kajian tindakan biologi: teknik 5m untuk topik cell division (mitosis dan meiosis)

25
1 Meningkatkan Kemahiran dan Penguasaan bagi Topik “Cell Divison” dengan Menggunakan Teknik 5M Mohd Taufik bin A. Malek Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar 42700 Banting Selangor Darul Ehsan L 20122009433 (No. Matrik) 03-31202932 (Pejabat/ Faks) 014-8804360 (Bimbit) [email protected] Abstrak Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan penguasaan bagi topik “Cell Division” dengan menggunakan teknik 5M, seterusnya mampu meninggikan kebolehupayaan pelajar dalam menjawab soalan yang kebiasaannya berbentuk analisis bagi topik tersebut. Teknik 5M ialah (i) meninjau, (ii) membuat kad-kad kecil, (iii) melukis dan melabel, (iv) menganalisis, dan (v) mengingat & mengulang. Seramai 10 orang pelajar dari kelas Tingkatan 5 Al-Farabi yang mempamerkan pencapaian sederhana telah dipilih dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dibuat melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik terhadap pelajar. Hasil tinjauan menunjukkan hampir semua pelajar tidak dapat menguasai isi kandungan pelajaran topik “Cell Division” dengan baik. Ujian pra dan pasca telah dijalankan untuk membandingkan jumlah markah yang telah diperoleh oleh responden sebelum dan selepas kaedah ini dijalankan. Dapatan menunjukkan peningkatan markah sebanyak 50.0% dari 50.0% dalam ujian pra ke 100% pelajar yang lulus dalam ujian pasca. Konklusi daripada data yang diperoleh, kajian telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan teknik 5M amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Biologi.

Upload: t-o-p-e-k-k-e-t-o-p-e-k-a-n

Post on 24-Oct-2015

909 views

Category:

Documents


61 download

DESCRIPTION

Laporan Kajian Tindakan KPR 4063 MOHD TAUFIK BIN A MALEK L20122009433.Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan penguasaan bagi topik “Cell Division” dengan menggunakan teknik 5M, seterusnya mampu meninggikan kebolehupayaan pelajar dalam menjawab soalan yang kebiasaannya berbentuk analisis bagi topik tersebut. Teknik 5M ialah (i) meninjau, (ii) membuat kad-kad kecil, (iii) melukis dan melabel, (iv) menganalisis, dan (v) mengingat & mengulang. Seramai 10 orang pelajar dari kelas Tingkatan 5 Al-Farabi yang mempamerkan pencapaian sederhana telah dipilih dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dibuat melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik terhadap pelajar. Hasil tinjauan menunjukkan hampir semua pelajar tidak dapat menguasai isi kandungan pelajaran topik “Cell Division” dengan baik. Ujian pra dan pasca telah dijalankan untuk membandingkan jumlah markah yang telah diperoleh oleh responden sebelum dan selepas kaedah ini dijalankan. Dapatan menunjukkan peningkatan markah sebanyak 50.0% dari 50.0% dalam ujian pra ke 100% pelajar yang lulus dalam ujian pasca. Konklusi daripada data yang diperoleh, kajian telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan teknik 5M amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Biologi.

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

1

Meningkatkan Kemahiran dan Penguasaan bagi Topik “Cell Divison”

dengan Menggunakan Teknik 5M

Mohd Taufik bin A. Malek

Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar

42700 Banting Selangor Darul Ehsan

L 20122009433 (No. Matrik)

03-31202932 (Pejabat/ Faks)

014-8804360 (Bimbit)

[email protected]

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan

penguasaan bagi topik “Cell Division” dengan menggunakan teknik 5M,

seterusnya mampu meninggikan kebolehupayaan pelajar dalam menjawab

soalan yang kebiasaannya berbentuk analisis bagi topik tersebut. Teknik 5M

ialah (i) meninjau, (ii) membuat kad-kad kecil, (iii) melukis dan melabel, (iv)

menganalisis, dan (v) mengingat & mengulang. Seramai 10 orang pelajar

dari kelas Tingkatan 5 Al-Farabi yang mempamerkan pencapaian sederhana

telah dipilih dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dibuat melalui kaedah

pemerhatian dan soal selidik terhadap pelajar. Hasil tinjauan menunjukkan

hampir semua pelajar tidak dapat menguasai isi kandungan pelajaran topik

“Cell Division” dengan baik. Ujian pra dan pasca telah dijalankan untuk

membandingkan jumlah markah yang telah diperoleh oleh responden

sebelum dan selepas kaedah ini dijalankan. Dapatan menunjukkan

peningkatan markah sebanyak 50.0% dari 50.0% dalam ujian pra ke 100%

pelajar yang lulus dalam ujian pasca. Konklusi daripada data yang diperoleh,

kajian telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan teknik 5M amat

berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Biologi.

Page 2: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

2

1. Latar Belakang/ Refleksi P & P Lepas

Di dalam Sukatan Pelajaran Biologi, topik “Cell Division” merupakan salah satu tajuk yang

penting kerana terdapat banyak fakta dan gambarajah serta memerlukan kefahaman yang

kukuh dari pelajar. Berdasarkan objektif di dalam Huraian Sukatan Pelajaran pula, pelajar

diminta agar dapat mencurahkan isi kandungan pelajaran ini semula dalam bentuk

penerangan dan berupaya melukis semula gambarajah keadaan kromosom mengikut

peringkat-peringkat pembahagian sel (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2005). Tambahan

pula, topik “Cell Division” di dalam Tingkatan 4 ini seringkali disoal di dalam Kertas 2 Biologi

bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan merupakan soalan wajib sekiranya

keluar di dalam Bahagian A (struktur). Namun begitu, kebanyakan pelajar menghadapai

masalah menjawab soalan topik ini.

Walaupun kebiasaannya pelajar tiada kesukaran untuk memahami konten di dalam mata

pelajaran Biologi, tetapi bermasalah dalam menjawab soalan peperiksaan bagi topik “Cell

Division”. Ini adalah berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai guru Tingkatan 4 dan 5

sejak tahun 2011. Daripada analisis data pemarkahan pada Peperiksaan Pertengahan Tahun

2013 baru-baru ini, hampir semua pelajar masih lagi tidak berupaya menjawab semua

soalan dalam tajuk “Cell Division” dengan betul.

Lazimnya, di dalam peperiksaan, teknik menjawab adalah penting mencapai skor yang

tinggi. Akan tetapi bagi topik “Cell Division”, pelajar juga perlu tahu lukisan gambarajah

keadaan kromosom peringkat tertentu. Oleh yang demikian, penting supaya pelajar

memahami isi kandungan pelajaran dan berupaya untuk menganalisis, mengingat dan

menghafal gambarajah.

Oleh kerana pelajar saya adalah pelajar tahfiz, maka tiada masalah bagi mereka untuk

menghafal konten, akan tetapi mereka tidak memberi fokus kepada soalan analisis.

Akibatnya jawapan yang dihasilkan tidak mengikut kehendak soalan.

Page 3: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

3

2. Penyataan Masalah/ Isu Kajian

Walaupun pelajar di kelas 5 Al-Farabi ini merupakan pelajar yang terpilih, mereka

dikenalpasti agak lemah dari segi penguasaan dalam topik “Cell Division”. Akibatnya,

mereka selalu gagal dalam mempamerkan bentuk jawapan yang melibatkan gambarajah di

dalam Kertas 2.

Oleh yang demikian, isu keprihatinan kajian ini berkisar kepada masalah utama kajian bagi

topik “Cell Division” di dalam Kertas 2 dan dapat dibahagikan kepada beberapa aspek fokus

kajian antaranya ialah:

i- pelajar tidak berupaya membina lukisan rajah melibatkan perlakuan

kromosom pada setiap peringkat “Cell Division” dengan jelas dan tepat;

ii- pelajar keliru dan kurang arif mentafsir maklumat tentang perlakuan

kromosom yang terdapat pada setiap peringkat “Cell Division”;

iii- pelajar kurang arif dalam jumlah kromosom pada peringkat-peringkat tertentu

“Cell Division”;

iv- subtopik “Cell Division” ini kebiasaannya keluar di dalam soalan SPM Kertas

2 Biologi; dan

v- calon Biologi SPM mudah hilang markah di dalam Kertas 2 kerana terdapat

Bahagian B yang sukar untuk diskor iaitu Esei.

Selain itu, tajuk “Cell Division” yang mempunyai fakta yang padat telah menyebabkan subjek

Biologi lazimnya dianggap sebagai satu subjek yang susah kerana mengandungi banyak

fakta yang perlu diingat dan beserta fakta yang berbentuk gambarajah. Ini mendorang

pengkaji untuk mengkaji permasalahan yang dihadapi pelajar dan seterusnya mencari jalan

untuk menyelesaikannya, selain dapat mengembangkan lagi profesion keguruan pengkaji

dalam mempelbagaikan lagi teknik mengajar yang berkesan.

Akhir sekali, daripada isu kajian ini, pengkaji berharap dapat membantu pelajar agar lulus

dengan cemerlang di dalam SPM.

Page 4: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

4

3. Objektif Kajian

3.1 Objektif umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam mengenalpasti dan

menganalisis peringkat-peringkat kromosom di dalam “Cell Division” melalui teknik

5M dan seterusnya meningkatkan gred purata sekolah di dalam peperiksaan SPM.

3.2 Objektif khusus

3.2.1 Untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengenalpasti isi penting

konten dan membuat nota sendiri dalam bentuk kad kecil melibatkan fakta

dan gambarajah.

3.2.2 Untuk menambahbaik kaedah pengajaran guru ke arah yang lebih

terancang dan berkesan.

3.2.3 Untuk meningkatkan keyakinan pelajar bahawa subjek Biologi adalah

mudah dan dapat menyumbang A di dalam SPM.

4. Soalan Kajian

i- Adakah teknik 5M mampu meningkatkan kemahiran pelajar menguasai isi

kandungan bagi topik “Cell Division”?

ii- Bagaimanakah untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang sesuai dan

seterusnya memperbanyakkan kaedah pengajaran yang lebih terancang

dan berkesan bagi guru?

iii- Bagaimanakah untuk meyakinkan pelajar bahawa subjek Biologi adalah

mudah dan dapat menyumbang A di dalam SPM?

5. Kumpulan Sasaran

Melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan 5 Al-Farabi 2013 yang secara umumnya

mempamerkan pencapaian yang sederhana. Mereka ini terdiri daripada 5 orang pelajar

lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Semua mereka merupakan pelajar tahfiz

berbangsa Melayu-Islam yang belajar di Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi

Istana Bandar, Jugra.

Page 5: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

5

6. Kepentingan Kajian

6.1 Pelajar

Pelajar dapat menguasai cara untuk memahami konten dan mengenalpasti kata

kunci, menghafal fakta dalam bentuk ayat dan gambarajah seterusnya dapat

menjawab soalan Kertas 2 Biologi SPM dengan mudah.

6.2 Guru

Guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran dan mengenalpasti kaedah

yang sesuai bagi topik “Cell Division” dan seterusnya bab yang lain di dalam

Biologi. Selain itu, guru juga dapat mengenalpasti pelajar yang lemah dalam topik

tertentu dan mencari kaedah yang sesuai untuk membolehkan pelajar

memahami konten, menghafal dan seterusnya menjawab soalan bagi topik ini

dalam Kertas 2 Biologi.

6.3 Sekolah

Pihak sekolah dapat menaikkan GPS dalam SPM.

7. Tinjauan Literatur

Dalam kajian Razunari (n.d), yang bertajuk “Mengaplikasikan teknik 5M untuk

meningkatkan penguasaan topik “Cell Division” dalam Biologi”, beliau telah

membuktikan bahawa teknik 5M mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam topik

tersebut. Maka dengan itu, dalam kajian ini, teknik tersebut telah digunapakai dengan

mengubah beberapa langkah dalam teknik tersebut. Teknik 5M dalam kajian beliau

ialah (i) membuat tinjauan, (ii) melukis dan melabel, (iii) membina hubungkait, (iv)

membuat kad-kad kecil, dan (v) mengingat. Manakala teknik 5M dalam kajian ini, pula

ialah (i) meninjau, (ii) membuat kad-kad kecil, (iii) melukis dan melabel, (iv)

menganalisis, dan (v) mengingat dan mengulang. Ini adalah kerana kajian telah

disesuaikan dengan keadaan responden dan tempat kajian dilaksanakan.

Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik

seperti model Kemmis & McTaggart (1998), Ebbut, McNiff, Somekh, Cochran-Smith &

Lyte, dan Kember & Glow. Othman Lebar (2011), menyimpulkan bahawa walaupun

terdapat pelbagai bentuk kajian yang berbeza, setiap bentuk kajian mempunyai ciri am

yang sama yang dilakukan dalam bentuk gelung yang merangkumi aktiviti (i) mengenal

Page 6: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

6

pasti masalah, (ii) merancang tindakan, (iii) melaksanakan tindakan, (iv) melakukan

refleksi dan masuk ke gegelung kedua dengan merancang semula kajian berkenaan

akan berulang sehingga mantap dan dapat mencari jalan menyelesaikannya.

Oleh yang demikian, Model Kemmis dan McTaggart (1998) dipilih dalam kajian ini.

Rasional model ini dipilih kerana kekuatannya yang tersendiri iaitu paling ringkas dan

mudah difahami sebagaimana yang dipersetujui oleh Zahratul Laili Abdul Rahim dan

Ramlee Mustafa (2011) di dalam kajian ke atas pelajar Sekolah Teknik dengan

menggunakan model yang sama. Selain itu, model ini juga merupakan satu bentuk

inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif bagi meningkatkan kerasionalan di

samping meningkatkan amalan-amalan dalam pendidikan (Zailah Zainuddin, 2005).

Refleksi adalah sangat penting. Refleksi adalah dilakukan bertujuan seperti (i)

memahami kewujudan sesuatu masalah atau kesukaran, (ii) memahami mengapa

masalah tersebut wujud, (iii) memahami bentuk masalah yang timbul, (iv) memahami

tahap keseriusan masalah yang membelengu P&P tersebut, dan (v) memahami

pelaku yang terlibat secara lagsung atau tidak langsung dalam permasalahan itu

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2008).

Di dalam topik “Cell Division” ini, terdapat banyak fakta dalam bentuk perkataan dan

juga gambarajah. Fakta gambarajah yang banyak dapat diingat dengan cara melukis

sendiri dan melakukan proses pengulangan. Hal ini bertepatan dengan konsep Teori

Behaviorisme yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan seterusnya dikembangkan

oleh Thorndike dan Skinner, yang berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan

dengan tingkah laku.

Perbuatan melukis perlakuan kromosom di dalam peringkat-peringkat “Cell Division”

secara sendiri tanpa bantuan orang lain akan membolehkan pelajar tersebut

mengingati fakta gambarajah dalam topik yang dikaji. Seterusnya, kaedah mengulang

lukisan perlakuan kromosom di kad-kad kecil secara berterusan boleh meneguhkan

lagi ingatan pelajar – selaras dengan konsep Teori Peneguhan Skinner. Proses

mengulang tidak menjadi sesuatu yang berat bagi kumpulan pelajar yang hendak

dikaji. Hal ini kerana di dalam sistem Sukatan Matapelajaran Tahfiz itu sendiri terdapat

sistem mengulang dalam melancarkan bacaan ayat hafazan pelajar tahfiz. Tambahan,

kaedah mengulang adalah praktikal dalam proses mengingat sesuatu fakta.

Page 7: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

7

8. Model

Model yang dipilih ialah mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1998). Menurut

model ini, kajian tindakan bergerak satu kitaran atau gelung yang melibatkan empat

peringkat iaitu:

peringkat I : mereflek

peringkat II : merancang

peringkat III : bertindak

peringkat IV : memerhati

Langkah-langkah tersebut adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.

Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1998)

Page 8: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

8

Kementerian Pendidikan Malaysia (2008) merumuskan model kajian tindakan seperti

dalam Rajah 1 dapat diringkaskan dan dijalankan berpandukan proses (i) guru

menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak

ditangani, (ii) guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi

masalah yang dihadapinya, (iii) guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan

dalam proses pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

9. Metodologi Kajian dan Analisis

Teknik, dapatan, dan analisis kajian yang dijalankan adalah seperti yang ditunjukkan di

dalam Rajah 2.

9.1 Pemerhatian

Guru menyoal pelajar dengan meminta pelajar melukiskan gambarajah

kromosom di dalam peringkat-peringkat “Cell Division” tanpa merujuk buku.

Analisisnya di sini ialah dapat diperhatikan bahawa terdapat ramai pelajar yang

tidak berkebolehan untuk melukis perlakuan kromosom dengan tepat apabila

disuruh melakukannya di hadapan kelas. Kajian diteruskan dengan membuat

soal selidik terhadap pelajar.

9.2 Soal selidik

Guru seterusnya mengedarkan soalan soal selidik berkenaan kefahaman,

kemahiran dan penguasaan pelajar. Responden dikehendaki menjawab 10

soalan selama 10 minit untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan. Skala

Likert 4 mata digunakan seperti di dalam Jadual 1 di bawah. Analisis item soal

selidik yang dijawab oleh pelajar adalah seperti di dalam Jadual 2 di bawah.

Pemerhatian Soal

Selidik Ujian Pra

Tindakan (Teknik 5M)

Ujian Pasca

Refleksi

Rajah 2: Aliran prosedur kajian

Page 9: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

9

Jadual 1: Aspek dan skor skala Likert 4 mata

Aspek Skor

Amat Tidak Setuju (ATS) 1

Tidak Setuju (TS) 2

Setuju (S) 3

Amat setuju (AS) 4

Jadual 2: Item soal selidik

Nama penuh: Kelas:

No Soalan Skala

1 2 3 4

1 Saya dapat melukis struktur kromosom

dengan tepat

III

30%

III

30%

IIII

40%

2 Pembelajaran topik “Cell Division” sukar

difahami

II

20%

IIII III

80%

3 Saya tidak menghadapi masalah untuk

menjawab dalam topik “Cell Division”

I

10%

IIII III

80%

I

10%

4 Saya dapat melukis rajah perlakuan

kromosom dengan lengkap dan jelas

IIII I

60%

IIII

40%

5 Saya sukar membuat tafsiran berkenaan

rajah dalam peringkat mitosis dan

meiosis

I

10%

III

30%

IIII I

60%

6 Saya dapat menyusun rajah mitosis dan

meiosis dengan tepat

II

20%

IIII III

80%

7 Saya berasa yakin setiap kali menjawab

soalan “Cell Division”

IIII III

80%

II

20%

8 Saya seringkali terkeliru anatara rajah

pembahagian sel

IIII IIII

90%

I

10%

9 Saya rasa soalan “Cell Division” sangat

susah bagi saya

II

20%

IIII

50%

III

30%

10 Tajuk “Cell Division” ini memberi tekanan

kepada saya sehingga saya menganggap

Biologi adalah susah

IIII

40%

IIII

50%

I

10%

Page 10: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

10

Dapatan menunjukkan bahawa terdapat 80% pelajar menyatakan bahawa

mereka menghadapi masalah dalam menjawab soalan dalam topik “Cell Division”

dan topik ini sukar untuk difahami, walaupun hampir kesemua mereka mampu

untuk melukis perlakuan kromosom dengan tepat. Selain itu, dapatan juga

menunjukkan bahawa dapat 80% daripada mereka tidak mampu menyusun rajah

mitosis dan meiosis dengan tepat. Apa yang lagi membimbangkan ialah 90%

daripada mereka seringkali terkeliru anatara rajah pembahagian sel.

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa kesemua respondan

bersetuju bahawa topik “Cell Division” adalah topik yang sukar difahami dan

pelajar tidak dapat menguasainya. Tindakan segera perlu dilakukan sebelum

peperiksaan SPM tiba tidak lama lagi.

9.3 Ujian pra

Ujian pra dilakukan sebelum pelajar-pelajar menghasilkan kad-kad kecil. Ini

adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan langkah-langkah dalam teknik

5M. Analisis keputusan ujian pra ditunjukkan seperti Jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Analisis keputusan ujian pra

Bil Nama pelajar Markah (%)

1 Alif 56

2 Amirah 50

3 Ellisa 44

4 Fatin 44

5 Hajar 56

6 Megat 44

7 Nurnaim 44

8 Saiful 44

9 Syaza 56

10 Zharif 61

Page 11: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

11

Jadual analisis di atas menunjukkan bahawa 5 orang pelajar mendapat markah

44%, seorang sahaja mendapat markah 50%, 2 orang mendapat markah 56%,

dan seorang sahaja memperoleh markah yang paling tinggi iaitu 61%. Secara

keseluruhan, jumlah lulus pelajar 5 orang sahaja iaitu 50%. Ini menunjukkan

bahawa pelajar masih belum menguasai sepenuhnya topik “Cell Division”. Rajah

3 menunjukkan graf prestasi keputusan pelajar selepas ujian pra dijalankan.

Rajah 3: Graf analisis keputusan ujian pra

9.4 Tindakan (Teknik 5M)

Tindakan seterusnya selepas ujian pra ialah pelaksanaan teknik 5M. Di bawah

adalah langkah-langkah dalam teknik 5M.

Rajah 4: Teknik 5M mengikut urutan

20

25

30

35

40

45

50

55

60

65

Graf markah keputusan ujian pra melawan senarai pelajar

Ujian pra

Markah lulus minimum

Meninjau Membuat

Kad-kad Kecil Melukis dan

Melabel Menganalisis

Mengingat dan

Mengulang

Page 12: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

12

9.4.1 Langkah 1: Meninjau

Pelajar ditunjukkan dengan video animasi peringkat-peringkat “Cell

Division”. Pelajar diminta membuat pemerhatian dengan dengan teliti

tentang struktur yang berlabel pada (i) warna kromosom, (ii) bilangan

kromosom, dan (iii) susunan kromosom yang terdapat pada video

tersebut. Guru juga meminta pelajar untuk membuat catatan peribadi di

sepanjang video ditayangkan.

9.4.2 Langkah 2: Membuat kad-kad kecil

Guru mengedarkan kad manila yang telah dipotong bersaiz A6 kepada

pelajar. Seterusnya, pelajar dikendaki untuk melengkapkan butiran diri di

hadapan kad kecil dan dinomborkan mengikut susuan. Kad dibahagikan

kepada dua bahagian dalam “Cell Division” iaitu mitosis dan meiosis.

9.4.3 Langkah 3: Melukis dan melabel

Guru kemudiannya menayangkan rajah-rajah pegun “Cell Division” seperti

di dalam video animasi yang ditayangkan sebentar tadi. Pelajar diminta

untuk melukis rajah yang ditunjukkan di hadapan. Akan tetapi, label-label

penting seperti (i) nama kromosom, (ii) peringkat pembahagian, dan (iii)

organel-organel penting telah dihilangkan. Melalui kaedah sumbangsaran,

pelajar diminta untuk mengisi ruang kosong label dan mengisi ruangan

kosong di bawah kad dengan penerangan perlakuan kromosom. Ketika

ini, catatan peribadi yang dilakukan oleh pelajar adalah penting.

9.4.4 Langkah 4: Menganalisis

Langkah yang seterusnya ialah pelajar dikehendaki membuat hubungkait

dan menganalisis rajah-rajah yang mereka lukis di atas kad-kad kecil.

Pemerhatian yang teliti perlu diberikan terhadap rajah untuk mendapatkan

maklumat yang dapat membantu mereka menjawab soalan kelak. Untuk

mengenalpasti kehendak dan menjawab soalan, pelajar perlu mahir

dengan sesuatu rajah serta dapat menjana idea-idea yang berkaitan

dengan rajah tersebut.

Page 13: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

13

9.4.5 Langkah 5: Mengingat dan mengulang

Proses mengingat melibatkan penyusunan konsep dan fakta ke dalam

satu sistem yang teratur dan mudah supaya pelajar dapat memanggil

semula maklumat dengan mudah, tepat dan cepat. Rajah yang dibina tadi

diteliti berulang kali dan disediakan dalam bentuk mudah bawa serta

mudah guna iaitu rajah yang dibina pada kad-kad kecil dengan

menggunakan warna yang pelbagai untuk merangsang minda dan minat.

Proses mengulang sebanyak 3 kali pula dilakukan bersama dengan

pelajar ketika kelas tambahan.

9.5 Ujian pasca

Ujian pasca pula dijalankan selepas teknik 5M dilakukan. Soalan-soalan di dalam

ujian pos hanya mengambil soalan topik “Cell Division” yang terdapat dalam

Peperiksaan Percubaan SPM. Pelajar yang mempraktikkan kaedah ini,

terutamanya dalam dua langkah terakhir iaitu langkah kelima menganalisis dan

keenam mengingat dan mengulang kebiasaannya mampu untuk menjawab

soalan di dalam ujian pasca dengan lebih baik. Jadual 4 di bawah mempamerkan

analisis perbezaan bagi ujian pra dan pasca yang dikira berdasarkan peratusan

Jadual 4: Analisis perbezaan keputusan ujian pra dan pasca

Bil Nama pelajar Markah (%)

Perbezaan (%) Ujian pra Ujian pasca

1 Alif 56 67 +11

2 Amirah 50 58 +8

3 Ellisa 44 75 +31

4 Fatin 44 83 +39

5 Hajar 56 75 +19

6 Megat 44 83 +39

7 Nurnaim 44 67 +23

8 Saiful 44 75 +31

9 Syaza 56 67 +11

10 Zharif 61 92 +31

Page 14: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

14

Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan di dalam ujian pasca selepas

penggunaan teknik 5M. Terdapat seorang pelajar sahaja yang mendapat markah

lulus paling rendah iaitu 58%, 3 orang pelajar yang masing-masing mendapat

markah 67% dan 75%, 2 orang pelajar mendapat markah 83%, dan seorang

sahaja mendapat markah paling tinggi iaitu 92%. Ini menunjukkan kesemua

pelajar iaitu 100% pelajar mendapat markah lulus dalam ujian pasca selepas

pelaksanaan teknik 5M. Perbezaan markah dalam ujian pra dan pasca dapat

dirumuskan seperti di dalam Rajah 5.

Rajah 5: Graf analisis peningkatan dan perbezaan ujian pra dan pasca

9.6 Refleksi

Sebelum pengakhiran kaedah, ulangkaji dilakukan sebelum ujian pasca

dijalankan. Pemerhatian mendapati ramai pelajar berjaya memberi respond

dengan cepat apabila ditanya berkenaan dengan topik “Cell Division”. Setelah

dilakukan pengulangan sebanyak 3 kali, pencapaian pelajar di dalam ujian pasca

menunjukkan prestasi yang sungguh membanggakan. Ini menunjukkan petanda

positif dalam teknik 5M. Maka dengan itu, gelung pertama dalam model kajian

tindakan ini dapat ditamatkan dengan jayanya.

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Ma

rka

h p

ela

jar

Senarai pelajar

Graf markah ujian pra dan pos melawan senarai pelajar

PRA

PASCA

45

Page 15: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

15

10. Jadual Pelaksanaan

Jadual 3: Jadual pelaksanaan kajian

Perkara Tarikh

Merancang kertas kerja 08 Jun 2013

Analisis data tinjaun awal

i- Menganalisis data soal selidik

ii- Membuat laporan dapatan

analisis soal selidik dalam

bentuk Jadual

17 Jun 2013

Menghasilkan soalan ujian pra 24 Jun 2013

Menganalisis data ujian & menghasilkan

data dalam bentuk Jadual

27 Jun 2013

Menyusun aktiviti (tindakan)

i- Memperkenalkan teknik 5M

ii- Mereka bentuk kad-kad kecil

bersama pelajar

29 Jun 2013

Melakukan langkah kelima (mengingat

dan mengulang) bersama pelajar

6 Julai 2013

Menghasilkan soalan ujian pasca 25 Ogos 2013

Menganalisis data ujian & menghasilkan

data dalam bentuk jadual

27 September 2013

Refleksi 29 September 2013

Menghasilkan laporan 1 Oktober 2013

11. Kos Kajian

Kos perbelanjaan sepanjang kajian adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.

Jadual 4: Kos perbelanjaan kajian

Jenis Bahan Kuantiti X Harga Seunit Jumlah Kos

Kertas A4 1 X RM 11.00 RM 11.00

Kad Manila 10 X RM 2.00 RM 20.00

Printer catridge 1 X RM 30.00 RM 30.00

Fotostat bahan & laporan kajian RM 30.00

Buku catatan guru 1 X RM 5.00 RM 5.00

JUMLAH RM 96.00

Page 16: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

16

12. Cadangan

Kaedah ini perlu diteruskan kerana ia dapat membantu pelajar dalam

membandingbeza antara mitosis dan meiosis dan seterusnya menjawab soalan

berbentuk analisis. Ianya dapat mengatasi kelemahan mereka, sedikit sebanyak dapat

menambahbaik lagi keputusan mereka. Diharapkan kajian ini dapat dimurnikan atau

ditambah baik oleh pengkaji yang lain dimasa akan datang, mungkin dengan cara

mengkaji bagaimanakah menarik minat pelajar dalam membuat kad-kad kecil atau

menjadikan proses mengingat dan mengulang menjadi lebih mudah. Adalah juga

dicadangkan teknik 5M dalam kajian akan datang boleh dilakukan bagi topik-topik yang

memerlukan penerangan proses seperti (i) ekosistem terancam (aras BOD), (ii) variasi,

dan (iii) perwarisan.

13. Kesimpulan

Secara total, kajian tindakan memang berkeupayaan menyelesaikan atau sedikit

sebanyak memperbaiki P&P. Hasil kajian ini mendapati bahawa teknik 5M ini mampu

memberikan kefahaman dan penguasaan kepada pelajar. Pelajar yang sebelum ini

memberikan tanggapan bahawa topik ini sukar, mereka telah berjaya menunjukkan

kesan positif dan memberikan respond yang memberangsangkan.

Page 17: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

17

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Huraian sukatan pelajaran Biologi Tingkatan 4.

Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Buku manual kajian tindakan. (Edisi ke-3).

Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1998). Action research planner, 3rd ed. Victoria: Deakin

Univeristy Press.

Othman Lebar. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Razunari Rodzali. (n.d). Mengaplikasikan teknik 5M untuk meningkatkan penguasaan topik

`Cell Division` dalam Biologi. Dicapai pada Jun 6, 2013, daripada

http://norkhatimah.smkbt.com/pluginfile.php/170/mod_page/content/1/KT_BIOLOGI.p

df

Zahratul Laili Abdul Rahim & Ramlee Mustapha. (2011). Problem-based learning in

Malaysian Technical School. International Journal for Educational Studies, 4(1): 42-

54.

Zailah Zainuddin. (2005). Kemantapan interaksi verbal dalam pengajaran Fizik melalui

pengajaran reflektif: satu kajian tindakan kolaboratif. Tesis Ijazah Doktor Falsafah.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 18: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

18

Lampiran 1

Borang soal selidik yang dijawab oleh pelajar

Page 19: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

19

Lampiran 2

Borang soal selidik yang dijawab oleh pelajar

Page 20: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

20

Lampiran 3

Soalan ujian pra

Page 21: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

21

Lampiran 4

Soalan ujian pra

Page 22: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

22

Lampiran 5

Kad-kad kecil

Page 23: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

23

Lampiran 6

Kad-kad kecil

Page 24: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

24

Lampiran 7

Ujian pasca

Page 25: Kajian Tindakan Biologi: Teknik 5M untuk Topik Cell Division (Mitosis dan Meiosis)

25

Lampiran 8

Ujian pasca