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2017.

• dari tempoh tahunan bermula pada 1 Januari 2018 bagi piawaian perakaunan tersebut yang berkuat kuasa bagi tempoh-tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2018.

Penggunaan awal piawaian perakaunan, pindaan atau tafsiran tidak dijangka akan mempunyai apa-apa kesan kewangan material kepada tempoh semasa dan tempoh penyata kewangan Kumpulan Wang terdahulu kecuali sebagaimana dinyatakan di bawah:

MFRS 15, Hasil daripada Kontrak dengan Pelanggan

MFRS 15 menggantikan panduan dalam MFRS 111, Kontrak Pembinaan, MFRS 118, Hasil, Tafsiran IC 13, Program Kesetiaan Pelanggan, Tafsiran IC 15, Perjanjian bagi Pembinaan Harta Tanah, Tafsiran IC 18, Pemindahan Aset daripada Pelanggan dan Tafsiran IC 131, Hasil – Urus Niaga Barter Melibatkan Perkhidmatan Pengiklanan.

Kumpulan Wang pada masa ini sedang menilai kesan kewangan yang mungkin timbul daripada penerimaan pakai MFRS 15.

MFRS 9, Instrumen Kewangan

MFRS 9 menggantikan panduan dalam MFRS 139, Instrumen Kewangan: Pengiktirafan dan Pengukuran ke atas pengelasan dan pengukuran aset kewangan dan liabiliti kewangan, dan perakaunan melindung nilai.

Kumpulan Wang pada masa ini sedang menilai kesan kewangan yang mungkin timbul daripada penerimaan pakai MFRS 9.

58

Page 59: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

1. Asas penyediaan (sambungan)

(b) Asas pengukuran

Penyata kewangan telah disediakan berdasarkan kos sejarah.

(c) Mata wang kefungsian dan mata wang pembentangan

Penyata kewangan ini dibentangkan dalam Ringgit Malaysia (“RM”), yang merupakan mata wang kefungsian Kumpulan Wang. Semua maklumat kewangan dibentangkan dalam RM dan telah dibundarkan kepada jumlah ribu terdekat, melainkan dinyatakan sebaliknya.

(d) Penggunaan anggaran dan pertimbangan

Penyediaan penyata kewangan dalam mematuhi MFRS memerlukan pihak pengurusan untuk membuat pertimbangan, anggaran dan andaian yang melibatkan penggunaan polisi-polisi perakaunan dan jumlah aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan dilaporkan. Keputusan-keputusan sebenar mungkin berbeza daripada anggaran ini.

Anggaran dan andaian mendasari disemak atas dasar berterusan. Semakan kepada anggaran-anggaran perakaunan diiktiraf dalam tempoh dalam mana anggaran disemak dan dalam mana-mana tempoh pada masa hadapan yang terlibat.

Tidak terdapat bahagian ketidakpastian anggaran tidak ketara dan pertimbangan kritikal dalam menggunakan polisi-polisi perakaunan yang mempunyai kesan ketara ke atas jumlah diiktiraf dalam penyata kewangan.

2. Polisi-polisi perakaunan penting

(a) Instrumen kewangan

(i) Pengiktirafan dan pengukuran awal

Aset kewangan atau liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila, dan hanya apabila, Kumpulan Wang menjadi pihak kepada peruntukan kontrak instrumen tersebut.

Instrumen kewangan diiktiraf pada awalnya, pada nilai saksamanya ditambah, kos urus niaga yang secara langsung boleh dikaitkan kepada pemerolehan atau terbitan instrumen kewangan.

59

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 60: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

2. Polisi-polisi perakaunan penting (sambungan)

(a) Instrumen kewangan (sambungan)

(ii) Kategori instrumen kewangan dan pengukuran berikutnya

Kumpulan Wang mengkategorikan instrumen kewangan seperti berikut:

Aset kewangan

Pinjaman dan penghutang

Kategori pinjaman dan penghutang terdiri daripada instrumen hutang yang tidak disebut harga dalam pasaran aktif.

Aset kewangan dikategorikan sebagai pinjaman dan penghutang kemudiannya diukur pada kos dilunaskan dengan menggunakan kaedah faedah berkesan.

Semua aset kewangan tertakluk kepada semakan bagi kerosotan nilai (lihat Nota 2(d)).

Liabiliti kewangan

Semua liabiliti kewangan kemudiannya diukur pada kos dilunas dengan menggunakan kaedah faedah berkesan.

(iii) Penyahiktirafan

Aset kewangan atau sebahagian daripadanya tidak lagi diiktiraf apabila, dan hanya apabila hak-hak kontraktual kepada aliran tunai daripada aset kewangan tamat atau kawalan aset tidak dikekalkan atau sebahagian besar semua risiko dan ganjaran pemilikan aset kewangan dipindahkan kepada pihak yang lain. Atas penyahiktirafan aset kewangan, perbezaan di antara jumlah dibawa dan jumlah balasan diterima (termasuk mana-mana aset baru yang diperoleh tolak mana-mana liabiliti baru yang diambil alih) dan sebarang keuntungan atau kerugian terkumpul yang telah diiktiraf dalam ekuiti diiktiraf dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan.

Liabiliti kewangan atau sebahagian daripadanya tidak lagi diiktiraf apabila, dan hanya apabila, obligasi dinyatakan dalam kontrak dilepaskan, dibatal atau tamat. Atas penyahiktirafan liabiliti kewangan, perbezaan di antara jumlah dibawa liabiliti kewangan dilupuskan atau dipindah kepada pihak lain dan balasan dibayar, termasuk mana-mana aset bukan tunai dipindah atau liabiliti diambil alih, diiktiraf dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan.

(b) Sumbangan dan lain-lain penghutang

Sumbangan dan lain-lain penghutang dikategorikan dan diukur sebagai pinjaman dan penghutang selaras dengan polisi Nota 2(a)(ii).

60

Page 61: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

2. Polisi-polisi perakaunan penting (sambungan)

(c) Tunai dan setara tunai

Tunai dan setara tunai terdiri daripada tunai dalam tangan, baki dan deposit dengan bank dan pelaburan berkecairan tinggi yang mempunyai risiko tidak ketara perubahan dalam nilai saksama dengan kematangan asal tiga bulan atau kurang, dan digunakan oleh Kumpulan Wang dalam pengurusan komitmen jangka pendeknya.

(d) Kerosotan nilai

Aset kewangan

Semua aset kewangan dinilai pada setiap tarikh pelaporan sama ada terdapat sebarang bukti objektif kerosotan nilai berpunca daripada satu atau lebih peristiwa yang mempunyai kesan ke atas anggaran aliran tunai masa hadapan aset. Kerugian dijangka berpunca daripada peristiwa-peristiwa masa hadapan, tidak kira sejauh mana kemungkinannya, tidak diiktiraf.

Kerugian kerosotan nilai berhubung dengan pinjaman dan penghutang diiktiraf dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan dan diukur sebagai perbezaan di antara jumlah dibawa aset dan nilai semasa anggaran aliran tunai masa hadapan didiskaunkan pada kadar faedah berkesan aset yang asal. Jumlah dibawa aset dikurangkan melalui penggunaan akaun peruntukan.

Sekiranya, dalam tempoh berikutnya, nilai saksama instrumen hutang meningkat dan peningkatan boleh dikaitkan secara objektif kepada peristiwa yang berlaku selepas kerugian kerosotan nilai diiktiraf dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan, kerugian kerosotan nilai diterbalikkan, sehingga tahap yang jumlah dibawa aset tidak melebihi apa yang jumlah dibawa mungkin ada sekiranya kerosotan nilai tidak diiktiraf pada tarikh kerosotan nilai diterbalikkan. Jumlah keterbalikan diiktiraf dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan.

(e) Pengiktirafan pendapatan dan perbelanjaan

(i) Sumbangan daripada pemegang lesen

Sumbangan telah diiktiraf atas dasar akruan ke atas Penyerahan Penyata Hasil Bersih (“RONR”) tahunan pemegang-pemegang lesen yang dinyatakan pada 6% ke atas hasil bersih ditentukan. Pemegang-pemegang lesen yang hasil bersih ditentukan adalah di bawah RM2 juta tidak diperlukan untuk membuat sumbangan.

Sumbangan berpotensi daripada pemegang-pemegang lesen yang tidak mengemukakan Penyata RONR tahunan mereka diiktiraf berdasarkan RONR tahun sebelumnya. Sekiranya mana-mana daripada ini tidak boleh didapati, hasil tidak diiktiraf disebabkan ketidakpastian material berkaitan dengan jumlah sumbangan perlu dibayar oleh pemegang-pemegang lesen tersebut.

61

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 62: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

2. Polisi-polisi perakaunan penting (sambungan)

(e) Pengiktirafan pendapatan dan perbelanjaan (sambungan)

(ii) Tuntutan oleh pemberi perkhidmatan USP

Tuntutan dibuat oleh Pemberi Perkhidmatan Sejagat (“USP”) bagi perbelanjaan pemberi perkhidmatan dalam projek-projek mereka untuk melaksanakan dan menyediakan akses kepada perkhidmatan telefoni asas, perkhidmatan telefon berbayar awam dan akses internet di kawasan-kawasan sasaran perkhidmatan yang ditetapkan.

Ia diiktiraf sebagai perbelanjaan apabila dokumen-dokumen menyokong tuntutan dikemukakan kepada pemberi perkhidmatan.

(iii) Pendapatan faedah

Pendapatan faedah diiktiraf apabila ia terakru dengan menggunakan kaedah faedah berkesan dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan.

(f) Cukai pendapatan

Perbelanjaan cukai pendapatan terdiri daripada cukai semasa dan tertunda. Cukai semasa dan cukai tertunda diiktiraf dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan.

Cukai semasa adalah cukai perlu dibayar atau boleh diterima dijangka ke atas pendapatan atau kerugian boleh dicukai bagi tahun, dengan menggunakan kadar cukai yang digubal atau sebahagian besarnya digubal pada akhir tempoh pelaporan, dan sebarang pelarasan kepada cukai perlu dibayar berhubung dengan tahun-tahun kewangan sebelumnya.

Cukai tertunda diiktiraf menggunakan kaedah liabiliti, menyediakan bagi perbezaan sementara di antara jumlah dibawa aset dan liabiliti dalam penyata kedudukan kewangan dan asas cukainya. Cukai tertunda diukur pada kadar cukai yang dijangka akan terpakai kepada perbezaan sementara apabila ia diterbalikkan, berdasarkan undang-undang yang telah digubal atau sebahagian besarnya digubal pada akhir tempoh pelaporan.

Aset dan liabiliti cukai tertunda telah dihapus kira sekiranya terdapat hak boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang untuk menyeimbangkan liabiliti-liabiliti dan aset-aset cukai semasa, dan ia berkait dengan cukai pendapatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa cukai yang sama ke atas entiti perlu membayar cukai yang sama, atau ke atas entiti cukai yang berlainan, tetapi ia berhasrat untuk menyelesaikan aset dan liabiliti cukai semasa atas asas bersih atau aset dan liabiliti cukainya yang akan direalisasikan secara serentak.

Aset cukai tertunda diiktiraf sehingga tahap yang ia berkemungkinan bahawa keuntungan boleh dicukai masa hadapan akan tersedia terhadap yang mana perbezaan sementara boleh digunakan. Aset cukai tertunda disemak pada akhir setiap tempoh pelaporan dan dikurangkan sehingga tahap yang ia tidak lagi berkemungkinan bahawa manfaat cukai berkaitan akan direalisasikan.

62

Page 63: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

2. Polisi-polisi perakaunan penting (sambungan)

(g) Pengukuran nilai saksama

Nilai saksama aset atau liabiliti ditentukan sebagai harga yang mungkin akan diterima untuk menjual aset atau dibayar untuk memindah liabiliti dalam urus niaga yang teratur di antara peserta-peserta pasaran pada tarikh pengukuran. Pengukuran mengandaikan bahawa urus niaga untuk menjual aset atau memindah liabiliti berlaku sama ada dalam pasaran utama atau dalam ketiadaan pasaran utama, dalam pasaran yang paling memberi kelebihan.

Bagi aset bukan kewangan, pengukuran nilai saksama mengambil kira keupayaan peserta pasaran untuk menghasilkan manfaat ekonomi dengan menggunakan aset dalam kegunaan tertinggi dan terbaiknya atau dengan menjual kepada peserta pasaran yang lain yang mungkin menggunakan aset dalam kegunaan tertinggi dan terbaiknya.

Apabila mengukur nilai saksama sesuatu aset atau liabiliti, Kumpulan Wang mengguna data pasaran boleh diperhatikan setakat yang mungkin. Nilai saksama dikategorikan ke dalam tahap berbeza dalam hierarki nilai saksama berdasarkan input digunakan dalam teknik penilaian seperti berikut:

Tahap 1: harga disebut harga (tidak diselaraskan) dalam pasaran aktif bagi aset atau liabiliti serupa yang Kumpulan Wang boleh akses pada tarikh pengukuran.

Tahap 2: input-input selain daripada harga disebut harga dimasukkan dalam Tahap 1 yang adalah boleh diperhatikan bagi aset atau liabiliti, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Tahap 3: input-input yang tidak boleh diperhatikan bagi aset atau liabiliti.

Kumpulan Wang mengiktiraf pemindahan antara tahap hierarki nilai saksama setakat tarikh peristiwa atau perubahan dalam keadaan yang menyebabkan pemindahan.

3. Aset cukai tertunda

Aset cukai tertunda diiktiraf (bersih)

2015RM’000

2014RM’000

Peruntukan 1,945 1,971

1,945 1,971

Pergerakan dalam perbezaan sementara dalam tahun

Pada1.1.2014RM’000

Diiktiraf dalam pendapatan dan

perbelanjaan(Nota 10)

RM’000

Pada31.12.2014/

1.1.2015RM’000

Diiktiraf dalam pendapatan dan

perbelanjaan(Nota 10)

RM’000

Pada31.12.2015

RM’000

Peruntukan - 1,971 1,971 (26) 1,945

63

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 64: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

4. Lain-lain pelaburan

2015RM’000

2014RM’000

Dinyatakan semula

2013RM’000

Dinyatakan semula

Deposit dengan bank-bank berlesen

- kematangan asal lebih daripada3 bulan 6,640,000 6,150,000 4,050,000

5. Sumbangan dan lain-lain penghutang

2015RM’000

2014RM’000

Sumbangan 1,799,346 1,500,425

Pendapatan faedah belum diterima 92,240 99,932

1,891,586 1,600,357

6. Tunai dan setara tunai

2015RM’000

2014RM’000

Dinyatakan semula

2013RM’000

Dinyatakan semula

Baki bank 12,424 1,432 3,700

Deposit dengan bank-bank berlesen

- kematangan asal kurang daripada 3 bulan 1,116,342 949,481 2,386,677

1,128,766 950,913 2,390,377

7. Lain-lain pemiutang

2015RM’000

2014RM’000

Pemberi perkhidmatan USP 1,117,676 295,777

64

Page 65: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

8. Kumpulan wang terkumpul

2015RM’000

2014RM’000

Lebihan terkumpul dibawa ke hadapan 8,147,129 7,411,738

Lebihan pendapatan ke atas perbelanjaan selepas cukai

298,078 735,391

Lebihan terkumpul dihantar ke hadapan 8,445,207 8,147,129

9. Fi audit

Fi audit sebanyak RM50,000 (2014: RM40,000) ditanggung oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

10. Perbelanjaan cukai

2015RM’000

2014RM’000

Perbelanjaan cukai pendapatan

- Tahun semasa 99,414 260,335

Perbelanjaan cukai tertunda

- Pengasalan dan keterbalikan perbezaan sementara 26 (1,971)

Jumlah perbelanjaan cukai pendapatan 99,440 258,364

Penyelarasan perbelanjaan cukai

Lebihan pendapatan ke atas perbelanjaan sebelum cukai 397,518 993,755

RM 400,000 pertama - 92

Cukai selebihnya pada kadar cukai berkanun sebanyak 26% - 258,272

RM 1,000,000 pertama 235 -

Cukai selebihnya pada kadar cukai berkanun 25% 99,130 -

Pendapatan tidak boleh dicukai 76 -

99,440 258,364

11. Maklumat kakitangan

Kos personel pengurusan penting dan kakitangan ditanggung oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

65

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 66: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

12. Komitmen

2015RM’000

2014RM’000

Kos bagi pelaksanaan PemberianPerkhidmatan Sejagat

Diluluskan tetapi tidak diawardkan 4,073,000 4,073,000

Diawardkan tetapi tidak diperuntukkan 3,533,705 2,446,159

13. Instrumen kewangan

13.1 Kategori instrumen kewangan

Jadual di bawah menyediakan analisis instrumen kewangan dikategorikan seperti berikut:

(a) Pinjaman dan penghutang (“L&R”); dan(b) Liabiliti kewangan diukur pada kos dilunaskan (“FL”)

Jumlahdibawa

RM’000

L&R/(FL)

RM’0002015Aset kewanganLain-lain pelaburan 6,640,000 6,640,000

Sumbangan dan lain-lain penghutang 1,891,586 1,891,586

Tunai dan setara tunai 1,128,766 1,128,766

Liabiliti kewanganLain-lain pemiutang (1,117,676) (1,117,676)

2014, Dinyatakan semulaAset kewanganLain-lain pelaburan 6,150,000 6,150,000

Sumbangan dan lain-lain penghutang 1,600,357 1,600,357

Tunai dan setara tunai 950,913 950,913

Liabiliti kewanganLain-lain pemiutang (295,777) (295,777)

66

Page 67: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

13. Instrumen kewangan (sambungan)

13.2 Keuntungan bersih timbul daripada instrumen kewangan

2015RM’000

2014RM’000

Keuntungan bersih ke atas:Pinjaman dan penghutang 293,762 237,279

13.3 Pengurusan risiko kewangan

Kumpulan Wang mempunyai pendedahan kepada risiko-risiko berikut yang timbul daripada penggunaan instrumen kewangannya:

• Risiko kredit• Risiko mudah tunai• Risiko kadar faedah

13.4 Risiko kredit

Risiko kredit adalah risiko kerugian kewangan kepada Kumpulan Wang sekiranya penyedia perkhidmatan atau pihak satu lagi kepada instrumen kewangan gagal untuk memenuhi obligasi-obligasi kontraknya. Pendedahan Kumpulan Wang kepada risiko kredit timbul terutamanya daripada sumbangan dan lain-lain penghutang dan deposit ditempatkan dengan bank-bank berlesen.

Sumbangan dan lain-lain penghutang

Objektif, polisi dan proses pengurusan risiko bagi menguruskan risiko

Pengurusan mempunyai polisi kredit dan mengawasi pendedahan kepada risiko kredit atas dasar berterusan.

Pendedahan kepada risiko kredit, kualiti kredit dan kolateral

Pada akhir tempoh pelaporan, pendedahan maksimum kepada risiko kredit timbul daripada sumbangan dan lain-lain penghutang diwakili oleh jumlah dibawa dalam penyata kedudukan kewangan.

Pengurusan telah mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan agar penghutang yang tidak melepasi tempoh kena dibayar tidak juga rosot nilai dinyatakan pada nilai boleh direalisnya.

Penghutang tidak dianggap melepasi tempoh kena dibayar apabila bil belum dikeluarkan dan bil yang tidak dibayar adalah dalam tempoh kredit masing-masing selama 30 dan 180 hari bagi bayaran pertama dan kedua dari tarikh pemberitahuan.

Sebahagian besar daripada penghutang ini adalah pemegang-pemegang lesen utama yang telah lama berurus niaga dengan Kumpulan Wang pada masa lepas. Kumpulan Wang menggunakan analisis pengusiaan untuk mengawasi kualiti kredit penghutang. Mana-mana penghutang yang mempunyai baki ketara melepasi tempoh kena dibayar lebih daripada 365 hari, yang dianggap mempunyai risiko kredit lebih tinggi, adalah diawasi secara individu.

67

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 68: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

13. Instrumen kewangan (sambungan)

13.4 Risiko kredit (sambungan)

Kerugian kerosotan nilai

Pengusiaan sumbangan belum diterima pada akhir tempoh pelaporan adalah seperti berikut:

KasarRM’000

Kerosotan nilai

individuRM’000

BersihRM’000

2015Tidak melepasi tempoh kena dibayar 1,768,230 (179) 1,768,051

Melepasi tempoh kena dibayar1 - 90 hari 21,222 - 21,222

Melepasi tempoh kena dibayar91 - 365 hari 10,136 (92) 10,044

Melepasi tempoh kena dibayar lebih daripada 365 hari 25,700 (25,671) 29

1,825,288 (25,942) 1,799,346

2014Tidak melepasi tempoh kena dibayar 634,308 - 634,308

Melepasi tempoh kena dibayar1 - 90 hari 863,067 - 863,067

Melepasi tempoh kena dibayar91 - 365 hari 3,385 (335) 3,050

Melepasi tempoh kena dibayar lebih daripada 365 hari 38,556 (38,556) -

1,539,316 (38,891) 1,500,425

68

Page 69: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

13. Instrumen kewangan (sambungan)

13.4 Risiko kredit (sambungan)

Tiada peruntukan bagi kerugian kerosotan nilai bagi penghutang sumbangan telah dibuat bagi penghutang melepasi tempoh kena dibayar selebihnya memandangkan Kumpulan Wang mengawasi hasil dan bayaran balik penyedia perkhidmatan ini secara kerap dan adalah yakin mengenai keupayaan penyedia perkhidmatan ini untuk membayar balik baki yang terhutang.

Pergerakan dalam peruntukan bagi kerugian kerosotan nilai ke atas penghutang sumbangan dalam tahun kewangan adalah:

2015RM’000

2014RM’000

Pada 1 Januari 38,891 41,753

Kerugian kerosotan nilai diiktiraf 3,385 13,994

Kerugian kerosotan nilai diterbalikkan (10,854) (6,997)

Hutang lapuk dihapus kira (5,480) (9,859)

Pada 31 Disember 25,942 38,891

Akaun peruntukan berhubung dengan penghutang sumbangan digunakan untuk merekodkan kerugian kerosotan nilai. Melainkan Kumpulan Wang berpuas hati bahawa pemerolehan semula jumlah adalah berkemungkinan, jumlah dianggap tidak boleh diperoleh semula dihapus kira terhadap peruntukan secara langsung.

Deposit ditempatkan dengan bank berlesen

Objektif, polisi dan proses pengurusan risiko bagi menguruskan risiko

Deposit dibenarkan untuk ditempatkan hanya dengan institusi-institusi kewangan berlesen.

Pendedahan kepada risiko kredit, kualiti kredit dan kolateral

Pada akhir tempoh pelaporan, Kumpulan Wang hanya menempatkan deposit dengan bank-bank berlesen domestik. Pendedahan maksimum kepada risiko kredit diwakili oleh jumlah dibawa dalam penyata kedudukan kewangan. Kumpulan Wang tidak mempunyai penumpuan khusus risiko kredit selain daripada penempatan dengan bank-bank berlesen.

69

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 70: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

13. Instrumen kewangan (sambungan)

13.5 Risiko mudah tunai

Risiko mudah tunai adalah risiko yang Kumpulan Wang tidak akan dapat memenuhi obligasi-obligasi kewangan apabila tiba masanya. Pendedahan Kumpulan Wang kepada risiko mudah tunai timbul terutamanya daripada lain-lain pemiutangnya.

Kumpulan Wang mengekalkan tahap tunai dan setara tunai yang dianggap mencukupi oleh pengurusan untuk memastikan, setakat yang mungkin, yang ia akan mempunyai mudah tunai yang mencukupi untuk memenuhi liabilitinya apabila tiba masanya.

Analisis kematangan

Liabiliti kewangan Kumpulan Wang tidak menanggung sebarang faedah kontrak dan dengan itu, aliran tunai kontrak menggambarkan jumlah dibawa.

13.6 Risiko kadar faedah

Kumpulan Wang terdedah kepada risiko kadar faedah ke atas penempatan deposit tetap. Kumpulan Wang tidak berurus niaga dalam mana-mana swap kadar faedah.

Kadar faedah berkesan dan analisis peletakan semula harga

Berhubung dengan aset kewangan perolehan faedah, jadual berikut menunjukkan purata kadar faedah berkesannya pada tarikh pelaporan dan tempoh-tempoh dalam mana ia matang.

2015RM’000

2014RM’000

Dinyatakan semula

Instrumen kadar tetapAset kewangan

Deposit dengan bank berlesen 7,756,342 7,099,481

2015 2014

Dinyatakan semula

Kadar faedah

berkesan%

Dalam tempoh 1 tahun

RM’000

1 - 5tahun

RM’000

Kadar faedah

berkesan%

Dalam tempoh 1 tahun

RM’000

1 - 5tahun

RM’000

Instrumen kadartetap

Deposit dengan bank berlesen 3.80 7,756,342 - 3.60 7,099,481 -

70

Page 71: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Nota kepada Penyata Kewangan

13. Instrumen kewangan (sambungan)

13.6 Risiko kadar faedah (sambungan)

Analisis kesensitifan nilai saksama bagi instrumen kadar tetap

Kumpulan Wang tidak mengakaunkan bagi sebarang aset dan liabiliti kewangan kadar tetap pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian. Oleh yang demikian, perubahan dalam kadar faedah pada akhir tempoh pelaporan tidak akan menjejaskan penyata pendapatan dan perbelanjaan

13.7 Nilai saksama instrumen kewangan

Jumlah dibawa lain-lain pelaburan, tunai dan setara tunai, sumbangan dan lain-lain penghutang dan lain-lain pemiutang agak secara munasabah menyamai dengan nilai saksamanya disebabkan oleh sifat jangka pendek instrumen kewangan ini.

14. Pihak-pihak berkaitan

Identiti pihak-pihak berkaitan

Untuk tujuan penyata kewangan ini, pihak-pihak dianggap sebagai berkaitan kepada Kumpulan Wang sekiranya Kumpulan Wang mempunyai keupayaan, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengawal atau secara bersama mengawal pihak atau melaksanakan pengaruh penting ke atas pihak dalam membuat keputusan kewangan dan kendalian, atau vice versa, atau di mana Kumpulan Wang dan pihak adalah tertakluk kepada kawalan bersama. Pihak-pihak berkaitan mungkin individu atau lain-lain entiti.

Pihak-pihak berkaitan juga termasuk personel pengurusan penting ditakrifkan sebagai orang-orang yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi merancang, mengarah dan mengawal kegiatan-kegiatan Kumpulan Wang sama ada secara langsung atau tidak langsung. Personel pengurusan penting termasuk semua Ahli Suruhanjaya, dan pengurusan kanan Suruhanjaya.

Kumpulan Wang mempunyai hubungan pihak berkaitan dengan Ahli-ahli dan personel pengurusan penting Suruhanjaya.

Urus niaga dengan personel pengurusan penting

Tidak ada urus niaga dengan personel pengurusan penting dalam tahun kewangan. Sebagaimana dinyatakan dalam Nota 11, imbuhan personel pengurusan penting dibayar oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“MCMC”).

Lain-lain urus niaga pihak berkaitan

Tidak ada lain-lain urus niaga pihak berkaitan dalam tahun kewangan.

71

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 72: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

15. Angka-angka perbandingan

(i) Klasifikasi semula tunai dan setara tunai

Dalam tahun kewangan, Kumpulan wang mengklasifikasi semula deposit tetapnya dengan bank-bank berlesen yang mempunyai tempoh kematangan lebih daripada tiga bulan untuk lain-lain pelaburan selaras dengan panduan yang dinyatakan dalam FRSIC Konsensus 22, Klasifikasi Deposit Tetap dan Instrumen yang Serupa sebagai Tunai dan Setara Tunai. Dalam tahun kewangan sebelum ini, semua deposit dengan bank-bank berlesen yang mempunyai tempoh kematangan lebih daripada tiga bulan telah diklasifikasi sebagai tunai dan setara tunai.

Ini telah dipakai secara retrospektif dan kesannya adalah seperti berikut:

15.1 Penyata kedudukan kewangan

31.12.2014 1.1.2014Sebagaimana

dinyatakan sebelum ini

RM’000

Sebagaimana dinyatakan

semulaRM’000

Sebagaimana dinyatakan sebelum ini

RM’000

Sebagaimana dinyatakan

semulaRM’000

Aset semasa

Lain-lain pelaburan - 6,150,000 - 4,050,000

Tunai dan setara tunai 7,100,913 950,913 6,440,377 2,390,377

15.2 Penyata aliran tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2014

Sebagaimana dinyatakan sebelum ini

RM’000

Sebagaimana dinyatakan

semulaRM’000

Tunai dan setara tunai pada 1 Januari 6,440,377 2,390,377

Tunai dan setara tunai pada 31 Disember 7,100,913 950,913

72

Page 73: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Kami, Dato’ Sri Dr. Halim Shafie dan Datuk Watson Peters, merupakan dua Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang bertanggungjawab bagi Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat, dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat Ahli-ahli Suruhanjaya, penyata kewangan dikemukakan pada muka surat 52 hingga 72 telah disediakan selaras dengan Piawaian-piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia dan Piawaian-piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan Wang pada 31 Disember 2015 dan pendapatan dan perbelanjaan dan aliran tunainya bagi tahun kewangan berakhir pada ketika itu.

Ditandatangani bagi pihak Ahli-ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia:

t.tDato’ Sri Dr. Halim Shafie

t.tDatuk Watson Peters

Selangor,

Tarikh: 4 Oktober 2016

Penyata oleh Ahli-ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

73

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 74: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Saya, Tengku Zaib Raja Ahmad, sebagai pegawai utama bertanggungjawab bagi pengurusan kewangan Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat, dengan sesungguhnya dan seikhlasnya mengisytiharkan bahawa penyata kewangan yang dikemukakan pada halaman 52 hingga 72 adalah, setakat pengetahuan dan kepercayaan terbaik saya, betul dan saya membuat perakuan ini dengan penuh kepercayaan akan kebenarannya, dan berdasarkan peruntukan-peruntukan Akta Perakuan Berkanun, 1960.

Ditandatangani dan sesungguhnya diperakui oleh yang tersebut di atas di Selangor pada4 Oktober 2016.

t.tTengku Zaib Raja Ahmad

Di hadapan saya:Pesuruhjaya Sumpah MalaysiaNo: B185

Ng Say Hung

Perakuan berkanun

74

Page 75: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Kami telah mengaudit penyata kewangan Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (“Kumpulan Wang”), yang terdiri daripada penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2015, dan penyata pendapatan dan perbelanjaan, jumlah keuntungan atau kerugian dan aliran tunai Kumpulan Wang diiktiraf bagi tahun kewangan berakhir ketika itu, dan ringkasan polisi-polisi perakaunan penting dan nota-nota penjelasan lain, sebagaimana dikemukakan pada muka surat52 hingga 72.

Tanggungjawab Pengurusan Suruhanjaya bagi Penyata Kewangan

Pengurusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (“Suruhanjaya”) bertanggungjawab bagi penyediaan penyata kewangan untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama selaras dengan Piawaian-piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia dan Piawaian-piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa. Pengurusan Suruhanjaya juga bertanggungjawab bagi kawalan dalaman sedemikian sebagaimana Pengurusan Suruhanjaya tentukan sebagai perlu untuk membolehkan penyediaan penyata kewangan yang adalah bebas daripada salah nyataan material, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan.

Tanggungjawab Juruaudit

Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan pendapat mengenai penyata kewangan ini berdasarkan audit kami. Kami telah melaksanakan audit kami selaras dengan piawaian-piawaian pengauditan diluluskan di Malaysia. Piawaian-piawaian tersebut memerlukan agar kami mematuhi keperluan etika dan merancang serta melaksanakan audit bagi mendapatkan jaminan munasabah mengenai sama ada penyata kewangan adalah bebas daripada salah nyataan material.

Sesuatu audit melibatkan pelaksanaan prosedur-prosedur untuk mendapatkan bukti audit mengenai jumlah dan pendedahan dalam penyata kewangan. Prosedur-prosedur yang dipilih bergantung kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian risiko salah nyataan material penyata kewangan, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko tersebut, kami menimbangkan kawalan dalaman yang berkenaan kepada penyediaan penyata kewangan Suruhanjaya yang memberikan gambaran benar dan saksama untuk merangka prosedur-prosedur audit yang bersesuaian dalam keadaan tersebut, tetapi bukan untuk tujuan menyatakan pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman Suruhanjaya. Audit juga termasuk menilai kesesuaian polisi-polisi perakaunan yang digunakan dan kemunasabahan anggaran-anggaran perakaunan yang dibuat oleh Pengurusan Suruhanjaya, serta juga menilai pembentangan keseluruhan penyata kewangan.

Kami percaya bahawa bukti audit yang telah kami peroleh adalah mencukupi dan sesuai untuk menyediakan asas bagi pendapat audit kami.

KPMG, a partnership established under Malaysian law and a member firm of the KPMG network of independent member firms affiliated with KPMG International Cooperative (“KPMG International”), a Swiss entity.

Laporan juruaudit bebas kepada Ahli-ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke atas Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat

KPMG (Firm No. AF 0758)Chartered AccountantsLevel 10, KPMG Tower8, First Avenue, Bandar Utama47800 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan, Malaysia

Telephone +60 (3) 7721 3388Fax +60 (3) 7721 3399Internet www.kpmg.com.my

75

PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT

Page 76: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus

Pendapat

Pada pendapat kami, penyata kewangan ini memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan Wang pada 31 Disember 2015 dan prestasi kewangan dan aliran tunai bagi tahun kewangan berakhir ketika itu selaras dengan Piawaian-piawaian Pelaporan kewangan Malaysia dan Piawaian-piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa.

Perkara-perkara lain

Laporan ini dibuat hanya kepada Ahli-ahli Suruhanjaya, sebagai sebuah badan, selaras dengan Seksyen 36(2) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002 dan bukan untuk tujuan lain. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana orang lain bagi kandungan laporan ini.

t.tKPMGNombor Firma: AF 0758 Akauntan Bertauliah

Petaling Jaya,

Tarikh: 4 Oktober 2016

76

Page 77: PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT - skmm.gov.my · latihan ICT dan latihan keusahawanan kepada pengguna berdaftar. Latihan ini dikendalikan sendiri oleh Pengurus atau Penolong Pengurus