gambus sebagai seni warisan yang perlu dipelihara sebagai... · 2017. 12. 8. · ii penghargaan...

24
GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA NURNABILLA BINTI ROSLI 27771 Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2013

Upload: others

Post on 23-Aug-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU

DIPELIHARA

NURNABILLA BINTI ROSLI

27771

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

2013

Page 2: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA

NURNABILLA BINTI ROSLI

27771

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2013

Page 3: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA.

SESI PENGAJIAN : 2012 / 2013

Saya NURNABILLA BINTI ROSLI mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di

Pusat Khidmat Maklumat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat syarat kegunaan

seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat

5. salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajiantinggi.

6. *sila tandakan

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

_________________________ __________________________

(Tandatangan Penulis) (Tandatangan Penyelia)

Tarikh : ___________________ Tarikh : ___________________

Alamat tetap:

No.24, Kampung Baru,

Teluk Ramunia,

81620 Pengerang,

Johor Darul Takzim.

Catatan:* Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/Laporan ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti

termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI

1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)

Page 4: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

I

PENGAKUAN

Projek bertajuk Gambus sebagai seni warisan yang perlu dipelihara telah

disediakan oleh Nurnabilla Binti Rosli dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni

Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni

Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

_____________________________

(Profesor Dr. Hashim Bin Awang)

Tarikh:

____________________________

Page 5: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

II

PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dengan kuasa, limpah dan kurnia

serta keizinannya dapat saya menyiapkan penyelidikan tahun akhir yang bertajuk

Gambus sebagai seni warisan yang perlu dipelihara.

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya iaitu

Profesor Dr. Hashim Bin Awang yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu

menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang penyediaan kajian ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Rosli Bin Md.

Salleh dan Jarimah Binti Abdul Majid serta keluarga yang banyak membantu

memberi semangat serta sumber kewangan kepada saya sepanjang perlaksanaan

kajian. Doa dan semangat yang diberikan serta pengorbanan ini amat saya hargai dan

tidak akan pernah dilupakan.

Ucapan terima kasih kepada semua pensyarah Pengurusan Seni, Fakulti seni

Gunaan dan Kreatif . Rakan-rakan seperjuangan yang senantiasa memberi bantuan

sepanjang penyediaan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada informen dan responden

yang memberi kerjasama untuk di temuramah dan memberikan banyak maklumat

yang berguna bagi menyiapkan kajian ini.

Page 6: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

III

ABSTRAK

Kajian ini berkenaan dengan Gambus sebagai seni warisan yang kini semakin

dipinggirkan. Tujuannya untuk melihat kedudukan Gambus dalam kalangan

masyarakat disamping mengetahui kaedah untuk mengembalikan Gambus di tempat

yang setaraf dengan kedudukannya sebagai seni muzik tradisional khususnya di

daerah Batu Pahat. Hasil kajian mendapati bahawa pemeliharaan yang dilaksanakan

oleh agensi swasta dan kerajaan masih belum dapat membantu dalam memelihara

Gambus sepenuhnya. Penglibatan segelintir golongan seni dalam seni warisan

Gambus ini masih belum membantu mencapai tahap yang diingini.

Page 7: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

IV

ABSTRACT

This research is concerned with the Gambus as heritage and increasingly

marginalized. The purpose of this research is to see Gambus position in the

community as well as learn methods to restore the Gambus in place equivalent to its

position as the art of traditional music in particular in Batu Pahat. The research

found that maintenance performed by the private sector and government agencies

have yet to fully assist in preserving the Gambus. Some involvement in the artistic

heritage of the Gambus is yet help achieve the desired level.

Page 8: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

KANDUNGAN

BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN

PENGAKUAN I

PENGHARGAAN II

ABSTRAK III

ABSTRACT IV

ISI KANDUNGAN Muka Surat

SENARAI PETA

Peta 1: Peta Negeri Johor...................................................................................7

Peta 2 : Peta daerah Batu Pahat..........................................................................8

SENARAI JADUAL

Jadual 1 : Komponen Gambus dan jenis kayu yang digunakan.......................56

SENARAI RAJAH

Rajah 1 : Penyusunan topik dengan objektif kajian menggunakan kaedah

KJ Card (Kawakita Jiro)....................................................................35

Rajah 2 : Strategi Unit Seni Pengembangan Budaya (Muzik) Yayasan Warisan

Johor (YWJ)......................................................................................49

Page 9: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

Rajah 3 : Kaedah pemeliharaan yang dilaksanakan oleh pembuat Gambus....54

Rajah 4 : Pembaharuan yang dilaksanakan oleh pembuat Gambus di Batu

Pahat................................................................................................57

SENARAI GAMBAR

Gambar 1 : Gambus Hadramaut (Gambus Arab)............................................38

Gambar 2 : Gambar Melayu (Gambus Hijaz atau Seludang)..........................39

Gambar 3 : Motif Buluh pada lubang suara Gambus.......................................58

SENARAI CARTA

Carta 1: Jantina responden................................................................................62

Carta 2: Peringkat umur responden..................................................................62

Carta 3: Status responden.................................................................................63

Carta 4: Pekerjaan responden...........................................................................64

Carta 5: Bangsa responden...............................................................................64

Carta 6: Pengetahuan kewujudan alat muzik tradisional Gambus...................65

Carta 7: Mempelajari teknik pembuatan dan permainan alat muzik

tradisional Gambus.............................................................................66

Carta 8: Lokasi gambus....................................................................................67

Carta 9: Sokongan terhadap aktiviti pembuatan atau permainan alat muzik

tradisional Gambus...........................................................................67

Page 10: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

Carta 10:Pandangan terhadap pemeliharaan alat muzik tradisional Gambus

sebagi seni warisan negeri Johor......................................................68

Carta 11: Gambus merupakan seni warisan yang perlu dipelihara..................69

Carta 12: Pembelajaran teknik pembuatan dan permainan alat muzik

tradisional Gambus............................................................................70

Carta 13: Penglibatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan Perbadanan

Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Johor (PKKMCJ)

terhadap pemeliharaan alat muzik tradisional Gambus.....................71

Carta 14: Promosi terhadap alat muzik tradisional Gambus oleh pihak

kerajaan dan agensi swasta................................................................72

Carta 15:Penglibatan masyarakat dalam aktiviti pemeliharaan alat muzik

tradisional Gambus............................................................................73

Carta 16:Keaslian teknik dan kaedah pembuatan.............................................74

Carta 17:Memupuk minat dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam

kalangan generasi muda terhadap alat muzik tradisioal Gambus.....75

Carta 18:Pengiktirafan alat muzik tradisional oleh pihak UNESCO

membantu pemeliharaan alat muzik tradisional Gambus..................76

Page 11: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

BAB I : PENGENALAN

Pengenalan.........................................................................................................1

Latar belakang kajian........................................................................................1

Lokasi kajian.....................................................................................................6

Objektif kajian..................................................................................................9

Pemasalahan kajian...........................................................................................9

Kerangka konsep.............................................................................................10

Signifikan kajian..............................................................................................14

Rumusan.........................................................................................................15

BAB II : KUPASAN KEPUSTAKAAN

Pengenalan........................................................................................................16

Fungsi seni warisan dalam kalangan masyarakat.............................................16

Pemeliharaan seni warisan...............................................................................22

Kepentingan pemeliharaan seni warisan terhadap masyarakat........................25

Rumusan...........................................................................................................27

BAB III : METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan.......................................................................................................28

Kaedah yang digunakan

Pemerhatian..........................................................................................29

Temubual..............................................................................................30

Soalan kaji selidik.................................................................................32

Page 12: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

Rumusan..........................................................................................................33

BAB IV : ANALISIS DATA

Pengenalan.......................................................................................................34

Kaedah Kawakita Jiro.......................................................................................34

Penemuan

Dapatan kajian pemerhatian.................................................................36

Dapatan kajian borang soal selidik.......................................................61

Rumusan......................................................................................................... ..77

BAB V: PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

Pengenalan.......................................................................................................78

Perbincangan kajian..........................................................................................78

Cadangan..........................................................................................................79

Kesimpulan.......................................................................................................81

RUJUKAN......................................................................................................82

GLOSARI.......................................................................................................85

LAMPIRAN

Lampiran A: Senarai informen kajian..................................................86

Lampiran B : Gambar kerja lapangan...................................................90

Page 13: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

1

BAB I : PENGENALAN

Pengenalan

Usaha untuk memartabatkan kebudayaan dan kesenian dalam sesebuah

masyarakat perlu dilaksanakan secara menyeluruh. Seni muzik tradisional merupakan

salah satu bidang kesenian yang perlu dipandang tinggi walaupun segelintir pihak

yang tidak senang dengan kehadiran seni muzik tradisional kini. Pandangan negatif

yang akan membawa kepada kehilangan seni warisan Melayu itu perlu ‘dipatahkan’

agar tidak menular secara berterusan sehingga kepada generasi akan datang.

Hakikatnya, masyarakat perlu sedar tentang kepentingan dan memahami peranan

muzik tradisional dalam kehidupan. Sifat skeptikal dalam kalangan masyarakat

terhadap kesenian itu sendiri perlu dibuang daripada pemikiran. Oleh itu, pengkaji

akan mengupas beberapa isu berkenaan kajian ini iaitu berkenaan dengan identiti,

kepentingan, dan strategi dan kaedah yang dilaksanakan terhadap pemeliharaan seni

warisan Gambus.

Latar belakang kajian

Seni merupakan salah satu isi daripada kebudayaan yang dapat menjadi

gagasan dan tindakan bagi kesenian dalam sesebuah masyarakat. Keunikan dan

kepelbagaian tradisi ini menjadi identiti dalam masyarakat Melayu. Oleh itu,

Page 14: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

2

masyarakat Melayu amat menitikberatkan kelangsungan seni warisan yang semakin

dipinggirkan kini. Kepelbagaian seni warisan ini dapat dilihat apabila setiap negeri

mempunyai seni warisan yang tersendiri. Hal ini terbukti apabila memperkatakan

tentang seni tarian Zapin, Ghazal dan Gambus, masyarakat akan terus merujuk kepada

negeri Johor. Secara tidak langsung, hal ini menjadi perlambangan terhadap seni

warisan masyarakat Melayu di Johor.

Terletak di selatan Semenanjung Malaysia dengan keluasan hampir 7330 batu

persegi dan kedudukannya yang strategi di Selat Melaka menyebabkan perkembangan

kebudayaan dan kesenian berlaku secara meluas di Johor. Perkembangan kesenian

dan kebudayaan ini terjadi apabila berlaku pertembungan antara budaya tempatan

dengan budaya luar seperti dari India, China dan Arab. Hal ini terbukti apabila

pemilihan nama Johor itu sendiri membuktikan kesan kedatangan pengaruh luar.

Perletakan asal usul nama Johor adalah daripadaperkataanArab iaitu Jauhar yang

bermaksud permata berharga. Hal ini membuktikan bahawa kedatangan saudagar dari

Tanah Arab yang menjalankan aktiviti perdagangan disamping berdakwah telah

memberi kesan di negeri Johor. Kedatangan saudagar tersebut bukan sahaja memberi

kesan dari segi amalan dan kepercayaan, tetapi turut mempengaruhi aktiviti

kebudayaan dan kesenian harian masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan yang

berminat dengan kebudayaan dan kesenian yang dibawa oleh pedagang akan

mempelajarinya dan kemudiannya diadaptasikan dengan budaya tempatan

(http://www.johordt.gov.my).

Kewujudan pelbagai pertembungan kebudayaan dan kesenian terbukti apabila

setiap daerah di Johor mempunyai seni warisan tersendiri. Batu Pahat merupakan

salah satu daerah yang mempunyai pelbagai kebudayaan dan kesenian antaranya dari

Page 15: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

3

Tanah Jawa seperti Kuda Kepang dan Barongan dipersembahkan dan hingga kini seni

warisan ini dipraktikkan. Walaubagaimanapun, terdapat juga unsur kesenian lain

seperti dari Tanah Arab iaitu tarian Gambus Samrah, tarian Zapin atau Zafe dengan

iringan rentak Gambus. Kemudian, unsur tersebut diolah agar selari dengan budaya

mayarakat tempatan.Pengolahan tersebut memberi satu nafas baru terhadap

perkembangan kebudayaan dan kesenian yang diaplikasikan dalam kehidupan

masyarakat Melayu di Batu Pahat. Gambus menjadi salah satu alat muzik tradisional

yang mengalami proses pengadaptasian daripada budaya Arab kepada budaya

setempat. Walaubagimanapun, perubahan yang dilakukan terhadap alat muzik

tradisional Gambus ini tidak menjejaskan kecirian asal Gambus yang dibawa dari

Hadramaut dan Hijaz. Hal ini terbukti apabila bentuk Gambus dari Hadramaut dengan

Gambus dari Johor tidak banyak perbezaan dari segi rupa dan struktur.

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit pembaharuan dari segi permainan Gambus iaitu

pengolahan lagu dalam petikan Gambus kini mengikut citarasa setempat.

Dari sudut warisan pula, alat muzik tradisional Gambus ini merupakan salah

satu warisan tidak ketara. Gambus amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu

terutamanya di Johor. Walaubagaimanapun, alat muzik ini turut mendapat perhatian

masyarakat Melayu di Kedah, Sabah dan Brunei Darussalam (Rohasliza:2005).

Gambus adalah sejenis kecapi Arab yang bertali enam dan dimainkan dengan iringan

gendang. Gambus ini dikenali sebagai Gambus Hijaz atau Gambus Melayu. Manakala

Gambus Hadramaut atau Gambus Arab pula dikenali sebagai sejenis gitar bertali

enam dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separa bulat. Tali gitar

diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik menggunakan kuku tenggiling.

Badan bagi Gambus Hijaz atau Gambus Melayu diukir dari sebatang kayu nangka

Page 16: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

4

yang berongga pada bahagian dalam. Pada bahagian leher ditutup menggunakan

sekeping kayu nipis dan permukaan badan dilitupi menggunakan kulit kambing atau

kulit biawak. Gambus dalam bahasa Arab disebut sebagai Ud, Qanbus dan Barbat

(Hillarian:2004).Di Eropah pula Gambus dikenali sebagai Lute iaitu sejenis alat

muzik yang berleher pendek. Gambus merupakan sejenis alat muzik dalam kategori

kordofon dan badannya berbentuk separuh buah pear yang lebar lebih kurang 14.5

inci.Mohd. Ghazali(1995) bersandarkan Baker, Richard (1975) :

“Sepertimana yang tidak boleh diperkatakan oleh sesiapapun, bagaimanakah asal usul

dan bilamanakan muzik itu bermula. Begitu juga, sukar bagi kita untuk menghitung

satu persatu dari kesemua alat-alat muzik yang didapati begitu berbeza yang terdapat

di seluruh dunia”.

Petikan ini menunjukkan bahawa, sejarah asal usul perkembangan alat muzik

tradisional Gambus isukar ditentukan. Pelbagai pendapat telah diajukan oleh ahli

ilmuwan dari seluruh dunia berkaitan dengan sejarah kedatangan gambus ke Tanah

Melayu. Gambus berasal dari timur tengah dan telah dibawa oleh pedagang Arab ke

Tanah Melayu pada abad ke-12. Walaubagaimanapun ada pendapat lain yang

menyatakan bahawa kedatangan Gambus adalah dari Tanah Arab ketika penyebaran

agama Islam di Melaka pada abad ke-15 (Anis:1993).

Gambus Samrah ini berasal dari satu kesenian tradisi masyarakat Arab yang

dibawa dari Hadhramaut oleh para pedagang Arab pada abad ke-19. Kesenian ini

dibawa dari Kepulauan Indonesia seperti di Surabaya dan Betawi dan kemudiannya

mula berkembang ke Singapura dan negeri Johor pada awal abad ke-20. Sekitar tahun

Page 17: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

5

1920-an, beberapa orang tokoh Gambus telah memperkenalkan dan mengembangkan

seni ini di Singapura. Antaranya ialah Tuan Syed Abdullah Al-Habsyi, Tuan Syed Ali

Abdul Rahman Al Syagof dan dan Husin bin Omar Bakshin. Bukan itu sahaja, para

pedagang dari Arab dan Parsi telah datang ke Kepulauan Melayu pada abad ke-9.

Kedatangan pedagang tersebut telah membawa ud atau gambus sebagai alat untuk

menghiburkan diri ketika berada dalam pelayaran yang panjang. Kemudian, apabila

para pedagang tersebut berlabuh di Kepulauan Melayu, mereka memperkenalkan alat

muzik tersebut kepada masyarakat tempatan (Hilarian:2004).

Kedatangan para pedagang dari Arab yang membawa Gambus terbukti apabila

Gambus dibawa masuk bersama-sama kedatangan Islam ke alam Melayu Nusantara

pada abad ke-14 atau lebih awal (Mohd. Ghazali:1995). Para pedagang dari Timur

Tengah pada era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka telah membawa budaya

mereka dan memperkenalkannya kepada masyarakat di Tanah Melayu.

Walaubagaimanapun, alat muzik tersebut telah diubah suai dari segi teknik

pembuatan, ukiran dan irama mengikut budaya setempat (Hillarian:2004). Hal ini

terbukti melalui petikan gambus yang diolah mengikut irama kesenian tempatan iaitu

untuk lagu ghazal, petikan gambus tidak menggunakan bunga-bunga berbentuk Arab

jika tidak memainkan lagu berirama Arab.

Petikan Gambus boleh dimainkan sama ada secara individu atau dimainkan

bersama alat muzik yang lain seperti biola, akordian, dan gendang. Alat muzik ini

diiringi dengan nyanyian yang terdiri daripada bain-bait pantun berunsurkan agama

Islam dan unsur nasihat. Ketika mengiringi penyanyi, Gambus turut diiringi dengan

alat muzik lain seperti Marwas dan Tabla untuk memperindah lagi lagu dan nyanyian.

Kemerduan alunan petikan Gambus mampu memukau para pendengar. Gambus

lazimnya dimainkan untuk tujuan hiburan persendirian. Selain itu, gambus juga sering

Page 18: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

6

dimainkan dalam muzik Ghazal dan irama tarian tradisional terutamanya rentak

Zapin, tari Samrah dan Joget. Permainan Gambus ini juga amat sinonim dengan tarian

Zapin. Irama petikan Gambus dalam rentak Zapin dimainkan mengikut tempo dalam

sesebuah lagu (Hilarian: 2004). Antara lagu zapin yang selalu mengiringi tarian Zapin

iaitu Gambus Jodoh, Gambus Palembang dan Gambus Nahar .

Lokasi kajian

Kajian dilaksanakan di negeri Johor yang terletak di selatan semenanjung

Malaysia. Terdapat sembilan daerah di negeri Johor termasuk daerah Batu Pahat

(http://www.johordt.gov.my). Pelbagai kebudayaan dan kesenian yang terdapat di

Batu Pahat menarik hati pengkaji untuk melaksanakan kajian di Batu Pahat. Oleh itu,

kajian telah laksanakan secara terperinci di sekitar daerah Batu Pahat Johor. Batu

Pahat terletak diantara daerah Muar, Segamat, Kluang dan Pontian. Jika dari arah

Johor Bahru, perjalanan untuk sampai ke lokasi kajian iaitu di Parit Yaani mengambil

masa sekitar dua jam. Manakala perjalanan untuk ke Senggarang mengambil masa

sekitar dua jam setengah. Berdasarkan laman rasmi Kerajaan Tempatan daerah Batu

Pahat, perletakan nama Batu Pahat diambil sempena sebuah perigi yang dipahat oleh

tentera Siam ketika dalam perjalanan untuk menyerang Kesultanan Melayu Melaka

pada tahun 1456. Perigi ini masih wujud sehingga kini dan terletak di Kuala Sungai

Batu Pahat iaitu di Kampung Minyak Beku. Kajian ini dijalankan disekitar daerah

Batu Pahat iaitu di bahagian Senggarang dan di bahagian Parit Yaani. Di Senggarang,

pengkaji telah menjalankan kajian lapangan di rumah dan bengkel dua orang

pengusaha atau pembuat Gambus iaitu di Parit Hailam dan Kampung Rahmat.

Page 19: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

7

Manakala di Parit Yaani, pengkaji melakukan kajian di rumah penggiat seni Gambus

iaitu di Parit Andin (http://www.mpbp.gov.my).

Peta 1 : Peta negeri Johor

Sumber : http://pkmdbatupahat.files.wordpress.com

Page 20: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

8

Petunjuk :

Kampung Parit Andin, Parit Yaani.

Kampung Parit Hailam dan Kampung Rahmat, Senggarang.

Peta 2 : Peta Daerah Batu Pahat

Sumber : http://razlismkpj.blogspot.com

1

2

1

2

Page 21: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

9

Objektif kajian

Kajian ini menjelaskan tentang pemeliharaan Gambus di Daerah Batu Pahat,

Johor, Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan

cawangan Johor (PKKMCJ). Tiga objektif khusus iaitu 1) Mengenalpasti seni warisan

Gambus sebagai simbol kesenian Melayu Johor; 2) Meneliti kemungkinan

kepentingan pemeliharaan seni warisan Gambus; 3) Mengenalpasti strategi atau

kaedah yang dilaksanakan oleh pihak yang terlibat terhadap pemeliharaan seni

warisan Gambus.

Permasalahan kajian

Pengaruh muzik Barat yang bermula pada pertengahan abad ke-20 sedikit

sebanyak telah menjejaskan perkembangan seni muzik tradisional terutamanya dalam

kalangan generasi muda. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, kemasukan alat

muzik seperti gitar menyebabkan pengaruh dari Barat semakin berkembang. Sedikit

demi sedikit, muzik tradisional mengalami kemerosotan dan jika hal ini berterusan

akan menyebabkan berlakunya kepupusan warisan seni muzik tradisional.

Antara persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini iaitu 1) Mengapa

perlunya gambus dipelihara? Pengkaji cuba mengupas kepentingan pemeliharaan

terhadap alat muzik tradisional yang dianggap ketinggalan zaman tersebut

berdasarkan data dan maklumat yang akan diperoleh; 2) Apakah strategi pemeliharaan

yang dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terlibat terhadap seni warisan Gambus?; 3)

Apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk memelihara Gambus?

Page 22: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

10

Kerangka konsep

Syed Zainol (1994) bersandarkan Burar Charter, pemeliharaan (conservation)

merupakan istilah umum iaitu keseluruhan proses yang terlibat untuk menjaga sesuatu

bagi tujuan memelihara kepentingan budaya. Tindakan tersebut termasuk proses

perawatan dan mengikut keadaan tertentu iaitu pengekalan, pemulihan, pembangunan

semula dan penyesuai guna. Syed Zainol (1994) menyimpulkan bahawa pemeliharaan

yang sebenar adalah dikaitkan dengan pengekalan. Empat bentuk utama dalam

aktiviti atau kerja pemeliharaan iaitu baik pulih, pemeliharaan, pembinaan semula dan

pemuliharaan (Abdul Aziz:2011).

Berdasarkan Enakmen Pemeliharaan dan pemugaran Warisan Budaya Negeri

Melaka 1988 pemeliharaan ialah penyelenggaraan warisan budaya atau kawasan

pemugaran dalam bentuk semasa dan menghalang keusangan. Warisan budaya

dimaksudkan kepada benda purba, benda sejarah, tapak-tapak bersejarah, fabrik,

bangunan, bahan tenunan bangsa, karya seni dan lain-lain yang mempunyai

kepentingan dan keistimewaan seni bina, estetika, sejarah, kebudayaan, saintifik,

ekonomi dan lain-lain kepentingan dan nilai (Syed Zainol:1994).

Pemeliharaan warisan pula adalah satu nilai dan budaya yang harus diterap

dan dipraktikkan (Abdul Aziz:2011) Berdasarkan petikan tersebut, pengkaji

berpendapat bahawa proses pemeliharaan amat penting untuk memastikan kelestarian

kebudayaan dan kesenian negara. Pemeliharaan warisan ini perlu diterap dan

dipraktikkan dalam diri generasi muda sejak kecil. Pepatah Melayu ada mengatakan

bahawa, jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini perlu diterap dan

dipraktikkan bukan sahaja untuk kawasan tertentu tetapi untuk masyarakat.

Page 23: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

11

Kajian ini berdasarkan pendekatan pemeliharaan yang dijadikan panduan bagi

mengkaji Gambus sebagai seni warisan yang perlu dipelihara. Terdapat empat jenis

pemeliharaan telah dikenalpasti. Pertama, preventive maintenance iaitu sesuatu

kegiatan pemeliharaan yang dilakukan untuk mencegah dari timbul kerosakan yang

tidak dijangka dan kerosakan yang berlaku ketika digunakan. Kedua, corrective

maintenance iaitu pemeliharaan yang dilaksanakan setelah terjadi kerosakan atau

kecederaan pada peralatan sehingga tidak dapat berfungsi dengan baik. Ketiga,

improve maintenance iaitu pemeliharaan secara berperingkat untuk memastikan

keadaan sesuatu produk yang dipelihara tidak mengalami kerosakan atau tidak diubah

suai dan sentiasa mengekalkan keasliannya. Keempat, breakdown maintenance iaitu

pemeliharaan yang hanya boleh dilakukan apabila sesuatu produk harus diperbaiki

atau tidak boleh digunakan lagi (http://masgungun.blogspot.com).

Berdasarkan pengamatan pengkaji pemeliharaan yang dilaksanakan oleh pihak

yang terlibat terhadap seni warisan Gambus iaitu improve maintenance. Hal ini

kerana, pemeliharaan terhadap seni warisan Gambus adalah secara berperingkat dan

masih mengekalkan keaslian dari segi teknik dan kaedah pembuatan, bahan yang

digunakan dalam pembuatan Gambus dan permainan Gambus. Walaubagaimanapun,

berlaku sedikit pembaharuan dalam beberapa aspek tetapi tidak menjejaskan keaslian

struktur dan kecirian Gambus.

Definisi terhadap alat muzik tradisional Gambus tidak dapat ditentukan

kebenarannya. Hal tersebut sukar dilaksanakan kerana terdapat perbezaan geografi

seperti Lute bagi masyarakat Cina disebut sebagai Pipa iaitu pear-shaped fretted lute.

It helh upright and played with fingers picks attached to the righthand fingers

(Lau:2008). Di Sabah pula, Gambus dikenali sebagai plucked lute yang berasal dari

Page 24: GAMBUS SEBAGAI SENI WARISAN YANG PERLU DIPELIHARA sebagai... · 2017. 12. 8. · II PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh. Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana

12

Arab yang dijumpai dikawasan komuniti Islam seperti di Brunei dan Tidong

(Jacqueline:2004). Manakala Matusky dan Beng (2004) memberi definisi Gambus :

“Gambus short, fretless neck and wooden, pear-shaped body (rounded at the

back) carry five to eight strings in double courses and a single high strings”.

Istilah Gambus dalam Bahasa Arab pula dikenali sebagai al-Ud iaitu kayu.

Manakala dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai Lute. Lute yang berleher pendek ini

merupakan ancestorkepada gitar akustik masa kini (Rohaiza:2005).Gambus tergolong

dalam kumpulan muzik kordofon (Ghouse:2007). Dua jenis alat muzik tradisional

Gambus yang sering dimainkan iaitu Gambus Hadramaut dan Gambus Hijaz.

Mohd. Ghazali (1995), mengklasifikasikan perkembangan alat muzik

tradisional masyarakat Melayu dari dua perspektif iaitu adaptional dan idiosyncratic.

Adaptional terdiri daripada alat muzik yang bersifat seni berorganik dari jenis

ketukan, paluan, tiupan dan gesekan. Perspektif ini membawa kepada berlaku

perubahan, pertambahan dan perkembangan terhadap alat muzik tersebut seperti

serunai Kelantan. Berdasarkan perspektif adaptional kebiasaannya alat muzik yang

dibawa dari luar akan berubah mengikut budaya setempat dari segi suara, nadamuzik

dan perhiasan seperti ukiran atau pembuatan.

Berbeza dengan perspektif idiosyncreatic berkaitan dengan persoalan tentang

kestabilan dari segi unsur dan bentuk asal alat muzik tersebut samaada masih

mengekalkan keasliannya ataupun telah diubah. Antara muzik sinkretik Melayu

tradisi iaitu Ghazal dan Gambus atau Gambus Hadramaut. Gambus Hadramaut adalah

alat muzik yang terdiri daripada muzik sinkretik kerana tiada perubahan yang

dilakukan terhadap Gambus samaada dari segi pembuatan dan permainannya.