panduan permohonan visa staf bukan...

51
0 PANDUAN PERMOHONAN VISA STAF BUKAN WARGANEGARA Disediakan Oleh: Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UTM Kuala Lumpur 2015/2016

Upload: vodien

Post on 07-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

0

PANDUAN PERMOHONAN VISA STAF BUKAN WARGANEGARA Disediakan Oleh:

Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UTM Kuala Lumpur 2015/2016

1

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 2

2. JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA 3

3. JENIS-JENIS PERMOHONAN PAS 4

4. PAS PENGGAJIAN 5

5. I-PAS/I-KAD 8

6. PAS LAWATAN IKHTISAS 10

7. PAS KHAS 12

8. MENDAPATKAN BAKI PAS 15

9. MEMINDA PAS KE PASPORT BARU 17

10. MEMENDEKKAN PAS ATAU MEMBATALKAN PAS 19

11. LANJUTAN PAS PENGGAJIAN DAN TANGGUNGAN 21

12. LANJUTAN PAS LAWATAN IKHTISAS 24

13. VISA DENGAN RUJUKAN 27

14. TATACARA PERMOHONAN PERMIT MASUK/PR STAF AKADEMIK ANTARABANGSA

28

15. LAMPIRAN 33

16. FAQ 49

17. PENUTUP 50

2

PENDAHULUAN

Puji Syukur Kehadrat Tuhan Yang Maha Esa atas segala Limpahan Rahmat,

Inayah, Taufik dan Hidayahnya sehingga kami dapat menyelesaikan Buku Panduan

Urusan Imigresen yang di harap dapat membantu dan menjadi satu rujukan serta

panduan dalam menguruskan hal ehwal yang berkaitan permohonan visa dan pas

kepada pihak Imigresen Malaysia.

Pada dasarnya isi kandungan buku ini adalah merujuk kepada sumber – sumber

yang di perolehi daripada laman Web Jabatan Imigresen Malaysia dan merujuk senarai

semak yang berkaitan dari jabatan berkenaan bagi setiap proses permohonan yang

terlibat. Oleh dengan itu proses yang di nyatakan dalam buku ini adalah sama sekali

boleh berubah mengikut keperluan pihak Jabatan Imigresen.

Kami sedar, penyediaan buku panduan ini sedikit sebanyak dapat menerangkan

dengan lebih jelas proses kerja dan cara permohonan yang betul bagi tindakan staf

yang terlibat di UTM terutamanya di UTM Kuala Lumpur.

Unit Perjawatan, Pejabat Pendaftar berterima kasih di atas dorongan dan berkat

bantuan Ketua Jabatan, Penolong Pendaftar (Perjawatan), dan rakan – rakan yang

banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar dalam penyediaan buku panduan ini.

Harapan kami semoga dengan adanya Buku Panduan Urusan Imigresen ini

dapat membantu serta menambah pengetahuan bagi kelancaran Urusan Permohonan

Visa/Pas dan lain- lain perkara berkaitan yang bersangkutan dengan Jabatan Imigresen

Malaysia.

Pejabat Pendaftar

UTM Kuala Lumpur

3

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Pengenalan

Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah

Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada

Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke

Malaysia.

Fungsi dan Perkhidmatan

Fungsi dan perkhidmatan yang di berikan Jabatan Imigresen adalah seperti :

Mengeluarkan Pasport atau Dokumen Perjalanan kepada warganegara

dan penduduk tetap

Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang

memasuki Malaysia

Mengawalselia pergerakan keluar/masuk orang di pintu-pintu masuk yang

diwartakan

Menguatkuasa Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen

1963 dan Akta Pasport 1966

Memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada

pelanggan Jabatan

Lokasi dan alamat :

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia

No 15 Tingkat 1-7, Persiaran Perdana, Presint 2

62550 Putrajaya

4

JENIS - JENIS PERMOHONAN PAS

Terdapat beberapa jenis permohonan yang boleh di lakukan di Jabatan Imigresen

Malaysia. Ia merujuk kepada beberapa perkara termasuk jenis jawatan ditawarkan,

tempoh masa tawaran, jumlah gaji dan tujuan permohonan. Permohonan ini perlulah

mengikut kategori yang di tetapkan. Berikut ialah jenis–jenis permohonan yang boleh di

kemukakan di jabatan imigresen :

a. Permohonan Pas Penggajian (Employment Pass)

b. Permohonan Pas Tanggungan (Dependant Pass)

c. Permohonan Pas Lawatan Ikhtisas

d. Permohonan Pas Khas

e. Permohonan Mendapatkan Baki Pas

f. Permohonan Meminda Pas ke Pasport Baru

g. Permohonan Memendekkan dan Membatalkan Pas

h. Permohonan Lanjutan Pas Penggajian/Tanggungan

i. Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Ikhtisas

5

PAS PENGGAJIAN

Pas Penggajian Merupakan pas yang dikeluarkan kepada Pegawai Dagang yang telah

diluluskan oleh Jawatankuasa Pegawai Dagang ( JKPD ) ataupun agensi kawalselia

yang berkaitan. Permohonan Pas Penggajian ini perlulah melalui kaunter Bahagian

Khidmat Ekspatriat, Tingkat 3, Ibu pejabat Jabatan Imigresen, Persiaran Perdana,

Presint 2, 62550 Putrajaya oleh wakil yang dilantik UTM.

Permohonan Melibatkan

a. Lantikan staf akademik bukan warganegara

b. Lantikan jawatan/gred:

Pensyarah (kontrak)

Pensyarah Kanan (Kontrak)

Profesor Madya (Kontrak)

Profesor (Kontrak)

c. Tanggungan (Pas Tanggungan/Pas Lawatan Social)

Ibu/bapa

Suami/Isteri

Anak

Ibu/bapa mertua

Kategori Pas Penggajian

a. Pas Penggajian Kategori I

- Gaji lebih daripada RM5000

- Tempoh kontrak 2 tahun ke atas

b. Pas Penggajian Kategori II

- Gaji kurang dari RM5000

- Tempoh kontrak kurang dari 2 tahun

6

Senarai Dokumen Permohonan Pas Pengajian

a. Surat Kuasa/Pengesahan Staf beserta salinan K/P dan Kad Pekerja

b. Surat Permohonan

c. Bagi Pemohonan Pas Penggajian Pegawai Dagang (Prinsipal)

i. Salinan Surat Tawaran

ii. Surat penerimaan tawaran.

iii. Borang DP11 yang dilengkapkan dengan tandatangan majikan dan cop

syarikat berserta sekeping gambar berukuran pasport (latarbelakang biru)

iv. Kontrak kerja (dimatikan Setem Hasil RM10.00).

Tempoh kontrak, gaji dan jawatan hendaklah dinyatakan selaras

dengan kelulusan dari agensi pelulus dan ditandatangan oleh majikan

v. Salinan lengkap mukasurat Pasport Pegawai Dagang. (Muka Surat

Biodata dan Pas Terkini disahkan pihak Majikan)

vi. Resume Pegawai Dagang, salinan Sijil Akademik. (Salinan Disahkan)

d. Bagi Permohonan baru yang membawa Tanggungan / Pas Lawatan Sosial (PLS)

i. Sijil bukti pertalian yang disahkan oleh Kedutaan/Perwakilan/Pejabat

Suruhanjaya Tinggi.

Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri)

Sijil Kelahiran (Anak)

Sijil Kelahiran Pegawai Dagang/Pasangan (bagi permohonan untuk

ibubapa/ibu bapa mertua)

ii. Borang DP11A yang dilengkapkan dengan tandatangan majikan dan cop

syarikat berserta sekeping gambar berukuran passport (latarbelakang

biru).

iii. Salinan lengkap muka surat pasport tanggungan

Muka Surat Biodata dan Pas Terkini disahkan pihak majikan

iv. Personal Bond (dimatikan Setem Hasil RM10) bagi permohonan Pas

Lawatan Sosial)

Ibubapa /ibubapa mertua/anak/ anak tiri /anak angkat berumur 21

tahun ke atas/anak tiri di bawah 21 tahun/Common Law Wife

7

CARTA ALIR KERJA PROSES PERMOHONAN PAS PENGGAJIAN

Mula

Menerima dan menyediakan maklumat serta

borang berkaitan selengkapnya untuk

diserahkan keJabatan Imigresen Putrajaya

Melampirkan dokumen permohonan ke

Jabatan Imigresen Putrajaya (1 @ 2 salinan

berdasarkan warganegara)

Lengkap Tidak

Lengkap Menerima Akuan Penerimaan dari

Imigresen Putrajaya (minimum proses

3 hari bekerja)

Menyemak kelulusan melalui talian

telefon atau hadir ke Imigresen

Putrajaya serta mendapatkan jumlah

bayaran yang dikenakan

Mohon VDR atau Colling Visa untuk

diposkan kepada staf dan setibanya di

Malaysia menggunakan Single Entry

Pass

Lulus, tidak

berada di

Malaysia

Tidak Lulus Lulus,

berada di

Malaysia

Mohon mendapatkan pasport staf serta

bayaran yang dikenakan dari staf atau

jabatan

Membuat pembayaran dan

menyerahkan pasport ke Jabatan

Imigresen untuk proses mendapatkan

Visa disertakan dengan resit bayaran

Menerima pasport dengan kelulusan

Pas serta resit bayaran dari Imigresen

Putrajaya

Membuat salinan Pas dan resit

bayaran untuk salinan dan rekod

Membuat penyerahan pasport serta

resitbayaran kepada staf atau jabatan

berkaitan

Selesai

Pasport dan bayaran

disediakan1 hari awal

sebelum berusuran

dengan Jabatan

Imigresen

Mendapatkan

maklumat yang

tidak lengkap

dan

melengkapkan

semula untuk

penghantaran

kali ke 2

Mengenalpasti

masalah punca

permohonan tidak

diluluskan

Nota : proses untuk tanggungan

adalah disertakan sekali

bersama permohonan

pegawai dagang

8

PERMOHONAN I-KAD

Permohonan i-kad hanya boleh di lakukan oleh pemegang Pas Penggajian atau

Pas Tanggungan. I-kad ialah kad yang sah yang di keluarkan sebagai pengenalan diri

kepada Pegawai dagang atau tanggungan semasa berada di Malaysia. Kebiasaannya i-

kad ini akan diproses sebaik sahaja permohonan Pas Penggajian atau Pas

Tanggungan selesai dan Pegawai dagang atau tanggungan akan mendapat i-kad

sewaktu pasport dikembalikan. Jika i-kad tidak disertakan, i-kad ini boleh di mohon di

kaunter 15, bahagian memproses i-kad, dan mendapatkannya dalam tempoh 1 hari

bekerja. Permohonan hendaklah dikemukakan di kaunter Bahagian Khidmat

Ekspatriat, Putrajaya oleh wakil yang di lantik UTM.

Permohonan Melibatkan

a. Pemegang Pas Penggajian

b. Pemegang Pas Tanggungan

Senarai Dokumen Permohonan Pas Pengajian

a. Surat Kuasa/Pengesahan taf beserta Salinan Kad Pengenalan dan Kad Pekerja

b. Surat Permohonan

c. Borang Permohonan I-Kad

d. Salinan Pasport bahagian mukadepan dan pas terkini yang telah di sahkan.

e. Bayaran (jika kes kehilangan)

9

CARTA ALIR KERJA PROSES PERMOHONAN I-KAD

Mula

Menerima dan menyediakan maklumat serta

borang berkaitan selengkapnya untuk

diserahkan keJabatan Imigresen Putrajaya

Melampirkan dokumen permohonan ke

Jabatan Imigresen Putrajaya

Menerima I-KAD dari Jabatan

Imigresen

Menyerahkan I-Kad kepada staf atau

jabatan berkaitan

Membuat salinan I-Kad untuk

simpanan

Selesai

10

PAS LAWATAN IKHTISAS

Pas Lawatan (Ikhtisas) dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin

bertugas memberi kepakaran teknikal dan menjalankan kerja-kerja khusus untuk jangka

masa singkat di Malaysia. Tempoh sahlaku pas adalah bergantung kepada keperluan

tetapi tidak melebihi 12 bulan. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh penaja di

Malaysia sebelum pemohon masuk ke negara ini. Permohonan hendaklah

dikemukakan di kaunter Bahagian Khidmat Ekspatriat, Putrajaya oleh wakil yang

di lantik UTM.

Permohonan Melibatkan

a. Melibatkan lantikan staf akademik bukan warganegara

b. Melibatkan lantikan gred

Pembantu Penyelidik(Kontrak)

Pegawai Penyelidik(Kontrak)

Pensyarah Pelawat(Kontrak)

Profesor Pelawat(Kontrak)

Post-Doctoral Fellowship(Kontrak)

Makluman: Pemohon Pas Lawatan Ikhtisas tidak boleh membawa tanggungan.

Senarai Dokumen Permohonan Pas Lawatan Ikhtisas

a. Surat Kuasa/Pengesahan Staf beserta salinan K/P dan Kad Pekerja

b. Surat Permohonan

c. Salinan Surat Tawaran dari agensi melulus

d. Borang IM12 / Borang IM38 / Borang IM 47

e. Gambar berukuran passport (Berlatar belakang biru)

f. Personal Bond dimatikan setem RM10.00 setiap seorang

g. Surat Penerimaan dan Pengesahan mengenai jawatan, gaji dan kontrak

h. Salinan lengkap Pasport Pemohon

i. Salinan Resume,

j. Sijil Kelayakan Akademik

11

CARTA ALIR KERJA PROSES PERMOHONAN PAS LAWATAN IKHTISAS

Tidak Lulus

Mula

Menerima dan menyediakan maklumat serta

borang berkaitan selengkapnya untuk

diserahkan keJabatan Imigresen Putrajaya

Melampirkan dokumen permohonan ke

Jabatan Imigresen Putrajaya (2 salinan

berdasarkan warganegara)

Lengkap Tidak

Lengkap Menerima Akuan Penerimaan dari

Imigresen Putrajaya

Menyemak kelulusan di Jabatan

Imigresen Putrajaya serta

mendapatkan jumlah bayaran yang

dikenakan

Mohon VDR atau Calling Visa untuk

diposkan kepada staf dan setibanya di

Malaysia menggunakan Single Entry

Pass

Lulus, tidak

berada di

Malaysia

Lulus,

berada di

Malaysia

Mohon mendapatkan pasport staf atau

tanggungan serta bayaran yang

dikenakan dari staf atau jabatan

Menerima pasport dengan kelulusan

Pas serta resit bayaran dari Imigresen

Putrajaya

Membuat salinan pasport dan resit

bayaran untuk salinan dan rekod

Selesai

Pasport dan

bayaran

disediakan1 hari

awal sebelum

berusuran

dengan Jabatan

Imigresen

Mendapatkan

maklumat yang

tidak lengkap dan

melengkapkan

semula untuk

penghantaran kali

ke 2

Mengenalpasti

masalah punca

permohonan tidak

diluluskan

Membuat penyerahan pasport serta

resitbayaran kepada staf atau jabatan

berkaitan

Membuat pembayaran dan

menerahkan pasport ke Jabatan

Imigresen untuk proses mendapatkan

Visa disertakan dengan resit bayaran

12

PAS KHAS

PAS Khas adalah pas yang di keluarkan oleh jabatan imigresen bagi tujuan

tertentu yang di antaranya di sebabkan tujuan seperti menunggu kelulusan permohonan

Pas Penggajian atau , menunggu kelulusan Pas Lawatan Ikhtisas, memanjangkan

tempoh bagi kemudahan menguruskan perpindahan dan ia hanya boleh di pohon

selama kurang dari satu bulan. Permohonan hendaklah dikemukakan di kaunter

Bahagian Khidmat Ekspatriat, Putrajaya oleh wakil yang di lantik UTM.

Permohonan Melibatkan

a. Melibatkan lantikan staf akademik bukan warganegara

b. Bergantung kepada pas terkini yang dimiliki oleh staf

c. Perlu memastikan permohonan berkaitan telah dihantar sebelum memohon

Pas Khas;

d. Permohonan Pas Penggajian

e. Permohonan Pas Lawatan Ikhtisas

f. Sekiranya pernah bekerja di Malaysia, staf perlu berurusan dengan jabatan

berkaitan dengan melampirkan dokumen sebagai sokongan permohonan

berkenaan

g. Bayaran sebanyak RM100.00 dikenakan untuk tempoh yang telah ditetapkan

oleh imigresen berdasarkan situasi semasa bagi permohonan sebelumnya

h. Permohoan Pas Khas bagi status Pas Lawatan Sosial tidak akan dikenakan

sebarang bayaran akan tetapi staf perlu hadir ke imigresen untuk tujuan

tersebut

i. Status Pas Khas tidak boleh digunakan untuk tujuan berulang alik ke negara

asal, ianya hanya untuk tujuan satu perjalanan sahaja

13

Senarai Dokumen Permohonan Pas Khas

a. Surat Kuasa/Pengesahan Staf beserta salinan K/P dan Kad Pekerja

b. Surat Permohonan

c. Borang DP11 atau DP11A

d. Surat Akuan Penerimaan, tiket penerbangan atau lampiran yang berkaitan bagi

tujuan permohonan Pas Khas tersebut

e. Salinan pasport muka hadapan, cop masuk dan visa akhir. (Di sahkan)

Makluman : Pas Khas ini dikenakan bayaran sebanyak RM100 bagi setiap satu

permohonan yang berjaya

14

CARTA ALIR KERJA PROSES PERMOHONAN PAS KHAS (SPECIAL PASS)

Mula

Membuat semakan dan sekiranya pas sediaada

akan tamat tempoh perlu menyediakan maklumat

berkaitan selengkapnya untuk dilampirkan ke

Jabatan Imigresen

Memaklumkan kepada staf untuk hadir sekali jika

perlu dan memohon pasport asal serta bayaran

jika perlu sebelum berurusan dengan Jabatan

Imigresen

Membuat bayaran, menyerahkan pasport serta

lampiran dokumen untuk kelulusan Pas Khas di

Jabatan Imigresen

Menerima pasport disertakan dengan resit bayaran

setelah diproses kelulusan pas oleh Imigresen

Putrajaya

Membuat salinan untuk simpanan dan rekod serta

dilampirkan ke permohonan pas semasa bagi

permohonan yang telah tamat tempoh pas

sediaada

Menyerahkan pasport serta resit bayaran kepada

staf atau jabatan

Selesai

15

MENDAPATKAN BAKI PAS

Permohonan mendapatkan baki pas ini melibatkan Pas Penggajian.

Permohonan ini perlu di lakukan sekiranya tempoh sah laku pas tamat terlebih dahulu

dari tempoh kontrak yang ditawarkan. Tarikh sah laku pas mengikut tarikh tamat

tempoh passport, oleh dengan itu passport perlu diperbaharui terlebih dahulu sebelum

permohonan ini dilakukan. Permohonan ini kebiasaannya akan dilakukan bersama-

sama permohonan memindahkan pas ke passport baru. Permohonan hendaklah

dikemukakan di kaunter Bahagian Khidmat Ekspatriat, Putrajaya oleh wakil yang

di lantik UTM.

Permohonan Melibatkan

a. Melibatkan lantikan staf akademik bukan warganegara

b. Melibatkan tanggungan

a. Suami/Isteri

b. Anak

c. Ibu/bapa

d. Ibu/bapa mertua dan lain-lain yang melibatkan pas tanggungan

Senarai Dokumen Permohonan Mendapatkan Baki Pas

a. Surat Kuasa/Pengesahan Staf beserta salinan K/P dan Kad Pekerja

b. Surat Permohonan

c. Salinan Surat Tawaran

d. Salinan Surat Penerimaan Tawaran

e. Gambar berukuran pasport 1 keping

f. (berlatarbelakangkan biru)

g. Salinan pas terkini dan muka depan pasport (disahkan)

h. Borang DP 11

i. Borang DP 11A (tanggungan)

16

CARTA ALIR KERJA PROSES PERMOHONAN MENDAPATKAN BAKI PAS

Mula

Menerima dan menyediakan maklumat serta

borang berkaitan selengkapnya untuk

diserahkan ke Jabatan Imigresen Putrajaya

Melampirkan dokumen permohonan ke

Jabatan Imigresen Putrajaya

Lengkap Tidak

Lengkap Menerima Akuan Penerimaan dari

Imigresen Putrajaya (minimum proses

1 hari bekerja

Menyemak kelulusan di Jabatan

Imigresen Putrajaya serta

mendapatkan jumlah bayaran yang

dikenakan

Mohon mendapatkan pasport staf serta

bayaran yang dikenakan dari staf atau

jabatan

Membuat pembayaran dan

menyerahkan pasport ke Jabatan

Imigresen untuk proses mendapatkan

Visa disertakan dengan resit bayaran

Membuat salinan pasport dan resit

bayaran untuk salinan dan rekod

Mendapatkan

maklumat yang

tidak lengkap dan

melengkapkan

semula untuk

penghantaran kali

ke 2

Membuat penyerahan pasport serta

resitbayaran kepada staf atau jabatan

Menerima pasport dengan kelulusan

Pas serta resit bayaran dari Imigresen

Putrajaya

Selesai

17

MEMINDA PAS KE PASPORT BARU

Permohonan meminda pas ke passport baru ini adalah bertujuan untuk

memindahkan pas sedia ada daripada passport lama kepada passport baru.

Kebiasaannya permohonan ini dilakukan sekiranya pemohon memperbaharui pasport

atas sebab tempoh sah pasport lama telah tamat tetapi masih belum tamat tempoh

kontrak atau mukasurat di pasport lama telah habis digunakan sepenuhnya.

Permohonan hendaklah dikemukakan di kaunter Bahagian Khidmat Ekspatriat,

Putrajaya oleh wakil yang di lantik UTM.

Permohonan Melibatkan

a. Melibatkan lantikan staf akademik bukan warganegara.

b. Melibatkan tanggungan

Suami/Isteri

Anak

Ibu/bapa

Ibu/bapa mertua dan lain-lain

Senarai Dokumen Permohonan Meminda Pas Ke Pasport Baru

a. Surat Kuasa/Pengesahan Staf beserta salinan K/P dan Kad Pekerja

b. Surat Permohonan

c. Borang DP11

d. Borang DP11A (tanggungan)

e. Salinan pasport mukasurat hadapan dan mukasurat pas terkini.

f. Gambar berukuran pasport 1 keping (berlatarbelakangkan biru)

18

CARTA ALIR KERJA PROSES PERMOHONAN MEMINDA PAS KE PASPORT BARU

Mula

Menerima dan menyediakan maklumat serta

borang berkaitan selengkapnya untuk diserahkan

ke Jabatan Imigresen Putrajaya

Penyerahan permohonan ke Jabatan Imigresen

dan menerima Akuan Penerimaan

Menyemak kelulusan dan jumlah bayaran di

Jabatan Imigresen

Menerima pasport baru – pas sediaada dipinda

dan pasport lama – pas sediaada dibatalkan dari

Jabatan Imigresen

Membuat salinan pas dan resit bayaran untuk

salinan dan rekod

Membuat penyerahan pasport serta resit bayaran

kepada staf atau jabatan berkaitan

Selesai

Memohon pasport dari staf dan jumlah bayaran

berkenaan

Membuat pembayaran dan penyerahan pasport di

Jabatan Imigresen. Menerima resit bayaran

19

MEMENDEKKAN DAN MEMBATALKAN PAS

Permohonan memendekkan dan membatalkan pas ini adalah untuk pemohon

yang melepaskan jawatan atau pemohon yang berhenti kerja dan telah mendapat

tawaran kerja di tempat lain. Permohonan ini juga di lakukan sekiranya pemegang pas

terkini ingin bertukar kepada pas yang lain seperti Pas Pelajar bagi tanggungan. Proses

ini kebiasaannya hanya memakan masa selama satu hari. Pasport diserahkan bersama

di kaunter semasa melakukan permohonan di Jabatan Imigresen. Permohonan

hendaklah dikemukakan di kaunter Bahagian Khidmat Ekspatriat, Putrajaya oleh

wakil yang di lantik UTM.

Permohonan Melibatkan

c. Melibatkan lantikan staf akademik bukan warganegara.

d. Melibatkan tanggungan

Suami/Isteri

Anak

Ibu/bapa

Ibu/bapa mertua dan lain-lain

Senarai Dokumen Permohonan Memendekkan Dan Membatalkan Pas

a. Surat Kuasa/Pengesahan Staf beserta salinan K/P dan Kad Pekerja

b. Surat Permohonan

c. Borang DP11

d. Borang DP11A (tanggungan)

e. Salinan pasport mukasurat hadapan dan mukasurat pas terkini

f. Surat Tawaran/Surat berhenti/Surat ditamatkan perkhidmatan/Tiket

Penerbangan PulangPasport Original

20

CARTA ALIR KERJA PROSES PERMOHONAN MEMENDEKKAN DAN MEMBATALKAN PAS

Mula

Menerima dan menyediakan maklumat serta

borang berkaitan selengkapnya untuk diserahkan

ke Jabatan Imigresen Putrajaya

Mohon mendapatkan pasport baru dan lama staf

serta bayaran ayng dikenekan dari staf atau

jabatan

Melampirkan dokumen permohonan ke Jabatan

Imigresen Putrajaya

Menerima pasport dari Jabatan Imigresen

Membuat salinan pas dan resit bayaran untuk

salinan dan rekod

Membuat penyerahan pasport serta resit bayaran

kepada staf atau jabatan berkaitan

Selesai

Diselesaikan

dalam tempoh

1 hari bekerja

21

LANJUTAN PAS PENGGAJIAN/TANGGUNGAN

Permohonan lanjutan Pas Penggajian ini boleh dilakukan sekiranya staf telah

disambung kontrak dan telah menerima surat tawaran yang baru. Permohonan perlu

dilakukan sebelum pas sedia ada tamat. Jika staf mempunyai tanggungan, permohonan

perlu disertakan sekali bersama permohonan Pas Tanggungan. Permohonan

hendaklah dikemukakan di kaunter Bahagian Khidmat Ekspatriat, Putrajaya oleh

wakil yang di lantik UTM.

Permohonan Melibatkan

Lantikan staf akademik bukan warganegara

a. Lantikan jawatan/gred:

Pensyarah (kontrak)

Pensyarah Kanan (Kontrak)

Profesor Madya (Kontrak)

Profesor (Kontrak)

b. Tanggungan (Pas Tanggungan/Pas Lawatan Social)

Ibu/bapa

Suami/Isteri

Anak

Ibu/bapa mertua

Senarai Dokumen Permohonan Pas Pengajian

a. Surat Kuasa/Pengesahan Staf beserta salinan K/P dan Kad Pekerja

b. Surat Permohonan

c. Bagi Pemohonan Pas Penggajian Pegawai Dagang (Prinsipal)

vii. Salinan Surat Tawaran

viii. Surat penerimaan tawaran.

22

ix. Borang DP11 yang dilengkapkan dengan tandatangan majikan dan cop

syarikat berserta sekeping gambar berukuran pasport (latarbelakang biru)

x. Kontrak kerja (dimatikan Setem Hasil RM10.00).

Tempoh kontrak, gaji dan jawatan hendaklah dinyatakan selaras

dengan kelulusan dari agensi pelulus dan ditandatangan oleh majikan

xi. Salinan Pasport Pegawai Dagang. (Muka Surat Biodata dan Pas Terkini

disahkan pihak Majikan)

d. Bagi Permohonan baru yang membawa Tanggungan / Pas Lawatan Sosial (PLS)

v. Sijil bukti pertalian yang disahkan oleh Kedutaan/Perwakilan/Pejabat

Suruhanjaya Tinggi.

Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri)

Sijil Kelahiran (Anak)

Sijil Kelahiran Pegawai Dagang/Pasangan (bagi permohonan untuk

ibubapa/ibu bapa mertua)

vi. Borang DP11A yang dilengkapkan dengan tandatangan majikan dan cop

syarikat berserta sekeping gambar berukuran passport (latarbelakang

biru).

vii. Salinan pasport tanggungan

Muka Surat Biodata dan Pas Terkini disahkan pihak majikan

viii. Personal Bond (dimatikan Setem Hasil RM10) bagi permohonan Pas

Lawatan Sosial)

Ibubapa /ibubapa mertua/anak/ anak tiri /anak angkat berumur 21

tahun ke atas/anak tiri di bawah 21 tahun/Common Law Wife

23

CARTA ALIR KERJA PROSES PERMOHONAN LANJUTAN PAS PENGGAJIAN

Mula

Menerima dan menyediakan maklumat serta

borang berkaitan selengkapnya untuk

diserahkan keJabatan Imigresen Putrajaya

Melampirkan dokumen permohonan ke

Jabatan Imigresen Putrajaya (1 @ 2 salinan

berdasarkan warganegara)

Lengkap Tidak

Lengkap Menerima Akuan Penerimaan dari

Imigresen Putrajaya (minimum proses

1 hari bekerja)

Menyemak kelulusan di Imigresen

Putrajaya serta mendapatkan jumlah

bayaran yang dikenakan

Tidak Lulus Lulus

Mohon mendapatkan pasport staf serta

bayaran yang dikenakan dari staf atau

jabatan

Membuat pembayaran dan

menyerahkan pasport ke Jabatan

Imigresen untuk proses mendapatkan

Visa disertakan dengan resit bayaran

Menerima pasport dengan kelulusan

Pas serta resit bayaran dari Imigresen

Putrajaya

Membuat salinan Pas dan resit

bayaran untuk salinan dan rekod

Membuat penyerahan pasport serta

resit bayaran kepada staf atau jabatan

berkaitan

Selesai

Pasport dan bayaran

disediakan1 hari awal

sebelum berusuran

dengan Jabatan

Imigresen

Mendapatkan

maklumat yang

tidak lengkap dan

melengkapkan

semula untuk

penghantaran kali

ke 2

Mengenalpasti

masalah punca

permohonan tidak

diluluskan

Nota : proses untuk

tanggungan adalah

disertakan sekali

dengan pegawai

dagang

24

LANJUTAN PAS LAWATAN IKHTISAS

Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Ikhtisas ini boleh di lakukan sekiranya

pemegang pas sedia ada tidak berada di Malaysia lebih dari tempoh 12 bulan.

Sekiranya tawaran sebelumnya adalah selama 12 bulan, staf tersebut tidak layak untuk

memohon Lanjutan Pas Lawatan Ikhtisas ini. Staf tersebut perlu pulang semula atau

keluar dari negara ini terlebih dahulu. Ini kerana, syarat imigresen hanya membenarkan

tempoh maksimum 12 bulan sahaja bagi pas tersebut. Syarat permohonan adalah

sama seperti Pas Lawatan Ikhtisas dan tidak membenarkan membawa tanggungan ke

negara ini. Permohonan hendaklah dikemukakan di kaunter Bahagian Khidmat

Ekspetorat, Putrajaya oleh wakil yang di lantik UTM.

Permohonan Melibatkan

a. Melibatkan lantikan staf akademik bukan warganegara

b. Melibatkan lantikan gred

c. Pembantu Penyelidik(Kontrak)

d. Pegawai Penyelidik(Kontrak)

e. Pensyarah Pelawat(Kontrak)

f. Profesor Pelawat(Kontrak)

g. Post-Doctoral Fellowship(Kontrak)

Makluman: Pemohon Pas Lawatan Ikhtisas tidak boleh membawa tanggungan.

Senarai Dokumen Permohonan Pas Lawatan Ikhtisas

a. Surat Kuasa/Pengesahan Staf beserta salinan K/P dan Kad Pekerja

b. Surat Permohonan

c. Salinan Surat Tawaran dari agensi melulus

d. Borang IM12 / Borang IM38 / Borang IM 47

k. Gambar berukuran passport (Berlatar belakang biru)

l. Personal Bond dimatikan setem RM10.00 setiap seorang

m. Surat Penerimaan dan Pengesahan mengenai jawatan, gaji dan kontrak

25

n. Salinan Pasport Pemohon bahagian mukasurat hadapan dan visa terkini

disahkan majikan.

o. Salinan Resume,

p. Sijil Kelayakan Akademik

26

CARTA ALIR KERJA PROSES PERMOHONAN LANJUTAN PAS LAWATAN IKHTISAS

Mula

Menerima dan menyediakan maklumat serta

borang berkaitan selengkapnya untuk

diserahkan keJabatan Imigresen Putrajaya

Melampirkan dokumen permohonan ke

Jabatan Imigresen Putrajaya (2 salinan

berdasarkan warganegara)

Lengkap Tidak

Lengkap Menerima Akuan Penerimaan dari

Imigresen Putrajaya (minimum proses

1 hari bekerja)

Menyemak kelulusan di Jabatan

Imigresen Putrajaya serta

mendapatkan jumlah bayaran yang

dikenakan

Tidak

Lulus

Lulus

Mohon mendapatkan pasport staf atau

tanggungan serta bayaran yang

dikenakan dari staf atau jabatan

Menerima pasport dengan kelulusan

Pas serta resit bayaran dari Imigresen

Putrajaya

Membuat salinan pasport dan resit

bayaran untuk salinan dan rekod

Selesai

Pasport dan

bayaran

disediakan1 hari

awal sebelum

berusuran

dengan Jabatan

Imigresen

Mendapatkan

maklumat yang

tidak lengkap dan

melengkapkan

semula untuk

penghantaran kali

ke 2

Mengenalpasti

masalah punca

permohonan tidak

diluluskan

Membuat penyerahan pasport serta

resitbayaran kepada staf atau jabatan

berkaitan

Membuat pembayaran dan

menyerahkan pasport ke Jabatan

Imigresen untuk proses mendapatkan

Visa disertakan dengan resit bayaran

Mendapatkan

maklumat yang

tidak lengkap dan

melengkapkan

semula untuk

penghantaran kali

ke 2

Mengenalpasti

masalah punca

permohonan tidak

diluluskan

27

PERMOHONAN VISA DENGAN RUJUKAN (VDR)

Visa dengan rujukan adalah permohonan yang di sertakan bersama permohonan

bagi Pas Pengajian, Pas Tanggungan atau Pas Lawatan Ikhtisas. Visa dengan rujukan

ini di mohon sekiranya Pegawai Dagang yang di tawarkan bekerja berada di negara

asal mereka. Jika permohonan di luluskan, satu surat Visa Dengan Rujukan (VDR)

akan di keluarkan pihak Imigresen dan perlu di Pos kepada pegawai dagang. Pegawai

dagang tersebut perlu membawa surat VDR tersebut kepada Suruhanjaya Tinggi

Malaysia atau kedutaan Malaysia yang di alamatkan dan mendapatkan “Single Entry

Visa”. Kemudian pegawai dagang perlu masuk kenegara ini dengan menggunakan visa

tersebut. Setelah tiba di Malaysia, pasport dan bayaran perlu di serahkan kepada wakil

syarikat dan penukaran dari “Single Entry Visa” kepada “Multiple Entry Visa” perlu di

lakukan. Proses penukaran ini pula perlu di lakukan dalam tempoh 7 hari setelah

pegawai dagang masuk ke negara ini. Visa dengan rujukan ini mengelakkan pegawai

dagang di kenakan Caj “Jurney Perform Visa (JP Visa)” iaitu sebanyak RM 500.00. Visa

dengan rujukan juga dapat mengelakkan pegawai dagang dari tamat tempoh pas

sewaktu permohonan di lakukan.

Cara Memohon

a. Surat Permohonan

i. Mempunyai alamat Suruhanjaya Malaysia atau kedutaan yang terdekat di

negara asal pegawai dagang

ii. Nama dan No Pasport di sertakan dalam surat permohonan

b. Permohonan boleh disertakan bersama – sama permohonan yang berkaitan iaitu

Pas Penggajian, Pas Tanggungan atau Pas Lawatan Ikhtisas

Makluman : Visa Dengan Rujukan (VDR), adalah di wajibkan bagi mana-mana

pegawai dagang yang di tawarkan berkerja di dalam Malaysia dan

masih berada di negara asal mereka.

28

TATACARA PERMOHONAN PERMIT MASUK/PR

STAF AKADEMIK ANTARABANGSA

Bagi meningkatkan bilangan pakar asing di dalam bidang akademik, Jabatan

Imigresen telah menawarkan kemudahan kepada Pensyarah Warga Asing sebagai

pemegang status permit masuk / taraf penduduk tetap. Di bawah akta Imigresen

1959/63, pemegang status permit masuk / taraf penduduk tetap berhak untuk tinggal di

Negara ini tanpa had waktu.

Untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan yang ditetapkan, Jabatan

Imigresen Malaysia berpendapat bahawa setiap permohonan daripada warga asing

perlu ditapis bagi memastikan pemberian status permit masuk kepada mereka akan

memberi sumbangan yang signifikan kepada negara.

Bahagian Pengurusan Modal Insan telah mengedarkan Garis Panduan

Permohonan Sokongan mendapatkan Taraf Penduduk Tetap (PR) oleh Pensyarah

Warga Asing untuk kelulusan jabatan Imigresen pada tahun 2011 dalam rujukan

nombor JPT(G)1000/09/01/01(19) bertarikh 11 Januari 2011.

Prinsip Permohonan

Dalam usaha meningkatkan profil sesebuah Universiti, pemberian sokongan permit

masuk / taraf penduduk tetap hanya boleh dipertimbangkan demi kepentingan

pengajian tinggi berdasarkan keperluan berikut:-

a. Memenuhi keperluan professional / kepakaran dalam sesebuah projek khas

yang diiktiraf oleh Kerajan dan memainkan peranan penting dalam

menyumbang kepada masyarakat di Malaysia.

b. Memenuhi keperluan bidang kritikal yang tidak dapat diperolehi daripada

pakar tempatan; dan

c. Memenuhi keperluan Pembangunan Penyelidikan (R&D) dalam bidang

kritikal mengikut kepakaran pensyarah warga asing.

29

Syarat-syarat Permohonan

Setiap permohonan bagi tujuan permohonan permit masuk / taraf penduduk tetap

hendaklah memenuhi syarat-syarat asas berikut :-

a. Telah berkhidmat sebagai pensyarah di Univertiti Teknologi Malaysia (UTM)

sekurang-sekurangnya dalam tempoh 5 tahun;

b. Mempunyai prestasi kerja di tahap yang cemerlang iaitu Laporan Penilaian

Prestasi Tahunan (eLPPT) pegawai hendaklah dalam peratusan 85% ke atas, 3

tahun terkini berturut-turut;

c. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan melebihi 8 tahun ke atas;

d. Memenuhi keperluan bidang kritikal yang tidak dapat diperolehi daripada pakar

tempatan / mempunyai kompetensi dalam bidang kritikal yang diperlukan;

e. Sokongan daripada Dekan Fakulti dan mendapat kelulusan / persetujuan Naib

Canselor UTM;

f. Permohonan dikemukakan melalui Pejabat Pendaftar Universiti masing-masing;

g. Menghasilkan sekurang-kurangnya 3 artikel dalam bidang kritikal yang berkaitan

sama ada jurnal, buku atau majalah untuk tempoh 3 tahun yang terkini; dan

h. Melibatkan diri secara aktif dalam persidangan kebangsaan atau antarabangsa.

Pelaksanaan

i. Pemohon perlu melengkapkan borang dengan melampirkan Curriculum Vitae

serta dokumen sokongan melalui Dekan Fakulti (Sila rujuk senarai semak di

lampiran).

ii. Dekan Fakulti hendaklah membuat tapisan kepada setiap permohonan yang

diterima dan menyemak permohonan berdasarkan syarat-syarat asas yang

diberikan. (Sila rujuk perkara 4.1)

iii. Fakulti perlu menghantar permohonan yang disertakan dengan ringkasan

Curriculum Vitae pemohon yang telah disahkan oleh Dekan kepada Bahagian

Pengurusan Modal Insan (HCM), Pejabat Pendaftar.

30

iv. Bahagian Pengurusan Modal Insan (HCM), Pejabat Pendaftar akan menghantar

permohonan yang diterima kepada Jabatan Pengajian Tinggi, KPM.

v. Jabatan Pengajian Tinggi, KPM akan hanya memproses permohonan yang

lengkap diterima sebelum sebarang surat perakuan dikeluarkan untuk rujukan

Jabatan Imigresen. Jabatan Pengajian Tinggi, KPM berhak untuk tidak

mempertimbangkan mana-mana permohonan yang tidak memenuhi kriteria yang

ditetapkan.

vi. Keputusan yang telah dikeluarkan pihak Jabatan Pengajian Tinggi, KPM adalah

muktamad. Pemohon boleh membuat rayuan hanya 2 tahun selepas surat tidak

menyokong dikeluarkan. Sebarang rayuan sebelum tempoh tersebut TIDAK

AKAN DILAYAN.

vii. Bahagian Pengurusan Modal Insan (HCM),Pejabat Pendaftar akan menghantar

permohonan yang lengkap kepada pihak Imigresen setelah mendapat surat

sokongan daripada pihak Jabatan Pengajian Tinggi, KPM.

viii. Pemohon dan pihak Fakulti boleh merujuk portal Jabatan Imigresen

(www.imi.gov.my) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung prosedur dan

proses permohonan di peringkat Imigresen.

31

CARTA ALIR KERJA PROSES KERJA DI PERINGKAT FAKULTI/PTJ

PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN PERMIT MASUK/PENDUDUK TETAP (PR) BAGI PENSYARAH WARGA ASING

32

CARTA ALIR KERJA PROSES KERJA BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL

INSANPERMOHONAN MENDAPATKAN PERMIT MASUK/PENDUDUK

TETAP (PR) BAGI PENSYARAH WARGA ASING

33

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 : Senarai Semak Pas Penggajian DP11 Jabatan Imigresen Malaysia

LAMPIRAN 2 : Senarai Semak Pas Tanggungan DP11A Jabatan Imigresen Malaysia

LAMPIRAN 3 : Senarai Semak Permohonan Pas Khas (Special Pass)

LAMPIRAN 4 : Senarai Semak Permohonan Pindah Pas dan Memohon Baki Tempoh

LAMPIRAN 5 : Senarai Semak Permohonan Memendekkan Pas (Pinda Tempoh Sahlaku Pas)

LAMPIRAN 6 : Senarai Semak permohonan i-KAD

LAMPIRAN 7 : Senarai Semak Mendapatkan Kelulusan Permit Masuk/ Taraf Penduduk Tetap bagi Pensyarah Warga Asing

LAMPIRAN 8 : Borang Pegawai Dagang DP11 Jabatan Imigresen Malaysia

LAMPIRAN 9 : Borang Tanggungan DP11A Jabatan Imigresen Malaysia

LAMPIRAN 10 : Kontrak Kerja (Employment Aggrement)

LAMPIRAN 11 : Personal Bond

LAMPIRAN 12 : Borang IM12 Jabatan Imigresen Malaysia

LAMPIRAN 13 : Borang IM38 Jabatan Imigresen Malaysia

LAMPIRAN 14 : Borang Permohonan i-KAD Jabatan Imigresen Malaysia

34

Lampiran 1 : Senarai Semak Pas Penggajian DP11 Jabatan Imigresen Malaysia

35

Lampiran 2 : Senarai Semak Pas Tanggungan DP11A Jabatan Imigresen Malaysia

36

Lampiran 3 : Senarai Semak Permohonan Pas Khas (Special Pass)

37

Lampiran 4 : Senarai Semak Permohonan Pindah Pas dan Memohon Baki

Tempoh

38

Lampiran 5 : Senarai Semak Permohonan Memendekkan Pas (Pinda Tempoh Sahlaku Pas)

39

Lampiran 6 : Senarai Semak permohonan i-KAD

40

41

Lampiran 7 : Senarai Semak Mendapatkan Kelulusan Permit Masuk/ Taraf Penduduk Tetap bagi Pensyarah Warga Asing

42

Lampiran 8 : Borang Pegawai Dagang DP11 Jabatan Imigresen Malaysia

43

Lampiran 9 : Borang Tanggungan DP11A Jabatan Imigresen Malaysia

44

EMPLOYMENT AGREEMENT

This agreement is entered into as of this DATE between UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(here in after referred as the company) and Employee Name Passport no : XXXXXXXXXXX

(here in after called as the employee)

Whereby it is agreed as condition stated below :

Subject to the provision of this agreement and the rules and regulations stated here with the company

hereby agreed to employ and the employee agreed to be employed by the company.

1. Designation : Position

2. Period of employment : DATE to DATE

(the date you assume duty)

3. Salary : Your salary will be paid RM XXXXXX per month

4. Working conditions : Monday to Friday (8.00 a.m to 5.00 p.m)

Saturday and Sunday (Rest day)

5. Holiday : Government Gazettes Public Holiday

6. Provision of this agreement in all respect shall be subject to the working visa to be granted to the

employee by the Malaysia Government.

If you agree with the terms and condition mentioned, please indicate your acceptance by signing on the

duplicate copy of this letter and returning the same to us.

Yours faithfully, I accepted the term and condition stated

above,

…………………………………………. ………………………………………………………..

EMPLOYER (IC NO XXXXXXXXX) NAME (XXXXXXXXXX)

Senior Assistant Registrar Position Fakulti XXXXX Fakulti XXXXXXXXX

UTM International Campus Kuala Lumpur UTM International Campus Kuala Lumpur

Lampiran 10 : Kontrak Kerja (Employment Aggrement)

45

Lampiran 11 : Personal Bond

46

Lampiran 12 : Borang IM12 Jabatan Imigresen Malaysia

47

Lampiran 13 : Borang IM38 Jabatan Imigresen Malaysia

48

Lampiran 14 : Borang Permohonan i-KAD Jabatan Imigresen Malaysia

49

FAQ

1. Adakah seseorang yang mendapatkan Pas Lawatan Ikhtisas di benarkan

membawa tanggungan?

Jawapan: Tidak

2. Bolehkah permohonan di lakukan sekiranya Sosial Visit Pass atau Pas semasa

telah tamat tempoh?

Jawapan: Tidak

3. Sekiranya Pemegang Pas Tanggungan mendapat tawaran bekerja atau

melanjutkan pelajaran. Apakah perkara yang perlu di lakukan oleh pemegang

Pas Tanggungan Tersebut?

Jawapan: Memohon untuk Permohonan Memendekkan Pas.

4. Berapa lama tempoh diambil untuk mendapatkan Pas Penggajian di Jabatan

Imigresen Malaysia?

Jawapan: Ia bergantung kepada pihak Jabatan Imigresen. Tempoh yang

kebiasaannya di ambil adalah selama 2 minggu bekerja sehingga 1 bulan. Namun

jika terdapat masaalah seperti kekurangan dokumen, atau pihak imigresen

memerlukan dokumen-dokumen tambahan, masa yang diambil mungkin bertambah.

5. Adakah seseorang staf akademik boleh memohon mana-mana pas di Jabatan

Imigresen?

Jawapan: Permohonan Pas perlulah mengikut jawatan dan syarat-syarat yang

diberikan oleh Jabatan Imigresen.

6. Bolehkah seseorang staf melakukan urusan berkaitan Visa/Pas di Jabatan

Imigresen tanpa kebenaran Universiti?

Jawapan: Hanya wakil dari Universiti sahaja dibenarkan melakukan permohonan

atau urusan berkaitan di Jabatan Imigresen Malaysia.

50

PENUTUP

Setinggi – tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang membantu dalam

penyediaan Buku Panduan Urusan Imigresen ini. Terima Kasih tidak terhingga juga

kepada Penolong Pendaftar Kanan (Perjawatan), kerana membantu dalam memberi

idea dalam penyediaan buku ini. Diharap buku panduan ini dapat membantu dalam

penyediaan dokumen dan urusan permohonan berkaitan Visa/Pas di Jabatan

Imigresen Malaysia terutama di Jabatan Imigresen Putrajaya. Fakulti atau Jabatan

yang berkaitan perlu mengikut garis panduan yang disediakan bagi memastikan

permohonan berjalan lancar di Jabatan Imigresen. Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan dan soalan boleh di tujukan kepada: Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur En. Mohd Faizal Bin Hassan Ext : 03 - 26154611 Email : [email protected]