borang pengesahan status tesis - fp.utm.my pembahagian sel dalam mata pelajaran biologi kbsm...

23
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DALAM MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN EMPAT. SESI PENGAJIAN: 2007/2008 SAYA: AMI NORLIYANA BINTI SHAMSU KAMAR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis PSM ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institut pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (/) SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 19720) TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) 211, JALAN SENAI UTAMA 5/15, PM AZIZ BIN NORDIN TAMAN SENAI UTAMA, NAMA PENYELIA 81400 SENAI, JOHOR. TARIKH: 15 APRIL 2008 TARIKH: 22 APRIL 2008 /

Upload: habao

Post on 14-Jun-2018

254 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP

KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DALAM MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN EMPAT.

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

SAYA: AMI NORLIYANA BINTI SHAMSU KAMAR

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis PSM ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institut pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (/)

SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 19720)

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

__________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

211, JALAN SENAI UTAMA 5/15, PM AZIZ BIN NORDIN TAMAN SENAI UTAMA, NAMA PENYELIA 81400 SENAI, JOHOR. TARIKH: 15 APRIL 2008 TARIKH: 22 APRIL 2008

/

ii

AKUAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Sains)”.

Tandatangan :………………………

Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ B. NORDIN

Tarikh : 22 APRIL 2008

iii

TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP KONSEP PEMBAHAGIAN SEL

DALAM MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN EMPAT

AMI NORLIYANA BINTI SHAMSU KAMAR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

iv

PENGAKUAN DIRI

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………..

Nama Penulis : AMI NORLIYANA BINTI

SHAMSU KAMAR

Tarikh : 22 APRIL 2008

v

DEDIKASI

Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi

Ayahanda

En Shamsu Kamar Bin Abdul Hamid

Bonda

Pn Rosnah Binti Ramlan

Berkat doa dan restu kalian aku di sini

Hajat dan harapan mengiringi

Jasa kalian terpahat abadi

Kasih sayang kalian ku simpan mati

Adinda-adindaku

Aminuddin

Amalina Nurhidayah

Aisyah Nursyuhadah

Asmah Nurlaili

Adibah Nuraini

Yang telah banyak memberi semangat kepadaku

Kalian adalah penyeri hidupku

Gelak tangis kalian menceriakan hidup ini

Buat sahabat-sahabat

Aimi, Hasmah, Nadya, Hajjar, Maisarah

Kalian adalah sumber ilhamku

Terima kasih atas dorongan dan semangat

Terima kasih atas segalanya

vi

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, dapatlah

saya menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat saya untuk mendapatkan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah diri dan tulus

ikhlas merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia projek saya,

Prof Madya Aziz B. Nordin atas segala tunjuk ajar, teguran, nasihat, dorongan serta

bimbingan yang diberikan sepanjang menghasilkan projek ini. Hanya Allah sahaja yang

mampu membalasnya.

Kepada keluarga yang tercinta yang sentiasa memberi sokongan dalam

mengharungi perjuangan menuntut ilmu ini. Iringan doa agar keutuhan keluarga akan

kekal hingga alam syurga dipanjangkan kepada Allah SWT.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam merealisasikan kajian ini. Kepada

Allah jua saya panjatkan doa agar diberi pembalasan setimpal dengan amal jariah yang

kalian berikan kepada saya. InsyaAllah ianya akan dikenang hingga akhir hayat ini.

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesalahfahaman pelajar di dalam

konsep pembahagian sel dalam mata pelajaran Biologi KBSM Tingkatan 4. Kajian ini

melibatkan seramai 83 orang responden yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dari

tiga buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru, Johor. Satu set soal selidik telah

disebarkan kepada mereka bagi mengkaji tahap pemahaman mereka di dalam topik

pembahagian sel dalam mata pelajaran Biology KBSM Form 4. Kajian yang dijalankan

menggunakan kaedah soal selidik yang disebarkan kepada mereka. Bahagian A untuk

mengetahui maklumat latar belakang responden dan Bahagian B mengandungi set soalan

objektif yang merangkumi topik mitosis dan meiosis. Data deskriptif dianalisis dalam

bentuk kekerapan dan peratusan manakala data inferensi dianalisis dalam bentuk korelasi

menggunakan program SPSS v13.0. Hasil penemuan menunjukkan tahap pemahaman

pelajar di dalam konsep pembahagian sel adalah pada tahap yang memuaskan sahaja.

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara keputusan

terkini dalam mata pelajaran Biologi dengan pencapaian markah konsep pembahagian

sel.

viii

ABSTRACT

The aim of this research is to identify student’s misconception in cell division

concept in Biology KBSM Form 4 subject. This research has been conducted to 83

respondents with varies demographic variables from three different secondary school in

Johor Bahru, Johor. A set of questionnaire was distributed to them to identify their

understanding towards cell division topic in Biology KBSM Form 4 subject. Section A

consists of six demographic variables and section B consists of a set of objective

questions for mitosis and meiosis topics. Descriptive data analyzed by using the method

of frequency and percentage. On the other hand, inference data is analyzed by correlation.

Both data are analyzed by using SPSS program v13.0. The result showed that students

understanding level in cell division concept are in satisfied level only. However, there is a

significant difference between the student’s latest results of Biology subject with the

marks of the cell division concept’s test.

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS i

AKUAN PENYELIA ii

TAJUK TESIS iii

PENGAKUAN DIRI iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Kepentingan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

x

1.6 Persoalan Kajian 6

1.7 Skop/Batas Kajian 6

1.8 Definisi 7

1.8.1 Pemahaman 7

1.8.2 Konsep 7

1.8.3 Miskonsepsi 7

1.8.4 Sains 8

1.8.5 Biologi 8

1.8.6 Pembahagian sel 8

1.8.7 Sel 8

1.8.8 Mitosis 8

1.8.9 Meiosis 8

1.9 Penutup 9

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 10

2.2 Kurikulum Sains KBSM 10

2.3 Teori Konstruktivisme 12

2.4 Teori Pembelajaran Ausubel 16

2.5 Model Pembelajaran Sains Gilbert, Osborne 17

dan Fensham

2.6 Konsep 19

2.7 Pembentukan Konsep Melalui Pembelajaran 21

2.8 Kesalahfahaman Konsep 22

2.9 Penutup 27

3 METODOLOGI KAJIAN

xi

3.1 Pengenalan 28

3.2 Kaedah/Prosedur 28

3.3 Sampelan dan Populasi 28

3.4 Tempat Penyelidikan 29

3.5 Insrtumentasi 29

3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 30

3.5.2 Bahagian B: Soalan Objektif 30

3.6 Jangkamasa 31

3.7 Prosedur Mengumpul Data 31

3.7.1 Permohonan Rasmi 31

3.7.2 Pengesahan Item 32

3.7.3 Kajian Rintis 32

3.7.4 Temujanji 32

3.7.5 Perlaksanaan ujian 32

3.7.6 Pengedaran Soalan 33

3.7.7 Arahan Menjawab Soalan 33

3.7.8 Peruntukan Masa 33

3.7.9 Pengawasan 33

3.7.10 Pemungutan Item 33

3.8 Analisis Data 33

3.9 Kesimpulan 34

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Data 35

4.2.1 Latar Belakang Responden 35

4.2.1.1 Jantina 36

4.2.1.2 Bangsa 36

xii

4.2.1.3 Agama 37

4.2.1.4 Sekolah 37

4.2.1.5 Keputusan Mata Pelajaran Sains 38

Dalam PMR

4.2.1.6 Keputusan Terkini 39

4.2.1.6.1 Biologi 39

4.2.1.6.2 Kimia 40

4.2.1.6.3 Fizik 41

4.2.2 Soalan Objektif 41

4.2.2.1 Mitosis 42

4.2.2.1.1 Mitosis 1 43

4.2.2.1.2 Mitosis 2 44

4.2.2.1.3 Mitosis 3 45

4.2.2.1.4 Mitosis 4 45

4.2.2.2 Meiosis 49

4.2.2.2.1 Meiosis 1 50

4.2.2.2.2 Meiosis 2 51

4.2.2.2.3 Meiosis 3 52

4.2.3 Perhubungan antara keputusan terkini mata 55

pelajaran biologi dengan pencapaian markah

konsep pembahagian sel

4.3 Penutup 56

5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI, CADANGAN

DAN RUMUSAN.

5.1 Pengenalan 57

5.2 Perbincangan 57

5.2.1 Latar Belakang Responden 57

5.2.1.1 Jantina 57

xiii

5.2.1.2 Bangsa 58

5.2.1.3 Agama 58

5.2.1.4 Sekolah 58

5.2.1.5 Keputusan Mata Pelajaran Sains Dalam 58

PMR

5.2.1.6 Keputusan Terkini Dalam Mata Pelajaran 59

Biologi, Kimia dan Fizik

5.2.2 Persoalan Kajian 1 59

5.2.3 Persoalan Kajian 2 60

5.2.4 Persoalan Kajian 3 60

5.3 Implikasi Kajian 61

5.4 Cadangan 62

5.4.1 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia 62

5.4.2 Pihak Sekolah 62

5.4.3 Pihak Guru 63

5.4.4 Pihak Pelajar 63

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63

5.6 Rumusan 64

5.7 Penutup 65

RUJUKAN 66

LAMPIRAN 69

xiv

SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Nombor Item Bagi Isis-Isi Yang Diuji Dalam Topik Mitosis 30

Dan Meiosis

4.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 36

4.2 Bilangan Responden Mengikut Bangsa 36

4.3 Bilangan Responden Mengikut Agama 37

4.4 Bilangan Responden Mengikut Sekolah 38

4.5 Bilangan Responden Mengikut Keputusan Mata Pelajaran 38

Sains Dalam PMR

4.6 Bilangan Responden Mengikutkeputusan Terkini Mata 39

Pelajaran Biologi

4.7 Bilangan Responden Mengikutkeputusan Terkini Mata 40

Pelajaran Kimia

4.8 Bilangan Responden Mengikutkeputusan Terkini Mata 41

Pelajaran Fizik

4.9 Tahap Pencapaian Bagi Bilangan Jawapan Betul Dalam 42

Topik Mitosis

4.10 Kriteria Bagi Tahap Pencapaian Bagi Bilangan Jawapan Betul 42

4.11 Isi-Isi Yang Diuji Dalam Topik Mitosis 43

4.12 Bilangan Jawapan Betul Bagi Subtopik Mitosis 1 43

4.13 Bilangan Jawapan Betul Bagi Subtopik Mitosis 2 44

4.14 Kekerapan Jawapan Responden Bagi Item 9 45

4.15 Bilangan Jawapan Betul Bagi Subtopik Mitosis 3 45

xv

4.16 The Appearance And Behavior Of The Chromosomes In Each 46

Phase During Mitosis

4.17 Bilangan Jawapan Betul Bagi Subtopik Mitosis 4 47

4.18 Kekerapan Jawapan Responden Bagi Item 10 48

4.19 Kekerapan Jawapan Responden Bagi Item 11 48

4.20 Kekerapan Jawapan Responden Bagi Item 13 49

4.21 Kekerapan Jawapan Responden Bagi Item 15 49

4.22 Tahap Pencapaian Bagi Bilangan Jawapan Betul Dalam Topik 50

Meiosis

4.23 Bilangan Jawapan Betul Bagi Subtopik Meiosis 1 50

4.24 Kekerapan Jawapan Responden Bagi Item 17 51

4.25 Bilangan Jawapan Betul Bagi Subtopik Meiosis 2 51

4.26 The Appearance And Behavior Of The Chromosomes In Each 52

Phase During Meiosis

4.27 Bilangan Jawapan Betul Bagi Subtopik Meiosis 3 53

4.28 Kekerapan Jawapan Responden Bagi Item 7 54

4.29 Kekerapan Jawapan Responden Bagi Item 18 55

4.30 Jadual Signifikan Dan Korelasi Koefisien Pearson Bagi 55

Perhubungan Antara Keputusan Terkini Mata Pelajaran

Biologi Dengan Pencapaian Markah Konsep Pembahagian Sel

4.31 Garis Panduan Guilford 55

xvi

SENARAI SINGKATAN

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PMR - Penilaian Menengah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvii

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK A Borang Soal Selidik Pelajar

B Skema Jawapan Soal Selidik Pelajar

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada EPRD

D Surat Akuan Fakulti, UTM

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Jabatan Pelajaran

Johor

F Surat Pengesahan Instrumen Kajian

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah dipertanggungjawabkan untuk

membangunkan satu sistem pendidikan yang mampu menghasilkan modal insan kelas

pertama yang akan menjadi harta yang paling bernilai untuk negara. Sebagai sebuah

negara yang membangun, negara kita menghadapi cabaran dan tekanan yang besar untuk

mencapai Wawasan 2020 yang mana amat memerlukan pembangunan modal insan yang

berpengetahuan dan berkemahiran. Pembangunan modal insan ini amat bergantung

kepada kualiti sistem pendidikan negara. Oleh itu, kementerian amat menitikberatkan

pembangunan di dalam asas sistem pendidikan kebangsaan. Antara asas yang dirangka

oleh KPM di dalam melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai

matlamat pendidikan ialah membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran

sepanjang hayat.

Sains merupakan satu bidang ilmu yang kompleks. Hal ini disebabkan oleh

sebahagian besar daripada konsep-konsep sains itu sendiri amat abstrak (Zurida Ahmad

et al, 2006). Di tambah pula dengan perwakilan konsep-konsep tersebut dalam bahasa

matematik yang tidak dapat dibaca jika tidak difahami. Keadaan ini akan sentiasa

berterusan dan mungkin tidak berubah kerana kekompleksan struktur konsep sains itu

sendiri. Jika kita mengkaji dari sudut sejarah tentang bagaimana konsep sains itu

terbentuk, kita sendiri mungkin tidak pernah terfikir akannya. Konsep-konsep sains ini

tercipta melalui perkara-perkara yang dialami oleh manusia sehari-hari.

Oleh yang demikian, dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, seseorang

guru itu mempunyai tanggungjawab yang besar dalam merungkaikan konsep-konsep

sains yang kompleks ini kepada keadaan yang lebih memudahkan pelajar untuk

memahaminya. Proses pengajaran ini perlulah melibatkan hubungkait antara pengajaran

guru, pembelajaran pelajar dan kurikulum sains (Zurida Ahmad et al, 2006). Walaupun

guru bertindak sebagai penyampai pengetahuan kepada pelajar, tetapi pelajar tidak dapat

menerima pengetahuan tersebut, proses pembelajaran ini tidak akan berlaku terutamanya

dari sudut kreativiti, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Setiap orang akan mempunyai konsep sainsnya tersendiri sama ada ianya disedari

atau tidak. Ianya biasanya terbina melalui pengetahuan sedia ada yang diperolehi dari

pengalaman mereka sehari-hari dan seterusnya membina pemahaman mereka sendiri

tentang fenomena alam. Menurut teori konstruktivisme, setiap individu menbentuk

pengetahuan mereka sendiri melalui pengalaman yang dialami. Sesuatu pembelajaran

dikatakan berlaku sekiranya terdapat ketidakseimbangan antara kerangka sedia ada

dengan maklumat yang baru diterima. Seterusnya, proses akomodasi akan berlaku apabila

individu mengubah pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang baru. Tetapi

bagaimana jika proses akomodasi ini tidak berlaku? Di sinilah timbulnya masalah di

mana pelajar tidak dapat membentuk asas pemahaman yang kukuh dalam konsep-konsep

saintifik. Peristiwa inilah yang dinamakan salah konsep atau miskonsepsi.

Namun dalam kita sibuk menongkah arus pemodenan pendidikan masa kini,

masih lagi terselit masalah-masalah pembelajaran yang sama iaitu miskonsepsi di

kalangan pelajar. Yang berbeza hanyalah apa dan bagaimana miskonsepsi itu berlaku.

Hal inilah yang menyebabkan pelajar merasakan mata pelajaran sains itu sukar untuk

dikuasai. Semua ahli dalam sistem pendidikan termasuk guru, pelajar dan ibu bapa

mengambil berat tentang pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Oleh itu, masalah-

masalah yang mengganggu seperti ini patut dielakkan dan diatasi pada peringkat awal

bagi menjadikan sistem pendidikan di Malaysia lebih maju dan dapat menghasilkan

pendidikan yang lebih berkualiti dan seterusnya berjaya menghasilkan modal insan

mengikut acuan kita sendiri.

Ini akan menyukarkan proses pembelajaran seterusnya kerana kerangka model

minda yang baru boleh dibentuk setelah kerangka awal dimusnahkan. Hal ini juga disebut

sebagai penyekatan proaktif dalam pembelajaran di mana pembelajaran awal

mengganggu pembelajaran seterusnya.

1.2 Latar belakang masalah.

Mata pelajaran Biologi merupakan salah satu mata pelajaran penting dalam

kurikulum pendidikan di Malaysia. Mata pelajaran ini sering dianggap mata pelajaran

yang sukar bagi kebanyakan pelajar kerana terdapat pelbagai proses-proses yang perlu

difahami di mana ia melibatkan kajian mengenai kehidupan, persekitaran, interaksi antara

hidupan dengan persekitaran serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya. Mata

pelajaran Biologi merupakan salah satu cabang bagi ilmu sains. Di dalam sains, terdapat

tiga unsur utama iaitu sikap manusia, proses atau metodologi dan hasil. Ketiga-tiga unsur

ini saling berkait dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Sikap manusia yang

ingin tahu tentang setiap kejadian dan benda di sekeliling mereka akan menimbulkan

permasalahan yang ingin digambarkan dalam satu proses yang sepatutnya wujud. Ini

kemudiannya akan dieksperimentasikan bagi menghasilkan produk seperti fakta-fakta,

prinsip-prinsip, teori, hukum dan sebagainya.

Objektif bagi mata pelajaran Biologi adalah membolehkan pelajar memperoleh

pengetahuan dan pemahaman tentang konsep dan prinsip Biologi dan mengaitkannya

untuk memahami fenomena dan pengalaman harian. Guru-guru yang mengajar mata

pelajaran ini telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap pelajar memahami

konsep-konsep yang terdapat di dalam silibus yang telah diberikan oleh kementerian.

Pelbagai cara telah dijalankan untuk meningkatkan peratusan kecemerlangan pelajar

dalam mata pelajaran ini, masih juga di tahap yang sama terdapat juga pelajar yang masih

gagal untuk menguasai konsep-konsep yang mereka pelajari. Pastilah terdapat masalah

yang perlu dikenalpasti iaitu salah tanggapan.

Setiap manusia ada naluri ingin tahu lebih-lebih lagi mengenai setiap benda yang

dapat mereka lihat. Namun naluri tersebut juga mudah hilang sekiranya terdapat

halangan-halangan untuk mengetahuinya. Hal ini akan mengakibatkan proses pengajaran

terganggu terutama di kalangan pelajar. Melalui apa yang mereka lihat tersebut, mereka

akan membuat tanggapan mereka sendiri tanpa mengaitkannya dengan proses saintifik

yang ada. Di sini akan wujud satu kerangka alternatif di mana ia akan menghalang

kefahaman saintifik, menghalang perkembangan kefahaman saintifik dengan

pembelajaran baru dan menimbulkan kesukaran memahami fakta saintifik,

mengasimilasi, menyusun dan mendapatkan fakta tersebut apabila diperlukan.

Bermula tahun 2002, pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 akan mengikuti silabus

baru yang telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara aspek yang diberi

penekanan ialah kaedah atau teknik pembelajaran supaya proses pendidikan adalah lebih

berpusatkan pelajar dan bersifat konstruktivisme. Fasa pertama melibatkan mata

pelajaran sains bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4, termasuk mata pelajaran sains tulen

seperti fizik, kimia, dan biologi. Objektif utama penggubalan semula silibus yang sedia

ada adalah untuk memahirkan diri pelajar dalam pemerolehan maklumat dan seterusnya

menyediakan mereka untuk menghadapi era k-ekonomi.

Perbezaan ketara antara silibus dahulu dan sekarang boleh dilihat dengan jelas

dalam mata pelajaran sains. Sebelum ini, strategi proses pembelajaran dan pengajaran

(P&P) mata pelajaran ini melibatkan sesi pembelajaran teori di dalam kelas dan diikuti

dengan kelas amali di dalam makmal. Walau bagaimanpun, silibus baru ini memerlukan

strategi P&P yang lebih efektif dan proaktif. Guru perlu bertindak dengan lebih cekap

dalam mengawasi pelajarnya. Sekiranya guru tidak memainkan peranannya dalam hal ini,

masalah seperti kerangka minda pelajar yang tidak mantap akan terus berlanjutan dan

tidak dapat dikenalpasti.

1.3 Pernyataan masalah

Dalam membentuk konsep yang kukuh di dalam diri setiap pelajar, pembelajaran

yang bermakna harus berlaku. Hal ini bermula dengan pengetahuan atau pengalaman

sedia ada pelajar. Namun sekiranya pengetahuan atau pengalaman sedia ada yang dibina

tersebut tersasar dari konsep saintifik yang sebenar, akan timbullah satu masalah yang

dipanggil miskonsepsi. Para guru akan mengalami masalah yang besar untuk

mengenalpasti miskonsepsi-miskonsepsi yang mungkin wujud di kalangan pelajar-

pelajarnya yang pelbagai. Cabaran paling besar guru-guru sains adalah bagaimana

hendak mengendalikan kelas sains KBSM yang dapat merealisasikan matlamat sains

KBSM sekaligus Falsafah Pendidikan Negara.

Jika kita lihat pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Biologi ini, walaupun

peratusan pelajar yang lulus adalah baik, tetapi dari sudut pencapaian pada tahap

cemerlang ianya masih tidak memuaskan. Pelbagai program telah dijalankan bagi

meningkatkan pencapaian kecemerlangan. Namun hasilnya masih sama. Oleh itu,

masalah ini perlu dikaji dari akar umbi lagi iaitu pelajar itu sendiri.

Oleh yang demikian, bagi memudahkan tugas para guru sains untuk mengatasi

masalah ini, kajian ini akan dijalankan untuk mengenalpasti sejauh manakah berlakunya

miskonsepsi di kalangan pelajar.

1.4 Kepentingan kajian

Kajian ini diharapkan boleh membantu dan memberikan maklumat mengenai

miskonsepsi-miskonsepsi yang wujud dikalangan pelajar dalam konsep pembahagian sel

bagi pelajar tingkatan 4 aliran sains tulen yang mengganggu proses pembelajaran mereka.

Maka para guru khususnya boleh memberikan penekanan terhadap konsep-konsep yang

sering menimbulkan kesukaran di kalangan pelajar.

Pelajar juga akan dapat menanamkan sikap untuk berusaha menstrukturkan

semula pengetahuan yang dimilikinya jika maklumat baru yang mereka pelajari

bermakna dan bermanfaat untuknya. Pelajar juga boleh menerapkan sikap seperti sering

bertanya sekiranya apa yang mereka pelajari berbeza dari apa yang mereka anggap

sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Bagi pihak guru dan bakal pendidik akan datang, mereka akan dapat

mengenalpasti dan sentiasa bersedia dalam membentuk konsep awal pelajar bagi

mengelakkan miskonsepsi ini dari berlaku terhadap pelajar-pelajar mereka. Sekiranya

mereka masih menghadapi perkara yang serupa, langkah-langkah untuk mengelakkan

masalah ini dari terus berlaku dapat dimanfaatkan dengan baik melalui kajian yang

dijalankan ini.

Maka hal ini turut memberi manfaat yang besar kepada pihak kementerian dalam

usaha memartabatkan lagi sistem pendidikan negara kita. Dalam usaha untuk mencapai

negara maju pada 2020, kerajaan telah menggariskan teras-teras di dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) di mana pemantapan pendidikan terutama di dalam

sains dan teknologi diterapkan sebagai pembelajaran sepanjang hidup untuk melahirkan

modal insan kelas pertama.

1.5 Objektif kajian

Objektif kajian yang ingin dijalankan ialah:

i. Mengenalpasti tahap pemahaman pelajar terhadap konsep mitosis.

ii. Mengenalpasti tahap pemahaman pelajar terhadap konsep meiosis.

iii. Menentukan perhubungan antara keputusan terkini dalam mata pelajaran Biologi

dengan pencapaian tahap pemahaman konsep pembahagian sel?

1.6 Persoalan kajian

Persoalan kajian yang ingin dikaji ialah:

i. Bagaimanakah tahap pemahaman pelajar terhadap konsep mitosis?

ii. Bagaimanakah tahap pemahaman pelajar terhadap konsep meiosis?

iii. Bagaimanakah perhubungan antara keputusan terkini dalam mata pelajaran Biologi

dengan pencapaian tahap pemahaman konsep pembahagian sel?

1.7 Skop/ batas kajian

Kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan 5 aliran sains tulen di

3 buah sekolah terpilih di daerah Johor Bahru, Johor. Ianya juga hanya meliputi konsep-

konsep di dalam bab 5 mata pelajaran Biology Form 4 iaitu Cell Division (Pembahagian

Sel) iaitu mitosis dan meiosis.