slogan kata - suffy · slogan kata: 1. kelayakan peraduan “anak eria iu gemira ” akan...

2

Upload: dinhkhanh

Post on 03-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slogan Kata - Suffy · Slogan Kata: 1. KELAYAKAN Peraduan “ANAK ERIA IU GEMIRA ” akan dikendalikan menurut terma dan syarat ini dan peserta bersetuju bahawa mereka telah membaca
Page 2: Slogan Kata - Suffy · Slogan Kata: 1. KELAYAKAN Peraduan “ANAK ERIA IU GEMIRA ” akan dikendalikan menurut terma dan syarat ini dan peserta bersetuju bahawa mereka telah membaca

KELAYAKAN 1. Peraduan “ANAK CERIA IBU GEMBIRA” akan dikendalikan menurut terma dan syarat ini dan peserta

bersetuju bahawa mereka telah membaca dan memahami terma dan syarat ini dan terikat kepadanya. Penyertaan adalah secara sukarela sepenuhnya.

2. Penganjur Peraduan ini Suffy Dairy Group Sdn Bhd, dengan pejabatnya terletak di No.29& 29A,Laluan Meru Perdana 11, Taman Meru Perdana 2,31200 Chemor ,Perak .("Penganjur").

3. Peraduan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas pada 1/5/2017 kecuali kakitangan Suffy Dairy Group Sdn Bhd, syarikat bersekutu dan/atau berkaitan, dan ahli keluarga terdekat masing-masing.

4. Peserta telah “LIKE” Page Facebook Suffy Malaysia 5. Peraduan bermula pada 01/05/2017. Tarikh tutup penyertaan ialah 28/02/2018. Penyertaan akan diterima

sehingga jam 11.59 malam pada 28/02/2018. Penyertaan yang diterima sebelum Tarikh Mula atau selepas Tarikh Tutup tidak akan diterima.

TEMPOH PERADUAN 1. Peraduan “Anak Ceria Ibu Gembira” untuk Hadiah Bulanan akan diadakan selama sepuluh (10) Bulan.

Tempoh peraduan adalah seperti berikut : a. 1 Mei 2017 – 31 Mei 2017 b. 1 Jun 2017 – 30 Jun 2017 c. 1 Julai 2017 – 31 Julai 2017 d. 1 Ogos 2017 – 31 Ogos 2017

e. 1 September 2017 – 30 September 2017 f. 1 Oktober 2017 – 31 Oktober 2017 g. 1 November 2017 – 30 November 2017 h. 1 Disember 2017 – 31 Disember 2017

i. 1 Januari 2018 – 31 Januari 2018 j. 1 Februari 2018 – 28 Februari 2018 2. Peraduan “Anak Ceria Ibu Gembira” untuk Hadiah Utama akan diadakan selama sepuluh (10) Bulan

Promosi dari 1 Mei 2017 hingga 28 Februari 2018 PENGHANTARAN PENYERTAAN & KRITERIA KELAYAKAN 1. Penyertaan – Peraduan “Anak Ceria Ibu Gembira” - Hadiah Bulanan

a. Peserta perlu membeli mana-mana pek Susu Suffy di Kedai-Kedai Terpilih atau Agen Rasmi dalam Tempoh Peraduan iaitu daripada 1 Mei 2017 hingga 28 Februari 2018.

b. Peserta perlu mengumpul Bukti Pembelian iaitu : i. 6 sudu dan 6 keratan “Barcode” kotak Susu Suffy ( 1 Penyertaan) ; atau

ii. 5 sudu dan 5 Penutup Plastik Tin Susu Suffy (1 Penyertaan). c. Peserta perlu mendapatkan Soalan Bulanan dari Facebook Rasmi Suffy Malaysia dan menjawab soalan

dengan betul. d. Seorang peserta hanya layak untuk menerima hadiah sebanyak 3 kali sahaja. e. Tuliskan jawapan pada Borang Peraduan yang boleh didapati di :

i. Kedai Runcit Terpilih; ii. Agen Rasmi; iii. Web Rasmi. (www.suffy.com.my)

f. Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta mesti menulis semua maklumat ("Butir-Butir Dikehendaki") dengan jelas di Borang Peraduan yang disediakan.

g. Hantarkan Borang Peraduan bersama Bukti Pembelian sebelum Minggu ketiga setiap Bulan Promosi ke alamat berikut :

Suffy Dairy Group Sdn Bhd, No.29& 29A,Laluan Meru Perdana 11,

Taman Meru Perdana 2, 31200 Chemor ,Perak

(u/p: Peraduan Anak Ceria Ibu Gembira)

2. Penyertaaan - Peraduan “Anak Ceria Ibu Gembira” - Hadiah Utama a. Peserta perlu mengumpul Bukti Pembelian iaitu :

i. 60 sudu dan 60 keratan “Barcode” kotak Susu Suffy ( 1 Penyertaan) ; atau ii. 50 sudu dan 50 Penutup Plastik Tin Susu Suffy (1 Penyertaan).

b. Peserta perlu mengumpul dan menjawab setiap Soalan Bulanan dengan Betul dan hantar semua jawapan beserta dengan Bukti Pembelian ke Pihak Penganjur dalam tempoh yang ditetapkan.

c. Peserta perlu melengkapkan Slogan Kata berikut dengan tidak melebihi 30 patah perkataan : “Susu Suffy menjadi pilihan Famili kami kerana .....”

d. Peserta perlu menyediakan sekeping gambar keluarga yang paling kreatif bersama produk-produk Susu Suffy.

e. Peserta perlu menghantar Slogan Kata dan Gambar Keluarga ke Facebook Suffy Malaysia secara “Private Message” @ PM pada atau sebelum 11.59 malam , 28 Februari 2018.

3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan

mesti disertakan Bukti Pembelian seperti yang telah ditetapkan. 4. Semua butir peribadi yang dikemukakan mestilah tepat dan lengkap. Sebarang maklumat yang tidak tepat

atau tidak lengkap akan menyebabkan penyertaan Peraduan ini dibatalkan dan/atau sebarang hadiah ditarik balik.

5. Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan, kegagalan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses tidak sah kepada, atau perubahan kepada komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau gangguan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau penyedia perkhidmatan, peralatan komputer, sistem, peranti, perisian, kegagalan e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan masalah teknikal atau kesesakan talian Internet dan/atau perkhidmatan telekomunikasi

HADIAH & PROSES PEMILIHAN PEMENANG 1. Proses Pemilihan Pemenang:

a. Hadiah Bulanan i. Para Pemenang Hadiah Bulanan yang layak akan ditentukan berdasarkan jawapan yang tepat dan

Proses Cabutan Bertuah yang akan diadakan oleh pihak Penganjur. ii. Proses Cabutan Bertuah akan diadakan pada setiap minggu pertama pada setiap Bulan seterusnya

dan akan diumumkan melalui Facebook Suffy Malaysia. b. Hadiah Utama

i. Calon-calon Pemenang Hadiah Utama yang layak akan ditentukan berdasarkan jawapan yang tepat beserta slogan kata yang menarik.

ii. Proses Cabutan Bertuah yang akan diadakan oleh Pihak Penganjur iii. Proses Cabutan Bertuah calon-calon Pemenang Hadiah Utama akan diadakan pada minggu kedua

selepas tamat tempoh peraduan. iv. Calon-calon Pemenang Hadiah Utama akan dimaklumkan tentang butir-butir Majlis Cabutan Hadiah

Utama anjuran Pihak Penganjur dan syarat-syarat penyertaan Majlis Cabutan Hadiah Utama. Kegagalan untuk hadir akan mengakibatkan hadiah ditarik balik dan sebarang pertanyaan selepas itu tidak akan dilayani.

c. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menyemak dan mengubah proses pemilihan pemenang yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad. Penganjur berhak untuk membuat pemilihan muktamad pemenang dan surat-menyurat mengenai pemilihan pemenang Peraduan ini tidak akan dilayani.

2. Hadiah-hadiah Peraduan : a. Peraduan “Anak Ceria Ibu Gembira” - Hadiah Bulanan

i. Wang Tunai dengan nilai Ringgit Malaysia Seribu sahaja = 10 Pemenang. Pihak Penganjur akan memindahkan wang terus ke akaun pemenang dalam tempoh 3 minggu

selepas Nama Pemenang Bulanan diumumkan pada setiap bulan.

Pihak Penganjur akan menghubungi pihak pemenang bagi mendapatkan butiran-butiran yang berkenaan. Sekiranya pihak pemenang gagal dihubungi, pihak penganjur berhak untuk menukar keputusan pemenang pada bulan yang tersebut.

ii. 15 kotak/tin Susu Suffy = 10 pemenang.

Hadiah akan dihantar melalui khidmat syarikat penghantaran yang akan ditentukan oleh Pihak Penganjur

Hadiah akan dihantar ke alamat yang diberi oleh peserta dalam masa 6-8 minggu selepas Tarikh Tutup.

Jenis Susu Suffy yang akan dihantar tertakluk kepada budi bicara Pihak Penganjur. b. Hadiah Peraduan “Anak Ceria Ibu Gembira” - Hadiah Utama

a) Proton Iriz 1.3 = 1 Pemenang i) Hadiah tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan, dimana kos-kos tersebut akan

ditanggung oleh pemenang. ii) Pihak Penganjur berhak menukar warna dan varian kereta kepada yang lain.

b) Honda Beat = 1 Pemenang i) Hadiah tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan, dimana kos-kos tersebut akan

ditanggung oleh pemenang. ii) Pihak Penganjur berhak menukar warna dan varian motosikal kepada yang lain.

c) Yamaha Ego =1 Pemenang i) Hadiah tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan, dimana kos-kos tersebut akan

ditanggung oleh pemenang. ii) Pihak Penganjur berhak menukar warna dan varian motosikal kepada yang lain.

d) Jongkong Emas 10gram = 10 Pemenang e) Kereta Mainan Elektrik = 20 Pemenang i) Untuk Pemenang Hadiah Kereta Mainan, hadiah akan dihantar melalui perkhidmatan penghantaran

terus ke alamat pemenang. f) Penganjur akan menghubungi semua Pemenang melalui nombor talian mudah alih dan email rasmi

yang peserta isi di dalam Borang Peraduan . 3) Sekiranya atas apa jua sebab Penganjur tidak dapat menghubungi Pemenang dalam tempoh masa yang

munasabah, Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah Pemenang tersebut dan memilih satu lagi Pemenang.

4) Pemenang bertanggungjawab terhadap semua cukai dan perbelanjaan berkaitan yang tidak dinyatakan dalam keterangan hadiah.

5) Setiap peserta layak untuk memenangi semua hadiah yang ditawarkan didalam peraduan ini sepanjan Tempoh Promosi

6) Hadiah Utama mestilah dituntut oleh pemenang atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang gagal dituntut dua (2) bulan selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

7) Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik,dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'.

8) Hadiah yang dipaparkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. LIABILITI DAN TANGGUNGJAWAB 1. Semua kos sampingan yang dikaitkan dengan penerimaan atau penggunaan Hadiah, sama ada secara langsung,

atau tidak langsung, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj, perbelanjaan, cukai, kos, pengangkutan, makanan, insurans, visa, dll, adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.

2. Penganjur dan entitinya tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung liabiliti bagi apa-apa kemalangan, bahaya, kerosakan, kerugian (termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian tidak langsung atau berturutan) atau caj, kecederaan, keadaan tidak diduga dan sebarang kesulitan atau apa-apa liabiliti lain dalam apa jua bentuk yang timbul menerusi penyertaan dalam Peraduan ini atau berhubung dengan penunaian sebarang hadiah, atau bagi sebarang perubahan tarikh atau masa atau pembatalan yang mungkin menyebabkan pemenang terpilih tidak dapat mengambil hadiah asal yang ditawarkan atau mana-mana bahagian hadiah, atau bagi hadiah yang hilang atau dicuri.

3. Peserta melepaskan Penganjur serta bahagian, sekutu, anak syarikat, cawangan, pengarah, pegawai, kakitangan dan ejennya dan juga pihak lain yang dikaitkan dengan penganjuran dan pelaksanaan Peraduan ini, daripada dan terhadap sebarang liabiliti berkaitan dengan atau dalam apa jua cara timbul daripada Peraduan dan pemberian dan penggunaan, salah guna atau pemilikan hadiah, termasuk sebarang liabiliti bagi kecederaan peribadi atau kematian kecuali yang dilarang atau disekat di bawah undang-undang.

NOTIS PRIVASI 1. Kami mengumpulkan maklumat peribadi anda, secara khususnya, nama, nombor pengenalan dan butiran

hubungan anda, untuk membolehkan anda menyertai Peraduan ini dan untuk tujuan pentadbiran yang berkaitan. Jika anda tidak memberi kami maklumat ini, anda tidak dapat menyertai Peraduan ini. Tertakluk kepada beberapa pengecualian yang dibenarkan di bawah undang-undang, anda boleh mendapatkan akses kepada maklumat peribadi anda yang berada dalam simpanan kami. Jika akses tidak diberikan, sebab akan dinyatakan. Maklumat peribadi anda akan selamat dimusnahkan setelah mana-mana rekod berkanun atau lain-lain tempoh pengekalan tamat. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk membenarkan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini.

HAK PENGANJUR 1. Penganjur berhak untuk menarik balik atau meminda Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan di luar kawalan

munasabahnya. 2. Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dipulangkan dan tidak boleh ditukarkan untuk tunai. Penganjur

berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan Hadiah atau mana-mana komponen Hadiah sekiranya Pemenang terpilih gagal mematuhi mana-mana peraturan dan/atau undang-undang yang berkuat kuasa atas apa jua sebab.

3. Penganjur berhak untuk menarik balik Hadiah sekiranya pemenang terpilih gagal mematuhi terma dan syarat Peraduan dan/atau mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa atas apa jua sebab.

4. Penerimaan Hadiah menandakan kebenaran kepada Penganjur dan agensi untuk menggunakan Pemenang; nama dan/atau gambarnya untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis selanjutnya. Semua penyertaan menjadi hak milik Penganjur, yang boleh menggunakan nama dan/atau gambar Pemenang untuk aktiviti promosi dan pemasaran masa depan.

5. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat kepada terma dan syarat rasmi dan keputusan Penganjur.

6. Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau memansuhkan terma peraduan tanpa sebarang notis. Keputusan penganjur dan pengadil dalam apa-apa hal berkaitan peraduan adalah muktamad bagi segala aspek peraduan, termasuk penentuan pemenang dan pemilihan gambar yang boleh dipaparkan di majalah atau dalam sebarang bentuk. Tiada sebarang pertikaian terhadap keputusan pemilihan pemenang akan dilayan.

7. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara sekalipun bagi penyertaan yang hilang, lewat, disalah hantar, rosak atau tidak dihantar. Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak boleh dibaca akan dibatalkan.

8. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan. 9. Syarat dan Peraturan Peraduan disediakan dalam Bahasa Malaysia. HUBUNGI KAMI 1. Untuk sebarang pertanyaan, atau untuk memberikan maklumat terkini yang diperlukan tentang butiran

peribadi anda, sila hubungi talian terus kami di 05-525 2992 (Isnin hingga Jumaat 9 pg hingga 6ptg) atau emel: [email protected]

Lengkapkan maklumat peribadi anda :

Nama : ............................................................................................................................. ................

Alamat :............................................................................................................................. ...............

.........................................................................................................................................................

Alamat Facebook :............................................................................................................ ...............

Slogan Kata: Susu Suffy menjadi pilihan Famili kami kerana..........................................................

No. My Kad :..........................................................................................................

No Telefon (HP) : ...................................................................................................

Alamat Emel : ........................................................................................................

Jawapan Soalan :....................................................................................................

BORANG PERADUAN “ANAK CERIA IBU GEMBIRA”