universiti teknologi malaysia borang pengesahan … filesyukur kehadrat ilahi dengan limpah...

22
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 TERHADAP KEMAHIRAN GENERIK DI UTM SKUDAI, JOHOR. SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya: NORATNA BINTI MOHAMMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5. *Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 6572, KG. GONG SEKOLAH, DR. NORANI BINTI MOHD NOOR (NAMA PENYELIA) MENGABANG TELIPOT, 21030 KUALA TERENGGANU. Tarikh : 20 APRIL 2009 Tarikh : 20 APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Upload: vobao

Post on 11-Apr-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 TERHADAP KEMAHIRAN GENERIK DI UTM SKUDAI, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: NORATNA BINTI MOHAMMAD

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5. *Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 6572, KG. GONG SEKOLAH, DR. NORANI BINTI MOHD NOOR (NAMA PENYELIA) MENGABANG TELIPOT,

21030 KUALA TERENGGANU.

Tarikh : 20 APRIL 2009 Tarikh : 20 APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrikal)”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia: DR. NORANI BINTI MOHD NOOR

Tarikh : 20 APRIL 2009

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 TERHADAP KEMAHIRAN GENERIK DI UTM SKUDAI, JOHOR

NORATNA BINTI MOHAMMAD

Laporan Projek Sarjana Muda ini dikemukakan sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

Elektrikal)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil nukilan saya sendiri dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penulis : NORATNA BINTI MOHAMMAD

Tarikh : …………………………....

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

iii

DEDIKASI

Teristimewa untuk insan-insan tersayang:

Ma dan Keluarga.....

Saya telah mencapai impian yang ma dan keluarga harapkan

Berkat dari doa-doa ma dan seisi keluarga

Segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan akan saya kenang hingga ke

akhir hayat.......

Buat kawan-kawan yang banyak membantu.......

warga 3 SPE serta semua yang terlibat.......

Dan tidak lupa jua buat insan tercinta lynn.....

Yang setia berada disisi tidak mengira masa.......

Dikau akan senantiasa tersemat di hati ini buat selamanya.....

Terima kasih kepada semua.....

.......di atas pengertian dan dorongan yang diberikan kepada saya.

Kejayaan ini adalah milik kita bersama.......

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

iv

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Terlebih dahulu, penulis ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada

Dr. Norani Binti Mad Nor selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Beliau telah

banyak memberikan bimbingan, nasihat, dorongan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh

penyeliaan dan penyiapan projek ini. Jasanya yang tidak terhingga akan tetap dikenang.

Di samping itu, ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah Fakulti

Pendidikan yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan projek sarjana

muda ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada staf-staf UTM amnya dan staf-staf

Fakulti Pendidikan khususnya dalam memberikan kerjasama kepada penulis dalam

memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam menjayakan projek ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih ingin penulis lontarkan kepada seluruh ahli

keluarga tercinta kerana tidak pernah jemu memberikan sokongan dan kasih sayang serta

rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak menghulurkan bantuan dalam menyiapkan

projek sarjana muda ini.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

v

ABSTRAK

Terdapat tujuh kemahiran generik yang telah diterapkan di UTM iaitu

Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah,

Kemahiran Kerja Berpasukan, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat,

Kemahiran Keusahawanan, Etika dan Integriti serta Kemahiran Kepimpinan dan

Proaktif. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar

terhadap kepentingan kemahiran generik, mengenalpasti penerapan yang berlaku semasa

proses pengajaran dan pembelajaran dan mengenalpasti langkah-langkah yang diambil

oleh pelajar dalam menguasai kemahiran generik. Sampel yang dipilih oleh pengkaji

adalah pelajar-pelajar tahun empat jurusan Elektrik, Awam dan Jentera di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bahru, Johor iaitu

seramai 51 orang. Data diperoleh menggunakan kaedah soal selidik dan dianalisis

menggunakan SPSS 15.0 secara statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian mendapati,

majoriti pelajar menyatakan bahawa kemahiran generik adalah penting dalam diri setiap

individu terutamanya kemahiran komunikasi, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan

Maklumat, Kemahiran Kerja Berpasukan serta Etika dan Integriti. Hasil kajian juga

mendapati bahawa majoriti pelajar bersetuju dengan kaedah penerapan yang telah

dilakukan oleh pensyarah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya sesi

perbincangan dalam kelas dan membentuk dan membuat tugasan secara berkumpulan.

Selain itu, kajian ini juga mendapati majoriti pelajar telah mengambil langkah yang

proaktif dalam menguasai kemahiran ini seperti melayari internet dalam menambah

pengetahuan dan menghantar tugasan sebelum tamat tempoh yang telah ditetapkan.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

v

ABSTRACT

There were seven generic skills that have been inscribed in UTM such as

Communicative Skills, Critical Thinking & Problem Solving Skills, Teamwork,

Information Management & Lifelong Learning Skills, Entrepreneurship Skills, Ethics &

Integrity and Leadership Skills & Proactive. The objective of this study are to identify

student's perception on generic skill interest, identify their application which occurred

during teaching and learning process and identify step that have been taken by student to

mastered generic skills. Samples that have been use by researcher are year four students

of Electrical Engineering, Civil Engineering and Mechanical Engineering in faculty of

education, University Technology Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bahru, Johor as many

as 51 students. Data have been collected using questionnaire and have been analyzed

using SPSS 15.0 as descriptive statistics. Retrieval result study founded that, majority of

students states that generic skills would be vital in each self individual especially

communication skill, Teamwork, Information Management & Lifelong Learning Skills

and Ethics & Integrity. Survey results also found that majority of students application by

way has been committed by current lecturer education session and learning especially in

class discussion session and form and make assignment collectively. Apart from that,

this study also found that majority of the students has taken proactive move in mastered

skills this is as surf inside internet augment knowledge and send assignment before

expiry has been set.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Penyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Soalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Terminologi Kajian 9

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

viii

1.7.1 Persepsi 9

1.7.2 Kemahiran generik 9

1.7.3 Pelajar 10

2 SOROTAN KAJIAN 11

2.0 Pengenalan 11

2.1 Kemahiran Generik 11

2.2 Model Kemahiran Generik 13

2.3 Kepentingan Kemahiran Generik 16

2.4 Kemahiran Generik Dalam Pendidikan 19

2.4.1 Faktor-Faktor Kemahiran Generik 21

Tidak Diterapkan

2.5 Kemahiran Generik Di UTM 22

2.6 Pelaksanaan Dan Penerapan Kemahiran 25

Generik Di UTM

2.6.1 Kemahiran Komunikasi 27

(Communication Skills)

2.6.2 Pemikiran Kritis dan Kemahiran 27

Penyelesaian Masalah (Critical

Thinking and Problem Solving Skills)

2.6.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 28

(Teamworking Skills)

2.6.4 Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran 28

sepanjang hayat (Information

Management and Lifelong Learning Skills)

2.6.5 Kemahiran Keusahawanan 29

(Entrepreneurship Skills)

2.6.6 Etika dan Integriti (Ethics and Integrity) 29

2.6.7 Kemahiran Kepimpinan dan Proaktif 30

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

ix

(Leadership Skills and Proactiveness)

2.7 Kesimpulan 30

3 METODOLOGI KAJIAN 31

3.0 Pengenalan 31

3.1 Rekabentuk Kajian 31

3.2 Lokasi Kajian 33

3.3 Sampel Kajian 34

3.4 Instrumen Kajian 34

3.5 Penganalisisan Data 35

3.6 Kesimpulan 36

4 ANALISIS KAJIAN 37

4.0 Pengenalan 37

4.1 Pembahagian Analisis Data 38

4.2 Latar Belakang Pelajar 38

4.2.1 Jantina Responden 39

4.2.2 Umur Responden 39

4.2.3 Kaum Respoden 40

4.2.4 Kursus Responden 41

4.3 Kepentingan Kemahiran Generik 42

4.4 Penerapan Kemahiran Generik 46

4.5 Langkah-langkah Untuk Menguasai 48

Kemahiran Generik

4.6 Kesimpulan 51

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

x

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 53

5.0 Pengenalan 53

5.1 Rumusan 54

5.2 Perbincangan 55

5.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap 56

Kepentingan Kemahiran Generik

5.2.2 Penerapan Kemahiran Generik Yang 60

Berlaku Dalam Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran

5.2.3 Langkah-Langkah Yang Diambil 64

Oleh Pelajar Dalam Menguasai

Kemahiran Generik

5.3 Cadangan 68

5.3.1 Cadangan Penambahbaikan 69

Penerapan Kemahiran Generik

5.3.2 Cadangan Kajian Akan Datang 69

5.4 Kesimpulan 70

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.2 Kemahiran Generik Mengikut Permintaan 17

Industri

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan 44

Terhadap Kepentingan Kemahiran Generik

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Terhadap 47

Penerapan Kemahiran Generik

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Terhadap 49

Langkah-Langkah Untuk Menguasai

Kemahiran Generik

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Peruntukan Kursus 14

2.2 Kelompok Kunci Kemahiran Generik 15

2.3 Model Kecekapan Penyatuan Bangsa 16

2.4 Pedagogi Yang Terlibat (Pedagogy), Cara Ianya 24

Diuruskan (Management) Dan Pengetahuan Yang

Akan Diterapkan (Knowledge Providers).

2.5 Lima Komponen Utama Dalam Pembangunan 25

E-Learning.

3.1 Carta Aliran Pelaksanaan Kajian 32

3.2 Perwakilan Nombor Skala Dan Tahap 35

Kepentingan

3.3 Perwakilan Nombor Skala Dan Tahap 35

Persetujuan

4.1 Jadual Dan Carta Pai Jantina Responden 39

4.2 Jadual Dan Carta Pai Umur Reponden 40

4.3 Jadual Dan Carta Pai Kaum Responden 41

4.4 Jadual Dan Carta Pai Kursus Responden 42

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

xiii

SENARAI SINGKATAN

CTL - Centre for Teaching and Learning

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Jentera)

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Di era globalisasi kini, pekerja bukan sahaja perlu mempunyai segulung ijazah

atau diploma mahupun sijil, akan tetapi kemahiran-kemahiran lain seperti komunikasi,

proaktif, berfikiran kritis dan lain-lain juga diambilkira. Hanya mereka yang berdaya

saing tinggi, kreatif, inovatif, pandai berkomunikasi dan berdisiplin dengan diiringi

kemahiran profesionallisme dan kompetensi sahaja yang akan mampu bersaing dan

mendapat tempat di alam pekerjaan nanti.

Masalah pengangguran di kalangan graduan universiti bukan lagi merupakan

sesuatu yang dianggap janggal dewasa ini. Ianya sering dibincangkan sama ada di

peringkat Kementerian, Universiti malah ianya juga merupakan suatu isu yang sering

mendapat perhatian pihak media dan juga masyarakat umum. Salah satu isu yang

dikatakan merupakan faktor penyebab ialah disebabkan kekurangan dan kelemahan

(kemahiran) graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri.

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

2

Kemahiran yang dimaksudkan adalah kemahiran asas dan kemahiran khusus.

Menurut Nurhafizah Abd. Aziz (2007), kemahiran asas termasuklah kemahiran

komunikasi dan kemahiran berfikir secara rasional. Manakala kemahiran khusus

meliputi dua kemahiran iaitu kemahiran akademik dan vokasional. Graduan yang

berpendidikan tinggi berserta berkemahiran dalam pelbagai bidang disamping berbudaya

maju, peka pada aspirasi Negara, dinamik serta produktif dan proaktif tentunya akan

mendapat keutamaan dalam memperoleh pekerjaan bagi sama-sama menjana

pembangunan Negara.

Dalam era globalisasi dan ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau

knowledge-based economy yang sedang kita lalui ketika ini, para pelajar diingatkan

supaya memahami dan menghayati konsep pengajian sepanjang hayat. Di zaman ini,

konsep di mana sebidang sijil kelulusan boleh menjamin seseorang itu untuk

mendapatkan pekerjaan mungkin tidak lagi relevan. Apa yang diperlukan ketika ini

adalah pekerja-pekerja yang versatile atau serba boleh yang mempunyai kemahiran-

kemahiran generik dan tambahan yang tidak hanya terbatas kepada bidang

pengkhususannya sahaja (Berakas, Isnin, 9 Januari 2006).

Garis panduan tentang pengintegrasian kemahiran sudah pun dibuat dalam

kurikulum kebangsaan. Ia merangkumi pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran

(P&P), strategi penjanaan minda kritis dan kreatif, pengintegrasian teknologi maklumat

dan komunikasi dalam pengajaran serta pelbagai kaedah dalam pemupukan nilai-nilai

murni yang merangkumi semangat patriotik. Kita tidak mahu melahirkan pelajar hanya

bersifat ulat buku tetapi perlu melahirkan pelajar yang diumpamakan akar pokok yang

sentiasa menjalar meniti zaman bagi mengukuhkan pohon tersebut. Potensi individu

mampu dikembangkan secara berterusan melalui aktiviti kurikulum mahu pun

kokurikulum (Ismail Zain, 2007).

Sesuatu aktiviti pembelajaran sama ada dalam bentuk kurikulum atau

kokurikulum perlu mempunyai unsur pengintegrasian seperti berikut yang merangkumi

aspek ilmu dan kemahiran seperti perkembangan ilmu yang merangkumi teori, prinsip,

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

3

konsep terhadap sesuatu topik pembelajaran. Selain itu, perkembangan kemahiran

belajar dalam proses penimbaan ilmu, guru harus menggalakkan penggunaan pelbagai

strategi, kaedah yang merangkumi kemampuan menggunakan alat berfikir (thinking

tools) dalam menganalisis atau mentafsir yang membawa kepada penyelesaian sesuatu

masalah serta aplikasi pelbagai mod pengintegrasian teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK) dalam proses mengakses atau memproses maklumat. Perkembangan

kemahiran generik melalui beberapa langkah atau prosedur, sesuatu aktiviti pelajar juga

mampu membina sahsiah seperti keyakinan diri, toleransi, pengurusan masa,

bekerjasama, sayang menyayangi yang membawa ke arah menghargai nilai kehidupan.

Inilah modal yang perlu dimiliki oleh setiap insan dalam kehidupan yang serba

mencabar (Ismail Zain, 2007).

1.1 Latar Belakang Masalah

Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, sosio ekonomi serta

politik dunia adalah di antara faktor yang merubah bentuk dan tahap kemahiran yang

diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Zaman Teknologi Maklumat ini bertambah sukar

untuk diramalkan jenis dan bentuk pekerjaan yang akan wujud pada masa depan dengan

tepat.

Adalah menjadi matlamat kerajaan Malaysia untuk mencapai status sebagai

sebuah negara yang maju pada tahun 2020. Untuk ini, peningkatan dari teknologi

berasaskan proses yang mudah kepada teknologi yang lebih canggih akan memerlukan

kepakaran 153,000 jurutera dan pembantu teknik yang amat berkebolehan. Jumlah

tenaga kepakaran dan pembantu teknik ini pernah dibincangkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia. Keperluan sumber manusia yang begitu banyak pasti memberi

cabaran yang besar kepada institusi-institusi yang berkaitan.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

4

Kementerian Sumber Manusia (2001) dalam Zainudin et al (2004) telah

menyatakan bahawa antara faktor-faktor graduan IPT tidak mendapat pekerjaan adalah

kerana mereka kekurangan kemahiran generik dari segi keperibadian, penampilan,

keyakinan diri, mahir berkomunikasi dan mampu membuat keputusan dengan pantas di

samping pengetahuan akedemik yang mantap.

Menurut Zulkifli (2004), pihak industri sekarang mengambil berat tentang

kemahiran generik yang dimiliki oleh pekerja dan terutamanya bakal pekerja yang akan

diambil bekerja. Antara kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri adalah

kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran membuat

keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, personaliti yang

berketerampilan dan berdisiplin juga antara ciri-ciri calon yang diingini oleh pihak

industri terutamanya.

Menurut Buletin pengajaran & pembelajaran, edisi 2, September (2004) pihak

institusi pengajian tinggi sering menekankan bahawa pelbagai usaha telah dijalankan

bagi memastikan program pendidikan yang dilaksanakan mampu menyediakan tenaga

mahir yang diperlukan oleh negara namun di pihak majikan pula menyatakan bahawa

kebanyakan graduan yang dikeluarkan gagal memenuhi keperluan seperti mana yang

diharapkan. Graduan tidak mampu berfikir secara kritikal, kurang kemahiran

menyelesaikan masalah, kurang kemahiran berkomunikasi dan kerja berkumpulan,

kurang kemahiran menggunakan kemudahan ICT dan lemah berbahasa Inggeris.

Bagi memenuhi keperluan industri, pihak institusi terutamanya Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil langkah proaktif dengan mengkaji masalah

pengangguran dan kekurangan kemahiran generik di kalangan graduan. Bagi mengatasi

masalah tersebut, kebanyakan institusi pengajian tinggi mula memfokuskan bukan lagi

kepada proses penyaluran pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengkhususan

semata-mata. Penerapan kemahiran generik yang diperlukan bagi membolehkan

seseorang graduan memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam dunia pekerjaan

yang sebenarnya juga mula diberi perhatian. Kemahiran generik seperti kemahiran

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

5

berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran

berkomunikasi, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan sebagainya merupakan ciri-

ciri yang amat perlu difahami, dikuasai dan seterusnya mampu diamalkan oleh setiap

graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi.

Buletin pengajaran & pembelajaran, Edisi 2, September (2004), perancangan dan

pembangunan program penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar telah mula

dirancang sejak beberapa tahun sebelum pelaksanaannya pada tahun 2004. Pengerusi

Lembaga Pengarah Universiti turut memberi penekanan serta menyokong setiap

program yang berkaitan dengan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar UTM.

Pejabat Pengajaran dan Pembelajaran diamanahkan oleh pihak universiti untuk

melaksanakan pelbagai program, bengkel, aktiviti dan sebagainya bagi memastikan

matlamat tersebut dapat dicapai. Program pembinaan atribut graduan UTM dan

penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar merupakan antara program yang telah

dijalankan bagi menyahut cabaran tersebut. Berdasarkan program tersebut juga, UTM

telah berjaya menyenaraikan atribut graduan UTM yang sewajarnya dicapai seperti

kemahiran berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, fleksibel

dan mampu menyesuaikan diri dan sebagainya.

Seterusnya, Buletin pengajaran & pembelajaran, Edisi 2, September (2004) ada

menyatakan bahawa bagi memastikan atribut graduan UTM yang telah ditetapkan itu

boleh dicapai, Pejabat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali lagi diberi amanah

untuk melaksanakan pelbagai bentuk program yang berkaitan. Antara faktor yang

diyakini memberi impak yang signifikan ialah dari aspek pendekatan atau strategi

pengajaran dan pembelajaran yang akan diamalkan. Antara program yang sedang giat

dilaksanakan ialah pembelajaran kooperatif dan pembelajaran berasaskan masalah.

Sebanyak empat siri bengkel yang berkaitan dengan pembelajaran berasaskan masalah

telah dilaksanakan bagi memberi maklumat, pendedahan dan seterusnya kemahiran

kepada golongan akademik dalam melaksanakan strategi pembelajaran berasaskan

masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap matapelajaran.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

6

Sehubungan dengan itu juga, Buletin pengajaran & pembelajaran, Edisi 2,

September (2004), bagi memastikan setiap pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh

dapat diamal serta disuburkan di setiap peringkat, Pejabat P&P turut mengambil inisiatif

dengan mewujudkan beberapa kumpulan sokongan di peringkat fakulti dan juga di

peringkat universiti bagi menggerakkan setiap aktiviti atau program yang berkaitan.

Antara kumpulan yang telah diwujudkan ialah kumpulan staf sumber penerapan

kemahiran generik, staf sumber pembelajaran berasaskan masalah di setiap fakulti dan

juga kumpulan sokongan pembelajaran kooperatif dan pembelajaran berasaskan masalah

(CL-PBL support group) di peringkat universiti. Di samping itu juga, beberapa kajian

atau tinjauan akan dilaksanakan bagi melihat sejauh mana kemahiran generik yang telah

dicapai oleh pelajar UTM yang bakal menamatkan pengajian mereka. Ini seterusnya

dapat memberi gambaran kepada UTM dan seterusnya membolehkan kita merancang

segala program yang dapat membantu memastikan graduan yang bakal dikeluarkan

mampu memenuhi keperluan negara seperti mana yang diharapkan.

1.2 Penyataan Masalah

Memandangkan program atribut graduan mula diterapkan oleh pihak universiti

pada pelajar bermula pada tahun 2004, ini telah menimbulkan minat pengkaji untuk

mengkaji persepsi pelajar terhadap kemahiran generik yang telah diterapkan di UTM

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … fileSyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan

7

1.3 Objektif Kajian

Untuk memenuhi keperluan kajian, terdapat beberapa objektif kajian yang telah

ditetapkan oleh pihak pengkaji sebagai panduan semasa kajian. Objektif kajian ini

adalah:-

i) Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik.

ii) Mengenalpasti penerapan kemahiran generik yang berlaku semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.

iii) Mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh pelajar dalam

menguasai kemahiran generik.

1.4 Soalan Kajian

Antara soalan-soalan kajian yang akan menjadi panduan dalam menjayakan

kajian ini adalah:-

i) Bagaimana persepsi pelajar tahun 4 terhadap kepentingan kemahiran

generik?

ii) Bagaimana persepsi pelajar tahun 4 terhadap penerapan kemahiran

generik di UTM?

iii) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pelajar tahun 4 dalam

menguasai kemahiran generik?